Tuesday, November 6

GUAN ENG KUNG-FU MASTER LAGI....



Tokong Crocky Erogan memang pandai putar-belit sampai lidah pun nak kena sembelit dah...Kali nie isu pelupusan sisa pepejal pulak.Yang untung pulak syarikat kroni dan proksi kepada DAP mendapat habuan...dulu masa BN memerintah pandai pulak lidah bewak nie membohong sana sini....Dah menjadi adat bila belum dapat kuasa mengata orang tapi bila dah ada kuasa sendiri buat onar...Bukan sikit der sampai 50juta duit rakyat digunakan..itu pun ramai jugak yang pencacai PAS dok dan PKR dok sokong mamat sengal rambut sikat tepi nie.......berikut adalah kenyataan dari Tiger Master Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang.....
LGE telah menngunakan kaedah putar belit kreatif perakaunan dalam kontrak Pelupusan Sisa Pejal yang ditawarkan kepada syarikat PLB Terang Sdn Bhd. LGE Memaklumkan bahawa dia telah menjimatkan sebanyak 200 juta apabila menawarkan kontrak tersebut kepada PLB Terang Sdn Bhd tetapi pada hakikatnya kerajaan negeri telah memberikan lebih RM 50 juta kepada syarikat tersebut daripada kadar harga syarikat asal. 
Kontrak syarikat asal yang membuat pelupusan sisa pejal di Pulau Burung dirunding semula pada tahun 2009 pada kadar harga RM17 satu tan sampah tetapi syarikat PLB Terang SB pula ditawarkan pada RM300 juta untuk 20 tahun yakni pada kadar harga anggaran hampir RM21 bagi satu tan sampah.Kadar ini adalah RM4 lebih daripada kadar harga kontrak asal. 
Berat sampah yang dikutip di Pulau Pinang sehari adalah hampir 2000 tan dan bilangan sampah akan terus naik selagi pembangunan dan kepesatan penduduk meningkat. Semua kos tersebut tidak termasuk kos pengangkutan stesen pemindahan di bahagian seberang dan Pulau. 
Pada hakikatnya kerajaan negeri akan rugi paling kurang hampir 20% setahun atau 400% jika dikira sepanjang 20 tahun. Kenyataan dan justifikasi pengiraan kontrak asal adalah 500 juta untuk 20 tahun dan penjimatan sebanyak RM200 juta adalah penipuan dan putar belit LGE untuk mengelirukan rakyat seperti amalan biasa LGE. 
Kontrak yang diberikan bagi jangkamasa panjang selama 20 tahun juga akan merugikan kerajaan negeri kerana jumlah sampah akan bertambah dan kadar harga yang lebih kompetitif boleh didapati jika tender terbuka dibuat 2 tahun sekali.Ternyata LGE dan kerajaan negeri DAP tidak cekap,Tidak akauntabel dan tidak transparent.  
Ir.Dr.Shaik Hussein B. Mydin
KP UMNO Pulau  Pinang.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.