Sunday, November 25

HIMPUNAN HARAM BUAT KECOH DI KUALA LUMPUR....


Mak Lampir mempergunakkan Mahasiswa untuk berkumpul di sekitar KLCC... Mahasiswa yang hadir untuk Himpunan Hijau ini mengkin telah dibayar untuk berkumpul disana......Apa motif serta tindakkan seterusnya tidak diketahui sedangkan ada satu lagi kumpulan lain kini berada di Dataran Merdeka..






Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.


Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.


Penganjur Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan Dataran Merdeka, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Khalid penganjur himpunan itu juga gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama perhimpunan itu.

"Undang-undang jelas, mengkehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman ini, orang yang ingin mengadakan perhimpunan supaya dapatkan kebenaran tuan punya tempat, beri notis pada polis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung...Tapi mereka tidak.




1 comment:

  1. mereka org yg kebal daripada undang-undang. cuba kalu orang melayu yg biasa-biasa buat, dah lama polis belasah kaw-kaw punya. siap kena tarik lagi.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.