Sidang dewan kali ini nampak panas dan terkawal pada pagi nie tapi pada sebelah petang nanti mungkin ada yang bakal keluar dewan kot...Macam biasa hero yang banyak bersuara apabila Sidang dewan undangan negeri bersidang ialah YB Datuk Azhar.
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim menegur Exco Lim Hock Seng yang menjawab soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang hari ini, sedangkan ia sepatutnya ditimbulkan di Parlimen bagi mendapatkan jawapan tepat.
Azhar (BN-Penaga) bangun dengan memaklumkan bahawa soalan itu tidak relevan untuk ditimbulkan pada sidang Dun kerana ia bukan tempat yang sesuai dan pihak berkuasa terlibat juga tidak berada dalam dewan.
"Isu ini sesuai dibangkitkan di Parlimen dan bukan di sini. Jangan nak jual kacang di sini. Bangkit isu ini di sana (Parlimen) kerana semua pihak dapat bagi jawapan yang memuaskan.
"YB pergi Parlimen buat apa. Ini bermakna YB tidak buat kerja ketika berada dalam Parlimen. Amat memalukan kerana YB tidak buat apa-apa di sana," katanya.
Sebelum itu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bangkit membantah jawapan Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didapati melencong darpada soalan yang dibangkitkan.
"Soalan yang dibangkitkan ialah sama ada Kerajaan Negeri bercadang membina jejantas di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu untuk mengurangkan kadar kemalangan.
"Kenapa bagi jawapan yang tidak memenuhi kehendak soalan," katanya.
Speaker Datuk Abdul Halim Hussain kemudian mencelah "memang ada lari sikit."
Hock Seng sebelum itu ketika menjawab soalann tambahan berkata bahawa syarikat terbabit memasang 38 kamera di seluruh Pulau Pinang untuk merakamkan kesalahan memandu melebihi kelajuan dan melanggar lampu isyarat.
Sungguhpun begitu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan AES dan mahu ia ditangguhkan.
Abdul Halim kemudian meminta Hock Seng duduk walaupun mahu meneruskan jawapannya.SINARHARIAN
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.