Alhamdulilah setelah tiga hari pengumuman perletakkan tidak rasminya didalam FB telah mendapat perhatian dari Pucuk pimpinan PArti...
Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff menarik balik hasratnya itu, petang semalam.
Keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tanpa menjelaskan apa yang dibincangkan, Mohsin berkata, penarikan balik peletakan jawatan itu adalah demi perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Penarikan balik peletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perlis adalah berkuatkuasa serta-merta.
"Setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, saya dengan ini menarik balik hasrat peletakan jawatan serta merta demi perjuangan Umno dan BN. Hidup Umno’," katanya ringkas di laman sosial Facebooknya, semalam.
Kelmarin beliau menyatakan hasratnya itu kerana sudah penat dan ingin berehat daripada politik.
Beliau hanya melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno sahaja, namun masih lagi ahli Umno.
Dalam kenyataan itu juga, beliau tidak menyatakan peletakan jawatan lain yang disandangnya, antaranya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Mohsin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar adalah seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji sebelum berundur terus daripada perkhidmatan kerajaan bagi beri sepenuh tumpuan terhadap kerjaya politik.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.