Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan.
Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut. Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang.
Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.
“Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.
“Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa,” katanya di sini, kelmarin.
Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.
“Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian,” katanya.
Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang. Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya.
“Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian.
“Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat,” katanya.SH
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.