Friday, November 16

PEMUDA PAS SAHKAN HARAKAH MENIPU.......



Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.  




Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.   Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.  

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.   Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.  Umum sedia maklum bahawa KJ  merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.  Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,  disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah  jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.   Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.  Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?  

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.  Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang.  Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.