Wednesday, November 28

PERWAKILAN WANITA PUN TAHU PENTINGNYA MEDIA SIBER DER...


Perbahasan yang menarik perhatian MKP pada petang ini adalah perbahasan menyokong usul Ketua Pergerakan Wanita UMNO dengan wakil dari Negeri Sembilan, Zuraidah Mohd. Zain. Kenapa MKP kata Makcik atau Emak ini Sempoi ialah walaupun sudah berusia...Berikut adalah ucapan beliau sebentar tadi....


UMNO yang berusia 66 tahun teklah mengharung pelbagai ujian dan menaburkan pelbagai jasa terutamanya dalam hal yang berbabit kepentingan wanita negara ini.




Wanita UMNO telah banyak membantu kemenangan UMNO dalam pilihan raya antara kerana jumlah yang ramai, taat, patuh dan berkerja keras yang mana ini merupakan kelebihan bagi UMNO.

Namun Wanita UMNO perlu mengadakan perubahan paradigma atas perubahan lanskap politik negara.

Kita tidak boleh gagal dalam menentukan kemenangan parti demi agama, bangsa dan agama. Kita kena bangun dan bersedia. Tumpu usaha untuk menang kerana PRU-13 ibu segala pilihan raya.

Sejak 4 tahun Wanita UMNO telah berusaha keras memperbaiki jentera parti di bawah pimpinan Datuk Seri Shahrizat. Saya kagum dengan kekuatan beliau dalam menghadapi tohmahan pembangkang sehingga beliau sanggup melepaskan jawatannya demi kepentingan parti.

Rakyat sudah sedar kerajaan sentiasa membantu mereka membuatkan pembangkang semakin terdesak oleh itu kita harus terus bantu terutamanya untuk membantu mencapai pengundi bukan Melayu.

Pembangkang pandai bermain sentimen terutamanya yang berkait dengan bukan Melayu.

Kita harus menguasai medan siber kerana itu medium pilihan orang muda, bukan itu saja kita perlu menangi hati rakyat dengan menggunakan kreativiti dan kemahiran kita bagi mencapai kemenangan UMNO dalam PRU-13

Sesuaikan diri dengan perubahan zaman bagi mengatasi pembangkang. Jangan kecewa dekati rakyat, jangan berpuak-puak dan bersatulah.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan permintaan kepada Datuk Ketua agar berikanlah kami van Skuad Sayang...tak banyak lapan jadilah.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.