Thursday, November 22

YATT DAN SALIMA MENANGIS KERNA........?


Terharu der bila tengok artis nie menangis bila mengutip derma untuk tabung Gaza...Yatt nie tak pulak declare macam abby masuk PAS untuk berjuang kerna agama...

Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.




Kesemua selebriti tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.

Sementara itu, salah seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.

MKP cukup respek dengan artis seperti Yatt dan rakan-rakan berjuangan dengan ikhlas membantu rakyat Palestin yang sedang dihujani bom oleh tentera Isreal lahanat...


Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin Berhad'.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atau www.usrahfitrah.com.

1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.