Friday, December 21

BENGAPNYA MAT SABU STADIUM MERDEKA HANYA MUAT 20K NAK SUMBAT MANA SELEBIHNYA #KL112


Mat Sabu mungkin bakal dilanggar kali kedua pada bulan depan ekoran Mat Sabu dinobatkan sebagai “Pengarah Himpunan Huru-Hara Pakatan Haram” yang bakal berlangsung pada 12 januari 2013..

Tapi sebelum tue mari kita imbas kembali kejadian #MENIPUMATSABUN pada BERSIH2.0.Drama terbaik penipuan oleh Pemimpin PAS haram jadah nie...Munafik nak mampus tapi MKP kesian pada pengikutnya yang kena kencing diatas kepala oleh Mat Sabu...

Program Himpunan 1 Juta Rakyat yang dikatakan akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Katanya, sekretariat yag diketuainya itu “berniat baik” dan “mendengar kata” Perdana Menteri yang sebelum ini menyarankan agar mana-mana pihak untuk menggunakan stadium sebagai lokasi berhimpun menyatakan apa-apa tuntutan kepada kerajaan.

“Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi,” – Mat Sabu, Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, 20 Dis 2012.

“Sayangi”? Mat Sabu sayang pada Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah “sayang” Mat Sabu itu ikhlas atau dia sengaja hendak menyakitkan hati? Rasanya dia tidak ikhlas sebab boleh dikatakan tiap-tiap hari dia hentam Perdana Menteri, bukan?

Tak mengapalah. Memang dasar sebuah parti “Islam” untuk bersifat tidak ikhlas, mungkin. Mungkin PAS sudah mengasuh peribadi Timbalan Presidennya untuk mengamalkan sifat mazmumah itu. PAS memang terkenal dengan sifat itu…

Keduanya, mengapa Pakatan Haram dan NGO-NGO yang merelakan pertubuhan mereka “dikeldaikan” itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi mereka berhimpun?

Kerana stadium itu bersejarah sebagai lokasi pengisyhtiharan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 dulu?

Rasanya tidak. Tidak mungkin sama sekali pemimpin yang terkenal menyanjung Chin Peng itu begitu patriotik sekali, bukan?

Pemilihan Stadium Merdeka oleh Pakatan Haram untuk himpunan itu hanyalah semata-mata untuk membuat kecoh, huru-hara dan melumpuhkan ibu negara sekali lagi, khususnya kedudukan stadium itu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Sebagaimana maklum, setelah diubahsuai pada tahun 2007, Stadium Merdeka hanya mampu memuatkan seramai 20,000 orang sahaja pada satu masa.

Jadi, cuba kita bayangkan bagaimana Pakatan Haram akan memuatkan seramai 1 juta orang di stadium berkenaan dalam satu tarikh pada 12 Januari 2013 ini?

Apakah dia tidak tahu mengira atau mengkaji secara logik matematik untuk memuatkan jumlah yang sangat besar di dalam satu stadium yang langsung tidak mampu mencapai kapasiti penyertaan yang dihajati?

Dalam ertikata lain, Mat Sabu memerlukan 50 buah Stadium Merdeka untuk memuatkan seramai 1 juta “lembu-lembu”nya pada tarikh yang dia umumkan itu!

Jelaslah bahawa pemilihan Stadium Merdeka itu tidak tepat sama sekali bagi himpunan yang dirancang oleh Pakatan Haram. Jadi, mengapa mereka memilih stadium itu juga? Mungkinkah Pakatan Haram mahu meruntuhkan stadium yang menjadi saksi sejarah kemerdekaan negara itu?

Sebenarnya, Pakatan Haram dan sekretariat mereka boleh meminta Khalid “Gagap” untuk menyediakan Stadium Melawati di Shah Alam untuk menjadi lokasi himpunan tidak berguna mereka itu.

Stadium di Shah Alam itu jauh lebih besar dari Stadium Merdeka yang kini berstatus “stadium warisan” dan stadium di bawah kuasa Pakatan Haram Selangor itu mempunyai keluasan tapak letak kenderaan yang jauh lebih besar.

Meskipun Stadium Shah Alam itu juga tidak mampu menyediakan ruang untuk 1 juta orang dalam satu masa, sekurang-kurangnya ia dilihat lebih mampu menampung kehadiran “lembu-lembu” yang diupah “rumput” bernilai RM100 dan RM250 untuk “meragut” di sana.

Lagipun, jumlah “1 juta” yang disebut Mat Sabu itu hanya indah di nama saja. Selalunya yang hadir tidak sampai 50,000 orang pun. Itu pun “lembu-lembu” upahan itu terpaksa dikerah habis-habisan dengan umpan “rumput bernilai tinggi”…

Tak payahlah Mat Sabu berangan-angan untuk meruntuhkan Stadium Merdeka. Pohon guna nama 1 juta Sasterawan Negara sekalipun saya yakin permohonan untuk menggunakan stadium itu tidak akan diluluskan pihak berkuasa.

Lainlah kalau himpunan itu hanya mengumpul 20,000 orang, baru logik untuk memohon menggunakan stadium itu, kan? Kalau nak meminta tu biarlah masuk dek akal. Kalau tidak, orang akan tuduh “gila” pula. Mat Sabu “gila”, kah? MYKMU


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.