Saturday, December 22

@bnpenang KORANG NAK MENANG ATAU TIDAK @NajibRazak

Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya empat tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri ini, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.Gerakan yang menjadi Teraju utama patut berterima kasih pada kepimpinan DS Najib Razak kerana berjaya membawa banyak perubahan yang Drastik.

Meskipun media sosial menyediakan pelbagai kemudahan, DS Najib Razak berkata interaksi bersemuka membolehkan beliau mendekati rakyat Malaysia dan menterjemahkannya kepada inisiatif yang mampu menyelesaikan masalah mereka.


Beliau berkata komunikasi dalam talian tidak mampu mengganti pengukuhan hubungan interpersonal menerusi perlakuan berjabat tangan manakala laporan yang diterima juga tidak boleh mengatasi pengalaman melihat sendiri situasi dan kehidupan harian rakyat.
 "Meskipun media sosial mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini, namun saya masih beranggapan perlunya untuk saya turun padang dan bertemu dengan rakyat secara peribadi. Dengan kenyataan itu, mungkin anda akan menganggap saya sebagai seorang yang sangat tradisional, tetapi pada saya, dalam beberapa perkara lebih baik jika ia dilakukan secara bersua muka," 

Teng Chang Yeow adalah nama yang disebut sebelum ini mengantikan Tan Sri Koh Tsu Koon seorang yang mempunyai perwatakkan berbeza tegas didalm semua hal.Namun itu hanyalah sandiwara politik Gerakan..Sikap acuh tak acuh dan bermegah dengan apa yang dimiliki masih menebal didalam dirinya...

Nak harapkan undi bangsanya di negerinya sendiri untuk BN di PRU 13 ini ?  .. jangan mimpi la nak dapat 30 % undi popular pun . Orang Cina kini  lebih percayakan Tokong DAP ...dia sudah tanam dalam fikiran mereka hanya DAP boleh jaga bangsa Cina & BN adalah parti rasis ..

Tak percaya anda boleh lihat sendiri bangsa mana paling ramai turun di Jelajah Janji Ditepati dirasmikan Najib baru-baru ini  . Setakat angkat sepanduk tulis  Cina Penang  sokong BN itu semua auta saja .. ..

Kalau tak kerana ribuan orang UMNO yang diarahkan hadir dari seluruh bahagian ... gagal dah program tu .


MKP Ayat Sempoi : Ini baru pembuka bicara tunggu lepas nie apa pulak bakal kuar.....


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.