Ramai yang gembira dengan berita ahli-ahli PR yang sedar akan perjuangan bangsat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, dinahkoda oleh Lim Kit Siang DAP dan didayung oleh Hadi Awang PAS. Tapi MKP kurang gembira sikit bila pemimpin masuk semula UMNO selepas kecewa dengan janji-janji PR sebelum ini.
MKP berikan ayat yang sangat mudah untuk para pembaca fikirkan.
MKP dan ribuan ahli UMNO di sini telah lama bersama-sama dengan UMNO dan kami telah bergodok gadai demi parti keramat ini. Kami rela jika tidak ditawarkan jawatan dalam kepimpinan UMNO & BN negeri kerana hasrat utama kami adalah Agama, Bangsa & Negara.
Tetapi andai kata Zahrain terus diangkat sebagai orang penting dalam BN negeri, ia telah meleburkan dan membuatkan hati ahli UMNO sedih dan berderai. Seakan-akan kami tidak dihargai langsung. Ini perkara serius yang perlu diambil tahu oleh kepimpinan negeri dan pusat terutamanya.
Seharusnya Zahrain bermula daripada bawah sekiranya benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Mulakan seperti ahli-ahli UMNO yang lain dan terpaksa mendaki ke atas untuk mencapai tahap sekarang.
UMNO sepatutnya tidak boleh membenarkan mereka yang telah melompat keluar daripada UMNO kemudian kembali semula dan diberikan kedudukan utama dalam parti. 4 juta orang ahli yang lain nak letak ke mana ya?
Ketiga, hal sebegini perlu dititikberatkan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk meneliti pergerakan keluar masuk ahli-ahli UMNO yang kelihatan seakan-akan mencipta nama di luar kemudian menjadi popular di dalam UMNO.
Kita bimbang akan gejala sabotaj parti dengan cara begini akan terjadi berulang-ulang kali.
Keempat, ini yang barangkali difikirkan oleh sekalian rakyat Malaysia apabila Zahrain menyerahkan borang keahlian UMNO. Beliau perlukan kerusi Bayan Lepas untuk tempoh akan datang. Bukankah itu kelihatan sedikit gila kuasa seperti yang beliau lakukan sebelum PRU 2008.
Apabila kedudukan beliau semakin rapuh di sana, langkah drastik memilih parti yang kuat sangat penting untuk mengekalkan kedudukan. Admin berharap Perdana Menteri bijak membuat penilaian terhadap bakal-bakal calon untuk PRU akan datang.
Kelima, kemungkinan di Pulau Pinang untuk tempoh akan datang. Tiada calon yang sesuai yang dirasakan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mungkin itu cita-cita Zahrain yang telah mempunyai pelan jangka masa panjang.BERSIH3SUKU
salam..tolong link kan blog saya dalam blog bro yang hebat ni http://sangkakalajari9.blogspot.com
ReplyDeleteSetuju dengan Mat Kilau..Kita hargai Zahrai nak bersama UMNO namun perlu diingat mereka yg pernah mengkianat perjuangan parti perlu dipantau dan Zahrain perlu bermula dari bawah..Biar Zahrain bekerja dan nilai dulu keikhlasannya..setiap manusia ada kelemahannya jadi utk berubah kita berikan peluang namun yg kekal dan cakal bersama parti perlu diberikan keutamaan..Jgn lupa yang tu!
ReplyDeleteSalam tuan rumah. Saya rasa dpt teka apa yg tersirat penyertaan Zahrain semula ke dlm UMNO. Bagi saya UMNO P. Pinang kini memerlukan jentera yg terbaik utk PRU13. UMNO P.P ni memang di akui antara yg terhebat sbb ramai yg muda2 100% sama dgn kehendak PM. Cuma kekuatan itu perlu dipelbagai dlm unit2 tertentu masih ada ruang kosong yg perlu di isi. Rasa saya tak semestinya mereka ni berada dlm pentadbiran jika BN menang dlm PRU13 nanti, dia ibarat Senator Ezam di Selangor yg lebih kepada jentera dalaman parti. Cuba bermuafakat sebaiknya sbb kita tahu dia pernah berada dlm kelompok atasan PKR dan tahu kelemahan PR.
ReplyDeleteLagi satu jgn pandang rendah dgn PKR walaupun nampak sempoi tapi banyak cabang unit2 jentera yg tak pernah ada dlm UMNO. PM Najib seperti berminat mengetahui struktur PKR yg unik hingga budak mentah pun boleh menjadi jentera yang seperti kita ketahui HASIL DIDIKAN PIHAK LUAR. Apapun saya tak rasa PM Najib nak ubah semua sebab UMNO itu sendiri sudah kuat cuma mahu tambah kekuatan supaya lebih mantap. Almaklumlah nak cari balik 2/3 selepas kegawatan politik bukan kerja mudah.
Bekas penyokong PKR - No partisan - Pemerhati bebas - Rakyat prihatin