Wednesday, December 26

Lim Guan Eng Cabar Keputusan Majlis Fatwa....?

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.


Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya. SINARHARIAN.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.