Friday, December 7

MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK JIKA PKR MENANG PRU-13....


Apabila Pakatan Rakyat berkuasa negara Malaysia akan jadi negara republik dan akan merobohkan Artikel 153 Perlembagan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan Islam, orang Melayu dan Institusi Raja. 

Itulah kata-kata Datuk Hassan Ali, Presiden Jati dalam ceramahnya di Terangganu.  Hassan 'meminta tolong' supaya pengundi Pulau Pinang tidak mengundi parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam pilihan raya akan datang.



Sebelum ini dalam satu ceramahnya di selatan tanah air Hassan pernah menyatakan azan tidak akan berkumandang lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Allahu Akbar.

Begitulah pengisian ceramah Hassan yang diulang-ulang di merata tempat dikunjunginya bagi menggambarkan itulah perjuangan sebenar JATI.  Sebelum ini Hassan heboh dengan penayangan video pengakuan sepasang suami isteri berbangsa Melayu dikatakan dimurtadkan oleh mubalig kristian.  Apa yang ditayangkan oleh Hassan ialah  video yang menunjukkan pengakuan secara rakaman suara dan bukan visual. Tindakan Hassan tersebut tidak langsung menarik perhatian ramai sebab orang sudah mangli kerana  orang yang membawa isu tersebut ialah Hassan Ali.

Agama Islam, Melayu dan Institusi Raja cukup terjamin sebagaimana termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.  Tiada sesiapa  yang akan berani menyentuhnya atau mengganggu gugat  kerana memahami implikasi yang akan dihadapi  jika ia disentuh.  Tidak perlulah Hassan bersusah payah menjerit mempertahankannya. Rakyat sudah faham.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.