DAP Cakap tak serupa bikin,dulu SPR mahu laksanakan pengunaan Dakwat kekal pada pada PRU-12 dihalang dan bermacam dakwaan dibuat...Tapi hari nie umpama meludah kelangit dan kena batang hidung sendiri...Pada pemilihan DAP yang berlangsung sebentar tadi mengunakkan dakwat kekal....
DAP hari ini melancarkan 'countdown' 100 hari ke Putrajaya dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak rela untuk menyerahkan kuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Ketika menyampaikan ucaptama di Kongres DAP di sini, Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng melontar pelbagai dakwaan terhadap Barisan Nasional (BN), namun yang paling mengejutkan ialah tuduhan yang membayangkan Najib tidak akan menyerahkan kuasa secara aman.
“Sehingga sekarang, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan peralihan kuasa secara aman jika Pakatan Rakyat memenangi PRU yang akan datang,” kata Guan Eng kepada lebih 2,500 perwakilan di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang.
“Jalan ke Putrajaya adalah lebih sukar kerana BN dan UMNO akan memastikan PRU ke 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan menggunakan pembohongan, budaya menakut dan mengugut supaya menang secara halal mahupun haram,” tambah Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kongres DAP adalah yang terakhir untuk mana-mana parti sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan menjelang April depan.
Selepas meraih kemenangan besar pada pilihanraya umum yang lalu dan menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang, DAP hari ini memperagakan imej baru parti itu sebagai pewaris pemerintah.
Kereta-kereta mewah untuk menghantar pemimpin parti ke kongres itu serta bas-bas persiaran yang digunakan untuk membawa ahli ke tapak kongres melambangkan perubahan nasib DAP sejak 2008.
Keahlian parti itu bertambah dua kali ganda dan pemimpin pelapis muncul untuk menuntut diberikan peluang bertanding dan sekali gus memegang kuasa.
Seramai 68 calon menawarkan diri untuk merebut 20 kerusi jawatankuasa eksekutif pusat parti yang menjanjikan sekurang-kurangnya satu tiket untuk bertanding dalam PRU 13.
Bagaimanapun di sebalik keghairahan menuju ke Putrajaya, parti itu terpaksa berdepan dengan tuduhan dasar-dasarnya meminggir golongan miskin, termasuk lebih 600 penduduk Melayu di Pulau Pinang manakala pertelagahan dalaman untuk merebut kuasa juga menjadi masalah ketara.
Dalam ucapannya, Guan Eng cuba menyemarakkan semangat ahli dengan mengingatkan mereka bahawa impian ke Putrajaya semakin hampir, justeru keperluan untuk merapatkan saf.
Beliau menuduh Umno sebagai parti rasis, MCA sebagai tidak bermoral dan beretika, Gerakan tidak berprinsip dan MIC sebagai tiada hala tuju “dan hanya memimpin daripada belakang.”
“Misi kini adalah untuk mendemokrasikan sistem politik negara dan mewujudkan "model ekonomi" bagi manfaat rakyat biasa,” kata beliau.
Kongres kali ini juga bakal menyaksikan sama ada parti itu menerima saranan Pengerusi parti Karpal Singh supaya pemimpin tidak mabuk kuasa dan setiap calon hanya bertanding satu kerusi dan bukan dua.
Amalan memegang dua kerusi menjadi kelaziman pemimpin-pemimpin DAP sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin pelapis kerana tidak diberi peluang untuk bertanding.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.