Ucapan Belanjawan 2013 hanya sebut tentang pendapatan belia yg layak terima rebate smartphone. Bukan harga smartphone.MKP rasa Pengarah SKMM nie dah beri bola tanggung pada pembangkang untuk memperlekehkan rebat yang diberi...
Pekara sebegini tidak harus berlaku dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun tak setuju dengan kaedah yang telah diguna pakai oleh SKMM nie.
Kalau macam nie punya pelaksaanan baik bagi MKP aje jadi Pengarah SKMM....Berikut adalah cadangan dari MKP untuk renungan bersama...
1. Naikkan limit harga kepada Rm800 sebab Rm800 boleh dapatkan smartphone mid range yang takde la dah obsolete sejenak belia melangkah keluar kedai.
2. Wujudkan pakej khas broadband untuk belia-belia yang beli dengan pakej ni...contohnya...beri mereka pilihan kontrak 6 bulan,1 tahun atau 2 tahun dan berikan rebate harga smartphone lebih jika mereka bersetuju untuk melanggan lebih lama. Pastikan pakej ni non-transferable kepada nama individu lain untuk elak orang ramai ambik peluang jual pakej tu.
3. Jika pakej smartphone itu dah ada smartphone free...MKP rasa tak salah kalau kerajaan berikan kelonggaran untuk tukar RM200 tu jadi payment in advance untuk pembayaran pakej bulan-bulan.
4. Bagaimana pula dengan belia-belia yang dah ada smartphone yang lebih baik berbanding smartphone bawah RM500 tajaan kerajaan? Orang2 macam ni still layak kan, walaupun dia dah ada smartphone sendiri? Sila rujuk nombor 3.
5. Jangan kita lupa telco adalah sebuah syarikat, a business entity, yang caj orang RM50 sebulan untuk 1GB data. (GILA!) Macam mana pun mereka akan cari jalan buat untung atas benda ni...lagilah bila kerajaan sendiri yang keluar belanja buat sales, marketing dan promotion untuk diorang. Mampukah kerajaan protect kepentingan belia atau sekadar bagi RM200 dan biarkan belia terkapai2 sebab tak mampu bayar broadband yang dah berkontrak? Kita tunggu dan lihat.
6. Tolong, tolong, tolong...jangan buat majlis penyerahan smartphone ni siap ada pentas dan wakil rakyat tolong sampaikan sambil wajibkan tiap2 orang pakai baju 1Malaysia dan angkat jari menandakan nombor satu. Tolong jangan buat begitu. Sebab kalau kerajaan buat jugak benda2 macam tu dan ungkit pasal bantuan2 kepada rakyat yang membuatkan kerajaan tak ada duit, mana datang sebenarnya duit nak buat majlis penyerahan smartphone tu?
7. Jika orang tanya MKP, smartphone mana yang terbaik bawah RM500...MKP jawab carik Nokia (Windows Phone) atau Sony (Android). Samsung atau HTC semuanya low range dia a piece of crap dari segi value dan hardware yang kau dapat. Especially Samsung....
8. MKP minta lagi sekali...tolong jangan buat majlis penyerahan smartphone dan tunjuk dekat TV dan paper.
9. Kita tunggu dan lihat. Kerajaan salah langkah kat sini...pengundi yang diharapkan datang, beralih arah dengar announcement pembangkang harga kereta turun kalau pembangkang ambik alih negara.
10. Bacaan lanjut...Website Inisiatif Jalur Lebar Negara. Tapi sayangnya..setakat semalam dan hari ni, last aku check, link2 dia tak jalan. Website dah naik....tapi satu link pun tak jalan. MKP dah mula risau.
MKP Ayat Sempoi : PM dah buat yang terbaik tapi perlaksaan Agensi Macam Gampang....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.