Isu doa PAS agar Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan dan dakwaan bahawa parti itu murtad kerana tidak menegakkan Islam menjadi topik hangat Perhimpunan Agung Umno 2012.
Lebih menghangatkan sesi perbahasan yang masuk hari ketiga dan terakhir itu ialah apabila perwakilan dipaparkan dengan dua klip video yang menunjukkan dua pemimpin PAS berbuat demikian pada muktamar mereka di Kota Baru pada pertengahan bulan lalu.
Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan, perwakilan Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mencuri tumpuan perwakilan apabila menayangkan klip video adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membacakan doa meminta kehancuran Umno dan BN serta video sidang media Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai parti murtad.
Paparan video itu ternyata membangkitkan reaksi marah di kalangan perwakilan dan pemerhati Umno sama ada yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mahupun yang menyaksikan di ruang legar bangunan tersebut.
Bagaimanapun Fathul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia menyeru agar pemimpin dan ahli Umno memaafkan PAS dan ahlinya walaupun parti itu sering melabel dan menjatuhkan hukum tertentu terhadap Umno.
"Maafkanlah..maafkan mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Mengulas lanjut Fathul berkata, berdoa untuk kehancuran dan keburukan orang lain khususnya sesama Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
"Kaedah berdoa itu tidak betul. Sebaiknya kita doakan kebaikan kepada pemimpin kerana apabila seseorang pemimpin itu baik...maka ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya. Mstar
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.