Wednesday, February 1

TERKINI:Ceramah Hassan Ali Di Jalan Kebun 2 ribu Hadir.

Pastinya road show begini dengan sambutan hebat dari rakyat pastinya mengusarkan Pakatan Haram.


Dalam serangan yang bakal mewarnai "perang" beliau dengan Pas, Datuk Dr Hasan Ali menuduh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai parasit yang menghalang beliau mengekang kegiatan maksiat di semasa beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Selangor.
 
Hasan berkata beliau terkilan dengan penentangan sedemikian daripada kalangan pemimpin Pas sendiri, termasuk daripada Khalid yang  pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.  Khalid adalan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. 
 
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
 
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
 
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid kerana didakwa mengkhianati perjuangan agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
 
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya.
 
Hasan juga mendakwa Khalid mengkiritk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memeriksa premis milik Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu kerana sebuah majlis digunakan untuk memesong akidah hadirin Islam.
  
Hasan berkata, beliau akur dengan pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
 
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
 
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.


Hassan Ali Londeh Pekung Pakatan Rakyat Selangor,Khalid Apa Cer?



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian
daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa  menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel. AntaraPos     

Pelaburan Terbaik PAS Kedah Dari Sumber Maksiat?



Hasil dari negeri kedah hanya bergantung dari sumber asli seperti Balak dan hasil bumi sahaja,PAS Kedah hanya tido dalam faktor untuk memajukan kedah dari segi memberi peluang perkerjaan baru kepada rakyat kedah. 

Mengikut maklumat, 3 tahun lepas cuma ada 20 Spa untuk kesihatan disekitar Sungai Petani. Namun kini, jumlah 20 telah mencapai 70 buah Spa. Disamping kebanyakkan Spa bukan hanya untuk kesihatan, tapi telah beralih arah ke 'special servis' dan 'seks servis'.

Peluang pekerjaan tidak banyak kerana tiada pelaburan baru masuk. Peluang ekonomi kurang kerana Kerajaan negeri hanya berfikir ekonomi ala pasar malam. Kemasukkan wang dari pelancong kurang kerana rakyat Kedah sendiri pergi melancong ke luar dan tiada program pelancongan yang agresif dilakukan.

Penyediaan infrastruktur canggih dan bertaraf dunia tidak dilakukan, sebaliknya markaz-markaz parti diperbaharui. 

Penyediaan perhubungan yang baik dilakukan sebaliknya kerajaan negeri merosakkan jalan-jalan yang ada dengan membiarkan lori-lori balak, pasir dan batu bermaharajalela.

Tiada program atau rombongan menarik pelabur dilakukan dengan agresif oleh kerajaan negeri, hasilnya tiada pelabur besar datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan tidak banyak.MTK





Pemuda PAS Bacul,Makin Tak Releven.?

Kebaculan idea pemuda PAS semakin hari semakin tumpul. Daripada gerakan orang muda yang boleh diharap untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat, pemuda PAS sudah semakin hilang kewibawaan apabila sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Reaksi ini adalah lanjutan dari beberapa kenyataan oleh kepimpinan pemuda PAS mengenai negara berhubung dari temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan The Wall Street Journal pada 26 Januari 2012.

Antara yang mendapat perhatian ialah kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS disini, Riduan Mohd. Nor yang lantang berkata Israel wajib diperangi.

Ramai tidak faham, apa keperluannya Riduan mengeluarkan kenyataan keras seperti itu? Adakah dengan berkata demikian Riduan dan pemuda PAS akan kelihatan hebat?

kebanyakkan majoriti pemuda PAS perasan diri mereka sehebat pejuang-pejuang Islam zaman dahulu kala. Masing-masing berimpian untuk mati syahid demi mempertahankan Islam, dalam konteks ini negara Palestin yang dizalimi Israel, siapa yang tidak?

Tapi apa ada dengan itu semua kalau masing-masing hanya berani berkokok di tanah air sendiri?

Terimalah hakikat bahawa Israel adalah sebuah negara yang sah dan telah diterima menjadi anggota pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Banyak negara Islam telah mengadakan hubungan dengan Israel seperti Mesir, Turki dan sebagainya, tapi itu tidak sama sekali menghalang negara-negara tersebut dari mengecam Israel kerana tindakan zalimnya ke atas rakyat Palestin.

Seperti yang disebutkan Datuk Seri Anwar dalam temubual dengan TWSJ, soal mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sehingga ke tahap membuka pejabat kedutaannya disini. selagi Israel tidak menghormati hak-hak rakyat Palestin.

Itu sudah jelas. Sementara soal melindungi keselamatan Israel itu adalah selari dengan konsep Penyelesaian Dua Negara dan Inisiatif Dunia Arab,Jadi tindakan pemuda PAS mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian dalam mengulas isu temuramah Anwar dengan TWSJ itu, hanya memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk.

Hanya pemuda PAS sahaja yang kelihatan begitu aktif mengulas isu ini walaupun sedar ia adalah perangkap yang dipasang oleh Anwar.

Hari Ahad, kedai tutup???


Alasan yang kurang menarik untuk didengar,MKP ketawa sendirian bila dengaq ayat nie digunakan untuk menangkis serangan dari Parti Komponen BN yang menegur Perkasa didalam Isu Sampul Putih.Mungkin ada alasan yang lebih bagus untuk digunakan pakai selepas ini.Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adalah orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.Yang menjadi persoalan sekarang ialah Gerakan Senada dan seirama dengan DAP.Apa cita nie tolong jawab Gerakan?????? 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pelik kerana penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran NGO itu tidak komplen apa-apa tetapi orang lain yang ‘bising-bising ’ pasal penggunaan sampul surat putih sebagai angpau. 
Beliau percaya, jika penerima angpau atau pemimpin masyarakat Cina yang turut hadir di majlis Ahad lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menegur penggunaan sampul putih, perkara itu tidak jadi isu. 
Malah, beberapa wartawan akhbar Cina juga tidak menegur kesilapan penggunaan sampul surat putih yang pada masyarakat Cina hanya untuk majlis pengkebumian. 
Bercakap kepada Agendadaily, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata, keputusan awal hanya menjemput meraikan sambutan Tahun Baru Cina bukannya memberikan angpau. 
Bagaimanapun, pada perbincangan, ada cadangan memberikan angpau kepada jemputan khususnya warga emas dari yang datang menaiki empat buah bas.
“Hari Ahad, kedai  tutup...mana nak cari sampul angpau merah. Kita guna yang putih. Kita pun tidak tahu ia bawa makna lain. Peliknya, tak ada yang tegur di majlis itu,” ujar Ibrahim.
 
Perkara lain memeranjatkan NGO itu, apabila jumlah kehadiran melebihi 300 orang yang disasarkan. 
“Kita lihat masyarakat Cina menerima Perkasa. Mereka yang berfikiran terbuka patut faham perjuangan Perkasa bukan berasas perkauman tetapi perpaduan,” katanya. 
Perkara itu mula jadi isu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA  memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya
kaum Cina.
 
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul  putih terpaksa digunakan. 
Sementara itu, pemberian angpau berwarna putih pada majlis anjuran Perkasa itu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata, pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata: “Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan. 
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.”AGENDA DAILY.

35,000 Rakyat Pulau Pinang Masih Merempat,Apa DAP Buat TIDO???



Kira-kira 7,000 keluarga melibatkan 35,000 penduduk Pulau Pinang dikenal pasti masih lagi menumpang di tanah milikan orang lain kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang semakin tinggi.

Golongan ini menumpang di tanah wakaf, tanah rizab kerajaan dan tanah swasta dikatakan hanya menunggu masa untuk diusir keluar dari perkampungan tradisi selepas tapak yang didiami dituntut semula oleh pemiliknya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada masalah itu kerana mempunyai kuasa untuk melakukan pengambilan semula tanah.

“Walaupun hampir empat tahun Pulau Pinang diperintah oleh DAP namun Kerajaan Negeri dilihat gagal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

“Disebabkan tidak mampu memiliki rumah, ramai penduduk terutama Melayu terpaksa berhijrah ke Kedah dan Perak apabila tanah yang didiami diambil semula pemiliknya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng seharusnya menjaga kebajikan semua rakyatnya termasuk menyediakan perumahan mampu milik.Janganlah hanya menjaga golongan minoriti yang mampu memiliki rumah harga tinggi

Zainal yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Kerajaan Pusat sedang dalam perbincangan untuk membeli beberapa bidang tanah untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

Usaha itu, katanya, akan membolehkan Kerajaan Pusat membina antara 2,000 hingga 3,000 unit rumah mampu milik beberapa kawasan termasuk di bahagian pulau pada peringkat permulaan.

“Kita hanya mampu bina sebahagian dengan peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat. Selebihnya Kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab dengan memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan.

“Umno sangat prihatin dengan keadaan mereka yang terpaksa menumpang di tanah orang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kebanyakannya tidak mampu membeli tanah sendiri,” katanya.

@PDRMsia Siar Gambar KPN di London Tolak Khabar Angin.



Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat.


Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beliau menerima momento daripada pegawai Scotland Yard, sedang mendengar taklimat, bergambar kenangan dengan pegawai PDRM yang menemaninya dan sekeping gambar beliau bersendirian.
Malah, sebaik sahaja gambar-gambar itu disiarkan, terdapat puluhan komen daripada pengikut laman sosial PDRM yang melahirkan rasa syukur, mengucap sejahtera dan tahniah kepada Ismail serta pasukan polis yang mengharumkan nama negara melalui lawatan kerja ke luar negara itu.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, semua gambar yang disiarkan itu baru sahaja dirakamkan semasa Ketua Polis Negara bertemu dengan polis Scotland Yard untuk mendengar taklimat mengenai Pusat Arahan Komunikasi (C3i), London.MYVO1CE.

Anwar Menagamuk DiCeramahnya Kata Menteri UMNO bodoh???


Anwar buat hal lagi dok pembohong kepada rakyat.nampaknya anwar dah tertekan dengan isu dah dibangkit oleh semua yang bergiat didalam media.Cerita minyak naik diulang semula.kalau Pakatan Rakyat menang esok minyak turun,Semuanya penipu!!!!!Kenapa anwar maki sebegitu rupa sampai keluaq "kepala bapak hang"kepada menteri UMNO.Rakyat harus menilai apa yang diungkap oleh anwar semuanya adalah retrotik untuk kepentingan peribadinya sahaja.



Video ini membuktikan pembohongan anwar semasa pilihanraya kecil permatang pasir menjanjikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada Salleh Man akan tetapi sehingga kini masih belum tertunai.Boleh pakai ka anwar nie?????/


Anwar tipu lagi didedahkan oleh rakan karibnya DS Zahrain.siapa yang pecaya kepada anwar fikir-fikirkan lah

Tuesday, January 31

Hadi Awang Dah Meluat Dengan Pakatan Rakyat.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat.

Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara.

“Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum ke-13 kelmarin dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan-rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

UMNO mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Dr Hasan Ali”, jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Bekas Exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyokong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyokong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Tambah Nakhaei, beliau juga tidak menolak kemungkinan Hadi membuat pendirian itu semata-mata mahu melihat tahap sokongan anggota parti dan Pakatan Rakyat terhadap perkara itu.

Jelas beliau, Hadi mengambil langkah itu kerana bimbang pengaruhnya dalam parti Islam itu semakin berkurangan ekoran ia dibarisi majoriti golongan profesional.

“Saya ingat ia ada tujuan, satu sebab nak lihat sejauh mana pengaruh beliau dalam parti sebab dalam PAS sekarang golongan liberal berkuasa dan mana-mana ahli politik kena ‘test market’ untuk lihat masih ada sokongan atau tidak.

“Kalau masih ada sokongan, Hadi akan tarik balik tapi kalau tiada sokongan mungkin dia serius untuk tarik diri namun saya rasa golongan liberal dalam PAS akan terus beri sokongan kepada Hadi kerana mereka belum begitu kukuh dan perlukan masa untuk mengambil alih kepimpinan parti,” katanya.

Sementara itu Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 – MI

GEMPAQ : KEPALA BABI DEPAN MASJID?



Rutin harian jemaah Masjid Nurul Iman untuk menunaikan solat subuh terganggu selepas dikejutkan dengan penemuan kepala babi panggang, yang diletakkan betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.
Menurut Siak Masjid, Nadzlan Ambak, dia yang tiba jam 5.15 pagi untuk membuat persiapan solat terkejut apabila kepala babi  diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu.
Nadzlan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun disitu berkata, insiden ini adalah pertama kali berlaku di masjid itu.
Dia yang tinggal dalam kawasan masjid berkata, pada malam kejadian iaitu selepas selesai solat isyak, dia telah mengunci pintu pagar masjid seperti kebiasaan.
“Individu tidak bertanggungjawab itu masuk ke kawasan masjid jam 2 ke 3 pagi dengan memanjat pintu pagar tanpa tidak disedari oleh sesiapa. Sebelum ini memang kerap berlakunya kecurian tetapi meletakkan kepala babi adalah yang pertama dan mencabar sensitiviti orang Islam," katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecurian dilaporkan dan pencerobih juga tidak masuk dalam ruangan solat sebaliknya hanya meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama masjid.
Sementara itu, Setiausaha Masjid, Sulaiman Abu Samah berkata, dia tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan siak dan terus membuat laporan polis.
Polis tiba di tempat kejadian 6.40 pagi.
“Kelewatan polis datang menyebabkan penemuan itu tergempar selepas kesemua jemaah menyaksikan insiden itu.
“Bagaimanapun, kita tidak menuduh mana-mana pihak, namun berharap mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan masjid atau mana-mana isu supaya tampil untuk berbincang," katanya lagi.
Katanya, tindakan tersebut bukan hanya menggugat sensitiviti umat Islam tetapi turut menimbulkan provokasi masyarakat setempat yang boleh memburukkan keharmonian yang terjalin.
Sebagai langkah pengawasan dan mengelakkan kejadian berulang, katanya, pihak masjid akan menggiatkan aspek pengawasan dan keselamtan termasuk cadangan pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Hadir sama melawat tapak ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun), Soong Beng Khoon.
Beng Khoon berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku di Rawang dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya meminta polis menyiasat pihak tidak bertanggungjawab dan mengenakan tindakan tegas kerana sejak kebelakangan kerap berlaku insiden membabitkan mencabar kesucian tempat ibadah.
“Tiada sebarang tangkapan sebelum ini dilaporkan berkenaan pembakaran gereja atau kes baling kepala babi di Selangor menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab semakin berani dan bertindak keterlaluan.
“Kita juga minta individu tidak bertanggungjawab untuk menghentikan provokasi membabitkan rumah ibadah dan tidak mencampuradukkan politik dengan sensitiviti kaum serta agama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei berkata, "saya selaku Adun Rawang mengutuk keras tindakan pihak yang sengaja membuat provokasi membabitkan isu agama dan mencabar tampil membuat perbincangan rasa tidak puas hati secara terbuka."
“Masjid yang telah 30 tahun ini tidak menghadapi sebarang masalah sebelum ini kerana memegang prinsip memahami dan menghormati antara satu sama lain dan tindakan membuat provokasi itu mencabar institusi sedia ada," katanya.SINARHARIAN.

DAP Tunggang PAS di Pulau Pinang!

Jika benar DAP berniat ikhlas, jujur dan tidak cauvinis sudah pasti wakil rakyat Pas dilantik ke jawatan Exco negeri Pulau Pinang. Apakah DAP tidak sedar bahawa penyokong Pas juga ada memberi sumbangan terhadap kemenangan parti itu di negeri ini”, demikian pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Justeru beliau yakin tindakan DAP yang ketika ini begitu ghairah untuk memancing orang Melayu menyertai parti itu adalah satu agenda licik untuk mereka membuat persediaan bagi menyingkirkan PKR dan Pas apabila tiba masanya nanti.

“Saya telah menerima maklumat bahawa DAP Pulau Pinang akan meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi Parlimen dan DUN semasa pilihanraya umum akan datang. Ini adalah salah satu cara dan taktik halus mereka untuk menikam belakang PKR dan Pas.

“Cuba kita lihat kembali, pada pilihanraya umum lalu, DAP memenangi 19 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. Kejayaan mereka ini dilihat adalah hasil daripada sokongan penyokong-penyokong Pas yang mengundi mereka. Tetapi apabila mereka berjaya menguasai Pulau Pinang, tiada seorangpun pemimpin Pas yang dilantik sebagai Exco Negeri”,

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal percaya tindakan mereka untuk meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka tidak lebih sekadar ‘membeli’ jiwa orang Melayu.

“Sekiranya calon Melayu diletakkan dan rakyat pula memberikan mandat kepada mereka, ini bermakna DAP akan berkuasa sepenuhnya tanpa perlu melibatkan PKR dan Pas kerana mereka telah ada calon Melayu dari parti mereka sendiri.

“Inilah cara licik mereka untuk berkuasa sepenuhnya dan menyingkirkan rakan sekutu mereka. Kita berharap agar penyokong Pas dan PKR tidak terus diperguna dan diperodohkan oleh DAP ini,” ujarnya.

Beliau juga menyeru kepada semua penyokong PKR dan Pas agar dapat mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap DAP kerana sejak pakatan pembangkang ini diwujudkan ternyata yang mendapat untung besar ialah DAP bukan Pas mahu pun PKR.

“Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Pas setelah bergabung dengan pakatan pembangkang. Parti mereka bergolak dan perjuangan mereka kini jauh tersasar. DAP memang berharap agar orang Melayu berpecah kerana kekuatan perpaduan orang Melayu adalah kelemahan utama DAP,” ujarnya lagi.

113 Mahasiswa UUM Jual BB1M?



Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memanggil 113 pelajarnya yang disyaki terbabit dengan kes penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sepasang suami isteri untuk siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.semua pelajar terbabit yang sudah dikenal pasti identitinya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak universiti sejurus semester baru bermula pada 18 Februari ini.
UUM kesal dengan tindakan pelajar terbabit yang menyalahgunakan baucar diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar membeli buku akademik, dengan menjualnya kepada pihak lain.semua yang terbabit yang mana majoritinya pelajar lelaki sejurus tamat cuti semester ini, untuk memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan jika perlu.
Bagaimanapun, kesalahan ini tidak boleh diletakkan di atas bahu pelajar semata-mata kerana ia tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang menawarkan perkhidmatan membeli baucar buku berkenaan.Kes penjualan BB1M membabitkan 113 pelajar UUM kepada pasangan suami isteri dengan harga RM180 sebagai pertukaran bagi baucar bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan suspek.
Pasangan berkenaan berusia lewat 30-an yang dikatakan memiliki kedai buku di ibu negara ditahan polis malam kelmarin selepas siasatan mendapati mereka mendalangi kegiatan yang didedahkan media sebelum ini. Pihak pengurusan UUM mengesan mengenai kegiatan pasangan terbabit pada 9 Januari lalu, selepas suspek dikatakan menampal poster iklan berhubung perkhidmatan pembelian baucar berkenaan di sekitar kampus sebelum menjalankan siasatan.
Pasangan suami isteri itu dikatakan menyewa di sebuah apartmen milik UUM untuk memudahkan urus niaga penjualan baucar itu dengan pelajar universiti terbabit.UUM menyifatkan ia adalah kes terpencil memandangkan jumlah pelajar UUM yang terbabit dengan kes berkenaan adalah terlalu kecil iaitu 113 orang, berbanding 30,000 pelajar universiti itu yang mendapat BB1M.Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bahagian keselamatan UUM pada 15 Januari lalu kira-kira jam 3 petang di dalam apartmen yang disewa mereka. 


Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive