gaza

Thursday, February 2

BALIKEDIA PULAK TERJADI DI KEDAH.APA TUE?





Nak habaq tak reti macam mana hampa tengok la sendiri apa jadi kat sana?Rakyat Kedah paham maksudnya nak tahu seterusnya tonton video nie sampai habis.Kredit Kepada rakan kedah DetQuar.

VIDEO CERAMAH HASSAN ALI MENGAMUK DI JALAN KEBUN.


Hassan Ali mengamuk lagi dengan pendedahan semasa ceramahnya di Jalan Kebun semalam.Bukan sehari dua Dr Hasan dengan BTN, lebih 20 tahun, terlibat dengan kursus-kursus yang membabitkan kakitangan awam seluruh negara.
Juga golongan muda, bekas-bekas anak didik beliau dalam ‘summer camp’ yang mana beliau kelolakan bersama isterinya, selama 38 tahun dan cukup terkenal satu masa dulu.
“Tindakan PAS pecat Dr Hasan Ali pada waktu-waktu hampir dengan pilihanraya seperti ini merupakan rahmat kepada UMNO Selangor, ‘bola tanggung’ kepada kita,” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang Anuar Basiran.
Sungguhpun, UMNO Selangor tidak bergantung kepada pengaruh Hasan untuk membuat penerangan mengenai isu-isu semasa di Selangor, tetapi tempias dari pemecatan itu menguntungkan UMNO.
“Sekarang orang Melayu Selangor yang sebelum ini rapat dengan pembangkang ‘tersentap’ dengan segala macam masalah PR, mereka sedar bahawa PR bukan kerajaan yang boleh diharap,” katanya.
Dr Hasan, kata Anuar, merupakan ‘penyapu baru’ untuk mencuci kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
“Saya rasa UMNO sudah pasti akan ambil kesempatan semaksimum mungkin atas kucar-kacir dalam PR ini. Kita orang politik, benda ni macam bola tanggung, kita tak smash rugi besar lah…” katanya yang turut serta di Bangi.
“Dari pemerhatian saya, yang datang pada ceramah Dr Hasan adalah orang PAS yang keliru, mereka hendak dengar sendiri penjelasan daripada beliau, kedua pengundi atas pagar, Melayu bandar, kakitangan kerajaan, golongan pertengahan, mereka ini bukan jenis terima segala kata-kata dari pemimpin PAS.
“Ketiga penyokong NGO HIMPUN yang Dr Hasan merupakan orang kuatnya, serta penyokong dan keempat penyokong UMNO, yang rasa boleh ambil kesempatan ‘bola tanggung’ ini,” kata Anuar.
Dr Hasan sendiri selesa dengan membangkitkan tiga perkara dalam siri jelajahnya, IMR - Islam, Melayu dan Institusi Raja, yang kalau kita teliti tidak berbeza langsung dengan perjuangan UMNO selama ini.
Selain IMR, beliau yang juga merupakan bekas exco kerajaan negeri menceritakan pengalaman-pengalaman peribadinya, sepanjang menjawat jawatan tersebut.
Modal Dr Hasan adalah kisah benar bagaimana PAS menghalang usahanya memerangi penjualan arak di  Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Beliau turut menceritakan kunjungan seorang wakil PAS Pusat bertemu dengannya sebagai langkah untuk ‘tone down’ beliau yang aktif mencegah mungkar di Selangor.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan  Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," kata wakil PAS Pusat tersebut cerita Dr Hasan yang tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soal Dr Hasan.
Hadirin yang berdiri dan duduk terpukau dengan kepetahan bekas pakar motivasi nombor satu negara ini dulu. Di Shah Alam misalnya, hadirin menangis bersama dengannya ketika membaca zikir dan doa.
Beliau tahu cara untuk bermain dengan ‘emosi’ orang ramai yang hadir. Sebab itu, ada yang berani bertaruh, jika Dr Hasan pusing Selangor sehingga hujung Febuari ini, PAS dan PR terpaksa buat macam-macam ‘damage control’.
Dr Hasan, macam kata orang kuat UMNO Sepang, Anuar Basiran, jadi ‘penyapu baru’ mencuci kekotoran PR supaya orang Melayu Selangor dapat melihat dengan lebih jelas lagi.

Fitnah Terhadap Dato Zainal Abidin?


Apa yang dinyatakan didalam blog ini cuma pendapat dari penulisnya sahaja tiada bukti yang sah dinyatakan oleh blogger tersebut.Jika benar apa yang didakwa blogger tersebut perlulah menyatakan bukti yang sahih dengan buktinya sekali.Ternyata Dato Zainal telah dimanipulasi oleh beliau demi mendapat perhatian.taktik ini ternyata menunjukkan mereka terdesak meraih simpati dari rakyat khususnya dari Pulau Pinang.Banyak tomahan sebegini cuma digunakan oleh blogger ini.

Terkesan akibat daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Zainal Abidin Osman sendiri selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi Barisan Nasional Nibong Tebal melalui rancangan wawancara Helo Malaysia (Bernama TV) pada 31 Januari 2012 yang lepas, blogger pakatan rakyat mula menyerang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu.

Merasakan kenyataan yang dikeluarkan Dato Zainal Abidin Osman itu bakal menjerat mereka, serangan mula diatur, bermula dengan mengelarkan beliau sebagai hantu raya!!! ((klik sini)

Ternyata pakatan telah kehabisan modal untuk menafikan apa yang didedahkan oleh Dato Zainal Abidin Osman, lantaran itu jalan mudah untuk mengaburi mata rakyat adalah dengan menyerang peribadi pemimpin tersebut melalui blogger yang dikenali sebagai Addin!!!laman izz,'s

Teresa Oh Teresa!Teresa Kok Yang Pemalas?




Malas dan biadap apa lagu ungkapan patut diberi kepada Teresa Cock nie.Nilaikan kedua-dua video nie.

Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR.

Sesiapa yang mengikuti dari awal siri jelajah bekas orang kuat PAS, Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.
Melihat dari jumlah kehadiran orangramai, aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.
Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.
Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.
Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.
Mereka yang mendengar ceramahnya yang bersemangat dan disampaikan dengan jelas itu dibawa menyusuri kongkalikong pakatan tiga parti yang tidur sebantal mimpi lain-lain itu.
Di Bukit Gantang misalnya, penganjur memberitahu Agendadaily lebih lima ribu orang keluar mendengar penerangan Hasan Ali.“Kita sediakan 10 khemah, 2,000 kerusi penuh, yang berdiri pun ramai, dan kebanyakan mereka orang tempatan yang hadir naik motor saja,” katanya yang enggan dikenali.Di Jalan Kebun, Klang lebih 2,000 hadir.Enam khemah dan 800 kerusi penuh, yang berdiri di sekitar padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu pun ramai. Dianggarkan tidak kurang daripada dua kali anda jumlah yang duduk berkerusi.Ada yang naik motor, tapi kebanyakannya berkereta, sehingga siapa yang lambat kena jalan kaki jauh sebab tempat parking penuh.Dalam siri jelajahnya, Dr Hasan Ali tidak keseorangan dari PAS, beliau ditemani dengan seorang Hassan lagi, iaitu bekas ketua penerangan PAS Selangor Ustaz Hassan Basri.Hassan Basri pun bukan calang-calang pemidato, kalau dengar dari jauh tak tengok muka, gayanya saling tak tumpah macam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Selain itu, Norman Toha, bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor,  yang mengacarakan majlis, lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah.Kiranya jentera utama Dr Hasan untuk berkempen dalam siri jelajah ini adalah kawan-kawan lama beliau dalam PAS. Berdasarkan jadual yang disusun oleh SMU, Dr Hasan akan menjelajah seluruh Selangor sehingga hujung bulan Febuari ini.“Setiap malam beliau ceramah, ada hari yang programnya bermula pagi, iaitu majlis penerangan dengan NGO Selangor yang kita panggil Wacana Ilmu.“Ada program yang bermula petang macam majlis Hi-Tea, tapi hampir semua program adalah sebelah malam, meliputi DUN-DUN yang dikuasai PAS seperti Meru, Selat Klang, Sijangkang, Gombak Setia.“DUN PKR kita pergi ke Bukit Antarabangsa, Ijok, Kota Damansara, Taman Medan dan banyak lagi,” kata Norman.Agendadaily berkesempatan melihat kertas jadual program-program Dr Hasan Ali tersebut, yang mana, hari yang dibiarkan kosong hanya Jumaat. Lain-lain sudah penuh setiap nama tempat dan DUN sasaran.Orang kata dari segi mobilisasinya amat terancang, lelah dan senak perut jugalah PAS dan PR hendak counter semua ceramah dalam siri jelajah ke seluruh pelusuk Selangor itu.Sudah tentu isu utama yang disentuh Dr Hasan dalam siri jelajahnya adalah sebab pemecatan beliau dari PAS pada 8 Januari lalu. Pemecatan yang dibuat tanpa pertuduhan dan hak beliau untuk membela diri, katanya.“Tidak ada sekeping suratpun yang dihantar untuk memaklumkan pertuduhan atau jemputan untuk saya menghadiri sesi soal siasat sebelum dipecat,” katanya."Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah…"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai...” katanya dengan retorik yang memukau hadirin.Sebagai bekas orang nombor tiga PAS, pengaruhnya dalam parti tersebut tidak boleh dipandang ringan,. terutamanya di Selangor yang mana beliau merupakan Pesuruhjaya PAS negeri sejak 2004 lagi.Selain kepada ahli PAS,  peengaruhnya juga menyusur juga kepada golongan atas pagar yang selama ini berjinak-jinak dengan parti pembangkang. Golongan kelas pertengahan Melayu, yang suka dengan gaya ceramah motivasi Dr Hasan, yang mengenali beliau sejak di zaman beliau menjadi penceramah Biro Tata Negara (BTN) lagi.

Sokong Israel, Anwar Dapat Habuan Dana PRU 100 Juta ?


Malaysia tidak perlukan seorang PM yang sangat hipokrit dan mengamalkan politik chameleon. Anwar memang mempunyai ciri ini, hanya kerana menanti kemasukan dana pilihanraya hampir RM100 juta; Anwar sanggup menjual dan menggadai maruah untuk kow tow di kaki pemain ekonomi Yahudi.
George Soros pastinya tersenyum puas melihat keberanian Anwar mengeluarkan kenyataan yang sedemikian ‘kuat’ bagi menjaga kepentingan Israel.
Soros pastinya sedang menantikan saat Board of Directors, Open Society Foundation meluluskan dana pilihanraya yang dijanjikan kepada Anwar. Walaupun Soros sentiasa sahaja mengamalkan prinsip pengurusan ‘one man show’, namun dalam soal dana pilihanraya – dia sangat selektif.
Ke akaun siapakah akan diletakkan dana ini? Di mana? Akaun Rahim Ghouse? Akaun syarikat peribadi Anwar di Amerika? Akaun Ambiga? Akaun Azmin? Atau Akaun Shamsidar Taharin? Menarik untuk kita menilai siapa yang akan mengurus dana antarabangsa yang dijanjikan kepada Anwar.
Sementara Anwar BERCUMBU RAYU dengan Yahudi – kita kena kenang kembali keberanian seorang pemimpin Malaysia yang tidak takut dengan kenyataan bahawa dunia ini dikawal oleh Yahudi – melalui proksi.
Kenyataan ini mendapat kritikan antarabangsa yang menggila. Mahathir dianggap sebagai anti-semitic. Malahan, ada pemimpin Negara Arab sendiri menganggap Mahathir sebagai ‘Muslim gila’ yang mahu melawan arus. Hari ini, kalangan pemimpin Arab sedemikian sudah terjerumus menyembah bumi.
Penting, sangat penting untuk kita melihat dan menghargai kembali tindakan Tun M. Bukan soal kita idolakan dia – tetapi inilah ALIBI dan PEMBUKTIAN bahawa pemimpin yang JUJUR akan konsisten dan sentiasa sahaja dihormati.
Anwar sudah GAGAL dalam cubaan ini. Anwar terlalu menurut cakap dan tidak berani berdiri sendiri.
Apa agaknya pandangan SYEIKH YUSOF AL-QARADAWI tentang pandangan Anwar ini? Apakah Syeikh Yusof masih menganggap Anwar sebagai insan suci dan tidak punya kelemahan?GA

Penyebaran Hadith Palsu - Ustaz Budak Perlu Disiasat


Peringatan Keras Daripada al-Quran & al-Sunnah Kepada Para Periwayat & Penyebar Hadith Palsu

Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam dalam salah satu khutbahnya yang dikhabarkan oleh Abu Qatadah radhiallahu-'anhu:

"Aku mendengar Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam bersabda di atas mimbar ini : Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku -- hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya -- maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka"  - [Sunan Ibnu Majah -- no: 035]

Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam:

 "Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka" - [Diriwayatkan oleh al-Bukhari -- no: 109]

READ MORE abuaqifstudio

MKP kata:Ustaz Budak nie mai dari mana negeri PAS kot?

Wednesday, February 1

TERKINI:Ceramah Hassan Ali Di Jalan Kebun 2 ribu Hadir.

Pastinya road show begini dengan sambutan hebat dari rakyat pastinya mengusarkan Pakatan Haram.


Dalam serangan yang bakal mewarnai "perang" beliau dengan Pas, Datuk Dr Hasan Ali menuduh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai parasit yang menghalang beliau mengekang kegiatan maksiat di semasa beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Selangor.
 
Hasan berkata beliau terkilan dengan penentangan sedemikian daripada kalangan pemimpin Pas sendiri, termasuk daripada Khalid yang  pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.  Khalid adalan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. 
 
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
 
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
 
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid kerana didakwa mengkhianati perjuangan agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
 
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya.
 
Hasan juga mendakwa Khalid mengkiritk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memeriksa premis milik Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu kerana sebuah majlis digunakan untuk memesong akidah hadirin Islam.
  
Hasan berkata, beliau akur dengan pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
 
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
 
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.


Hassan Ali Londeh Pekung Pakatan Rakyat Selangor,Khalid Apa Cer?



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian
daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa  menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel. AntaraPos     

Pelaburan Terbaik PAS Kedah Dari Sumber Maksiat?



Hasil dari negeri kedah hanya bergantung dari sumber asli seperti Balak dan hasil bumi sahaja,PAS Kedah hanya tido dalam faktor untuk memajukan kedah dari segi memberi peluang perkerjaan baru kepada rakyat kedah. 

Mengikut maklumat, 3 tahun lepas cuma ada 20 Spa untuk kesihatan disekitar Sungai Petani. Namun kini, jumlah 20 telah mencapai 70 buah Spa. Disamping kebanyakkan Spa bukan hanya untuk kesihatan, tapi telah beralih arah ke 'special servis' dan 'seks servis'.

Peluang pekerjaan tidak banyak kerana tiada pelaburan baru masuk. Peluang ekonomi kurang kerana Kerajaan negeri hanya berfikir ekonomi ala pasar malam. Kemasukkan wang dari pelancong kurang kerana rakyat Kedah sendiri pergi melancong ke luar dan tiada program pelancongan yang agresif dilakukan.

Penyediaan infrastruktur canggih dan bertaraf dunia tidak dilakukan, sebaliknya markaz-markaz parti diperbaharui. 

Penyediaan perhubungan yang baik dilakukan sebaliknya kerajaan negeri merosakkan jalan-jalan yang ada dengan membiarkan lori-lori balak, pasir dan batu bermaharajalela.

Tiada program atau rombongan menarik pelabur dilakukan dengan agresif oleh kerajaan negeri, hasilnya tiada pelabur besar datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan tidak banyak.MTK





Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive