Saturday, February 4

KETUA PEMUDA UMNO TANJONG BAKAL YDP MAIPP???



Berita ini telah lama MKP dengar dan tunggu pengesahan sahaja. namun, namanya telah di bawa oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Yang Di pertuan Agung untuk diperkenankan. Malik Kassim ialah mantan Ketua Pemuda UMNO Tanjong sewaktu Zaharin menjadi ketua bahagian di zaman nuar yahudi.Memandangkan beliau merupakan proksi nuar yahudi, maka nama beliau dinaikkan untuk bertanding di kerusi batu maung ( itu pun boleh sepenggal je la kot). Sifat malik kassim ialah sentiasa taat dan patuh pada pemimpin yang dapat memastikan dia terus berkuasa. misalnya dalam waktu sekarang malik kassim ialah penjilat tegar lim guan eng mengatasi penjilat tegar yang lain.

Malik Kassim telah lama menjadikan PAS sebagai musuh utama beliau sejak beliau berada di dalam umno. jadi semangat bermusuh dengan PAS masih tidak dapat hilang. lalu dalam mesyuarat exco yang lalu, nama malik kassim adalah terbaik untuk menggatikan lias zakaria. dengan yakin, guan eng telah menghantar senarai nama kepada Yang Di pertuan Agung. Mansor cuba mengiyakan sahaja. pun begitu , yakin lias zakaria akan kekal.

yang paling kasihan sekarang ialah Salleh Man yang nuar kata pas ni bodoh bahasa inggeris.Salleh tak perlu berangan lagi untuk duduk di MAIPP. cukuplah sekadar timbalan sahaja. Salleh Man adalah seorang pesuruhjaya pas yang agak lembab. pilihanraya ke 13 , namanya akan disingkirkan untuk kerusi permatang pasir.dia akan balik semula ke kepala batas atau tasek gelugor.jadi bola bowling la Salleh Man.BK

VIDEO GEMPAQ : Jangan Pertaruhkan Agama,Bangsa Dan Negara?


Pesanan dari pada YB Datuk Zul Kulim,mengadaikan semuayang ada untuk memenuhi nafsu seorang pemimpin seperti Anwar Al-juburi. Semuanya telah terbukti dan tidak dapt diselindungkan lagi.Seorang lagi sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau 'meninggalkan' Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

"Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran.



Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.



Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.



"Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?



"Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau," katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901', beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.



"Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

"Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik.

MKP:Kredit kepada Det Guaq video yang hebat,,,,,,,,jutaan terima kasih.

@ZambryAbdKadir Puji Intergriti Kak Ijat.


Datuk Seri Zambry Kadir hari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana tidak tunduk kepada desakan untuk berundur daripada jawatan dalam parti dan kerajaan susukan isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

“Saya mengucapkan tahniah kepada Shahrizat. Walaupun beliau menghadapi masalah-masalah ini, beliau ada intergriti beliau sendiri atas semangat perjuangan, beliau tetap teruskan perjuangan dan atas intergriti wanita, beliau terus pertahankan.

Ketua Wanita Umno itu semalam menempelak desakan Tn Sri Rafidah Aziz supaya beliau berundur diri susulan isu NFC supaya tidak membawa masalah kepada Umno dan kerajaan.

Sharizat berkata beliau akan terus memimpin Wanita Umno dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskan kedudukannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sharizat dan Zambry hadir sama pada program pemantapan jentera pilihan raya jalinan rakyat wanita BN di sini. Zambry melepaskan 10 buah kenderaan untuk membuat bancian dari rumah ke rumah yang meliputi 30 mukim di sekitar Beruas dan 20 mukim di sekitar Setiawan.

Bancian dari rumah ke rumah ini adalah penting bagi memudahkan jentera pilihan raya mengenal pasti permasalahan yang dilanda rakyat khususnya di peringkat akar umbi setiap kawasan dalam persediaan untuk menghadapi hari mengundi nanti.

Zambry berharap wanita BN terus berani berdepan dengan pelbagai tomahan tidak berasas yang acapkali cuba digunakan oleh pihak pembangkang untuk melemahkan sayap itu.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.

Kak Ijat Londeh Pengkritiknya?.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau.

Dua hari lalu, Rafidah mendesak Sharizat meletak jawatan dan tidak mengheret Perdana Menteri Najib Razak untuk membuat keputusan bersabit jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Desakan itu dikecam oleh kalangan pemimpin Wanita Umno yang mengingatkan Rafidah bahawa beliau sendiri terpalit dengan skandal pemberian Permit Import (AP) pada tahun 2005, namun pergerakan itu tetap menyokongnya.

Bercakap kepada pemberita di Bruas, Sharizat yan baru pulang dari mengerjakan umrah berkata sokongan Wanita Umno terhadapnya semakin kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum, meskipun ada pihak yang cuba menangguk di air keruh menggunakan isu NFC.

"Saya mengetuai lebih daripa 1.3 juta wanita UMNO dan saya yakin mereka akan terus memberi sokongan kepada saya," katanya.

"Dalam tempoh 3 bulan ini, cubalah anda lihat ke masa sahaja program yang saya pergi ke seluruh negara, sekarang lebih ramai yang memberi sokongan kepada saya,” tambah beliau.

"Jadi jangan cuba merendahkan keyakinan wanita di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan wanita BN yang ada hari ini," tegas beliau.

Sharizat berkata wanita Umno dan Barisan Nasional harus menjadi barisan pertama dalam menghadapi PRU ke 13.

"Wanita mesti bertenaga, komited dan fokus pada pemantapan jelajah jentera pilihanraya," katanya.

Semalam, Sharizat menegaskan beliau “tidak akan lari” daripada isu NFC namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

Projek NFC yang dimiliki suami Sharizat di belit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan. antarapos.

PAS Parti Sekular?

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara
liberal jika diberi peluang.

VIDEO PANAS :KAK IJAT JAWAB RAFIZAH AZIZ?


Datuk sharizat Abdul Jalil jawab semua persoalan yang telah dikemukakan oleh Rafizah Aziz.Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau “tidak akan lari” daripada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) namun  tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

"Saya hendak perjelaskan kedudukan saya sebagai menteri...  saya serahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukannya.  Oleh kerana saya sangat menghormati PM, keputusan sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak, saya serahkan  kepada PM,” kata Sharizat .

"(Mengenai) kedudukan saya sebagai Ketua Wanita, sudah pastilah cabaran yang saya lalui selama ini menguatkan semangat saya.  Kalau Ketua takut menyahut cabaran, dia tidak boleh jadi Ketua," katanya kepada pemberita sejurus pulang menunaikan umrah di Mekah.

Sharizat berkata beliau menghormati Tan Sri Rafidah Aziz walaupun beliau  menggesanya untuk meletak jawatan susulan isu NFC yang membabitkan suaminya.

"Saya tidak baca komen Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tumpuan saya pada wanita UMNO dan saya menghormati Tan Sri Rafidah Aziz,” kata Sharizat.

"Saya hormat beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO...jadi menjadi tugas saya sekarang adalah untuk memastikan Wanita UMNO bekerja dengan kemantapan yang baik sekali," katanya.

“Kalau kita tengok Wanita UMNO hari ini,  mereka  tidak akan lari daripada masalah," tambah beliau. 

Bagaimanapun Sharizat berkata pihak dari Umno yang mendesaknya untuk meletak jawatan adalah mereka yang lupa susur galur perjuangan sayap itu.

"Kalau mereka tahu salasilah Wanita UMNO, jadi mereka yang buat saranan sudah lupa ada sejarahnya," katanya.

 Kalangan pemimpin Wanita Umno sebelum ini membidas Rafidah kerana mendesak supaya Sharizat berundur memandangkan sayap itu memberi sokongan kepada bekas Ketua Wanita itu ketika beliau dituduh memberi Permit Import (AP) kepada kroni dan anggota keluarganya pada tahun 2005.

 Sharizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan kuat daripada ahli Umno dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya memimpin sayap itu.

"Adalah saki baki  yang tidak menyokong saya itulah biasa, saya menghormati hak mereka tetapi saya sebagai wanita akan terus pastikan wanita terus bersatu padu," katanya.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.  

Sharizat berkata beliau lebih tabah menghadapi cabaran selepas mengerjakan umrah dan bertekad untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang. 

"Saya berada di Mekah dan melihat dugaan ini sangat menyedihkan tetapi saya sebagai ketua, Allah menduga saya, alhamdullilah saya akan kerja kuat lagi selepas balik dr Mekah dan akan membantu Wanita untuk pastikan kemenangan pada PRU 13 nanti, insyaalah," kata Sharizat. AP

Friday, February 3

Hadi Awang akan Kalah Di Marang?


Terjawap persoalan Hadi Awang tidak mahu bertanding pada PRU13,meninjau program lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marang, Terengganu petang tadi.
Marang adalah kawasan parlimen yang dikuasai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dimaklumkan, daripada beberapa siri bertemu rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri setakat ini, jumlah kehadiran rakyat di Marang ini adalah yang tertinggi sekali - dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut.
Menurut Bernama, ketibaan Najib di lapangan terbang sahaja disambut lebih 1,000 orang yang menunggu sejak dari pagi. dikhabarkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Najib dan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan ini adalah sama sekali berlawanan dengan tanggapan pembangkang selama ini bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri.
Kebetulan pula, Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti.
Adakah Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Kalau pun benar Haji Hadi akan tewas di Marang, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.  Pada yang tidak tahu, Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004.  Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis,  350 undi sahaja.
Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Pada 1986, BN memperolehi momentum kuat apabila Gerakan (asal pembangkang yang menguasai Pulau Pinang) menyertai BN, manakala pada 2004 pula disebabkan oleh faktor peralihan pucuk kepimpinan negara dari tangan Tun Mahathir kepada Tun Abdullah.
Berbeza dengan kali ini, bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden PAS, terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Rakyat.
Haji Hadi  dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan Bersih dan sebagainya.  Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik.

Kesian Ostaz Azizan Kena Tutup Mulut?



Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin membidas campur tangan politik pembangkang dalam urusan pentadbiran institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya membabitkan isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Alor Setar.

Tegas beliau, perkembangan terbaru apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diarahkan supaya menutup mulut daripada memberi komen mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) jelas menunjukkan pembangkang mengamalkan pencabulan hak asasi.

"Arahan tutup mulut terhadap Datuk Seri Azizan dalam isu Kuin jelas (menunjukkan) pencabulan hak asasi dan kebebasan bersuara yang di lalak oleh pembangkang.

"Isu Kuin jelas membuktikan campur tangan politik secara langsung oleh pembangkang dalam urusan IPTA dan IPTS," kata beliau menerusi akaun twitternya di sini hari ini.

Zulkifli mengulas mengenai pengakuan Azizan seperti yang dilaporkan media bahawa beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan berhubung Auku selepas mendapat arahan daripada pihak atasan.

Bagaimanapun Azizan tidak mendedahkan mengenai pihak yang mengeluarkan arahan tersebut.

Namun difahamkan arahan berkenaan diterima daripada kepimpinan PAS.

Dalam pada itu, memetik laporan Mstar Online PAS menafikan sekeras-kerasnya parti itu mengeluarkan arahan 'tutup mulut' kepada Menteri Besar Kedah itu agar tidak memberi komen mengenai isu penggantungan lima mahasiswa terbabit.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata mungkin timbul salah faham dipihak Azizan berhubung isu berkenaan kerana parti itu tidak pernah mengeluarkan arahan seumpamanya.

"Tidak, tidak, tidak...kita tak pernah bagi arahan suruh Datuk Seri Azizan tutup mulut. Tak mungkin kita bagi arahan macam itu.

"MB (Menteri Besar) mungkin sudah salah faham," katanya.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, PAS sebaliknya meminta Azizan menyelesaikan isu Kuin secara kekeluargaan dan bukannya secara terbuka khususnya melalui media.

"Yang kita nasihatkan ialah agar beliau selesaikan secara dalam keluarga, selesai secara baik.

"Kita tak mahu kecoh-kecoh... itu sahaja. Perkara ini boleh diselesaikan secara aman," katanya.

Arahan menutup mulut itu diterima selepas Azizan membidas pihak yang mengkritik dan menyerangnya berhubung tindakan penggantungan lima pelajar Kuin, yang didakwa dilakukan mengikut Auku.

Azizan mendakwa pihak yang menyerangnya itu tidak mendapat maklumat betul kerana tindakan diambil Kuin itu bukan mengikut Auku, sebaliknya mengikut Akta IPTS 1996 kerana universiti milik kerajaan negeri itu dikategorikan sebagai IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
antarapos

Terangganu Pasti Milik BN Pru 13!!! @wanahmadfarid


Tanggal 22 Mac ini, genap empat tahun Datuk Seri Ahmad Said menerajui tampuk kepimpinan negeri Terenganu sebagai Menteri Besar, dan sepanjang tempoh itu, Terengganu telah melalui fasa transformasi pesat dalam pelbagai bidang terutama yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

Bidang pendidikan dan sukan serta pembangunan infrastruktur menjadi fokus utama beliau.

Ahmad melahirkan rasa syukur khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu bakal menginjak ke empat tahun di bawah slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Katanya tempoh tiga tahun pertama digunakan untuk pembangunan modal insan yang dilihat bakal merubah secara drastik masa depan Terengganu satu masa nanti.

Menurutnya tempoh tiga tahun pertama digunakan beliau untuk memperkasakan pendidikan dan modal insan, memenuhi keperluan asas rakyat terutamanya golongan miskin dengan menyediakan kediaman yang selesa.

"Saya buat kajian, masalah utama rakyat di sini ialah rumah. Sepanjang tempoh 35 tahun, hanya 7,000 rumah dibina untuk rakyat miskin di Terengganu.

"Sebab itu saya buat dasar dalam tempoh lima tahun bermula daripada saya ambil alih pentadbiran kerajaan negeri, saya nak bina 10,000 rumah dan lima tahun akan datang, sebanyak 10,000 lagi rumah akan dibina," katanya.

Beliau mengaitkan bantuan atap bercat 'biru' yang diagih kepada rakyat memerlukan sejak awal memegang jawatan Menteri Besar sebagai simbol payung untuk melindungi rakyat daripada panas dan hujan.

"Ia sebagai simbol sebab walaupun pendapatan cukup-cukup untuk makan, jika rumah tidak selesa, macam mana anak-anak nak belajar. "Saya pernah jumpa khemah dipasang dalam rumah pada musim hujan. Sebab itu saya kata kalau ada rumah di Terengganu ini yang tiangnya bulat, atap nipah, beritahu saya, kita akan beri bantuan serta-merta sebab kita tak nak lihat lagi ia ada di Terengganu," katanya.

Dalam soal pendidikan dan sukan pula, beliau berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan yang ditinggalkan Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Idris Jusoh, selain melaksanakan perancangan baru bersesuaian dengan masa.

"Setiap tahun, kita salurkan RM200 juta untuk Yayasan Terengganu. Dana itu disalur sebagai biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara seperti dalam jurusan perubatan, kejuruteraan, juruterbang dan sebagainya.

"Kita juga yang pertama memulakan kelas maya, pengagihan komputer riba e-book kepada pelajar, bantuan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah, bantuan one-off pakaian dan mencetak soalan peperiksaan yang semuanya menelan puluhan juta ringgit setahun," katanya.

Dalam bidang sukan pula, kecemerlangan Terengganu tidak dapat dinafikan adalah hasil dorong beliau sehingga berjaya menjuarai Sukma kali ketiga berturut-turut, menubuhkan dua pasukan bola sepak, Terengganu dan kelab T-Team, menubuhkan pasukan lumba basikal profesional, Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) dan menghantar wakil paling ramai dalam Sukan SEA yang lalu selain mempunyai wakil untuk Sukan Olimpik di London 2012.

Dalam masa yang sama, penyediaan infrastruktur dan keperluan asas juga dilaksanakan secara berperingkat seperti jajaran jalan dan pembinaan jambatan baru dalam usaha mengelak kesesakan lalulintas terutamanya di pusat bandar raya.

"Kita juga tidak mengabaikan aspek kesejahteraan rakyat, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk Tabung Pesakit Kronik yang diserahkan kepada pihak hospital untuk lampin pakai buang, penyediaan kaki palsu, tangan palsu dan lain-lain.

"Dalam Islam tak elok hebahkan benda-benda baik yang kita buat namun ada juga orang di luar sana yang buat cerita, kata Menteri Besar membazir, saya nak tanya adakah ini sesuatu yang membazir," katanya.

Namun, setelah apa yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, Ahmad berkata beliau sedikit terkilan kerana masih ada kelompok yang "miskin minda" dalam kalangan rakyat.

"Kita bukan utopia, banyak lagi yang perlu dilaksanakan, kalau miskin kerajaan akan bantu, contohnya nelayan, kita bantu beri enjin bot pukat, sampai harga berbelas ribu seorang.

"Namun ada yang bermasalah miskin minda, kita beri bot, dia jual bot, kita beri pukat, enjin bot, dia jual, bila pendapatan masuk lebih sedikit, tak tahu simpan. Petani pula kita beri tanah, tak usahakan tanaman walaupun pelbagai bantuan disediakan. Ini yang menyukarkan kerajaan menghapuskan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

"Satu perkara yang boleh saya katakan kepada mereka ini, saya kata kalau ada anak, pastikan anak belajar rajin-rajin, beri semangat dengan harapan anak itu akan berjaya satu hari nanti dan merubah hidup keluarga," katanya.

Menyedari kerajaan negeri tidak harus selamanya bergantung kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis atau mengalami penurunan harga, beliau berkata beberapa sektor baru diberi penekanan, terutama pelancongan dan pertanian.

Katanya mulai tahun ini, fokus diberikan kepada pembukaan ladang rakyat untuk penanaman kelapa sawit dan mini estet padi bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan ekonomi teras, bermula dengan membangunkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai memandangkan tasik terbesar buatan manusian itu mempunyai potensi yang belum digunakan sepenuhnya.

Terengganu juga menerima limpahan pelabur asing terutama dalam industri berat di Kemaman yang menerima pelaburan berbilion ringgit untuk industri keluli dan besi.

Beralih kepada politik, Ahmad berkata pertelagahan dalaman yang berlaku dalam BN dan Umno negeri pasca pilihan raya umum 2008 kian reda.

Katanya apa yang berlaku tidak seteruk yang digambarkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan, terutamanya pembangkang yang menang di Terenganu pada 1999 dan berhasrat merampas semula negeri itu setelah kalah kepada BN pada 2004.

"Kita telah berjaya menangkis apa yang berlaku sebelum ini. Memang mereka cuba gembar-gemburkan apa yang berlaku itu dengan harapan rakyat akan bosan dan memilih mereka, namun saya tahu rakyat lebih bijak menilai kerajaan mana yang mampu memerintah dengan baik, BN atau PAS," kata Ahmad.

Katanya kedudukan BN juga semakin kuat dan berdasarkan situasi semasa, BN mampu menang besar pada pilihan raya umum.

"Kita yakin dapat menang 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan mengekalkan penguasaan di enam daripada lapan kerusi Parlimen," katanya.

BN kini menguasai 24 kerusi negeri dan enam kerusi Parlimen.

Mengulas kedudukan beliau selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Ahmad berkata beliau berserah kepada takdir, dan tidak akan terkilan jika sekalipun tidak dipilih menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.

"Apa yang penting ialah BN terus diberi mandat untuk meneruskan pembangunan modal insan dan negeri secara keseluruhannya dalam memastikan Terengganu terus berada di kelas tersendiri," katanya.

18,000 Untuk Dalang Kepala Babi?



Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.

Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.

Menurutnya, Donald menawar RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawar RM3,000 untuk tujuan sama.

“Saya harian mengapa isu perkauman yang amat sensitif ini boleh dibuat sebagai satu permainan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan menahan pihak yang terlibat meletakkan kepala babi di kedua-dua masjid ini,” katanya, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden meletakkan kepala babi yang berlaku dalam tempoh 48 jam di kawasan beliau.

Kelmarin, Kerajaan Selangor juga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.

Sebelum ini, beliau bersama Donald telah mengadakan lawatan Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang bagi melihat sendiri insiden kepala babi yang diletakkan di pintu hadapan masjid berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu berkata, BN Selangor berharap orang ramai bertenang dan cuba menjaga sensitiviti agama dan
kaum di negara ini.

“Kita tidak boleh tuduh sesiapa tanpa sebarang bukti kukuh, walaupun wujud pelbagai persoalan berhubung insiden ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid ini mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan liar sebegini.

Semalam, kepala babi ditemui di luar sebuah masjid di Sentul.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis kini sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive