Friday, February 10

Panglima Perang Dah Mengamuk Yg Lain Dok Lena!!!!!


Tahniah SAM1M Wa salute dekat lu! Tapi mana Pemuda yang lain dalam hal nie.Masih lagi dok peluk bantai mahal kot.Diam bisu tak ada suara keluaq macam pondan...........DAP telah bermain dengan isu perkauman nie,Mana pemuda UMNO yang lain takkan nak guna 3force baru berani nak bersuara kot????Semangat Pemuda dalam membela melayu agak suram dan malap ketika ini.Yang depa tau lawan sesama sendiri.
Pemimpin UMNO di setiap bahagian perlu turun padang dan bertemu dengan ahli bagi menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB). 
Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut. 
Menurutnya, keadaan sedemikian mungkin wujud disebabkan golongan berkenaan kecewa dengan tindakan atau sikap pemimpin utama bahagian itu sendiri. "Kita tidak boleh sombong dan menunggu GTB datang kepada kita. 
Kita perlu bersemuka dengan mereka. "Pemuda UMNO negeri yakin jika semua pemimpin utama bahagian mempraktikkan sifat pemaaf dan bertoleransi, maka GTB akan bertukar membawa maksud Geng Terima Bahagian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.  
Semalam, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian. Kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti. Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini. SUMBER:UTUSAN 
Kita tiada masa untuk ini kerana diambang PRU 13 nak suruh buat cam nie apa kejadahnya,Adalah lebih baik pi lawan dengan DAP yang sekarang nie dok banyak main isu perkauman????Tak payahlah nak cerita bahagian lain dalam kain bahagian aku pun sama jugak sampai Chegu Bard masuk dalam rumah sendiri pun depa pukul tak tau!!!!!! Rasanya macam nak dedah aje apa yang jadi lepas nie!!!!!!



Isu KFC, Tgk Apa Nak Jadi Bila Di Bakar2 Sentimen Kaum.. Seorang Pemuda Cina Memaki Pekerja2 KFC Yg Penat Bekerja Melayan Pelanggan Dengan Memaki Dan Menengking Pekerja Tersebut Perkataan "Cibai Punya Melayu" 
Akhirnya Tercetus Pergaduhan, Beberapa Saksi Dlm Restoran Tersebut Juga Mengesahkan Perkara Tersebut Melalui Twitter Juga Di Blog2. 
Kini Ahli Parlimen DAP Terus Pertahankan Pemuda Cina Tersebut Buat Sidang Akbar. Kenapa Pergi Ke DAP Bukan Ke Pihak Polis 
Adakah Ini Satu Mainan Politik Kerana Melayu Kini Berpecah, Siapa Yg Pertahankan Pekerja2 Melayu Tu Pulak, 
Saya Dan Rakan2 SAM1M , Insyallah Akan Pertahankan Pekerja2 Tersebut, Kerana Kebenaran Harus Di Pertahankan Atas Dasar Semangat 1Malaysia Dan Perpaduan Negara Adalah Batu Asas Negara Kita. 
Pada Pekerja2 KFC Tersebut Jika Terbaca Sila Hubungi Pihak Saya, Juga Pada Saksi Kejadian Sila Hubungi Saya Bagi Mencari Keadilan Dan Kebenaran. 
Arman Azha Hj Abu Hanifah, Suara Anak Muda 1Malaysia, SAM1M 

Cikgu Bard Buat Lawak?UMNO Tidak Pecat Ahli Cuma PKR Aje!

ini adalah provokasi murahan yang telah dibuat oleh Chegubard kononnya berceramah dirumah ketua cawangan UMNO Tomoh Tapah.tiada bukti yang disertakan hanya gambaq ini sebagai bukti yang tidak sahih kenyataanya.Jika benar dakwaannya apa salahnya?

UMNO tidak pernah membuang ahlinya seperti PAS dan PKR kecuali melanggar apa yang telah ditetapkan oleh Parti Keramat UMNO. Walaupun mengutuk pemimpin sekali pun.PAS dan pakatan rakyat lebih kejam terhadap ahlinya jika ini dijadikan bahan berita dari pihak yang menyatakan tomahan walaupun bukti yang tidak jelas dan sahih.hanya PKR pecat ahli tanpa bukti yang sahih,berikut adalah laporanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengheret partinya sendiri ke mahkamah apabila memfailkan permohonan untuk menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti tersebut.

Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 31 Mei.

Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.

Peguam-peguam PKR N. Surendran, Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa mewakili kes itu dengan menamakan ROS selaku responden.

Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli, A. Jayagopal secara salah adalah tidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.

Sementara itu, A Jayagopal mendakwa beliau masih ahli PKR dan kini sebagai Ketua Cawangan PKR Pokok Sena kerana tidak pernah menerima surat pemecatan dari ibu pejabat PKR.

“Parti (PKR) tidak beri surat kepada saya. Mengapa tidak beri surat? Kerana mereka takut jika saya membawa surat itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Saya terima surat yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pada 2009 yang mengatakan saya bukan ahli PKR.

“Ini surat apa ? Tetapi tidak ada sekeping surat pemecatan dihantar kepada saya, Saya tahu, Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR waktu itu buat sidang akhbar memberitahu pemecatan saya tetapi surat tidak diberi kepada saya,” katanya seperti dilapor FMT.


PRU 13!!! " X Faktor" Perlu DiTonjolkan Oleh BN.



Sejak Mac 2008, keperluan, kemahuan dan pemikiran umum sudah jauh berubah; sama ada berubah dengan inisiatif sendiri, diubah oleh permainan politik pelbagai pihak atau oleh desakan persekitaran. Kegelisahan semasa turut melahirkan persoalan, apakah kesediaan parti dan aktor politik juga sudah berubah untuk memenuhi bukan tuntutan tetapi keperluan sedemikian rupa dalam alam baru ini.

Faktor utama yang harus menjadi tumpuan adalah siapakah yang dimahukan sebagai Perdana Menteri memandangkan kalau dipanjangkan ke bawah sekalipun, hari ini tumpuan diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penginstitusian ke atas legitimasi @keabsahan politik mesti menjadi asas dalam PRU akan datang. Indikator populariti Najib jika diperhebatkan mampu membawa perubahan tetapi apakah sudah distrategikan sedemikian rupa kempen parti komponen sebagaimana yang sedang dilakukan oleh barisan pembangkang yang masih bertanggapan Anwar bukan liabiliti mereka.

Walaupun begitu, isu perlu dihalusi termasuk isu kepartian seperti calon dan jentera; di peringkat nasional dan lokal seperti NFC, Felda, Teoh Beng Hock, kepimpinan Najib, Anwar, SBPA 2012, Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), rasuah, jenayah, kenaikan harga barang, konsep 1Malaysia, inflasi, pendapatan, wanita, kebebasan beragama, kos kehidupan, pendidikan, BR1M, kesemua pelan transformasi, Buku Jingga, kemiskinan, kebajikan, kemudahan prasarana tempatan dan peluang saksama yang menjamin keadilan sosial merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beberapa personaliti juga digunakan oleh kedua-dua gabungan besar untuk meraih sokongan termasuklah karisma Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Raja Petra Kamaruddin, Ibrahim Ali, Ambiga, A. Samad Said, 'Aunty Bersih' dan tokoh-tokoh daripada sesebuah parti dan dibawa ke parti lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan tetapi dianggap memberi impak dalam persekitaran politik semasa.

Ada juga yang bersifat bermuka-muka dalam politik dengan 'makan' di kedua-duanya, baik di BN mahupun barisan pembangkang. Di depan penyokong tertentu, tokoh ini menyokong tetapi di belakang menyalin baju dan tukar prinsip semata-mata untuk survivalitas dalam politik.

Permainan politik hari ini juga melihat kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) dan parti serpihan yang dianggap mahu menjadi 'kuasa ketiga' tetapi ketiadaan struktur yang tersusun dan guna tenaga secukupnya mungkin memerlukan lebih masa bagi mereka untuk memain peranan signifikan.

NGO yang lazimnya popular dalam kalangan kelas atasan dan menengah kini meresap perlahan-lahan ke peringkat bawahan dan ia juga masih bergantung kepada literatur politik yang lebih besar untuk merealisasikan nilai perjuangan masing-masing untuk difahami mudah oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Media sosial yang memain peranan dominan dalam PRU lepas akan terus menjadi mainan politik PRU akan datang. Barangkali persoalan yang perlu dijawab adalah - Sudahkah membina 'kepercayaan' daripada berita yang disiar dan diperdebatkan tanpa batasan moral dan secara berhemah? Berita portal masih didominasi oleh portal yang melihat dari lensa berbeza daripada media arus perdana walaupun blog kelihatan penguasaan oleh mereka yang berpihak kepada BN.

Banyak andaian dan spekulasi dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk kedudukan di kawasan yang dimenangi dengan majoriti yang sedikit sehingga kepada 'safe deposit' dan percaturan berbeza mengikut kawasan yang berlatar belakangkan etnik berbeza.

Pengundi muda dilihat mempamer indikator tidak pasti iaitu masih melihat dan memerhati sebagaimana pengundi atas pagar apatah lagi statistik undi rosak, tidak keluar mengundi dan tidak mendaftar masih besar jurangnya. Apa sebenarnya kemahuan kelompok ini?

Sudahkah parti politik kenal pasti terutama di kawasan bandar kerana rata-rata pengundi bandar dikatakan anti-establishment. Kenapa kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang tidak dijadikan motivasi kerana kemampuan mendapat undi daripada pelbagai etnik dan kumpulan sasar berbeza, walaupun pernah diheret keluar daripada parti tetapi kembali dalam perjuangan politik beliau.

Pola pengundian latar etnik berbeza akan mempunyai kepentingan sendiri dan sehingga ke hari ini pengundi Cina dikatakan sudah membuat keputusan dalam pemangkahan mereka tetapi adakah ini 'luar biasa'. Bagaimana dengan pengundi Melayu, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut, Melanau dan lain-lain?

Apakah pengundi luar bandar masih setia ataupun pengundi bandar setianya berbeza? Mampukah BN pertahankan sekurang-kurangnya majoriti yang dimenangi dalam PRU lepas atau PRU Mac 2008 merupakan kemuncak barisan pembangkang akan dapat diketahui tidak lama lagi.

VCD ADUN Tanjong Dawai Pun Ikut Anwar SiamDoll?



ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan Kedah, Hamdan Mohamed Khalib, wajar berasa keluh kesah dan bimbang. Hamdan yang kerapkali berceramah dan memberikan tazkirah serta kelas agama, rupa-rupanya tidaklah semaksum yang seringkali digambarkan pada diri sendiri.
Cerita tentang VCD yang mengandungi adegan seks Exco berkenaan dengan Siam Doll sedang hangat diperkatakan, khususnya di kawasan Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Sungai Petani. Kami sendiri diberitahu bahawa video seks tersebut memang wujud dan rakaman dibuat oleh orang PAS sendiri yang sudah tidak tahan dengan penyelewengan moral ADUN terbabit.
Menurut pemberi maklumat kami, vcd atau lebih tepat lagi klip video tersebut jauh lebih bermutu tinggi berbanding klip video yang memaparkan Anwar Ibrahim sedang menyetubuhi seorang pelacur warga China. Video berkenaan tidak sahaja berwarna, tetapi juga mempunyai suara.
Ekoran itu, ADUN Tanjong Dawai dikatakan terpaksa ‘membuat perjanjian’ dengan orang-orang dalam PAS yang enggan menerima kepimpinannya. Difahamkan, Hamdan telah bersetuju untuk menjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir dia sebagai ADUN. Hamdan bersetuju yang dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang.
Hamdan terpaksa bersetuju dengan permintaan para penentangnya bagi mengelakkan malu yang lebih besar. Sehingga kini, klip video tersebut masih belum dilepaskan kepada umum memandangkan ‘perjanjian’ masih berjalan.
Yang sahihnya, klip video tersebut sekiranya dilepaskan, bukan sahaja akan memalukan Hamdan sebaliknya akan menyebabkan sebahagian besar daripada PARASIT dalam PAS seperti Taulan Mat Rasul juga turut ketar lutut.
Puncanya?
Mereka juga tidak lebih baik daripada Hamdan, malah Taulan yang sudah tua itu juga dikatakan jauh lebih hebat berbanding Hamdan!Sumber DetGuaq

VIDEO RAHSIA : KEKEJAMAN PAS TERANGGANU! HADI AWANG MASIHKAH KAU INGAT.





PETIKAN BLOGGER PAS

Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

DI ATAS TU CERITA DI TAHUN 1981

Hari ini, 11/12/2011 hadi awang lancarkan buku “negara berkebajikan : tawaran pas”. boleh rujuk berita yang dipaparkan dalam lawan web propembangkang http://malaysiakini.com (kebelakangan ini web site ini pro dap dan pkr sahaja. pas sendiri kena hentam)
Hadi awang hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.
Apa sudah jadi pas sekarang ini. nak berkebajikan pulak. dulu amanat sekarang dah jadi cilanat. kafir bila berkompromi dgn kafir dalam politik. sekarang dia jilat balik ludah dia sendiri..haiya.. wa jugak ada untung lo…


Pak Sheik Mana Mau Larik,Kasi La Line Clear Dulu?


Anwar perlu buktikan kepada pengundi permatang pauh untuk membersihkan namanya dengan menyaman.jika ini tidak dilakukan oleh Pak Sheik bakal mengundang padah pada PRU 13 di Permatang Pauh kelak.Walaupun ura-ura menyatakan Nurul Izzah akan bertanding kubu terakhir keluarga Anwar tidak akan berjaya mengambil hati pengundi jika namanya tidak dibersihkan terlebih dahulu.Pak Sheik akan menentang Tok Non di Parlimen Nibong Tebal akan menerima kekalahan yang amat teruk kerana UMNO Nibong Tebal telah membuat persiapan rapi untuk menentang Pak Sheik????
Dua pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa bekas pemimpin Parti Keadailan Rakyat Khamis melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan rakyat untuk mendesak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman dua individu berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan beliau.
Wakil dua NGO berkenaan, Muhammad Zahid Md Arip, berkata kempen itu dimulakan di Permatang Pauh di sini kerana Anwar merupakan Anggota Parlimen kawasan berkenaan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh negara.
Muhammad Zahid, yang juga bekas Naib Ketua Pemuda PKR berkata, jika benar beliau tidak bersalah, Anwar harus menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Ummi Hafilda Ali yang telah secara terbuka membuat dakwaan kononnya beliau adalah orang yang terbabit dengan skandal seks.
“Kita percaya mampu mendapat lebih 100,000 tandatangan sempena kempen dua bulan itu sebelum menyerahkannya kepada Anwar melalui pejabat PKR Permatang Pauh di sini,” katanya kepada pemberita di sini.
Dua NGO yang terlibat dalam kempen itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Muhammad Zahid berkata Anwar juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar asing Asian Wall Street Journal ekoran penyiaran temubual yang mendakwa beliau kononnya menyokong langkah menjamin keselamatan Israel.
“Dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan itu, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas-pentas ceramah, beliau perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengherat individu-individu berkenaan ke muka pengadilan dengan segera memfailkan saman malu,” katanya – bernama

Thursday, February 9

Pengundi Cina Telah Kembali Kepada BN.Ong Tee Keat??????

Inilah impak dari BR1M terhadap pengundi saluran 1 dikawasan kaum cina yg ada sekitar Pulau Pinang.Sehinggakan ada Adun DAP pening kepala dibuatnya untuk mengambil hati dari komuniti ini.Maklumat yang MKP terima oleh suara akar umbi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PM.Ada pulak tomahan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang nampaknya terdesak menyatakan harga barang akan naik apabila selesai PRU 13, Nampak sangat mereka terdesak dan mencari helah murahan untuk menyaingi BR1M.




Kurang menarik apabila ada warga emas menyatakan kenapa baru sekarang diberi oleh kerajaan pusat sedangkan selama ini tidak?walau bagaimana pun beliau tetap berterima kasih kepada PM dengan BR1M ini.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bantuan ikhlas kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat.Oleh itu ia bukanlah bukan 'umpan memancing' untuk mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Belanjawan 2012 yang dibentangkan September lalu bagi membantu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu adalah komitmen kerajaan dalam melaksanakan janji.Jelas bantuan yang diberikan ini membuktikan kerajaan bukan sekadar menabur kata saja, tetapi sejak dulu lagi rakyat boleh melihat pelaksanaan yang dilakukan. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak, tidak kira kecenderungan politik menyokong parti pemerintah atau pembangkang.


tomahan pembangkang dapat dinafikan kemungkinan negara menjadi muflis menjelang 2019 kerana selain BR1M membuktikan kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh sehingga mampu membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.


akan tetapi Datuk Seri Ong Tee Keat  menyatakan sebaliknya dalam luhan rasa hatinya????


Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menceritakan cabaran beliau menyuarakan pendapat selepas tidak lagi bergelar presiden dan menjelaskan tuntutan sebenar masyarakat Cina di negara ini sebagai warganegara Malaysia terutamanya golongan muda mereka.











Sumbangan Warga Emas Sekitar Parlimen Tanjong.








Apa lagi nak cakap pelbagai program diadakan oleh BN Tanjong untuk warga emas terutama pengundi saluran 1 di Parlimen Tanjong.Rasanya dengan sambutan begini oleh masyarakat cina sekitar Tanjong adakah bakal berubah P 49 kembali kepada BN.Penyelaras Kadun Padang Kota  Oh Tong Keong.

Guan Eng Jual Tanah Untuk Dana Pilihanraya????


Ah Beng nie soronok sakan berjaya untuk memanipulasikan harga tanah di Pulau Pinang.Direct Nego telah berjaya di buat?Segalanya jelas disini untuk membuktikan segala-galanya. Tiada tender terbuka sebaliknya Lim Guan Eng membuat runding terus kepada pihak kontraktor.Inilah yang dikatakan dasar CAT,Kononnya Transperen,Telus dan Akauntabiliti tetapi semuanya hanyalah retorik dan sampah yang mengaburi minda rakyat.

Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri sememangnya semua orang tahu punyai lidah bercabang,beliau memang tidak dapat lari daripada pembohongan dalam setiap kerja yang dilakukan.

Pihak berkuasa harus menyiasat skandal ini yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit wang pembayar cukai.Agak menghairankan projek yang menyebabkan kerajaan negeri rugi ratusan juta Rafizi,Saifudin dan Zuraida tidak pula bising,sebaliknya projek NFC yang BERJAYA DAN Untung di serang dengan pelbagai fitnah,Kenapa?

BUKTI DISINI

Projek Bina Terowong RM8 Billion.



Sikap Populis yang menimbukan tanda tanya?adakah LGE mahukan dana untuk PRU 13.Motif pembinaan tersebut sebelum ini adalah insprasi dari PORR yang dicadangkan oleh BN sebelum ini akan tetapi dibantah keras oleh masyarakat cina di sebelah pulau.DAP pada waktu itu mengabil kesempatan diatas isu tersebut dan menghasut pengundi membenci GERAKAN dan BN.Bila dah dapat kuasa dan nampak itu adalah keperluan untuk rakyat kini berpaling dan mahu membuat terowong dan mengambil kesempatan untuk buat duit bagi menghadapi PRU 13.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.
“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar rayaGeorge Town.
“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya 
Muhyiddin berkata projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.
“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.
Pada Isnin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.
Projek yang dicadangkan itu adalah terowong ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, menurut portal berita itu.

Dong Jiou Dan DAP?



Dong Jiou Zong (Dong Jiou) adalah gabungan 2 pertubuhan akademik cina yang aktif memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekian lama.
Aktifnya sumbangan Dong Jiou ini begitu hebat sehingga hampir-hampir menyebabkan kekecohan perkauman yang membawa kepada penangkapan besar-besaran ramai orang politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987.
Kebelakangan ini Dong Jiou bukan setakat terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sistem pendidikan venakular sahaja, Dong Jiou juga didapati terlibat dalam bantahan pemindahan penduduk untuk projek Massive Rapid Transport (MRT) di Jalan  Sultan, Kuala Lumpur.
Dong Jiou kebelakangan ini yang agak keterlaluan dalam memperjuangkan hak-hak sekolah vernakular ini sehingga tidak peduli dengan sensitiviti guru-guru yang hampir 90% daripada jumlah keseluruhan seramai 400,00 orang adalah terdiri daripada orang Melayu.
Baru-baru ini Pengerusi Dong Jiou, Dr. Yap Sin Tian dilaporkan di dalam akhbar Sin Chiew Daily (mukasurat 3) bahawa pertubuhan itu akan mengadakan protes besar-besaran di hadapan bangunan Kementerian Pelajaran berikutan tindakan pihak Kementerian yang menghantar guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin ke sekolah-sekolah rendah cina.
Menurut Sin Tian lagi, “Pada 1987, hanya guru kanan sahaja yang dipegang oleh guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin, tapi sekarang keadaannya begitu teruk dengan guru-guru yang tidak memegang jawatan guru kanan juga dihantar ke sekolah-sekolah rendah cina.”
Kenyataan Dong Jiou ini, jelas berbaur perkauman kerana penulis yakin guru-guru yang dimaksudkan itu bukan dari mereka yang berbangsa cina (sama ada Melayu atau India).
Dong Jiou adalah pertubuhan yang diketahui rapat dengan kepimpinan DAP.  Buktinya, pemimpin dari parti itu adalah yang paling teruk terjejas dalam Operasi Lalang 1987.
Di sekolah-sekolah cina sekarang pun, semakin ramai pelajar yang gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik sedangkan itu adalah lebih perlu diutamakan kerana bahasa Melayu ialah matapelajaran wajib untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan utama seperti PMR dan SPM sebelum melayakkan mereka untuk memasuki universiti-universiti tempatan.
Antara punca yang dikenal pasti menyumbang kepada kemorosotan itu ialah, guru-guru yang mengajar bahasa Melayu, mengajar matapelajaran tersebut di dalam bahasa Mandarin!!!
Lagipun, Mandarin bukan satu-satunya dialek cina yang diamalkan negara ini, majoriti daripada penduduk cina negara bertutur di dalam dialek Kantonis, sedikit di dalam dialek Hokkien.

Wednesday, February 8

ADUN MALAS Hannah Yeoh Atau Tak Tahu Bantu Rakyat?



Hannah Yeoh ADUN pakatan Rakyat DUN Subang Jaya mengaku beliau tidak mengetahui Program SARA 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM @NajibRazak untuk masyarakat yang kurang mampu. Kenyataan beliau juga menunjukkan beliau tidak pernah mengambil tahu tentang perkembangan dan program kerajaan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk masyarakat.



Informasi mengenai Program SARA 1Malaysia mudah didapatkan melalui internet. Jika orang kampung di Kuala Pilah saja boleh mengetahui syarat syarat serta cara permohonan,kenapa tidak ADUN Subang Jaya tidak mengetahuinya?

Ada beberapa kemungkinan Hannah Yeoh tidak mengetahui tentang Program SARA 1Malaysia.
1. Beliau adalah pemalas seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain
2. Tidak mengetahui cara menggunakan internet
3. Cuba memperbodohkan masyarakat tanpa memberi bantuan kerajaan supaya mudah memfitnah kerajaan
4. Sibuk membuat fitnah sehingga tiada masa untuk mengetahui perkembangan disekitar
5. Lupa bahawa beliau adalah ADUN kawasan tersebut

Jika beliau tidak mahu membantu masyarakat dengan menggunakan duit kerajaan,kenapa tidak membantu menggunakan duit Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan mempunyai simpanan tunai yang tinggi dibanding dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional?sumber

Anwar Dah Tak Sebulu Dengan Chegubard?


Apa dah jadi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh chegubard disidang media di Komtar Wall Tengahari tadi menyatakan tidak menyokong Israel dan ini pasti akan menimbulkan kemarahan Mentornya Bapak Anwar Bin Ibrahim (BABI),Takkan mereka tak bersependapat tentang isu ini.MKP melihat sudah nampak Bunga Taik telah muncul dalam PKR nie.Azmin pulak tiada reaksi tentang nie.

 SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.chegubard

Adakah pembongkaran yang samar-samar ini untuk menutup sokongan anwar terhadap yahudi israel nie.Di sinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PKR adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya.
Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas.
Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PR.Kebahlolan Pemuda PKR ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.
Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…

Adam Adli Megamuk Kerana #AmanKampus.


Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.RT

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menasihatkan pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim mengikut prosedur jika mahu mengemukakan rayuan dan tidak menggesa pusat pengajian tinggi itu menarik balik hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atasnya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Upsi, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, walaupun Adam Adli mempunyai hak untuk merayu, kenyataan media supaya universiti menarik balik hukuman dikenakan tidak menepati prosedur.
“Dia perlu buat rayuan supaya hukuman itu dikurangkan dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) akan meneliti rayuan sebelum memutuskan sama ada ia boleh dikurangkan atau dia terlepas daripada menerima hukuman.
“Tiada satu badan pun berkuasa untuk menarik balik hukuman yang dikenakan oleh universiti atau membatalkan hukuman yang dikenakan terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian....

Anwar Hōnen Matsuri Jepun Pulak?



anwar bakal menjadi dewa la pulak lepas nie.Perayaan zakar di Jepun memang satu tradisi yang unik. Mereka mengagungkan fungsi zakar sebagai salah satu punca kepada kelahiran generasi baru."Popularlah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jepun lepas ini, penerbitan gambar-gambar dari video seks individu mirip Anwar disiarkan majalah lucah terkenal Jepun, BUBKA.

Kisah gambar Anwar dalam majalah lucah Jepun ini akan menyemarakkan kembali ingatan orang ramai terhadap video tersebut, lebih-lebih lagi bila fikir, tak sangka rakyat Malaysia boleh keluar dalam majalah lucah popular Jepun. Cayalah, Malaysia boleh...





Zaid!!! Baru Ada Akai!!!!!!


Cakap dan mengkritik itu mudah. Bila sampai giliran kita menjadi ketua atau pemimpin barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah.

Inilah yang berlaku kepada Zaid Ibrahim presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA). Semasa menganggotai Kabinet selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) beliau banyak melakukan tindakan yang dilihat tidak selari dengan parti yang disertainya. Kononnya untuk menegakkan keadilan dan sebagainya. Dalam banyak hal kenyataannya cukup lantang dan melihat orang lain semuanya tidak betul dan tidak pandai.

Akhirnya beliau keluar dari UMNO dan meletakkan jawatan sebagai menteri. Satu tindakan yang dilihat berani dan berprinsip. Alasannya kerana tidak dapat membetulkan kerajaan dari dalam. Selepas itu beliau memilih untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan diberi jawatan yang penting dalam parti.

Peringkat awal penyertaannya, beliau disanjung dan dianggap sebagai pejuang tulen keadilan. Setelah sekian lama belang sebenar Zaid Ibrahim yang berminat menjadi ketua ini mula ketara. Dikritiknya dasar parti secara terbuka dan sebagai mana biasa semua orang tidak betul.

Ringkas cerita, beliau keluar PKR sebagai tanda protes dan memimpin parti KITA. Akhirnya beliau berjaya menjadi seorang presiden. Inilah jawatan yang dicarinya selama ini. Allah maha kaya. Mungkin Allah SWT mahu membuka minda dan mata seorang yang bernama Zaid Ibrahim ini bahawa menjadi ketua ini bukannya mudah.

Setelah menjadi presiden parti selama setahun lebih barulah beliau mengerti betapa sukarnya tugas seorang ketua. Antara luahannya ialah beliau gagal menarik sokongan ahli, dana parti yang terhad untuk menggerakkan aktiviti parti, pihak media yang selalu memberi laporan negatif kepada partinya selain ramai orang yang suka mengkritik kepimpinannya.

Paling mahal sekali, beliau telah mengakui bahawa dirinya telah banyak melakukan kesilapan dalam hidup. Antara kesilapan itu ialah penubuhan parti KITA itu sendiri. Pengajarannya ialah berhati-hati dalam melontarkan kritikan dan cemuhan. Setiap pengikut mesti faham antara tugas seorang pengikut dan seorang pemimpin. Jika kita tidak mampu menjadi pengikut yang baik sudah pasti terlebih sukar untuk menjadi pemimpin yang hebat. Lambat laun orang akan tahu juga kemampuan dan kebolehan kita yang sebenar.

MKP kata:Dah habaq dekat orang kuat KITA dahulu benda nie pasti terjadi,Bro Senang Call Gua nak lebih detail.........wa dah cakap sama lu tak pecaya.Hala tuju Kita Tak Clear?

14 Juta Hilang DAP Punya Keja?



Kaki pembohong,pembelit & penipu memang pelupa,begitulah perangai orang yang tak pernah cakap betul.Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim Pulau Pinang.kerajaan Pulau Pinang ni sapa yang perintah?Umno atau DAP?Tak ker haram jadah punya mulut Guan Eng ni..berpuluh kali dalam ceramah ,beratus kali Harakah penjilat rasmi siar Guan Eng.Pasal duit yang telah dibayar oleh DAP Celaka nie kena jawablah takkan nak sengap macam tue saja????????Duit tue nak guna untuk PRU 13 kot???
Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pemberian wang sebanyak RM14 juta dalam isu tanah Tan Hak Ju kerana ia melibatkan wang rakyat.
Menurut pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Zulfakar Ramlee, jumlah tersebut amat besar sebagai pampasan daripada sebuah kerajaan yang memerintah.
''Jika pampasan itu daripada pihak swasta ia mungkin tidak perlu dipertikaikan tetapi kalau daripada kerajaan negeri ini sesuatu yang perlu diperjelaskan,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kata beliau, rakyat Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk memantau isu berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.
''Kita kena lihat atas dasar apa kerajaan negeri boleh mengeluarkan wang sebegitu banyak sebagai pampasan,'' katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Teng Hock Nan yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai 'pelik' kerana ia masih dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Pada 31 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah mendepositkan sebanyak RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti diperintahkan mahkamah.
Namun, pada 11 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.
Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.
Dalam pada itu, pakar undang-undang Prof. Salleh Buang berkata, rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui alasan kerajaan membuat bayaran sedemikian.
''Jika mereka mencurigai tindakan tersebut laporan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),'' katanya.
Namun, beliau berkata, jika kes berkenaan masih di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan maka keputusan kerajaan negeri membayar pampasan itu agak luar biasa.
''Kalau kes itu masih di peringkat rayuan oleh mana-mana pihak maka, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan fungsi mahkamah,'
' katanya.utusan malaysia.

Pekerja KFC yang kurang ajar.


Apa dah jadi nie?Takkan sampai macam nie layan pelangan kot?.

Tuesday, February 7

Blogger Dapat Nissan Teana?



Untung jadi blogger nie macam-macam dapat!klu bab menfitnah serah saja dekat depa.Betui ke dapat kereta Nissan nie woi.Siapa blogger yang dimaksudkan nie????Klu dapat itu rezeki mereka la tapi nie pakatan haram suka buat fitnah macam-macam padahal benda nie tiada bukti yang disahkan oleh Pemimpin BN serta dikalangan blogger Bn sendiri?Ni semua propa je lebih. Daripada pemimpin tu nak hadiahkan kereta tu kepada blogger pakatan, lebih baik dia beri pada rakyat dikawasannya atau blogger yang membelanya.Puak pakatan ni tak habis-habis memfitnah. Asal bila tengok orang senang sikit saja, semuanya dituduh datang dari sumber yang diragui. Memang jenis hati busuk dan tak boleh tengok orang lain berjaya sikit.MKP pun nak hentam lah mana-mana pemimpin gila-gila sikit , untung-untung dapat Murano jadila.. Hahaha


Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri.
Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau.
Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?. 
Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya.Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit. pahangdaily

Guan Eng Bela Penyamun Pulak Dah? @PDRMsia Tolong siasat!!!


Gambaran Perkampungan haram tempat mengedar dadah dan pusat pelacuran haram di Tanjung Bungah. 

Lokasi tempat bermain judi haram sekitar Tg Bungah yang kini menjadi "port" anak muda melempiaskan nafsu mereka.

Maklumat yang telah MKP dapat bahawa JKKN telah meminta peruntukan tiang lampu bagi menerangi perkampungan haram dan diluluskan oleh YB Ahli Parlimen Bukit Bendera.Sikap ini cauvanis DAP terserlah lagi???

KISAH SEDIH KAFE DO-RE-MI  pernah menjadi bualan panas suatu ketika dahulu,tempat diatas hanya 200 meter dari perkampungan haram ini...... 

Kafe Do Re Mi milik Johar Ismail, 31, begitu kreatif dan inovatif walaupun ia hanya menggunakan kayu hutan dan atap nipah sebagai daya tarikan.Kafe Do Re Mi kena dijagai kerana ia menjadi daya tarikan pelancong bukan merobohkan sebagaimana yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila mendapat desakan oleh Pangsapuri Villa Ria yang terletak belakang gerai tersebut.

Bagi Saiful, jika anak muda yang melaksanakan perniagaan bersama isteri tercinta, Nor Irmawati Kamarul, 28, diberikan peluang lebih luas, beliau yakin perniagaan di tepi pantai bercirikan taman bunga, pintu gerbang, kulit kerang yang boleh mencetuskan alunan bunyian bila di tiup angin di samping menyediakan perkhidmatan bot memancing dan tapak perkhemahan dengan harga berpatutan boleh maju sebaris dengan perniagaan yang diusahakan oleh bangsa lain.

Johar Ismail akhirnya terpaksa akur apabila kerajaan negeri merobohkan premis tersebut.kerja merobohkan kafe itu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, polis dan bomba.Ibu mertua Johar dengan linangan air mata berkata: ''Awak semua kejam kerana bersekongkol dengan pakatan jahat. Masa pilihan raya lalu Wan Azizah (Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) datang jumpa minta kita undi mereka, tapi ini pula balasan yang kami terima''.Johar dan keluarganya akhirnya keluar dari kafe yang dibinanya lapan tahun lalu dengan kos lebih RM200,000.Johar dengan sinis mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana berjaya 'menumbangkan' peniaga Melayu sepertinya dan berjanji akan bangkit selepas ini.

Kerajaan negeri yang memegang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dengan pemimpin hebat seperti Guan Eng, saya cabar tindakan sama diambil kepada pemilik rumah berdekatan dipercayai membina kawasan tambahan haram.




Nik Aziz Kembali Melatah?





Akibat celuparnya mulut, suka mengadudomba dan sebaran dakyah songsang yang berterusan sehinggakan sanggup berkawan dengan 'syaitan' kini membuat sesuatu apa pun ada unsur-unsur berkaitan dengan  nama syaitan juga. Kalau pun ianya tidak tepat seakan-akan nama syaitan masih lagi nyata kepada golongan PAS ini. PAS Kelantan semakin terdesak dan terus sesak nafas oleh kerana negara kini kian hampir untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU-13). PAS sudah tubuh kan AMTU keh..keh..keh dah dekat bunyi hantu, tak kan dah hampir nama syaitan tu..!!
KOTA BHARU - Sambutan 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) nampaknya hambar apabila hanya 200 daripada 700 yang hadir pada majlis tersebut. Majlis diadakan di perkarangan pasar Peringat tidak berupaya menarik golongan muda. Malahan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat yang merasmikan majlis itu tidak mampu memberi tarikan pada golongan muda untuk hadir. Ia memberikan gambaran yang nyata terhadap kedudukan Pas ini.

Lebih dikesali Pas ketandausan modal tiada lain hanya fitnah semata-mata, apabila terus merancang taktik lapuk dari dulu sehingga kini UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak islamik. Wow caya lo... PAS real islamik agaknya anda fikirllah sendiri. Nik Aziz terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak islam, tidak pandai baca al-Quran. Difahamkan pelancaran AMTU adalah bagi menarik pengundi muda selapas menyedari golongan muda tidak menyebelahi PAS disamping kehilangan ramai penyokong bukan Melayu.
 
Lebih dikesali Pas ketandausan modal tiada lain hanya fitnah semata-mata, apabila terus merancang taktik lapuk dari dulu sehingga kini UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak islamik. Wow caya lo... PAS real islamik agaknya anda fikirllah sendiri. Nik Aziz terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak islam, tidak pandai baca al-Quran. Difahamkan pelancaran AMTU adalah bagi menarik pengundi muda selapas menyedari golongan muda tidak menyebelahi PAS disamping kehilangan ramai penyokong bukan Melayu.
 Psssttt.. orang PAS Kelantan...jah.. yang pandai baca al-Quran

Rosmah Di Fitnah Ketika Perayaan Thaipusam (Penang).


Semalam apabila berada di Waterfall jalan kebun,satu risalah telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menfitnah DS rosmah Mansor serta Kepimpinan DS Najib Razak.Pada mulanya MKP berat hati jugak untuk pergi kesana akan tetapi setelah diberitahu hal sedemikian pergi jugaklah walaupun jalan sesak.

Perbuatan ini jelas didalangi oleh pihak tertentu dari PKR dan pakatan harami yang kini dilihat terdesak untuk mendapat sokongan dari kaum india yang kini telah beralih arah menyokong BN.Pakatan haram ternyata mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri. Kini, Pakatan Pembangkang terdesak untuk mencari isu untuk menyerang peribadi Najib dalam menjatuhkan kerajaan pimpinannya. Untuk itu, setiap apa cara yang dilakukan Pakatan Pembangkang kini menjurus kepada serangan ke atas peribadi Najib dan Rosmah.

Kenapa isu Anwar bakal dipenjarakan dimainkan dan ini jelas satu penipuan kerana mahkamah telah melepaskan Anwar.Adakah sintimen undi simpati terhadap anwar dimainkan sekali lagi?

APakah relevennya hadi serta Pok Nik ada sidalam gambaq tersebut?Isu agama islam dan Hindu perlu dimainkan jugak?????






Tun M Kena Tipu Dengan Anwar 12 tahun?

Itulah kata-kata YB Zul ketika ceramahnya di SIK Kedah......nak tau tengok sampai habis video nie......

Monday, February 6

Guan Eng Tiru Tranfomasi Kesederhanaan PM.

Ini yang dibawa oleh DS Najib Razak apabila sambutan Tahun Baru Cina Di Tanjung City Marina.


Dan ini pulak yang akan dibawa oleh Cauvanis DAP serta penyokong tegar DAP.

Ummat Islam Indonesia kembali “terluka”, mereka yang mempunyai ”kavling surga” yaitu Wahabi pro Zionis kembali mengacak-acak bumi Pertiwi kita Indonesia, mereka kembali berbuat anarkis dengan isu yang sangat sentral yaitu ”Konflik Sunni dan Syi’ah”, padahal warga Madura Sampang yang santun dan agamis terkenal sangat baik dan rukun dalam hidup bertetangga baik Sunni maupun Syi’ah serta Wahabi yang tidak pro Zionis mereka hidup “dalam kedamaian”, tanpa saling mengusik dan saling bertoleransi.Tanpa bermaksud menggurui, kalau seseorang “Mencopet” namun kebetulan bersuku “A”, apakah seluruh suku “A” Pencopet???.. tentu tidak bukan
.
Begitu juga ketika orang yang mengaku Sunni atau Wahabi atau Syi’ah yang melakukan perbuatan “biadab” semisal “pembakaran” , apakah seluruh orang Sunni atau seluruh orang Wahabi atau bahkan seluruh orang Syi’ah yang “Membakar”, tentu tidak bukan?????. Jadi sebenarnya ”Pelakunya lah” sebagai biang provokator layak dan semestinya di sebut kaki tangan Zionis atau boleh disebut “Zionis” itu sendiri
.
Anda bisa bayangkan kalau penganut Syiah 12 Imam yang dianut sebagian warga Sampang Madura (yang rumah dan pesantrennya dibakar di penghujung Desember 2011 ini) yang merupakan warga negara Indonesia adalah “sesat”, maka anda terjebak serta otomatis dan sadar ataupun tidak telah juga menyebut negara IRAN yang menyebut negara Islam Iran yang merupakan penganut Syi’ah 12 Imam terbesar didunia adalah “sesat”. Bukankah sekarang negara Islam Iran menjadi simbol ” perlawanan” rakyat Timur Tengah yang baru-baru ini terjadi, hanya negara Islam Iran yang berhasil maju disemua bidang baik kesehatan, ekonomi , tekhnologi dan lainnya, yang berani menyebut Amerika dan pengikutnya yang pro Zionis Israel adalah “Setan Besar”
.
Negara Islam Iran inilah yang selalu diisukan oleh propaganda Zionis dari Barat dan Timur Tengah sendiri sebagai “Iranphobia”, mereka para Zionis menghembuskan adanya konflik Syi’ah dan Sunni, bahkan ketika terjadi pembakaran kitab Al-Qur’an, mereka para Zionis menghendaki konflik antara Islam dan Kristen. Namun berkat kepemimpinan Rahbar Sayid ‘Ali Khamene’i, yang mengatakan bahwa konflik antara Syi’ah dan Sunni bukan antar Mazhabnya, tetapi “oknum”nya yang mengaku Sunni atau mengaku Syi’ah bahkan atau mengaku Wahabi. Begitu pula ketika Qur’an di bakar menurut Rahbar Sayid ‘Ali Khamene’i, ini bukan konflik antara Islam dan Kristen, tetapi murni karena kesalahan “oknumnya”. Jadi wahai saudara sebangsa dan senegara serta seagama, konflik dan pernyataan negatif tentang Syi’ah dan Sunni itu tidak bisa bersatu adalah pernyataan para ”Anti Persatuan Islam”, mereka secara sadar atau tidak telah menjadi “Kaki Tangan” Zionis yang selalu memecah-belah persatuan.

MKP kata:Jika ini yang bakal dibawa oleh cauvanis DAP pastinya tujuanya satu untuk ????Apa motif DAP membawa fahaman syiah ke Penang.



rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive