Dulu semasa panas kes tanah Tan Hak Ju , si lidah biawak Guan Eng bukan main lagi menghentam kerajaan BN terutama Dr Teng Hock Nan sehingga digelarkan profesional putar belit & pakar silap mata. Bukan main gah lagi menuduh bahawa BN adalah punca kerajaan negeri rugi RM 40 juta di sidang medianya dan ceramah .
Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata bahawa Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar pampasan sebanyak RM40 juta kepada Hak Ju.Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.
Jadi , di mana RM 40 juta yang didakwa skandal yang merugikan rakyat P.Pinang ? Siapa sebenarnya yang berbohong kepada rakyat dalam isu ini ??
Terbaru Penjualan tanah Bayan Mutiara tidak telus,Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta kaji semula tender."
Sebelum ini Zuraidah sering bersuara lantang mendesak Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil agar meletakkan jawatan, tetapi kini apabila kontroversi melanda rakan sekutunya, Elizebeth Wong, mengapa dia hanya berdiam diri. Desaklah agar Elizebeth meletakkan jawatan kerana apa yang melanda Elizebeth kini adalah masalah moral,”
“Adakah kerana kontroversi kali ini membabitkan rakan sekutu mereka jadi mereka hanya akan terus berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan. Eli bukan sahaja terbabit masalah moral dengan lelaki yang dikenali sebagai Helmi yang dikatakan menyebarkan gambar bogel Eli, namun Eli juga dituduh menyara kehidupan bekas teman lelakinya di Indonesia dengan menggunakan duit parti.
Sebelum ini, Eli yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki Melayu. Ekoran daripada penyebaran gambar separuh bogel Eli, kekasih Eli yang dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malik dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Namun setelah tiga tahun menghilang, Hilmi telah ditahan pihak imigresen Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen palsu. Eli pula dikatakan menjadi orang yang bertanggunjawab memberikan dokumen palsu tersebut kepada Hilmi.
Anwar pasti marahkan Tok Mat bila buat Cam tue silap hari bulan Pak sheik pasti saman Tok Mat yang pernah membuat kenyataan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan oleh Pakatan Pembangkang harus dibakulsampahkan, telah mengotakan kata-katanya.Modal pasaran FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) diramal mencecah RM21 billion apabila ia disenaraikan pada Bursa Saham pada 10 Mei tahun ini.FELDA Asset Holdings Company (FAHC) telah ditubuhkan untuk memastikan kepentingan 37% saham milik KPF tidak dijual sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila ia disenaraikan kelak.
Ahli-ahli lembaga pengarah FAHC terdiri daripada wakil JPM, Kementerian Kewangan, FELDA, FGVH dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Katanya FAHC mempunyai kuasa mengundi tetapi hak ekonomi adalah milik KPF.Proses rundingan sudah 90 peratus siap dan perbincangan terakhir mengenai penerimaan cadangan penyenaraian akan dibawa pada mesyuarat agung KPF pada 22 Mei ini.
Katanya tawaran permulaan awam (IPO) hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri selepas semua proses siap. FGVH telah menyenaraikan dua syarikat antarabangsa sebagai rakan kongsi globalnya tetapi enggan mendedahkan dari negara mana.
Ahmad Maslan mengadakan perjumpaan mesra dan menyampaikan taklimat kepada 1,3000 Ketua Peneroka, Ketua Penerokawati, Ketua Belia, Pengurus Rancangan dan pegawai-pegawai kanan daripada 317 rancangan FELDA seluruh negara. Dalam perjumpaan itu, beliau turut menjawab soalan-soalan dikemukakan wakil.KPF akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar FGVH dengan 37% kepentingan, sementara saham lain diperuntukkan bagi peneroka, petugas Kumpulan FELDA, kerajaan negeri, pelabur Bumiputera dan pelabur asing.Antara pelabur Bumiputera yang terbabit ialah ASN, ASB, PNB dan Tabung Haji sementara pelabur institusi pula terdiri daripada KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen. Hanya dua peratus diperuntukkan untuk pelabur luar negara
11 February 2012 boleh dianggap igauan ngeri bagi geng Adam Adli dan rakan-rakan setelah ceramah yang dianjurkan oleh PKR Klang dan KAMI ditentang oleh anak-anak muda tempatan itu sendiri. Seawal 8 malam, terdapat ratusan anak muda telah berkumpul di dewan serbaguna Kg Idaman untuk membantah ceramah itu daripada diteruskan. Provokasi dari pihak PKR telah membuatkan penduduk kampung berang dan bertindak mennyelerakkan kerusi yang telah disusun. Tidak cukup dengan itu, sekali lagi provokasi pihak PKR menggunakan sistem pembesar suara membuatkan kemarahan penduduk semakin membuak-buak. Sistem audio ditutup sebagai tanda bahawa penduduk Kg Idaman benar-benar menolak kehadiran Adam Adli. Ketika itu, 3 anak muda tempatan telah ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. Mereka telah dibawa ke balai polis Pandamaran untuk diambil keterangan.
Itu kisah Adam Adli dihalau oleh penduduk kampung dek kerana perbuatannya,Ini pulak cerita Aman Kampus telah menjelajah ke Kelantan Pulak dan kini mereka dalam perjalanan ke Perak pulak tak dengaq pulak cerita kena halau akan tetapi diraikan oleh segenap lapisan masyarakat.
Selepas majlis pelancaran Aman Kampus peringkat negeri Terengganu dilancarkan di SMK Tok Jiring tengahari semalam oleh Dato' Hj Mohd Nasir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, konvoi menyusuri keindahan pantai Setiu dan Besut menuju ke destinasi seterusnya - Kelantan Darul Naim (negeri kelahiran gua!)
Kira-kira jam 5 petang, Kembara Aman Kampus tiba di bandar yang cuma dipisahkan dari Thailand oleh Sungai Golok, bandar Rantau Panjang. Di sana mahasiswa2 disambut mesra oleh wakil penduduk!
Di Rantau Panjang, mahasiswa2 mengadakan program INFO SISWA - memberi penerangan dan mendapatkan respon dari penduduk tempatan berkaitan isu mahasiswa dan nasional. Respon yang diterima sangat membanggakan.
Program INFO SISWA diadakan di hampir kesemua bandar2 yang disinggahi dalam Kembara Aman Kampus.
Selepas sejam di Rantau Panjang, konvoi bergerak ke Pondok Moden Jeli untuk majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Jeli & juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapha Mohammed. Mahasiswa2 bermalam di sana.
Pagi ini adalah HARI KE-LAPAN Kembara Aman Kampus. Mahasiswa2 dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama mengadakan program IKON SISWA di SMK Bukit Bunga dan satu lagi kumpulan mengadakan program Info Siswa di sekitar bandar Jeli.
Tengahari nanti Kembara Aman Kampus akan bertolak ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat.
Hari ini aku nak ceritakan pasal Azeez Baling atau dahulu dikenali sebagai Azeez Rempit. Siapa tak kenal brader Azeez ni kan? Asal saja rakyat Baling menghadapi masalah atau bala bencana, dia ni la orang pertama akan menyiapkan diri untuk kesana dan membantu mereka.
Tahukah korang Azeez telah menjaga Baling dari awal lagi sejak dia kalah di tangan Taib Azamuddin dulu? Daripada seorang yang tidak disukai dulu, Azeez berkorban wang dan ringgit serta masa dan tenaga untuk menjaga penduduk di Parlimen Baling ni, akhirnya dia berjaya juga menambat hati penduduk di sini.
Ini bukan soal duit, tapi manusia menilai segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang manusia yang lain. Kalau aku nak cerita pasal kebaikan Azeez kat Baling ni memang banyak la, nanti korang kata Azeez bayar aku pulak! Cerita banyak tak mau, sekarang aku nak tunjukkan pada korang apa yang terbaru Azeez buat kat Baling ni
Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?
Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.
Inilah yang dikatakan Ahli Pas sendiri telah menolak kepimpinan PAS Pusat.Apa sebabnya rakyat memerhati apa yang berlaku dan tindak-tanduk kepimpinan PAS Pusat.Salleh Man di Pulau Pinang telah ditolak mentah-mentah oleh DAP dari menjadi YDP MAIPP setelah dijanjikan oleh Anwar ketika menang di PRK Permatang Pasir dahulu.
Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui pemecatan ke atasnya oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menjelaskan, segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.
Berhubung isu "Penjualan tanah Bayan Mutiara tidak telus. Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta kaji semula tender." Bertempat di Dataran Pidato Padang Kota Lama, Penang. Rujuk keratan akhbar Berita Mingguan.
Dewan Kg.Idaman menjadi tumpuan penduduk setempat bila insiden tampa diduga telah berlaku seawal jam 8:00 malam manakala dalam dewan belum ada hadirin kecuali seorang petugas yang menyelia alat siar raya.
Ketika insiden berlaku warong makanan dan minuman yang dibuka untuk kemudahan orang ramai belum ada pelanggang kecuali beberapa orang pemilik warong .
Manakala si bangsat yang dirsenarai sebagai tetamu pondan pada majlis yang dianjur oleh Parti Keadilan belumpun nampak batang hidung semasa kejadian berlaku sebaliknya muncul selepas polis tiba..
1-Syukri Razak
(Pengerusi SMM)
2-Adam Adli
(Pengeruis LMP)
3-Dr Ahmad
(SMM)
4-Ekhsan Bukhari
(Setiausaha Akhbar AKSI)
5-Khalid Ismath
(Timbalan Presiden KAMI)
6-Safwan Anang
Petikan harakan on line No:1
“Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.
Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.”
Penulis artikel yang dimuat dalam Harakah Daily mengulas insiden yang berlaku pula seumpama lebih sudu dari kuah bila mengatakan lebih 50 orang samseng menyerbu dewan dengan mensasarkan pemimpin pelajar dengan memecah meja dan kerusi adalah meleset sama sekali.
Difahamkan,tiada meja dalam dewan semasa insiden berlaku kecuali tempat letak peralatan yang berkaitan dengan alat siar raya dan meja itu tidak diapa-apakan. manakala kerusi pula tidak kesemuanya dirosakan.
Jika benar 50 orang yang dituduh sebagai samseng mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli,sudah tentu mereka menunggu kehadiran Adam Adli.
Tanda-tanda bantahan awal
Lagipun tanda-tanda bantahan awal sudah ada pada kain rentang sebagai mesej tidak pula pengajur mahu fikirkan ,adakah pengajur semuanya berotak rosak?.
Andainya pengajur otaknya tidak rosak sudah pasti tahu menilai mesej yang disampaikan dan tidak pula nama Arwah Datuk Zakaria diletakkan pada risalah sebagai penujuk lokasi.
Petikan harakah online no: 2
”Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.
Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan”
Penulis artikel yang dimuatkan dalam harakahdaily.net seperti tidak ada dilokasi kejadian jika dilihat pada artikel yang ditulis atau sengaja memutar belit isu.
Sebenarnya orang ramai yang hadir di Balai Polis Pandamaran datang memberi sokongan kepada beberapa orang rakan mereka yang telah ditahan Polis untuk soal siasat berkenaan dengan kekecohan yang berlaku, bukanya datang mengepung mahasiswa pondan pujaan Pakatan Rakyat hatta tidak ada sebarang kekecohan berlaku di Balai Polis Pandamaran.
Dihadapan Pintu Masuk Dewan Kg Idaman
Jika benar polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan,sebab apa pula beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat berkaitan kekecohan di Dewan Kg Idaman juga dibawa ke IPD Klang .Adakah di kepung oleh penyokong Pakatan Rakyat dan tidak selamat berada di Balai Polis Pandamaran .
Hadapan IPD Klang
Keberanian puak-puak pondan Penipu Rakyat memaki Polis,mencaci penyokong umno disetiap penjuru tanah air nampaknya manjadi bacul bila berhadapan dengan kumpulan yang benar-benar sedia menerima dan membalas balik apa yang selama ini meraka lemparkan.
Sekarang saksikan video di bawah dan cuba bandingkan dengan mahasiswa2 AMAN KAMPUS yang menjelajah ke seluruh negara membawa misi positif kepada masyarakat marhaen...
Masuk hari ketujuh KEMBARA AMAN KAMPUS; sekarang kami berada di Kuala Terengganu.
Antara sekolah2 yang telah terpilih dikunjungi oleh AMAN KAMPUS untuk program IKON SISWA setakat ini adalah SMK Puteri Wangsa & SMK Sultan Alauddin di Johor, SMK Mat Kilau di Pahang dan hari ini mereka baru selesai menjalankan program motivasi ini di SMA Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Dalam tempoh baki seminggu lagi kembara ini, banyak lagi sekolah2 yang akan dikunjungi oleh mahasiswa AMAN KAMPUS demi menyuntik motivasi kepada pelajar2 sekolah untuk mencapai keputusan gemilang dalam SPM/STPM demi memenuhi impian mereka menjejaki menara gading... Nantikan!!
IKON SISWA:
Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.
Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.
Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.
Inilah Pakcik Halim yang telah disogok untuk memaki hamun Kerajaan Pusat Di Speaker Corner Padang Kota Lama.
Gambaq Jelas bahawa beliau membawa tin minuman Tiger.
amukan anjing dap yang hanya diberi air kencing syaitan
Penceramah memberi pendapat di Speaker Corner
Pemuda BN memberi ucapan sebagai penerangan yang tepat mengenai apa yang telah dicemuh oleh Pakcik Halim Tiger.
Seorang Brother nie menbuat ucapan yang meghentam pihak Polis dan KDN.
Ucapan Pakcik Halim Mabuk air kencing syaitan Tiger menghentam kerajaan Pusat dan mengagungkan Cauvanis DAP dek kerana telah diberi Upah Air Kencing Syaitan.
Tercetus sedikit perbalahan apabila pakcik Halim kalah berhujah dengan Pemuda UMNO yang hadir.
MKP akan memberi ulasan mengenai pekara ini selepas ini.tunggu
Adam Adli lari kebalai Polis selepas dikejar oleh Pemuda Kelang selepas membuat provokasi di Bahagian Itu semalam.
Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh pemuda sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.
Makluman daripada penduduk tempatan; Pemuda UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".
Pemuda UMNO/BN memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengarahkan orang ramai bersurai di semua jalan masuk menuju ke dewan.Mereka hanya mahukan Adam Adli.
Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan Pemuda UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program.
Pemuda UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Pandamaran.
Adam Adli lain kali jangan suka membuat kacau ditempat orang inilah padahnya jika masuk rumah tak bagi salam.
“DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.
“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik.
“Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam lapor Sinar Harian.
Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun.
“DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.
Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.
Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral. Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.
MKP KATA:Tengok apa pendirian PAS lepas nie setelah ditegur oleh DAP.Ada berani bangkang cakap GoDFather?
Pada mulanya malas jugak nak sentuh isu nie,akan tetapi apabila telah mendapat perhatian Tun Daim,MKP memberikan pandangan mengenai isu ini.Apa gunanya berebut kerusi kat Lembah Pantai tue????Rakyat melihat apa Pemimpin buat.Jika sebelum ini Pengarah Media MT UMNO telah memberikan cadangan supaya tidak menghentam Pemimpin UMNO sampai PRU 13 akan tetapi macam nie sikap pemimpin Tunggu Apa Lagi Balun Ajelah janganlah bersikap retorik dalam membuat kenyataan media sedangkan masih ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah dalam nie????Pemimpin bercakap akar umbi perlu bersatu akan tetapi Pemimpin tue sendiri!!!!!!
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.
Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.
"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,” kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam.. “Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.
Daim yang juga bekas Bendahari Umno berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul. PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah, 21,728 undi.
Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam PKR . Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.
Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu. “Pada PRU12 kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini,” tegas beliau.
Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.
Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.
Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuhan Ustaz Se-Malaysia. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Memfitnah dan menganiaya asatizah lain. Apakah dosa ILMU terdapa Abang Azhar Idrus sehingga dia sanggup memfitnah ILMU sedemikian rupa. Adakah dengan sebab ini, anak murid Abang Azhar Idrus pun berperangai sedemikian rupa. Tapi sampai sekarang dia tak minta maaf. Minta maaf tak menjadikan anda hina wahai Abang Azhar Idrus. Kalau sudah salah, minta la maaf. Dan berusaha tidak mengulanginya semula. Dan hentikanlah sikap anda yang suka menghina, menuduh, memfitnah, mengeji orang lain. Anda adalah seorang Ustaz. Tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Pihak Jabatan Agama Islam perlu mengambil sedikit perhatian dalam sebaran-sebaran yang di lakukan oleh Azhar Idrus kerana ini mungkin boleh menjurus kearah yang tidak berapa baik.
Sama juga seperti al-quran cetakan baru, semua ayat dan sebutan akan diteliti sebaik mungkin bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat islam.
Sangkakala tidak mengatakan bahawa Azhar Idrus tidak tahu tentang agama, tapi mungkin pengetahuan agama beliau sama seperti orang lain dan bukan bertaraf seorang guru atau ulamak yang mampu mentafsir segala sunah dan firman bagi mengelakkan kekeliruan.
Ini kerana buku yang diterbitkan itu berharga serendah RM15 sahaja dan ianya mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat. Apa yang membimbangkan ialah, jika buku ini tidak mengikut seperti mana yang dikehendaki didalam islam dan dibeli serta dibaca oleh anak-anak muda yang ingin atau baru nak mempelajari tentang agama bukankah nanti akan terpesong aqidah mereka hanya kerana kita tidak melakukan apa-apa. Wallahualam.sangkakalajari9
Polis pulak salahkan dengan insiden I-City.Yang terbaru ialah pihak polis akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran video kontroversi pergaduhan di antara pelanggan dan pekerja KFC I-City baru-baru ini.
Kenyataan itu dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob. Lihat di bawah :
Pihak polis telah membuat kenyataan rasmi tentang isu ini dan kita akan serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
Tetapi yang menyebabkan MKP menjadi marah (tidak berkata kesat atau provokasi) ialah respons pembaca MalaysiaKini yang sangat biadap terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM)!! Sangat melampau!
Perbadanan Penyiaran British (BBC) dilaporkan akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mencemarkan integriti editorialnya melalui program yang terbabit dalam "skandal penetapan berita" .
Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf bertajuk "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa penyiaran.
Skandal terbabit mengaitkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.
"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.
Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.
Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:
"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.
"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."Antarapos.
Sandiwara PAS Untuk Guling Kerajaan
-
Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di
media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan
jalanan...
Adam Adli dijangka didakwa esok..
-
Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dijangka didakwa esok bawah Akta
Hasutan 1948 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Menurut peguamnya, N Surendran...
Vote swing: Chinese one way, Malay/Indian the other
-
GE13: Preliminary analysis based on Sungai Siput experience By Dr Jeyakumar
Devaraj (MP for Sungai Siput) It was 8.00pm on 5 May 2013, polling day, and
we ...
ROTI JALA BERINTI KENTANG DAN AYAM
-
Oleh kerana dah boring asyik makan karipap jer, timbullah pulak idea nak
buat Roti Jala Berinti. Lebih sihat Dari karipap sebab tak perlu *deep fry.*...
Nasrudin Pemimpin Tidak Berakal - PAS
-
PEMIMPIN-PEMIMPIN pembangkang ternyata berasa tidak selesa dengan ketegasan
yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ji...
Segerakan Usaha Kerajaan Perpaduan – Fathul Bari
-
Berdasarkan senario politik semasa tanah air, pimpinan daripada Umno dan
Pas perlu mempertimbangkan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan
antara kedu...
Panasss!! Azmin Ali Terus Buka Pekung PKR
-
*KUALA LUMPUR 12 Mei -* Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka
terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya,
Azmin Al...
mengapa tun mahathir sedih?
-
MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya aka...
GM13 tidak mendapat sambutan di UiTM
-
*Shah Alam,18 Mac* - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) disambut dingin oleh
mahasiswa UiTM ketika mengadakan speaker corner bagi menjelaskan manifesto
mere...
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com