Friday, February 17

PAS Penang Dah Jadi "Dalca" Dengan Anwar.

Syabas MKP ucapkan kepada orang PAS Penang yang kini telah sedaq diri dengan Anwar yang suka menipu dan pembohong.Bijak dalam tindakan dan memertabadkan Islam adalah perjuangan PAS yang sebenar.Bukanya menyokong Anwar yang telah tersesat akidah dengan Yahudi Laknat.

Ini kerana kesemua yang hadir itu telah berani menunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawasanya bukan semua pengikut PAS akan mengikut apa yang beliau lakukan dan katakan.

Peserta-peserta itu juga telah menyatakan bahwa mereka tidak lagi akan mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Mereka juga berpendapat bahawa aqidah Anwar sudah jauh terpesong dengan cara menyokong Israel walau dalam apa jua cara tidak kira melalui parti atau secara peribadi.

Mereka juga menuntut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka tidak sanggup untuk terus bersama-sama orang yang tiada aqidah.

GEORGETOWN - Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini.

Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi.

"Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan.

Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya.

Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam.

Cabar-Mencabar Di Antara LGE Dan Datuk Zainal Abidin.

Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian

jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.

Pembangkang No Road To Sembrong @hishammuddinH2O @tunfaisal

Ahli Parlimen Sembrong , DS Hishammuddin berkata pembangkang tidak akan mendapat tempat dikawasan Orang Asli Di Sembrong kerana mereka tidak pernah datang kesini untuk membela nasib masyarakat penduduk asli apatah lagi membawa pembangunan untuk manfaat masyarakat orang asli.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mesra rakyat bersama orang asli di pengkalan tereh , paloh pagi tadi

Wartawan Di Hina Sebagai Pelacur Mulakan Desakan Terhadap DAP.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) akan mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC), 3 Mac ini untuk mengambil pendirian tegas terhadap ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai “pelacur”, baru-baru ini.

Presidennya, Chin Sung Chew berkata NUJ sebelum ini telah memutuskan untuk mengadakan EDC, yang belum pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun, untuk membincangkan dua resolusi.

Beliau berkata, antara kandungan resolusi ialah ahli-ahli kesatuan patut mengamalkan etika kewartawanan dan menulis laporan yang adil ketika pilihan raya umum.

“Isu yang kedua ialah membahaskan undang-undang akhbar yang sedia ada yang menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

“Sejak Isnin lalu, kami telah menerima pelbagai maklum balas dan komen daripada ahli-ahli serta barisan kepimpinan kesatuan mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Sung Chew, EDC merupakan sebuah badan tertinggi dalam membuat keputusan dan di mana kira-kira 80 perwakilan dari lapan cawangan akan menghadiri acara tersebut.

“Saya percaya mereka mempunyai pendapat yang kukuh, termasuk perwakilan wanita, berhubung apa yang dikatakan oleh Kuan Yau tentang wartawan dan profesion.

“Pendirian mereka akan diambil kira untuk NUJ mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Sung Chew menambah, beliau tidak meragui keputusan perwakilan yang mewakili 1,500 suara pengamal media berhubung kenyataan yang dilihat menghina wartawan yang berkaitan dengan resolusi yang pertama.AP.

Isteri Dapat Kontrak : DAP Lepaskan Nga



Parti Tindakan Demokratik hari ini mengundang kritikan apabila “membebaskan” Ahli Parlimen Taipingnya daripada tuduhan salah laku  berhubung pemberian kontrak  Dewan Bandaraya Ipoh kepada isteri beliau  semasa Pakatan Rakyat menerajui Perak.
Dalam kes yang mirip kepada isu kondo dan lembu Pusat Fedlot Kebangsaan NFC,  Nga Kor Meng diikritik hebat apabila syarikat milik isterinya diberikan sebuah kontrak membekalkan kemeja rasmi kepada Ahli Majlis DBI pada tahun 2008.
Susulan pendedahan itu oleh sekupang dua, Nga menafikan kontrak berkenaan diberikan kepada isterinya menerusi pengaruh beliau selaku Setiausaha DAP Perak dan Ahli Exco Kerajaan Negeri ketika itu.
Bagaimanapun penafian itu tidak menghentikan pelbagai  tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Jawatankuasa Displin DAP mengumumkan Nga tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya suami kepada penerima kontrak berkenaan dan tidak patut dipersalahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Displin parti, Tan Kok Wai mengumumkan keputusan itu sebentar tadi.
DAP sebelum ini senada dengan parti komponen Pakatan Rakyat menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil meletak jawatan kerana kontrak NFC diberikan kepada syarikat milik suaminya.
Ahli keluarga Sharizat dituduh menggunakan pinjaman mudah daripada kerajaan untuk membeli kondominium, kereta mewah dan tanah dan bukan untuk tujuan yang ditetapkan.
Sharizat menafikan sebarang hubung kait dengan NFC  namun ia tidak menghentikan kritikan dan tuduhan daripada DAP serta pembangkang lain. AP 

VIDEO HADI AWANG PENYEBAB PERISTIWA BERDARAH MEMALI?




Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh lepas tangan  melainkan memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Tindakan Presiden Pas itu yang berhasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum akan datang, tidak bermakna Abdul Hadi sudah boleh lepas tangan dengan amanat yang yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut.

MKP KATA:MB TERANGGANU KATA PAS PARTI AJARAN SESAT MEMANG TEPAT SEKALI 

MB MANA TIDOQ LAGI LENA?? @ZambryAbdKadir


MKP menangis tengok gambar ni... inilah pemimpin berjiwa rakyat, walau duduk rumah besar pakai kereta mewah tapi sanggup tidur di masjid... berbeza betul dengan Tuan Guru Nik Aziz


Kedua-dua Menteri Besaq nie tidoq dalam keadaan dan masa yang berbeza.Manakah yang lebih baik dan diantara tidoq dimasjid atau Nik Aziz pulak tidoq masa pemimpin memberi ucapan.Ternyata Menteri Besaq Perak yang lebih baik,Dengan menghargai pengundi dan sanggup tidoq didalam masjid demi pengundi untuk menunaikan tanggungjawabnya demi rakyat yang selama ini memberi kepercayaan kepadanya.

MB Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir iktikaf di Masjid Jameq Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan menunaikan qiamulail serta solat Subuh berjemaah. Selepas itu beliau akan bersarapan bersama qariah dan rakyat di gerai MDTM berdepan Balai Polis Tanjong Malim bermula jam 7.00 pagi sebentar tadi.gambaq ini dikirim oleh Khusairi Talib


ANWAR DI NOBATKAN MAHARAJA LAWAK?


Harap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak marah kalau kita nobatkan beliau sebagai Maharaja Lawak minggu ini.
Ini kerana ramai yang gelak sampai naik bengong bila membaca komentar terbarunya mengenai kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.
Anwar sifatkan kata dua Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Ketua Pembangkang itu guna ayat itu masa ditemui wartawan selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya pagi Khamis.
Bab beliau nak tunjuk Nik Aziz begitu sayang dan manja padanya satu hal.
Lawak besar di sini bila beliau kata 'UMNO memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin."
Kalau kita baca balik berita Wall Street Journal,akhbar itu tulis sebiji.terang dan jelas :  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar.

Kata-kata itu yang membuatkan ramai orang marah.Beliau nampaknya terbelit simpul mati dengan ayat nak sokong semua usaha untuk lindungi keselamatan negara Israel.
Soalnya dimana yang UMNO potong kenyataannya?
Kalau betul Wall Street Journal silap lapor kenyataannya...kenapa takut sangat nak cakap akhbar itu salah?
Atau seperti kata Nik Aziz saman saja akhbar itu kerana salah lapor.
Soalnya apa kena mengena UMNO dengan kenyataan  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," kerana itulah yang dipetik akhbar berkenaan dari kata-katanya sendiri.
Tidak ada ayat lain ditulis lepas ayat yang kontroversial itu kecuali....although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
Isunya di sini ialah kenyataan Anwar sebiji disebut kata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".
Ini yang Anwar sedang bersilat sakan sekarang...dan seperti biasa tidak menghairankan  UMNO jadi kambing hitam untuk lepas tengkoknya.

Semua orang nampak dalam isu ini tidak ada jalan depan ..tidak ada jalan belakang  kecuali tarik balik atau saman saja.

Andaiannya ialah kalau Anwar tarik balik jelas bermaksud beliau mengaku ada kata ayat itu...dan kalau saman pula tentu nanti timbul masalah dalam hubungan dengan akhbar itu.
Kata Anwar beliau nak jumpa Nik Aziz Isnin ini.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok , Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.

Siapa tahu Musyridul Am PAS itu akan cair dan berlinang air mata mendengar ayat belai manja Anwar dan anggap kenyataannya yang menguris hati itu  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," - cuma satu senda gurau lawak jenaka seorang Maharaja Lawak.-16/2/2012 - OLEH ROSLI ISMAIL  AG

Siapa Tok Guru Anwar Ibrahim?

Siapa kata Anwar Ibrahim tiada tok guru yang menurunkan ilmu kepadanya. Kalau takde tok guru, takdelah handal macam sekarang ni.

Cakap apa pun orang boleh percaya.
Dia cakap dia nak mati sebab kena racun arsenik, pengikut dia percaya.

Dia cakap dia kena suntik dengan HIV, pengikut dia percaya.

Dia cakap dia nak tubuhkan Kerajaan 16 September, pengikut dia percaya.

Dia cakap ada orang nak bunuh dia sampai terpaksa lari ke kedutaan Turki pun pengikut dia percaya.

Pendek kata, apa sahaja yang dia bohong, orang akan percaya.

Sebab itulah MyMassa berjaya bongkar siapa tok guru Anwar Ibrahim.

Kalau nak tau siapa tok guru Anwar, sila tengok video ini.



 Sumber mymassa


Thursday, February 16

SAH ANWAR NIE MEMANG SOKONG YAHUDI?



Anwar nie memang jenis pandai putaq belit mulanya tak mengaku lepas tue buat pulak kenyataan hari nie menyatakan sokong Isreal pulak dah.Apa nak jadi dengan Pak Sheik nie jenis muka tak malu dah nak kata apa lagi.Pas dilihat seperti melukut ditepi gantang apabila Pak Sheik bertindak sedemikian.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya untuk mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv. 
Walau bagaimanapun Anwar berkata, beliau menghormati pendirian Pas yang menolak Israel sebagai sebuah negara haram dan tidak mengiktiraf negara itu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.   
" Saya memahami perbezaan pendirian Pas dengan PKR. Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel," katanya menerusi satu kenyataan media petang ini.  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataannya seperti yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu. 
“Ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal,” Nik Aziz dipetik dalam satu kenyataan. 
Beliau juga meminta Anwar mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ sekiranya apa yang dinyatakan Anwar dilapor secara salah oleh akhbar berkenaan. 
Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ, dengan menyatakan beliau menyokong “kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.” 
Pendirian itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang kemudiannya mendesak Anwar menyatakan pendirian sebenar beliau.  
Pas yang menjadi rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berpegang tegas kepada prinsip parti itu yang tidak akan sesekali mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang ditegaskan masyarakat Islam antarabangsa.  
Anwar hari ini menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan hal berkenaan pada pertemuan yang dijadual minggu hadapan.  

Isu Lembu, Sharizat, Umno Dan Kuasa Media Baru


Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang di maksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas bagaimana semua ini berhubung kait dengan NFC - sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat.

Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan Kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.

Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekali gus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salah laku moral.

Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

BUT#UH LU ANWAR BILA BERCAKAP BAB AKIDAH NIE?


Ini adalah dari program agama orang Hindu yang TERBARU yang bertarikh 29 Januari 2012, DAN boleh didapati di beberapa blog pemimpin PR sendiri ! 

Sepatutnya Anwar ajak sekali Nizar hari tuh, kerana siapa sangka Nizar boleh memukul gendang ! Nizar boleh berjalan didepan sekali mengepalai perarakan Anwar, silap, perarakan yang mengarak Anwar !


Gambar ini juga yang terbaru pada 7 Feb 2012 semasa Thaipusam di Ipoh, gambar pula dari blog DAP !

Harussani cakap apa ? Lupa dah ..... Bukan yang minggu lepas tapi yang HARI INI .

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh,"

Sama-sama merayakan baru tidak boleh ! Gambar-gambar diatas tu kategori 'sama-sama merayakan' ke tidak ?

Apakata kali ini kita semua umat Islam, baik yang sokong Umno, Pas dan yang atas pagar, kita semua sama-sama minta Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa / Hukum bagi mengesahkan kenyataan Harussani ? Seperti kata Pas -

Wednesday, February 15

VIDEO TERBARU : ANWAR MAKI ORANG MELAKA HARAM


Anwar dah bengang gila apa bila ceramahnya diganggu sampai keluaq ayat orang melaka haram pada minit 2:30 dalam video ini.Anwar yang masih takut menyahut cabaran Zahid Md Arip suruh saman Dato Eskay, Ummi Hafilda, dan lain-lain mahu mulakan gerakan revolusi dari Gadek. 

Begitulah Anwar dengan tak tahu malunya ketika berucap dalam satu Majlid minuman teh di Taman Pulasan Gadek Alor Gajah.Sampai perlu minta bantuan sambutan tetamu.

Janji Anwar adalah jila PR memerintah harga minyak diturunkan dan permit teksi akan diberikan kepada rakyat tanpa sekatan. Tak tahukah dia sekarang ni pun pemandu teksi dah mengeluh banyak sangat permit teksi. 

Cerita minyak dia tu dari minyak USD60 setong hingga ke USD120 setong. Tak boleh pakai.

Dengan jelas Anwar meniup hasutan untuk melakukan revolusi ala Mesir dan Libya. Tetapi dia kata dalam pilihanraya ke 13, Melaka dan Johor akan ditawan.

Dah Pemuda bantu sambut dia, Anwar kata Ali Rustam takut dan bayar Pemuda RM20 untuk buat provokasi. Tapi kata nak buat revolution. Sikit saja dah kata provokasi.

Budak-budak cuma melaungkan Anwar bohong, Anwar penipu, Anwar membontot. 

Melucukan sungguh.

Anwar kata dia tidak gentar dan kata Tun Mahathir pun dia sedia lawan. Itulah nilai budi anwar. Tun Mahathir yang beri dia peluang naik dan orang tu yang dilawan. 

Apa hal un anwar memang tetap berani dan lawan tetap lawan. CUma Dengan Dato eskay, Ummi Hafilda Nallakaruppan, Ezam, WSJ dan beberapa yang lain saja dia tidak berani nak saman. 

Lucu betul anwar. 

BLOGGER PAKATAN DAH MENGAMUK PASAL GAMBAQ NIE.




depa yang mulakan permainan ini,bila blogger pro BN dedahkan anwar depa nak mengamuk pasal apa kenapa  nak mempertahankan jugak yang tidak betul.Pandai pulak kata superimpose la dan bermacam lagi sama jugak terjadi dalam cita vifeo seks sebelum ini.Mana pemimpin-pemimpin   PAS seperti Mahfuz Bean  yang mengutuk Najib ekoran  teguran  Mufti Perak  bila melihat gambar Anuwar di atas ini ? Dalam Haprak Daily punya la mereka guna kenyataan orang yang pernah mereka gelar Haramsani untuk sebagai modal politik .

Tapi hari ini bila tersebar gambar   pemimpin agung Pakatan yang terkenal sebagai pejuang Islam Liberal & pluralisme relaks je turun Thaipusam dengan dicalit  tanda merah lagi di dahi.

Mana pergi penasihat2  agama Anwar atau ulama-ulama   parasit PAS ? 

Adakah mereka suka kot Anuwar disambut seperti dewa hingga dicalit sedemikian ?


addin dah mengamuk suruh anwar jawap pasal isu nie heeee kantoi sudah!!!!!!!!!!!!

 


Isu nie tak mau jawab pulak lepas nie.Gambar seorang Timbalan YDP PAS Kawasan yang memberi bunga kepada wanita yang bukan ajnabi.

Gambaq Penyelaras ABU Pulau Pinang


Asal Bukan UMNO hasil dari idea cikgu bard dan PKR,tujuannya untuk menyelinap masuk dalam setiap program UMNO dan mendedahkan kepada umum.Maklumat yang MKP terima dari rakan seperjuangan menyatakan budak nie sering berada didalam setiap program UMNO disebelah pulau.

Tak salah untuk ikut serta program tue akan tetapi lobang telah pecah dan maklumat ini MKP harus dedahkan kerana kebanyakkan Pemimpin UMNO masih lagi dalam mimpi dan tidak memperdulikan ABU nie sehingga masuk dalam kawasan sendiri masih lagi buat tak tahu dan tak mau ambil tahu!!!!!Kalau bahagian lain MKP kurang la peduli sangat nie dah sampai kat Tanjong.Bukan semua ada segelintir yang bersikap demikian.

Namanya biarlah dirahsiakan dahulu sehingga MKP dapat bertentang mata dengan mamat nie.Hang nak buat onar silakan hingga kita bertemu.

kempen A.B.U yang bermaksud Asal Bukan UMNO yang di jana oleh Pakatan Rakyat. Tujuan kempen adalah untuk menjatuhkan UMNO. Kenapa UMNO? mengapa tidak Barisan Nasional yang menjadi tagline Pakatan Rakyat ?

Adakah kerana UMNO parti tunggal majoriti Melayu didalam BN yang dilihat paling kuat. Atau kerana UMNO parti yang berjaya menyatukan orang bukan Melayu dan etnik di Malaysia. Oleh kerana itu UMNO perlu di tumbangkan.

Yang beria ia untuk menumbangkan UMNO parti melayu terbesar ini adalah terdiri dari Orang Melayu sendiri, Benarlah kata orang lama lama dahulu hanya kayu yang boleh menumbangkan kayu ( hanya melayu yang boleh menjatuhkan melayu).

Mungkin mereka melihat bahawa selagi ada UMNO peluang mereka untuk menguasi negara tidak akan berjaya dan Perdana Menteri dalam simpanan pun tidak akan tercapai cita citanya.

Mengapa Asal Bukan UMNO di lancarkan? mengapa tidak Asal Bukan MCA, DAP,MIC, PAS, KALDAIAN?

Kerana UMNO berjaya menyatukan Melayu, Cina, India dan lain lain kaum pribumi yang lain, Kesemuanya dapat hidup dalam aman damai dalam pelbagai perkongsian, Ini lah yang menyakitkan hati dan mata mereka, terutama Perdana Menteri dalam bayangan mereka yang silap hemat akan menjadi Perdana Menteri Republik River Of Bamboo.

Jelas disini orang yang bencikan UMNO adalah orang yang bencikan Melayu kerana didalam UMNO hanya ada orang melayu, walaupun DS Najib ada menyebut Bugis pun Melayu, Banjar juga Melayu.

Mereka yang bencikan UMNO inilah yang di umpakan sebagai “Kayu yang menebang Kayu”, dan kayu ini sanggup menumbangkan kayu yang lain demi menyokong rakan mereka dari kaum bukan Melayu yang tidak sedar nasib di untung, Kerana UMNO lah mereka ini dapat mengumpul kekayaan.

Oleh kerana mereka ini tahu pepatah hanya kayu yang boleh tumbangkan kayu maka mereka ini mengunakan kayu ini (Melayu PKR dan PAS) untuk menumbangkan UMNO ,mereka sanggup menyerang saudara seagama sendiri hanya kerana kegilaan kepada kuasa dan tamak haluba, mengapa mereka tidak menyerang Barisan Nasional? kerana didalam BN ada kaum Cina dan India yang mungkin terdiri dari saudara mereka dari DAP parti paling rasis yang berselindung disebalik nama Democratik.

DAP dengan bijaknya memperkudakan PAS dan PKR untuk menyerang UMNO dan bukan nya Barisan Nasional. Sesuai dengan syair di atas yang menyebut “Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu”.

Ingatlah orang Melayu di luar sana tiada untungnya jika UMNO diserang, Tidak ada guna jika UMNO direbahkan. Sejahat jahat UMNO, ramai orang Melayu,Cina,India dan kaum pribumi lain yang berhutang budi dengan UMNO. Bukan sedikit jasa UMNO kepada negara Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Oleh itu pertahankan parti keramat ini, pertahankan sampai hujung hayat dan pertahankan walaupun sahingga ketitisan darah terakhir. Jangan kita benarkan musuh musuh Melayu ini merampas kuasa menggunakan kempen ABU yang jelas dijana oleh orang Melayu sendiri yang terbuta sebenar diri diperlembukan !!!.

Jangan biarkan kita jadi abu dan debu, sila jelas dan paham dengan kempen A.B.U yang dianjurkan oleh PKR ini, apa yang tersirat didalamnya, kecuali kita tukarkan dari ASAL BUKAN UMNO kepada ANWAR BOLEH UNDUR demi Agama Bangsa dan Negara.

GODFATHER TAK PEDULI PENGUNDINYA?



TKM 1 Pulau Pinang tak peduli nasib pengundi dikawasannya sehinggakan masaalah sampah berleluasa di Parlimen Perai.Apa punya YB macam nie bila mau undi merayu kepada rakyat akan tetapi bila dah menang tinggalkan mereka begitu sahaja tanpa pembelaan sewajarnya.Dah berkuasa banyak pulak kerenahnya untuk membantu rakyat dikawasan sendiri.  

Pentas Anak Muda telah dijalankan di Dewan Terbuka Taman Teluk Indah. Kami telah berkumpul di sini sebelum kumpulan mahasiswa Aman Kampus dipecahkan kepada 2 kompeni. 1 kompeni di Pentas Anak Muda dan 1 lagi menjalankan Program Info Siswa. Setibanya saya di Taman Teluk Indah, perasaan saya sangat kecewa apabila melihat persekitaran kawasan perumahan di sini yang dihuni oleh majoriti masyarakat India amat tidak terurus. Pada mulanya saya tidak percaya, jadi saya cuba melihat dengan lebih dekat dan berniat mahu memasuki rumah pangsa di Taman Teluk Indah. Alangkah terkejutnya melihat sampah bergelimpangan di kawasan ini seolah-olah kerajaan negeri di Pulau Pinang ini lngsung tidak prihatin tentang kebajikan rakyat di sini. Melihat keadaan ini, saya membayangkan masyarakat di sini seperti dianaktirikan.BACA SETERUSNYA



ANWAR MENIPU LAGI?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti mengemukakan butiran terperinci berkaitan janji beliau akan menaikkan royalti minyak Sabah dari lima hinga 20 peratus.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Anwar, setakat ini gagal menjelaskan sumber dana bagi kenaikan royalti yang dijanjikan kerana ia akan bermakna mengurangkan peruntukan atau bajet bagi bidang lain.

"Menaikkan royalti minyak adalah salah satu janji yang ditaburkan pembangkang (jika mereka berjaya membentuk kerajaan).

Dalam sidang parlimen yang lalu, saya ada mengemukakan soalan iaitu jika Anwar menaikkan royalti minyak di Sabah kepada 20 peratus, bolehkah beliau memberi jaminan beliau tidak akan mengurangkan peruntukan negeri dalam bajet persekutuannya atau di dalam Rancangan Malaysia ke 11?

Namun beliau tidak berupaya memberikan jawapan mahupun sebarang jaminan...jadi sudah tentunnya Sabah akan mendapat royalti minyak yang lebih tinggi tetapi dalam pada masa yang sama berkemungkinan akan mendapat peruntukan dana yang lebih rendah dari kerajaan persekutuan di bawah pimpinan beliau," katanya.

Rahman, menganggarkan, kenaikkan royalti sedemikian bagi negeri negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan akan berjumlah lebih RM10 bilion setahun.

"Ingat...Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan kadar cukai, menentang hutang yang lebih tinggi kerajaan dan mengemukakan cadangan membelanjakan lebih untuk royalti. Bagaimana beliau akan menguruskan semua kewangan ini?"

kesimpulan saya ialah lambat laun beliau terpaksa memotong peruntukan kepada negeri-negeri lainn yang bukan pengeluar minyak dan negeri-negeri terbabit berhak mengetahui fakta tersebut," tambah beliau lagi,

Beliau juga menyelar Pakatan Rakyat dan menyifatkan pakatan itu tidak bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa mereka akan memperolehi dana lebihan untuk membiayai kenaikan royalti tersebut hasil daripada pembasmian korupsi dan melalui rundingan semula perjanjan yang dikatakan berat sebelah.

"Tidak ada satu negarapun di dunia inni menggunakan anggaran penjimatan daripada rasuah sebagai asas menyediakan belanjawan mereka," ujarnya lagi.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive