Saturday, February 18

BERAPI : GUAN ENG LETAK JAWATAN ESOK?

Ketua Menteri paling malang Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.

"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Guan Eng semalam mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.

"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Malah menurut beliau, jawapan seumpama itu tidak wajar keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak,"katanya.

Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?


Perbahasan di antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan berakhir sebentar tadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai  pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas.
Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi  dan bukan mengupas isu-isu yang berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Mungkinkah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?
Guan Eng  ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Guan Eng  hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh”  walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.
 
“Pakatan Rakyat bekerjasama atas dasar yang sama. Pas ada ideologi mereka, Dap ada ideoloji mereka sendiri tapi jangan lupa Pas tidak pernah membunuh seorang pun orang Cina. Inilah hakikatnya,”  kata Guan Eng.    
 
Kedua-dua tokoh itu menuduh parti masing-masing menjadi ayam tambatan  - DAP kepada Pas, manakala MCA kepada Umno sehingga membelakangkan kepentingan kaum Cina.
 
Guan Eng menyelar MCA kerana mendakwa parti itu tidak berani menentang apa yang didakwa beliau sebagai politik rasuah sekian lama dan sanggup diperkudakan oleh parti kaum Melayu itu.  
 
Beliau merujuk kepada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) sebagai contoh rasuah Umno selain mendakwa Umno begitu bingkas mengambil tindakan terhadap pemimpin Cina yang terbabit dalam skandal PKFZ.
 
Soi Lek berkata Guan Eng membuat kenyataan berbaur perkauman dan cuba menutup kelemahan dan amalan rasuah yang wujud di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
 
“Walaupun (Pakatan Rakyat) hanya berumur empat tahun, sudah ada kes-kes macam ini. Yang penting ialah kita sama-sama mengambil pendirian anti rasuah tidak kira siapa yang terlibat,”  kata Soi Lek.  
 
Guan Eng menggunakan perbahasan itu untuk menyerlahkan rekod Pakatan Rakyat di Pulau Pinang namun Soi Lek menuduh pemimpin DAP itu sebagai banyak menabur janji yang tidak ditunaikan.
 
“Memang sedap dengar penghapusan tol dan sebagainya, tapi saya nak tanya kenapa  di Pulau Pinang ia tidak dilaksanakan, kenapa tidak ada tanah diberi untuk membina sekolah Cina…” tanya beliau.
 
Chua juga berkata DAP dan Pakatan Rakyat gagal menawarkan sebuah pelan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Cina.
 
Beliau meminta hadirin untuk membandingkan rekod parti pembangkang itu dengan MCA yang mendirikan sebuah university (universiti Tunku Abdul Rahman) dan menawarkan pelbagai kemudahan pendidikan demi masa depan generasi muda kaum Cina.
 
Ini perbahasan pertama antara di dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
 
Perbahasan itu dilihat memberi  peluang menilai keupayaan MCA dan DAP  untuk membela masyarakat Cina yang merangkumi hampir  30 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 27 juta.AP   

GUAN ENG TAK JAWAB ISU HUDUD PAS?



Perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan berakhir sebentar tadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai  pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas.

Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi  dan bukan mengupas isu-isu yang  berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?

Guan Eng  ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Guan Eng  hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh”  walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.

GEMPAR KETUA MENTERI MASUK HUTAN BILA TPM MAI PENANG?








Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Barisan Nasional (BN) yakin untuk menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang ekoran berlakunya gelombang kesedaran baru di kalangan rakyat yang kembali menyokong gagasan itu.
Katanya antara petanda gelombang baru kesedaran itu ialah rakyat sering bertanya bilakah pilihan raya umum kerana mereka tidak sabar untuk memberi undi kepada BN.

"Gelombang kesedaran baru sudah ada dan rakyat mahu masa depan yang lebih terjamin, sokongan dari kaum India, Cina dan Melayu kepada BN kini semakin meningkat, lebih kukuh dan lebih baik," katanya pada majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata asas kepada gelombang kesedaran itu ialah rakyat telah mula menyambut baik pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghargai pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya BN bertindak untuk kepentingan rakyat bagi jangka panjang dan mengambil perhatian keperluan rakyat.


NURUL IZZAH BUAT HAL LAGI??

Baru-baru ni DBKl telah menjalankan projek pembesaran jalan di Bangsar bagi melicinkan perjalanan lalulintas dan mengurangkan kesesakan. Baguslah tu. Senang sikit nak lalu tempat tu.

Benda baik macam ni mesti Nurul Izzah sokong kan? Maklumlah projek ni jelas menguntungkan rakyat.

Eh, Nurul Izzah tak sokong? Dia tak setuju DBKL buat pembesaran jalan? Apa rasional Nurul Izzah bantah projek untuk rakyat ni?

Nurul Izzah Anwar
3 out of 5 Bangsar RAs are against d widening.

Itu alasan kau, Nurul? Kononnya 3 dari 5 Persatuan Penduduk di Bangsar tak setuju dengan projek pembesaran jalan ni?

Aiseh Nurul, kot ye pun nak tipu, tengok-tengoklah sikit. Mari sini aku bagi tahu semua orang kes sebenar, biar satu dunia tahu perangai pembohong si Nurul ni.

Untuk projek ni, Datuk Bandar Kuala Lumpur dah buat mesyuarat dengan semua Persatuan Penduduk yang terlibat:

1. 1. Persatuan Penduduk Taman Lucky
2. 2. Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya
3. 3. Persatuan Penduduk Bangsar Park
4. 4. Persatuan Penduduk Bangsar Baru

Baguslah DBKL buat pendekatan macam ni. Pendekatan ni menunjukkan DBKL sentiasa berunding dengan orang ramai bagi memastikan projek yang dijalankan memenuhi keperluan mereka.

Apa agaknya keputusan mesyuarat tu? Keputusannya ialah: kesemua Persatuan Penduduk yakni 4/4 setuju dengan projek ni.

Eh Nurul, macam mana pulak kau boleh kata 3 dari 5 Persatuan Penduduk tak setuju sedangkan hanya 4 sahaja Persatuan Penduduk yang terlibat? Yang kelima tu Persatuan Penduduk Villa Papa Perut Buncit ke?

Lagi satu, mengapa kau tak berani nyatakan nama Persatuan Penduduk yang kononnya bantah projek pembesaran jalan ni? Setakat sebut 3/5 tak setuju, orang gila tepi jalan pun boleh cakap.

Alamak Nurul, KANTOI lagi!!!!

Lain kali, bagilah FAKTA, Nurul! Jangan setakat kuat AUTA je!!

Inilah perangai Ahli Parlimen Lembah Pantai, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum ini Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR dan PA dia cuba gagalkan. Dia tuduh penduduk PPR dan PA semuanya tak boleh dipercayai untuk bayar pinjaman. Dia perlekeh penduduk PPR dan PA, kononnya mereka semua tak amanah, bila pinjam nanti tak nak bayar balik!

Sekarang ni, projek pembesaran jalan demi kepentingan rakyat pun dia cuba nak gagalkan. Dia tak peduli kalau penduduk Bangsar dan Lembah Pantai sengsara, yang penting dia akan cuba mati-matian untuk gagalkan semua projek Kerajaan. Mengapa? Sebabnya kalau kepentingan rakyat terjaga, apa lagi modal dia nak pakai untuk raih undi?

Inilah contoh manusia tak guna yang cari kuasa demi kepentingan sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat!

Sumber : apakecoh2

BALING MENJERIT- AZEEZ RAHIM KEMBALI MEREMPIT


Perarakan Datuk  Azeez Rahim bersama dengan sukarelawan-sukarelawan gelombang merah sempena Majlis Penyampaian Bantuan JKM Daerah Baling.


Penyerahan pinjaman tekun kepada 21 orang penerima parlimen Baling.


SAH GUAN ENG PENIPU?








Jika Lim Guan Eng seorang yang jujur,merendah diri dan tidak berbohong,sudah pasti beliau akan memberi jawapan satu persatu secara jelas,berfakta dan terang.Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang merosakkan CAT yang diperjuangkan oleh regim beliau.Semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan plastik.

Skandal RM10billion Lim Guan Eng dengan Ivory Sdn Bhd telah membuka mata ramai pihak.Ramai yang mengetahui ada yang tidak kena dengan skandal 10billion ini kerana ia dirunding secara terus dan yang menentukan siapa yang dapat adalah Lim Guan Eng sendiri.



Berlaku rundingan dibelakang tabir buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.


Ivory Sdn Bhd dan Lim Guan Eng harus memberi penjelasan kerana skandal ini membabitkan hak kepentingan awam.



Lim Guan Eng cukup terkenal dengan projek runding terus tanpa melalui tender yang telus.Kita semua harus tahu,Lim Guan Eng juga menjadi Portfolio tanah,beliau cukup arif dan tahu tentang potensi nilai tanah.Semasa masih awal menjadi ketua menteri ,Lim Guan Eng sudah terbabit dengan menjual tanah lebih murah daripada harga pasaran .

Pada 2009 Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status kepada E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.


Kemudian rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pengambilan alih tanah Penang Turf Club,Runding terus projek sPICE yang membabitkan kerugian kepada kerajaan negeri berjumlah lebih RM1Billion hingga menyebabkan Ketua Cabang PKR dan Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang keluar parti:klik sini




Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila enggan mengulas dan mengemukakan bukti bersabit penjualan tanah seluas 41.6 hektar di negeri itu kepada sebuah syarikat swasta.

Sebaliknya Guan Eng memberikan jawapan beremosi yang disifatkan tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Menteri sekaligus mencerminkan betapa rendahnya pemikiran Setiausaha Agung DAP itu.  

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak?




Friday, February 17

PAS Penang Dah Jadi "Dalca" Dengan Anwar.

Syabas MKP ucapkan kepada orang PAS Penang yang kini telah sedaq diri dengan Anwar yang suka menipu dan pembohong.Bijak dalam tindakan dan memertabadkan Islam adalah perjuangan PAS yang sebenar.Bukanya menyokong Anwar yang telah tersesat akidah dengan Yahudi Laknat.

Ini kerana kesemua yang hadir itu telah berani menunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawasanya bukan semua pengikut PAS akan mengikut apa yang beliau lakukan dan katakan.

Peserta-peserta itu juga telah menyatakan bahwa mereka tidak lagi akan mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Mereka juga berpendapat bahawa aqidah Anwar sudah jauh terpesong dengan cara menyokong Israel walau dalam apa jua cara tidak kira melalui parti atau secara peribadi.

Mereka juga menuntut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka tidak sanggup untuk terus bersama-sama orang yang tiada aqidah.

GEORGETOWN - Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini.

Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi.

"Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan.

Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya.

Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam.

Cabar-Mencabar Di Antara LGE Dan Datuk Zainal Abidin.

Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian

jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.

Pembangkang No Road To Sembrong @hishammuddinH2O @tunfaisal

Ahli Parlimen Sembrong , DS Hishammuddin berkata pembangkang tidak akan mendapat tempat dikawasan Orang Asli Di Sembrong kerana mereka tidak pernah datang kesini untuk membela nasib masyarakat penduduk asli apatah lagi membawa pembangunan untuk manfaat masyarakat orang asli.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mesra rakyat bersama orang asli di pengkalan tereh , paloh pagi tadi

Wartawan Di Hina Sebagai Pelacur Mulakan Desakan Terhadap DAP.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) akan mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC), 3 Mac ini untuk mengambil pendirian tegas terhadap ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai “pelacur”, baru-baru ini.

Presidennya, Chin Sung Chew berkata NUJ sebelum ini telah memutuskan untuk mengadakan EDC, yang belum pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun, untuk membincangkan dua resolusi.

Beliau berkata, antara kandungan resolusi ialah ahli-ahli kesatuan patut mengamalkan etika kewartawanan dan menulis laporan yang adil ketika pilihan raya umum.

“Isu yang kedua ialah membahaskan undang-undang akhbar yang sedia ada yang menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

“Sejak Isnin lalu, kami telah menerima pelbagai maklum balas dan komen daripada ahli-ahli serta barisan kepimpinan kesatuan mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Sung Chew, EDC merupakan sebuah badan tertinggi dalam membuat keputusan dan di mana kira-kira 80 perwakilan dari lapan cawangan akan menghadiri acara tersebut.

“Saya percaya mereka mempunyai pendapat yang kukuh, termasuk perwakilan wanita, berhubung apa yang dikatakan oleh Kuan Yau tentang wartawan dan profesion.

“Pendirian mereka akan diambil kira untuk NUJ mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Sung Chew menambah, beliau tidak meragui keputusan perwakilan yang mewakili 1,500 suara pengamal media berhubung kenyataan yang dilihat menghina wartawan yang berkaitan dengan resolusi yang pertama.AP.

Isteri Dapat Kontrak : DAP Lepaskan Nga



Parti Tindakan Demokratik hari ini mengundang kritikan apabila “membebaskan” Ahli Parlimen Taipingnya daripada tuduhan salah laku  berhubung pemberian kontrak  Dewan Bandaraya Ipoh kepada isteri beliau  semasa Pakatan Rakyat menerajui Perak.
Dalam kes yang mirip kepada isu kondo dan lembu Pusat Fedlot Kebangsaan NFC,  Nga Kor Meng diikritik hebat apabila syarikat milik isterinya diberikan sebuah kontrak membekalkan kemeja rasmi kepada Ahli Majlis DBI pada tahun 2008.
Susulan pendedahan itu oleh sekupang dua, Nga menafikan kontrak berkenaan diberikan kepada isterinya menerusi pengaruh beliau selaku Setiausaha DAP Perak dan Ahli Exco Kerajaan Negeri ketika itu.
Bagaimanapun penafian itu tidak menghentikan pelbagai  tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Jawatankuasa Displin DAP mengumumkan Nga tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya suami kepada penerima kontrak berkenaan dan tidak patut dipersalahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Displin parti, Tan Kok Wai mengumumkan keputusan itu sebentar tadi.
DAP sebelum ini senada dengan parti komponen Pakatan Rakyat menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil meletak jawatan kerana kontrak NFC diberikan kepada syarikat milik suaminya.
Ahli keluarga Sharizat dituduh menggunakan pinjaman mudah daripada kerajaan untuk membeli kondominium, kereta mewah dan tanah dan bukan untuk tujuan yang ditetapkan.
Sharizat menafikan sebarang hubung kait dengan NFC  namun ia tidak menghentikan kritikan dan tuduhan daripada DAP serta pembangkang lain. AP 

VIDEO HADI AWANG PENYEBAB PERISTIWA BERDARAH MEMALI?




Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh lepas tangan  melainkan memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO.

Tindakan Presiden Pas itu yang berhasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum akan datang, tidak bermakna Abdul Hadi sudah boleh lepas tangan dengan amanat yang yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut.

MKP KATA:MB TERANGGANU KATA PAS PARTI AJARAN SESAT MEMANG TEPAT SEKALI 

MB MANA TIDOQ LAGI LENA?? @ZambryAbdKadir


MKP menangis tengok gambar ni... inilah pemimpin berjiwa rakyat, walau duduk rumah besar pakai kereta mewah tapi sanggup tidur di masjid... berbeza betul dengan Tuan Guru Nik Aziz


Kedua-dua Menteri Besaq nie tidoq dalam keadaan dan masa yang berbeza.Manakah yang lebih baik dan diantara tidoq dimasjid atau Nik Aziz pulak tidoq masa pemimpin memberi ucapan.Ternyata Menteri Besaq Perak yang lebih baik,Dengan menghargai pengundi dan sanggup tidoq didalam masjid demi pengundi untuk menunaikan tanggungjawabnya demi rakyat yang selama ini memberi kepercayaan kepadanya.

MB Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir iktikaf di Masjid Jameq Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan menunaikan qiamulail serta solat Subuh berjemaah. Selepas itu beliau akan bersarapan bersama qariah dan rakyat di gerai MDTM berdepan Balai Polis Tanjong Malim bermula jam 7.00 pagi sebentar tadi.gambaq ini dikirim oleh Khusairi Talib


ANWAR DI NOBATKAN MAHARAJA LAWAK?


Harap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak marah kalau kita nobatkan beliau sebagai Maharaja Lawak minggu ini.
Ini kerana ramai yang gelak sampai naik bengong bila membaca komentar terbarunya mengenai kata dua Datuk Nik Aziz Nik Mat pasal isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel di akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.
Anwar sifatkan kata dua Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Ketua Pembangkang itu guna ayat itu masa ditemui wartawan selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya pagi Khamis.
Bab beliau nak tunjuk Nik Aziz begitu sayang dan manja padanya satu hal.
Lawak besar di sini bila beliau kata 'UMNO memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin."
Kalau kita baca balik berita Wall Street Journal,akhbar itu tulis sebiji.terang dan jelas :  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar.

Kata-kata itu yang membuatkan ramai orang marah.Beliau nampaknya terbelit simpul mati dengan ayat nak sokong semua usaha untuk lindungi keselamatan negara Israel.
Soalnya dimana yang UMNO potong kenyataannya?
Kalau betul Wall Street Journal silap lapor kenyataannya...kenapa takut sangat nak cakap akhbar itu salah?
Atau seperti kata Nik Aziz saman saja akhbar itu kerana salah lapor.
Soalnya apa kena mengena UMNO dengan kenyataan  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," kerana itulah yang dipetik akhbar berkenaan dari kata-katanya sendiri.
Tidak ada ayat lain ditulis lepas ayat yang kontroversial itu kecuali....although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
Isunya di sini ialah kenyataan Anwar sebiji disebut kata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel".
Ini yang Anwar sedang bersilat sakan sekarang...dan seperti biasa tidak menghairankan  UMNO jadi kambing hitam untuk lepas tengkoknya.

Semua orang nampak dalam isu ini tidak ada jalan depan ..tidak ada jalan belakang  kecuali tarik balik atau saman saja.

Andaiannya ialah kalau Anwar tarik balik jelas bermaksud beliau mengaku ada kata ayat itu...dan kalau saman pula tentu nanti timbul masalah dalam hubungan dengan akhbar itu.
Kata Anwar beliau nak jumpa Nik Aziz Isnin ini.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok , Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.

Siapa tahu Musyridul Am PAS itu akan cair dan berlinang air mata mendengar ayat belai manja Anwar dan anggap kenyataannya yang menguris hati itu  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," - cuma satu senda gurau lawak jenaka seorang Maharaja Lawak.-16/2/2012 - OLEH ROSLI ISMAIL  AG

Siapa Tok Guru Anwar Ibrahim?

Siapa kata Anwar Ibrahim tiada tok guru yang menurunkan ilmu kepadanya. Kalau takde tok guru, takdelah handal macam sekarang ni.

Cakap apa pun orang boleh percaya.
Dia cakap dia nak mati sebab kena racun arsenik, pengikut dia percaya.

Dia cakap dia kena suntik dengan HIV, pengikut dia percaya.

Dia cakap dia nak tubuhkan Kerajaan 16 September, pengikut dia percaya.

Dia cakap ada orang nak bunuh dia sampai terpaksa lari ke kedutaan Turki pun pengikut dia percaya.

Pendek kata, apa sahaja yang dia bohong, orang akan percaya.

Sebab itulah MyMassa berjaya bongkar siapa tok guru Anwar Ibrahim.

Kalau nak tau siapa tok guru Anwar, sila tengok video ini.



 Sumber mymassa


Thursday, February 16

SAH ANWAR NIE MEMANG SOKONG YAHUDI?



Anwar nie memang jenis pandai putaq belit mulanya tak mengaku lepas tue buat pulak kenyataan hari nie menyatakan sokong Isreal pulak dah.Apa nak jadi dengan Pak Sheik nie jenis muka tak malu dah nak kata apa lagi.Pas dilihat seperti melukut ditepi gantang apabila Pak Sheik bertindak sedemikian.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya untuk mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv. 
Walau bagaimanapun Anwar berkata, beliau menghormati pendirian Pas yang menolak Israel sebagai sebuah negara haram dan tidak mengiktiraf negara itu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.   
" Saya memahami perbezaan pendirian Pas dengan PKR. Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel," katanya menerusi satu kenyataan media petang ini.  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataannya seperti yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu. 
“Ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal,” Nik Aziz dipetik dalam satu kenyataan. 
Beliau juga meminta Anwar mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ sekiranya apa yang dinyatakan Anwar dilapor secara salah oleh akhbar berkenaan. 
Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ, dengan menyatakan beliau menyokong “kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.” 
Pendirian itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang kemudiannya mendesak Anwar menyatakan pendirian sebenar beliau.  
Pas yang menjadi rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berpegang tegas kepada prinsip parti itu yang tidak akan sesekali mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang ditegaskan masyarakat Islam antarabangsa.  
Anwar hari ini menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan hal berkenaan pada pertemuan yang dijadual minggu hadapan.  

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive