Tuesday, February 21

Guan Eng Ada Berani Debat Dengan IR Shaik Hussein.



Memang tertekan gila ketua regim DAP sekarang ini bila semua rakyat negeri terdiri Melayu, Cina dan India sudah tahu skandal RM 10 Billion tanah Bayan Mutiara ini dibongkarkan BN P.Pinang terutama KP UMNO P.Pinang , Ir Shaik Hussein Mydin .

Anda boleh lihat kebodohan Guan Eng bila marah iaitu beliau sanggup cabar syarikat kroni UMNO mengapa tidak masuk tender membida tanah .hahaha. ..

Bila Guan Eng sudah jawab emosi ini, Ir Shaik Hussein yang mencabar Guan Eng sebelum ini dengan relaks je memberi jawapan balas beliau yang pasti memeningkan lagi kepala ketua regim DAP ini .

Salam;


Pemuda Umno Pulau Pinang mengalu alukan jawpan Lim Guan Eng mengenai pembangunan di Bayan Mutiara.Namun begitu jawapan yg diberikan Lim Guan Eng masih tidak menjawab persoalan yg ditimbulkan dan AMAT MENGELIRUKAN.


Pemuda Umno Pulau Pinang inginkan penjelasan Lim Guan Eng sahaja bukannya membuat fitnah.Persoalan baru yg timbul daripada jawapan Lim Guan Eng adalah seperti berikut;


1.Mengapakah hanya dua pemaju mengambil bahagian dalam proses tender tersebut?adakah pemaju lain tidak mampu atau sudah tahu bahawa tiada peluang?


2.Mungkinkah harga yang lebih baik dapat diperolehi jika proses tender RFP dibuat semula memandangkan hanya 2 pemaju yang mengambil bahagian?Ini adalah perkara biasa dalam sebarang proses tender.


3.Pemuda tidak pernah mempertikaikan proses panggilan tender yg dibuat secara tender terbuka,yang dipertikaikan adalah proses selepas itu sehingga ditawarkan kepada pemaju,mengapa tidak telus?Siapa yang menilai tender dan bagaimana penilaian dibuat?


4.Pemuda mahu jawapan konkrit dimanakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang telah diluluskan dahulu,bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara?Namun begitu pemuda mengalu alukan kenyataan Lim Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.


5.Pemuda masih ingin laporan teknikal mengenai kadar harga tanah yg dijual pada harga 240 sekaki persegi yg dirasakan rendah,ini adalah kerana pada mei 2011 Business Times melaporkan bahawa pemaju asal Queensbay, CP Land Sdn Bhd telah menjual 40 hektar tanah miliknya di Queensbay pada kadar harga 420 sekaki persegi,untuk makluman turut dilaporkan bahawa Quenssbay Mall juga dijual kepada Capitamalls Asia pada harga 657 juta,satu harga yg amat tinggi,Pemuda hanya ingin melihat laporan teknikal penilaian tanah dan kaedah penilaiannya,Teluskah Lim Guan Eng untuk mempamerkannya dalam semua akhbar tempatan?


6.Lim Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju perlu membina rumah mampu milik di PULAU bukan Bayan Mutiara,Kenyataan ini mengelirukan rakyat,boleh jelaskan?


7.Mampukah Lim Guan Eng memastikan rumah mampu milik dibina di pembangunan Bayan Mutiara dan menentukan berapa harganya dan bilangannya?Secara anggaran kasar,jika nilai pembangunan kasar(GDV) adalah 10 bilion,maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah 3 bilion.Jika sebuah rumah mampu milik adalah 100 ribu maka Lim Guan Eng perlu memastikan sekurang kurangnya 30 ribu rumah mampu milik dibina disitu,benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?


8.Lim Guan Eng masih belum menjawab mengapakah PDC tidak membangunkan tanah tersebut dengan kepakaran dan pengalaman yang ada?apa gunanya PDC PROPERTIES Sdn Bhd yg melaksanakan banyak pembangunan PDC sebelum ini.


9 Mengapakah perunding Singapura dilantik bagi projek perumahan di Batu Kawan?apa gunanya PDC Consultancy Sdn Bhd yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran.


10.Mampukah Lim Guan Eng menjawab semua persoalan diatas secara Kompeten,Akauntabel dan Telus dengan memamerkannya didalam semua akhbar tempatan tanpa mempolitikkannya.


Pemuda PP hanya inginkan kepastian untuk kepentingan rakyat,


Ir.Shaik Hussein Mydin,
KP UMNO PP





- Posted using BlogPress from my iPad

Pak Sheik ! Janji Pematang Pasir Belum Tunai?




KATA orang lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Inilah yang diharapkan kepada kerajaan Pulau Pinang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan janji pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009 yang lalu dapat dilaksanakan.

MKP menimbulkan persoalan ini kerana sudah sampai ke telinga bahawa kerajaan Pulau Pinang telah mencadangkan nama Exco Agama negeri tersebut YB Abdul Malik Kasim sebagai calon tunggal untuk jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada DYMM Yang Dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam negeri.

Sedangkan jika semua masih ingat, sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut berlangsung, Anwar telah berjanji untuk melantik calon PAS ketika itu Ustaz Salleh Man sebagai Pengerusi MAIPP jika beliau berjaya memenangi pilihanraya itu.

Ustaz Salleh akhirnya memenangi kempen pilihanraya kecil tersebut mengalahkan calon BN, Ruhaizat Othman.

Tapi entah dimana silapnya, pada tahun 2010, nama Ustaz Salleh tidak tersenarai sebagai antara calon untuk jawatan tersebut sehingga menyaksikan bekas pensyarah USM, Ustaz Haji Elias Zakaria dipilih menduduki jawatan tersebut bagi tempoh 2 tahun yang berakhir baru-baru ini.

Justeru MKP tidak faham kenapa peluang ini tidak diambil untuk menunaikan janji pilihanraya yang sudah lama tertunggak.

UMNO mesti menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang intergriti kerajaan Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat kerana gagal menjayakan janji pilihanraya tersebut.

PAS tidak kisah jika Ustaz Salleh tidak dilantik ke jawatan tersebut, tapi ini bukan soal yang melibatkan PAS sahaja sebaliknya soal janji pilihanraya dimana Anwar terbabit secara langsung dengannya.

Keputusan akhir terletak di tangan YDPA, tapi semua pihak sedia maklum yang keputusan baginda adalah berdasarkan kepada cadangan oleh pimpinan kerajaan Negeri.

YDPA sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pemilihan Pengerusi MAIPP ini, maksudnya masih belum terlambat untuk kerajaan Pulau Pinang mengemukakan nama Ustaz Salleh bagi mengisi jawatan tersebut.

Tidak setakat Pulau Pinang, seluruh rakyat Malaysia juga sedang memerhati perkembangan ini dengan penuh minat.


- Posted using BlogPress from my iPad

BLOGGER MILO SENGGAL KANTOI MENIPU LAGI ???



Blogger Pakatan mILO sUAM Senggal lagi dengan dedahan kononya BN serta kerajaan menyokong Israel padahal tujuan utuma depa nie hanyalah untuk nak cover apa yang telah dilakukan oleh anwar dalam kenyataan yang sahih serta terang-terang sokong Isreal untuk mendapatkan dana dari yahudi nie.........


Dalam nak mengaitkan UMNO dengan Israel, geng blogger PKR melakukan satu kesilapan besar bila menayangkan gambar ini sebagai bukti.


Tengoklah tu syarikat mana yang import barang Israel. SAMSUNG TU!!! Lepas ni geng-geng blogger tak boleh pakai Samsung Galaxy Tab. Ada barang Israel. Haram kata blogger PKR.
Tapi pakai Apple macam Milosuam pakai takpe. Milosuam pun blogger Jingga 13. Sebab Apple tiada kaitan dengan Israel walaupun bercadang buka pusat kajian di Israel.
Apple allegedly planning semiconductor development center in Israel
Published: 02:08 PM EST (11:08 AM PST) 

In addition to its rumored purchase of Israel-based flash storage provider Anobit, Apple is also said to be planning to open a semiconductor development center in Israel.

Apple's plans to build the new facility came about before the company even entered into talks to buy Anobit, Israel's Globes reported on Wednesday. The new development center will reportedly be headed by Aharon Aharon, who is a veteran in Israel's technology industry.
http://www.appleinsider.com/articles/11/12/14/apple_allegedly_planning_semiconductor_development_center_in_israel.html

Bangang punya budak-budak PKR. Bukan Kerajaan Malaysia buat hubungan dagang tapi syarikat yang melabur di Malaysia yang beli produk dari Israel. Kalau itu pun Kerajaan nak sekat, mana ada syarikat nak melabur dekat Malaysia.

Jangan lupa, di Kelantan pun ada syarikat 'Israel' buka kedai. Adakah ini bermakna Kelantan ada hubungan dagang dengan Israel?
Nak tau jawapan paling tepat pasal isu Israel ini, sila baca di blog Be Da Man (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). MyMassa ambil sedikit jawapan dari blog tersebut. 
Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.


Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang. (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)

Baca seterusnya di sini (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). 

SAPA PUNYA PROGRAM NIE!!! SABOTAJ PM KOT???



Sapa punya Program nie depa dah mula nak sabotaj PM ke?Kekadang pelik dan musykil dengan pihak yang menguruskan Program nie........Nak buat program pun lain kali berhati-hati dengan tomahan dari pihak pembangkang lahanat nie.Depa akan berusaha apa saja untuk menjatuhkan imej PM dan UMNO sendiri.Banyak dah Tranfomasi yang dibuat oleh PM nie,Depa pun dah sakit kepala dengan PM buat untuk Rakyat Malaysia.Orang Penang kata depa nie umpama Beruk Dan Kera kena belacan dah. 

Kebetulan hari nie MKP berada di PERAK.Dah mai nie nak buat keja risik mengenai kes nie.Almaklum sekarang nie kena ada bukti dan sahih untuk tembak sapa saja yang cuba mensabotaj PM.Tak kira lah walaupun kawan atau sebaliknya.


Betul tue Ustad MKP setuju sangat apa yang dikata.

KECOH KAT KULIM , SATU KAMPUNG MENGAMUK DEKAT ADUN KULIM A1!!!




Awat Pulak  nie depa mengamuk dengan Kerajaan Kedah PAS serta kepimpinan Ostad Zizan yang sanggap nie.Memorial Park pulak menjadikan satu kemarahan satu kampung penduduk keluaq buat demo.Sapa tak marah klu MKP pun kena mesti naik angin kalau macam nie.Kampung dah lama aman lepas tue orang lain dan bangsa lain dok dok buat besaq kepala kat kampung kita. 


Ostad zizan pulak lepas nie mesti raplah jingga dengan krisis yang melanda pucuk kepimpinan PAS kedah yang sekarang sedang meruncing dengan pergolakkan kuasa yang melanda.Depa nie dok mau kuasa sebab habuan duniawi.Rakyat depa tak peduli dah tua yang orang kampung pakat dok mengamuk kat kedah lanie. 


Krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah semakin serius. Beberapa orang Exco Kedah telah ‘memaklumkan’ mereka tidak akan atau lebih tepat lagi ENGGAN HADIR pada perlantikan Exco pada 28 Februari ini.

Tujuan kesemua EXCO berkenaan adalah untuk memberikan tekanan kepada Menteri Besar agar meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Alasan mereka, Menteri Besar Kedah sudah tenat dan terganggu dengan pelbagai keuzuran dari segi kesihatan.

Paling menarik ialah apabila antara yang paling kuat memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak untuk melepaskan jawatan adalah MAHFUZ OMAR dan Timbalan Presiden PAS, MAT SABU. Kedua-dua orang ini telah DIMINTA SECARA PERIBADI oleh Phahrolrazi Zawawi untuk membantunya merealisasikan keinginan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kedah biarpun dalam tempoh yang singkat.

Puncanya cukup mudah. Exco paling kanan, paling agresif dan paling banyak putar belitnya, tidak lagi dapat melihat atau berasakan peluang untuknya ke jawatan tersebut selepas PRU13 akan tercapai. PAS Kedah tidak berharap untuk menang lagi kerana sudah sangat jelas, PAS Kedah.

GUAN ENG KENA LONDEH DENGAN AMOI PENANG?

Aktivis MCA, Jessie Ooi ini bukanlah satu nama besar dalam pertubuhan politik Cina itu.
Tetapi namanya mula menjadi sebutan bila dia tiba-tiba naik angin sewaktu diberi peluang bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berlangsungnya debat antara pemimpin DAP itu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek
“Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.
“Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.
“Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat,” katanya dalam nada marah.
Namun tindakan Jessie ini sebenarnya mengundang pelbagai komen berbaur sinikal terutama apabila aksinya itu dimuat naik dalam laman Youtube.
Bahkan aksinya itu menjadi bahan gurauan dan dipersendakan pula dalam internet.
Akhbar berbahasa Cina sendiri, Kwang Wah Jit Poh, menggambarkan ‘muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah’ ketika menyoal Guan Eng
Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.
Disebabkan ‘meroyannya’ itu jugalah, dia kini digelar ‘Miss Tow Truck’…alahai kesiannyaaaa…..- Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber mynewshub.my

Anwar Mula Jumpa UlarMak Nik Aziz.





Pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sebelum ini disebut-sebut akan diadakan hari ini berhubung kontroversi kenyataan tentang Israel, ditangguhkan sehingga esok.

"Pertemuan akan berlangsung esok, masa belum ditentukan... kemungkinan sebelah pagi. Jadual sedang diatur dengan mengambil kira program dan temu janji yang telah pun diaturkan terlebih dahulu," kata seorang pegawai kanan dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Laporan media sebelum ini menyebut pertemuan itu akan diadakan sebelah malam ini.

Nik Abdul Aziz dikatakan berada di ibu negara bagi menghadiri beberapa program rasmi, termasuk akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Pegawai Pejabat Anwar juga mengesahkan bahawa berdasarkan maklumat awal pertemuan akan diadakan pagi esok.

"Setakat ini (pagi tadi), saya dimaklumkan pertemuan akan diadakan pagi esok," katanya lagi.

Pegawai Menteri Besar Kelantan menambah, setakat ini pihaknya tiada apa-apa rancangan untuk mengeluarkan kenyataan media.

Dalam pada itu, pegawai kanan Nik Abdul Aziz juga berkata, Menteri Besar Kelantan masih kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syuar Ulama minggu lalu.

Isnin lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Sumber Sinar Harian

- Posted using BlogPress from my iPad

APA PULAK DEPA NIE DOK MAIN API MACAM RED INDIAN,,,,



Penang Haria Penang Haria,,,,,,,,,,,,,,Sampai macam nie semangat penyokong UltraPanther nie.Semangat yang baik ditunjukkan akan tepai Pihak Pengurusan FAP buat macam rasa tidak bersalah bila FAP kalah dan tercorot didalam liga......Yang depa tau janji Masyukkkkkkkkkkkk.Tue yang dok meroyan dalam Paper kata tak ada duit....Itu bukan alasannya untuk memajukan bolasepak Penang.alih0alih tukaq keta baru atau dapat pangkat dari kerajaan PiRahhhhhhh orang macam nie banyak kt Penang Road...Luahan rasa Angah Penyokong  Setia Harimau Kumbang.

BLOGGER KEJAR RANKING DENGAN MELONDEH?


1. Adalah menjadi TANGGUNG JAWAB kami sebagai penulis maya MENYATAKAN KEBENARAN kepada siapa juga PEMIMPIN ISLAM tidak mengira SIAPA dan parti politik mana mereka bernaung.

2. Menjadi TANGGUNGJAWAP BERSAMA kami sebagai penulis maya dan para Ulamak dan Cendekiawan Islam untuk menyedarkan para PEMIMPIN terutama pemimpin parti pemerintah untuk merujuk dahulu kepada Para Ulamak,Penasihat Agama tentang TATASUSILAmenghadhiri mana mana perayaan/sambutan yang melibatkan perayaan rakyat bukan Islam negara ini supaya tidak mencetuskan salah tanggapan dan kekeliruan dikalangan umat Islam negara ini walaupun kehadhiran itu atas kapasiti mereka sebagai pemimpin negara.

3. Perlu ada garis panduan yang JELAS tentang perayaan yang bersifat kebudayaan atau keagamaan agar pemimpin tidak terperangkapdalam situasi dimana ianya akan menyebabkan kekeliruan dikalangan umat Islam dan ini MESTI lah dipersetujui oleh semua PEMIMPIN yang mewakili rakyat bukan Islam.

4. Sebagai penulis maya KAMI dinasihatkan lebih berhati hati dengan penulisan/artikel yang mahu dipaparkan dan mengelakan sama sekali artikel berunsur LUCAH dan FITNAH yang akhirnya akan memusnahkan KREDIBILITI kami sebagai penggiat media baru dan paling ditakuti KAMI perlu diperhitungkan atas segalanya dihadapan Allah Rabbu Jalil di akhirat kelak.

KOMEN MKP :Kekadang terfikir jugak dengan fakta yang nyata,dalam dunia politik mana ada yang strait foward . Akan tetapi , janganlah kita menjadi munafik .dalam segala tindakkan atau ilmu yang diterjemahkan kepada orang lain.Umpama bermimpi di siang hari depa nie , MKP tak rela tengok UMNO serta BN kalah lagi pada PRU 13.Orang Penang dah merasa azab bila LGE jadi CM,sampai nak sewa dewan orang ramai kena dapat kelulusan dari LGE dan banyak lagi malapetaka kena kat dahi. Yang benar harus di dedahkan walaupun pedih atau memakan diri jika terpaksa membuka pekung orang lain buat saja MKP PEDULI APA.Kalau kita masih ditakok lama nescaya Putrajaya Milik Anwar.Belajaq la terima kekalahan jika masih tidak mahu berubah. dalam perang cuma MKP tau ayat nie saja BUNUH MUSUH ATAU KITA TERBUNUH.

Monday, February 20

VIDEO MANTOP : DALAM KETA PUN ANWAR KENA MAIN?



Kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 penduduk tempatan yang tidak menyenangi kehadiran Anwar disitu. Kejadian tersebut berlaku di Semberong, kawasan Parlimen Hishamuddin Hussein.

Ianya berlaku sebaik sahaja kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam.

Serangan tersebut menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. 



Seperti biasa bila perkara buruk seperti ini berlaku, pihak pembangkang akan menuduh "ini semua kerja Umno!" 

Sedarlah sikit orang ramai dah meluat dengan drama Anwar yang sering memperbodohkan rakyat!



MKP NAK TANYA DEPA NIE KLU MASUK DALAM LONGKANG MESTI SALAHKAN UMNO,KEMUKKAN BUKTI DER BARU MANTOOP LU PUNYA MAIN BELAKANG NIE?

NIE PULAK APA CER BROTHER PAS PIS PUS TAKKAN DAH TAK ADE ULARMAK MELAYU DALAM PAS NAK DIBUAT BAHAN DER.



Inilah yang telah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w akan hal yang berlaku di akhir zaman. Aku nak tanya, bila orang kafir kata dia tahu kandungan Al Quran, dia tahu akan kemuliaan iman dengan menyembah Allah yang satu dan tiada sekutu, tapi masih lagi kafir, adakah itu satu keindahan? Politik menghalalkan segala yang haram demi untuk matlamat yang sebenar - PAS itu bukan ISLAM dan ISLAM itu bukan PAS.

Siapakah serigala berselimutkan kulit kambing?

GEMPAR KUALA KETIL BAH KERANA BALAK PAS?



TIDAK dinafikan hutan mempunyai nilai kormesial dan ekonomi. Hutan membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber pendapatan penting bagi negara. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Aktiviti ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan Banjir di salah satu kampung di Kuala Ketil Baling. Adakah banjir ini berpunca oleh penebangan balak yang semakin berleluasa di Baling yang didalangi oleh Parti Pas?




Kita harus sedar bahawa sumber bekalan air negara kita datang dari sungai, laut, kolam dan tasik. Air boleh dicemari melalui hakisan tanah akibat penebangan hutan. Penebangan hutan akan menyebabkan berlaku hakisan tanah dan seterusnya hakisan tanah ini akan memasuki sungai. Mendapan akan terbentuk di mana akan menyebabkan pula paras sungai semakin cetek dan ia boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.


Ketua Pemuda UMNO BHGN. Baling merangkap Penyelaras Kuala Ketil.Saudara Khairul Azhar baling menyampaikan bantuan.MKP nak tanya jugak mana pi Ahli Parlimen ????


MAKLUMAT
 
NamaTaib Azamudden bin Md Taib, Y.B. Dato' Haji
Jawatan dalam KabinetTiada
PartiPAS
ParlimenP016
KawasanBaling
NegeriKedah
No. Telefon04-4706 787
No. Fax04-4706 787
E-Mailbaling@parlimen.gov.my / parlimenbaling@gmail.com
Alamat Surat-menyuratPusat Khidmat Ahli Parlimen Baling (PUSKAB) V4 Bangunan MDB Jalan Syed Sheikh 09100 Baling Kedah Darul Aman


Jikalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat.


Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rakyat Baling pulak menanggung beban kerana kerakusan PAS Kedah menggondol hasil bumi ini.Demi keuntungan kepada proksi, PAS sanggup menggadaikan keselamatan rakyat Baling.   

Permohonan Guan Eng Pindah Kes Saman RM30 juta Dibantah



Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan rasmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kes saman malu RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada permohonan yang bakal dikemukakan oleh Guan Eng itu.

Saman itu berhubung kenyataan Guan Eng mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 2 hingga 6 April untuk perbicaraan kes saman tersebut.

Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng telah menerbitkan kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Keadilan Daily pada 3 Julai dan di dalam akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. 

GUAN ENG DAH HILANG HORMAT PADA PENGUNDINYA?




tetapi apabila dibuka, ianya telah pun dipadam, buktinya,. lihat disini!


Dibawah ini adalah antara beberapa kenyataan Dari Lim Guan Eng


Gua dah banyak kali cakap kat penyokong Pakatan Rakyat nie,kaum cina menyokong Pakatan hanya kerana  mahukan perubahan kuasa, sebelum ini umum juga ketahui bahawa cina Gerakan & MCA masih dibawah kuasa BN yang mana kuasa penuhnya dari  UMNO. Peralihan kuasa bakal berlaku & negara bakal menghadapi malapetaka apabila melayu semakin berpecah belah. Kini Melayu berpecah kepada 4.DARAH SATRIA

Sunday, February 19

ADAM ADLI BUAT HAL SURUH OSTAD ZIZAN LENA?


Adam Adli buat hal lagi hari ini buat pulak demo kat Wisma Darul Aman Perhimpunan itu berlangsung kira-kira 40 minit. Turut serta, aktivitis pelajar Adam Adli dan kira-kira 40 anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mereka membawa risalah yang antara lain tertulis mendesak rektor letak jawatan, Kedah bebas Auku serta menyembur cat pada kain rentang termasuk memangkah gambar rektor Kuin dengan cat merah serta meletakkan kalungan bunga.

Randy juga kesal kerana rektor menghalang aktiviti penuntut bersuara dan mengenakan peruntukan undang-undang tertentu dengan mengambil tindakan terhadap enam pelajar kerana memberi ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan orang ramai.

“Kita minta Datuk Seri Azizan mengambil tindakan tegas dalam soal ini,”  katanya.

Sementara itu, wakil pelajar digantung pengajian, Muhamad Aiman Che Ab Razab berkata, mereka menuntut supaya segala akta yang mempunyai persamaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dihapuskan.

“Kita desak Menteri Besar mengeluarkan kenyataan untuk menolak Auku dan sebagai bukti beliau perlu menolak rektor dan membebaskan Kedah dari Auku.

“Sebelum ini beberapa memorandum turut dihantar kepada Pas Pusat dan PKR, mereka semua sudah sedia maklum. Namun kita belum mendapat sebarang penjelasan daripada Datuk Seri Azizan mengenai perkara ini,”  katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab berkata, mereka akan memperjuangkan supaya akta bersamaan dengan Auku dihapuskan kerana menzalimi golongan pelajar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan memaklumkan hasrat kumpulan pelajar berkenaan kepada Azizan.




Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.

Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.



MKP kata : Adam Adli nie suka buat demo , Pemuda PAS Kedah pun sama dok lena , Hampa tak ada Panglima Perang nak mengamuk ka? 

Melayu Jangan Munafik Dan Taksub Wasiat Syaik Abdullah Fahim.

Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.

KALAU DAH DASAR PENYAMUN ??? MUSIBAT BETUL KAWAN MACAM NIE!!!



Pengalaman absinthe tak ada, Perjuangan ada la sedikit sebanyak. Nama pun jantan. Kalau jatuh basikal itu pra-syarat bergelar budak lelaki, maka sakit putus cinta itu pra-syarat jadi jantan. Dia punya sakit, macam langgar keretapi.

Tapi Hang, kau hati tengah bunga-bunga. Dalam hati Hang ada Taman Tasik Titiwangsa. Hang, kalau kena langgar lori balak tengah lebuh raya pun, kau bangun balik, ketis debu di bahu dan jalan terus. Macam tak ada apa jadi.

Sebab dalam hati hang ada taman.Hang lari pusing-pusing pokok dengan kekasih kau. Kepala otak kau la nak faham perit sakit hati orang lain bila nak cilok orang punya hasil kerja serta penat lelah, Musibat namanya orang macam nie.Ayat Paling Best hampa tunggu lepaih PRU 13 Selesai melabuhkan tirai.



Hang nie , kalau kena tembak dengan meriam, peluru meriam tu kau tepis. Itu hang la. Hang yang asal datang musibat saja menggelabah tempah restoran. Terkengkang-kengkang lari beli bermacam benda untuk nak bodek pemimpin, balut kotak cenderamata dalam kertas kilat seperti lubuk emas ada disitu.

Hingus meleleh-leleh pergi jumpa proksi nak minta budget 100K konon. Mengharap dapat untung dan mungkin balasan aktiviti ranjang. Atas nama perjuangan. Kau bertuhan duit. Kau sembah hasil dari kerja orang lain. Perjuangan yang hang ada di celah kelangkang wanita. Perjuangan yang mengekek ketawa bila hang termakan pujuk rayu setan. Dan hang gadaikan prinsip perjuangan hang untuk seorang yang sudah tidak punya jati diri sebagai pembela anak bangsa. Demi mengaut keuntungan atas angin . Aku marah orang macam musibat ini.

Perjuangan boleh pergi mati. Perjuangan boleh pergi mampos. Perjuangan boleh pergi telan racun tikos. Perjuangan boleh pergi terjun KLCC. Perjuangan boleh ikat kakinya pada ketulan konkrit, pangku konkrit itu dan terjun dari tepi jambatan Pulau Pinang. Ini macam punya perjuangan penuh musibat kepala toya mak amin. Sial dan celaka untuk yang berhati walang.

APA YANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BUAT?SALAHKAN UMNO SAJA HAMPA PANDAI!!



MKP tertarik dengan apa yang dibaca dalam sinar harian hari ini.Pemimpin Pakatan Rakyat DAP  Kedah hanya pandai bermain politik yang tidak matang dengan hanya mahu undi melayu seperti yang didebatkan oleh Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang semalam.Padahal nasib kaum sendiri tidak dibela oleh DAP Kedah.Guan Eng hanya menyalahkan UMNO dalam semua hal.Apa kejadah Pemimpin macam nie cakap talak selupa bikin.Lancau ini macam punya Lampha lu sulah manyak besaq lo!!!!!!!!!
Empat anak kepada mangsa bunuh di Taman Saga, semalam, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapat perhatian MCA dan Gerakan.
 Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, keadaan anak mangsa masih trauma dengan kejadian berlaku ke atas ibu mereka, Ung Siew Lin, 46, yang ditetak bekas suaminya.
Menurutnya, anak mangsa ketika dilawat turut melahirkan rasa bimbang mereka dengan kecederaan yang dialami. 
“Mereka cedera di tangan, jadi mereka khuatir dengan masa depan jika tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.“Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Taman Saga akan membantu menguruskan proses pengebumian mangsa kerana dia tidak mempunyai saudara mara,” katanya kepada pemberita di HSB. 
Empat anak mangsa yang dirawat di HSB, termasuk Wong Chiew Ling, 26; Wong Chew Shen, 22, dan Wong Chew Wei, 21, serta anak angkat mangsa, Chn’g Sheve Mei, 26.Lawatan beliau lebih satu jam itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga, yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Kedah, Dr Cheah Soon Hai. 
Chee Heung berkata, MCA dan Gerakan akan sama-sama membantu keempat anak mangsa sekiranya mereka memerlukan bantuan.Beliau berkata, pihaknya turut meminta agar pihak HSB menyegerakan proses pembedahan kepada mereka terlibat.
 “Kita bimbang jika proses pembedahan lambat dilakukan ia akan memberi kesan kepada keadaan fizikal yang lain.“Persetujuan daripada pihak HSB juga diterima bagi mempercepatkan proses pembedahan tersebut,” katanya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive