Thursday, February 23

DAPhne IKING PULAK MASUK PAS?



Lepas satu,satu lagi artis yang buat kerjasama dengan PAS,Lainlah kalau diberi ganjaran yang agak lumayan untuk menarik minat artis nie.Ayat retorik selalu diguna pakai ialah untuk nak tarik pengundi muda.Kesian juga tengok kat pemimpin-pemimpin PAS ni. Kalau dulu bila buat program, yang dijemputnya Pak Lebai-Pak Lebai. Entah kat mana silapnya, sejak dapat nasihat dari Nuar Berahim dan Mat Sabu, kini PAS dah terpaksa tumpang populariti artis. Lepas satu, satu artis yang disewa. Kali ni Kelantan undang Daphne Iking pulak. Sure malatop.



Rupanya gagal juga tarbiah PAS kat Kelantan. Ingatkan selepas berpuluh tahun berkokok kat Kelantan, orang Kelantan tak kenal artis, cuma kenal Ustaz dan Ustazah. Rupanya tidak....kalau bawak artis, orang Kelantan berduyun keluar macam kelkatu lepas hujan. 


Nasib baik le kat Johor ni, dalam musim menyambut Maulid ni, pemimpin-pemimpin UMNO berebut mencari ustaz dan ustazah yang terbaik untuk dihidangkan kepada orang-orang Islam dan Melayu. Syabas!  

He...he...he...dah dekat PRU ni, mana-mana artis yang ingat nak cari job kat Kelantan dipersilakan. Pekena cukup-cukup kat orang PAS yang dulunya memandang serong bebeno kat artis. Kepada yang hadir, ingat!...masuk adalah percuma, tetapi mamat berkarung plastik tetap ada. dtenggara

LIM GUAN ENG MENGAMUK DENGAN PEGAWAI MEDIA CM?





Hari nie kecoh pejabat Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang Lim Ah Beng Nenen.Mana tidaknya, kena jawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO.Semua soalan perlu dijawab dan pihak akhbar yang akan membangkitkan soalan ini apabila membuat sidang media kelak.MKP ada kabel baik punya dengan someone kat sana.Dari pagi sampai la nie moody aje Lim Guan Eng nie dok pikiq.Habis semua kena sound walaupun masaalah kecil.

Tahniah kepada Ir Sheik kerana berjaya membuatkan LGE nie serba salah.Mana tidaknya jawatan Ketua Menteri di pertaruhkan bukan main-main punya celita.Soalan yang ke6  paling kantoi dan ternyata LGE salah dalam membuat penilaian tentang itu.Tempoh masa dipersoalkan?Bermakna ini telah menjadi "direct nego" diantara pemaju dan PDC/Kerajaan Negeri.

Pegawai media ketua menteri hari nie dihalau dari Pejabat Ketua Menteri kerana membuat rujukan yang salah terhadap kontrak yang telah didedahkan kepada media didalam Laporan ivory kepada BSKL.Susahlah LGE lepas nie nak berdepan dengan media kerana dia nie gila publisiti dan sanggup walaupun sidang media nie pada 12 tengahmalam.

Merasakan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dengan mudah akan menyerah kalah selepas LGE mendedahkan "dokumen" tender berkaitan Tanah Bayan Mutiara melalui kenyataan akhbar semalam (klik sini). AMK Pulau Pinang dengan segera mengambil tindakan untuk mendesak perletakan jawatan dari arena politik dilakukan!!!


Namun, tindakan mereka tidak ubah sekadar diibaratkan "Si Anjing Menyalak Gunung" kerana segala senjata yang dipergunakan PR Pulau Pinang ternyata akan kembali memakan diri.

Lantaran itu, ulasan pedas daripada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini seharusnya dikaji semula PR sebelum cabaran atau desakan seterusnya dilakukan, jawab dahulu 23 persoalan yang dikemukakan;


- Posted using BlogPress from my iPad

BLOGGER DAJJAL SUDAH MUNCUL DIALAM MAYA?


Tuuuuudia dia dah mai dah diantara DAJJAL yang muncul untuk menjahanamkan umat Islam di Malaysia.Dah lama MKP dok tengok depa nie main cerita ini kali nie timing baik untuk counter .Depa nie dah kurang isu dan sanggap sangat nak perhatian dari pembaca.Bukan apa cita pasal Najwa nie memang panas dan rasanya pembaca blog ingin tahu.

Najwa Mahiaddin.
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.Memenangi Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011).Kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.Album pertama Innocent Soul pada Mac lalu. 
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat," 
Najwa

Celaka PAS buat macam macam hampa dok diam pulak sampai menggadai akidah.Semuanya akan dijelaskan selepas nie tunggu.

CAT TUKAR KEPADA abcd ASAL BUKAN CINA DAP.



Tempoh hari, reka bentuk binaan tempat letak kereta di kaki Bukit Bendera didapati tidak sesuai. Petak-petak untuk letak kereta itu disedari hanya sesuai untuk kereta bersaiz Kancil. Itu belum termasuk siling binaan yang rendah.

Akhirnya binaan itu diputuskan untuk diruntuhkan dan dibina baru Ogos ini. Padahal kerja pembinaan menelan kos RM5 juta itu datangnya daripada peruntukan kerajaan Pusat kepada PDC. Tidakkah itu suatu pembaziran?

Itulah antara yang didakwa siri kelemahan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT) yang diperkenalkan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak mengambil alih negeri itu pada 2008.

Demikianlah juga yang berlaku apabila pemaju dibenarkan untuk melaksanakan pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA). Dipersoalkan oleh Barisan Nasional (BN) negeri benarkah ia dilakukan melalui sistem tender terbuka.

Projek membabitkan kos RM300 juta hasil perjanjian konsesi SPICE itu ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP setia Berhad tahun lalu.
Namun pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri itu hilang begitu sahaja.


Dalam lawatan Perdana Menteri China tahun lepas, ketua menteri Guan Eng ambil kesempatan tandatangan MoU dengan satu syarikat China untuk membina terowong dari Teluk Air Tawar, Seberang Perai ke Gurney Drive di bahagian pulau yang akan melalui bawah pelabuhan Pulau Pinang, kita BN negeri juga persoalkan bagaimana syarikat itu dipilih, tidak ada langsung tender, tiba-tiba tandatangan MoU di depan kedua-dua Perdana Menteri (China dan Malaysia).



Ketika baru tiga bulan mengambil kerajaan negeri, Guan Eng mengumumkan pula pencapaian Pulau Pinang sebagai negeri pertama berstatus miskin tegar sifar di negara ini. Namun mesyuarat PAC hujung tahun lepas merumuskan ramai pemilik rumah Perumahan Rakyat (PPR) tidak mampu membayar sewa. Disahkan bahawa keadaan ini disebabkan masalah miskin tegar yang masih ada di negeri itu.


Antaranya, dilaporkan keluh-kesah 20 keluarga miskin tegar di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth supaya mereka tidak dihalau keluar berikutan kegagalan membayar tunggakan sewa (bulanan RM124). Suatu ketika, dikejutkan pula dengan kisah seorang warga emas yang juga ibu tunggal di situ yang hanya bergantung kepada bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM250 sebulan untuk membayar sewa rumah.



DAP Pulau Pinang cuba mengelirukan rakyat negeri itu ialah apabila mendakwa dalam sidang DUN kononnya kerajaan Pusat hanya memperuntukkan RM700 juta kepada Pulau Pinang dari 2001 hingga 2008 padahal dakwa mereka pendapatan dari cukai kastam dan cukai pendapatan di negeri itu sahaja mencecah RM4 bilion setahun. Kalau dalam lapan tahun berapa, dakwa mereka.


Ini satu lagi isu yang cuba dikelirukan kerajaan negeri. Hakikat sebenarnya ialah apa yang penduduk Pulau Pinang dapat adalah lebih daripada kutipan cukai. Cuba kita renung-renungkan betapa banyak projek pembangunan bernilai tinggi berbilion-bilion ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk Pulau Pinang,



Pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan infrastruktur terbaik, semuanya ada di Pulau Pinang. Itu belum lagi dikira jambatan pertama sedia ada sepanjang 13 kilometer dan bakal menyusul dibina, jambatan kedua 24 kilometer yang antara terpanjang di dunia.


MKP ayat power : Ah Beng sulah banyak tipu dan kantoi apa lagi tunggu letak jawatan la!!!!!!!!!!




Yusmadi Pulak Meroyan Dengan Lim Guan Eng?



Dua kali lima Yusmadi dengan DAP nie, Yusmadi kata DAP tak peduli kepada rakyat tapi Yusmadi nie pun sama dengan depa langsung tak peduli kepada pengundinya yang telah mengundi beliau pada PRU sebelum ini.Balik ke Balik Pulau pun sekali sekala lepas tue mengadu domba pulak bila pengundi marah kepadanya.Pandai spin cerita kata orang lain salah padahal sebagai Ahli Parlimen itu tanggungjawab dia.Lepaih nie pegundi Balik Pulau kena pikiq habis-habis sebelum membuat pilihan.Takkan pisang nak berbuah kali kedua.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof melepaskan rasa keluh resah beliau terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP di Pulau Pinang.

Ini berikutan apabila pihak berkuasa tempatan yang tidak turun padang untuk mendengar masalah rakyat.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak lagi akan bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu jika pihak berkuasa tempatan masih dengan pendirian mereka untuk merobohkan penempatan di kawasan terbabit.

Pengusiran serta perobohan kediaman di kawasan itu menurut beliau sudah berada di tahap kritikal. Beliau juga menambah bahawa kebanyakan kes kediam disitu masih lagi di peringkat mahkamah dah tidak sepatutnya PBT mengambil keputusan sebegitu tanpa memikirkan masalah rakyat.

Bagi MKP ini semua adalah kehendak rakyat Pulau Pinang itu sendiri dengan cara memberikan kuasa pemerintahan kepada DAP yang sememangnya rakus untuk merampas apa sahaja yang mereka fikir boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Tahniah kepada Lim Guan Eng yang berjaya memperbodohkan rakyat Pulau Pinang seterusnya merampas hak mereka.


- Posted using BlogPress from my iPad

ELLA DAH JADI MODEL XXX PULAK?





Lama kita tidak melihat kelibat Ella dalam majalah hiburan tempatan, kalau dulu pastinga terpampang wajah Ella. Kini tidak seperti dahulu, ramai selebriti yang lahir dan mereka juga perlu publisiti. Namun aura Ella masih lagi menyengat beb, majalah EH! berani menampilkan Ella pada muka hadapan majalahnya. Sekaligus memberikan maksud Ella akan kembali dan pasti mahu bertahan dengan gelaran Ratu Rock Negara!


KJ BANTAI ANWAR,JANGAN GUNA HP ISRAEL?



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar membatalkan pindaan Akta Kastam yang diluluskan oleh beliau pada tahun 1996 bagi membolehkan syarikat-syarikat swasta di Malaysia berdagang dengan Israel, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sementara menunggu pilihanraya umum, kerajaan negeri di Kedah,Pulau Pinang dan Selangor pimpinan pembangkang juga dicabar menarik balik lesen premis yang diberi kepada kilang dan pejabat syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mengimport barangan dari Israel.

Dalam mengemukakan dua cabaran itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan bertalu-talu Anwar dan parti pembangkang terhadap urusniaga antara beberapa syarikat negara ini dengan Israel adalah untuk hanya untuk menutup pendirian pro-Israel Anwar.

Beliau menegaskan  Anwar adalah Menteri Kewangan bertanggungjawab yang memberikan persetujuan untuk melonggarkan Akta Kastam 1967 supaya syarikat-syarikat swasta boleh mengimport dan mengeksport barangan ke Israel.

“Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa,” kata Khairy.

Khairy berkata desakan pihak tertentu mahukan kerajaan mengubah balik peraturan itu dan  melarang sama sekali perdagangan dengan Israel tidak mengambil kira realiti jalinan ekonomi sedunia.
  
Beliau berkata beberapa syarikat  swasta antarabangsa yang melabur di negara ini bergantung kepada rantaian penawaran dan perniagaan merentasi sempadan.

Khairy menegaskan hubungan dagangan syarikat swasta berkenaan dengan syarikat di Israel   “bukannya digalakkan oleh kerajaan.

“Kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seluruh dunia termasuk Israel,” kata beliau.

“Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai Negara,” tambah beliau.

“Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel,” tambahnya.

Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji, kata Ahli Parlimen Rembau itu.

“Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel,” kata Khairy.

“Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan,” jelas beliau.

Khairy berkata dalam usaha menutup salah apabila memberi sokongan terbuka kepada Israel, Anwar dan konco-konconya mensasarkan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui realiti globalisasi dan perdagangan antarabangsa.

Khairy berkata jika pembangkang masih menggunakan isu dagangan itu sebagai hujah mempertahankan kenyataan pro-Israel Anwar, mereka harus mengisthiarkan akan melarang hubungan perdagangan dengan Tel Aviv dalam apa bentuk jua pun.

“Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. saya cabar (Anwar) meminta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi kepada syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mereka mengimport barangan dari Israel,” kata Khairy.

“Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional,” tambah beliau.

Khairy berkata semua pihak harus jelas bahawa  perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel adalah sebahagian daripada tuntutan dan ciri globalisasi.

"(Ini) jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam Wall Street Journal,” kata beliau.

“Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana menyedari bukan Israel yang dizalimi tetapi rakyat Palestin,” tambahnya.

Isu 1Agenda Dan Myvoice.


Isu ini telah mendapat respon dari pelbagai pihak dan rakan-rakan seperjuangan.Seperti yang dijelaskan oleh sahabat TaipingMali bahawa 1Agenda telah dicilok oleh orang lain yang hanya menunggu peluang untuk mengaut keuntungan dari hasil usaha orang lain dan kerja keras dari AJK 1Agenda.Walaupun MKP bukanlah AJK akan tetapi jika ada isu berbangkit untuk menghentam pihak Pakatan Rakyat atau menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada Pemimpin UMNO dan BN kami senada dan seirama bersatu merangka strategi seperti angkatan perang dari semua segi.Inilah sebenarnya tujuan 1agenda Menyatukan pengamal media dialam siber ini.

berikut adalah apa yang telah ditulis TaipingMali didalam blog.

1Agenda tidak demand bajet yang besar seperti yang diwar-warkan di Ayer Keroh baru-baru ini. kertas kerja membuktikan segala-galanya. Tak perlu memburuk-buruk orang-orang dalam 1Agenda terutama Zul Azhar Cha bukan dia nak jadi Presiden pun. dia pun cadangkan TM jadi presiden, memandang 7 orang yang hadir dalam mesyuarat penubuhan bersetuju melantik beliau pegang jawatan kerana dia bekerja sendiri dan mampu bergerak ke sana sini walaupun kesihatan kurang memberansangkan. AJK yang lain mempunyai pekerjaan dan sukar untuk keluar kecuali diluar waktu pejabat.

Mungkin silap kami juga kerana mempamerkan kertas kerja kepada orang lain sehingga dilabelkan dengan begitu buruk sekali...sepatutnya tunjukkan kertas konsep sahaja. So ini peringatan jika ada idea jangan tunjuk semua. cukup tunjuk kertas konsep dalam sehelai kertas A4.

Sambungan kisah ini pada artikel akan datang nantikan.


- Posted using BlogPress from my iPad

MAHFUZ BEAN JADI BUDAK KECIL MINTA NENEN?




Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Ahmad Shabery Chik membidas tuduhan Mahfuz Omar ahli parlimen Pokok Sena yang pagi tadi mengadakan sidang media melemparkan tomahan dan tuduhan yang tidak berasas dalam beberapa pekara mengenai kementeriannya.

Menurut Shabery Chik beliau kecewa dengan sifat pemimpin pembangkang yang sering melemparkan fitnah dan pembohongan ke atas kerajaan atas sebab kepentingan politik dan bukannya membela rakyat.

"Seorang ahli parlimen seperti Mahfuz perlu bijak jika membangkitkan sesuatu isu. Isu yang dibangkitkan Mahfuz mengenai dana dari KBS seharusnya diajukan di dalam dewan rakyat dan bukannya dibicarakan secara tidak profesional."

"Saya cabar Mahfuz untuk membangkitkan apa yang beliau nyatakan pagi tadi dibawa ke dalam sidang dewan dan saya akan jawab secara profesional sebagai menteri yang bertanggungjawap. Mahfuz suka berbohong dan dan menjadi darah dagingnya dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan beliau:

"Mahfuz sebelum ini pernah mengkritik kerajaan kerana membenarkan seorang peninju muay thai datang ke Malaysia dan menyertai pertandingan yang diadakan di selangor. Apabila dijawap mengenai fitnah mahfuz itu bersertakan bukti yang mana pihak kerajaan negeri Selangor yang membiayai pertandingan itu beliau terus mendiamkan diri kerana malu alah dengan fitnah dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Kementerian saya dan kerajaan" Ujarnya lagi.

"Saya sekali lagi mencabar Mahfuz untuk tanya mengenai kementerian KBS di dalam dewan rakyat dan saya nasihati agar beliau bersikap profesional sebagai ahli parlimen dan usah berperangai kebudak budakan."

Untuk makluman Mahfuz omar ahli parlimen pokok sena pagi tadi membangkitkan beberapa pekara iaitu peruntukkan rm10 juta yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk program hari himpunaan jutaan belia dan juga program Ceramah YB hassan ali yang didakwa sebanyak rm30 juta dana belia diperuntukkan untuk program tersebut.


- Posted using BlogPress from my iPad

GELAGAT KECEWA AHLI PAS!!


Gambaq nie dihantaq oleh rakan ahli PAS dari Kuala Muda kedah lanie kecewa dengan perjuangan PAS yang kini nampak seperti gambaran di atas yang membawanya adalah DAP lahanat.Walaupun dilambung ombak ganas sekali pun yan pasti sampan dibelakang akan tengelam dan terbalik dahulu.

Pas sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar.Pas dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk  Mohd Fadzil Noor.Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti


Wednesday, February 22

Raisa Andriana 101,000 Follower , NajibRazak 449,136 Follower.



Raisa Andriana mungkin nama yang asing buat peminat muzik di Malaysia namun di bumi Indonesia beliau sudah berjaya menempa kejayaan yang agak kuat.
Dan, barisan peminat yang cukup ramai dan bukti’nya akaun Twitter beliau kini sudah pun melebihi 101,000 orang followers.
Raisa Andriana telah melancarkan sebuah album penuh pada May tahun lalu & baru sahaja lepaskan single ketiga berjudul Could It Be yang bakal menjadi salah satu runut bunyi untuk filem keluaran Malaysia akan datang, Mantera — tayangan May 2012.
Untuk pasaran Malaysia, pihak KRU Studios mengesahkan yang Riana Andriana bakal melancarkan single pertama sekitar Mac 2012 dan kemungkinan besar akan menggunakan lagu Apalah (Arti Menunggu).
Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini.

Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau.

“Diharap interaksi kita akan berterusan,” katanya.

Selain itu, dalam tweet yang seterusnya, beliau berjanji akan berusaha lebih gigih untuk rakyat dan negara ini.

Laman Twitter milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar paling hebat kepada Perdana Menteri itu hanya mempunyai seramai 126,231 orang followers sahaja.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula memiliki seramai 48,675 orang followers sahaja.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz pula lebih ramai pengikut di laman Twitternya berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengumpul seramai 30,509 orang dan Presiden PAS itu hanya mempunyai 11,665 pengikut sahaja.

Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya mengalahkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah pengikut seramai 36,027 berbanding isteri Anwar itu yang hanya memiliki 13,108 followers di Twitter masing-masing.

Laman Twitter merupakan antara medium komunikasi paling popular di Malaysia selain Facebook yang banyak digunakan ahli politik untuk berhubung secara ringkas dengan rakyat negara ini.

VIDEO : IMF Minion Anwar Ibrahim ?



Gambaq Terakhir Ana Rafali Sebagai Girlfriend





Pernikahan Ana Rafali dengan Ahmad Aznaim Abdullah kurang seminggu lagi. Ketika ini Ana dikatakan sibuk menyiapkan hantaran pernikahanya yang kini hampir 90% siap untuk pihak lelaki pada 25 Feb nanti di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Hantaran itu adalah hasil kreativiti Ana sendiri sebagai tanda yang istimewa buat dirinya untuk bakal suaminya.



Menurut portal MURAI, acara pada 25 Februari itu akan dimulakan dengan majlis bertunang sekitar jam 10.30 pagi dan hanya sejam selepas itu akan berlangsungnya majlis akad nikah yang akan dilaksanakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

APA DAH JADI DENGAN KMS1M !!! @1_Agenda


MKP sedih dan terharu dengan apa yang telah dibaca dilaman blog.Pada mulanya ingat ini semua untuk menyatukan semua pengiat media sosial didalam satu tujuan serta matlamat untuk menangkis segala serangan didalam media sosial Facebook dan twitter.Akan tetapi bila terbaca diblog Pemangku YDP 1Agenda merungkai segalanya. 


Berikut adalah komen dari Taiping Mali 

TM NOTE
Semalam seorang sahabat telah menghantar link blog jendelamaya. 

TM mengucapkan terima kasih kepada penulis blog jendela maya yang membangkitkan isu ini. 

TM bagi masa lagi kepada sesiapa yang ingin mengulas isu ini sebelum TM menjawabnya. 

TM adalah  Timbalan Presiden 1 Agenda dan konvensyen media ini adalah harta intelek dan hasil R&D 1 Agenda.

Ia mendapat sokongan dan pengiktirafan, sebab itu lah Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak sudi hadir untuk merasmikan pelancaran konvensyen tahun lalu.

MKP bukan nak membesarkan lagi isu nie akan tetapi terpanggil memberi komen berkenaan KMS1M.MKP menjadi ahli 1 agenda selepas pulang dari PRN sarawak dan hingga hari isnin MKP telah menghantar BBM kepada YDP 1Agenda  untuk tidak lagi menjadi Ahli akan tetapi sehingga kini tiada jawapan yang diterima.Mungkin MKP tiada makna atau tidak pernah memberi sumbangan kepada 1Agenda.Tiada niat untuk memburukkan sesiapa akan tetapi didalam BBM tersebut MKP ada menyatakan akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan kerana niat dan perjuangan adalah untuk memenangkan BN pada PRU 13.

Banyaklah kisah yang MKP dengaq dan akan memberi ulasan serta pertanyaan esok.



EMMA PUNGKOQ HITAM PULAK DAH?


Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu..

Rumah kedai je pun UiTM Manjung ni… Mungkin orang tak tau pun tu sebuah UiTM. UiTM Manjung memang takde padang bola sepak. Hahahahahahha!!! Tapi walaupun tak canggih seperti universiti-universiti lain, tempat ni laaa paling heaven bagi aku. Stesen bas dekat, tempat main snuker dekat, karaoke dekat, tempat awek-awek cun Restoran Hasnah Tomyah… Fuuhh!!! Aku ni antara batch-batch terakhir yang menghuni kat Uitm ni dulu masa aku amik diploma dulu. Tahun 2000 sampai 2002 sebelum semua pelajar dipindahkan ke Seri Iskandar.

Kalau korang masuk kelas dia, atas bangunan ialah hostel pelajar, bawahnya kelas…. Kadang-kadang kita yang pelajar ni ada gak pi kelas kat blok hostel perempuan. Time tu leh dengar perempuan menyanyi kat bilik air…

Tu tak heran lagi…. Ni lagi best…BACA SETERUSNYA

Itu bab cita artis nie pulak cita politik dalam UITM SHAH ALAM BACA DISINI.........

Lisa Surihani Mandi?




Biaq betul nie? Macam tak pecaya pulak dah.Korang jangan pulak fikir yang bukan-bukan yee.. Memang betul ini gambar Lisa Surihani tengah mandi.., tapi bukan mandi di swimming pool ataupun mandi berkemban di air terjun..

Gambar ni diambil sewaktu majlis mandi bunga dan juga khatam quran sempena pernikahan Lisa yang bakal berlangsung tak lama lagi..

Setakat yang gua tahu, Lisa Surihani ni adalah artis yang bersih dari sebarang gossip.. Kira anak yang baik lah budak Lisa nih..

Bertuahlah si Yusri tu yang dapat isteri sebaik Lisa.. (gua jugak yang melepas..) MKP cilok dari MPP.haaaaaa

So.., gua berdoa semoga Lisa dianugerahkan kebahagiaan dalam perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.. Semoga berkekalan lah hendaknya.. Huhuhu...


- Posted using BlogPress from my iPad

PANAS : APA KAITAN ANWAR DENGAN IMF SERTA AMOI NIE?



Di bawah adalah sambungan artikel KLIK SINI yang melondehkan kaitan Anwar Ibrahim dengan IMF dan trio-Yahudi bangsat, Wolfowitz, George Soros dan Al-Gore :-

Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya.
Polis Perancis menahan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar kecil) untuk disoal siasat semalam. 
Strauss-Kahn disoal siasat berhubung dakwaan bahawa beliau mengambil bahagian dalam parti seks di Paris dan Washington, Amerika Syarikat dan berurusan dengan satu sindiket pelacuran di bandar ini. 
Parti seks itu dibiayai oleh satu pasangan ahli perniagaan.Strauss-Kahn berusia 62 tahun yang sebelum ini dilihat bakal menjadi Presiden Perancis bagi menggantikan Nicolas Sarkozy dipanggil menjadi saksi tetapi kini pihak pendakwa raya menyatakan dia kini menjadi seorang suspek. 
Dia tiba di sebuah balai polis di bandar ini pada pukul 9 pagi waktu tempatan untuk disoal siasat mengenai peranannya dalam skandal seks terbaharunya itu.Selepas Strauss-Kahn tiba, pihak pendakwa raya menyatakan dia akan ditahan tentang dakwaan mengambil bahagian dalam pelacuran dan menyalahgunakan dana syarikat. 
Penahanannya mungkin berlanjutan selama 96 jam.Mengikut undang-undang Perancis, terlibat dalam aktiviti pelacuran akan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun. 
Pada 14 Mei tahun lalu, Strauss-Kahn ditangkap semasa dia memegang jawatan sebagai ketua IMF atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita yang membuat aduan mengenai perbuatannya itu di sebuah hotel di New York. 
Dia kemudian meletakkan jawatan ketua IMF.Namun, dia dibebaskan atas dakwaan tersebut kerana kredibiliti wanita tersebut tidak boleh dipercayai.Agensi 

VIDEO BERAPI : A.B.C.D. ASAL BUKAN CINA DAP, GUAN ENG SUDAH LETAK JAWATAN SEBENTAR TADI? @NajibRazak

Panglima Perang Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,Macam nie baru betul baru nak berperang ada strategi yang tersusun menunggu Angkatan AMK mai sini.  





Surat dari AMK nie macam musibat, Latterhead pun tarak depa nie tak tau hormat pada orang.Atau memang AMK nie pertubuhan haram ka?Karangan pun terabur bila MKP baca tadi kat sana.  Apakah AMK Pulau Pinang fikir isu 'menuntut letak jawatan' sebagai satu isu main-main tanpa mengeluarkan surat rasmi parti tersebut?Jika beginilah perangai AMK Pulau Pinang, kita tidak terkejut mereka hanya tenggelam timbul begitu sahaja di dalam politik Pulau Pinang.

MKP ayat Sempoi : Ketua AMK Amir tadi muka dah merah pasal kena sound dengan KP Pemuda Penang,Depa nie mai ingat nak kena pukul tapi tidak kedatangan mereka dialu-alukan oleh Pemuda UMNO yang seronok bila depa sampai.Bak kata Shaik tadi kita buat apa nak gaduh.Cara yang terbaik MKP tengok Ketua Pemuda Pulau Pinang kantoikan Amir AMK.Jawab Guan Eng?????????????????/ yang 10k punya celita nanti malam kita sambung ok,, tunggguuuuuuuuuu. 




LISA DAN COSMOPOLITICAN?



hah sudah ada pulak ke cita baru tentang artis kesayangan MKP nie , Mungkin sebagai hadiah kepada peminat, Lisa Surihani tampil buat kesekian kali’nya sebagai wajah muka hadapan majalah edisi Mac, COSMOPOLITAN akan datang.
Jika merujuk kepada tajuk ringkas untuk Lisa Surihani di’muka depan majalah ini — He completes me… –Lisa Surihani pastinya berbicara tentang perkahwinan & jejaka pilihan bernama Yusry KRU.
Kalau anda belum tahu dan rasa perlu tahu, dua hari lalu Lisa Surihani sudah pun khatam al-Quran dalam satu majlis ringkas dan kami hanya berjaya terima sekeping gambar untuk majlis tersebut, selepas ini. 
MKP AYAT SEMPOI : TENGAH DOK TUNGGU UP LOAD VIDEO KITA LAWAN CITA ARTIS prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrOTESSSSSSSSSSSS BEB............ 

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive