Friday, February 24

18SX JANGAN TENGOK KALAU KURANG UMOQ,NEELOFA.....?



Sekarang ni artis yang paling ngetop di Malaysia sudah tentu Neelofa.. Ramai dikalangan lelaki yang sudah gila bayang pada anak dara Kelantan ni sampaikan sanggup lekat poster dia di dinding bilik.. (bukan gua aaa...)

Sebab apa ramai yang minat pada Neelofa? Sudah tentu lah pasal kecantikan yang Tuhan anugerah pada dia.. Kira spesis manusia anugerah Tuhan jugak laa Neelofa ni.. (Tak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim punnn...)

Bagi gua.., walaupun gua mengaku Neelofa tu cantik, tapi taklah se-ayu Maya Karin.. Neelofa memang cantik, tapi Maya Karin tu cantikkk bangettt... Jangan jeles aaa...

So.., selalunya korang tengok gambar Neelofa yang sudah siap 'diconteng-conteng' mukanya dengan pelbagai kaler..., sekarang ni jom kita tengok Neelofa yang asli tanpa makeup.. Lagi asyikkk gua cakap luu...

Pompuan ni kalau dah cun.., tak payah makeup pun tetap cun beb.. Cuma yang tak cun je tepek bedak sekilo kat muka pasal nak bagi cun.. Dorang tak tahu tuu.., banyak lelaki yang tak suka pompuan makeup tebal-tebal... Dah macam tepung gomak kekadang tu nampak..

Sebenarnya bukan susah kalau pompuan nak jadi cantik ni beb.., gua ada satu petua untuk bagi cantik selalu...

Tak susahhhh...., letak je nama 'cantik' kat belakang nama kita tu.. Confirm orang akan panggil cantik sentiasa..

Sebagai contoh.., kalau nama Minah.., tambah je nama 'cantik' kat belakang.. Nanti orang panggil 'Minah cantik'.. Kan dah cantik tuuu.... Hahahaha... Jom layan gambar Neelofa dulu...





AMK SELANGOR DAYUS!!! KETUA PEMUDA PULAU PINANG MEMANG TERBAIK. MKP TABIK SPRING

AMK Selangor memang dayus!!!!!nak terima Memorandum pun penakut gila.sampai tak berani sambut pun.lepas tue bakar MEMORANDUM TUE pulak apa kejadah nie.Bab nie MKP puji Boss MKP kat Penang Ir Sheik Hussein berani berdepan dengan Pemuda AMK walaupun kehadiran Pemuda di Parlimen tertentu kurang dan berada dikawasan sendiri!!!!KP Pulau pinang hormat kepada AMK nie bagi laluan bercakap dulu dan semuanya berjalan dengan baik dan aman......Nanti ada pulak pihak membuat fitnah MKP dibayar oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang."Demi Allah" tidak pernah diberi bayaran oleh BOSS.Tak tahu la pulak jika telah diberi kepada pihak lain dan benda tue tak sampai ketangan MKP.Perjuangan MKP demi ALIF,BA DAN TA untuk Agama,Bangsa dan Negara.


Berikut adalah kandungan memorandum Pemuda BN & NGO yang dihantar ke ibupejabat PKR hari ini.

MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL
DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.

Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.

Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran, miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel? Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?

Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar. Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya. Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau. Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Tapi sayangnya memo ini telah di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!


AMK Dayus!
- Posted using BlogPress from my iPad

MB KEDAH BUBARKAN DUN BULAN DEPAN ?


Berita panas yang MKP terima dari rakan dari kedah menyatakan Ostad Zizan telah bertemu Sultan Kedah untuk membubarkan DUN petang tadi,Ramai yang terkejut dengan berita ini. Baguih jugak la kalau MB Kedah buat macam tue, boleh berkempen PRN Kedah pulak lepas nie.Boleh la MKP balik kampung sambil berkempen. 
Azizan Abdul Razak terus dibelasah dari segenap arah oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. 28 Februari semakin mendekat. Namun kemelut di Pejabat Menteri Besar Kedah belum memperlihatkan tanda-tanda akan reda. 
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang cuba meredakan kemelut tersebut dengan menyatakan bahawa segala yang berlaku di Kedah, bukanlah perkara besar.  Penafian masih cuba dilakukan sekalipun penafian berkenaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan lagi lawak dalam PAS Kedah. 
Dua orang yang terlibat dalam kemelut di Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, masih lagi cuba bermain acilut. Phahrolrazi yang merupakan Exco Kanan Kedah, telah mengeluarkan semua barangannya dari pejabatnya sebagai protes kepada kepimpinan Azizan Abdul Razak. Manakala Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, turut mengambil tindakan yang serupa. 
Phahrolrazi Zawawi awal-awal lagi memang merupakan orang penting dalam mendalangi usaha menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya, Air dan Tenaga Negeri dilihat sudah tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. 
Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Phahrolrazi bagi menimbulkan imej negatif terhadap Azizan Abdul Razak dan kepimpinan Menteri Besar Kedah itu. Antara usaha yanga dilakukan oleh Phahrolrazi adalah membiakkan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan persundalan. Pembiakan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah, berada di bawah kuasa Phahrolrazi yang bukan setakat memakan komisyen berikutan kewujudan pusat-pusat persundalan tersebut tetapi juga mampu memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak. 
Selama ini, Azizan Abdul Razak dilihat sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan. Hubungan baik yang ditunjukkan oleh Azizan Abdul Razak dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah, seringkali dilihat sebagai kelemahan ketara Menteri Besar Kedah itu. Kelemahan itulah yang mahu diatasi oleh PAS Kedah.kedahan69ers.com

Foto: David Teo Hadiahkan Seutas Gelang Berlian Kepada Lisa Surihani!


Tahniah Diucapkan terhadap kedua-dua pasangan suami isteri baru, Lisa Surihani & Yusry. Masuk kali ini, entah kali keberapa sudah kami ucapkan perkataan yang sama. Tapi tak apa lah, yang penting mereka bahagia.
1,2,3,4,
5,6,7,8,
Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
Nanti dapat Baby tahun depan.
Itulah pantun 4 kerat khas dari David Teo yang membuatkan para hadirin ketawa. Sejurus selepas selesainya mereka berdua diijabkabulkan, kehadiran David Teo juga merangkap “bos besar” kepada Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai rakan media. Apa tidaknya, perkahwinan Lisa Surihani & Yusry umpama penyatuan dua buah syarikat produksi terbesar di Malaysia, iaitu KRU Studios dan Metrowealth International Group (MIG).



MKP AYAT SEMPOI : TAK PA LEPAS NIE BOLEH LUPAKAN LISA SURIHANI PASAL DIA DAH JADI MILIK ORANG ,PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI BEB, WALAUPUN KECEWA DENGAN LISA NIE. MKP TUKAQ PULAK KEPADA SALENA PULAK LEPAS NIE,APAKAN DAYA OMBAK RINDU DAH JADI DEBU.....................

VIDEO ANWAR KEDUA AKAN MUNCUL KATA RAHIM TAMBY CHIK


 
Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau tetap yakin pelaku dalam video seks yang didedahkannya tahun lalu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan tidak menolak kemungkinan  sebuah lagi video akan muncul.
 
"Tak tahulah,  nanti polis tangkap saya, kata saya konspirasi.  Tapi dengar-dengar ada. Tak tahu lagi,” kata beliau ketika ditanya pemberita desas-desus satu lagi video akan didedahkan. 

Bekas Ketua Menteri Melaka itu membandingkan Anwar dengan  Perdana Menteri Kemboja Pol Pot yang dikaitkan dengan sejarah hitam negara itu pada tahun 70an.
 
"Saya tengok Datuk Seri Anwar ini…, saya melihat sejarah Cambodia yang tragik,” kata Rahim mengimbas nasib Kemboja di bawah pemimpin Pol Pot yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu pada tahun 70an. .
 
“Walaupun Pol Pot mendapat  pendidikan tinggi di Perancis, tetapi dia ada satu penyakit otak. Paronia. Dia tak boleh lihat  orang lebih dari dia. Dia anggap, dia saja layak jadi Perdana Menteri Kemboja" tambah beliau.  

"Saya harap di Malaysia tidak ada Pol Pot, moden seperti ini. Jangan ada orang yang gila jawatan seperti Pol Pot di Kemboja. sebab yang jadi mangsa rakyat di negaranya,” jelasnya.
 
“Hampir dua juta orang terbunuh kerana kegilaannya untuk memegang satu jawatan yang dia fikir tak ada orang yang layak kecuali dia. Kita harap kita tak ada Pol Pot moden dalam Malaysia," kata Rahim.

Merujuk kepada video yang  didedahkan oleh beliau dan gandingan Datuk T, Mac lalu, Rahim berkata reaksi Anwar kepada rakaman itu jelas menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.
    
"Pendedahan lalu itu nampaknya dapat memberikan satu gambaran bahawa tindakan kami benar. Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk menafikan apa yang telah dikeluarkan atau yang telah tersebar. Dia buat penafian secara umum saja" kata beliau. 
 
"Dalam satu negara seperti Malaysia yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, sekiranya sesiapa yang membuat fitnah dan pembohongan mereka boleh diambil tindakan undang-undang yang sesuai dengan perbuatan memfitnah orang lain itu,” kata Rahim.
 
“Jika Datuk Seri Anwar fikir itu adalah satu fitnah, adalah haknya di bawah perlembagaan negara untuk dia mengambil tindakan demikian, (tetapi) Datuk Seri Anwar tidak dapat bertindak demikian,” kata beliau.
 
“Ini mempamerkan apa yang telahpun ditunjukkan didalam video itu adalah satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan" jelasnya. 

 Rahim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang “melihat yang dia saja yang layak jadi Perdana Menteri.
 
“Dalam kenyataan dia (Anwar) 'walaupun saya masuk, keluar penjara, saya yang layak jadi Perdana Menteri di Putrajaya.' Orang seperti ini sepatutnya boleh didepan rakyat menunjukkan kewibawaannya, membuktikan bahwa dia sebenarnya bukan pelakon porno dalam video seks itu. Tapi dia tak berbuat demikian,” kata Rahim.
 
“ Dia cuma pergi berceramah ke hulu dan kawasan pedalaman. Ini bukan perbuatan seorang yang mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri di mana kewibawaannya, kredibilitinya. integritinya boleh diuji," tambah Rahim.AP

MKP AYAT SEMPOI : ADA NEWS BARU TENTANG RAKAN SEPERJUANGAN NIE, BELAJAQ DARI PROF. GILA SEKS PATUT DIA PUN DAH JADI GILA DOK PEKENA RAKAN2 HIDUP-HIDUP.TAPI INGAT BANGKAI GAJAH TAK BOLEH TUTUP DENGAN KAIN YANG KECIL.LAMA LAMA KANTOI JUGAK.MKP DAH TAU SEMUANYA TUNGGU MASA NAK MELETUS SAJA NIE  TAPI KENA SABAQ KERANA NASIHAT DARI AYAHANDA SUPAYA KITA BALUN DEPA NIE LEPAS PRU13.LEPAS NIE KITA TENGOK SAPA YANG KENA,SABAQ ADA LIMIT TAPI KALAU DAH MELAMPAU HILANGKAN AJE KAKI ATAU TELINGA DIA.

AL-FATIHAH Ayahanda Ketua AMK Pulau Pinang Meninggal.




Setiap manusia yang hidup akan menemui ajalnya, hari ini kita menerima berita sedih tentang pemergian buat selamanya ayah tersayang kepada Ketua AMK P.Pinang (Amir Ghazali) kerana serangan jantung.

Ayah Amir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Bukit Mertajam. Kini jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah Amir Ghazali di Mengkuang Semarak.

Jenazah akan dikebumi selepas solat Jumaat. Semoga Amir tenang menerima ujian ini dan semoga roh ayahnya diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman...amin....Al-Fatihah


- Posted using BlogPress from my iPad

Marsha Buat MKP Telan Ayaq Liur.




Seksi betul Marsha Londoh di majalah FHM ni. Tak terkata-kata melihat aksi Marsha yang sungguh mengugat jiwa kejantanan yang sedang melihat gambar dia ni. Tapi selepas ni harap Marsha bolehlah perbaiki sedikit pengayaan yang sedia ada ni. Bawalah imej ketimuran, kita kan orang Malaysia. Seharusnya Marsha dapat menyesuaikan diri dan peka dengan keadaan sekeliling. huhu.



Wohaa.., bukan saja Julie Woon yang suka beraksi seksi dalam majalah.., rupanya ramai lagi artis kita yang suka beraksi macam tu.. Seronok agaknya beraksi seksi macam ni kot? Sebab tu ramai artis tanpa segan silu buat perkara yang sama..

Terbaru., gambar Marsha Londoh AF3 yang seksi pula terpapar dalam majalah Mangga.. Gua tak pernah baca pun majalah ni.., cuma gua pernah tengok ia dijual dikedai-kedai mamak..

Tapi bila gua ternampak je gambar seksi Marsha didalam satu blog hiburan, terus gua teringat cerita dia yang nak bunuh diri baru-baru ni..

Marsha didakwa kononnya cuba untuk membunuh diri akibat dari boyfriendnya curang.., tapi Marsha dah nafikan cerita tu..

Katanya.., dia pengsan bukan sebab telan 30 biji Pil Tidur, tetapi dia pengsan akibat tekanan darah rendah.. Jadi, cerita nak bunuh diri tu tak betullah..

So.., mungkin sibukkan diri dengan kerja adalah satu usaha Marsha bagi lupakan tekanan tu.. Tapi tak perlulah beraksi seksi terlampau.. Kan banyak lagi cara lain...


- Posted using BlogPress from my iPad

JOM PI HIMPUNAN HIJAU #FAUZIAHTIPU



KUANTAN, 24 FEB : Polis hari ini bersetuju Himpun Hijau 2.0 di adakan sebuah padang tidak jauh daripada lokasi yang dituntut oleh penganjur.

Jurucakap penganjur, Clament Chin berkata keputusan itu dicapai selepas mesyuarat satu jam diantara jawatankuasa hijau dan polis Pahang pagi tadi.

Polis bersetuju memberi bantuan mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan untuk perhimpunan itu selaras dengan perhimpunan awam, kata beliau.

FAUZIAH SALLEH tidak ada pilihan lain lagi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang terutama sekali di Parlimen Kuantan serta Indera Mahkota yang beliau perdaya selama ini kononnya projek Lynas merbahaya kepada rakyat serta  negeri itu dan tidak menepati kehendak piawaian antarabangsa sedangkan projek Lynas ini cukup penting kerana ianya. menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi Negeri Pahang dan membuka banyak peluang-peluang perkerjaan.

Pendedahan MP Hulu Langat,Dr Rosli Che  Mat jelas menunjukan bahawa selama ini Fauziah berbohong,menipu dan memanipulasikan segala fakta yang mungkin beliau kutip di kedai kopi bukan sahaja berbohong di Kuantan ataupun Indera Mahkota tetapi beliau turut berbohong dalam Dewan Rakyat  bilamana beliau mendesak dengan begitu keras supaya projek tersebut dihentikan demi keselamatan dan nyawa penduduk Kuantan serta yang berdekatan.

Tembelang penipuan Fauziah ditelanjangkan satu persatu oleh Dr Rosli yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat itu membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan mahu menyaman TV3,Wartawan dan beberapa individu sekiranya pendedahan tentang keperluan serta kebaikan projek Lynas itu tidak dihentikan siarannya oleh TV tersebut.

Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear membelasah gelagat partinya sendiri bersekongkol dengan Fauziah yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Tindakan Dr Rosli ini tidak disenangai oleh pimpinan PAS dan akhirnya beliau dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang projek Lynas ini.

Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS apabila beliau boleh dihalang begitu sahaja oleh partinya daripada mendedahkan kebenaran.Malang nasib Dr Che Rosli ini dan lebih memalukan lagi PAS yang kononnya selama ini mendakwa mendapat pengikhtirafan golongan professional akhirnya turut memalukan kepakaran yang ada pada golonngan-golongan ini.

Jelas PAS sanggup bersekongkol dengan penipuan fakta oleh Fauziah selama ini di mana selama ini PAS merelakan segala fakta diselewengkan dengan begitu tidak bermoral oleh Fauziah dan pasukanya di Pahang.

Dalam laporan,pakar-pakar  menjelaskan bahawa Lynas sehingga kini teklah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik dan bermuka-muka parti itu.

Tidak cukup dengan laporan pakar-pakar itu dan juga pendedahan terbaru Dr Che Rosli,paling kita kesalkan lagi, mereka berterusan menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekonomi namun pembangkang tetap meletakkan kepentingan politik sebagai yang utama daripada segalanya meskipun Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sendiri  menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.Pakar-pakar telah mengsahkan dan MP PAS juga mengsahkan Lynas selamat serta langsung tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh Fauziah Salleh.

Bila penipuan ini terbongkar.mana mereka semua ini mahu letak muka?Baik Fauziah,Tuan Ibrahim,Mahfuz atau Zulkefly harus mencerminkan muka mereka, siapa lebih pakar antara mereka dengan Dr Che Rosli? Atau mereka mahu terus tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar dari segala pakar termasuklah kepakaran mereka mengatasi Dr Che Rosli.

BALANCE DEPOSIT RM86.9 JUTA UNTUK PROJEK BAYAN MUTIARA DAH HILANG KE MANA?



Lim Guan Eng setelah dibelasah kiri kanan atas bawah berkenaan dengan projek mega Bayan Mutiara agak melalut apabila kononnya memberi penjelasan yang sebenarnya kepada orang ramai. Lim Guan Eng kata.. projek mega Bayan Mutiara ni telus , tender terbuka, takde main nego-nego punya.

Lim Guan Eng kata lagi, IPGB (Ivory Properties Groub Bhd) diberi tender sebab tawaran yang paling tinggi sekali dengan syarat tambahan iaitu mengurangkan tempoh masa pembayaran dari 8 ke 5 tahun . IPGB bersetuju dengan syarat tambahan ini , segala pengumumaan akan di rekodkan di Bursa Malaysia.

Dari rekod Bursa Malaysia yang boleh dilawati di sini . Perkara 2.1.7 antaranya menyatakan bahawa "Pertimbangan untuk pembelian tanah bernilai RM 1,072,203,264 (oleh Ivory) adalah berdasarkaan rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC , sebelum 'Letter of Award' di keluarkan " , lebih kurang macam tu la bunyinya kalau dalam bahasa Melayu .. original version kat dalam gambar bawah ni.

Perkara 2.1.8 pulak , menyatakan bahawa lebih kurang 10% adalah untuk pembayaran pertama iaitu berjumlah RM 109,093, 920 . Rujuk gambar di bawah untuk 'payment milestone' yang lain.


Dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Feb 2012 , IPGB menjelaskan bahawa tender Bayan Mutiara ni sememangnya tender terbuka, CEO IPGB Datuk Low Eng Hock juga menjelaskan bahawa pembayaran deposit sebanyak RM 22.1 juta dah dijelaskan. Dia sambung lagi ... "bakinya akan dijelaskan mengikut pembayaran yang telah dijadualkan selepas persetujuan pemegang2 saham IPGB dalam mesyuarat luar biasa yang akan diadakan pada 5 March 2012 " , aku translate dari ayat asalnya iaitu ; "The remainder will be paid according to the scheduled progress payment after IPGB's shareholders' approval at the extraordinaray general meeting scheduled on March 5,"  (sumber)

ISU TANAH BAYAN MUTIARA.GUAN ENG TIPU LAGI?

Kantoi Guan Eng memberikan penjelasan semasa sidang media berkenaan isu Tanah Bayan Mutiara yang telah dipamerkan didalam surat khabar,tipu tak menjadi kerana itu hanyalah langkah pertama untuk menyatakan tender tersebut adalah tander terbuka.Ah Beng yang menjadi persoalan ialah tempoh masa yang telah diberikan???????????? Tengok riak muka pun dah tau penipu.

Guan Eng Perlu jawab soalan yang ditanya oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang  IrSheikh Hussein Mydin.Soalan teknikal nie?Ir Shaik Hussin Mydin telah mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah di Bayan Mutiara yang melibatkan kos sebanyak RM10 Billion. Soalnya disini ialah Kerajaan Negeri  Rugi 2juta dari hasil tersebut itu adalah duit rakyat kenapa jual tanah tersebut padahal merugikan duit rakyat Pulau Pinang.Shaik Hussin juga mempertikaikan mengapa Lim melantik syarikat dari Singapura sebagai Konsultan sedangkan PDC Consultancy Sdn Bhd juga mempunyai kepakaran yang sama. Dan Ketua Pemuda Umno itu bersedia mendedahkan bukti bahawa Lim Guan Eng yang sebenarnya berbohong.


Nampak sangat LGE tipu dan cuba memutarkan belit cerita untuk melepaskan diri.Semuanya terbukti dan lepas nie apa lagi letaklah Jawatan tue.Nak tengok pulak apa pencacai AMK buat demo selamatkan Guan Eng.

GodFather PAS Adalah Anwar Ibrahim?



Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor mencabar Perdana Menteri dan Menteri Luar agar menyertai demo anjuran Pas terhadap isu penghinaan dan pembakaran Al-Quran dengan harapan dapat menutup dan menguburkan terus tekanan hebat yang dihadapi Pas kerana "tunduk mengalah" kepada "Big Brother" Anwar berkaitan isu Israel!!!

Sekiranya benar Riduan Mohd Nor ingin memperjuangkan Islam dengan ikhlas seperti pengucapan lantang yang boleh Izz's sifatkan sebagai kenyataan "Bodoh Sombong" kerana ia secara automatiknya akan mengenai diri sendiri.

Ungkapan keramat dari Riduan Mohd Noor yang akan Izz's patahkan berbunyi;

"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat Big Brother Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?"

"Mungkin juga pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara,"

"Sememangnya tindakan tentera Amerika ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda,"

"Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam,"

Bagi Izz's, Riduan Mohd Noor masih terlalu cetek ilmunya bagi menyandang jawatan selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS!!!

Riduan bagaikan memasang perangkap yang bakal memakan diri sendiri!!!

Setelah menggeledah setiap ceruk rantau bagi memartabatkan Islam di Selangor, Hasan Ali dipecat!!! Inikah perjuangan memartabatkan Islam yang dibanggakan PAS?

Adakah benar Pas memperjuangkan Islam? Malahan jika diselak semula diari, kepimpinan tertinggi yang menyertai Himpunan Sejuta Umat bagi membanteras tindakan memurtadkan umat Islam di bumi Malaysia ini sebenarnya boleh dikira dengan jari hantu sahaja.

Sekiranya masa dijadikan alasan untuk menghadirkan diri, terbukti PAS tidak membuka mata kerana program seperti itu bukannya diadakan sekali setahun, tetapi dianjurkan secara roadshow!!!

Sudahlah tidak menghadirkan diri, cubaan mensabotaj setiap program Hasan Ali untuk menyedarkan umat Islam yang masih terlena juga membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam.

Kejujuran dan keikhlasan untuk memperjuangkan Islam sebenarnya tidak wujud dalam PAS!!!

Malah, kesediaan bekerjasama dengan proksi utama Israel, Anwar Ibrahim telah membawa PAS tersasar jauh dari landasan yang Riduan Mohd Noor boleh banggakan!!!

MKP cilok dari lamanizzs.blogspot.com

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 23

DAPhne IKING PULAK MASUK PAS?



Lepas satu,satu lagi artis yang buat kerjasama dengan PAS,Lainlah kalau diberi ganjaran yang agak lumayan untuk menarik minat artis nie.Ayat retorik selalu diguna pakai ialah untuk nak tarik pengundi muda.Kesian juga tengok kat pemimpin-pemimpin PAS ni. Kalau dulu bila buat program, yang dijemputnya Pak Lebai-Pak Lebai. Entah kat mana silapnya, sejak dapat nasihat dari Nuar Berahim dan Mat Sabu, kini PAS dah terpaksa tumpang populariti artis. Lepas satu, satu artis yang disewa. Kali ni Kelantan undang Daphne Iking pulak. Sure malatop.



Rupanya gagal juga tarbiah PAS kat Kelantan. Ingatkan selepas berpuluh tahun berkokok kat Kelantan, orang Kelantan tak kenal artis, cuma kenal Ustaz dan Ustazah. Rupanya tidak....kalau bawak artis, orang Kelantan berduyun keluar macam kelkatu lepas hujan. 


Nasib baik le kat Johor ni, dalam musim menyambut Maulid ni, pemimpin-pemimpin UMNO berebut mencari ustaz dan ustazah yang terbaik untuk dihidangkan kepada orang-orang Islam dan Melayu. Syabas!  

He...he...he...dah dekat PRU ni, mana-mana artis yang ingat nak cari job kat Kelantan dipersilakan. Pekena cukup-cukup kat orang PAS yang dulunya memandang serong bebeno kat artis. Kepada yang hadir, ingat!...masuk adalah percuma, tetapi mamat berkarung plastik tetap ada. dtenggara

LIM GUAN ENG MENGAMUK DENGAN PEGAWAI MEDIA CM?





Hari nie kecoh pejabat Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang Lim Ah Beng Nenen.Mana tidaknya, kena jawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO.Semua soalan perlu dijawab dan pihak akhbar yang akan membangkitkan soalan ini apabila membuat sidang media kelak.MKP ada kabel baik punya dengan someone kat sana.Dari pagi sampai la nie moody aje Lim Guan Eng nie dok pikiq.Habis semua kena sound walaupun masaalah kecil.

Tahniah kepada Ir Sheik kerana berjaya membuatkan LGE nie serba salah.Mana tidaknya jawatan Ketua Menteri di pertaruhkan bukan main-main punya celita.Soalan yang ke6  paling kantoi dan ternyata LGE salah dalam membuat penilaian tentang itu.Tempoh masa dipersoalkan?Bermakna ini telah menjadi "direct nego" diantara pemaju dan PDC/Kerajaan Negeri.

Pegawai media ketua menteri hari nie dihalau dari Pejabat Ketua Menteri kerana membuat rujukan yang salah terhadap kontrak yang telah didedahkan kepada media didalam Laporan ivory kepada BSKL.Susahlah LGE lepas nie nak berdepan dengan media kerana dia nie gila publisiti dan sanggup walaupun sidang media nie pada 12 tengahmalam.

Merasakan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dengan mudah akan menyerah kalah selepas LGE mendedahkan "dokumen" tender berkaitan Tanah Bayan Mutiara melalui kenyataan akhbar semalam (klik sini). AMK Pulau Pinang dengan segera mengambil tindakan untuk mendesak perletakan jawatan dari arena politik dilakukan!!!


Namun, tindakan mereka tidak ubah sekadar diibaratkan "Si Anjing Menyalak Gunung" kerana segala senjata yang dipergunakan PR Pulau Pinang ternyata akan kembali memakan diri.

Lantaran itu, ulasan pedas daripada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini seharusnya dikaji semula PR sebelum cabaran atau desakan seterusnya dilakukan, jawab dahulu 23 persoalan yang dikemukakan;


- Posted using BlogPress from my iPad

BLOGGER DAJJAL SUDAH MUNCUL DIALAM MAYA?


Tuuuuudia dia dah mai dah diantara DAJJAL yang muncul untuk menjahanamkan umat Islam di Malaysia.Dah lama MKP dok tengok depa nie main cerita ini kali nie timing baik untuk counter .Depa nie dah kurang isu dan sanggap sangat nak perhatian dari pembaca.Bukan apa cita pasal Najwa nie memang panas dan rasanya pembaca blog ingin tahu.

Najwa Mahiaddin.
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.Memenangi Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011).Kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.Album pertama Innocent Soul pada Mac lalu. 
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat," 
Najwa

Celaka PAS buat macam macam hampa dok diam pulak sampai menggadai akidah.Semuanya akan dijelaskan selepas nie tunggu.

CAT TUKAR KEPADA abcd ASAL BUKAN CINA DAP.



Tempoh hari, reka bentuk binaan tempat letak kereta di kaki Bukit Bendera didapati tidak sesuai. Petak-petak untuk letak kereta itu disedari hanya sesuai untuk kereta bersaiz Kancil. Itu belum termasuk siling binaan yang rendah.

Akhirnya binaan itu diputuskan untuk diruntuhkan dan dibina baru Ogos ini. Padahal kerja pembinaan menelan kos RM5 juta itu datangnya daripada peruntukan kerajaan Pusat kepada PDC. Tidakkah itu suatu pembaziran?

Itulah antara yang didakwa siri kelemahan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT) yang diperkenalkan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak mengambil alih negeri itu pada 2008.

Demikianlah juga yang berlaku apabila pemaju dibenarkan untuk melaksanakan pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA). Dipersoalkan oleh Barisan Nasional (BN) negeri benarkah ia dilakukan melalui sistem tender terbuka.

Projek membabitkan kos RM300 juta hasil perjanjian konsesi SPICE itu ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP setia Berhad tahun lalu.
Namun pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri itu hilang begitu sahaja.


Dalam lawatan Perdana Menteri China tahun lepas, ketua menteri Guan Eng ambil kesempatan tandatangan MoU dengan satu syarikat China untuk membina terowong dari Teluk Air Tawar, Seberang Perai ke Gurney Drive di bahagian pulau yang akan melalui bawah pelabuhan Pulau Pinang, kita BN negeri juga persoalkan bagaimana syarikat itu dipilih, tidak ada langsung tender, tiba-tiba tandatangan MoU di depan kedua-dua Perdana Menteri (China dan Malaysia).



Ketika baru tiga bulan mengambil kerajaan negeri, Guan Eng mengumumkan pula pencapaian Pulau Pinang sebagai negeri pertama berstatus miskin tegar sifar di negara ini. Namun mesyuarat PAC hujung tahun lepas merumuskan ramai pemilik rumah Perumahan Rakyat (PPR) tidak mampu membayar sewa. Disahkan bahawa keadaan ini disebabkan masalah miskin tegar yang masih ada di negeri itu.


Antaranya, dilaporkan keluh-kesah 20 keluarga miskin tegar di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth supaya mereka tidak dihalau keluar berikutan kegagalan membayar tunggakan sewa (bulanan RM124). Suatu ketika, dikejutkan pula dengan kisah seorang warga emas yang juga ibu tunggal di situ yang hanya bergantung kepada bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM250 sebulan untuk membayar sewa rumah.



DAP Pulau Pinang cuba mengelirukan rakyat negeri itu ialah apabila mendakwa dalam sidang DUN kononnya kerajaan Pusat hanya memperuntukkan RM700 juta kepada Pulau Pinang dari 2001 hingga 2008 padahal dakwa mereka pendapatan dari cukai kastam dan cukai pendapatan di negeri itu sahaja mencecah RM4 bilion setahun. Kalau dalam lapan tahun berapa, dakwa mereka.


Ini satu lagi isu yang cuba dikelirukan kerajaan negeri. Hakikat sebenarnya ialah apa yang penduduk Pulau Pinang dapat adalah lebih daripada kutipan cukai. Cuba kita renung-renungkan betapa banyak projek pembangunan bernilai tinggi berbilion-bilion ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk Pulau Pinang,



Pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan infrastruktur terbaik, semuanya ada di Pulau Pinang. Itu belum lagi dikira jambatan pertama sedia ada sepanjang 13 kilometer dan bakal menyusul dibina, jambatan kedua 24 kilometer yang antara terpanjang di dunia.


MKP ayat power : Ah Beng sulah banyak tipu dan kantoi apa lagi tunggu letak jawatan la!!!!!!!!!!




Yusmadi Pulak Meroyan Dengan Lim Guan Eng?



Dua kali lima Yusmadi dengan DAP nie, Yusmadi kata DAP tak peduli kepada rakyat tapi Yusmadi nie pun sama dengan depa langsung tak peduli kepada pengundinya yang telah mengundi beliau pada PRU sebelum ini.Balik ke Balik Pulau pun sekali sekala lepas tue mengadu domba pulak bila pengundi marah kepadanya.Pandai spin cerita kata orang lain salah padahal sebagai Ahli Parlimen itu tanggungjawab dia.Lepaih nie pegundi Balik Pulau kena pikiq habis-habis sebelum membuat pilihan.Takkan pisang nak berbuah kali kedua.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof melepaskan rasa keluh resah beliau terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya DAP di Pulau Pinang.

Ini berikutan apabila pihak berkuasa tempatan yang tidak turun padang untuk mendengar masalah rakyat.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak lagi akan bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu jika pihak berkuasa tempatan masih dengan pendirian mereka untuk merobohkan penempatan di kawasan terbabit.

Pengusiran serta perobohan kediaman di kawasan itu menurut beliau sudah berada di tahap kritikal. Beliau juga menambah bahawa kebanyakan kes kediam disitu masih lagi di peringkat mahkamah dah tidak sepatutnya PBT mengambil keputusan sebegitu tanpa memikirkan masalah rakyat.

Bagi MKP ini semua adalah kehendak rakyat Pulau Pinang itu sendiri dengan cara memberikan kuasa pemerintahan kepada DAP yang sememangnya rakus untuk merampas apa sahaja yang mereka fikir boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Tahniah kepada Lim Guan Eng yang berjaya memperbodohkan rakyat Pulau Pinang seterusnya merampas hak mereka.


- Posted using BlogPress from my iPad

ELLA DAH JADI MODEL XXX PULAK?





Lama kita tidak melihat kelibat Ella dalam majalah hiburan tempatan, kalau dulu pastinga terpampang wajah Ella. Kini tidak seperti dahulu, ramai selebriti yang lahir dan mereka juga perlu publisiti. Namun aura Ella masih lagi menyengat beb, majalah EH! berani menampilkan Ella pada muka hadapan majalahnya. Sekaligus memberikan maksud Ella akan kembali dan pasti mahu bertahan dengan gelaran Ratu Rock Negara!


KJ BANTAI ANWAR,JANGAN GUNA HP ISRAEL?



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar membatalkan pindaan Akta Kastam yang diluluskan oleh beliau pada tahun 1996 bagi membolehkan syarikat-syarikat swasta di Malaysia berdagang dengan Israel, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sementara menunggu pilihanraya umum, kerajaan negeri di Kedah,Pulau Pinang dan Selangor pimpinan pembangkang juga dicabar menarik balik lesen premis yang diberi kepada kilang dan pejabat syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mengimport barangan dari Israel.

Dalam mengemukakan dua cabaran itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan bertalu-talu Anwar dan parti pembangkang terhadap urusniaga antara beberapa syarikat negara ini dengan Israel adalah untuk hanya untuk menutup pendirian pro-Israel Anwar.

Beliau menegaskan  Anwar adalah Menteri Kewangan bertanggungjawab yang memberikan persetujuan untuk melonggarkan Akta Kastam 1967 supaya syarikat-syarikat swasta boleh mengimport dan mengeksport barangan ke Israel.

“Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa,” kata Khairy.

Khairy berkata desakan pihak tertentu mahukan kerajaan mengubah balik peraturan itu dan  melarang sama sekali perdagangan dengan Israel tidak mengambil kira realiti jalinan ekonomi sedunia.
  
Beliau berkata beberapa syarikat  swasta antarabangsa yang melabur di negara ini bergantung kepada rantaian penawaran dan perniagaan merentasi sempadan.

Khairy menegaskan hubungan dagangan syarikat swasta berkenaan dengan syarikat di Israel   “bukannya digalakkan oleh kerajaan.

“Kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seluruh dunia termasuk Israel,” kata beliau.

“Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai Negara,” tambah beliau.

“Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel,” tambahnya.

Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji, kata Ahli Parlimen Rembau itu.

“Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel,” kata Khairy.

“Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan,” jelas beliau.

Khairy berkata dalam usaha menutup salah apabila memberi sokongan terbuka kepada Israel, Anwar dan konco-konconya mensasarkan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui realiti globalisasi dan perdagangan antarabangsa.

Khairy berkata jika pembangkang masih menggunakan isu dagangan itu sebagai hujah mempertahankan kenyataan pro-Israel Anwar, mereka harus mengisthiarkan akan melarang hubungan perdagangan dengan Tel Aviv dalam apa bentuk jua pun.

“Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. saya cabar (Anwar) meminta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi kepada syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mereka mengimport barangan dari Israel,” kata Khairy.

“Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional,” tambah beliau.

Khairy berkata semua pihak harus jelas bahawa  perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel adalah sebahagian daripada tuntutan dan ciri globalisasi.

"(Ini) jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam Wall Street Journal,” kata beliau.

“Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana menyedari bukan Israel yang dizalimi tetapi rakyat Palestin,” tambahnya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive