Monday, February 27

Kes Khalwat Badrulamin : Peluang Yang Dinanti Pejabat Menteri Selangor.



Dalam usaha untuk menjarakkan diri daripada isu Dr Badrulamin Bahrom disiasat bersabit tuduhan khalwat, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah luar biasa “menasihati” Pengarah Penerangan Selangor itu bercuti sebulan sehingga beliau dapat membersihkan namanya.

“Nasihat” itu dikeluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar di bawah kelolaan Setiausaha Akhbar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu Arfa’ Eza Abdul Aziz.

Kenyataan itu menyebut bahawa Arfa sendiri akan mengambil alih tugas-tugas Badrulamin itu.

Rasanya Arfa atau sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan itu lewat semalam bukannya memberi “nasihat” kepada Badrulamin untuk bercuti tetapi memang mengarahkan beliau untuk berbuat demikian.

Jika nasihat, Arfa tentunya tidak bingkas untuk mengumumkan dalam kenyataan yang sama, bahawa beliau akan mengambil alih tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan di Pejabat Menteri Besar.

Kemelut yang dihadapi oleh Badrulamin bukanlah sesuatu yang ringan, malah memberikan kesan kepada imejnya sebagai seorang pendakwah terkenal dalam barisan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempertahankan Badrulamin dengan menegaskan beliau seorang diri dalam sebuah billik hotel di Kuatan ketika ditahan Sabtu lalu.

Anwar tidak melihat sebarang keperluan menasihati Badrolamin “bercuti” daripada jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sehingga beliau “dibersihkan”
daripada tuduhan itu.

Jadi kenapa Kerajaan Negeri Selangor pula terpanggil mengeluarkan arahan supaya Badrulamin mengosongkan jawatannya itu yang disandang sejak tahun 2010 di Pejabat Menteri Besar.

Kalau mengikut protokol untuk kakitangan awam, siasatan sahaja tidak mengundang kepada sebarang tindakan terhadap mana-mana penjawat untuk bercuti.
 
Langkah itu diambil hanya apabila seseorang dituduh dan seterusnya dibuang kerja jika disabit kesalahan.

Arahan bercuti yang diberikan kepada Badrulamin sebenarnya berpaksi kepada politik dalaman di dalam PKR, khususnya antara Menteri Besar dan wakil rakyat PKR yang
menolak kepimpinan beliau.

Pelantikan Badrulamin sebagai Pengarah Penerangan Selangor dibuat di atas arahan Anwar setelah wakil rakyat daripada parti itu menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Khalid pada kongres nasional parti itu tahun 2010.

Rasa tidak puas hati itu bertumpu kepada apa yang dilihat oleh pemimpin PKR sebagai kegagalan Khalid membina jentera pilihan raya peringkat parti bagi memastikan Selangor kekal di tangan PKR pada PRU akan datang.

Mereka bimbang kerana PKR ketandusan dana dan aktiviti untuk menarik sokongan pengundi khususnya di luar bandar.

Bagaimanapun pelantikan Badrulamin sebagai Pengarah Penerangan tidak disenangi oleh Pejabat Menteri Besar sendiri yang menganggapnya satu penghinaan.

Justeru Badrulamin dicantas sebaik sahaja beliau menerima jawatan itu yang sepatutnya setaraf dengan Pengarah Jabatan-jabatan lain dalam struktur kerajaan negeri Selangor.

Bukan sahaja beliau ditawarkan gaji rendah berbanding pegawai lain di Pejabat Menteri Besar, tetapi Badrulamin tidak diberikan kakitangan sokongan untuk menjalankan kerja-kerja beliau. Badrulaminlah pengarah penerangan, beliau juga kerani dan setiausaha.

Pejabat beliau di Rumah Exco ditarik balik dan Badrulamin diarah melapor diri di pejabat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Isu Badrulamin bukan sahaja mengenai siasatan khalwat yang akan diselesaikan sama ada di mahkamah atau di luar mahkamah.

Lebih penting ialah isu Badrulamin mencerminkan pendarahan dalaman Parti Keadilan Rakyat, di antara pemimpin-pemimin kanannya yang bercita-cita merampas Putrajaya.

Kemelut yang dihadapi oleh Badrulamin bersama Jabatan Agama Islam Pahang diharap tidak akan memberi peluang untuk Khalid menunjukkan pendakwah itu pintu keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk selama-lamanya dalam usaha untuk menghantar mesej tegas kepada Anwar bahawa beliau (Khalid) adalah Menteri Besar Selangor.
 
Anwar hanya sekadar Penasihat Ekonomi bergaji satu ringgit sebulan.

SIAPA ARTIS NIE PULAK?


Bekas pelajar Akademi Fantasia yang dimaksudkan bukan’lah popular mana tetapi wajah & juga nama’nya masih boleh di’ingati.
Sumber yang terdekat dengan si penyanyi ini memberitahu yang persiapan untuk perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia ini sedang rancak berlangsung dan yang lebih menarik, beliau akan bergelar isteri nombor dua.
Bakal suami di’khabarkan seorang anak kepada pengeluar kosmetik terkemuka di Malaysia dan hubungan mereka berdua sudah pun mendapat restu pihak keluarga dan isteri pertama. Wahh, payung emas. 
Menurut sumber juga, artis Akademi Fantasia ini juga baru sahaja pulang dari bercuti dengan kapal layar peribadi milik bakal suami di Pulau Langkawi dan rasanya boleh’lah mereka anggap ini sebagai percutian bulan madu awal.
Pasangan ini di’khabarkan berkahwin pada Mac 2012. Hmm. Kita tunggu.rotikaya

BADRUL AMIN : SIAPA YANG BERSALAH BLOGGER UMNO KE?






Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut. Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi Umno. Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya. “Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya. Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu. “Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan. “Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai. “Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes. “Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.AIDC




GUAN ENG DAH GILA,BILA MASA PULAK LYNAS ADA DI PENANG?



Guan Eng cuba membuat provokasi selepas di boooooooooo oleh Geng kita semalam,Dengaq betul-betul apa yang dikatakan oleh Musibat Guan Eng nie pada minit 30saat.Kredit kepada GPB2020


video ini jelas menunjukkkan sikap rasis Guan Eng.Merah muka kena boooo.

Maklumat yang MKP baru terima bahawa peserta demo telah dibayar, Dibawah naungan Ambiga telah membayar sejumlah saguhati kepada peserta.Apa yang pasti EXCO Kerajaan negeri yang menjadi dalang kepada semua ini.Patutlah sokongan ramai rupanya telah dibayar walaupun hujan tidak menghalang mereka berdemo.

KENAPA PEMUDA UMNO MENGAMUK KEPADA HIMPUNAN HIJAU PULAU PINANG

Jangan bermain dengan api dengan membakar semangat perkauman.


Ini yang menyebabkan Pemuda UMNO mengamuk semalam di Speaker Corner.kalau nak demo apa sekali pun jangan lah do main gambaq PM.

Pemuda UMNO Bhgn Tanjong cuma peserta himpunan hijau bersurai kerana himpunan hijau tiada kena mengena dengan Pulau Pinang ianya di Gabeng Kuantan.Polis pun pihak penganjur tak beritahu sehingga menimbulkan kekecohan.
Betapa kurang ajar pendemo nie sanggup berbasikal padahal kenderaan tidak dibenarkan masuk didalam kawasan berkenaaan.mereka dibayar untuk semua nie Klik Sini


Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Aksi Penyokong LYNAS membaling kerusi kepada rakyat Pulau Pinang...





Lima Exco Bertindak Pulau Mesyuarat Dipengerusikan Azizan



Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam kerajaan negeri Kedah terus tercabar apabila lima ahli EXCO PAS Kedah bertindak memulau mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya.

Mesyuarat, yang diadakan kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini menyaksikanketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali. 

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang, bagaimanapun enggan menemui pemberita.
 
Media, semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.

Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya, berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

“Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang). 

“Selepas empat tahun, saya masih bertahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam. 

VIDEO JELAS MENUNJUKKAN PROVOKASI YANG DIBUAT OLEH PESERTA HIMPUNAN HIJAU




Guan Eng suruh UMNO diam!!,Inikah yang dinamakan Ketua Menteri Paling Celaka.Tengok siapa yang mulakan dulu aksi tendang menendang didalam video ini.Berbaju hijau adalah Penyokong himpunan hijau.Takkan deh terang lagi bersulu dalam hal nie....Polis sila ambil tindakkan terhadap Penganjur....

GEORGETOWN 26 Feb. - Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.
"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. 
"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu. - BERNAMA

Sunday, February 26

SUSAN LOONE/MALAYSIAKINI MENIPU LAGI...


Minah Gendut Meloyakini telah membuat kesilapan besar menipu dalam laporannya didalam Malaysiakini yang menyatakan Pemuda UMNO telah menyerang peserta HIMPUNAN HIJAU petang tadi.Padahal Speaker Corner telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk sesiapa sahaja meluahkan pendapat dan melepas apa saja ketidakpuasan hati rakyat untuk bersuara.Ianya termaktub didalam perlembagaan Persekutuan didalam pekara 10.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu. 
Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".
Tidak betul apa yang dilaporkan,Sebaliknya Pemuda UMNO Bhgn. Tanjong memang akan berkumpul disana setiap petang Ahad untuk berdebat dengan Pembangkang terutamanya dari DAP mengenai isu semasa.Ketibaan Pemuda UMNO disambut dengan perkataan Asal Bukan UMNO oleh sebilangan penyokong himpunan hijau tersebut dan salah seorang Pemuda UMNO Bhgn Tanjong telah di pukul di Tengkuk.Itu yang menyebabkan berlaku pertingkahan mulut diantara kedua-dua penyokong.Pemuda UMNO Tanjong tidak berniat untuk mengganggu mereka akan tetapi apabila ahli Pemuda telah dipukul apa tunggu lagi....Kedatang Pemuda Tanjong bersama Konvoi motosikal Pemuda UMNO Bhgn Seremban telah mengamatkan susasana.200 Pemuda telah berada disana untuk berdebat akan tetapi pekara yang tidak diingini telah berlaku akibat dari Provokasi dari Penyokong HIMPUNAN HIJAU......

Laporan Lynas selamat oleh TV3.

GUAN ENG MENGAMUK DI PADANG KOTA PULAU PINANG.

Guan Eng memberikan ucapan ketika Demo Lynas (himpunan hijau) ramai penyokong rata-ratanya terdiri dari kaum cina yang nampak sikap perkauman sepanjang demo sebentar tadi. 

 200 orang hadir 

Ramai peserta demo membuat provokasi supaya Pemuda UMNO keluar dari Speaker Corner.

Apa nak kata lagi hari nie DAP berjaya menakluki Speaker Corner.

MKP pun kena Booooooooo la......

Anjing Lynas Mengamuk Di Padang Kota Penangg




apa nie cina penang mengamuk berkenaan lynas di sini,semuanya gara-gara memberi sambutan kepada himpunan hijau di Kuantan.




kanak-kanak digunakan untuk menarik simpati rakyat penang terhadap lynas.apa punya kejadah nie harami nie.




tak ramai pun cuma 50 orang aje , gempak aje lebih lahanat nie.


Posted using BlogPress from my iPad

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Istana Bernilai Lebih RM1 Juta Di Australia



Kami sukakan nama projek kediaman mewah di Melbourne, Australia ini yang menggunakan The Istana — yang pada kami cukup ringkas &classy.
Semalam berlangsung’nya majlis pelancaran projek kediaman The Istana yang juga menyaksikan Dato’ Siti Nurhaliza menandatangani perjanjian jual beli untuk menjadi pembeli pertama.
The Istana merupakan projek perumahan mewah pertama di’luar negara untuk Magna Prima Bhd dan 62% kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa — selebihnya untuk pembeli Malaysia.
Dato’ Siti Nurhaliza membeli sebuah unit pangsapuri satu bilik di The Istana yang memerlukan pelaburan RM1.1 juta dan ke’atas. – Utusan Malaysia
Demonstrasi Anti Lynas Langgar Syarat Himpunan
Penganjur Himpunan Hijau 2.0 didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bagi mengadakan himpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) di sini, Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff.
Beliau berkata antara garis panduan yang telah dilanggar ialah beberapa kumpulan didapati berarak daripada tempat mereka berkumpul menuju ke padang MPK 4 bersama-sama pemimpin parti pembangkang, membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menyertai himpunan, memberi ucapan berbaur politik serta menjual dan mempamerkan pelekat serta sepanduk yang mengutuk kerajaan turut di bawa oleh peserta.
LAPORAN PENUH MENGENAI DEMO LYNAS KLIK SEMUT HITAM


BADRUL AMIN DAN OMBAK RINDU, MAEL KECEWA LAGI???


TERPAMPANG di dada akhbar Kosmo, Ustaz kesayangan Pakatan yang mengelar Anwar Ibrahim sebagai "Imam Mahadi" ditangkap berkhalwat, Warak macam mana sekalipun dia tetap manusia biasa, bukannya maksum macam nabi, so tak perlu lah nak menggelar orang lain SETAN sedangkan dirinya tu BAPAK SETAN! Kan dah terkona batang hidung sendiri! Malu beb!

VIDEO EKSKLUSIF : BADRUL AMIN DAN PAS DIKACA MATA PROF. USTAZ MOHD NORDERIS




Komen Professor Ustaz Mohd Nor Deris mengenai PAS serta pemimpinnya. Kemelut melanda PAS kini adalah azab dari Allah kerana kekufuran serta sikap munafik Pemimpin itu sendiri.Penjelasan panjang lebar telah diberikan kepada MKP. Demi perjuangan memertabadkan syiah Islam Prof. Mohd Nor sanggup meluangkan masa walaupun setelah baru pulang dari ceramah di Pentas Pemuda Di Balik Pulau.

Prof Ustaz Mohd Nor Deris merupakan bekas AJK Dewan Tertinggi PAS yang mana sudah berpuluh tahun bersama PAS termasuklah Nik Aziz dan Haji Hadi. Pelbagai ranjau bersama PAS juga telah di lalui oleh Prof Ustaz Mohd Nor Deris.

Dalam video ini beliau cukup menjelaskan apa peranan PAS yang sebenarnya dalam hala tuju negara Malaysia hari ini. PAS tidak lain dan tidak bukan hanya inginkan kuasa politik sehingga sanggup mengetepikan prinsip perjuangan mereka yang sebelum ini Negara Islam menjadi kata kata mereka.

Sekarang PAS sudah makin parah dan AZAB neraka semakin menghampiri PAS terutama pemimpin mereka kerana bersekongkol dengan Kafir Harbi dalam menentang kerajaan Malaysia hari ini yang jelas merupakan kerajaan yang di pimpin oleh orang Islam dan bukan Kafir.

PAS yang dulunya menentang DAP kini telah menjilat DAP sehingga UMNO yang dulunya di katakan KAFIR telah kembali ke atas mereka pemimpin dan ahli PAS.

Masaalah rakyat Malaysia hari ini adalah masaalah ketaksuban yang mana masih ramai yang di momokkan dengan dakyah songsong yang di bawa PAS. Undi PAS masuk Sorga sedangkan Sorga dan neraka buat Nik Aziz dan Haji Hadi pun belum dapat di tentukan kemana mereka akan pergi.


MKP AYAT SEMPOI : Badrul Amin apa sudah jadi nak sangat jadikan Anwar sebagai Imam mahadi,Ingatlah lain kali jangan memperlekehkan Imam Agong untuk glamour didalam Politik,Ini lah azab yang PAS serta PKR terima setelah mempergunakan Islam untuk berpolitik,jangan jadi MUNAFIK..............

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive