Tuesday, February 28

OSTAZ ZIZAN PATUT DIKERAT DAN DIKUBURKAN ?



Itulah kata-kata yang keluaq dari mulut Phahrolrazi,MKP terkejut dengan dedahan ini,tak sangka seorang yang memakai kepiah putih dikepala sanggup mengeluarkan kata-kata macam tue.Dasyat gila tahap munafik PAS nie.Pasal duit dan harta depa sanggup jadi macam tue.Inilah yang dikatakan orang lebih alim sebenarnya hati perut macam musibat terutama pemimpin PAS.eloklah, lepas nie Rakyat kena menilai apa yang berlaku cah keting dalam PAS.Jika Pemimpin tak bersatu macam mana nak mentadbir negeri,Rakyat jugak menangung derita dek kerana gajah sama gajah bergaduh tikus mati ditengah..........


Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!


Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.kedahkekl

BETTY RAHMAD DISAMUN,CERMIN KERETA DIPECAHKAN.



Sebentar tadi kami dikhabarkan oleh satu sumber yang rapat dengan Betty Rahmad yang juga adik kepada pelakon, Umie Aida & Erma Fatima telah disamun.
Pada hari Sabtu lepas, Betty Rahmad baru sahaja pulang dari rumah Nora Danish ketika dia disamun di sekitar Jalan Ampang. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu benar-benar mengejutkan Betty Rahmad yang baru saja keluar dari perkarangan kondominium Nora Danish.
Ketika Betty sedang berhenti di persimpangan, 2 orang penunggang motorsikal datang dari belakang dan terus memecahkan cermin di bahagian kiri kerusi penumpang hadapan. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan Betty yang panik hanya melaporkannya kepada polis setelah pulang ke rumahnya di sekitar Mont Kiara. Kesemua barang seperti dompet dan kad pengenalan telah disamun namun begitu telefon bimbit Betty selamat kerana ada bersamanya ketika kejadian.
Bukan setakat itu, penyamun bermotosikal ini benar-benar merbahaya kerana cermin kereta Betty telah di-tinted dengan lapisan anti-smashed, namun begitu, kerana impak yang kuat, cermin ini berjaya dipecahkan. Seram iols tengok gambar cermin kereta Betty yang pecah.SUMBER OH BULAN.

Wartawan Cina ini adalah penyokong anti Lynas di Padang Kota !


Provokasi olah  penyokong  ultrakiasu DAP semasa di Padang Kota   memang mereka  mahukan pergaduhan.  Fikir logik la  sekumpulan anak melayu yang tak sampai 20 orang berbanding gerembolan DAP yang mencecah lebih 500 orang.
ini wartawan ke ?? kenapa  pakai baju anti lynas kalau 
seorang wartawan ....

Kwong Wah Jit Poh reporter Adam Chew found himself becoming a news item instead of covering news. He was at the Speakers Corner in Penang attending the anti-Lynas protest when a scuffle broke out. 
There was a commotion between pro-Lynas and anti-Lynas groups when Adam Chew ended up being walloped.
This portal does not condone any form of violence but participants who join demonstrations must know there are always elements of risks.
Those who are against the Lynas project must also accept that there are also those who are supportive. They have as much right to express their stand.

That is why pro-Lynas supporters are warned that they should not bring their children along as human shields. Even if that is not their intention, they should not bring them because protests are not picnics. There are elements of politics.

The scuffle that broke out in Penang is a clear example of why children should stay clear.
Back to Adam Chew. He was off duty and dressed in a green T-shirt – it clearly shows that he was a participant.

He was hardly objective. He is also known to be a hardcore supporter of the DAP.
In fact, Kwong Wah has openly pledged its allegiance to the DAP by devoting eight pages of pictures to the Lynas issue on Saturday including a page one with mostly pictures of DAP supporters.

There was even a centre spread of anti-Lynas pictures.

When pro-Lynas supporters blocked Lim Guan Eng’s car, Adam Chew was among those who tried to stop and challenged the pro-Lynas supporters.

He has also quickly blamed Umno when he has no evidence, basing his allegations on hearsay.
Our advice to Kwong Wah Jit Poh, the Penang-based newspaper, is to stay neutral and not take sides.
source:Stopthelies

Gambar dibawah bukti bahawa rasis chauvanis ultrakiasu ini yang memulakan pergaduhan.


Penyokong DAP turut membaling kerusi kepada kumpulan lelaki melayu .Siapa yang sebenarnya yang menyerang,sebaliknya kumpulan lelaki melayu tersebut hanya mempertahankan diri.




 http://www.pisau.net


AZIZAN DAN PHAHROLRAZI CUMA BERBEZA PENDAPAT TAHAP KRITIKAL?



Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
 
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar". 
 
" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.
 
"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
 
Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.
 
Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.
 
Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan
Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.
 
Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
 
"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.
 
Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.
Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas.Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan. 
 
Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.
 
" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.
 
Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.
 
Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya. 
 
Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya.umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.
 
"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.
 
Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. 

NURUL IZZAH KENA TUMBUK?

Pepatah orang tua ada menyatakan "kerana mulut badan binasa"inilah akibat kerana bermulut bacul seperti Nurul Izzah.walaupun begitu depa nie janganlah buat macam tue kesian kat dia nanti dah tak lawa pulak lepas nie.


Hampa tengok apa yang nurul dok buat fitnah kepada UMNO dan BN,macam mana rakyat tak marah klu macam nie.Perbodoh orang kampung dan meroyan dengan duit BR1M nie kenapa?

Foto aksi dimana Nurul Izzah menunjuk raut wajahnya bila ditumbuk oleh brader berbaju merah di sebuah kedai kopi dalam daerah Parlimen Paya Besar, Lepar 1 , Pahang.
Rupanya kedatangan Nurul Izzah disana secara mengejut sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung bila Nurul Izzah mula berpolitik kedai kopi.
Jom lihat foto-foto yang memperlihatkan reaksi takut dan muka benggang Nurul Izzah. Geli hati dengan mimek muka Nik Nazmi seakan memperli cerita Nurul Izzah…hua hua hua baca disini seterusnya.

BADRUL AMIN BOLEH MASUK RAJALAWAK LEPAS NIE?


 
Barul Amin dok main cerita lawak pulak dah,Semuanya salahkan UMNO dalam kes nie.....Apa kejadah punya lawak tahap gaban nie.Lepas tue siap buat penafian dari kedua-dua belah pihak pulak....


Kesian pukul 3 pagi kena pukul dalam bilik hotel.Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok ,Pelawok 

Sumber yang turut berada ketika suami wanita tersebut menyerbu bilik di tingkat tiga hotel berkenaan berkata, pintu bilik berkenaan gagal dibuka sepenuhnya berikuta dihalang rantai pada pintu itu.“Pasangan berkenaan [Badrul Amin dan wanita isteri orang itu], mengambil masa kira kira 20 minit sebelum menanggalkan rantai kunci keselamatan pintu bilik hotel berkenaan.Keadaan dalam bilik ketika itu gelap dan arahan supaya membuka pintu tidak dihiraukan sebaliknya mereka hanya berdiam diri sebelum pintu dibuka.memang indah menjadi ahli parti pembangkang di Malaysia.  Hampir semua kesalahan yang dibuat, sudah ada pihak yang akan menanggung kesalahannya, tidak lain tidak bukan, UMNO.

Jenis bodoh ini dimulakan Ketua Umum yang terperangkap dengan macam-macam skandal, dengan jantan, dengan perempuan, yang belum dengan binatang.  Untuk menutup salah lakunya, dia gemar mengalihkan perhatian kepada UMNO, entah taktik yahudi mana dia pakai.

Soalannya sampai bilalah agaknya UMNO akan dikaitkan dengan insiden-insiden moral yang melibatkan pemimpin pembangkang?  Kalau difikirkan pulak, apa hebat Badrulamin yang UMNO nak bersusah payah untuk rencanakan kes khalwat ini?  Dia bukan besar mana pun, bertanding dari 1999 sampai sekarang pun tak pernahnya yang menang.

Itu kalau betullah UMNO ini parti yang gemar mereka-reka kes sebegini untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang terutama asal PKR.  Masalahnya takde pun.  Macamlah kita takde kerja lain nak dibuat.

Rakyat sebetulnya dah muak dengan pendekatan yang macam ini.  Anwar pun tahu tu tapi sebab dendam membuak dalam dada sebab UMNOlah punca dia tak boleh nak meneruskan ‘aktiviti’ yang dimula dari belakang.  Selama ini Anwar mewah dengan jantan, mewah dengan bini orang, mewah dengan perempuan, datang UMNO kasi dedah dan dia tak boleh nak teruskan aktiviti itu semua dah.


Sebab itu Anwar macam orang gila talak, sikit-sikit UMNO, sikit-sikit UMNO, apa dah tak de nama lain ke?


Sampaikan hal Badrulamin tertangkap khalwat pun salahkan UMNO juga.  Eh, siapa yang ajak perempuan tu datang?  Siapa yang ajak masuk bilik?  Apa kaitan UMNO dengan lelaki perempuan itu dan sebagainya.


Semua ini perlu dijelaskan dulu, bukan semborono menuduh UMNO, UMNO.  Tapi macam selalu penulis katakan, untung Anwar, untung Badrulamin ialah depa ada penyokong yang tak pernah guna otak setiap kali berfikir, sebab itu pendekatan yang semacam ini laku sesaja.


MKP gesa, Badrulamin cepat-cepat cuci dosa dengan Nik Aziz.  Nik Aziz dia macam paderi juga (penulis sebut macam), boleh kasi clear dosa orang yang terlibat hal-hal macam ini.  Bukti dah banyak, Eli yang tak beragama Islam pun Nik Aziz juga cuci dosanya.  Gamaknya dah takde paderi lagi yang boleh cucikan dosa Eli sehingga perlu Nik Aziz juga cucikan.


Lagipun ia sudah jadi seakan SOP yang tidak tertulis dalam Pakatan harami pembangkang.  Asal kantoi jumpa Nik Aziz, asal kantoi, jumpa Nik Aziz.

OSTAD ZIZAN TERSEPIT,PAS PUSAT SUDAH GELABAH?



Apakah episod tarik tali dan beradu pengaruh serta kekuatan politik dalam pengurusan Kerajaan Negeri Kedah akan berakhir?

Atau, adakah upacara pelantikan anggota mesyuarat (Exco) Kedah bagi tahun 2012 yang akan berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar itu akan mempamerkan beberapa kelainannya?

Yang hampir pastinya ialah, besar kemungkinan tidak semua kerusi exco ini akan diisi kali ini. Mungkin ada exco atau Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri akan memangku lebih daripada satu jawatan Exco.

Mungkin juga akan ada sekurang-kurangnya dua portfolio exco tidak akan diisi kerana tempoh perkhidmatan semua exco tamat 7 Mac depan.
 
Ini bererti jika semua jawatan exco mahu diisi, perlu tunggu 7 Mac, jika tidak jumlah exco, khabarnya akan menjadi 12 orang.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah menetapkan maksimum 10 jawatan exco sahaja diwujudkan.
 
Maka jika benar Azizan hanya akan mengumumkan lapan exco lama dilantik semula, dua jawatan exco kosong tidak boleh diisi sebelum 7 Mac bagi memastikan dua muka lama yang tidak dipilih semula, tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Kedah mempunyai peraturan yang agak unik di mana tempoh khidmat Exco adalah untuk setahun sahaja. Ini bererti, setiap tahun Menteri Besar berpeluang merombak barisan exco; melantik muka baru atau mengkitar semula nama yang ada. Setiap pelantikan dibuat dengan perkenan Sultan.

Setakat ini, tahap keyakinan Azizan dalam menangani isu pelantikan exco ini amat tinggi.
 
Beliau tahu kuasa memilih senarai exco adalah hak mutlaknya sebagai Menteri Besar. Beliau percaya tidak perlu baginya merujuk kepada parti siapa yang perlu dilantiknya.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam sebelum majlis pelantikan berlangsung, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, memanggil satu sidang media hari ini (Isnin, 27 Februari 2012) memamklumkan Jawatankuasa Pas mahu semua 10 ahli exco sekarang dikekalkan.

Sementara Ketua Penerangan Pas , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan khas bahawa beliau yakin isu kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas boleh diselesaikan secara harmoni melalui semangat ukhuwah dan musyawarah.

Namun yang menariknya, beliau menghuraikan kemelut itu sebagai berpunca daripada masalah maklumat yang kurang jelas.
 
Mengapa Mustafa Ali menyuarakan keputusan Jawatankuasa Pusat supaya Azizan mengekalkan semula semua exco? Adakah ini membawa mesej Pas Pusat mahu campurtangan urusan kerajaan negeri?

Azizan memang tegas. Apabila ada pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat menegurnya dalam isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak akur pada semangat Buku Jingga Pakatan Rakyat, Azizan menemplak dengan mengatakan Buku Jingga bukan al Quran.

Solannya, apakah setelah ada campurtangan Pas Pusat dalam tempoh 24 jam ini Azizan akan tukar fikiran dan akur pada arahan pimpinan tertinggi parti dan mengekalkan dua exco yang hendak digugurkannya?

Masalah ketegasan atau kedegilan Menteri Besar Pakatan Rakyat ini bukan baru. Selangor pun begitu.
 
Menteri Besarnya kalis gertakan parti. Disergah dengan petisyen supaya letak jawatan oleh pimpinan pusat pun tidak menggugat keyakinan diri Tan Sri Khalid Ibrahim.

Akibatnya, Khalid bebas menentukan apakah dasar yang difikirkan terbaik menurut seleranya di Selangor. Malangnya bila dasar pemerintahnnya sukar diterima rakyat, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang menjadi sasaran kebencian rakyat.

Memang menjadi amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat apabila tidak dapat mengurus empat negeri di bawah pemerintahannya dengan baik, alasan yang digunakan ialah kerana mereka hanya “mewarisi kelemahan” itu daripada Barisan Nasional.

Sebaliknya, sebagai memomokkan BN sebagai lawan politik mereka, pemimpin Pakatan Rakyat sering menuduh institusi awam seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Badan Kehakiman sering berusaha “melindungi dan menutup” keserakahan dan salah guna kuasa konco-konco UMNO dan Barisan Nasional.

Malangnya, seperti dalam kes pungutan sampah di Selangor yang berpunca daripada keangkuhan dan kedegilan politik Menteri Besar Pakatan Rakyat mematuhi arahan parti masing-masing, disiplin dan mutu kepemimpinan serta kerapuhan muafakat Pakatan Rakyat seringkali cuba disembunyikan!

Kes penggantung pelajar KUIN, isu pasir dan pungutan sampah adalah dalil bagi kenyataan ini.

Soalnya, dalam pilihan raya yang menabur janji ialah parti, namun apabila diberi peluang memerintah di beberapa negeri, dengan mudah pemimpin di negeri Pakatan Rakyat mengenepikan janji dan perintah parti.

Soalnya, mengapa perlu rakyat mengundi parti dalam pilihan raya hanya untuk dikecewakan oleh pemimpin negeri yang tidak acuh dan tidak mahu memenuhi janji parti masing-masing? Adakah ini caranya Pakatan Rakyat mengelak dari memikul tanggungjawab mengkotakan janji pilihan rayanya?

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive