Friday, March 2

Ostad Zizan DiKambing Hitam Demi Serakah DAP?




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak kini menempuh hari-hari penuh dramatik macam dalam filem James Bond 007 dengan tidak ketahui kerjaya politiknya berstatus “esok masih ada” atau “tiada esok bagi mu”.

Namun Azizan bukanlah ejen perisik M15 bergelar Double O-Seven, tapi seorang ulama yang cuba mencorakkan politik Kedah mengikut kaedahnya atau fahaman Islam berpandukan ilmu dipungut hasil pengajian di pelbagai universiti.

Pas tak mahu kalah dalam PRU 13 kerana kalah bermakna mereka hilang kuasa mentadbir Kedah. Kemenangan hanya boleh dicapai jika Pas Kedah seia dan sekata dengan DAP dan PKR serta perpaduan dalam Pas itu sendiri tidak menghala ke arah perpecahan.

Pada peringkat ini, Pas Kedah gagal bendung krisis dari melimpah ke kedai-kedai kopi mengakibatkan sarapan rakyat sejak kebelakangan ini dihidangkan dengan senario panas.

Pada mulanya mengikut cerita, dua Exco menolak kepimpinan Azizan selaku Menteri Besar kemudian dengar ada dua lagi mengikut yang dua itu kerana keempat-empat konon mahukan seorang Menteri Besar yang baru.

Walaupun DAP dan PKR cuba menyembunyikan tangan dalam hal ini, namun bagi mereka yang arif kedua-dua parti politik ini juga suka melihat Kedah mempunyai Menteri Besar lain. Azizan dilihat terlalu kemelayuan dan tak sesuai sebagai bos Pakatan Rakyat di Kedah.

Banyak lagi isu yang disebut sebagai faktor kepimpinan Azizan sudah tidak releven. Beberapa tahun lalu Azizan berkeras kekalkan syarat 50 peratus kuota rumah di Kedah harus dimiliki Melayu. DAP dan masyarakat Cina bantah, tapi Menteri Besar yang mendapat sokongan orang Melayu itu tak ambil peduli.

Kedah juga satu-satunya negeri “pembangkang” yang guna kereta Proton Perdana bagi jemaah Exconya berbanding Perak (masa PR berkuasa) menukar kepada Toyota Camry setelah mereka berkuasa. Terbaru, Azizan guna kuasanya selaku Menteri Besar bertindak terhadap enam pelajar Kuin yang berdemonstrasi terhadap Auku - lima digantung pengajian dan seorang dipaksa bayar denda. Kes ini mengheret Azizan berseteru dengan Aziz Bari dan Pakatan Rakyat di peringkat pusat yang perjuangkan pemansuhan Auku.

Azizan tak peduli pandangan PR atau Anwar Ibrahim, malah secara sinis menempelak Pas yang terbawa-bawa dengan buku jingga. Katanya buku jingga bukanlah al-Quran. Sehingga rencana ini ditulis, Pas Pusat secara unprecedented campur tangan dengan membawa Salehudin Ayub sebagai perantara, konon bagi mendamai puak-puak bertelagah. Maknanya krisis kali ini serius.

Campur tangan Pas Pusat beri isyarat bahawa Azizan kini tidak lagi boleh bermaharajalela menentukan siapa dia suka menjadi Exco atau siapa bakal dipecat. Pas mahukan status quo - maksudnya semua Exco terdahulu dikekalkan semula.

Justeru jika dilihat politik Kedah, jawatan Menteri Besar dan nasib malang yang membelenggu penyandangnya mengingatkan kita kepada kisah legenda Mahsuri. Kini di tengah-tengah gelombang dan pukulan arus laut dari Pulau Mutiara, Azizan seperti lemas dipukul bayu - mungkin tempias daripada sumpahan zaman silam.

Sesetengah pihak mengandaikan masa depannya semakin kabur sehingga ada merasakan bosnya Datuk Seri Haji Hadi Awang pun sukar memanipulasi agar kedudukannya khusus selaku Menteri Besar selepas PRU 13 selamat.


- Posted using BlogPress from my iPad

AIS KOSONG HARGA 1KETUL SETENGAH,APA KEJADAH NIE?


Apa dah jadi nie ayaq kosong dengan ais dah sampai seringgit setengah dekat Penang....Lim Guan Eng lena kot pasal nie atau nak bagi peniaga nie kaya cepat dengan mencekik darah rakyat Penang.Penang dahulunya terkenal dengan Syurga makanan akan tetapi sejak dua menjak nie tenggelam dek kerana sikap rasis yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri DAP.Ramai peniaga yang merungut dengan ketiadaan Promosi seperti dahulu seperti dibuat oleh Kerajaan BN.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengeluarkan 146 surat tunjuk sebab kepada peniaga di seluruh negara yang mengenakan harga air kosong melampau sehingga RM1 dan ke atas. 
 Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang masih ingkar. “Kita beri mereka surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari. “Selalunya, mereka akan turunkan harga selepas itu kerana tidak mahu dikenakan tindakan.
 “Sebelum tindakan diambil, kita akan melihat terlebih dulu kawasan perniagaan, kalau warung atau kedai biasa pun takkan nak kenakan harga melampau untuk segelas air. “Bagaimanapun, jika harga itu dikenakan di pusat beli-belah Suria KLCC maka kita akan ambil kira kos dan faktor sewa kedai,” katanya.
 Sebelum ini, Dilaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa restoran membuat untung lumayan dengan menjual air kosong apabila mengenakan sehingga RM1.50. Berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga atau syarikat melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan. 
 Bagi individu yang melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, tertuduh boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat terbabit pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta.

ADAM CHEW DAH MELAMPAU,WARTAWAN SERAH PETISYEN



Adam Chew dah kira melampau kerana menghasut rakan-rakan wartawan untuk menyertai beliau dalam menyerahkan petisyen kepada Ketua Polis Pulau Pinang.Hasil siasatan belum lagi dikeluarkan oleh Polis dan telah mengambil jalan yang agak berani mendahului pihak Polis.Perbuatannya ini akan menimbulkan ketegangan diantara kesemua pihak terlibat dalam kemelut ini.Guan Eng talah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara klik disini untuk tindakan diambil serta melindungi dirinya setelah beliau sendiri yang memulakan provokasi.

demo by penang journalists

Akibat dari tindakan Adam ini mungkin pihak Wira Perkasa akan berbuat benda yang sama.Ini akan lebih mengeruhkan keadaan.Pihak Penganjur Himpunan Hijau Pulau Pinang harus dipersalahkan dalam semua kekalutan yang berlaku kerana tidak memberitahu kepada pihak Polis terlebih awal mengenai Himpunan Hijau....Pemuda UMNO dan Wira Perkasa datang ke Speaker Corner adalah untuk Program Turun Padang yang telah dijalankan sejak 6 Minggu lepas dan ini adalah acara wajib pada hujung minggu dari 6petang hingga 8malam.artikel sebelum ini di Speaker Corner KLIK .

Kira-kira 100 wartawan berkumpul di luar ibu pejabat polis Pulau Pinang semalam menuntut supaya tindakan segera diambil berhubung kes dua rakan mereka cedera sewaktu perhimpunan anti-Lynas Ahad lalu. 
Para wartawan media arus perdana dan media alternatif itu berpakaian hitam sebagai menyatakan kesedihan mereka berhubung insiden yang menimpa rakan mereka dari akhbar Kwong Wah Jit Poh, Adam Chew dan Lee Hong Chun. 
Perhimpunan aman selama 30 minit itu turut dikawal oleh anggota cawangan khas.
Ahad lalu wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh, Adam Chew, 29, dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.  Akibat insiden terbabit Adam terpaksa menerima lapan jahitan ekoran kecederaan di tangannya. 
Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang 
Seorang lagi petugas Kwong Wah, Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di  kepalanya. 
Chew, bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. 
Adam dan Lee terperangkap dalam kekecohan yang berlaku selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya di perhimpunan itu di Dataran Pemidato.
Kumpulan wartawan berkenaan berhimpun untuk menyerahkan petisyen yang ditandatangani oleh 249 petugas media daripada pelbagai organisasi media, kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob.
 bagaimanapun, tiada di pejabatnya kerana ada tugas rasmi di Kuala Lumpur, dan memorandum satu halaman itu diterima oleh seorang wakil.

MKP Ayat Sempoi : Isu ini perlu ditamatkan dengan segera supaya tidak mencetuskan ketegangan antara Kaum.......

Grafik ‘Allah’ Di Badan, Tapi Ramai Selebriti Bantah Pembatalan Konsert Erykah Badu, Wajarkah?



DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada, 29 Februari 2012. Ouh, ingin diingatkan bukan semalam saja, masih kecoh sehingga hari ini.


Kesan dari kenyataan DSU Dr. Rais Yatim, ramai selebriti-selebriti tempatan melatah dan mempersoalkan kenapa konsert tersebut dibatalkan. Tidak cukup disitu, mereka turut mempersoalkan kenapa DSU Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ini bererti mereka mempersoalkan kewibawaan seorang Menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dalam arena politik.


Untuk menjelaskan lagi keadaan, ini kenyataan pertama DSU di laman Twitter miliknya. Beliau memberitahu bahawa konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia. Anda jangan terlupa bahawa negara kita masih mempunyai majoriti penduduk Islam, dan inilah perkara yang harus dititikberatkan. Bukan kerana 5-6 orang selebriti melatah, konsert ini harus diteruskan.



 kenyataan dari laman Twitter milik Daphne Iking, yang tegar membantah keputusan DSU.

Menyentuh isu sensitiviti, kenapa apabila ada orang yang melukis gambar Nabi Muhammad kita menindas sekerasnya tapi apabila ada orang yang melukis grafik “Allah” di badan, ramai pula mempersoalkan? Kenyataan Daphne benar-benar mengecewakan kami kerana hanya disebabkan Erykah Badu seorang yang “soft spoken” dan peramah, ini tidak bermaksud kita boleh menghalalkan perbuatan Erykah Badu yang sebelum ini melakar nama Allah di atas badannya.
Lagi kecewa dengan kenyataan Adibah Noor, seorang selebriti yang kami sangat hormati kerana ketegasan dan berpengetahuan, tetapi tidak sensitif dalam isu ini serta mempersoalkan tindakan DSU yang kami anggap relevan.
Untuk pengetahuan, di Malaysia ada berjuta penduduk dan berjuta penganut Islam, sensitiviti haruslah dijaga sesama kita. Bukan sesuka hati mahu dilepaskan ikut suka hati. Mungkin persekitaran kita ramai yang berfikiran terbuka dan boleh memandang isu grafik kalimah “Allah” pada suatu sudut yang lain, namun sekali lagi ingatlah, bukan anda saja penganut agama Islam, ada berjuta lagi di Malaysia ini. Kepada selebriti yang fikir mereka sangat “open-minded” dan sangat intelek, sila buka lagi minda anda seluas mungkin agar anda memahami audiens di seluruh Malaysia. Ingat, jangan jadi katak dibawah tempurung.

"JANGAN CONSULT DENGAN ISTERI ORANG TENGAH-TENGAH MALAM!!" - USTAZ FATHUL BARI



Betul ke tidak betul dakwaan beliau khalwat itu satu bab lain.Itu kena serah pada Jabatan Agama Islam Pahang selesaikan siasatan.Namun Dr Barulamin Bahron akan jatuh jadi 'kaki kelentong' jika beliau terus cakap lebih-lebih untuk cuba bersihkan dirinya menerusi ceramah umum dan kenyataan hentam keromo.
Lagipun kes ini nampak lebih pada isu antara Pengarah Penerangan Khas pejabat Menteri Besar Selangor dengan suami wanita yang beliau didakwa berkhalwat.
Tiba-tiba kini macam satu dunia khususnya UMNO sudah jatuh berkonspirasi untuk perangkapnya - ayat biasa bagi mana-mana pemimpin pembangkang bila saja berdepan masalah.
Kata orang kalau Dr Badrulamin ada rasa malu,beliau tentu akan merasa amat malu dengan kenyataannya di ceramah di Seremban Isnin malam yang mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Gambaran yang cuba diberi nyata jauh dari kebenaran.
Pada ceramah itu Dr Badrulamin yang cuba nak cuci diri di situ dengan mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.
"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.
"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," begitulah beliau dipetik sebagai berkata.
Dimana agaknya Dr Badrulamin nak sorok muka bila Bernama melaporkan petang Selasa sebenarnya Tengku Mahkota Pahang yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.
Lebih teruk beliau guna ayat "kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang."
Ini seolah memberi gambaran sudah sah itu konspirasi UMNO hingga mendorong Tengku Mahkota Pahang kena campurtangan untuk selamatkannya.
Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.
Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.
Beliau juga sibuk menjaja cerita mendakwa pemandunya diugut.
Dalam pada itu beliau juga menjaja bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.
Ini nak tunjuk 'ada sesuatulah'.
Kalau Ahli Parlimen yang bertugas di luar negara dan mewakili kawasan Rompin...siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
Soalnya kalau betul pun Ahli Parlimen berkenaan telefon ,bukankah satu perkara biasa wakil rakyat menelefon rakyat di kawasannya untuk bertanya tentang masalah dihadapi.
Apakah itu pun nak diputar macam ada konspirasi - tanpa tahu kedudukan sebenar.
Siapa tahu ini adalah masalah terpencil antara seorang suami yang tengah bengang dan bertindak cekup mereka di bilik hotel itu.
Rasanya elok Dr Badrulamin jangan main sedap mulut.
Kalau nak dapat pedoman bolehlah beliau mendapat 'kaunseling' dari orang yang beliau gambarkan macam Imam Mahadi baru-baru ini.
Sambil-sambil itu boleh tanya-tanya orang yang beliau sanjung itu bagaimana agaknya dia boleh termasuk dalam apartmen dan dirakam 'beraksi' dengan seorang China Doll.
Mungkin kot orang itu akan jawab padanya dia mengigau dalam tidor dan merangkak dari rumahnya masuk ke apartmen itu.

HACKERS PALING SEKSI DALAM DUNIA!!!



Wah!!! Dunia hacker sekarang pun dah ada kategori pulak ye. Macam - macam rupa kita boleh tengok. Dibawah ni merupakan yang paling seksi. Tengok gambar dia pun dah tau.

Tapi, nasib baik la Si Kritina ni bukan isteri orang. Kalau tidak, boleh jugak Ostad Badrol bagi kaunseling kat dia dengan mengatakan ianya tak baik untuk buat kerja macam tu.

Maklum la, dia kan suka 'hijack' isteri orang. Buat kaunseling pulak dalam bilik hotel sendiri. Pukul 2 pagi pulak tu. Itu pun dia masih tak nak mengaku jugak? Macam sial!!!baca seterusnya semuthitam80

Thursday, March 1

Iklan Surau Baru - AJK Madrasah Salihian Buat Laporan Polis


Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Pengerusi jawatankuasa itu Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi, berkata pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini merupakan satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.
    
Mansor berkata pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar. 
    
Terdahulu Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah pada 21 Februari lalu, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar  terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta. 

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Januari lalu bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketIGA.AP

BILA KEDAH NAK AMAN NIE WOIII? KEDAHDARULAMAN.


Perkembangan terbaru dalam krisis PAS Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub tentu orang yang paling risau dan pening kepala sekarang.
Ini kerana beliau yang dihantar oleh PAS Pusat untuk 'misi damai' antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dengan puak Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan geng dengan bergaya telah membuat kenyataan bahawa hasil pertemuannya dengan kedua pihak 'POSITIF'.
Apa agaknya beliau nak jelaskan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS malam ini , yang akan diadakan khusus untuk bincang krisis di Kedah.
Krisis itu bergegar macam nak rak petang Rabu bila Phahrolrazi, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah buat kenyataan yang menunjukkan macam krisisnya dengan Azizan sudah kira simpul mati.
Apa tidaknya bila beliau mengarahkan, Datuk Amiruddin Hamzah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah agar meletak jawatan exco sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Dakwa Phahrolrazi  arahan berkenaan selaras dengan usul yang diluluskan PAS kawasan itu pada 17 Februari lalu.
Arahan berkenaan menetapkan  bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Kuala Kedah iaitu Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Jerangau) tidak perlu menerima jawatan exco sebagai sokongan untuk beliau.
Kes itu nampak cukup berat bila beliau menegaskan,“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama PAS Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada PAS Kuala Kedah.”
Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan PAS kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.Juga Phahrolrazi secara terbuka mengakui hubungannya dengan Azizan kini 'kritikal'.
Peliknya Amiruddin yang angkat sumpah bersama tujuh Exco lain di Istana Anak Bukit pagi Selasa dilaporkan buat macam beliau tidak tahu menahu pasal arahan berkenaan.Katanya beliau tidak mahu komen sehingga lihat surat arahan itu.
"Saya belum dengar apa-apa mengenai kata dua itu. Mungkin baru lagi kot," beliau dipetik sebagai berkata demikian.Makanya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Khamis malam tentu menjadi perhatian.
Apakah mereka mampu mencari penyelesaian kepada krisis yang paling serius melanda PAS Kedah sejak berjaya menawan negeri itu pada pilihanraya Mac 2008?
MKP ayat sempoi : Umno kedah kata krisis PAS Di Kedah tidak membantu.. UMNO kedah kuat kerana ada kekuatan tersendiri.. mstar...Pasal tue menang PRU 12...Jangan berlagak sombong Allah murka?Ostad Zizan bagi Tander kat Ahmad Basha pun belum dedah!!!!!!!!!!. Tunggu....

NEELOFA OH NEELOFA.


Banyak sangat la al kisah politik rilek sekejap la layan awek Neelofa lagi baguih.Banyak sangat temberang dari Badrul Amin nie.Pandai kona sana dan sini kisah kena tangkap khlawat tue.Dah salah tak mengaku pulak. 

Ini adalah gambaq dari rakan neelofa semasa road BH baru nie..cun gila nie patutlah ramai peminat termasuk MKP.heeee jangan marah.

Saman Jangan tak Saman.

Peguam bela Dr Badrulamin Bahrom mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan saman diambil terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan babitkan kes khalwat pemimpin PKR berkenaan.

Mohamed Sazali Abdul Aziz berkata perkembangan ketika ini masih belum lagi mendesak kerana siasatan sedang dijalankan dan dakwaan samada Pengarah Penerangan Selangor itu disabitkan bersalah atau tidak belum diputuskan.   

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap pihak berkenaan

"Tiada apa lagi sebab kami tak buat surat lagi untuk minta penjelasan kerana (Badrul) belum didakwa lagi. Kes itu masih lagi dalam proses siasatan, jadi kami belum (merancang) untuk ambil tindakan apa-apa lagilah." 

Minggu lalu Badrul Amin ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi tetapi beliau menafikannya dan menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki. 
 
Beliau menyifatkan penahanannya oleh JAIP sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Dua hari selepas tangkapan itu, Badrul Amin telah memberi keterangan terhadap dakwaan khalwat yang dihadapinya.

Sazali turut menegaskan meskipun anak guamnya bebas daripada mengahadapi tuduhan khalwat itu, beliau tetap mahukan penjelasan daripada timbalan JAIP berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya.

"Kalau tak dituduh sekalipun kita mahu minta penjelasan tentang kenyataan timbalan JAIP dan jika ia tidak memuaskan Badrul, kita akan tunggu arahan selanjutnya daripada Badrul." ujarnya lagi.






SAPA PUNYA WARNA MERAH NIE?

Sapa punya warna seluaq dalam warna merah nie?Apalah Badrul Amin nie punya nak kelentong macam macam dia punya alasan yang dia bagi.Mola kata kena pukul lepas tue tak pulak buat report......


Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

KALAU DAH IDOLA RAJA MAKSIAT ANAK BUAH APA LAGI?




Laporan di bawah tentu mengejutkan kita. Anda baca dulu laporan di bawah kerana ada kejutan terbaru :

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan seterusnya

ekarang ni pun nama ustaz kesayangan Anwar sudah tercemar, bayangkan apa akan jadi jika video dan gambar-gambar tersebut tersebar...mana anak-anak dan bini-bininya nak letak muka..confirm malu punya..semua ini terpaksa ditanggung oleh mereka disebabkan oleh tindakan Badrul Amin yang masih mahu berpaut kepada polit. Tipu sana, tipu sini hanya untuk menyelamatkan dirinya..

Buat apa nak fikir panjang lagi wahai ustaz kesayangan Anwar...letak saja jawatan politik tu...buat malu je jika masih berada dalam politik...fikir sama masa depan keluarga tu..Selagi Badrul Amin berada dalam politik..selagi itulah dia akan dihina dan dicemuh rakyat...dan perbuatan itu hanya akan memakan diri saja....

Ini petikan yang menyindir ustaz kesayangan Anwar dari blog salah seorang pemimpin pakatan...

Pada 24, 25 dan 26 Februari lau didalam Temurapat Pimpinan PKR, saya tetap bawa isteri saya. Kalau saya bersendirian, tempat penginapan saya adalah percuma; tetapi dengan membawa isteri, saya dikenakan tambahan RM360.00. Saya pilih membayar RM360.00 supaya isteri saya dapat bersama saya.

Apa orang nak kata, katalah asalkan saya dan isteri saya bahagia, dan saya terus dapat memberikan khidmat yang berkesan kepada parti.

Dengan adanya isteri saya bersama saya, dia telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga dairy saya, dia juga mampu membawa kereta berglir-gilir dengan saya; yang lebih penting dia boleh mengingatkan kepada saya akan makanan yang sesuai untuk saya memandangkan umur saya yang sudah lanjut, tidak ketinggalan juga dia mengingatkan saya akan obat yang mesti saya ambil.

Isu-isu yang boleh memalukan diri saya, keluarga saya dan parti saya tidak mungkin akan berlaku apabila isteri saya akan sentiasa bersama saya. Jika ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini, buatlah pilihan sendiri asalkan boleh menjaga nama baik diri, keluarga dan parti, ok?

VIDEO : PAS TELAH TERIMA AZAB ALLAH.



Pada 1950,ketika Onn Jaafar mahu memberi cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum kerana bimbang dengan cadangan Lee Kuan Yew untuk menubuhkan PAP.


Cadangan Onn Jaafar bertujuan untuk menarik minat kaum lain kerana dibimbangi semangat Malaysian Malaysia yang diwar2kan oleh Lee Kuan Yew akan menggugat proses perjuangan UMNO untuk mencapai Kemerdekaan Penuh.


Cadangan itu akhirnya telah mendapat bantahan yang hebat dikalangan orang melayu kerana pada mereka,UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan Melayu,bukan untuk kaum lain.


Tetapi pada Tunku Dan Syeikh Abdullah Fahim,memang ada keperluan untuk menubuhkan Parti berasaskan Islam yang menjadi parti kedua Orang Melayu bagi tujuan menyuara hal2 berkaitan Islam akibat tidak mahu berlaku keretakan dalam usaha menubuhkan PERIKATAN.


Akibat Datuk Ahmad Fuad kalah dalam pemilihan melawan Tunku dalam pertandingan jawatan Yang Di Pertua UMNO,kesempatan itu diambil oleh Syaikh Abdullah Fahim,selaku Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia untuk memujuk Ahmad Fuad menubuhkan PAS.


PAS akhirnya tertubuh bertujuan untuk menyuara dan membela kedudukan Islam selain UMNO meneruskan agenda Bangsa bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh masyarakat pada ketika itu.


Rupanya setelah Ahmad Fuad memegang Yang Di Pertua PAS,dengan lantang beliau telah bersumpah dalam ucapanya di Gunong Semanggol bahawa "Dimana ada UMNO,disitu PAS mahu menghancurkan UMNO".


Hal ini telah terbawa2 tetapi dengan tidak siruis hinggalah UMNO buat kali pertama bergabung dengan PAS dan membentuk BN pada 1973.


Hari ini,PAS terus terlalu jauh tersasar dari matlamat asalnya.

Bantahan Pemuda UMNO Seputeh Isu Gambar Tatoo Eryka Badu Oleh The Star cc @NajibRazak @HishammuddinH20




Kenyataan Rasmi

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi. 

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah. 

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu? 

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam. 

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu. 

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say". 

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan. 

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan. 

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak. 

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain. 

Mohd Razlan Muhammad Rafii 
Ketua Pemuda UMNO 
Bahagian Seputeh

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive