Tuesday, March 6

KALAU BEGINI RUPANYA TERUK MALAYSIA?

Kalau begini rupanya pasti ramai yang akan meminatinya.MALAYSIA bakal ‘digemparkan’ dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.
Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D’Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.
Apa dah jadi dengan Malaysia nie,masih lagi ramai artis malaysia yang dok ada akan tetapi masih lagi ada pihak dok promosi artis luar....akan tetapi Pemuda BN lagi terbaik dengan Penganjuran  BN Youth Music 2011.
Hampir 3,500 orang di kalangan belia hadir dalam memeriahkan festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung baru-baru ini , julung kalinya diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir pada acara menutup tirai yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut, menyaksikan kemeriahan festival selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, yang turun mengiringi Najib.

Khairy yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri berpuas hati dengan gerak kerja Pemuda BN dalam mendekati golongan belia melalui muzik, jauh berbeza dengan cara pendekatan lama yang digunakan sebelum ini.

“Kami cuba membuat pembaharuan dengan menarik penglibatan golongan muda berusia di antara 16 dan 40 tahun melalui seni, yang selama ini hanya dilakukan melalui ekspo-ekspo pekerjaan dan perumahan. " kata Khairy.

Melihatkan kepada sambutan yang cukup menggalakkan, Ketua Pemuda Umno dan BN ini tampil dengan keyakinan mahu membawa festival ini keseluruh pelusuk negara, tahun hadapan.


RANKING ALEXA TERBARU MAC 2011 BLOGGER PRO BN.


Berikut adalah Ranking terbaru yang telah dikeluarkan oleh blog jendelamaya.Adakah ini menjadi titik tolak menentukan taraf dan kreditbiliti seorang blogger.Bagi MKP ianya hanya berdasarkan angka dan banyak pendapat dari rakan-rakan lain untuk dikongsi disini.Apa pun MKP berada ditangga 9,terima kasih kepada pengunjung blog serta rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter,Jasa anda akan dikenang sehingga keakhir hayat.........Arios..... 

Azizan Tolong Dedahkan ‘Cina’ Yang Serah Duit Pada Phahrolrazi



Dalam mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi dan menghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.
Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.
Malangnya, sumber yang menyatakan hal ini kepada penulis tidak pula menyatakan sama ada Azizan ada menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam mesyuarat itu.
Tuduhan ini serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Ditakuti boleh mengancam kestabilan kerajaan Kedah walaupun selepas penubuhan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PAS pusat untuk mengawal selia keputusan dalam pentadbiran negeri Kedah.
Apatah lagi bila yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!!
Berharap Azizan berani melapurkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ia benar-benar berlaku seperti mana yang didakwanya.  Apatah lagi bila tuduhan tersebut di dengar oleh semua orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Dun.
Kegagalan melapurkan kepada SPRM akan menjadikan pemimpin lain yang turut sama dalam mesyuarat tersebut bersubahat dengan ‘kesalahan yang didakwa Azizan dilakukan oleh Phahrolrazi itu.
Persoalanya di sini, kenapa Azizan menunggu sehingga mesyuarat seumpama itu diadakan untuk mendedahkan semua perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS?  Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal jika benar seperti mana dakwaan Azizan dalam mesyuarat tersebut “saya tau semua tu ingat saya tak tau, nak saya dedah semua ka?”.
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, kami tahu lebih banyak perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tapi kami akan dedahkan pada masa yang sesuai kerana jelasnya banyak perkara memalukan berlaku dalam mesyuarat itu yang tidak mahu dihebahkan kepada pihak luar.

NURUL IZZAH PULAK DICABAR BERSUMPAH?


Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.
Rasanya belum pernah dengar lagi setakat ini.
Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan,mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.
Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin untuk menjelaskan mengenai  kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.
Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu,Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.
Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.
Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.
Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.
Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.
Kata Ahad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta.
Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.
Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.
Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?
Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul  nak ikut jejak itu.
Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu. -AGENDADAILY.
MKP Ayat Sempoi : kita tengok Nurul Izzah berani tak bila dicabar,jangan jadi macam Anwar Pulak.

AWAT PULAK PM MENGAMUK?



Kali pertama MKP tengok PM kata macam nie dekat Pemimpin UMNO,Bukan apa tue semua peringatan kepada semua,Jangan dok lena diulit bantai mahal.Nanti yang terima natijahnya adalah rakyat Kedah Jugak...Matlamat perjuangan pada PRU 13 adalah untuk kembalai merampas Kedah dari PAS.Jika teguran itu  membina patutlah diterima dengan hati yang terbuka.Tak salah merendahkan diri,tak rugi pun....

PAS DAH JADI PARTI SEKULAR?




Sebagai seorang Islam saya benar-benar kesal dan kecewa apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini menyatakan bahawa Pas sanggup minum kopi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada meminum arak dengan UMNO.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bagaimana Dzulkefly lebih mementingkan soal merebut kuasa bersama kedua-dua parti itu daripada berusaha menyatukan ummah.

Kita tidak faham kenapakah Dzulkefly begitu taksub mempertahankan kerjasama Pas dengan kedua-dua parti berkenaan terutamanya DAP yang menentang Islam.

Dzulkefly perlu ingat, Pas sepatutnya tidak perlu berbangga kerana menjalin hubungan dengan DAP kononnya atas dasar ingin menunjukkan persefahaman parti itu dengan bukan Islam.

Sebenarnya, UMNO lebih dahulu melakukan perkara berkenaan sejak merdeka lagi dan kita tidak perlu lupa apa kata Pas kepada UMNO suatu ketika dulu.

Apakah Dzulkefly melupakan siapa yang menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC? Bukankah tuduhan itu dibuat oleh Pas, tetapi kenapakah sekarang apabila Pas terpaksa bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk mencari kuasa politik maka ia sudah tidak anggap kafir lagi?

Hakikatnya, UMNO jauh lebih baik daripada Pas, UMNO melaksanakan pelbagai usaha memajukan Islam tetapi Pas hanya tahu mengkritik dan mencipta slogan sahaja.

Selain itu, saya juga ingin meminta Dzulkefly tidak perlu bersandiwara lagi, semua orang tahu siapa beliau. Dzulkefly adalah pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pas dan mahu melaksanakan agenda Penasihat PKR itu dalam parti berkenaan.

Akibat ada pemimpin seperti Dzulkefly ia telah menyebabkan Pas kini semakin tunduk kepada DAP. Segala-galanya Pas 'halalkan' termasuklah mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Oleh itu saya berharap ulama-ulama dalam Pas akan menegur Dzulkefly yang sejak kebelakangan ini kerap membuat kenyataan yang boleh menjejaskan Pas.

Itu pun jika para ulama dalam parti berkenaan masih mempunyai keberanian untuk menegur mereka yang dianggap 'parasit' dalam parti itu.

NUR HIDAYAH

MKP Ayat Sempoi : PAS akan kecundang dan telah kembali kepada fitrah untuk menyesatkan umat,,,,,Renungkan.

DEBAT : ADAKAH INI PERLU???



Kaji Selidik yang dijalankan di kalangan pengundi di negara ini oleh Merdeka Center baru-baru ini mendapati 54 peratus responden mahukan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan dari semasa ke semasa. 

Pengarah Program Mrdeka Center, Ibrahim Suffian, dalam satu kenyataan medianya, hari ini, berkata sokongan untuk debat itu terutamanya di kalangan pengundi muda berumur antara 21 hingga 30 tahun adalah tinggi, iaitu 67 peratus setuju debat itu diadakan bagi membentangkan idea dan dasar masing-masing kepada rakyat di negara ini.

Menurutnya, generasi muda kaum Melayu membentuk kumpulan terkuat iaitu 76 peratus manakala pengundi berumur 60 tahun keatas adalah yang terendah dalam kumpulan responden iaitu sebanyak 39 peratus.

"Walaupun ada sesetengah pihak yang menyifatkan debat itu tidak perlu dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita' hasil kaji selidik berkenaan membayangkan bahawa ia akan membantu pengundi membuat keputusan memandangkan 62 peratus daripada pengundi yang masih belum menetapkan parti mana yang bakal diundi menyokong debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang diadakan," sebutnya  lagi kenyataan media yang dikeluarkan 

Beliau menambah, antara topik yang mahu dilihat pengundi termasuk isu-isu ekonomi sejumlah 17 peratus, isu semasa, 9 peratus dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara, masing-masing berjumlah 7 peratus.

Menurutnya lagi, pengundi juga mahu melihat isu memerangi rasuah menyusuli isu-isu lain yang perlu dibahaskankan. Kenyataan itu menyebut kaji selidik berkenaan dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research antara 10 hingga  23 Februari untuk mengkaji persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

"Sejumlah 1,022 pengundi merangkumi 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India ditemuramah melalui telefon bagi kaji selidik terbabit," kata kenyataan media itu lagi.Responden dalam kajiselidik itu dipilih berdasarkan kajian rambang mengikut garisan kauman, jantina dan pemastautin negeri.

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng dah debat ngan CSL baru nie,Guan Eng kalah teruk.... 

Monday, March 5

VIDEO SEMPOI : ANWAR MESTI MAKI , KITA TUKAQ BAHASA LA PULAK,,,,PENANG...





TUKAQ BAHASA TAK BERMAKNA SEMUA FAHAM DAN MENGERTI AKAN TETAPI VIDEO NIE JELAS MENUNJUKKKAN DEPA DI KAKI PUTAQ BELIT......AYUH RAKYAT PULAU PINANG KITA PUTAQ KEPALA DAP DAN PKR KALI NIE......

PAS KEDAH MAIN WAYANG KULIT,LAWAK SUNGGUH DEPA NIE?


Bila orang Kedah marah bahasa keluaq macam-macam bagi bukan rakyat utara semenanjung kena balik cari kamus atau rujuk la dengan orang utara.Teringat masa dulu kecik-kecil semasa keraian majlis kahwin mesti ada wayang kulit Asun yang famous masa tue.Almaklum masa tue TV pun tak ada macam lanie semua teknologi ada.


Walaupun baru dalam dunia blogger akan tetapi tak semestinya kita nie marhean dalam selok belok politik "itulah ayat DARI BLOGGER superstar yang keluaq"Pendirian MKP mudah jangan berlagak sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada,semua tue tak kekal dalam dunia nie.Hidup amacam roda,,,,,hari nie hari kau mana tau esok hari aku,,,,,,,,,tapi kalau berdendam itu bukanlah sikap MKP......


Berbalik kepada cerita asal,PAS nie dah main wayang dengan rakyat Kedah.Mula kata tak sebulu bergaduh sakan.Sampai keluaq dari ofis (Phahroul)tak mau kat Ostad Zizan.Maka bermulalah Wayang Kulit Asun depa dok main.....Nie semua nak perhatian dari pucuk pimpinan PAS pusat.Wayang Punya wayang last sekali terima juga jadi EXCO Kedah  KLIK DISINI...apa kejadah depa nie dok main,,,Ludah mai balik kat muka dah nie.Tu dia MKP cilok dari MPP surat yang dihantaq kepada MPP.Lebih kurang pulak nama kami nie MKP/MPP heeeeeee K_POP......
Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain.. 
Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie?
Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni? 
Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?
Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok.. 
Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah.. 
Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu.. 
Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka??? 
Mat Tok ChaLana Bulu
MKP Ayat Sempoi :Tak apa bro kita semua kawan tak mau lawan,tapi kita tunggu lah lepaih PRU 13 tengok sapa sempoi..................Jangan jadi Anjing menyalak bukit takkan runtuh. 

WARDIANA SAFIAH NAPE JADI CAM TUE?


Wardina pernah mencetuskan polimik dengan rakan blogger tahun lepas....Almaklum artis top dan cun melecun pulak tue,Dulu masa sebelum dia kawin beliau adalah salah seorang artis pujaaaaan hati MKP.Tapi bila dah dia dah kawin kurang minat pulak jadinya.Kepetahan dan suara yang manja menjadi daya penarik.sorry ek MKP bukan nak rembat bini orang macam Badrul Amin ek ?


Ini yang ingin MKP sampaikan kepada semua pembaca Blog MKP.Wardina sekarang dah jadi tetamu khas bagi pihak WIRDA. WIRDA diasas dan dipengerusikan YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang merangkap Ketua Wanita PKR.Jangan pulak lepas nie Wardina kata tak tau yang program nie PKR yang punya.........Politik hanya untuk orang yang pandai kelepiak dan kona-kona.......lain dari tue pandai-pandai pikiaq la sendiri.



PM SEDIA DEBAT?



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Kebenaran Mengenai Malaysia" dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini," katanya.AP

PHAROLRAZI AKAN MELUTUT KEPADA NIK AZIZ?



Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi difahamkan akan menemui Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan sokongan ekoran keengganannya untuk dilantik semula ke jawatan yang masih disandangya kini.

Beliau dikatakan bertindak demikian selepas Jawatankuasa Pas Pusat menolak permohonannya mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercuti serta-merta.

Phahrolrazi dan seorang lagi pemimpin yang memberontak, Dr Ismail Salleh telah mengemukakan satu syarat bahawa pemangku Menteri Besar perlu dilantik jika Pas mahu mereka menerima semula jawatan sebagai exco negeri itu.

Bagaimanapun permintaan itu tidak mendapat lampu hijau dari Pas Pusat. Difahamkan Phahrolrazi tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan kini dalam langkah terakhir untuk mendapatkan sokongan Nik Aziz terhadapnya. 

Beliau turut meminta campur tangan Nik Aziz selepas Dewan Ulama Pas Kedah menasihatkan beliau supaya menerima apa jua keputusan Pas Pusat.Diminta mengulas mengenai keputusan Pas Pusat yang telah dimaklumkan kepada dirinya, Phahrolrazi bagaimanapun enggan mengulas. 

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online. 

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila Pas yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh semalam, terpaksa menunda sidang media berkenaan ke hari ini. 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka tiada kuasa untuk mengubah keputusan yang diputuskan Pas Pusat.Dalam perkembangan lain, difahamkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyokong Phahrolrazi.

Sumber berkata, Mohamad tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan didakwa kecewa dengan keputusan itu.Mohamad yang juga berasal dari Pulau Pinang mempunyai peluang tipis untuk bertanding di negeri itu.

Pas hanya mempunyai satu kerusi yang dianggap selamat dan sudah diisi calon sesuai.Bagaimanapun, beliau pernah bertanding di Kedah sebelum ini dan mempunyai prospek di sana.

Sementara itu, sumber berkata, mereka tidak akan mengambil kira campur tangan daripada PKR dan DAP terhadap kemelut di Kedah."Komponen parti Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan Azizan," katanya.

MKP Ayat Sempoi : PAS Kedah kelam kabut dek kerana Pharolrazi nie,dulu mula jadi EXCO apa pun boleh tapi la nie dah besaq Kepala atas dan bawah? 

AZIZAN DIPECAT MB BARU AKAN DILANTIK DIKEDAH?


Krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga.  Sumber memaklumkan MKP bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.


Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.


Dari maklumat tersebut jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan.  Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada jawatankuasa khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.


Sebelum itu juga, dilaporkan Saifudin Nasution telah menghubungi Datuk Phahrolrazi  Zawawi untuk memaklumkan keputusan Anwar.


Azizan pula, walaupun dikhabarkan menerima keputusan tersebut, telah mengarahkan Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah (melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Helmi Yahya)  untuk mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha menyingkirkannya dari jawatan tersebut.


Tapi sokongan kedua-dua dewan tersebut dijangka tidak mampu menghalang persetujuan yang telah dicapai kerana Azizan bakal dibiarkan berseorangan dalam menghadapi isu penyelewengan peruntukkan menyelenggara jalan dari kerajaan pusat berjumlah RM 150 juta yang sedang disiasat SPRM, menurut sumber tersebut lagi.


Walaupun Azizan menuduh isu tersebut berkait rapat dengan Phahrolrazi atas kedudukkannya sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai agensi pelaksana, tapi sebagai Menteri Besar, Azizan bertanggungjawab atas semua masalah yang mungkin timbul dari isu tersebut.PAS Pusat sebagai punca utama perbalahan yang berlaku sekarang.


MKP Ayat Sempoi : Dah jadi dalcha marba Kedah,PAS kena cucuk hidung oleh Anwar Aljuburi. 

The Pirate Of Penang Island....?


Pembukaan bagi alkisah yang bakal ,menggegarkan blogspera seantero Malaya......Bagi sesetengah pihak akan merasa gundah-gulana.Kita menghormati pemimpin kerana sikap pemimpin itu sendiri akan tetapi bila terlampau mendesak dan banyak sangat salah laku yang dilakukan pasti akan menerima natijahnya.
MKP ayat Sempoi ; Ini baru permulaan nantikan seterusnya bila tiba waktunya,,,,,,, 

VIDEO BERAPI : PASTINYA ANWAR MELOMPAT SAKAN KALI NIE?


LANTAK LA APA DEPA NAK KATA LEPAIH NIE,SEMALAM BAGUIH PUNYA DOK SELIDIK DAN BUAT BENDA BELAKANG TABIR BANYAK BENDA YANG mkp TERJUMPA.TAK SANGKA CEMPEDAK BOLEH JADI BOLA BESI.....HELLLO MY FRIEND JANGAN RENDAHKAN KEUPAYAAN LU PUNYA KAWAN,APA YANG LU TAU CUMA 30%.....NANTIKAN KEGAMATAN mkp AKAN BUAT LEPAS NIE.....TAPI VIDEO NIE MENCERIAKAN HARI YANG INDAH PAGI ISNEIN NIE.KREDIT KEPADA KITA GEMPUR ,,,LU ALL MEMANG SEMPOI.....


Sunday, March 4

KAK IJAT,APA YANG SEMPOI?



Isu NFC masih lagi bermain dibenak minda dan fikiran rakyat ketika ini,MKP dah lali dengan Lembu masuk kondo nie.."...Pi lah mana pun dalam Pulau Pinang nie mesti cita nie keluaq dulu.Apa kejadah semuanya nie.......Dok elok nak pi pekena Nasi Kandaq pun boleh potong stim bila tetiba terdengaq lembu masuk kondo yang di perkatakan oleh manusia yang sebelum nie zero pasal isu politik seantero malaya.Kalau disembang dengan sesama warna tak pa lagi nie dah jadi dalca marba.

Terbaru nie pulak keluaq didalam surat khabar yang berbahas Mandarin.Dari logik akal dan perkembangan terbaru tiada kenyataan ynag mengesahkan pekara ini,mana mungkin depa nie boleh tau awal benda nie,Apakah persepsi yang cuba ditafsirkan"?""?????????

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mungkin tidak akan dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April, lapor akhbar Sin Chew.

Jika tidak dilantik semula, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan skandal Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan suami dan anak-anaknya.

“Jika tidak ada perkembangaan baru, Shahrizat mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh pelantikannya sebagai senator manakala kedudukannya di Kementerian tidak diisi sehingga Parlimen dibubarkan,” lapor akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau dilantik sebagai senator dan Menteri Kabinet walaupun tewas pada pilihanraya umum tahun 2004.

Ketua Wanita UMNO itu kerap menegaskan isu NFC tidak ada kena mengena dengannya dan adalah sebuah projek yang diuruskan oleh suami beliau.

Pembangkang mendakwa suami dan anak-anak Shahrizat menggunakan sebahagian daripada pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kereta mewah, kondominium serta untuk pelaburan di luar skop projek ternakan lembu daging.sumber ANTARAPOS

MKP Ayat Sempoi : Bila pulak nak londeh kain lepas nie?
- Posted using BlogPress from my iPad

[Video] Adengan Panas Dewi Persik Dalam Filem Pacar Hantu Perawan


Kalau macam nie la gayanya pasti akan berlaku apabila Mazfuz Bean jadi Perdana Menteri Malaysia,almaklum  sekarang sudah tukar jadi Parti Akai Serabut.Mahfuz "Mr Bean" Omar ketika ditanya Malaysiakini berkenaan portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:

“Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar. Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet,” katanya.
Lawak bodoh Mahfuz itu pasti mengundang kontroversi bagi penjilat-penjilat tegar Anwar Ibrahim kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Haram yang sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
Lagipun sudah tidak ada calon lainkah yang lebih berwibawa? Takkanlah seorang yang berkelulusan Lower Certificate of Examination (LCE) dan bekas penjaga stor dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 
Dewi Persik terlihat dengan jelas sedang mandi. Artis itu sesekali menghadap ke samping kiri dan kanan, menggoyang-goyangkan badannya, lalu duduk seperti orang kencing. Air pancuran yang mengalirr dari atas kepalanya membasahi seluruh tubuhnya.

Lebih kurang seperti itulah isi video berjudul Video Dewi Persik Sedang Mandi yang saat ini menjadi tontonan baru di YouTube.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive