Wednesday, March 7

GAMBAQ LISA SURIHANI/YUSRI DI JERMAN.



“Kami berdua suka tempat sejuk,” demikian kata Yusry selepas tamatnya upacara pernikahannya bersama Lisa Surihani, 2 minggu lepas. Disebabkan itu, mereka bercadang untuk ke negara Eropah bagi menikmati percutian bulan madu. Romantiknya pasangan baru kahwin ni, Yusry pun boleh tahan manjanya…
Beberapa foto bulan madu telah dikongsi oleh beberapa laman web.
gambarbulanmadulisayusry9
gambarbulanmadulisayusry10
Apa-apa pun Lisa nie ada dalam majlis masa Perhimpunan Agung UMNO hari tue.

MKP Ayat Sempoi : Buatlah apa pun tak pa benda halal dan sah disisi agama dan undang-undang.....Moga berbahagia,Tapi jangan pulak ikut si Badrul Amin suka dekat orang punya heee 

VIDEO : GUAN ENG KECEWA SKMM TAK SIASAT BLOGGER PRO BN.



Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang telah mengarahkan semua pegawainya memberi tekanan kepada SKMM dan pihak yang berkaitan supaya mengambil tindakkan kepada semua blogger serta CyberTropper BN.Apa kejadah semua nie,mendahuli pihak yang berwajib dalam siasatan.


Terbaru hari ini pihak DAP/Guan Eng telah menghubungi pihak majikan rakan seperjuangan dan bertanyakan profile lengkap mengenai rakan seperjuangan MKP yang terlibat dalam Himpunan Hijau di Speaker Corner tempoh hari.Sampai macam tue sekali terdesaknya Guan Eng nak cari pasal.Jika sampai dah telefon pihak majikan dan mendesak sebegitu alangkah malang nasib yang bakal menimpa member kita seorang nie.Beliau mempunyai keluarga dan tanggungjawab.Kalau periuk nasi sudah diganggu dan tiada pembelaan dari pihak apa gunanya.............Akan tetapi setakat ini tiada tidakkan lanjut dari pihak majikan mana tahu esok atau pun lusa.....Tekanan tetap ada.......

MKP Ayat Sempoi : Berjuangan adalah demi Alif Ba dan Ta,Tapi kalau dah melibatkan periuk nasi kena pecah nie apa cerita , takkan nak tanggung anak bini bagi makan pasir yang dikutip tepi laut kat Padang Kota?????????//

KENAPA SERANG BALAI POLIS?




Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

“Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

“Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara,” ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan.utaranews.


MKP Ayat Sempoi ; Sayang anak biarlah berpada-pada janganlah sampai buat salah pun kata betul jugak.Kebetulan balai polis teluk bahang tue pun bukanlah besaq sangat dan ramai anggota.Nie lah bahananya bila ada kuasa politik masuk campoq.MKP tau apa semua yang terjadi akan tetapi bila ada pihak salah guna kuasa politik diberikan.Apa kejadah semua nie.Takkan nak bongkaq kot sat gie ada geng yang melompat.


- Posted using BlogPress from my iPad

Projek Jalan RM1bilion Untuk Mr E Jadi Punca?


Krisis kepimpinan Kedah memuncak setelah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak di dakwa bersetuju memberikan kontrak penyenggaran jalan selama 10 tahun bernilai RM1 bilion kepada syarikat yang dikuasai oleh anak angkat beliau yang juga bekas pemimpin kanan UMNO Kedah,  sumber-sumber dalaman Pas memberitahu.
Isu itu membawa kepada pertikaian terbuka melibatkan kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh terhadap Azizan sehingga mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri, kata sumber berkenaan.
"Projek ini adalah projek jalan raya selama 10 tahun mulai tahun ini. Ia adalah untuk penyenggaraan jalan yang nilainya sudah meningkat kepada RM100 juta setahun...dan projek ini hendak diberikan kepada bekas pemimpin UMNO Kedah yang menjadi anak angkat kepada Datuk Seri MB Kedah.
Sumber berkenaan berkata antara dua Exco berkenaan, Phahrolrazi yang lebih lantang menentang keputusan Azizan itu kerana penyenggaraan jalan dahulunya adalah di bawah Jabatan Kerja Raya yang menjadi sebahagian daripada portfolio beliau.
Sejak berbulan-bulan,  Phahrolrazi dan Ismail membantah sebarang cubaan memberikan projek berkenaan kepada syarikat bekas pemimpin UMNO itu yang popular dengan gelaran Mr E di Kedah.
Sumber itu memberitahu,  Majlis Mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Azizan memberi persetujuan kepada kontrak itu diberikan kepada Mr E walaupun ditentang oleh Phahrolrazi dan Ismail.
Bagaimanapun pelaksanaan keputusan itu ditangguh kerana Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mahu menandatangani pemberian kontrak itu kepada syarikat berkenaan.
"Sudah setahun masalah ini diutarakan oleh kedua-dua Exco. Majlis Mesyuarat Exco sudah lulus (tender itu) tetapi pelaksanaan projek tidak boleh dijalankan sebab Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mahu tandatangan," kata sumber berkenaan.
Sumber berkenaan berkata Phahrolrazi dan Ismail kemudian memutuskan untuk mengambil keputusan lebih drastik kerana bimbang Azizan memilih sepupunya sebagai SUK baru yang bersedia melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Exco itu.
"Dalam tempoh tiga empat bulan ini, Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri akan bersara dan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru akan 'naik' dan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru ini pula difahamkan adalah sepupu dia (MB Kedah)," tambah sumber berkenaan.
"Keputusan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Exco itu dijangka ditandatangani (oleh SUK baru), jadi apabila ditandatangani maknanya akan berjalanlah  projek RM1 bilion itu," katanya.
Sumber itu berkata,  dalam usaha untuk meredakan bantahan Phahrolrazi dan Ismail,  Azizan mengambil keputusan baru-baru ini untuk menyalurkan kontrak lumayan itu kepada sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang akan memanggil tender untuk menjalankannya.
"Bagaimanapun "tangan Mr E" masih kelihatan dengan sekurang-kurangnya lima syarikat yang mempunyai kaitan dengan beliau akan membida kontrak lumayan itu....ini maklumat yang sampai kepada dua Exco berkenaan, menyebabkan mereka terus menentang Azizan habis-habisan," tambah sumber itu.
Menurut sumber itu, pada malam perjumpaan mahabbah di Alor Setar Sabtu lalu, Azizan menafikan mengenali Mr E.
"Pada malam itu,  isu ini berbangkit dan MB Kedah menafikan dengan mengatakan dia tidak kenal dengan orang yang hendak diberikan projek RM1bilion itu. Malah dia berkata mungkin pemandu dia kenal  (MR. E) ini," katanya.
Bagaimanapun menurut mereka, pemimpin Pas Pusat mempunyai rujukan sendiri untuk menyiasat kesahihan maklumat mengenai pemberian kontrak itu kepada syarikat milik Mr E.
Sumber-sumber itu berkata walaupun Phahrolrazi dan Ismail akur arahan Pas Pusat untuk dilantik semula menjadi Exco Kerajaan Negeri, mereka bertekad memastikan kontrak penyenggaraan jalan itu tidak diberikan kepada mana-mana syarikat kroni.
"Ya bila exco lawan ..dia bagi tender tu kepada anak syarikat negeri, ... tetapi anak syarikat kerajaan negeri mana, dia yang lantik. Oleh kerana hendak nampak telus, dia buat tender terbuka. Tetapi jika buat tender terbuka pun namun yang minta projek ialah syarikat-syarikat Mr. E,  sama sahajalah," katanya.
 
Sumber-sumber itu berkata Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang ditugaskan untuk memastikan perjalanan kerajaan negeri selari dengan perjuangan parti menghadapi ujian pertama untuk mencari penyelesaian terhadap isu kontrak penyenggaraan jalan itu.
Phahrolrazi dan Ismail bersetuju dilantik semula sebagai Exco kerana yakin Jawatankuasa Pemandu itu berupaya memantau dan memanggil tindakan yang perlu terhadap sebarang keputusan Azizan yang dianggap tidak kena atau membelakangi kepentingan parti.AP  
MKP ayat sempoi : Dulu depa dok kata UMNO sakau projek,Lanie depa pun sama....Tue pepatah ada menyatakan Kerana Duit Mata Jadi Buta......Jangan dok mengata kat Orang.... 

TAHNIAH GUAN ENG?


Ucapan tahniah kepada LGE dan DAP kerana berjaya menyimpan wang kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga RM1billion lebih....hebat. 

Tapi memang boleh simpan duit banyak sebab tak dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat....parit longkang tak dicuci, sampah dibiarkan berhari-hari baru nak kutip, rumput tepi jalan tak dipotong, dahan pokok tak dipangkas dan mcm2 projek untuk rakyat tak dibuat. 


Zaman BN, parit ni tiap2 bulan dicuci oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai, tp sekarang dah hampir setahun LGE buat tak tau....walaupun dalam kawasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang....orang kuat LGE tu.

BADRUL AMIN PELAQ,GUNA KHALWAT MODAL CERAMAH?


Badrul Amin nie jenis PELAQ kalau orang Kedah kata,Mengunakan modal khlawatnya uuntuk ceramah di Gunong Keriang,Anak Bukit , Kedah.Semua dah terbukti dan nyata masih lagi nak pembohong dekat rakyat Kedah yang lanie tengah dok pening dan ragu-ragu dengan Ostad Zizan dan EXCO.Ramai ahli PAS Kedah yang menyokong MB bertekad jika isu ini tidak selesai akan ada protes dalam Parti tersebut.Berbalik kepada Badrul nie kira jenis muka tempek kulit BABI.Kalau yang baik dijaja tak pa la pulak nie kantoi tangkap BASAH.Badrul ingat nanti silap hari bulan hang pi sana kena baling dengan Teloq Kemaruk pasal hang pun jenis kemaruk dengan bini orang,sat Gie bini hang kt atas tue tomoi hang baru tau.

  

Sedar atau tidak, samada suka atau tidak Badrolamin telah berada dalam satu bilik dengan Watiwani, itu kata saksi dan suami kepada Watiwani. 

Samada sedar atau tidak Badrolamin telah memberi tazkirah kepada bini orang dalam keadaan mencurigakan dalam satu bilik yang sama jam 3 pagi.

Samada sedar atau tidak Watiwani sanggup membuat perjalanan sejauh 150km untuk mencari Badrolamin dibilik hotel Swiss Garden Kuantan.

Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh penyokong pakatan rakyat yang sering melakukan maksiat tanpa memikirkan azab Allah. jangan mudah tertipu dengan dajal-dajal yang menyerupai manusia.

MKP Ayat Sempoi : Jaga-jaga sat gie pi sana kontoi pulak dengan bini orang kt Kedah......almaklum kuliah 3pagi.......


AWAT TERUK SAMPAI MACAM NIE?


Jika begini moral seorang artis yang ingin ditunjolkan didalam masyarakat adalah amat memalukan semua pihak.Dalam bab nie MKP tak nak komen banyak sangat dan sama-sama kita menilai baik dan buruk [perilaku  bergantung kepada individu itu sendiri.

Oleh kerana ingin menyeru kapada kebaikan terpaksalah saya tunjukkan contoh supaya dengan cara ini, dapat mengingatkan atau menakutkan mereka-mereka yang lain supaya tidak berbuat sedemikian. Ingatlah setiap perbuatan kita ada yang melihatnya terutama Allah, dengan sifatnya maha melihat dan mengetahui apa yang tersembunyi. 
Kepada artis gambar dibawah ini, perlu tahu sebagai seorang artis seharusnya tidak berkelakuan begini kerana ia akan memberikan imej yang buruk terhadap rakan-rakan seperjuangan anda iaitu dengan artis yang lain. Mungkin juga akan jadi bualan mulut dari peminat-peminat anda.kembalakEnterprise
MKP Ayat Sempoi : Kalau nak glamour dan bersosial pun janganlah sampai macam nie? 


ALAHAI PAS TERDESAK SANGAT KE?





PAS sering mahu menjadi juara didalam segala hal. Dari pemimpin atasan hinggalah kepada totok pencacai Pas dibawah semuanya mahu menang didalam setiap hal. Tak kiralah sama ada mereka salah ataupun benar, yang penting bakat spin mereka digunakan sehabis mungkin untuk menang berhujah.

Halal haram belakang kira, yang penting jangan bagi UMNO dan orang-orangnya menang sekalipun didalam berhujah. Sebab itulah munculnya peribahasa moden “walharammu, walhalalku” didalam setiap kamus pemikiran para totok pencacai PAS.

Maka perjuangan orang Melayu dan Islam untuk mempertahankan UMNO dan melawan PAS yang bergabung dengan DAP adalah IBADAH untuk memastikan Islam tidak tergugat dan terpelihara selamanya di bumi ini.
 



Tuesday, March 6

KALAU BEGINI RUPANYA TERUK MALAYSIA?

Kalau begini rupanya pasti ramai yang akan meminatinya.MALAYSIA bakal ‘digemparkan’ dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.
Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D’Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.
Apa dah jadi dengan Malaysia nie,masih lagi ramai artis malaysia yang dok ada akan tetapi masih lagi ada pihak dok promosi artis luar....akan tetapi Pemuda BN lagi terbaik dengan Penganjuran  BN Youth Music 2011.
Hampir 3,500 orang di kalangan belia hadir dalam memeriahkan festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung baru-baru ini , julung kalinya diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir pada acara menutup tirai yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut, menyaksikan kemeriahan festival selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, yang turun mengiringi Najib.

Khairy yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri berpuas hati dengan gerak kerja Pemuda BN dalam mendekati golongan belia melalui muzik, jauh berbeza dengan cara pendekatan lama yang digunakan sebelum ini.

“Kami cuba membuat pembaharuan dengan menarik penglibatan golongan muda berusia di antara 16 dan 40 tahun melalui seni, yang selama ini hanya dilakukan melalui ekspo-ekspo pekerjaan dan perumahan. " kata Khairy.

Melihatkan kepada sambutan yang cukup menggalakkan, Ketua Pemuda Umno dan BN ini tampil dengan keyakinan mahu membawa festival ini keseluruh pelusuk negara, tahun hadapan.


RANKING ALEXA TERBARU MAC 2011 BLOGGER PRO BN.


Berikut adalah Ranking terbaru yang telah dikeluarkan oleh blog jendelamaya.Adakah ini menjadi titik tolak menentukan taraf dan kreditbiliti seorang blogger.Bagi MKP ianya hanya berdasarkan angka dan banyak pendapat dari rakan-rakan lain untuk dikongsi disini.Apa pun MKP berada ditangga 9,terima kasih kepada pengunjung blog serta rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter,Jasa anda akan dikenang sehingga keakhir hayat.........Arios..... 

Azizan Tolong Dedahkan ‘Cina’ Yang Serah Duit Pada Phahrolrazi



Dalam mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi dan menghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.
Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.
Malangnya, sumber yang menyatakan hal ini kepada penulis tidak pula menyatakan sama ada Azizan ada menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam mesyuarat itu.
Tuduhan ini serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Ditakuti boleh mengancam kestabilan kerajaan Kedah walaupun selepas penubuhan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PAS pusat untuk mengawal selia keputusan dalam pentadbiran negeri Kedah.
Apatah lagi bila yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!!
Berharap Azizan berani melapurkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ia benar-benar berlaku seperti mana yang didakwanya.  Apatah lagi bila tuduhan tersebut di dengar oleh semua orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Dun.
Kegagalan melapurkan kepada SPRM akan menjadikan pemimpin lain yang turut sama dalam mesyuarat tersebut bersubahat dengan ‘kesalahan yang didakwa Azizan dilakukan oleh Phahrolrazi itu.
Persoalanya di sini, kenapa Azizan menunggu sehingga mesyuarat seumpama itu diadakan untuk mendedahkan semua perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS?  Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal jika benar seperti mana dakwaan Azizan dalam mesyuarat tersebut “saya tau semua tu ingat saya tak tau, nak saya dedah semua ka?”.
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, kami tahu lebih banyak perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tapi kami akan dedahkan pada masa yang sesuai kerana jelasnya banyak perkara memalukan berlaku dalam mesyuarat itu yang tidak mahu dihebahkan kepada pihak luar.

NURUL IZZAH PULAK DICABAR BERSUMPAH?


Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.
Rasanya belum pernah dengar lagi setakat ini.
Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan,mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.
Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin untuk menjelaskan mengenai  kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.
Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu,Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.
Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.
Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.
Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.
Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.
Kata Ahad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta.
Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.
Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.
Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?
Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul  nak ikut jejak itu.
Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu. -AGENDADAILY.
MKP Ayat Sempoi : kita tengok Nurul Izzah berani tak bila dicabar,jangan jadi macam Anwar Pulak.

AWAT PULAK PM MENGAMUK?



Kali pertama MKP tengok PM kata macam nie dekat Pemimpin UMNO,Bukan apa tue semua peringatan kepada semua,Jangan dok lena diulit bantai mahal.Nanti yang terima natijahnya adalah rakyat Kedah Jugak...Matlamat perjuangan pada PRU 13 adalah untuk kembalai merampas Kedah dari PAS.Jika teguran itu  membina patutlah diterima dengan hati yang terbuka.Tak salah merendahkan diri,tak rugi pun....

PAS DAH JADI PARTI SEKULAR?




Sebagai seorang Islam saya benar-benar kesal dan kecewa apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini menyatakan bahawa Pas sanggup minum kopi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada meminum arak dengan UMNO.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bagaimana Dzulkefly lebih mementingkan soal merebut kuasa bersama kedua-dua parti itu daripada berusaha menyatukan ummah.

Kita tidak faham kenapakah Dzulkefly begitu taksub mempertahankan kerjasama Pas dengan kedua-dua parti berkenaan terutamanya DAP yang menentang Islam.

Dzulkefly perlu ingat, Pas sepatutnya tidak perlu berbangga kerana menjalin hubungan dengan DAP kononnya atas dasar ingin menunjukkan persefahaman parti itu dengan bukan Islam.

Sebenarnya, UMNO lebih dahulu melakukan perkara berkenaan sejak merdeka lagi dan kita tidak perlu lupa apa kata Pas kepada UMNO suatu ketika dulu.

Apakah Dzulkefly melupakan siapa yang menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC? Bukankah tuduhan itu dibuat oleh Pas, tetapi kenapakah sekarang apabila Pas terpaksa bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk mencari kuasa politik maka ia sudah tidak anggap kafir lagi?

Hakikatnya, UMNO jauh lebih baik daripada Pas, UMNO melaksanakan pelbagai usaha memajukan Islam tetapi Pas hanya tahu mengkritik dan mencipta slogan sahaja.

Selain itu, saya juga ingin meminta Dzulkefly tidak perlu bersandiwara lagi, semua orang tahu siapa beliau. Dzulkefly adalah pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pas dan mahu melaksanakan agenda Penasihat PKR itu dalam parti berkenaan.

Akibat ada pemimpin seperti Dzulkefly ia telah menyebabkan Pas kini semakin tunduk kepada DAP. Segala-galanya Pas 'halalkan' termasuklah mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Oleh itu saya berharap ulama-ulama dalam Pas akan menegur Dzulkefly yang sejak kebelakangan ini kerap membuat kenyataan yang boleh menjejaskan Pas.

Itu pun jika para ulama dalam parti berkenaan masih mempunyai keberanian untuk menegur mereka yang dianggap 'parasit' dalam parti itu.

NUR HIDAYAH

MKP Ayat Sempoi : PAS akan kecundang dan telah kembali kepada fitrah untuk menyesatkan umat,,,,,Renungkan.

DEBAT : ADAKAH INI PERLU???



Kaji Selidik yang dijalankan di kalangan pengundi di negara ini oleh Merdeka Center baru-baru ini mendapati 54 peratus responden mahukan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan dari semasa ke semasa. 

Pengarah Program Mrdeka Center, Ibrahim Suffian, dalam satu kenyataan medianya, hari ini, berkata sokongan untuk debat itu terutamanya di kalangan pengundi muda berumur antara 21 hingga 30 tahun adalah tinggi, iaitu 67 peratus setuju debat itu diadakan bagi membentangkan idea dan dasar masing-masing kepada rakyat di negara ini.

Menurutnya, generasi muda kaum Melayu membentuk kumpulan terkuat iaitu 76 peratus manakala pengundi berumur 60 tahun keatas adalah yang terendah dalam kumpulan responden iaitu sebanyak 39 peratus.

"Walaupun ada sesetengah pihak yang menyifatkan debat itu tidak perlu dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita' hasil kaji selidik berkenaan membayangkan bahawa ia akan membantu pengundi membuat keputusan memandangkan 62 peratus daripada pengundi yang masih belum menetapkan parti mana yang bakal diundi menyokong debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang diadakan," sebutnya  lagi kenyataan media yang dikeluarkan 

Beliau menambah, antara topik yang mahu dilihat pengundi termasuk isu-isu ekonomi sejumlah 17 peratus, isu semasa, 9 peratus dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara, masing-masing berjumlah 7 peratus.

Menurutnya lagi, pengundi juga mahu melihat isu memerangi rasuah menyusuli isu-isu lain yang perlu dibahaskankan. Kenyataan itu menyebut kaji selidik berkenaan dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research antara 10 hingga  23 Februari untuk mengkaji persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

"Sejumlah 1,022 pengundi merangkumi 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India ditemuramah melalui telefon bagi kaji selidik terbabit," kata kenyataan media itu lagi.Responden dalam kajiselidik itu dipilih berdasarkan kajian rambang mengikut garisan kauman, jantina dan pemastautin negeri.

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng dah debat ngan CSL baru nie,Guan Eng kalah teruk.... 

Monday, March 5

VIDEO SEMPOI : ANWAR MESTI MAKI , KITA TUKAQ BAHASA LA PULAK,,,,PENANG...





TUKAQ BAHASA TAK BERMAKNA SEMUA FAHAM DAN MENGERTI AKAN TETAPI VIDEO NIE JELAS MENUNJUKKKAN DEPA DI KAKI PUTAQ BELIT......AYUH RAKYAT PULAU PINANG KITA PUTAQ KEPALA DAP DAN PKR KALI NIE......

PAS KEDAH MAIN WAYANG KULIT,LAWAK SUNGGUH DEPA NIE?


Bila orang Kedah marah bahasa keluaq macam-macam bagi bukan rakyat utara semenanjung kena balik cari kamus atau rujuk la dengan orang utara.Teringat masa dulu kecik-kecil semasa keraian majlis kahwin mesti ada wayang kulit Asun yang famous masa tue.Almaklum masa tue TV pun tak ada macam lanie semua teknologi ada.


Walaupun baru dalam dunia blogger akan tetapi tak semestinya kita nie marhean dalam selok belok politik "itulah ayat DARI BLOGGER superstar yang keluaq"Pendirian MKP mudah jangan berlagak sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada,semua tue tak kekal dalam dunia nie.Hidup amacam roda,,,,,hari nie hari kau mana tau esok hari aku,,,,,,,,,tapi kalau berdendam itu bukanlah sikap MKP......


Berbalik kepada cerita asal,PAS nie dah main wayang dengan rakyat Kedah.Mula kata tak sebulu bergaduh sakan.Sampai keluaq dari ofis (Phahroul)tak mau kat Ostad Zizan.Maka bermulalah Wayang Kulit Asun depa dok main.....Nie semua nak perhatian dari pucuk pimpinan PAS pusat.Wayang Punya wayang last sekali terima juga jadi EXCO Kedah  KLIK DISINI...apa kejadah depa nie dok main,,,Ludah mai balik kat muka dah nie.Tu dia MKP cilok dari MPP surat yang dihantaq kepada MPP.Lebih kurang pulak nama kami nie MKP/MPP heeeeeee K_POP......
Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain.. 
Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie?
Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni? 
Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?
Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok.. 
Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah.. 
Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu.. 
Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka??? 
Mat Tok ChaLana Bulu
MKP Ayat Sempoi :Tak apa bro kita semua kawan tak mau lawan,tapi kita tunggu lah lepaih PRU 13 tengok sapa sempoi..................Jangan jadi Anjing menyalak bukit takkan runtuh. 

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive