Thursday, March 8

PUNGKOK SAPA KENA RABA?

Sapa punya keja nie!dok ikut jenis perangai tak boleh pakai pulak dah?

Oh ! aah ! adakah Pippa dan Henry telah melakukannya?

Bukan cerita tue yang nak MKP sampaikan akan tetapi cerita ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang nak habaq mai.Dengaq kata lepas nie tak mau dah jadi ketua menteri pasal apa?Retorik semua tue Guan Eng ayat katanya pernah berjanji masa PRN Sarawak hari tu,Lepas tue kalu nak lepas jawatan mampus pi la dekat hang apa kena mengena dengan Khoo Tsu Koon..Tsu Khoo nie pegang lama sebab dipercayai oleh rakyat Pulau Pinang.Rakyat yang mengundi Gerakan.Bab mengundi mana boleh tipu dan tidak boleh di manipulasi......

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan ikut jejak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang memimpin negeri itu sebagai Ketua Menteri selama 18 tahun.
Lim juga, pada masa yang sama berkata DAP tidak akan mengikuti manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika pilihan raya negeri Sarawak untuk menghadkan tempoh memegang jawatan Ketua menteri kepada tiga tahun.
"Kita tidak pernah membincangkan perkara itu,"  Lim dipetik sebagai berkata dalam temubual dengan akhbar harian China Press.
Beliau juga mengaku telah mencapai kemuncak kerjaya politiknya selepas menyandang jawatan tertinggi di negeri itu selama ama empat tahun, tetapi beliau tidak akan memegang jawatan itu selama Koh.
"Saya serahkan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.
Lim menolak dakwaan bahawa dia adalah seorang pemimpin autokratik yang telah mengatasi anggota exco kerajaan negeri yang lain, dengan berhujah bahawa ia adalah satu persepsi yang dicipta oleh Umno.
Ditanya mengenai pandangan rakan-rakannya bahawa beliau harus melepaskan lebih banyak kuasa pentadbiran untuk menggambarkan imej kabinet negeri sebagai satu pasukan, Lim berkata, ia adalah satu gambaran yang dicipta oleh media, yang sering memberi tumpuan terhadapnya.
"Seorang ketua menteri mesti memperlihatkan keprihatinan kepada semua dan melawat pelbagai tempat. Saya perlu menghadiri pelbagai acara, termasuk yang berkaitan dengan pertanian, malah sukan. Ini adalah skop tugas saya. 
"Parti lawan menyerang saya dan bukan anggota exco yang lain, jadi saya perlu untuk terus mempertahankan diri saya dan ini mewujudkan persepsi tersebut," Lim dipetik oleh harian tersebut.AntaraPos.

MKP Ayat Sempoi : Selamat bersara  Lim Guan Eng lagi cepat lagi baguih la....Oh ya sebelum nak berambus tue pasal isu Bayan Mutiara apa cita,,,,Awat tak habaq kata ,dah kantoi kena berhenti kalah dalam pertandingan cabar mencabar dan Jawatan CM dipertaruhkan....   



VIDEO BANJIR DI KUALA LUMPUR SEMALAM.







Banjir di Kuala Lumpur pada 7 Mac 2012 berpunca dari hujan lebat yang turun tidak henti-henti. Beberapa tempat sudah dinaiki air seperti di Jalan Tar, Kampung Baru, Bukit Bintang, Pavilion, Low Yat dan juga di Dataran Merdeka. Angka kerugian masih belum dikenal pasti tetapi banyak kereta yang rosak dan beberapa premis juga dinaiki air.
Antara video banjir di Kuala Lumpur, 7 Mac 2012 yang berjaya dikumpul.
Seorang pelajar, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, tertimbus dari paras pinggang ke bawah selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan jiran dalam kejadian tanah runtuh di rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield Off Jalan Maharajalela, malam tadi.
Dalam kejadian hujan lebat jam 9.20 malam itu, mangsa berada di belakang rumah sebelum diarah bapanya masuk ke dalam rumah berikutan hujan semakin lebat.
Bagaimanapun, ketika mahu masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tanah di tebing belakang rumah yang terletak lima meter dari rumah mangsa runtuh dan menimbus separuh badan mangsa termasuk muka.
Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong.
Jiran mangsa, Zaharah Hashim, 54, berkata dia yang pada mulanya menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri, tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia ternampak muka anak jirannya diliputi tanah dan menghubungi ambulans bagi meminta bantuan.
Sebaik dikeluarkan, mangsa yang tidak sedarkan diri diberi bantuan oleh paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi.
MKP Ayat Sempoi :Al fatihah....

BANGANG SUNGGUH PUAK PAS NIE?



Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak, Beh Heng Ken dan Naibnya Richard Wong adalah berbangsa cina dan beragama Kristian yang tidak pernah percayakan Islam pun. Jika dia percaya bahawa Islam adalah Agama yang terbaik kenapa selama 2 tahun mereka didalam Dewan himpunan penyokong Pas tidak terlintas langsung untuk memeluk Agama Islam.

Kenapa pula apabila dihadapan penyokong cina mereka sedikit pun tidak berkata-kata tentang Islam, murninya Islam, Indahnya Islam. Itu menunjukkan mereka ini ada agenda jahat yang tersembunyi dan untuk memecahbelahkan umat Islam.

Siapa mereka untuk berkata mengenai Islam dihadapan orang Islam? Mereka hanya sekadar kafir harbi yang menolak Islam kenapa pula mereka dibenarkan berkata-kata mengenai Islam dihadapan orang Islam. Sebab itu dikatakan penyokong dan pemimpin Pas sudah jadi dungu.

Sumber-Sungai Rapat Online

RUMAH PHAHROLRAZI TERSEBAR?


Rumah Phahrolrazi. Pemimpin parasit PAS Kedah.Mitos bahawa pemimpin PAS adalah terdiri daripada golongan sederhana dan rela berkorban demi rakyat mungkin akan laku zaman 90an.

Di zaman IT kala ini, semua maklumat adalah di hujung jari. Jika PAS menggunakan kaedah menonjolkan rumah-rumah pemimpin UMNO .Tapi kalau ditunjukkan gambar ini kepada penyokong totok PAS, mungkin ada yang tak percaya. Sebab ada di antara mereka masih ingat pemimpin PAS hanya ada kereta Proton Saga.

Dan sebab kuasa dan harta juga pemimpin-pemimpin parasit PAS Kedah sanggup membelakangkan mandat yang diberi oleh rakyat iaitu Ustaz Azizan sebagai MB.

Rupanya serangan terhadap MB Azizan Razak oleh Phahrolrazi dan kawan-kawan berunsur tender projek jalan jutaan ringgit yang tidak lagi diberikan oleh Azizan kepada krono Phahrolrazi. Dengar cerita projek jalan oleh kerajaan pusat tidak disalur kepada kroninya atas cadangan MB Azizan. Betol ke?

Memang berdebah puak totok Pas Kedah,berjuang demi mengaut harta kerajaan negeri dan membiarkan rakyat negeri Kedah hidup dalam kesempitan. Sungguh zalim kerajaan yang berserban ini selagi boleh mengaut kekayaan negeri sehingga alpa kepada falsafah perjuangan asal.

Kesian MB Azizan Razak yang dinafikan kuasa mentadbir negeri secara mutlak. Mana ada negeri dalam Malaysia baik dibawah tadbir kerajaan pusat atau kerajaan pakatan yang kuasanya dikawal oleh jawatankuasa pemandu  Pusat.

Sah Pas Pusat mencampuri urusan dalam kerajaan negeri Kedah dan mereka berjaya mengurangkan kuasa MB Azizan dan terus untuk memberi tekanan sehingga mereka berjaya membuat Azizan mengundurkan diri.

MKP Ayat Sempoi : kalau kita suka buat kat orang necaya suatu hari kita akan kena jua.

GUAN ENG KENA BEDAL LAGI DENGAN IR SHEIK HUSSEIN.



Pemuda Umno Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mengenai Keperluan Kerajaan Negeri DAP menyebarkan maklumat yang cukup kepada rakyat serta rundingan awam sebelum melaksanakan projek infrastruktur mega di Pulau Pinang.


Kerajaan Negeri DAP perlu memegang prinsip "kebebasan maklumat" yang sering mereka laung-laungkan diperingkat nasional dan kononnya menjadi kelebihan mereka. Perlaksanaan beberapa pembangunan mega di pulau pinang samada kecil atau besar,tender terbuka atau rundingan tidak meletakkan kebebasan maklumat(freedom of Information) yang keutamaan dan hanya senahagian kecil maklumat dikeluarkan itupun setelah didesak beberapa kali.

Antara beberapa projek yang tidak mengamalkan faktor kebebasan maklumat adalah seperti Cadangan Perlaksanaan beberapa projek seperti pembinaan terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam sepanjang 6.5km,Tanjung bungah ke teluk bahang, jalan pintas daripada persiaran gurney ke lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas dari lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke bandar baru air hitam.

Rakyat Pulau Pinang perlu dibekalkan perkara-perkara berikut atas dasar kebebasan maklumat, antara maklumat yang perlu dipamerkan setelah kajiam impak dibuat adalah seperti berikut:

1.Kajian Kebolehlaksanaan-Feasibility Studies-merangkumi banyak faktor kebolehlaksanaan pembangunan


2.Kajian kesan kepada Trafik


3.Kajian Kesan kepada Alam Sekitar


4.Kajian Kesan Sosial


5.Kajian kesan Kepada Ekononomi

Kerajaan Negeri DAP juga perlu memastikan semua laporan diatas adalah dipamerkan kepada rakyat dan mudah diperolehi.Antara persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri DAP terhadap perlaksanaan projek2 diatas adalah seperti berikut:

1.Benarkah projek berkenaan dilaksanakan dan dibiayai melalui pertukaran tanah dengan syarikat yang bakal membangunkan projek itu?


2.Jika benar berapa luaskah tanah yang akan diganti kepada pemaju tersebut?


3. Adakah tanah tersebut dipajak atau dijual yakni pegangan bebas atau pajakan


4.Jika berdasarkan harga jualan tanah di Bayan Mutiara yakni RM240/kaki persegi,kos 8 billion pembinaan terowong hanya boleh diganti dengan sekurang-kurangnya tanah berkeluasan 765 ekar.Keluasannya ini dikira berdasarkan anggaran kasar tanpa mengambilkira keuntungan pemaju lagi.


5.Dimanakah kedudukan tanah seluas 765 ekar yang akan digantikan kepada pemaju?
6.Adakah tanah laut akan dijual atau dipajak kepada pemaju?


7.Jika benar tanah yang akan diganti seluas itu, Sudah pasti semua kajian diatas sepatutnya telah dilaksanakan,dimanakah semua laporan Kajian tersebut?


8.Bagaimana pula dengan baki 3 projek lagi,apakah kaedah penukaran tanah digunapakai?jika kaedah yang sama digunapakai, maka keluasan tanah yang akan dijual atau dipajak akan bertambah.


9.Siapakah perunding yang dilantik untuk menjalankan kajian kajian tersebut diatas?adakah masih menggunakan kepakaran perunding singapura?


10.Adakah kerajaan Negeri DAP mampu mempamerkan semua kajian tersebut dengan kadar segera memandangkan tender untuk projek2 diatas telah dibuat atau mungkinkah Kerajaan negeri DAP telah melaksanakan proses tender bagi projek diatas tanpa membuat sebarang kajian?

Diharapkan Kerajaan Negeri DAP jangan cuba berdolak dalih serta mengalihkan perkara diatas menjadi permainan politik kerana perkara2 teknikal diatas perlu diperjelaskan secara Kompeten,Akauntabel dan Telus untuk kepentingan rakyat



Kenyataan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir Shaik Hussein


MKP Ayat sempoi : Guan Eng sampai hari nie diam tak jawab.... 

YUSMADI KENA BALUN DENGAN SAIFUDDIN DAN TUN FAISAL.


Malam tadi tepat jam 10.00 malam satu agenda perbincangan yang bertajuk debat telah dihadiri oleh YB Dato Saifuddin Abdulah MP Temerloh, YB Yusmadi Yusof MP Pkr Balik Pulau dan Pengerusi UMB Saudara Tun Faisal IsmaiL.

Ternyata dan jelas menunjukkan Yusmadi telah dipersekolahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi yang seolah-olah seorang guru tingkatan 6 sedang mengajar subjek Pengajian Am kepada Yusmadi yang akan menduduki peperiksaan STPM 2012. 

Tun Faisal dan Yusmadi bukan kali pertama bertemu di Awani tetapi sudah banyak kali berdialog dalam 501, antara tajuk yang pernah mereka bincangkan ialahInternet antara tapisan dan kemajuan. Oleh itu Tun hanya memberi pukulan smash sahaja tanpa banyak berhujah.

Yusmadi menyuarakan bahawa debat menjadi asas yang awal dalam sistem demokrasi moden yang dianjurkan oleh Julius Caesar.

Yusmadi lupa bahawa debat sememangnya wujud dalam Malaysia cuma Yusmadi lebih menjuruskan kepada debat terbuka. Yusmadi juga menyatakan bahawa debat baik untuk melihat keupayaan dan kebijakan sesesorang. 

Jadi, selama ini Yusmadi bukan lah seorang yang bijak kerana beliau tidak berdebat dalam dewan rakyat. Boleh check lah berapa kali Yus bangun untuk berdebat. Yus lebih syok kalau masuk Astro Awani dari dalam dewan.TM



MKP Ayat Sempoi ; Kali nie biaq la orang Balik Pulau terus sedaq dan tak mengundi Yusmadi bengap nie.Dia menang pun cuma 700 undi saja.Cakap pandai tapi kawasan sendiri balik dua tiga bulan sekali.........

KHALID GAGAP LAGI TENDER TERBUKA?



Apa kejadah nie depa buat kat Selangor,Dulu bukan main lagi dok londeh kata Pemimpin UMNO main duit dan rasuah.Nie bila Pakatan Haram memerintah jadi lagi teruk dari dulu....Orang yang sama jugak dok londeh semua nie....Bab cover direct deal mera deal nie Guan Eng pandai,Cuma Kalid Gagap saja yang bangang.Kalu Guan Eng boleh kata kat Khalid tiru macam saya,Tengok isu Bayan Mutiara walaupun Rundingan terus tapi saya berjaya tipu sama UMNO kata itu Open Tender......Mau tipu laian kali belajar sama saya ma?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinannya ada memberikan kontrak secara rundingan terus namun menafikan ia membabitkan jumlah ratusan juta ringgit seperti didakwa oleh blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya, Malaysia Today.
Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah mahupun butiran kontrak yang ditawarkan itu namun menegaskan bahawa beliau akan mendedahkannya pada sidang Dewan Undangan Negeri nanti.
Saya tidak mahu menjawab tulisan Raja Petra sebab terlalu banyak yang salah dibuat. Walau bagaimanapun saya akan mengeluarkan dokumen tentang (dakwaan Raja Petra)," ujarnya. 
"Kita mempunyai proses ketelusan dari segi pentadbiran, saya akan mengeluarkan dokumen kontrak-kontrak yang tidak dilakukan  secara tender atau sebut harga sejak 2006-2010. Saya akan letakkan di dewan Undangan Negeri dan kita bersedia beri jawapan," katanya dalam sidang media Exco  di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di sini, hari ini. 
Beliau juga berharap pihak berkaitan tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan itu.
"Angkanya boleh jadi tak serupa, rundingan ini juga berlaku dalam kerajaan persekutuan sejak 30 tahun dulu, ini bukan perkara yang luar biasa. Kita akan tunjukkan cara-cara keputusan (rundingan) dibuat,"  ujarnya lagi.
Raja Petra, dalam blognya mendakwa kontrak lebih RM250 juta telah ditawarkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Khalid melalui tender secara terus dan rundingan dari 2008 hingga 2010. 
Penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam reaksinya berkata Khalid gagal mengkotakan janji kepada rakyat pada 2008 lalu bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan menghentikan amalan tawaran tender secara rundingan terus bagi mengekang ia dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng sampai hari tak jawab lagi soalan teknikal yang disoal oleh Ir Sheik KP Penang.Dedahan akan dibuat Lepas nie.... 

PENJELASAN The Star TIDAK MEMUASKAN.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu tulisan "Allah" di akhbar itu 27 Februari lepas.
Sehubungan itu, KDN menuntut akhbar berbahasa Inggeris itu mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada kementerian bagi memastikan kesilapan sama
tidak berulang selain dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.
"KDN ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan 'preventive', 'corrective' dan 'informative' bagi mengelak paparan
kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata KDN dalam kenyataan hari ini.
Pada 27 Februari lepas, KDN meminta The Star memberi penjelasan mengenai penyiaran gambar berkenaan.
Sehari kemudian, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan pembatalan konsert penyanyi itu yang dijadual 29 Februari
kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Beliau dilaporkan berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan "Allah" di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.
The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan. - Bernama
MKP Ayat Sempoi ; Apa nak jadi dengan manusia akhir zaman nie sampai nama allah dipermainkan.

EHHHHHHH MACAM NIE PUN ADA?


Apa punya tandas daaaaaa........hahaha....mula2 tadi aku ingatkan apa...rupa2nya tandassss,macam 2 rekaan yang dorang buat,kreatif la konon,...kalaulah waktu blackout orang masuk tandas ni entah apa jadi kan......hehehe,tentu ada yang terkejut berok,tegok la dalam gambar tu.....terang2 pun orang boleh terkejut apalagi kalau gelap.....hehehe,bagi la komen sikit k.....bagi respon apa yang akan terjadi kalau orang masuk tandas ni waktu blackout??????


Jaga-jaga kaum wanita nanti ada yang kena ayat cinta dengan pemimpin PKR pulak,Depa nie memang dasyat dalam bab nie,Semuanya kerana ajaran hebat dari al-juburi.Kalau tandas nie satu cerita yang nyata akan tetapi puak PKR nie sanggup menafikan benda yang betul.So jaga-jaga.

Wednesday, March 7

GAMBAQ LISA SURIHANI/YUSRI DI JERMAN.



“Kami berdua suka tempat sejuk,” demikian kata Yusry selepas tamatnya upacara pernikahannya bersama Lisa Surihani, 2 minggu lepas. Disebabkan itu, mereka bercadang untuk ke negara Eropah bagi menikmati percutian bulan madu. Romantiknya pasangan baru kahwin ni, Yusry pun boleh tahan manjanya…
Beberapa foto bulan madu telah dikongsi oleh beberapa laman web.
gambarbulanmadulisayusry9
gambarbulanmadulisayusry10
Apa-apa pun Lisa nie ada dalam majlis masa Perhimpunan Agung UMNO hari tue.

MKP Ayat Sempoi : Buatlah apa pun tak pa benda halal dan sah disisi agama dan undang-undang.....Moga berbahagia,Tapi jangan pulak ikut si Badrul Amin suka dekat orang punya heee 

VIDEO : GUAN ENG KECEWA SKMM TAK SIASAT BLOGGER PRO BN.



Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang telah mengarahkan semua pegawainya memberi tekanan kepada SKMM dan pihak yang berkaitan supaya mengambil tindakkan kepada semua blogger serta CyberTropper BN.Apa kejadah semua nie,mendahuli pihak yang berwajib dalam siasatan.


Terbaru hari ini pihak DAP/Guan Eng telah menghubungi pihak majikan rakan seperjuangan dan bertanyakan profile lengkap mengenai rakan seperjuangan MKP yang terlibat dalam Himpunan Hijau di Speaker Corner tempoh hari.Sampai macam tue sekali terdesaknya Guan Eng nak cari pasal.Jika sampai dah telefon pihak majikan dan mendesak sebegitu alangkah malang nasib yang bakal menimpa member kita seorang nie.Beliau mempunyai keluarga dan tanggungjawab.Kalau periuk nasi sudah diganggu dan tiada pembelaan dari pihak apa gunanya.............Akan tetapi setakat ini tiada tidakkan lanjut dari pihak majikan mana tahu esok atau pun lusa.....Tekanan tetap ada.......

MKP Ayat Sempoi : Berjuangan adalah demi Alif Ba dan Ta,Tapi kalau dah melibatkan periuk nasi kena pecah nie apa cerita , takkan nak tanggung anak bini bagi makan pasir yang dikutip tepi laut kat Padang Kota?????????//

KENAPA SERANG BALAI POLIS?




Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

“Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

“Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara,” ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan.utaranews.


MKP Ayat Sempoi ; Sayang anak biarlah berpada-pada janganlah sampai buat salah pun kata betul jugak.Kebetulan balai polis teluk bahang tue pun bukanlah besaq sangat dan ramai anggota.Nie lah bahananya bila ada kuasa politik masuk campoq.MKP tau apa semua yang terjadi akan tetapi bila ada pihak salah guna kuasa politik diberikan.Apa kejadah semua nie.Takkan nak bongkaq kot sat gie ada geng yang melompat.


- Posted using BlogPress from my iPad

Projek Jalan RM1bilion Untuk Mr E Jadi Punca?


Krisis kepimpinan Kedah memuncak setelah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak di dakwa bersetuju memberikan kontrak penyenggaran jalan selama 10 tahun bernilai RM1 bilion kepada syarikat yang dikuasai oleh anak angkat beliau yang juga bekas pemimpin kanan UMNO Kedah,  sumber-sumber dalaman Pas memberitahu.
Isu itu membawa kepada pertikaian terbuka melibatkan kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh terhadap Azizan sehingga mereka tidak mahu dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri, kata sumber berkenaan.
"Projek ini adalah projek jalan raya selama 10 tahun mulai tahun ini. Ia adalah untuk penyenggaraan jalan yang nilainya sudah meningkat kepada RM100 juta setahun...dan projek ini hendak diberikan kepada bekas pemimpin UMNO Kedah yang menjadi anak angkat kepada Datuk Seri MB Kedah.
Sumber berkenaan berkata antara dua Exco berkenaan, Phahrolrazi yang lebih lantang menentang keputusan Azizan itu kerana penyenggaraan jalan dahulunya adalah di bawah Jabatan Kerja Raya yang menjadi sebahagian daripada portfolio beliau.
Sejak berbulan-bulan,  Phahrolrazi dan Ismail membantah sebarang cubaan memberikan projek berkenaan kepada syarikat bekas pemimpin UMNO itu yang popular dengan gelaran Mr E di Kedah.
Sumber itu memberitahu,  Majlis Mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Azizan memberi persetujuan kepada kontrak itu diberikan kepada Mr E walaupun ditentang oleh Phahrolrazi dan Ismail.
Bagaimanapun pelaksanaan keputusan itu ditangguh kerana Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mahu menandatangani pemberian kontrak itu kepada syarikat berkenaan.
"Sudah setahun masalah ini diutarakan oleh kedua-dua Exco. Majlis Mesyuarat Exco sudah lulus (tender itu) tetapi pelaksanaan projek tidak boleh dijalankan sebab Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mahu tandatangan," kata sumber berkenaan.
Sumber berkenaan berkata Phahrolrazi dan Ismail kemudian memutuskan untuk mengambil keputusan lebih drastik kerana bimbang Azizan memilih sepupunya sebagai SUK baru yang bersedia melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Exco itu.
"Dalam tempoh tiga empat bulan ini, Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri akan bersara dan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru akan 'naik' dan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru ini pula difahamkan adalah sepupu dia (MB Kedah)," tambah sumber berkenaan.
"Keputusan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Exco itu dijangka ditandatangani (oleh SUK baru), jadi apabila ditandatangani maknanya akan berjalanlah  projek RM1 bilion itu," katanya.
Sumber itu berkata,  dalam usaha untuk meredakan bantahan Phahrolrazi dan Ismail,  Azizan mengambil keputusan baru-baru ini untuk menyalurkan kontrak lumayan itu kepada sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang akan memanggil tender untuk menjalankannya.
"Bagaimanapun "tangan Mr E" masih kelihatan dengan sekurang-kurangnya lima syarikat yang mempunyai kaitan dengan beliau akan membida kontrak lumayan itu....ini maklumat yang sampai kepada dua Exco berkenaan, menyebabkan mereka terus menentang Azizan habis-habisan," tambah sumber itu.
Menurut sumber itu, pada malam perjumpaan mahabbah di Alor Setar Sabtu lalu, Azizan menafikan mengenali Mr E.
"Pada malam itu,  isu ini berbangkit dan MB Kedah menafikan dengan mengatakan dia tidak kenal dengan orang yang hendak diberikan projek RM1bilion itu. Malah dia berkata mungkin pemandu dia kenal  (MR. E) ini," katanya.
Bagaimanapun menurut mereka, pemimpin Pas Pusat mempunyai rujukan sendiri untuk menyiasat kesahihan maklumat mengenai pemberian kontrak itu kepada syarikat milik Mr E.
Sumber-sumber itu berkata walaupun Phahrolrazi dan Ismail akur arahan Pas Pusat untuk dilantik semula menjadi Exco Kerajaan Negeri, mereka bertekad memastikan kontrak penyenggaraan jalan itu tidak diberikan kepada mana-mana syarikat kroni.
"Ya bila exco lawan ..dia bagi tender tu kepada anak syarikat negeri, ... tetapi anak syarikat kerajaan negeri mana, dia yang lantik. Oleh kerana hendak nampak telus, dia buat tender terbuka. Tetapi jika buat tender terbuka pun namun yang minta projek ialah syarikat-syarikat Mr. E,  sama sahajalah," katanya.
 
Sumber-sumber itu berkata Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang ditugaskan untuk memastikan perjalanan kerajaan negeri selari dengan perjuangan parti menghadapi ujian pertama untuk mencari penyelesaian terhadap isu kontrak penyenggaraan jalan itu.
Phahrolrazi dan Ismail bersetuju dilantik semula sebagai Exco kerana yakin Jawatankuasa Pemandu itu berupaya memantau dan memanggil tindakan yang perlu terhadap sebarang keputusan Azizan yang dianggap tidak kena atau membelakangi kepentingan parti.AP  
MKP ayat sempoi : Dulu depa dok kata UMNO sakau projek,Lanie depa pun sama....Tue pepatah ada menyatakan Kerana Duit Mata Jadi Buta......Jangan dok mengata kat Orang.... 

TAHNIAH GUAN ENG?


Ucapan tahniah kepada LGE dan DAP kerana berjaya menyimpan wang kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga RM1billion lebih....hebat. 

Tapi memang boleh simpan duit banyak sebab tak dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat....parit longkang tak dicuci, sampah dibiarkan berhari-hari baru nak kutip, rumput tepi jalan tak dipotong, dahan pokok tak dipangkas dan mcm2 projek untuk rakyat tak dibuat. 


Zaman BN, parit ni tiap2 bulan dicuci oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai, tp sekarang dah hampir setahun LGE buat tak tau....walaupun dalam kawasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang....orang kuat LGE tu.

BADRUL AMIN PELAQ,GUNA KHALWAT MODAL CERAMAH?


Badrul Amin nie jenis PELAQ kalau orang Kedah kata,Mengunakan modal khlawatnya uuntuk ceramah di Gunong Keriang,Anak Bukit , Kedah.Semua dah terbukti dan nyata masih lagi nak pembohong dekat rakyat Kedah yang lanie tengah dok pening dan ragu-ragu dengan Ostad Zizan dan EXCO.Ramai ahli PAS Kedah yang menyokong MB bertekad jika isu ini tidak selesai akan ada protes dalam Parti tersebut.Berbalik kepada Badrul nie kira jenis muka tempek kulit BABI.Kalau yang baik dijaja tak pa la pulak nie kantoi tangkap BASAH.Badrul ingat nanti silap hari bulan hang pi sana kena baling dengan Teloq Kemaruk pasal hang pun jenis kemaruk dengan bini orang,sat Gie bini hang kt atas tue tomoi hang baru tau.

  

Sedar atau tidak, samada suka atau tidak Badrolamin telah berada dalam satu bilik dengan Watiwani, itu kata saksi dan suami kepada Watiwani. 

Samada sedar atau tidak Badrolamin telah memberi tazkirah kepada bini orang dalam keadaan mencurigakan dalam satu bilik yang sama jam 3 pagi.

Samada sedar atau tidak Watiwani sanggup membuat perjalanan sejauh 150km untuk mencari Badrolamin dibilik hotel Swiss Garden Kuantan.

Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh penyokong pakatan rakyat yang sering melakukan maksiat tanpa memikirkan azab Allah. jangan mudah tertipu dengan dajal-dajal yang menyerupai manusia.

MKP Ayat Sempoi : Jaga-jaga sat gie pi sana kontoi pulak dengan bini orang kt Kedah......almaklum kuliah 3pagi.......


AWAT TERUK SAMPAI MACAM NIE?


Jika begini moral seorang artis yang ingin ditunjolkan didalam masyarakat adalah amat memalukan semua pihak.Dalam bab nie MKP tak nak komen banyak sangat dan sama-sama kita menilai baik dan buruk [perilaku  bergantung kepada individu itu sendiri.

Oleh kerana ingin menyeru kapada kebaikan terpaksalah saya tunjukkan contoh supaya dengan cara ini, dapat mengingatkan atau menakutkan mereka-mereka yang lain supaya tidak berbuat sedemikian. Ingatlah setiap perbuatan kita ada yang melihatnya terutama Allah, dengan sifatnya maha melihat dan mengetahui apa yang tersembunyi. 
Kepada artis gambar dibawah ini, perlu tahu sebagai seorang artis seharusnya tidak berkelakuan begini kerana ia akan memberikan imej yang buruk terhadap rakan-rakan seperjuangan anda iaitu dengan artis yang lain. Mungkin juga akan jadi bualan mulut dari peminat-peminat anda.kembalakEnterprise
MKP Ayat Sempoi : Kalau nak glamour dan bersosial pun janganlah sampai macam nie? 


ALAHAI PAS TERDESAK SANGAT KE?





PAS sering mahu menjadi juara didalam segala hal. Dari pemimpin atasan hinggalah kepada totok pencacai Pas dibawah semuanya mahu menang didalam setiap hal. Tak kiralah sama ada mereka salah ataupun benar, yang penting bakat spin mereka digunakan sehabis mungkin untuk menang berhujah.

Halal haram belakang kira, yang penting jangan bagi UMNO dan orang-orangnya menang sekalipun didalam berhujah. Sebab itulah munculnya peribahasa moden “walharammu, walhalalku” didalam setiap kamus pemikiran para totok pencacai PAS.

Maka perjuangan orang Melayu dan Islam untuk mempertahankan UMNO dan melawan PAS yang bergabung dengan DAP adalah IBADAH untuk memastikan Islam tidak tergugat dan terpelihara selamanya di bumi ini.
 



Tuesday, March 6

KALAU BEGINI RUPANYA TERUK MALAYSIA?

Kalau begini rupanya pasti ramai yang akan meminatinya.MALAYSIA bakal ‘digemparkan’ dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.
Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D’Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.
Apa dah jadi dengan Malaysia nie,masih lagi ramai artis malaysia yang dok ada akan tetapi masih lagi ada pihak dok promosi artis luar....akan tetapi Pemuda BN lagi terbaik dengan Penganjuran  BN Youth Music 2011.
Hampir 3,500 orang di kalangan belia hadir dalam memeriahkan festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung baru-baru ini , julung kalinya diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir pada acara menutup tirai yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut, menyaksikan kemeriahan festival selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, yang turun mengiringi Najib.

Khairy yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri berpuas hati dengan gerak kerja Pemuda BN dalam mendekati golongan belia melalui muzik, jauh berbeza dengan cara pendekatan lama yang digunakan sebelum ini.

“Kami cuba membuat pembaharuan dengan menarik penglibatan golongan muda berusia di antara 16 dan 40 tahun melalui seni, yang selama ini hanya dilakukan melalui ekspo-ekspo pekerjaan dan perumahan. " kata Khairy.

Melihatkan kepada sambutan yang cukup menggalakkan, Ketua Pemuda Umno dan BN ini tampil dengan keyakinan mahu membawa festival ini keseluruh pelusuk negara, tahun hadapan.


RANKING ALEXA TERBARU MAC 2011 BLOGGER PRO BN.


Berikut adalah Ranking terbaru yang telah dikeluarkan oleh blog jendelamaya.Adakah ini menjadi titik tolak menentukan taraf dan kreditbiliti seorang blogger.Bagi MKP ianya hanya berdasarkan angka dan banyak pendapat dari rakan-rakan lain untuk dikongsi disini.Apa pun MKP berada ditangga 9,terima kasih kepada pengunjung blog serta rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter,Jasa anda akan dikenang sehingga keakhir hayat.........Arios..... 

Azizan Tolong Dedahkan ‘Cina’ Yang Serah Duit Pada Phahrolrazi



Dalam mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi dan menghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.
Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.
Malangnya, sumber yang menyatakan hal ini kepada penulis tidak pula menyatakan sama ada Azizan ada menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam mesyuarat itu.
Tuduhan ini serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Ditakuti boleh mengancam kestabilan kerajaan Kedah walaupun selepas penubuhan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PAS pusat untuk mengawal selia keputusan dalam pentadbiran negeri Kedah.
Apatah lagi bila yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!!
Berharap Azizan berani melapurkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ia benar-benar berlaku seperti mana yang didakwanya.  Apatah lagi bila tuduhan tersebut di dengar oleh semua orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Dun.
Kegagalan melapurkan kepada SPRM akan menjadikan pemimpin lain yang turut sama dalam mesyuarat tersebut bersubahat dengan ‘kesalahan yang didakwa Azizan dilakukan oleh Phahrolrazi itu.
Persoalanya di sini, kenapa Azizan menunggu sehingga mesyuarat seumpama itu diadakan untuk mendedahkan semua perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS?  Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal jika benar seperti mana dakwaan Azizan dalam mesyuarat tersebut “saya tau semua tu ingat saya tak tau, nak saya dedah semua ka?”.
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, kami tahu lebih banyak perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tapi kami akan dedahkan pada masa yang sesuai kerana jelasnya banyak perkara memalukan berlaku dalam mesyuarat itu yang tidak mahu dihebahkan kepada pihak luar.

NURUL IZZAH PULAK DICABAR BERSUMPAH?


Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.
Rasanya belum pernah dengar lagi setakat ini.
Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan,mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.
Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin untuk menjelaskan mengenai  kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.
Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu,Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.
Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.
Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.
Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.
Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.
Kata Ahad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta.
Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.
Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.
Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?
Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul  nak ikut jejak itu.
Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu. -AGENDADAILY.
MKP Ayat Sempoi : kita tengok Nurul Izzah berani tak bila dicabar,jangan jadi macam Anwar Pulak.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive