Monday, March 12

KES KAK IJAT SELESAI,ANWAR BILA PULAK NAK SELAK KAIN?

Pengumuman perletakan jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil semalam, bukanlah satu tanda kejayaan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat sehingga boleh diraikan.
Malah perletakan jawatan ini sebenarnya menyebabkan Pakatan Harami hilang satu isu besar yang boleh digunakan dalam kempen pilihanraya umum yang akan datang.  Seperti yang semua dari kita sedia dimaklumkan, NFC bukanlah isu untuk menjatuhkan Shahrizat tapi untuk menjatuhkan UMNO.
Tapi yang penting, Shahrizat perlu kekal dikedudukannya sekarang sebab hanya jawatannya sebagai Menteri itu sahaja yang boleh mengaitkan isu NFC dengan kerajaan dan para pembuat keputusan pada 2006 yang menganugerahkan projek ini kepada syarikat suaminya.
Nampaknya sekarang Pakatan Harami perlu memikirkan strategi baru dalam soal NFC ini setelah pengunduran Shahrizat.  Yang paling utama bagaimana untuk menyakinkan rakyat bahawa pengunduran Shahrizat bukanlah penamat kepada isu NFC ini.  Rakyat secara puratanya melihat pengunduran Shahrizat adalah bukti UMNO tidak melindungi pemimpinnya yang terbabit dengan salahguna kuasa.

Blogger UMNO akan menjadikan soal pengunduran Shahrizat ini sebagai ‘peluru’ untuk mendesak supaya beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sedang bergelut dengan masalah tersendiri, turut meletak jawatan juga.
Antaranya YB Elizabeth Wong (gambar lucah), Ustaz Badrolamin (khalwat), YB Drs Hj Saipul Bahrin Mohamad (zina), YB. Dato’ Haji Omar Mohammed (zina) dan yang mendahului sasaran blogger UMNO, sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah liwat dan video lucah.Inilah pemahaman yang ditanam dalam benak para blogger UMNO dalam mencari idea untuk menyerang kesemua pemimpin Pakatan Rakyat di atas.
MKP Ayat Sempoi ; Kak Wan Patut letak jawatan jugak Kot?  

ALFATIHAH : NURUL NADIRAH DITEMUI RENTUNG !!



Sedih dan terharu melihat apa yang telah dipaparkan didalam TV3 sebentar tadi.Masih lagi ada manusia berhati binatang....
JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. – UTUSAN
Kanak-kanak manis dan tidak bersalah itu telah dibakar mayatnya! Sungguh menghayatkan hati.

Malah tindakan mereka yang melakukan jenayah itu wajib kita kutuk dengan sekeras-kerasnya! MiM amat berharap agar pihak polis akan dapat menangkap mereka yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu.

Sama-samalah kita sedekahkan ayat Al-Fatihah kepada roh Nurul Nadirah Abdullah.

Al-Fatihah.

Mazlan Aliman Dihalang Masuk Sabah.



Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Beliau ketika dihubungi AntaraPos.com memaklumkan tiada alasan yang diberikan pihak imigresen sebaliknya hanya diberitahu ia adalah arahan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

"Timbalan Ketua Penolong Pengarah sendiri yang menandatangani Notis Penolakan Masuk dibawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Saya kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudiannya diiring menaiki kapal terbang Air Asia kira- kira jam 11 malam," jelas Mazlan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Beliau percaya tindakan menghalangnya memasuki negeri itu berkait rapat dengan komitmennya menggerak dan menyedarkan rakyat Sabah bersabit pemilikan tanah dinegeri itu.

"Ada satu kebangkitan baru dikalangan ketua suku kaum di negeri Sabah yang mula bergabung untuk menentang kerajaan negeri. Penentangan itu sudah wujud sejak dari dulu tetapi kali ini lebih tersusun. 

"Demonstrasi- demonstrasi keci- kecilan sudah mula berlaku dan ini mewujudkan rasa takut kerajaan negeri," kata Mazlan.

Mazlan memberitahu sejumlah 1000 orang rakyat Sabah berkumpul dihadapan Pejabat Ketua Menteri pagi tadi bagi menyerahkan dua memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
 
Namun, memorandum itu gagal diserahkan apabila Musa Aman enggan menerimanya. 

Memorandum pertama adalah membantah tindakan kerajaan negeri merampas tanah rakyat sewenang- wenangnya termasuklah tanah adat orang asal. Manakala memorandum kedua pula diberikan oleh ANAK bagi memohon agar kerajaan negeri tidak menandatangani pajakan 99 tahun tanah di Sabah dengan Felda Global Venture.

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan 'Himpunan 123 Bangkit' itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuklah polis dan polis simpanan persekutuan (FRU).

MKP Ayat Sempoi : Eloklah kena halau pasal selalu dok buat fitnah.....

Pegawai Kanan NFC DiDakwa Hari ini,Sapa Muka Tak Malu?



Dua puluh empat jam selepas Datuk Sharizat Abdul Jalil mengumumkan akan melepaskan jawatan kabinetnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilapor akan mendakwa seorang pegawai kanan Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) di mahkamah.
 
Pegawai berkenaan dilaporkan akan ditahan sebelum dibawa ke mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan.

Sharizat akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir April 8.
 
NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.
 
Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. 

anwar-eskay513
N Surendran yang dapat kerusi Naib Presiden PKR secara percuma berkokok lagi.
Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Lakonan terbarunya konon terkejut mengapa Shahrizat tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.
Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.
Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.
Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'.
Atas apa alasan sekalipun Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.
Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail  ialah suaminya.
Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.
Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.
Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar hangat.
Kalau nak cakap bab jawatan politik,maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.
Sebenarnya cabaran ini pernah disuarakan oleh Shahrizat sendiri terhadap Wan Azizah dalam ucapan beliau di perhimpunan Wanita UMNO.
Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.
Ia bukan satu dakwaan kosong tetapi lengkap dengan video aksi,CCTV naik turun lif dan beberapa bukti lain.
MKP Ayat Sempoi : Anwar lagi harami dari pemimpin UMNO

PM BANGGA DENGAN WANITA UMNO DAN KAK IJAT. @NajibRazak




UNDURNYA SHARIZAT BUKTI BETAPA TINGGI TAHAP TANGGUNGJAWAB, TELUS & TULUSNYA KERAJAAN BN-UMNO ! 

1. Seperti diramal, isu NFC sebenarnya membuka peluang besar untuk BN-UMNO bermain di lapangan politik ala 'Blue Ocean Strategy' sehingga pastinya tidak terjangkau oleh parti politik pembangkang. 

2. Sama ada tuduhan ke atas YB DS Shahrizat itu benar ataupun tidak, pokoknya kerelaan YB DS Shahrizat utk mengundurkan diri dari kabinet perlu disanjung kerana ia lambang kematangan politik individu dan kepartian Islam-Melayu menuju Wawasan 2020. 

3. Sikap tanggungjawab, telus dan tulus YB DS Shahrizat tidak wujud dalam jiwa ruh mana-mana pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng yang baru-baru ini membayar yuran rundingan tinggi kepada jururunding Singapura bagi satu projek pembangunan di Penang; Khalid Ibrahim yang bergelumang dengan skandal konsesi pasir di Selangor; Nik Aziz yang cenderung memajak tanah Rakyat Kelantan kepada pelabur-pelabur Cina Singapura; dan amalan nepotisme perniagaan serta politik terlampau anjuran Anwar Ibrahim. 

4. Langkah bijak DS Shahrizat lepaskan jawatan Senator seiring dgn pembubaran Parlimen sempena pengumuman PRU13 yg dijangka tidak lama lagi. 

5. Sebijak-bijak DS Shahrizat, BN-UMNO juga perlu belajar dari insiden NFC. 

6. Sebagai komuniti politik yg sudah mentadbir negara lebih 50 tahun, sudah sampai masanya utk BN-UMNO menguatkuasakan polisi yg tidak membenarkan suami atau isteri mana-mana Menteri dari parti BN-UMNO berniaga dengan Kerajaan Malaysia. 

7. Dengan adanya polisi sedemikian, semua Menteri Kabinet BN-UMNO akan dipilih bukan saja dari kalangan ahli-ahli Yang Berhormat yang hanya bersih tetapi dilihat bersih (not just clean but is seen clean) dari kacamata Rakyat Malaysia. 

FERIZ OMAR 
FB : Feriz Omar 
T : @FerizOmar 
BB : 269F6EB7

MKP Ayat Sempoi : Terima kasih saudaraku Feriz Omar diatas kesudian BBM MKP semalam.

APA KETUA WIRA PERKASA NIE DOK BUAT?


Hari ini saya perpidato di padang kota,pada jam 6.20 ptg,hampir setengah jam,antara isu yang saya bawakan ialah,mana perumahan rakyat di pulau pinang hampir 4 tahun kerajaan PR memeritah,kedua isu bayan bay,kenapa ia di beri kpd pemaju berkenaan dan bkn PDC sendiri yg menjalankan nya,cara projek itu di beri jgk tidak bersesuaian serta harga di jual di bawah harga pasaran,seterusnya saya mencabar lge membina rumah kos rendah 1000 unit di bayan bay,serta saya mencabar kerajaan pusat iaitu BN jika mereka mereka mengambil alih kepimpinan negeri pada pru ke 13 ni,maka saya mahu mereka membina 2000 unit rumah kos rendah kepada rakyat di negeri ini..kita nantikan jawapan mereka,dan jugak saya menyatakan yang saya berdiri di sini sebagai ngo buat rakyat,saya tidak pernah menerima projek dari BN mahunpun PR, jadi saya bebas bersuara..KLIK DISINI

MKP Ayat Sempoi : Tak nampak orang mai pun?

Sunday, March 11

NEELOFA DAN AMALINA CHE BAKRI.



Amboi seksi sudah Nur Amalina Che Bakri nie?Sampai berkarat sudah rambut nie,Pada suattu masa dahulu Amalina nie pernah mencetuskan kontroversi, Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1. Belajar UK membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.



Kini telah berubah dan kembali insaf diatas perbuatannya,baguslah jika begitu.harap semuanya berkekalan........walaupun jauh diperantauan masih lagi kena kekal budaya timur jugak ,Almaklum sekarang zaman dah berubah setiap benda bergerak dan disebarkan dengan pantas tambahan yang tak elok.kita tinggalkan kisah neelofa dan amalina dan berita nie lagi gempaq nak habaq mula tengok gambaq dibawah,



Nampaknya,PKR kini sedang rancak mempromosikan khidmat kaunseling bersama Ust Dr. Badrul Amin untuk isteri-isteri yang mempunyai masalah dengan suami.Yang paling menariknya,hanya diadakan di sebuah hotel pada jam 3 pagi shj.

Ia tidak terbuka kepada umum ,terhad kepada pencacai dan penyokong Pakatan Rakyat yang bertaraf isteri orang sahaja.Kalau ada janda yang berminat pun boleh ikut serta.Sesi kaunseling ini percuma sahaja,tidak dikenakan bayaran satu sen pun.Pemurah betul kaunselor tue ye...

MKP Ayat Sempoi ; Heboh satu malaya dek kerana Badrul nie?

AWAT DOK BUAT KALUT LU NAK BUNOH DIRI?

gambar terbaru cubaan membunuh diri yang telah MKP cilok dari rakan FB.Cubaan membunuh diri yang berlaku sekarang di IPD Alor Setar.Berita gempaq hari nie Kak Ijat letak jawatan takkan tue pun ada kena mengena kot?Mungkin ada hikmah sebaliknya.ini semua dugaan darinya.

KAK IJAT SAH LETAK JAWATAN?




Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan. beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

“Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI,” kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

“Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur,” kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.


- Posted using BlogPress from my iPad

KAK IJAT AKAN LETAK JAWATAN?


Ura-ura Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kian panas setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Ketua Wanita Umno itu pada waktu yang sesuai.
 
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan."Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian,"

 
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.
 
Sebelum itu, media dimaklumkan satu pengumuman penting akan dilakukan dalam majlis tersebut menyebabkan setiap butiran ucapan Sharizat itu didengari dengan teliti.
 
Sebelum sidang media itu, Shahrizat juga kelihatan berbincang dengan Perdana Menteri beberapa ketika sebelum Najib memberitahu perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.
 
Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
 
Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.
 
Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan." 

Saturday, March 10

MAK LAMPIR NAIK MOTOR BUAT FITNAH?


Kali pertama MKP tengok mak lampir naik motor untuk memberikan segala fitnah kepada rakyat.Mungkin la nie sokongan dah kurang,kena cari idea baru nak ambil hati pengundi.Zuraidah nie teruk tengok MKP dah meroyan.

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. MKP tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, MKP berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

- Posted using BlogPress from my iPad

BILA RAKAN MEREKA ANJURKAN PESTA MAKSIAT ..........




Begitulah sikap bermuka-muka orang PAS yang hanya mengembar-gemburkan kesalahan BN tetapi bila PR atau rakan2 mereka buat pesta maksiat mereka hanya mendiamkan diri ..........

'Miss Hard Rock Penang 2011'.

Wow!! Terpana sebentar melihat gambar-gambar aksi erotik dan menghairahkan amoi-amoi yang putih melepak ni... Kemudian aku terfikir... Mana pergi ostad-ostad PAS yang dok melalak pasal Tiger Show kat Hotel Marriot Putrajaya dulu? Mana perginya Ostad Hassan Tantawi? Manakala Dr Lo' Lo' yang mendedahkan perkara tersebut pula, sudah pun pergi menghadap Allah Yang Maha Esa... Jadi aku tak nak bangkitkan pasal kenyataan Dr Lo' Lo'...

Mungkin disebabkan Pulau Pinang berada di bawah pemerintahan khalifah tersohor, iaitu Khalifah Umar Lim Guan Eng... Maka ostad-ostad PAS buat-buat tak nampak? Mungkin jika ianya berlaku di Negeri Sembilan, di Pahang, di Melaka... Maka ostad-ostad PAS ni akan menyalak tak henti-henti macam anjing nampak hantu?

Kalo Nuar Al-Juburi tu aku tak kisah sangat la, mata dia pasti akan terbeliak melihat amoi-amoi yang gebu ni beraksi erotik... Mungkin tak perlu lagi dia import amoi dari China lagi, sebab amoi Penang pun gebu jugak... Ha ha ha ha... Mat Sabu lagi la, ligat melihat amoi-amoi yang gebu ni, terus lupa kat Normah...

Mungkin kalangan anjing-anjing kurap PR akan spin mengatakan ianya berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN lagi... Ha ha ha ha ha, wujud lagi ke kerajaan BN di Pulau Pinang pada tahun 2011? Tahun 2011 tu bai... bukan 2001... Apapun, aku pasti ostad-ostad PAS takkan bersuara malah berdecit sekalipun untuk menegur Khalifah Umar Lim Guang Eng ni... Kat Kedah pun Ostad Jijan terketar lutut menyembah DAP... Itu baru je DAP beri kata dua... Ha ha ha ha... Mungkin sepanjang bulan Ramadhan ni akan lebih banyak aktiviti sebegini di Pulau Pinang dan Kedah...

Kalau nak tengok aksi2 amoi2 penang dan mungkin dikalangan penonton tersebut terdapat ostad2 PAS yang asyik dengan keghairahan amoi2 tu ....... layari link ini .... sini

KES VIDEO BOGEL LAGI?

Baru-baru ini timbul isu video bogel artis dan cerita tersebut hangat diperkatakan. Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.

Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.

“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.

“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.

Sayangnya, Pak Sheik (anwar) tu tak macam ni. Biar pun dia kata pendedahan video seks yang dikaitkan dengan diri dia tu satu konspirasi, tapi tak de tindakan pun diambil.

Apa yang dia buat hanya setakat buat laporan Polis palsu dengan mengatakan dia tak kenal dengan orang yang mendedahkan video tersebut.

Kenapa dia tak ambik tindakan terhadap orang yang mendedahkan video tu? Kenapa dia tak nak saman Datuk Shazryl Eskay? Nampak sangat la dia takut dengan Kebenaran!!!

Macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau maruah diri dan keluarga dia pun tak mampu dia nak pertahankan!!! Buat jahanam Negara boleh la!!!

KANTOI BIG MAMA PAKAI CINCIN 24 JUTA?


VIDEO HEBAT NIE KALAU TAK TENGOK RUGI SEMUANYA PENJELASAN MENGENAI CINCIN YANG TELAH MENJADI TOMAHAN HEBAT OUAK PEMBANGKANG SETELAH SEKIAN LAMA,DENGAN SEMANGAT SEMUA DEDAHAN DIBUAT OLEH BEKAS NAIB KETUA PEMUDA KEADILAN  ZAHID MD ARIP,,,,,


SAMPAI TOMAHAN TAHAP TERTINGGI TANG TELAH DIBUAT OLEH SI MILO SUAM SENGAL MENGATAKAN PERMAINAN IPAD TELAH MELANCARKAN PERMAINAN SIMPAN DUIT BELI CINCIN MEMPERLI DATIN SERI ROSMAH MANSOR....

PECAH TEMBELANG DEPA KALI NIE.....APA LAGI NAK KATA SESAMA KITA SAKSIKAN SENDIRI APA YANG DISAMPAIKAN DIDALAM VIDEO INI...........

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip mempersoal kenapakah Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berminat menjadi Penasihat Eknomi Selangor.
“Dia anak Selangor ke..Dia lahir di Selangor ke..Dia lahir di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
“Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat..di bawah DAP, rakan sekutu dia..pasal apa tak jadi penasihat Ekonomi Pulau Pinang ?”, soalnya ketika berceramah di Bandar Kinrara, Selangor semalam. - AIDCnews.

Friday, March 9

#PRFITNAH RAFIZI NIE CELAKA TAK BOLEH AJAQ.




Setelah tewas dengan NFC maka Rafizi mula mengadu domba di PMO pula?!!! Kisah pertunangan anak PM dua tahun yang lepas mula dijadikan peluru memandangkan Rafizi dah pandai spin?!!!

Surat yang dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri dikatakan dibayar oleh PMO!?? Setakat hantar bil terus kena bayar ke?!!! Maklumlah Perdana Menteri orang yang sibuk dan kalau surat dihantar ke rumah beliau mungkin lambat sikit nak terima!!?? Kalau jadi Perdana Menteri, masih ada masa untuk baca surat ke?!!

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat dakwaan bahawa majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu dibuat menggunakan wang kerajaan.

Rafizi mendakwa majlis itu menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, jumlah perbelanjaan pertunangan anak Perdana Menteri (PM) yang didakwa Rafizi adalah satu rekaan memandangkan perbelanjaan sebenar adalah lebih rendah daripada itu.

“Rafizi banyak mengarut memandangkan PM tidak menggunakan wang kerajaan untuk membiayai majlis tersebut.

“Perbelanjaan sebenar yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh Datuk Seri Najib dan ahli keluarga (adik-beradik beliau) yang lain tanpa melibatkan wang kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu berkata, memang ada bil yang dihantar ke pejabat PM tetapi bukan untuk dibayar oleh kerajaan.

Katanya, bil itu dituju terus kepada Perdana Menteri sendiri kerana beliau sejak awal lagi telah membuat keputusan tidak mahu wang kerajaan dilibatkan dalam majlis peribadinya.

“Dengan hanya kerana bil dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri tidak bermakna wang kerajaan telah digunakan dalam hal pertunangan itu,” katanya.

Sehubungan itu, sumber berkenaan menuntut agar Rafizi tampil membuktikan bahawa kerajaan ada membayar jumlah wang yang didakwa dibelanjakan itu.

Bagi berlaku adil dan mempermudahkan kerja, sumber itu meminta Rafizi agar menghubungi syarikat yang terbabit mengendalikan majlis tersebut.

“Maklumat daripada syarikat tersebut boleh dijadikan rujukan oleh Rafizi untuk mengetahui siapa yang membayar dan berapa jumlah yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau menambah, Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR sepatutnya merasa malu kerana membuat tuduhan dan kenyataan secara melulu serta tanpa bukti yang sewajarnya.

Sementara itu, Mynewshub juga difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut bagi menangkis tomahan lliar yang dibuat oleh Rafizi. –Mynewshub.my

Orang yang sibuk macam PM mesti ada pembantu yang membaca surat beliau atau dikenali sebagai PA mahupun setiausaha sulit!!?? Rafizi mana tahu sebab dia lower class jer dan mungkin tidak berpeluang untuk naik lebih tinggi?!! Setakat nak spin RM407 ribu tu sedikit sangat kenapa tidak RM700 ribu ke RM800 ribu atau RM999 ribu?!!! Orang macam Rafizi ni bukannya mudah untuk dipercayai?!!! Masuk telinga kiri keluar telinga kanan?!! Maklumlah tengah angan-angan nak jadi YB?!!! Kena pandai putar belit sebab parti dia tu Parti Kelentong Rakyat!!???

- Posted using BlogPress from my iPad

DASYAT MINAH NIE NAIK MOTOR MEREMPIT?





Kalau korang yang dah layan filem ADNAN SEMPIT 2, korang mesti perasan kelibat gadis terer nie yang dok pusing-pusing motor sambil membahan Bobby (Along Raja Lawak). MiG Online tau ada antara korang yang nak tau betul ke tu dia yang buat dan siapa dia nie sebenarnya? MiG Online nak share dengan korang secara eksklusif temubual bersama dengan artis wanita yang lasak nie. Jom kita kenali Ilia Iryani, gadis yang juga merupakan seorang Professional Stuntwoman. Cekidautt!!

 
itu cerita minah naik motor nie pulak kisah anwar naik motor dengan rasa gerun.

 
muka tak masuk rezeki beb......bang jaga belakang sat gie rasa jarum masuk aje.

MKP Ayat Sempoi : terbaik la klu ada wanita yang tekad macam nie?

NURUL IZZAH KENA TIBAI PENSYARAH USM?


Kesediaan kerajaan memansuhkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dipertikaikan oleh pihak tertentu dan pada masa sama menaikkan gaji penjawat awam menzahirkan keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan pembelaan.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak harus bingkas mengkritik Barisan Nasional(BN) kerana mahu memperkenalkan SBPA sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhannya hari ini.

Atory berkata, langkah memberikan kenaikan gaji dengan kadar tertinggi kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Sistem Saraan Malaysia(SSM) menunjukkan Barisan Nasional(BN) komited mengurangkan jurang pendapatan penjawat awam.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa isu SBPA menunjukkan kerajaan tidak mengambil kira kepentingan penjawat awam gred rendah dan hanya memansuhkan skim itu atas desakan pembangkang dan Cuepacs.

"Tidak benar dakwaan mengatakan kerajaan tidak peka dengan tuntutan pihak Cuepacs dan memang dia (kerajaan) ambil berat, saya pun rasa tiada masalahlah.Dakwaan PKR kata langsung tidak diterima kerajaan tidak benar.' kata Atory.

"Tidak benarlah, saya sendiri menikmati pencen yang sudah naik banyak. Apa masalah PKR?," ujar beliau.

"Mungkin ada sesetengah pihak dalam sektor awam kurang berpuas hati sedikit namun nak kata semuanya gagal tidak betullah dan salahlah kenyataan yang mengatakan kerajaan gagal menangani isu ini," kata Atory kepada AntaraPos.com.

Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan manakala Sistem Saraan Malaysia diperbaiki untuk memberi kenaikan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam.

Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

"Saya yakin,kenaikkan terbaru ini dapat menampung keperluan seharian pegawai kerajaan. Tetapi nak naik banyak pun tidak mungkin kerajaan boleh buat, kerajaan pun ada had-had tertentu yang boleh diberi dan tak semuanya boleh dapat," kata Atory.

Tambah Atory, pihak pembangkang tidak perlu mengkritik setiap tindakan kerajaan kerana belum tentu ia sendiri berupaya menunaikan janji-janjinya jika menawan Putrajaya.

"Saya ingat kalau pihak pembangkang jadi kerajaan sekalipun dia tidak boleh bagi semua," ujarnya.

MKP Ayat Sempoi : Padam muka kalau dah selalu dok pembohong macam papa,patut kena tibai selalu.



- Posted using BlogPress from my iPad

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive