Tuesday, March 13

VIDEO SEKS BOLEH PECAH BELAHKAN KELUARGA?


Pelakon muda yang dikaitkan dengan kontroversi video bogel di beberapa laman blog, Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.
Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.
“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.



tapi bila sampai bab nie MKP puji pulak keluarga Anwar.Depa rilek aje macam benda nie tak pernah berlaku dalam sejarah keluarga mereka.Bagi sesiapa yang akan mengundi Anwar yang bakal bertanding di Sekitar Pulau Pinang,Hampa kena ingat sikit takkan nak bagi orang macam nie jadi PM kelak.Malu satu Dunia kerana video nie mencerminkan kita rakyat Malaysia......

MKP Ayat Sempoi : Aura Anwar kat Penang dah malap,terbaru dia mai Jelutong ramai yang dah boikot.  

GUAN ENG SIBUK SELAK LYNAS, PENANG ADA RADIASI KILANG SOLAR?


Guan Eng dok sibuk mengata kilang lynas tak selamat padahal di Penang dah buat benda yang sama tidak pulak Guan Eng kisah dengan 10 bahan kimia yang bakal menyusahkan penduduk Batu Kawan.Kali nie kita tengok apa pulak riaksi lidah bewak nie.

Penjelasan ini perlu dibuat kerana kerana kilang solar ini bakal menjejaskan kesihatan rakyat tempatan sekitar kilang tersebut.Kalau nak jelas dengan memutarkan fakta baik tak payah buat,Mana tau Guan Eng nie jenis lidah bercabang sat dia kata lain buatnya lain.Banyak sudah tembelang musibat nie dah buat.Nak cerita satu-satu rasanya sampai esok tak habis.

Laporan sebelum ini menyatakan Bosch Group telah dari Jerman akan melabur sebanyak 2.2 bilion dalam projek ini bagi membina kilang solar ini selepas satu perjanjian dengan kerajaan negeri Guan Eng.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Pemuda Gerakan, Rich Too berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerangkan kepada rakyat secara terperinci berhubung lokasi yang telah dikenal pasti untuk membina kilang tersebut dan sama ada projek itu akan menjejaskan aktiviti harian penduduk di situ.
Beliau berkata, Gerakan tidak menentang teknologi solar ini, tetapi kerajaan seharusnya berunding dengan penduduk sekitar Batu Kawan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membina kilang.thestar
MKP ayat Sempoi : Guan Eng dah kena tembak depan dan belakang.....

RAFIZI BAKAL DIKENAKAN Seksyen 27 Akta SPRM.?



Rafizi budak hingusan bakal dilondehkan oleh SPRM kerana melalui NGO Jingga 13, sengaja mengelirukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dokumen berkenaan, Rafizi boleh dihukum denda RM100,000 penjara 10 tahun atau kedua-dua mengikut Seksyen 27 Akta SPRM.


Ini baru buku bertemu dengan ruas,Dah salah masih lagi menyalahkan orang lain terutamanya UMNO dan barisan kepimpinannya.Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' sebagai bukti menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) membiayai perbelanjaan pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.



Katanya, borang yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli itu tidak boleh disamakan dengan penggunaan dana awam untuk parti.



"Mereka menggariskan perkataan 'dibilkan kepada PMO' dalam merah (dalam BEO) ... bil kepada PMO bermakna menghantar bil kepada PMO. Ia tidak bermakna PMO membayar bil-bil. Di mana Pejabat Perdana Menteri? Di Pejabat Perdana Menteri.

"Sebagai contoh, jika saya menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta dan mereka tanya di mana bil perlu dihantar dan saya beritahu mereka ke ke pusat perkhidmatan saya.

"Adakah ini bermakna pusat perkhidmatan saya perlu membayar? Pejabat saya di sana," kata Rahman (kanan) selepas taklimat kepada ahli-ahli parlimen dari BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Rahman, yang sebelum ini bertengkar dengan Rafizi di laman Twitter, membidas pemimpin PKR itu yang menuntut Najib mengemukakan bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah.

"Di dunia mana ada situasi seperti ini, orang yang menuduh, tetapi tertuduh diminta memberikan bukti?" katanya.

MKP Ayat Sempoi : Rafizi nie dah banyak kali dilondehkan oleh media,biaq kasi kena kali nie.Kenyataan  Datuk Abdul Rahman Dahlan nie power,sebelum nie Guan Eng kena londeh meroyan dia sekejap.......heeee 

MKP MERAYU : Ibu Bapa Tolonglah, Tolonglah Hentikan Sikap Tidak Apa Ini...



Kita telah kehilangan Dirang dan sebelum itu pada tahun 2007 kita juga telah kehilangan Nurin Jazlin. Pada tahun 2008 kita kehilangan Sharlinie.
Tetapi tidak sepertimana arwah Dirang dan Nurin, sehingga ke saat ini Sharlinie tidak ditemui.
Hanya beberapa hari yang lalu juga, seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun (lelaki) hilang dari rumah tetapi bernasib baik ditemui sedang merayau-rayau di tengah-tengah pembahagi lebuh raya Kesas dan dia akhirnya kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Kita hairan bagaimana ini boleh terjadi. Apakah rumah dibiarkan tidak berkunci sehingga seorang budak di bawah umur boleh keluar rumah seorang diri tanpa disedari?
Juga kita tidak faham bagaimana ibu bapa boleh terus menerus mengizinkan anak kecil mereka keluar rumah seorang diri walau pun hanya sekadar untuk ke kedai. Ya! Memang kita tidak faham.
MKP tidak suka untuk mengatakan ini tetapi MKP terpaksa juga demi kebaikan kita semua. Dalam kes kehilangan arwah Nurin dan Dirang, kedua-duanya diculik dan dibunuh oleh orang yang tidak dikenali setelah keluar rumah seorang diri untuk membeli makanan. Dalam kes Nurin ke pasar malam dan Dirang ke kedai di bawah rumahnya.
Kedua-dua Nurin dan juga Dirang tinggal di kawasan yang serupa - iaitu rumah pangsa atau flat.

'Tidak' kerana MKP adalah seorang Melayu tetapi MKP tidak pernah walau sekali pun seumur hidup membenarkan anak-anak keluar rumah seorang diri untuk ke mana-mana sekali pun (walau ke padang permainan di tepi rumah).
'Ya' kerana ibu bapa dari kalangan orang Melayu khususnya mereka yang pernah tinggal di kampung sememangnya tidak biasa menegah anak kecil daripada keluar rumah sendirian.
Mengapa begitu? Kerana mereka tidak menganggap orang sekeliling sebagai ancaman kepada keselamatan anak-anak mereka. Juga kerana mereka mengenali setiap isi rumah di kampung halaman.
Budaya ini terbawa-bawa apabila generasi berikutnya berpindah ke bandar atau kawasan pekan apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah pangsa mahupun flat yang mana kejiranan tidak dipisah-pisahkan oleh pagar atau tembok rumah yang tinggi.
Mereka bergaul sebagaimana ibu bapa mereka bergaul ketika di kampung halaman dahulu. Kecenderungannya pula ialah mereka juga sepertimana ibu bapa mereka dahulu tidak mengamalkan budaya menyekat anak kecil daripada keluar rumah.
Konsep pemikirannya ialah; "Alah!Setakat ke kedai atau ke rumah kakak sebelah apa ada halnya..."
Malangnya, oleh kerana dunia ini semakin penuh dengan orang gila atau maniak yang tidak tahu membezakan pahala dan dosa, serta belas kasihan, amalan ini harus dan wajib dihentikan.
Maka itu kepada semua ibu bapa, MKP ingin katakan, tolonglah, demi keselamatan anak-anak kita, tolong hentikan sikap 'tidak apa' ini.
Mulai sekarang, kita tidak boleh lagi mengizinkan anak-anak kita - tidak kira perempuan atau lelaki - daripada keluar seorang diri sama ada ke kedai, ke rumah kawan, ke rumah jiran, ke pasar malam tanpa ada orang dewasa yang mengiringi mereka.
Malah ketika keluar ke pasar malam, ke pasar-pasar raya atau ke taman permainan, penulis juga acap kali melihat bagaimana ibu bapa dengan sambil lewa melepaskan anak-anak mereka bermain, berlari dan ke sana ke sini sebebas-bebasnya tanpa pengawasan seolah-olah mereka sedang berada di syurga.
Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan anak-anak atau berasa khuatir anak mereka akan diculik dengan sekelip mata oleh orang gila yang sedang memerhatikan gerak-geri anak-anak kita untuk tujuan yang tidak baik.
Tidakkah kita risau? Tidakkah kita berasa serik dan insaf dengan apa yang telah terjadi kepada Nurin dan Dirang mahupun Sharlinie? Hakikatnya ramai yang tidak ambil peduli dan masih ramai yang menganggap persekitaran mereka adalah selamat untuk anak-anak sedangkan pada hakikatnya tidak.
Jika tidak maka tidak hilanglah Sharlinie sehingga ke hari ini dan tidak meninggallah Nurin dan Dirang ditangan orang gila yang tidak faham erti kasih sayang dan belas kasihan.


Yahoo Saman Facebook.



SAN FRANCISCO, 13 MAC : Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan. 

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.

“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. - AFP 

MKP Ayat Sempoi : Anwar Bila nak saman Datuk Eskay????

#FAUZIAHPENIPU KANTOI LAGI DENGAN ARAFURA?

   


Salah satu pembohongan yang dibawa oleh Fuziah Salleh dan juak-juaknya dalam kumpulan Anti-Lynas adalah ketidaksediaan Australia sendiri untuk membina sebuah kilang nadir bumi atau "rare earth" di sana. Konon-kononnya, Kerajaan Australia tidak mahu pencemaran radiasi nuklear berlaku di negara mereka dan memindahkan bahaya radiasi itu ke atas Rakyat Malaysia. Bangang punya kenyataan daripada Ahli Parlimen Ibu Negeri Pahang!

Apa yang Fuziah Salleh dan kumpulan Anti-Lynas tidak mahu umum mengetahui atau mereka sendiri bodoh alang tidak mahu membuat kajian adalah, di Australia terdapat pusat fasiliti pemprosesan nadir bumi yang terletak di Whyalla SA yang dipanggil Arafura. Kawasan ini adalah kawasan yang berpenduduk dan merupakan sebuah bandar dan bukannya sebuah gurun! Arafura ini kurang lebih sama seperti Lynas. Bagi yang bengap dan malas membuat kajian, CTS sertakan sekali laman web Arafura - www.arafuraresources.com.au. Wahai si tembam, lain kali nak spin fakta, agak-agaklah. Sekarang maklumat di hujung jari.cucutokselampit

MKP Ayat Sempoi : Kantoi Sudah Fauziah nie?


KENAPA SEMUA PEMIMPIN UMNO TAK BUAT MACAM NIE?

MKP terharu tengok sampai macam nie dok buat keja mengabil hati pengundi,bukan semua pemimpin UMNO sanggup turun padang hingga tahap memberikan duit BR1M hingga kerumah warga emas.

siap membantu cop jari.

Setelah semuanya selesai baru wang BR1M diberi.

Lepas tue pi pekena PekNga sejenis roti bersama kelapa yang popular di Kedah nie.ternyata sokongan rakyat Baling terhadap Dato Azeez Rahim nie tidak berbelah bagi.WelDone Dato" tak ramai pemimpin UMNO macam nie.....Berjiwa Rakyat.




Rafizi desak Anwar tunjuk bukti PENAFIAN KOSONG video seks 99.9 % tulen


Tidak salah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli nak korek lagi pasal dakwaannya Datuk Seri Najib Tun Razak biaya majlis pertunangan anaknya guna wang rakyat sekalipun pejabat Perdana Menteri sudah buat kenyataan menafikannya.
Soalnya apa lagi pilihan yang dia ada setelah terbelit dengan fitnah itu.Sekirang-kurangnya dia dapat beli masa untuk pusing sana...pusing sini sebelum tembelangnya pecah.
Dalam satu kenyataan Sabtu dia dakwa kenyataan pejabat Perdana Menteri cuma 'penafian kosong'.Dia tuntut bukti rasmi untuk menyokong penafian itu.
Rafizi berkata, untuk membersihkan namanya, Najib perlu jawab lapan perkara dengan  mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anaknya, tidak dibayar oleh rakyat.
Antara lapan perkara itu dia mahu Najib mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Dia nampak cukup terperinci sekali menyenaraikan lapan perkara itu.Ada yang bertanya apakah perlu dilayan tuntutan mamat ni?
Ini kerana mamat ini memang tidak ada class.Kalau setakat berlagak berani pada Najib sahaja...itu memang Standard Operation Procedures (SOP) dia.
Rasanya suara Rafizi akan lebih ada kredibiliti dan menyengat jika dia tidak bacul nak usik bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pernah kita dengar Rafizi menjerit melalak menyenaraikan sebilangan perkara yang perlu dijawab oleh Anwar untuk membuktikan 'penafian kosong' tentang video seks yang disahkan tulen 99.9 peratus oleh pakar luar negara.
Bayangkan...mamat ini tiba-tiba buat sidang akhbar desak Anwar bagi bukti terperinci dan tidak nafi kosong begitu saja.Kemungkinannya...pasti tidak.
Selain video aksi 'berhempas puas' dalam bilik apartmen dengan China Doll...bagaimana pula tentang rakaman CCTV di lif Anwar sedang naik turun apartmen dengan Datuk Sharzly Eskay Abdullah.Satu lagi hal jam Omeganya.Banyak lagi kalau nak disenaraikan satu per satu.
Ramai berpendapat isu video seks ini belum selesai selagi tidak ada satu siasatan rasmi yang mengesahkan lelaki itu bukan Anwar.
Beranikah Rafizi menuntut sebuah suruhanjaya diraja menyiasatnya?Bukankah ini cara terbaik untuk bersihkan imej dan maruahnya bos sendiri kalau dakwaan skandal video seks itu tidak betul.
Jangan kata Rafizi,semua pemimpin PKR jadi macam orang deman tak kebah bila bercakap bab ini.
Paling tidak Ahli Parlimen Sungai Petani ada buat lawak bodoh terbang ke Bangkok cari makeup artis untuk merubah wajahnya jadi P Ramlee kerana nak tunjuk watak dalam video itu boleh dilakonkan oleh orang lain.
Lebih melucukan di zaman sains dan teknoloji ini ,mereka semua kena pura-pura telan kenyataan bodoh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang kata video itu besi tidak boleh jadi bukti.
Rafizi juga jangan lupa,kecuali 'penafian kosong',Anwar sendiri tidak pernah telus dalam memberi jawapan bila ditanya wartawan tentang isu video seks.
Siapa yang buka mulut nak korek lebih-lebih cukup masak...ada saja sindiran akan keluar.Paling tidak agen UMNO.
Apakah Rafizi sebagai agen PKR  tidak hairan mengapa bosnya sendiri tidak mahu satu siasatan rasmi dibuat untuk membersihkan namanya atas dakwaan itu.
Juga kenapa bosnya 'buat bodoh' takut sangat nak saman Eskay sampai ke hari ini sekalipun dicabar berkali-kali.
Siapa tahu...kalau masuk mahkamah nanti macam-macam lagi terbarai.
Pelik...menang pelik.Tak gitu Rafizi?-AD

NEELOFA DAH SOKONG BN?


Biaq betul apa yang dikatakan sekarang nie,pulak dah pastinya peminat dari sebelah sana akan buat spekulasi bermacam-macam lepas nie.

Siapakah artis yang paling popular masa sekarang ni? Tentulah jawapannya ialah Neelofa, anak kelahiran Kelantan mana tidak glamour rupanya saja dah buat ramai cair.

Kat mana-mana sekalipun kalau cerita pasal Neelofa, mesti orang akan tertarik untuk dengar dengan lebih lanjut.

Bercerita pasal Neelofa ni.., korang tahu tak yang keluarga dorang tu ada sebuah restoran Village Park di Damansara Utama, Selangor?

Yang menariknya, restoran milik ayah Neelofa selalu dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ramai rakyat warga kelantan berniaga.

So.., bagi sesapa yang admire kat Neelofa tu, bolehlah berkunjung ke restoran ni.. Manalah tahu kot-kot terserempak dengan artis pujaan korang tu..

Untung-untung boleh bersarapan dengan Tun Mahathir macam Neelofa.. Bukan senang nak duduk semeja dengan pemimpin bertaraf dunia tu tau..




Monday, March 12

KES KAK IJAT SELESAI,ANWAR BILA PULAK NAK SELAK KAIN?

Pengumuman perletakan jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil semalam, bukanlah satu tanda kejayaan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat sehingga boleh diraikan.
Malah perletakan jawatan ini sebenarnya menyebabkan Pakatan Harami hilang satu isu besar yang boleh digunakan dalam kempen pilihanraya umum yang akan datang.  Seperti yang semua dari kita sedia dimaklumkan, NFC bukanlah isu untuk menjatuhkan Shahrizat tapi untuk menjatuhkan UMNO.
Tapi yang penting, Shahrizat perlu kekal dikedudukannya sekarang sebab hanya jawatannya sebagai Menteri itu sahaja yang boleh mengaitkan isu NFC dengan kerajaan dan para pembuat keputusan pada 2006 yang menganugerahkan projek ini kepada syarikat suaminya.
Nampaknya sekarang Pakatan Harami perlu memikirkan strategi baru dalam soal NFC ini setelah pengunduran Shahrizat.  Yang paling utama bagaimana untuk menyakinkan rakyat bahawa pengunduran Shahrizat bukanlah penamat kepada isu NFC ini.  Rakyat secara puratanya melihat pengunduran Shahrizat adalah bukti UMNO tidak melindungi pemimpinnya yang terbabit dengan salahguna kuasa.

Blogger UMNO akan menjadikan soal pengunduran Shahrizat ini sebagai ‘peluru’ untuk mendesak supaya beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sedang bergelut dengan masalah tersendiri, turut meletak jawatan juga.
Antaranya YB Elizabeth Wong (gambar lucah), Ustaz Badrolamin (khalwat), YB Drs Hj Saipul Bahrin Mohamad (zina), YB. Dato’ Haji Omar Mohammed (zina) dan yang mendahului sasaran blogger UMNO, sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah liwat dan video lucah.Inilah pemahaman yang ditanam dalam benak para blogger UMNO dalam mencari idea untuk menyerang kesemua pemimpin Pakatan Rakyat di atas.
MKP Ayat Sempoi ; Kak Wan Patut letak jawatan jugak Kot?  

ALFATIHAH : NURUL NADIRAH DITEMUI RENTUNG !!



Sedih dan terharu melihat apa yang telah dipaparkan didalam TV3 sebentar tadi.Masih lagi ada manusia berhati binatang....
JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu. – UTUSAN
Kanak-kanak manis dan tidak bersalah itu telah dibakar mayatnya! Sungguh menghayatkan hati.

Malah tindakan mereka yang melakukan jenayah itu wajib kita kutuk dengan sekeras-kerasnya! MiM amat berharap agar pihak polis akan dapat menangkap mereka yang berperangai lebih teruk daripada binatang itu.

Sama-samalah kita sedekahkan ayat Al-Fatihah kepada roh Nurul Nadirah Abdullah.

Al-Fatihah.

Mazlan Aliman Dihalang Masuk Sabah.



Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Beliau ketika dihubungi AntaraPos.com memaklumkan tiada alasan yang diberikan pihak imigresen sebaliknya hanya diberitahu ia adalah arahan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

"Timbalan Ketua Penolong Pengarah sendiri yang menandatangani Notis Penolakan Masuk dibawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Saya kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudiannya diiring menaiki kapal terbang Air Asia kira- kira jam 11 malam," jelas Mazlan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Beliau percaya tindakan menghalangnya memasuki negeri itu berkait rapat dengan komitmennya menggerak dan menyedarkan rakyat Sabah bersabit pemilikan tanah dinegeri itu.

"Ada satu kebangkitan baru dikalangan ketua suku kaum di negeri Sabah yang mula bergabung untuk menentang kerajaan negeri. Penentangan itu sudah wujud sejak dari dulu tetapi kali ini lebih tersusun. 

"Demonstrasi- demonstrasi keci- kecilan sudah mula berlaku dan ini mewujudkan rasa takut kerajaan negeri," kata Mazlan.

Mazlan memberitahu sejumlah 1000 orang rakyat Sabah berkumpul dihadapan Pejabat Ketua Menteri pagi tadi bagi menyerahkan dua memorandum kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
 
Namun, memorandum itu gagal diserahkan apabila Musa Aman enggan menerimanya. 

Memorandum pertama adalah membantah tindakan kerajaan negeri merampas tanah rakyat sewenang- wenangnya termasuklah tanah adat orang asal. Manakala memorandum kedua pula diberikan oleh ANAK bagi memohon agar kerajaan negeri tidak menandatangani pajakan 99 tahun tanah di Sabah dengan Felda Global Venture.

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan 'Himpunan 123 Bangkit' itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuklah polis dan polis simpanan persekutuan (FRU).

MKP Ayat Sempoi : Eloklah kena halau pasal selalu dok buat fitnah.....

Pegawai Kanan NFC DiDakwa Hari ini,Sapa Muka Tak Malu?



Dua puluh empat jam selepas Datuk Sharizat Abdul Jalil mengumumkan akan melepaskan jawatan kabinetnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilapor akan mendakwa seorang pegawai kanan Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) di mahkamah.
 
Pegawai berkenaan dilaporkan akan ditahan sebelum dibawa ke mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan.

Sharizat akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir April 8.
 
NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.
 
Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. 

anwar-eskay513
N Surendran yang dapat kerusi Naib Presiden PKR secara percuma berkokok lagi.
Peguam ini tidak puashati kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya nak letak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Lakonan terbarunya konon terkejut mengapa Shahrizat tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO sekali.
Dakwanya ini membuktikan UMNO tidak ada kesungguhan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terlibat salahlaku.
Nak kata Surendran ini peguam bodoh dia peguam yang ada nama.Cuma mungkin sebagai ahli politik yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dia kena berkokok macam orang yang kelabu mata.
Sebagai perbandingan Surendran patut bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Dr Azizah Ismail kenapa beliau masih sanggup tampil 'buat muka tak malu'.
Atas apa alasan sekalipun Shahrizat sudah umum akan letak jawatannya sebagai menteri pada 8 April ini.Dan...dari segi teknikal beliau tidak didakwa atau dihukum oleh mana-mana mahkamah.
Orang cuma bercakap dari segi moral kerana Pengerusi NFC,Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail  ialah suaminya.
Dari sudut politik beliau kini seri 0-0 dengan Wan Azizah yang masih terus pegang jawatan Presiden PKR.
Surendran mungkin buat-buat lupa tapi satu dunia masih ingat dan tetap ingat Anwar masih berdepan dengan dakwaan isu moral dan kemungkaran skandal video seks yang 99.9 peratus disahkan tulen oleh pakar luar negara.
Dakwaan ini belum selesai.Di Youtube video seks itu masih segar hangat.
Kalau nak cakap bab jawatan politik,maka Wan Azizah sebagai isteri Anwar juga patut letak jawatan selagi nama Anwar tidak dibersihkan.
Sebenarnya cabaran ini pernah disuarakan oleh Shahrizat sendiri terhadap Wan Azizah dalam ucapan beliau di perhimpunan Wanita UMNO.
Bayangkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri didakwa terjebak dengan kemungkaran sejijik semua orang tengok dalam video seks itu.
Ia bukan satu dakwaan kosong tetapi lengkap dengan video aksi,CCTV naik turun lif dan beberapa bukti lain.
MKP Ayat Sempoi : Anwar lagi harami dari pemimpin UMNO

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive