Wednesday, March 21

VIDEO SEMPOI : KAT MALAYSIA ADA KE MACAM NIE?


Melihat tarian India filem-filem Bollywood adalah hal biasa. Tapi tarian India yang disajikan dalam penerbangan adalah sesuatu yang jarang terjadi.  Itulah yang dilakukan perusahaan penerbangan Finnair. Tarian di kabin pesawat dirakam lalu dimasukan ke YouTube. 

Dalam video ini, menunjukkan para penari tersenyum menghibur penumpang. Hal itu telah menjadi hit di YouTube, menerima lebih dari setengah juta hits dalam satu hari.

Kaartinen Helena, pramugari yang datang dengan idea, terkoordinasi latihan dan bahkan meminta bantuan seorang teman mantan pramugari di Mumbai, yang sekarang menjadi guru Bollywood. Kaartinen mengatakan kepada New York Times: "Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan rasa hormat."

Dia mengatakan ia ingin menunjukkan bahwa maskapai penumpang India itu tahu sesuatu tentang budaya mereka.

Video itu dirakam pada penerbangan 17 Januari 2012 dan upload pada tanggal 26 Januari untuk menandai Hari Republik India.


Kehadiran Anwar di India Today Conclave. Bukti Anwar menipu kononnya tidak hadir ke India Today Conclave kerana membantah Salman Rushdie...

Anwar sepatutnya berdebat dengan Najib di dewan rakyat dalam isu politik tetapi meninggalkan dewan untuk duduk bersama Salman Rushdie. Di Malaysia dia kata dia nak tentang kehadiran Salman....Peeerraahhh!!! 


MKP Ayat Sempoi : Anwar Ibrahim nie suka pembohong,macam nie nak jadi PM ke 7.pi mampus la?

VIDEO SEMPOI : Anwar Bela Rushdie Kecam Khomenei


Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Versus"(ayat-ayat Syaitan) yang menghina Nabi Muhamad SAW, dan dalam masa sama mengkritik fatwa Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin agung Iran yang mahukan penulis murtad itu dibunuh di atas penghinaannya kepada agama Islam itu.  

Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie. 

Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (Menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).
Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.
Bermakna laporan dailymail.co.uk mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim.
Dalam tentatif program yang disediakan The India Today Conclave menyebutAnwar Ibrahim akan memberi ceramah pada 16 Feb, bertajuk “FROM DICTATORSHIP TO DEMOCRACY: The Triumph of the People” dan Salman Rushdie akan memberi ceramah bertajuk “THE LIBERTY VERSES: I am What I am and That’s All That I am“.
Manakala Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara AS akan memberi ceramah bertajuk ” The Making of an Asian Century“.
Bukti kehadiran Anwar turut disahkan di laman rasminya sendiri, anwaribrahimblog.
Khoo Kay Peng, penganalisis politik seperti dilaporkan FMT berpendapat Memang wajar Anwar Ibrahim ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushdie dan bukannya menjauhkan diri.
“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo.
Dua tahun lalu, ketika Anwar berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Jakarta, Ketua Umum PKR itu membela Salman Rushdie.
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, katanya di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengonkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya
Lihat rakaman video di sebelah untuk mendengar hujah-hujahnya selanjutnya dalam pembelaannya terhadap Salman Rushdie.
Ketika Salman Rushdie menerbitkan bukunya “Satanic Verses” pada tahun 1988, dunia Islam memprotesnya kerana memahami maksud Salman adalah menghina Islam dengan menyamakan Al-Quran sebagai Surah-surah Syaitan.
Akibat kemarahan memuncak umat Islam di seluruh dunia itu, pada Februari 1989, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam membunuh atau membantu membunuh Salman Rushdie dan penerbitnya. Kemudian, Salman Rushdie melarikan diri ke Britain dan bersembunyi dengan mendapat perlindungan polis di negara itu.
Ketika kemarahan umat Islam masih memuncak kepada Salman Rushdie itu, pada tahun 1993, wartawan ASIAWEEK menemui Anwar Ibrahim untuk mendapat komennya.
“Saya telah membaca The Satanic Verses, saya juga telah membaca Midnight’s Children lebih awal lagi dari itu, saya anggap Salman Rushdie adalah “profound writer” (penulis berpengetahuan mendalam)”, kata Anwar.
“Saya tidak bersetuju seseorang membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang yang lain. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman Rushdie, seharusnya ia dibawa ke muka pengadilan (dan bukannya bertindak di luar pengadilan)”, katanya lagi.
Pendapat Anwar tentang Salman Rushdie disiarkan dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.SUMBER AIDC

APA AGENDA DAP MENENTANG LYNAS?



PENULIS sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?

Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.

Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.

Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.

Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.

Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.

Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.

Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.

Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?

Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.

Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.

Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. 

Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.

Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.BERUANG BIRU VIA E-MAIL.

MKP Ayat Sempoi :Patutlah DAP nie beriya nak menentang Lynas.

@LatheefaKoya DAH MEROYAN DENGAN @NajibRazak.


Inilah sikap pemimpin pembangkang apabila sesuatu yang baik telah dibuat oleh PM , Datuk Seri Najib Razak.Hairan dan ajaib mereka nie?Benar jugak apa yang telah diperkatakan rakyat Marhean seperti aku kat tepi jalan nie.Kerja Depa Membangkang apa lagi kondem ajelah! apa yang telah dibuat oleh PM walaupun itu terbaik , demi mendekatkan diri serta bertanggungjawab dengan rakyat menggunakan komunikasi alaf baru.Dengan cara ini rakyat dapat berkomunikasi dengan rakyat lebih cepat dan tepat serta mendapat sentuhan peribadi.Kalau tidak berjaya dan cepat impaknya kenapa semua pemimpin Pakatan Rakyat nie sanggup memberikan hadiah kepada pengikut mereka.?Latheefa Koya pun nie buat benda nie? 

Gambaq nie menunjukkan PM menjadi iman.

Berikut adalah apa yang telah diputar-belitkan oleh blogger pembangkang http://really.tigaline.com/really-rahsia-disebalik-akaun-twitter-najib-tun-razak/ ternyata macam nie pun latifah koyak nie pecaya dan dia pulak menjadi penyebar fitnah terhadap PM.

kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.Apa taktiknya?
Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.
 
Adakah ini mewakili 400,000 pengikut kurang cerdik depa nie haaaaa.

MKP Ayat Sempoi : Nampak sangat taraf pemikiran latifah koyak yang mengaku kononnya Peguam  Terhebat,Jom pakat gelak skit..............




BENDERA APA KAT BELAKANG DATUK AZEEZ TUE?

Kalau bendera Hijau dan ada Bulat putih ditengah tue sudah tentu bendera PAS.Apa kejadah yang Datuk Azeez buat kat rumah ahli tegar PAS nie?Depa nie boleh bagi undi dekat UMNO ke ? Sudah tentu tidak jika UMNO tidak berusaha mendekati Ahli PAS ini.Sentuhan sebegini boleh melembutkan hati mereka dalam menerima UMNO.Ternyata apa yang telah dibuat oleh Datuk Azeez memang terbaik.Bekerja dan membantu rakyat yang susah dan ditimpa bencana demi menyahut cabaran dari Slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan.Laporan Penuh hampa pi baca kat Sinar harian Edisi Utara http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara itu yang rasmi........

Datuk Azeez ketika mengalik barang didalam rumah.

Gambaq nie kot lebih jelas.

Keadaan bumbung rumah tersebut.

Video Ucapan Terima Kasih kepada Datuk Azeez Rahim.

MKP Ayat Sempoi : Kalau Depa nie tak undi BN jugak, Tak tau la lepas nie?oh lupa pulak nama pakcik nie zakaria abdullah umur 51 tahun.

WOI : @mkini_bm SALAHKAN UMNO JUGAK KE?

Malayakini dalam laporan hari ni telah menyatakan pengawal keselamatan telah mati dibunuh dekat komtar Pulau Pinang akan tetapi ayat dibawah menimbulkan tanda tanya kepada MKP

Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Apa maksud disebalik ayat tersebut? Takkan nak menimbulkan keraguan rakyat terhadap apa yang dilaporkan.

Lukisan menceritakan segala-galanya.


MKP Ayat Sempoi : Ada akai Pikiq takkan nak letak kat lutut dan sesama buat penilaian? 


JENERAL TANPA ASKAR?

Apabila MKP terbaca apa yang telah diperkatakan oleh Tun Daim menyatakan Barisan Nasional hanya akan menang mudah di Johor,Melaka dan Melaka menimbulkan kerisauan di hati MKP.Apa tidaknya sebelum ini ramalan yang telah dikemukan oleh Tun Daim bahawa Barisan Nasional akan tumbang pada PRU 12 lalu menjadi kenyataan dan pada ketika itu ramai pemimpin UMNO alpa dan leka apa yang telah dikatakan oleh Tun Daim.Akan tetapi kali ini Datuk Ahmad Maslan telah memberi riaksi terhadap apa yang di perkatakan oleh Tun Daim disini



Video ini menyatakan sebaliknya pulak?


Senario Politik semasa Pulau Pinang banyak faktor perlu diperbaiki,Banyak sudah kepincangan Lim Guan Eng telah dilondehkan oleh rakan seperjuangan dan kini label lidah bewak dan ketua menteri paling celaka serta Lim Guan Eng pembohong telah menular disekitar Pulau Pinang.Akan tetapi adakah ini telah memberikan impak atau sebaliknya kepada pengundi muda krususnya saluran 3.Tinjauan rambang yang MKP buat,BN masih lagi tidak mendapat sentuhan peribadi dari pemimpin kepada anak muda Pulau Pinang.Padahal undi anak muda menentukan kalah dan menang BN pada PRU 13.

MKP Ayat Sempoi : Pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang perlu lebih aktif dalam mendekati anak muda Pulau Pinang dan cara berkempen perlu ada perubahan dan tidak hanya melalui ceramah (on way) sebalik perlu ada debat bersama dan mendengar luahan hati anak muda.

TAHNIAH PM,Twitter hampir 500,000, Facebook sejuta


KUALA LUMPUR 21 Mac - Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam ini. 
Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau. 
"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya,” katanya. 
Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta. 
"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?,” katanya. 
Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang. 
Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu. — BERNAMA



MKP Ayat Sempoi : Apa kata kita beri cadangan kepada PM?

Tuesday, March 20

AHLI PAS MENGAMUK BILA UMNO BERI BANTUAN.

Ini adalah sikap kurang matang ditunjukkan oleh penyokong PAS membuang Bendera UMNO didalam sungai.Kenapa?

Program Gotong Royong Perdana 1 Malaysia yang telah diadakan pada pagi tadi bersama Presiden KP1M Datuk Azeez Rahim merangkap Ketua UMNO Bhgn. Baling.

Kelab Putra 1Malaysia dengan 300 ahlinya telah turun padang hari ini membaiki bumbung rumah penduduk di sekitar Baling Lapan rumah terlibat dalam kejadian ribut pada Ahad lepas.

Apa kata kita tengok apa Datuk Azeez berucap,semuanya telah jelas dan tak perlu MKP jelaskan semua.Datuk Azeez nie memang dekat dengan penduduk Baling.

Ahli Tegar PAS berterima kasih kepada UMNO dan Datuk Azeez Rahim.

MKP Ayat Sempoi ; Siapa kata UMNO hanya tolong ahlinya sahaja?banyak lagi isu di Baling MKP akan bagitau kemudian. 



Isu Lembu, Sharizat, Umno Dan Kuasa Media Baru.



Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk  masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada  pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang di maksudkan? Apakah pula  tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas bagaimana semua ini berhubung kait dengan NFC - sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007? 

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban  - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.
 
Skandal  NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. 

Isu itu  dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.  Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan  mahu “menutup” isu berkenaan. 

Susulan  pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat.

Begitu juga penjelasan ringkas  Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana  secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan.  Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata. 

Kemampuan Kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah  yang menjadi cabaran kepada  Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. 

Dan cara menanganinya bukanlah  secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.
   
Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.
 
Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun. 

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter. 

Semua ini  menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka  semasa membuang undi.

Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng”  Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekali gus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya? 

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak. 

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat itu meletak jawatan.
 
Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salah laku moral.
 
Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru. 

VIDEO : GUAN ENG MERAYU KEPADA KALPAL SINGH.



Riak muka lidah bewak nie nampak kegusaran yang timbul,apa tidaknya yang membangkitkan isu nie adalah Pengerusi DAP Kalpal Singh.

Bagi MKP ini adalah serius jika tidak sudah tentu Lim Guan Eng yang mempunyai sikap yang tidak pernah mahu kalah dalam semua hal,Apa yang peliknya Guan Eng tidak pernah merayu seperti ini sebelum ini.Kali ini nampak Guan Eng takut dengan Karlpal yang mahu mendedahkan masalah dalaman DAP ini.



Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.




Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.

Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.


Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.



Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.


Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.







MKP Ayat Sempoi : Terserlah sudah tembelang Guan Eng nie.Mahu menjadikan DAP sebagai Parti Kroni Lim Dynasty



BOB KUMAN IKUT JEJAK BOB LOKMAN.?




Nilai sendiri apa yang anda lihat?Kenapa UMNO tidak berbuat sedemikian untuk mendekati anak muda.Bukan mencari kesalahan sesiapa akan tetapi UMNO patut lebih peka dalam mendekati anak muda sekarang.Kita tunggu dan lihat apa pulak pendekatan yang bakal dibawa oleh Bob Kuman nie,Adakah akan mengikut jejak Bob Lokman ',,',,,,,,,?

MKP Ayat Sempoi ; Artis bila dah suam kuku berkerjasama dengan PAS,Apa motifnya.

Monday, March 19

VIDEO LAWAK ANWAR BERSAMA BADRUL AMIN.



MKP Ayat Sempoi : Ini baru betul kerana sikap pemimpin PKR semuanya berkaitan seks.........Kredit kepada videodinamika  

Nallakarupan Dakwa Anwar Tidak Layak Pimpin Negara.



Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive