Sunday, April 8

NEELOFA AT #ABPBH 2012.



Jadi, adakah Aaron Aziz seperti ramalan ramai pihak bakal mendominasi acara malam ini atau ada kejutan luar biasa untuk kita semua? 

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR – Aaron Aziz
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz Suip
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular – 3 Suara
Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti NurhalizaAnugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid


JANJI PENIPU PEMIMPIN PR?




Lebih 50 penduduk pangsapuri Teratai blok satu dan dua di Taman Bukit Subang mengadakan demonstrasi secara aman mendesak kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji membaikpulih kerosakan bumbung dan bahagian dalam rumah mereka sejak tiga bulan lalu.

Penduduk dilihat berkumpul di bawah perkarangan pangsapuri mereka kira-kira jam 11 tengah hari itu turut membawa sepanduk tertulis 'Mana Janji Pemimpin PR', 'Kerajaan PR Menipu', 'Mana Janji Menteri Besar'.

Sebahagian besar mereka adalah 30 buah keluarga yang mendiami di tingkat lima di kedua-dua buah pangsapuri itu. Mereka ternyata tidak berpuas hati dan berang dengan kerja membaikpulih kerosakan bumbung dan siling rumah yang dilakukan oleh syarikat kontraktor dilantik kerajaan negeri.

Penduduk mendakwa kerja-kerja membaikpulih kerosakan bumbung, siling dan bahagian dalaman rumah mereka sekadar 'melepaskan batuk di tangga' kerana masih berlaku kebocoran apabila hujan.

Selain itu, penduduk juga mendakwa hanya empat buah pangsapuri Teratai di blok dua yang sempat dibaikpulih oleh syarikat kontraktor manakala selebihnya di blok satu masih belum dibaikpulih sepenuhnya.

Pada masa sama, penduduk juga mempersoalkan ke mana perginya dana bantuan sebanyak RM480,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor seperti diumumkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad pada 10 Februari lalu.

Menurut Penasihat Pangsapuri Teratai blok satu dan dua, Ahmad Kortubi Masduki, kerja membaikpulih bumbung blok satu dan dua pangsapuri Teratai ini dilihat tidak begitu memuaskan.

"Walaupun mereka kata dah siap, kalau siap pun tidak sempurna kerana banyak benda yang mereka perlu fikirkan.

"Sebab apa peruntukkan itu banyak, kalau setakat RM40 atau RM400 mungkin munasabah dengan apa yang mereka buat, oleh kerana peruntukkan besar RM480,000, maka tidak munasabah apa yang mereka lakukan," katanya.

"Kalau macam inilah keadaanya, yang untung mereka (kerajaan negeri) yang rugi penduduk sudahlah jadi mangsa, kalau nak buat (baikpulih) buatlah secara telus, jujur dan adil, itu yang kita nak.

Bukan kepentingan politik

"Sekiranya sehingga penghujung bulan tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkenaan, mungkin barangkali akan ada pihak lain ambil alih, jangan salahkan mereka, mereka nak bantu bukan kepentingan politik, terus terang saya larang ia dipolitikan, sebab wang duit rakyat bukan duit kerajaan," ujarnya.

Ditanya sama ada peruntukan RM480,000 setimpal dengan apa yang dibaiki sekarang, Ahmad Kortubi menjelaskan bahawa kos membaikpulih yang telah dilakukan syarikat kontraktor tidak sampai RM100,000.

Bagi Norhafizi Yusof, 36, pula, rumahnya pula mengalami masalah gangguan tenaga elektrik dipercayai akibat lintar pintas ketika hujan ribut baru-baru ini.

"Kita nak naik ambil barang, bila buka suis (elektrik) tendang balik, sehingga kini saya belum masuk rumah dan sekarang hanya mendiami rumah sementara.

"Saya memang tidak puas hati, dalam perjanjian lain, pembaikan untuk semua pangsapuri sekali, tetapi tiada langsung, hanya blok dua yang dibaikpulih, blok satu langsung tiada," ujarnya.

Sementara itu, Umi Kalsom Anuar, 36, yang telah menetap di pangsapuri ini sejak 1999 menyifatkan kerja membaikpulih dilakukan syarikat kontraktor tidak sempurna dan sekadar 'ala kadar'.

"Saya naik memang tengok dah repair kat pintu ada calar, pintu tak tukar, dia janji dua bulan lebih tetapi tiada sebarang maklum balas menyatakan kami boleh duduk ke apa.

"Kami mahu jawapan daripada kerajaan negeri secepat mungkin sebab tiap-tiap bulan kami kena bayar di bank, macam mana dengan kerugian yang kami alami," tegasnya.

Mana pergi peruntukan RM480,000?

Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Kota Anggerik, Kamarudin Ahmad melahirkan perasaan kecewa terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang gagal menyiapkan kerja membaikpulih bumbung rosak itu.

"Penduduk yang kini ditempatkan di rumah sementara sudahpun diarahkan pulang ke rumah mereka dalam minggu depan, walhal kerja membaiki bumbung belum lagi dilaksanakan oleh kerajaan PR.

"Sedangkan bajet sebanyak RM480,000 telahpun diperuntukkan oleh kerajaan Selangor yang diumumkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad pada 10 Februari lalu," katanya ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke pangsapuri Teratai di Taman Bukit Subang.

Pada masa sama, Kamarudin turut mempersoalkan ke mana perginya peruntukan untuk penyelenggaran pangsapuri Teratai sedangkan masih lagi ada kerja-kerja membaikpulih bumbung yang belum dilaksanakan.

"Saya memberikan kepastian kepada penduduk sekiranya kerajaan Pakatan gagal tunaikan janji mereka maka kerajaan BN akan campur tangan dan membantu penduduk menyiapkan kerja (membaikpulih bumbung) belum disudahkan," ujarnya.

Pada kejadian ribut jam 4 petang, 7 Februari lalu, bumbung sembilan unit Pangsapuri Teratai melayang sejauh 100 meter sehingga ke Pangsapuri Melor yang terletak bersebelahan.

Unit-unit kediaman di pangsapuri lain hanya mengalami kerosakan kecil. Tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan.

Kejadian yang berlaku selama 10 minit itu menyebabkan 100 penghuni terjejas dan kerugian harta benda termasuk ada beberapa kenderaan remuk dihempap bumbung dan pokok-pokok tumbang.

ADUN BN P.Pinang CURI ELEKTRIK?


Dakwaaan yang gila dan tak masuk akal pulak ditimbulkan oleh paria pencacai DAP Pulau Pinang.Dah tak ada isu lain mahu dibangkitkan dan terdesak mahu mencari sesuatu yang bagi MKP gelak sampai terguling-guling.Apa kes sampai nak curi elektrik nie?Bukti gambaq yang disertakan amat lawak sekali jelas depa nie main hentam kromo dan tak ada fakta yang diberikan cuma yang nie.

Nampak sah bukan meter yang dimaksudkan oleh penfitnah,sebaliknya mungkin meter rumah dia sendiri...takkan meter rumah mewah macam nie tak bodoh namanya tue.


SEORANG wakil rakyat Barisan Nasional dikesan "mencuri elektrik" untuk kegunaan peribadi supaya bil yang diterimanya saban bulan sedikit berbanding penggunaan keseluruhan lampu dan peralatan elektrik di kediaman mewah Adun itu.
Patutkah rakyat terbanyak di negeri berkenaan disuruh berjimat cermat tenaga elektrik tetapi pada masa yang sama golongan kaya raya ini mengamalkan sikap buruk dengan mengubah suai beberapa peralatan termasuk pada bahagian meter bagi menghalang bacaan sebenar kadar penggunaan elektrik.
Sumber PenangInsight.com memberitahu, anasir tidak bermoral itu mula dikesan oleh seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad dengan dibantu oleh dua penyiasat lain ketika membuat pemeriksaan teknikal di rumah mewah Adun berkenaan baru-baru ini.
Meter elektrik sah diubah suai dan merupakan jenayah di sisi undang-undang.
Sumber berkatam, satu laporan polis telahpun dibuat di Seberang Perai pada Isnin lepas.
Jika didapati bersalah, wakil rakyat Barisan Nasional terbabit dirujuk di bawah seksyen 37(1) dan/atau Seksyen 37(3) dan/atau Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.
Yang Berhormat berkenaan telah tiga penggal menjadi Adun dengan memiliki kekayaan yang luar biasa dalam masa yang singkat serta mempunyai kenderaan mewah seperti beberapa buah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi.sumber

iPAD TERBARU BERBALOI MEMILIKINYA?



ULASAN RINGKAS

PRO
Retina Display membawa pengalaman baru dalam paparan tablet dari Apple.
Kamera yang agak berkebolehan baik untuk video dan gambar kecuali untuk keadaan yang agak gelap.
Berfungsi lebih pantas dari model terdahulu.

KONTRA
Banyak aplikasi masih tidak menggunakan Retina Display.
Disebabkan Retina Display, saiz fail bertambah dan kapasiti 16GB senang dipenuhi didalam masa singkat.
Kamera tanpa kawalan untuk mengubah resolusi 1080p ketika rakaman.
Lebih berat dan sedikit tebal walaupun kedua-duanya tidak dapat dirasakan secara kasarnya.
Cepat menjadi panas (hangat) walaupun digunakan hanya untuk seketika. SUMBER

IPIDATO DARI MYEG.


Seperti yang hampa semua sedia maklum, MyEG adalah satu jabatan kerajaan yang menggunakan internet sebagai medium untuk memantapkan perkhidmatan mereka. Ternyata ia satu usaha yang bagus oleh MyEG. Sekarang iPidato muncul di bawah kelolaan MyEG di mana ia akan menjadi satu medan perdebatan secara online mengenai topik-topik hangat. Tadi pun aku ada buka sekejap, agak menarik konsepnya. Dengan adanya platform sebegini, memang bagus kerana dapat lah mereka-mereka yang selalu ada pandangan masing-masing mengenai sesuatu isu terutamanya isu sensitif dan hangat. Lepas in baguslah, jika ada apa-apa isu yang nak didebatkan, boleh la mereka-mereka yang selalu mencanang-canang mengenai sesuatu isu berdebat di iPidato. Jangan hanya jadi jaguh kampung, kalau berani berdebat secara terbuka.


STATUS IPIDATO


Buat masa ini, ia berfungsi dalam bentuk beta, menawarkan pelbagai persoalan, dan para pengguna boleh menjawabnya dengan mudah, dengan menawarkan pelbagai bukti dan sebagainya. Ia menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Facebook, jadi berkemungkinan lebih ramai mendaftarkan diri dengan mudah untuk platform tersebut.

Disamping itu, pada halaman utama, mereka turut memperlihatkan yang mana melalui platform iPidato, mereka akan membawakan suatu debat yang besar pada 16 April kelak. Namun maklumat berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Buat masa ini, kelihatan platform tersebut lebih digunakan untuk berdebat berkaitan dengan sukan, ekonomi dan juga politik. Apa lagi tunggu? Pergila buka ipidato.

MKP Ayat Sempoi : Benda nie baru,tak salah kita cuba benda yang baru?


SAPA PUNYA JANJI BOLEH PAKAI?



Jika sebelum ini penduduk di Batu Pahat melahirkan rasa tidak sabar mereka menunggu kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kini mereka disemati dengan rasa keyakinan pula bahawa perdana menteri bukan saja mampu membawa perubahan, tetapi juga mengotai janji-janji yang dilafazkan oleh kerajaan pimpinannya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan tiga tahun lalu, boleh dikatakan hampir semua janji-janji yang diikrar Najib telah dikotakan sekaligus menghimpit pembangkang yang terkedu mencari jawapan lebih-lebih lagi selepas kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan gagal mengotakan janji tinggi melangit yang dibuat mereka ketika pilihan raya umum (PRU) ke-12 , empat tahun lalu.

Tinjauan yang dilakukan oleh Suara13.com di sekitar bandar Batu Pahat selepas Perdana Menteri melancarkan buku risalah Janji Ditepati di sini mendapati rakyat semakin yakin dengan corak pemerintahan Najib melalui Dasar Transformasi dan pembaharuan yang diusahakannya.
Mohd Farek Md Tap, 42 berkata berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu menabur janji dan kemudian memberikan pelbagai alasan selain menuding jari ke arah pihak lain jika mereka gagal mengotakan janji yang dibuat, kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dan benar-benar berusaha memastikan janji yang dibuat dilaksanakan.
"Setahu saya kerajaan BN daripada dulu memang komited dengan perjuangan mereka untuk masyarakat, yang kita lihat pihak pembangkang ni sangat jauh beza dengan kerajaan. Tak mampu mereka untuk bersaing. Mereka hanya pandai berjanji tapi laksanakan tu tak tahulah bila," katanya..
"Contoh macam negeri-negeri yang mereka tawan, kita dengar bermasalah juga rakyat-rakyat di sana. Tempat kita ni (kerajaan) mudahlah, dari segi ekonomi Batu Pahat di Johor ni baguslah. Itu pun atas usaha kerajaan BN." tambah beliau lagi.
noraizah
Pandangan itu dipersetujui seorang surirumah, Norizah Rehan, 42 yang bersyukur dengan pembangunan dan perubahan yang dibawa terutamanya di bandar kelahirannnya, Batu Pahat.
"Saya rasa memang kerajaan komited dengan menunaikan janji-janji, cuba lihat Batu Pahat sekarang, (banyak) berubah, beza berbanding dulu." katanya.
Seorang pesara guru pula, Salikin Nasir, 74 yang telah menyaksikan pelbagai coretan lakaran sejarah negara ini bermula masa zaman negara masih di bawah pemerintahan penjajah sehingga kelahiran Umno dan perdana Menteri pertamanya sebagai sebuah negara yang merdeka, Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pembahruan yang dijuangkan oleh perdana menteri wajar disokong semua pihak termasuk pembangkang.
"Ini merupakan program yang menterjemahkan respon rakyat terhadap kewibawaan perdana menteri sendiri selama 3 tahun dapat diterjemahkan dengan begitu positif. Semua golongan dapat merasa baik orang muda dan gologan lama seperti saya," katanya lagi.
salikin

"Buat masa ini Batu Pahat belum ada lagi (kedai 1Malaysia, klinik 1Malaysia) tapi kita memang mengharaplah. Seperti apa yang difahamkan oleh perdana menteri, harga di kedai 1Malaysia jauh 40% lebih rendah, memang sangat dialu-alukan. Boleh meringankan beban rakyat." tambah beliau lagi.
Menurutnya lagi, pembangkang yang memerintah beberapa negeri di negara ini perlu mempelajari bagaimana BN di bawah pimpinan Najib bekerja di sebalik tabir demi kepentingan rakyat tanpa terlalu taksub menaburkan janji-janji yang mereka ketahui sendiri tidak mampu dilaksanakan.
abdul karim
Ahli paramedik, Abd Karim Mohd pula berkata, berbeza dengan pembangkang yang menggariskan janji-janji manis bagi mengabui mata pengundi dengan menghebah dulu di sana-sini perubahan yang dikatakan akan dibawa, kerajaan BN pula melaksanakan dulu janji yang diikrarkan , kemudiannya barulah menghebah kejayaan pelaksanaannya seperti program pelancaran Jelajah Janji Ditepati."Nampaknya program ini (Jelajah Janji Ditepati) membawa rahmat kepada penduduk Batu Pahat," katanya dengan bangga.
"Kepimpinan BN memberikan pencapaian ditahap kita menuju kepada program untuk mengintegrasikan penduduk Malaysia supaya mendapat kejayaan yang cemerlang daripada aspek kesihatan, ekonomi, perpaduan kaum nampaknya kerajaan Malaysia di bawah BN membawa kemajuan." tambah beliau lagi.

Saturday, April 7

DEPA KATA DATUK AZEEZ NIE TAU REMPIT SAJA BETUL KA?

Nie orang PAS yang dulu mai ambil bantuan.

Bantuan Bencana Alam Kelab Putera 1Malaysia telah menyerahkan 800 buah tilam, 350 Dapur Gas dan 400 kain sejadah kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Lenggong, Perak.Turut hadir bersama YB, Datuk Shamsul Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Haji Shahrani, EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Lenggong dan juga Y. Bhg Datuk Tarmizi Idris, ADUN Kenering merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lenggong. Pada 7 April 2012 (sabtu), Jam 8.30pagi, Majlis Daerah Lenggong, Perak...

WOO ramainya orang Lenggong yang menjadi mangsa banjir mai ambil bantuan.

Cakap dikota,PAS,PKR dan DAP ada buat macam nie.



Sampai takat tue ayaq naik.








Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menepis dakwaan pembangkang yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan kelab itu sebagai hanya gimik politik.

Beliau menegaskan bantuan tersebut diberikan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik penerima.Azeez yang juga pengerusi Putera Umno Malaysia berkata, pembangkang hanya mampu mengkritik segala usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak mengotakan segala janjinya kepada rakyat.

"Kalau nak dengar kata pembangkang saja memang kita mati... (bagi) dia(pembangkang) semua tak betul. Dia bukan beri manfaat kepada rakyat tapi asyik nak kritik, kalau mereka tak boleh bantu jangan kacau (orang) yang boleh bantu, duduk diam sudahlah," katanya.

Azeez bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Lenggong di Majlis Daerah Lenggong di sini, hari ini.Sebanyak 646 keluarga dari kawasan Kota Tampan (317) dan Kenering (329) menerima bantuan berupa tilam, dapur, sejadah dan pakaian seragam sekolah. - Bernama

BAGUIH SANGAT KA PROGRAM NIE?



 











Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahankementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya.

Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.

Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.


Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.

Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.

Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)

BILA MASA MAHFUZ JADI TOK BOMOH TANGKAP HANTU?


Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak.Sebagaimana nama melayu,jawa,minang dan bangsa-bangsa lain tidak terdapat di dalam al Quran dan hadith,namun tiada seorang pun yang menolak kewujudannnya.Tidak di ketahui secara tepat samada jin yang memberi nama-nama tersebut atau manusia yang menggelar mereka dengan nama-nama tersebut.Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :

Bajang

Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya

Hantu Raya

Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Bahaya berdamping dengan Hantu Raya dan sama bahaya berdamping dengan Mahfuz

a. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

b. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal
Salah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.Geng PAS dan PKR boleh balun bini orang.....



Dalam satu ceramah anjuran Ngo BERSIH 3.0 semalam di ibunegara, Mahfuz telah buat satu pendedahan paling mangkak dan sejak bila pulak dah jadi bomoh.. Kata Mahfuz, pendedahan dia tu mampu menumbangkan BN pada PRU13 nanti..

Mengikut kenyataan Mahfuz, 3-4 hari lepas telah berlangsungnya satu program anjuran Umno. Dalam program Umno tu ada disediakan pulut kuning tiga lapis untuk orang ramai..

Yang bestnya, Mahfuz dakwa pulut kuning 3 lapis tu berharga RM 19ribu... Diulangi sekali lagi..., Sembilan belas ribu ringgit Malaysia.Awat UMNO nak bagi hantu raya mana makan apa punya bangang statement Mahfuz ni.. Memang mustahil pulut kuning 3 lapis berharga sampai RM 19ribu.., tapi itulah yang Mahfuz kata..Mahfuz dari Pokok Sena tu.. Nampak sangat akal dia hanya bertaraf budak-budak tadika PASTI..

Dan Mahfuz kata.., lagi 2-3 hari dia akan dedahkan semua bukti pasal dakwaan dia tu..

Come on lah Mahfuz..., buat pulut kuning berharga RM 19ribu nak buat apa? Nak buat halau hantu setan Pakatan agaknya kot?

MKP Ayat Sempoi ; Bodoh punya Mahfuz!!

SIAPA PULAK ARTIS JANDA NIE?




Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor yang menyepikan diri selama 12 tahun meluahkan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang hiburan tanah air pada tahun ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu ini berkata selama tempoh itu dia terpaksa mengetepikan bidang seni demi memberi tumpuan kepada keluarga.

"Sejak menjadi ibu tunggal pada 1992, keutamaan saya adalah kepada dua anak yang sedang membesar, masalah kesihatan sendiri dan menjaga ibu bapa yang sakit.

"Kini orang tua sudah tiada, saya mahu aktif semula dalam bidang seni kerana minat itu tidak pernah lenyap," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyanyi yang kali terakhir muncul dengan album pada 1999 ini berkata, perancangan untuk mengeluarkan album sering tertangguh sebelum ini kerana dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan lagu yang sesuai.

"Kini saya sedang mencari lagu-lagu daripada beberapa komposer. Susah sebenarnya untuk mendapatkan lagu yang saya berkenan dan sesuai dengan selera pendengar hari ini.

"Saya perlu ikut trend muzik semasa. Kalau diikutkan saya sudah ada sebuah lagu tetapi perlu digubah oleh komposer yang sesuai agar ia menjadi lagu yang menarik," katanya.

Diusik mengenai status janda yang digalasnya hampir 20 tahun itu, Noreen berkata dia selesa bersendirian tanpa kekasih atau suami baru.

"Sejak jadi ibu tunggal saya jarang keluar atau berjumpa orang lain. Hidup saya hanya untuk keluarga sahaja.

"Memang ada juga yang cuba mendekati tetapi saya tidak mahu layan kerana lebih selesa dengan kehidupan begini. Walaupun sunyi tapi saya ada anak-anak," katanya.mstar.


- Posted using BlogPress from my iPad

DAP HINA MAMAK PULAK?

Dalam kolumnya di The Malaysian Insider kelmarin, naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim menuduh “Umno stormtroopers” sebagai berlagak seperti lasykar-lasykar (“brownshirts”) pada zaman Nazi Hitler (“Third Reich”).
Rencana Tunku Aziz berjudul ‘Open season on Lim Guan Eng‘.

Tajuk tersebut membayangkan ekoran ‘musim terbuka’ – serangan terhadap Guan Eng – sedang berlangsung sekarang natijah matlamat menghalalkan cara (fitnah dan asakan bertalu-talu).

Tunku Aziz berkata kempen perang propaganda untuk memburuk-burukkan Guan Eng sedang dikelolakan oleh golongan ‘Melayu Baru’ (mamak*) — “a bunch of bloody-minded, misguided ‘constitutional’ Malays who have been manipulating the Malays for ages”, pada hematnya.

Nota: Tunku Aziz tidak menyebut perkataan ‘mamak’ atau ‘Melayu Baru’ secara khusus. Saya yang sebut.

Waima sesetengah pihak mendakwa gelaran ‘mamak’ adalah “politically incorrect” maka di sini saya menggantikan dengan istilah ‘Melayu Baru’. Alasan saya ialah golongan terbabit mungkin sudah tidak lagi melihat diri mereka sebagai kaum India. Maka dengan itu untuk terus menggelar mamak sebagai “Indian Muslim” tidak tepat.

Dia menuding jari kepada Melayu Baru yang mengeksploitasi isu masjid di Bayan Mutiara.

Tunku Aziz menggambarkan seteru Guan Eng sebagai “hanya Melayu mengikut Perlembagaan” tetapi bertutur bahasa Tamil di rumah.

Katanya: “For all their professed Malayness I am told the majority speak Tamil at home”.

Tunku Aziz mempertahankan Guan Eng dengan berkata:

“Guan Eng can always hope for the best but he knows deep inside as long as he continues to make a success of his stewardship of Penang, and as long as he has no truck with unethical practices, he will continue to be harassed and even physically threatened by Umno thugs.”

Dia juga menggambarkan Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang beretika, bersikap terbuka, tidak bermain kotor macam Umno serta telus dan bertanggungjawab (“accountable”).

Setpol Guan Eng, iaitu Zairil Khir Johari yang membekalkan kononnya suara Melayu bagi DAP, pun sealiran pendapat dengan Tunku Aziz.

Kata Zairil beberapa hari lepas dalam satu kenyataan akhbar:

“Keselamatan diri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa ekoran fitnah bahaya dan rasis yang dimainkan Umno, TV3 dan Utusan Malaysia kononnya tanah masjid dilesapkan.

“Susulan daripada itu, Guan Eng telah diancam secara peribadi oleh pertubuhan perkauman Perkasa dan pemimpin-pemimpin Umno yang mengugutnya dengan keganasan dan bahasa yang penuh kebencian.”

(Sumber: ‘Ketua Menteri Pulau Pinang diugut,pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan’ di Roketkini)

Sebenarnya orang DAPlah yang kerap menyindir ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin dan sesetengah ahli pertubuhannya sebagai “Nigerian” yang tidak cukup syarat keMelayuan mereka walhal orang Melayu Tanjung sendiri tidak mengutuk.

Misalan kata kita rujuk Dr Zambry Abdul Kadir yang diejek oleh seorang evangelis DAP dengan jolokan “hitam metalik”.

Zambry adalah Adun Umno. Ini bermakna parti Melayu tersebut mengiktiraf Zambry sebagai Melayu.

Rakan-rakan sejawat Zambry di DUN menerima kepimpinannya sebagai Menteri Besar Perak. Malahan Sultan Perak berkenan untuk menabalkan Zambry sebagai MB.

Perlembagaan negeri Perak menuntut supaya jawatan MB disandang seorang Melayu dan seorang Muslim selain kalau Sultan memberi pengecualian mengikut budi bicara baginda.

Zambry diterima oleh Sultan sebagai Melayu tetapi para DAPster masih tidak habis-habis dengan cemuhan mereka — mengata warna kulit Zambry (yang memang tidak dinafikan kelihatan agak gelap).

Bukankan DAP yang selalu mencanangkan parti mereka ‘buta warna’ dan ahli-ahli DAP yang paling ghairah bercerita bagaimana “kita semua bersaudara”?

Berbalik kepada Umno dan kawan-kawan Kimma di Pulau Pinang: Sekiranya masyarakat Melayu sendiri menerima mereka sebagai Melayu, kenapa pula DAP menyampuk dan mencelah?

SUMBER DARI HALEN ANG.

MKP Ayat Sempoi ; DAP nie ibarat menyemarakkan api perkauman,Siapa lebih rasis UMNO atau DAP.DAP dahulu yang telah menyebabkan 13may.Jika isu mamak ini dimarakkan lagi nescaya DAP akan kehilangan undi dari geng mamak..........MKP pun lebih kurang mamaknya.

VIDEO SERIUS ; ANUWAR KENA HALAU DARI ALOQ SETAQ?


GERAK KHAS,Macam drama drama swsta pulak kat dalam TV.Apa tidaknya skuad khas ditubuhkan oleh Perkasa Aloq Setaq untuk menghalau Anwar dari merasmikan Pejabat PKR di Jalan Putra.Patutlah lah pun Pak sheik nie kena halau pasal dok sokong sangat Yahudi lahanat mana orang Kedah tak marah.Kalau kat Kedah nie bab Agama dan Islam nie sensitif sikit.Orang PAS kat Kedah nie lain macam sikit, depa tak ikut Ahli Pas ekstrim macam kt Pantai Timur.Disini depa lebih kepada menjaga Islam terlebih dahulu dari lain-lain.Faktor utama kekalahan PAS kat Kedah lepas nie pun pasal Anwar lahanat nie jugak lah ,dok sokong Yahudi Lahanatuulah.

Kenapa depa tak ikut macam Puak taksub Pantai Timur? berikutkan AMANAT  Hadi Awang yang telah menghancurkan Bumi Memali....Ramai ahli PAS Kedah sedaq akan peristiwa pahit dan pedih akibat taksub kepada pemimpin yang ingin menghancurkan perpaduan sesama Islam dan Melayu.Dari apa depa habaq kat MKP, Pas Kedah lanie pakai songkok hitam,Bukan saja pakai akan tetapi ada maknanya????kita sambung lain kali,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

MKP Ayat Sempoi ; GAnas anak muda Perkasa nie pakai rotan pukul orang?

FASHA HANG PELUK SAPA PULAK,KENA PUKUL LAGI ?


Apa dah jadi nie Fasha.Awat sampai macam tue hang dok buat tak elok peminat tengok.Bukan apa nanti keluaq pula tomahan macam-macam tok sah dok bagi malu orang Penang tau.

La abang Pie ka hang peluk,tak pa kalau macam tue.


Kena Pukul Apa cita pulak nie...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai dilakukan oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.

Insiden yang berlaku di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri Kembangan dan beberapa pelanggan restoran itu dikatakan terlalu pantas, dan dipercaya telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis makanan berkenaan.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor itu berkata , kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12.10 pagi sebaik sahaj selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan.

MKP Ayat Sempoi ; La kena pukul mesti ada yang tak kena.DAP nie kaki putaq alam kat Penang dah banyak kali depa dok kona.

Friday, April 6

VIDEO SEMPOI ; SAYA JUMPA KAK IJAT BUKAN NAK MINTA LEMBU?


Masih ingatkah lagi dengan penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah. Penyanyi ini diberitakan sering berada di pentas-pentas ceramah PAS berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. MKP rasa penyanyi ini bergiat aktif di dalam PAS dengan menjadi ahli PAS dan berceramah seperti Bob Lokman atau beliau sekadar dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan pendapatnya sahaja.

Terbaru dalam ceramahnya dah mula menjadi extremis PAS dan mencemuh Kak Ijat,Apa dah jadi Aishah kenapa dengan penampilan terbaru ini nampak hidayahnya akan tetapi tidak dapat menyembunyikan hati yang kotor bersama PAS.Kenapa mahu mengaibkan orang lain yang mungkin telah menolong anda.Mungkin lepas nie Aishah nak jadi menteri macam Kak Ijat jugak.


MKP Ayat Sempoi ; Janji Manismu hanya tinggal janji la Aishah.

AHLI PAS PUN BENCI PADA ANWAR EDAR CD LUCAH?


Padan muka hang Anwar,Terbaru ahli PAS pun tak puas hati dengan sikap musibat ketua pembangkang penipu nie.Cara depa luah rasa tak puas hati depa nie sempoi,Halus dan makan dalam...........Ayat Power tue.Bagaimana depa nie buat,,depa edarkan video 18sx pada hadirin yang mai ceramah dalam diam....Padan muka Anwar... Baru kena buku dengan ruas....

Lokasi ceramah PAS yang depa buat kacau kat Kemaman Terangganu,Setahu MKP yang pernah berkempen dulu masa kat PRK Kuala Terangganu puak tok-tok PAS nie memang ganas pun,Semua orang tau sampai van yang kami naik dulu pun depa bagi pecah cermin.....lupa pulak nak bagitau bila depa bagi cd blue free nie10 FEB 2012,Selepas itu depa buat kacau pulak dekat Perak Sg Rokam 25mac 2012 dan terbaru dekat Kg Razali Kuantan Pahang.....

Pasal apa depa nie tak puas hati , pengedaran video seks fitnah ini dikatakan ada kaitan dengan rasa tidak puas hati ahli-ahli PAS berhubung dengan kenyataan Anwar dalam satu temubual dengan akhbar The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari 2012 mengenai ‘melindungi keselamatan Israel’ yang turut disokong pemimpin tertinggi PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Sentimen kebencian yang timbul di kalangan ahli-ahli PAS berhubung dengan kenyataan Anwar dalam TWSJ tersebut.


MKP Ayat Sempoi : Jangan kata pulak nie semua kerja jahat orang UMNO.

BERSIH 3.0 DAN 13MAY TIADA BEZANYA?



Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.    Sedangkan, kerajaan  telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.  

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.  Namun, seperti  juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.  Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos.  Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali. 

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini.   Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.  Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. 

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.  Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih?  Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?  

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?   

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah?   Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.  

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.   Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.  

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.  

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih. 

Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi  bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.  

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.   

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.  Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.  

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.   

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali?   Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut.  Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.   Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.     

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara.   Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….BLUE BEAR....

MKP Ayat Sempoi ;Elok lah tue mat sabu jadi barua?

VIDEO SEMPOI : BILA BINI TANGKAP SUAMI CURANG?




Video ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang asyik berprojek dengan seorang wanita didalam kenderaannya kantoi apabila ditangkap oleh isterinya sendiri ketika melakukan perbuatan yang tak senonoh itu..Lihatlah bagaimana si Isteri itu mengamuk macam orang gila apabila mendapati orang yang disayangi iaitu suaminya berlaku curang terhadapnya....MKP rasa mana-mana Isteri akan bertindak sedemikian sekiranya suami yang mereka sayangi ditangkap melakukan perkara tersebut...boleh jadi gila dibuatnya...


Berlainan pula dengan cerita ini..Wanita ini agak releks apabila mendapat tahu yang suaminya ada melakukan hubungan intim dengan lelaki lain...bukan setakat itu saja..wanita ini siap boleh mempertahankan suaminya apabila kantoi dengan rakaman CCTV melanggan Chinadoll di sebuah pangsapuri di ibukota...

MKP tak pasti sama ada wanita ini sayang atau tidak pada suaminya...kerana daripada apa yang kita lihat..wanita ini macam tak kisah je apa yang dilakukan oleh suaminya...Tak mungkin seorang wanita yang sayangkan suaminya boleh bertindak sedemikian apabila mendapat tahu yang suaminya berlaku curang dibelakangnya...

Inilah kehebatan pasangan ini...MKP tak tahu pula siapa yang hebat...sama ada Wan Azizah yang mempunyai kesabaran tahap dewa atau Anwar Ibrahim yang mempunyai ilmu yang boleh menundukkan isterinya??

Thursday, April 5

APA KEJADAH PUNYA LAGU NIE?


Apa kejadah punya lagu nie,dengaq pun macam haram.Kalau begini caranya nak mendidik golongan muda maka hancuslah.....Banyak lagi lagu dan lirik yan boleh buat tapi kalau dah macam terdesak nak cari publisiti....ini adalah komen dan pendapat peribadi untuk masyarakat menilai kebenarannya.



Lagu nie telah diharamkan penyiarannya.Penulis lirik dan rapper, Malique terkilan apabila menerima arahan agar lagu ciptaannya “Bawaku Pergi” nyanyian Zizan dan Kaka diharamkan dari ke udara di corong-corong radio dan juga di kaca televisyen.

Lagu tersebut diharamkan kerana terdapat bait lirik yang digambarkan seolah-olah seorang remaja perempuan mahu lari ke luar negara bersama teman lelakinya.

Malique yang nyata terkejut dan kecewa selepas menerima panggilan daripada Zizan mengenai isu tersebut mengeluarkan kenyataan reaksinya terhadap isu tersebut.

Di dalam kenyataan medianya ada menyebut bahawa apa yang dikatakan itu bukanlah untuk remaja lari mengikut teman lelaki namun cerita sebenarnya adalah lagu tersebut dicipta untuk isterinya. Walaupun mereka sudah berkahwin, namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja sehingga dia tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.

Malique juga turut memberitahu supaya mereka yang mengkritik atau yang menjadi juri terhadap liriknya itu supaya membaca lirik itu sebagai seorang yang matang.

“Saya tiada masa untuk meletakkan minda saya ketika menulis lirik itu sebagai seorang remaja sedangkan saya sudah lama melepasi zaman itu.”

Di dalam lirik tersebut ada menulis “Pergi Lama, Pergi Jauh” Malique menjelaskan bahawa lirik itu sebenarnya mengambarkan dirinya dan isteri yang mahu pergi menggembara jauh ke Negara Indochina melalui jalan darat.

“Di dalam dunia ni ada 192 buah negara, saya suka menggembara. Salah satu tempat yang saya idamkan adalah pergi ke Indochina melalui jalan darat. Itu yang saya angankan bersama isteri jika suatu hari nanti saya akan berkesempatan berbulan madu di sana. Bukanlah bermaksud kekasih pergi lari bersama teman lelaki yang dihebohkan ketika ini.”

Jelas Malique lagi, dia tidak mahu mereka yang mendengar terus menghentam kerana padanya ini bukan sahaja akan mencalarkan imej mereka sebagai kerajaan malahan perkara ini akan menjejaskan periuk nasi penggiat seni. “

Itu Cuma lagu, ianya seperti anda tidak gemar makan sesuatu makanan dan menghebahkannya kepada semua agar tidak makan dan haramkan sahaja makanan tersebut tanpa diminta penjelesan dari pihak mereka. Jangan biarkan orang sekeliling ketawa melihat tindakan budak-budak yang hanya merosakkan imej anda,” ujar Malique di dalam kenyataan media mengenai isu pengharaman lagu tersebut.

MKP Ayat Sempoi : Sama-sama kita renungkan sejenak kedua-dua video berkenaan.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive