Wednesday, April 11

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK..ALHAMDULILAH.....




Kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.

Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan mula meninggalkan rumah masing-masing kira-kira jam 5.30 petang Rabu selepas mendapat arahan pihak berkuasa.

Kebanyakan penduduk mendakwa mereka bertindak demikian sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia petang Rabu.

Lima kampung tersebut yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda pernah dilanda Tsunami pada 2004.

Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.

Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.

Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.

TERKINI SUASANA SEKITAR GURNEY PLAZA,ORANG RAMAI PANIK.


BERIKUT APA YANG TELAH BERLAKU DISEKITAR PERSIARAN GURNEY DRIVE...ORANG RAMAI AGAK PANIK DENGAN BERITA YANG DITERIMA OLEH TWITTER DAN FACEBOOK..SEMUA PUSAT MEMBELI BELAH DIARAHKAN TUTUP OLEH PIHAK BERKUASA. 







KECOH PULAU PINANG?TSUNAMI?




Keadaan sekitar pulau pinang huru-hara jalan sekitar panati sesak berikut amaran tsunami dikeluarkan.Jika ini berlaku ramalan telah menyatakan pada jam 9.15 malam ombak tsunami akan sampai di Georgetown.Kepada semua jauhi pantai diwaktu ini





Tesco tanjung sri pinang telah ditutup kerana berdekatan pantai.gambar seterusnya akan MKP upload selepas selesai ubah bot baru yang semalam sampai dari phuket thailand.

- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPA BUMI MENGGEGARKAN PULAU PINANG.


Updates Early Warning Tsunami in Aceh, North Sumatra, West Sumatra, BENGKULU, LAMPUNG, Earthquake Mag: 8.5SR, 11-Apr-12 15:38:33 BST, Lok: 2.40LU, 92.99BT, Kdlmn: 10km :: BMKG

Terkini gempa bumi melanda Aceh dan gelombang ini telah menggegarkan Pulau Pinang.MKP yang berada Di Straits Quay Marina,merasa gegaran dan sehingga sekaran masih lagi bergoyang.amaran tsunami telah dikeluarkan,Senantiasa berhati-hati dengan perkembangan semasa jika anda berada di tepi pantai sekitar Kepulauan Utara Semenanjung Malaysia....

TEKSI MALAYSIA DAN VIETNAM?


TEKSI VIETNAM

Teringin nak merasa nek kereta mewah Bentley Continental GT yang harga dia US 800,000 ni boleh la pergi melawat Vietnam. Kereta mewah ni dijadikan teksi ja. Chek video di bawah ni untuk berita lanjut.

AWAT GODFATHER MENGAMUK BILA HADIAHNYA DIHARAMKAN? @dzainalabidin


MKP tergejut bila baca artikel dari Anak Sungai Derhaka memang hang suka buat derhaka pun,alkisah si tua Bangka tak sedaq diri nak mampus meroyan sakan bila hadiah yang diberikan kini sudah diharamkan oleh pihak sekolah di Pulau Pinang.Banyak sungguh duit yang ditabuq oleh GodFather nie untuk meraih undi dari golongan pendidik Pulau Pinang... MKP nak tanya sikit Cikgu dan Cikgi nie ambil gaji dari sapa tak tau?Kerajaan DAP atau Barisan Nasional yang kini memerintah Putrajaya...Benda nie dah lama jugak telah diberikan kepada sekolah-sekolah akan tetapi tak pernah diperbesarkan........DAP dan pencacai nie suka mengata kepada BN dan UMNO suka mengunakkan sekolah untuk kepentingan politik,,,,,Kepala hotak hampa nie Kalpal Sinki nie , Hang buat tak pa pulak.....Memang dasar anak haram jadah la hampa nie....Kita tengok dulu video nie puak anak haram dok menangis tepi jalan kerana UMNO mengunakkan dewan UITM untuk kepentingan politik.....


Ini lah kebebasan media ala DAP yang sering dilaung-laungkan mereka. Media yang tidak pro kepada DAP akan terus diharamkan .Bagaimana la nasib media2 seperti Utusan dan TV3 ini bila kerajaan DAP ini berkuasa di Malaysia , confirm la terus diharamkan terus media ini di Malaysia .

Geng blogger Pulau Pinang macam Generasi Pejuang Bangsa dan yang lain seperti Pisau, Empayar Pemuda , MPP , blog MIM ini confirm la kena akan di ISA kerana akan dituduh oleh puak2 chauvinis sebar berita fitnah tentang kerajaan regim DAP Khalifah Agung DAP , Guan Eng nampaknya sudah tidak tahan lagi pendedahan pembohongannya beliau dan konco2 nya didedahkan di dalam akhbar , jadi mereka nekad membalas dendam kepada akhbar ini .GPB

GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, meluluskan usul melarang wartawan Utusan Malaysia daripada menghadiri dan membuat liputan sidang DUN pada masa depan.

Usul itu turut melarang wartawan Utusan Malaysia untuk berada di pekarangan dan memasuki bangunan DUN.Usul itu dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Yang Keempat DUN Ke-12.

Berbalik kepada pengharaman The Star pada baru-baru ini kenapa pulak DAP nak meroyan sedangkan suratkhabar ini telah lama diedarkan kepada cikgu dan cikgi.......Adakah itu tidak cukup mau lagi,,,penyapu boleh la bagi kat hampa lepas nie......

MKP Ayat Sempoi ; Bila kena batang hidung sendiri baru ada akai,DAP buat semua betul!!!!!!!!!!

DAULAT TUANKU


Hari ini 11 April 2012 bersamaan dengan 19 Jamadil Awal 1433H, termaktub dalam sejarah apabila negara kita menyaksikan Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah.

Daulat Tuanku….

NFC: Jalan Ke Syurga Penuh Dengan Onak dan Duri…?


Sengaja saya ambil tajuk diatas. Kenapa? Ada sebabnya.
Sebagaimana biasa, bicara saudara Aspan Alias bagus untuk dibaca. Tajuknya sahaja, sudah cukup bagi saya untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikannya.
Namun, apabila membaca komentar yang diterima, seperti sesuatu yang kurang lengkap, yang kurang seimbang. Apakah dia?
Kebanyakannya seolah mengiakan UMNO dan Barisan Nasional itu buruk 100% dan cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan mereka yang pro kepada mereka seolah menggambarkan mereka berada di jalan yang betul.
Bunyi tajuknya, dan realiti gambaran betapa susahnya Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu saya akui, dari satu sudut menggambarkan mereka seolah di jalan yang benar.
Namun, dari satu sudut yang lain, nada yang lebih kurang sama saya dengari daripada mereka yang pro Barisan Nasional. Dikalangan mereka, disampaikan juga bahawa mereka berada di jalan yang betul, dan cabaran dan halangan yang diterima menggambarkan mereka sedang diuji untuk membuat kebaikan, menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
Nadanya sama – mereka menghadapi cabaran, dan itu tanda mereka di jalan yang benar dan betul.
Bagaimana pula, jika sebenarnya, cabaran dan dugaan itu sebagai tanda amaran kita sedang menuju ke jalan yang salah?
Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah
Kata-kata diatas juga seharusnya diambil dan diteladani. Allah menguji kita dalam senang dan susah, sihat dan sakit.
Maka, tidak bermakna, jika jalan yang kita lalui itu onak dan duri, bermakna kita sedang menuju kepada kebenaran, dan begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh, dalam kes NFC, mereka telah didatangkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apakah tidak salah, jika mereka menganggap mereka di jalan yang benar kerana diuji sebegitu rupa? Pada saya, mereka diuji kerana dipercayai berbuat salah, dan tidak melakukan sesuatu yang betul.
Dugaan? Ya. Cabaran? Ya. Benar? Belum tentu!!!
Oleh itu, muhasabahlah diri. Saya tidak mengatakan mana-mana pihak benar atau salah, tetapi saya tidak bersetuju jika mengandaikan jika apa yang kita lakukan itu diduga, kita terus menganggap kita berada di jalan yang benar.
Soalan dijalanan: Jika dua-dua pihak fikir dugaan itu tanda mereka benar, maka, kenapa masih bertelagah?
WR Syndicate: Pada kebiasaannya, ramai daripada kita gemar menganggap dugaan sebagai tanda kita betul. Dan jarang kita ambil masa, gunakan iman, ilmu dan amal untuk muhasabah diri, apakah betul dan benar tindakan yang kita ambil.
Agaknya, kerana mengganggap dirinya betullah, mereka yang terbabit dalam skandal NFC tidak dapat dielakkan.
Agaknya, kerana mengganggap dirinya betullah, mereka yang terbabit dalam skandal video seks tidak dapat dielakkan.
Komen MKP : Benteng UMNO dikukuhkan sejak tahun 1990.Waktu Mahathir kalah kepada Razaleigh dan masa Umno lama diharamkan, maka ilham untuk memperkukuhkan kedudukan Umno untuk selama-lamanya telah dilahirkan.Hegemony untuk melaksanakan agenda Umno telah diperkasakan selama 13 tahun. Masakan Mahathir boleh lepaskan jawatan PM dan control secara remote? Apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah semua sandiwara. Minda Rakyat dipermainkan oleh media massa saja. 
Realitinya ialah Umno akan tetap menerajui negara untuk selama-lamanya.

KISAH SAHABAT , JANGAN DOK BUAT RANGGI..... TOYA MAK AMIN...


Begitu mudah untuk mencari teman bergembira tetapi terlalu sukar untuk mencari teman berkongsi duka. Seandainya masih ingat bait-bait lagu Hijjaz tentang kawan. Dipaparkan di sini satu kisah untuk renungan bersama.Terdapat tujuh orang sahabat yang bersama-sama ke mana sahaja ketika dalam pengajian di kampus. Mereka menyertai sebuah Parti yang sama.

Pada hari terakhir di kampus, masing-masing menyatakan hala tuju hidup selepas ini. dua daripada mereka telah bersetuju untuk bersama-sama bekerja di Selangor. Namun, sahabat yang lima lagi telah mengambil keputusan untuk kembali ke negeri sendiri dan bekerja di sana. Kelima-lima sahabat ini kecewa kerana sahabatnya ini ingin meninggalkan mereka dan seolah-olah apa yang dirancang sebelum ini adalah sia-sia.

Tiada siapa menyangka, setahun kemudian sahabat ini kembali berjumpa mereka dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Kelima-lima orang sahabat ini malu dengan diri sendiri kerana berprasangka terhadap sahabatnya. Ukhwah mereka kembali bertaut lantaran kemanisan ukhwah yang dikecap. Kerana kasih sayang yang ada dalam diri mereka. Di mana sekalipun kita berada, sahabat tetap diingati dalam doa. Yang paling penting, ikatan yang dibina adalah kerana –Nya.

Dalam konteks kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih akan sahabat. Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.

Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain. Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Teliti kembali, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat sebaik mungkin. Atau sekadar teman untuk minum kopi dan teh sahaja. Renungi diri. Jadilah sahabat yang baik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya. Jujurlah dalam bersahabat. Sebelum meneruskan persahabatan yang mendalam mohonlah petunjuk Allah agar tidak tersalah pilih. Terimalah sahabat anda sebaiknya dan maafkanlah kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Persahabatan yang dijalin kerana Allah pasti berkekalan. Nilai sebuah persahabatan itu tidak mampu dibeli dengan wang dan harta lantaran harganya yang tidak terungkap.

JANGAN TIKAM BELAKANG KAWAN......


Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.Walau bagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

MKP Ayat Sempoi ; Sepandai mana manusia nie ada jugak bodohnya!Bangkai gajah mana boleh sembunyi dengan daun sekentut , kedua-duanya busukkkkkkk,Kalau dah nama rezeki kawan bagi sajalah...........jangan  dok pi jual nama dan segala seluaq dalam pun hampa londeh..........Malu diri sendiri saja.........

Tuesday, April 10

KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK RINDU , JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! "


Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm...

Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni... aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm... kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!ZEDZAIDI DARE.

MKP NO KOMEN PASAL NIE,SAMA-SAMA KITA PIKIQ

ZARINA ANJOULIE SAMPAI HATI U SAYANG?





MKP terbaca apa yang telah ditweet oleh artis paling seksi dan gedik sepanjang tahun,mungkin sikap sebegini akan terus meningkatkan populariti dalam dunia seni nie.Apa nak buat terima ajelah jika artis suruh blogger yang menyanjung aaron aziz nie makan racun.tak bermakna jika blogger harus menyerah dan dan pasrah tanpa serangan balas.Nie pendapat MKP jangan pulak nanti zarina meroyan pulak,kalau setakat popular suam-suam kuku lepas tue mengaku hang no 1,,,,pooooodah....Naik popular pun pasal gambaq tak senonoh ada hari nak jadi no 1.




Yang nie pulak lagi harami , jawapan yang geli tahap babi aku tengok! Pantau atau tengok sebelah mata Dr Zul.Pembohong klu tiada aktiviti maksiat kat umah urut dikawasan Kuala Selangor tue.Klu setakat jawapan "play safe", Dr Zul lebih baik pakai kondom aje.Pencacai bodoh Pas boleh la hang dok ranjau dan tipu sekupang dua lima duit.Bersepah rumah urut yang menawarkan lolipop geli-geli macam jawapan hang.




Boleh pecaya ka? jawapan tahap geli kali kedua nie,sat gie abang besaq si Roniie Liew bersuara ,Dr Zul jadi bewak kena kunci mulut.So dari jawapan pertama tadi dah kantoi!!!!!!!! kata MDKS pantau dan dan tiada aktiviti lolipop dijalankan.nie apa kes klu dah tak salah kenapa nak tamatkan lesen jika menjalankan perniagaan tanpa kesalahan BERSIHIT kan dulu apa yang telah dirancangkan pada 28hb nie jika mendapat restu dari Pemimpin Kerajaan PAS Selangor ...Nie Dr Zul pi habaq kt Ambingai kata bershit 3.0 kita buat kat rumah urut kat kawasan hang dulu.duduk dan bagi depa lolipop lagi best...

MKP Ayat Sempoi ; LolipopServis BERSHIT KUALA SELANGOR 3.0 sedap dapat syurrrrrrr pun sedap.......Bila Ayaq Keluaq.....................Puas....

ISA BAKAL DIGUBAL,APA PULAK KATA PEMBANGKANG?




Rang Undang-Undang Keselamatan Kesalahan (Penilaian Khas) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan memberikan penjelasan lanjut mengenainya selepas akta berkenaan dibentangka di Parlimen.

Pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA dan mengumumkan beberapa perubahan terhadap akta keselamatan dalam ucapannya semepena sambutan Hari Malaysia.

Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Darurat dan beberapa pembaharuan lesen industri penerbitan dan percetakan di negara ini.

Difahamkan Rang Undang-Undang tersebut akan memansuhkan secara drastik tempoh penahanan suspke dan akan membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas penangkapan dan penahanan suspek di bawah peruntukan undang-undang tersebut.

Memetik sumber sebagai berkata, akta tersebut akan memfokuskan kepada bagaimana untuk mengenalpasti serta menangkap pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Selain itu, pasukan polis juga akan diberikan tempoh kurang daripada sebulan untuk menahan seorang suspek tanpa perbicaraan. Selepas tempoh tersebut berakhir, suspek mesti didakwa atau dibebaskan.

Menurut sumber tersebut, di bawah peruntukan undang-undang baru itu turut menyatakan secara khusus bahawa tiada siapa akan ditahan kerana fahaman politik masing-masing seperti yang dijanjikan oleh Najib dalam ucapannya pada 15 September lalu

Malaysia turut melihat kepada akta keselamatan di beberapa negara seperti, Akta Pencegahan Pengganas di Britain pada 2005, dan Akta Patriot di Amerika Syarikat, di mana kedua-dua akta berkenaan diluluskan selepas serangan pengganas di New York dan Washington DC pada 11 September.

Akta ISA yang diperkenalkan pada 1960 adalah bagi mengatasi pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaysia dengan memberi kuasa kepada pihak polis.

Di bawah ISA, polis boleh menahan seorang suspek sehingga tempoh dua tahun dengan mendapat persetujuan daripada Menteri Dalam Negeri.

Najib turut menunaikan janjinya selepas Parlimen meluluskan satu usul November lalu, antara perkara yang dimansuhkan termasuk akta buang negeri dan akta kediaman terhad yang mana kedua-dua akta berkenaan telah berusia lebih 40 tahun.

Dengan pemansuhan tersebut, kuasa terhadap pihak polis di bawah Undang-Undang Darurat ditarik

Pengisytiharan darurat diumumkan oleh Yang diPertuan Agong pada 15 Mei 1969 ekoran daripada rusuhan kaum terburuk pada 13 Mei.

Pada 14 September 1966 dan 8 November 1977 pengisytiharan darurat turut diumumkan oleh Yang diPertuan Agong bagi menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di Sarawak dan Kelatan.

Kerajaan turut meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang membenarkan orang ramai berkumpul dan melarang pihak polis menghalang perhimpunan tersebut tanpa alasan yang munasabah.antarapos

- Posted using BlogPress from my iPad

DAP DAN PDC PROP. TIPU PEMBELI RUMAH? @dzainalabidin


Selepas pembeli-pembeli Halaman Kenanga buat sidang media, baru PDC Properties sudi berjumpa untuk berbincang isu injunction mereka oleh kontraktor utama. Majlis Penyerahan kunci dibuat secara tertutup dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri pada 4 March 2012. Tetapi pembeli-pembeli pula dilarang daripada pindah masuk dan membuat sebarang renovasi.


Apa punya celaka DAP dan sekutunya PDC nie dok buat naya dekat pembeli rumah, Hampa dok sembang dalam media macam baguih tapi bila ada masalah macam nie bayak sangat protokolnya,Ini baru permulaan bagi kes nie MKP bawa penjelasan dan video pada artikel seterusnnya.Bukti kepala toya yang DAP telah menunaikan janji kepada rakyat.............Mana ada tipu nanti cakap Guan Eng.....haaaa lagi banyak rakyat akan mengamuk lepas nie........

Monday, April 9

APA PULAK WALI SELIPAR NIK AZIZ BUAT,TUA PUN GATAI KA?




Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang
lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

JOM KITA TENGOK BILA TANPA DISOLEK DAN TERPAKSA DISELAK?

Syahrini

Luna Maya

Kris Dayanti 

Nia Ramadhani

Marsha Timothy

Revalina S. Temat

Cuba teka sapa nie????
Orang Buta Tuli Saja Tak Tahu Cerita Azmin Dan Shamsidar

Baik Azmin mahu pun Shamsidar kedua-duanya cuba membuat pekak badak dengan cabaran-cabaran yang dilemparkan terhadap mereka dengan harapan kisah jelik keluarga mereka akan dilupakan begitusaja.

Tidak sekali pun Azmin tampil menjelaskan mengenai saham-saham luar biasa yang dimilikinya danisterinya dan tidaksekali pun Shamsidar membela dirinya apabila dikaitkan dengan Anwar.

Malah Anwar sendiri tidak pernah menyentuh isuShamsida rsecara langsung.

Tetapi, apabila diasak oleh media tanpa henti, Azmin akhirnya terpaksa bersuara jugawalaupun suara yang keluar terdengarnya ring bercampur garau dan sengau semacam. Azmin menjawabl ebih kurang begini, “orangbuta, tuli saja yang tak tau cerita I.…Aauuww!”

Pihak yang mencabar, termasuk ahli-ahli Pakatan Rakyat sendiri tidakberpuas hati dengan jawapan Azmin dan mempertikaikan bilakah masanya Azmin menjelaskan kepada rakyat berkenaan semua tuduhan yang dilempar kepadanya dan isterinya. Kerana seingat semua Azmin tidak pernah menjelaskan apa-apa selain menafikan sahaja.


DAP PASTI AKAN MEROYAN BILA AMOI NIE PECAH TEMBELANG?



MKP Ayat Sempoi ; Semua dah siap dan ready,apa kata lepas nie cerita nie pulak keluaq stanby lu celaka punya ketua menteri paling malang dalam sejarah Pulau Pinang.Nak tengok Betty kasi pelempang sama lu sekali lagi?

DAP BUAT HAL LAGI, PEDUDUK SG ARA PROTES PROJEK GONDOL BUKIT? @dzainalabidin


Projek " Istimewa" yang diluluskan baru-baru ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dulu, tak dibenarkan dan dilulus utuk buat sebarang pembangunan di bukit tersebut atas sebab keselamatan penduduk sekitar. Tetapi telah diberi kelulusan baru-baru ini untuk membina 14 blok condo ( 508 unit) dan 90 unit bangalow atas sebab 'projek istimewa". Saya memang bersetuju dengan komen ahli Majlis Pulau Pinang, Lim Mah Hooi. Beliau meluahkan perasaan kesal di mana kerajaan negeri sekarang sentiasa membuat keputusan tanpa persetujuan daripada majlis perbandaran. 

 

Dulu, kerajaan negeri BN tak memberi sebarang kelulusan untuk pembangunan di tapak bukit tersebut atas sebab keselamatan, tetapi apa yang berlaku sekarang, kerajaan negeri DAP memberi kelulusan kepada pemaju untuk buat pembangunan atas sebab "projek istimewa" Projek isitimewa" yang melingkungi 80 ekar akan dibina oleh pemaju ialah 508 unit condo ( 14 blok ) dan 90 unit bangalow.

 





MKP Ayat Sempoi ; Ramai dah meluat dengan sikap Guan Eng nie sampai depa nie bersuara.....




DAYANG DAH MELAYANG KE PKR?


Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)semalam.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

 

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.MPP


MKP Ayat Sempoi : Sempoi ka dayang nie??/??

TUAN IBRAHIM TUAN MAN BODO TAK BOLEH AJAQ?


Nie nak habaq kat hampa video dari ceramah yang dibuat sabtu malam di Permatang Pasir oleh Hassan Ali mengenai Ketua Penerangan PAS pusat yang mangkok hayun mengenai isu murtad di Selangor.Apa punya kejadah nie Penerangan PAS puasat kalau dah bangang ahli dan pengikutnya lagilah 10kali bangang dan bengap kerana mendapat penerangan yang macam haram jadah.

Ceramah Selamatkan Akidah & Pertahankan Islam anjuran GABUNGAN yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pemuda PAS PP , Ustaz Hafiz Nordin yang menampilkan YB Datuk Dr Hassan Ali Pengerusi JATI dan Ustaz Ismail Mina Ahmad , Pengerusi MUAFAKAT .

Kehadiran umat Islam di Permatang Pauh dan sekitarnya memang cukup luar biasa sekali demi pertahankan Islam , Raja dan Melayu . Dianggarkan 5 ribu orang hadir membanjiri ceramah anjuran malam tadi .

Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.

Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.

Selain itu , pihak NGO GABUNGAN juga mendedahkan NGO pemikir Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) telah menerbitkan buku-buku mengenai agama Islam yang jelas terpesong sama sekali dan ditulis pulak oleh orang yang berfahaman liberal . Malah buku-buku disebarkan oleh PKR sendiri kepada ahli-ahli mereka .

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam . Selain itu, beliau juga mendedahkan sikap parasit-parasit dalam PAS yang turut bersekongkol dengan pemimpin kafir dalam menjahanmkan umat Islam .

Malah beliau juga persoalkan adakah PAS di Permatang Pauh bersetuju bukan Islam menjadi Timb Presiden PAS seperti yang dicadangkan seorang parasit dalam parti mereka ini .

MKP Ayat Sempoi ; Terkejut tengok suasana semalam,Walaupun disabotaj bergelap tetapi depa tak berganjak dari kerusi dan dengaq sampai habis ceramah tue.

SALLEH MAN DITIPU,JANJI PRN PERMATANG PASIR TINGGAL JANJI?

Kelihatan Yb Salleh Man bersama dengan Penyelaras Dun Permatang Pasir, Tuan Hj Rahim Man den Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pmtg. Pauh, Cikgu Zaidi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mahu campur tangan dalam isu pelantikan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas isu berkaitan dengan hal ehwal Islam dan menyerahkkanya kepada pemimpin Islam yang bertanggungjawab.

"Biarlah, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dan pihak berkaitan sahaja yang mengulas isu ini.

"Saya adalah pemimpin bukan Islam dan tidak sesuai untuk mengulas isu-isu Islam," kata beliau kepada media selepas menyerahkan dana RM300,000 untuk pembinaan kuil Sri Bala Thandayuthabani di atas bukit, Jalan Air Terjun, di sini, hari ini.

Tiga hari lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pengisian jawatan itu masih menjadi tanda tanya apabila Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man yang diumumkan sebelum ini untuk memikul tugas berkenaan belum lagi mendapat pengesahan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman mengumumkan nama Salleh untuk menggantikan Elias Zakaria.

Ketika itu, mereka dalam proses untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim di Istana Negara.

Mansor dilaporkan berkata akan mewakili Kerajaan Negeri bagi mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu menyandang jawatan berkenaan. Beliau kini adalah Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

Bagaimanapun, timbul pula desas-desus kononnya Abdul Malik akan menjawat jawatan itu setelah namanya, yang dikatakan dicadangkan kepada Tuanku Abdul Halim, mendapat perkenan.

Namun sehingga kini, tiada pihak yang tampil membuat pengesahan atau penafian mengenai isu itu.

MKP Ayat Sempoi ; Pandai drama kung-fu sungguh Guan Lahanat nie.Janji kepada Salleh Man masa pilihanraya Permatang Pasir dulu masih janji tinggal janji.Dengaq kata Salleh Man bila nak umum masuk Jati,sebab tue depa masih tak umum lagi............heeee. 

KANDANG LEMBU LAGI?


Tindakan seorang pembantu butik pengantin menerima pelawaan teman lelakinya untuk membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan, mengundang padah apabila mangsa bukan saja dipaksa menghidu gam dan minum arak di kawasan kandang lembu, malah turut diperkosa dalam kejadian di Bangi, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan berada di tempat kerjanya di Kajang sebelum lelaki berkenaan datang dan mengajak untuk membeli-belah di Nilai 3. Mangsa yang menerima ajakan teman lelakinya sempat bertanyakan hala tuju mereka ketika dalam perjalanan selepas menyedari lelaki terbabit melalui kawasan mencurigakan.

  Bagaimanapun, teman lelakinya hanya menyuruh mangsa diam dan sebaik tiba di kawasan kandang lembu dipercayai tidak jauh dari rumah suspek, lelaki itu menyuruh mangsa turun dan memaksa wanita terbabit menghidu gam serta minum arak yang sudah di sediakan terlebih dulu.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya hanya mengikut arahan namun dirogol suspek di kandang lembu berkenaan.

“Mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Rinching Hilir, Kajang, namun tidak membuat laporan polis atau memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya disebabkan malu.

“Sebaik menerima beberapa ugutan daripada lelaki terbabit akan memancung kepalanya jika kejadian itu didedahkan kepada orang lain, mangsa tampil membuat laporan polis di Bandar Baru Bangi petang semalam,” katanya.
 
Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak setahun lalu, namun tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik sehinggalah ditimpa kejadian berkenaan.BH

P/S gambaq kat atas tue tiada kena mengena dengan artikel ini....cuma penambah perasa kepada artikel ini. 

PENARI TIANG DI PERMATANG PAUH?


Terkejut beruk MKP bila dapat tau kata kt Permatang Pauh ada penari tiang.Biaq betul?Pada mulanya tak pecaya jugak akan tetapi bila dah pi tengok dengan kepala mata sendiri mau tak mau kenalah pecaya bukti dah depan mata.Pak Sheik apa dah jadi nie hang dok kata kat orang tak baguh tapi tempat sendiri dah ada macam nie.apa kejadah punya bangsat nak menjual maruah bangsa sendiri sampai boleh biaq benda tak elok macam nie ada kat Perlimen Permatang Pauh.Mana tidaknya yang menari tue pun bukan orang lain Melayu jugak dah?



Penduduk setempat kawasan berkenaan tempat lokasi pub ini adalah melayu.Nak pelingkup anak muda melayu pun bukan begini caranya Pak Sheik.Nampak sah Pak Sheik nie dah termakan dengan tusukan DAP supaya melingkupkan anak melayu nie.........Celaka sungguh.





Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive