Wednesday, April 25

NORA DANISH MASIH RAMAI MENANTI?


Siapa sangka gosip desas desus yang sebelum ini hanya gosip liar, kini sudah menjadi kenyataan bahawa Fasha Sadha dan Jejai bakal melansungkan perkahwinannya pada 27 April ini. Pastinya dua pasangan ini tidak sabar menunggu detik detik kegembiraan ini.

Menurut bekas isteri Jejai, Nora Danish memberitahu pada hari perkahwinan mereka dia tidak hadir pada hari perkahwinan berlansung. Pertamanya Jejai dan Fasha Sandha tidak memberikan Kad Jemputan pada gadis yang cukup popular didalam lakonanTentang Dhia. Wah Jejai kalau tak sabar pun dapat isteri baru janganlah tak dijemput lansung isteri lama, paling kurang pun berilah kad, samaada dia ingin datang ker idak lain lah ceritanya itu.

Walaubagaimanapun pelakon cantik ini menjelaskan kepada media bahawa dia tidak dijemput
mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. ( Wah Nora still cover line) Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari.

MKP Ayat Sempoi ; Nora masih ramai yang ada diluar sana menanti dan pasti jidoh dan pertemuan ditangannya.......

LIVE STREAMING - DEBAT @KHAIRYKJ -vs- @AMBIGA_S


KHAIRY -vs- AMBIGA

Bagi yang tak dapat turun KL malam ni, saksikan debat antara KP Umno, KJ dengan Pengerusi Bersih 3.0, Ambiga jam 8.00 malam ini secara live streaming dari The Club Bukit Utama Damansara di sini... (ehsan : mobtv)

DIAN TAK KISAH DAN ANWAR PULAK?


Aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila gambar bogelnya telah tersebar meluas di laman web.

Namun bagi Dian, dia tidak langsung tidak menampakkan kegusaran atau risau, malah Dian bersikap tenang sahaja menghadapi kontroversi gambar bogelnya itu.

"Saya tenang saja kerana saya tahu itu bukan gambar saya. Buat apa saya perlu peningkan kepala untuk buat laporan polis, ia bukan saya, jadi tenang saja saya." Kata Dian kepada WowKeren ketika ditemui di Hotel Kempinski, Jakarta Pusat, Khamis yang lalu.

Gambar yang dikatakan bintang filem "Ada Apa Dengan Cinta" itu menperlihatkan seorang perempuan mirip Dian berbogel tanpa seurat benang dengan kedua-dua kakinya menutup payudaranya. Wajah wanita dalam gambar tersebut memang sama seperti Dian Sastro, namun ia jelas kelihatan bahawa gambar tersebut tidak asli dan ia dihasilkan melalui teknik 'super impose' (pertindihan).

Sebelum ini, ibu kepada Syailendra Sutowo pernah terkena kontroversi gambar bogel palsu beberapa tahun yang lepas.


MKP AYAT SEMPOI : ANWAR KISAH KE VIDEO NIE???????

UMNO TANJONG TURUN PADANG MEMBERIKAN BANTUAN PINJAMAN TEKUN @NajibRazak



Ketua Umno Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar Turun padang ke gerai peniaga yang memohon peminjam TEKUN untuk menyerahkan cek dan menampal poster.Gerai tersebut dimiliki oleh Che Jam dan pinjaman sebanyak 3ribu ringgit.

Mohd Taufique senyum apabila cek diserahkan. 

Nasir Jeruk yang terkenal di jalan Chowrasta telah diberi cek pinjaman sebanyak 20ribu ringgit.

Mohamad Noorazam telah menerima pinjaman TEKUN sebanyak 25ribu yang kini menjalankan perniagaan tudung dan pakaian wanita di bazzar Chowrasta.

Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Matlamat penubuhan Yayasan TEKUN Nasional pada ketika itu adalah untuk menyediakan pembiayaan modal dengan mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Sejak diwujudkan hinggalah ke hari ini TEKUN Nasional telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sepertimana yang diharapkan. Sehingga 31 Disember 2011 , TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM 1.4 bilion kepada 154,216 orang usahawan diseluruh negara. Untuk tahun 2012 ini, TEKUN Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM 350 juta sebagai pembiayaan kepada seramai 34,000 usahawan.

PERIUK NASI 36ribu PEMANDU TEKSI DIPERTARUHKAN?




36,000 pemandu teksi di sekitar Wilayah Persekutuan akan mengalami kerugian sekiranya himpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah yang dijadual pada 28 April ini diteruskan.

Kesal dengan tindakan penganjur yang berdegil mahu meneruskan perhimpunan itu walaupun sudah dilarang berbuat demikian di lokasi yang menjadi pilihan mereka, Persatuan Pemanda Teksi Malaysia (PETEKMA) hari ini tampil membuat laporan polis.

Timbalan Presiden PETEKMA, Mohd Syahrir Abd Aziz yang ditemui selepas membuat laporan berkenaan berkata, pengalaman himpunan BERSIH yang pertama dan kedua Julai tahun lalu banyak memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi di ibu negara.

"Sudah tiga kali BERSIH, kami tidak boleh cari makan. Bukan sikit kerugian,"katanya

"Tiap kali nak buat perhimpunan kami yang seksa. Dataran Merdeka kami tak setuju, tapi jangan juga di jalanan dan Stadium Merdeka. Kami minta tolong dengan pihak penganjur".

PETEKMA hari ini membuat report di Balai Polis Dang Wangi memohon pihak berkuasa mengawal keadaan supaya perhimpunan yang didakwa penganjur sebagai himpunan aman itu tidak merebak di jalanan. "Tolong jangan buat di jalanan. Kami dengar sudah ditawar di stadium,buatlah. Jangan buat dijalanan,"

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebelum ini berkata pihaknya telah menyarankan kepada DBKL untuk menyediakan lokasi altenatif bagi memberi laluan kepada himpunan BERSIH 3.0.

Sementara Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail semalam mencadangkan agar himpunan Duduk Bantah Sabtu ini diadakan di mana-mana lokasi alternatif seperti di Stadium Badminton, Stadium bola sepak Cheras dan Stadium Titiwangsa.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH pada sidang media hari ini bagaimanapun menegaskan pihaknya tetap akan berhimpun di Dataran Merdeka.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini turut memaklumkan enam lokasi dijadikan tempat berkumpul para demonstran sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Lokasi berkenaan ialah di Masjid Negara, Masjid India, KLCC, Pasar Seni, Brieckfield dan Jalan Sultan.

Komen MKP ; Ambiga nie paham dan mengerti akan kesengsaraan yang dilalui oleh pemandu teksi nie,mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Jika punca rezeki sudah ditutup bagaimana nak menyara anak bini kat umah.Apa kejadah perjuangan kepada rakyat akan tetapi tidak memikirkan nasib rakyat yang bukanya sikit beb 36ribu tue.Yang berhimpun pun nanti tak sampai juamlah tue.Apa kata pemandu teksi nie pi ludah ambiga dan pemimpin yang menyokong bershit 3.0 nie pun mahu lemas dibuatnya.So sesama kita fikirkan!!!!!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

BERSIH YANG MENIPU RAKYAT MALAYSIA?


Perhimpunan Bersih diuar-uarkan akan datang lagi, disertai parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas alasan mahukan satu sistem pilihan raya yang 'bersih'.

Pada hemat saya perhimpunan Bersih ini hanya membuang masa, bahkan mengelirukan rakyat. Sekali gus pada masa sama menunjukkan kerakusan parti politik pembangkang yang gilakan kuasa politik untuk memerintah negara.

Saya berikan lima sebab untuk menyokong pandangan ini:

Pertama, sikap pembangkang meragui kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah ibarat menjilat ludah sendiri. Ini kerana Kelantan masih diperintah Pas sejak 1990, Pas menawan Terengganu (PRU 1999) dan pembangkang menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) di Parlimen pada PRU 2008. Selain itu pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tahu betapa hebatnya kuasa undi mereka di dalam proses pilihan raya. Kenapa perlu diragui SPR sedangkan SPR adalah satu badan penyelaras pilihan raya?

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Apa lagi yang parti pembangkang mahukan? Rakyat Malaysia bukan bodoh macam lembu yang boleh ditarik hidung ke sana ke sini oleh pembangkang.

Kedua, proses pendaftaran pengundi dari dahulu hingga sekarang sentiasa dipertikaikan oleh pembangkang. Namun pada masa yang sama dalam setiap keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun Parlimen ada juga calon pembangkang menang dengan majoriti di bawah 100 undi. Apa lagi pembangkang mahu? Tak bersih lagikah pilihan raya di Malaysia?

Ketiga, jika sistem pilihan raya di Malaysia ini diragui kebersihannya, bagaimanakah pula Kelantan masih diperintah oleh Pas sejak 1990? Pada masa yang sama dari tahun 1990 sehingga sekarang sistem pilihan raya di Malaysia menjalani pelbagai proses penambahbaikan oleh SPR, menjadikan proses pilihan raya di Malaysia lebih mudah dan lebih telus. Kalau betul SPR kuda tunggangan BN sudah semestinya Kelantan berjaya ditawan kembali oleh BN. Namun perkara ini tidak berlaku. Apa lagi pembangkang mahu?

Keempat, pelbagai siri Pilihan raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 masih menunjukkan keputusan-keputusan yang juga berpihak kepada pembangkang. Ada yang berpandangan PRK memberikan kelebihan kepada parti memerintah iaitu BN, namun ia tidak berlaku. Apa yang tidak bersihnya PRK di Malaysia?

Kelima, rakyat Malaysia sudah semakin mahir menggunakan kuasa undi untuk membuat keputusan siapa yang akan mereka undi di dalam pilihan raya. Keputusan PRU selepas PRU 1990 menunjukkan bagaimana transformasi politik berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Mereka semakin hari semakin bijak, matang di dalam menilai yang mana kaca dan yang mana intan memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.

Kesimpulannya perhimpunan Bersih ini hanya untuk orang-orang yang taksub dengan parti politik pembangkang sahaja. Biarkan mereka yang hanyut dalam lautan idealisme retorik pembangkang sahaja yang hadir di dalam perhimpunan ini. Membuang masa sahaja bahkan membingungkan rakyat.

Proses pemilihan kepimpinan dalam parti pembangkang pun dipertikaikan oleh ahli-ahlinya, terutama yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Inikan pula mahu bercakap mengenai bersihnya pilihan raya Malaysia.

Cermin dulu parti sendiri sebelum mengata orang lain. Lebih baik kita luangkan masa yang lebih berfaedah dengan keluarga tercinta atau menghadiri aktiviti masyarakat setempat di kawasan kita daripada menyertai perhimpunan sebegini.

Rakyat Malaysia bukan bodoh. Parti pembangkang jangan terlampau yakin bahawa mereka akan berjaya menawan Putrajaya. Jangan terkejut kalau pembangkang kalah teruk di dalam PRU akan datang. Semua orang boleh bercakap dan berjanji tetapi bukan semua boleh mengotakan janjinya. Hentikanlah retorik dan janji-janji palsu wahai parti pembangkang! Kami tak mahu parti yang menanam tebu di bibir memerintah Malaysia!

MELAYU PAS,INDIA PKR DAN CINA DAP,,,,LAWAK BEB?


Baru-baru ini adalah seorang kawan menceritakan kisah (dongeng) ini.

Menurut ceritanya terdapat 3 orang kontraktor yang dipanggil mengadap ahli lembaga pengarah sebuah agensi kerajaan untuk membentangkan cadangan projek membina sebuah dewan masyarakat.

Kontraktor pertama adalah seorang berbangsa Melayu. Dengan memakai kopiah dan berbaju kemeja biasa, beliau memasuki bilik mesyuarat pengarah dan membentangkan mengenai projek tersebut.

“Kos projek ini adalah 1 juta” kata kontraktor itu di akhir pembentangan.

Terkejut ahli lembaga pengarah dengan pengumuman itu.

“Harga ini terlalu murah, mampu ke Tuan Haji menyiapkan projek ini ?”tanya salah seorang ahli lembaga pengarah.

“Saya ni kerja ikhlas dan ambil untung sedikit saja, jadi memanglah saya mampu” balas kontraktor Melayu ini.

Maka ahli lembaga pengarah semuanya terharu dan mereka mula membuat keputusan bahawa mungkin inilah kontraktor terbaik untuk menjalankan projek ini.

Selepas kontraktor ini keluar, masuk pula seorang kontraktor kedua berbangsa India untuk membentangkan projek yang sama.

“Harga yang saya cadangkan adalah 1.5 juta”, kata kontraktor India ini di akhir pembentangan.

“Kenapa mahal sangat ? tapi Pak Haji tu baru 1 juta saja”, tanya ketua lembaga pengarah.

“Tuan-tuan sekalian, Pak Haji tadi tidak tahu mengenai harga barangan yang tengah naik. Tak lama lagi harga besi, simen, minyak dan batu akan naik. Jadi ini adalah harga yang paling baik dan saya dapat siapkan projek ini sebaik mungkin”, balas kontraktor India ini.

Semua ahli lembaga pengarah mula mengangguk setuju. Mereka mula melihat bahawa Pak Haji tadi adalah orang yang tidak mampu menjalankan projek itu sehingga habis. Mungkin kontraktor India ini adalah yang terbaik kerana dia berfikiran kehadapan dan tahu mengenai projek ini dengan baik.

Akhir sekali, dipanggil kontraktor yang ketiga, seorang yang berbangsa Cina untuk membentangkan projek ini. Pada saat ini sebenarnya semua ahli lembaga pengarah sudahpun membuat keputusan untuk mengambil kontraktor India sebagai pilihan utama mereka.

“Harga projek ini saya cadangkan adalah RM 2.5 Juta”, kata kontraktor Cina ini di akhir pembentangannya.

“Huh ? Mahalnyaaaaa….. Kamu tahu tak ?, Pak Haji tadi hanya RM 1 juta, kontraktor India itu hanya RM 1.5 juta. Kenapa kamu punya tiba-tiba RM 2.5 juta”, kata salah seorang daripada ahli lembaga pengarah.

Ahli lembaga pengarah yang lain pun mula mengelengkan kepala tanda tidak setuju. Mereka mula berbisik sesama sendiri bagi memastikan tidak ada ahli lembaga pengarah yang bersetuju.

Akhirnya semua terdiam menanti apakah alasan yang akan diberikan oleh kontraktor Cina ini.

“Saya punya harga adalah yang terbaik. RM 1.5 juta adalah harga untuk menyiapkan projek ini dan bakinya RM 1 juta adalah untuk tuan-tuan semua”, Jawab kontraktor Cina ini dengan senyuman manis di muka.

Semua ahli lembaga pengarah spontan gelak riang dan terus bersetuju dan menganugerahkan projek ini terus kepada kontraktor Cina ini.

MKP Ayat Sempoi ; Melayu PAS janji tak tunai macam Mat Sabu,India macam yang dok ada dalam PKR,,,,Cina pulak sudah tentu LGE Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang....Yang tertipu siapa? 

Tuesday, April 24

PADANG KOTA MANGSA BERSIH 3.0.


DAP dengan sikap cauvanis sekali lagi cuba mencemarkan tempat bersejarah sejak berkurun lamanya yang telah menjadi satu mercu tanda bagi Pulau Pinang.Lokasi Bersih 3.0 pada peringkat Pulau pinang bakal diadakan pada 28 atau 29 April 2012.Maklumat sulit ini telah diberitahu oleh orang kuat Pejabat Ketua Menteri sendiri.Kantoi puak anak haram nie dengan sikap mahu mencemarkan kesucian tanda mercu dan telah menjadi tapak warisan bagi negeri Pulau Pinang yang telah diwartakan oleh World Heritage.Berbalik kepada Padang kota ini MKP ingin berkongsi sejarah mengenai Padang Kota.

Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.


Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.

Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasembor, cendol dan juga laksa. Kebanyakan pengunjung Padang Kota gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Benteng dibina di tepi laut bagi menghalang hakisan ombak . Walaubagaimanapun, disebabkan keadaan air laut yang tidak dapat dijangka di tebing padang kota, pengunjung tidak berani untuk mandi. Ia boleh menjadi pasang secara tiba-tiba dan berbahaya. Semasa Tsunami 2004, air laut di sini telah melepasi benteng dan menyebabkan air melimpah ke luar. Untuk berkelah, tempat yang sesuai ialah Pantai Moon Light di Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan sekitarnya.

Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ianya mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandarraya Georgetown dan ke Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengahari, petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah pandai merancang perjalanan.


Selain Padang kota lokasi utama penganjuran Bersih terbesar diwar-warkan akan berlangsung di Dataran Merdeka akan tetapi kelulusan permit setakat ini tidak diluluskan oleh Pihak DBKL atas alasan  Dataran Merdeka hanya layak digunakan peringat Kebangsaan.Namun di Pulau Pinang Padang Kota yang dikuasai oleh Kerajaan Cauvanis DAP boleh berbuat sedemikian kerana semua arahan datang dari Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Pulau Pinang kerana pemimpin melayu dibawah PR  yang ada disana hanya digunakan sebagai boneka memuaskan nafsu Cauvanis DAP tanpa mengambil kira latar belakang sejarah serta kepentingan rakyat untuk beriadah.


Padang Kota merupakan lokasi utama rakyat untuk beriadah tapi dengan pengajuran bersih rakyat Pulau pinang seolah merasakan keindahan Padang Kota dicemarkan dengan memuaskan nafsu serakah pemimpin tertentu.Selain itu pelancong juga melihat Padang Kota bukan lagi tempat selamat untuk dikunjungi.......

GAMBAQ ANUWAR KANTOI BERSAMA SAMSIDAR LOLIPOP


Dah terbukti gambar nie yang depa e-mail dekat MKP dakwaan yang sah menyatakan Anwar dan Samsidar memang melakukan perbuatan terkutuk iatu makan ice-cream yang hanya diketahui oleh orang dewasa....Aksi seterusnya masih lagi kabur dan akan didedahkan kemudian.Apa kejadah pemimpin macam nie sudah terbukti sikap yang sungguh memalukan dengan aksi skandal bersama bini kawan sendiri.


Pita rakaman video sex yang melibatkan ketua umum pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada pemimpin PKR Azmin Ali dijangka akan meletup tidak lama lagi.

Video seks, yang dikatakan untuk menunjukkan Anwar dan Shamsidar mempunyai oral seks, telah menjadi topik yang paling hangat.

Pita video telah diserahkan oleh S.Nallakaruppan - yang menghadapi saman RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Anwar hanya beberapa jam yang lalu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah yang turut dihadiri wakil media.

Katanya kepada peguamnya di kompleks mahkamah Kuala Lumpur “take care of this properly” dan menyerahkan pita dalam sampul berwarna coklat.

Nalakaruppan berkata beliau akan mendedahkan kandungan video di mahkamah, tetapi apabila didesak oleh wakil media apa kandungan video tersebut, beliau berkata: "Ice cream".

Hubungan sulit di antara yang Anwar dan Shamsidar telah lama dibicarakan secara terbuka oleh umum.

Azmin telah dituduh "mengorbankan" isterinya untuk mendapatkan kasih sayang Anwar dan tidak pernah menafikan hubungan antara isterinya dan Anwar, kecuali dalam seri ceramah politik longkangnya.

MKP ayat sempoi ; tunggu apa pulak anwar nak kelentoog pasal nie.

KELAINAN DALAM HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.

Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah 6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.

Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu, lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa ditemuramah wartawan di sini, hari ini.

Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama 5 hari kali ini, pelbagai aktiviti yang telah susun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10 himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar dilupakan.

Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut genre yang diminati.

Segmen World Jazz Festival HBN 2012 yang bakal menutup penyertaannya pada 28 April nanti adalah satu platform yang harus direbut oleh jutaan belia di luar sana. Maklumat lanjut, sila melayari www.hbn.gov.my atauwww.kbs.gov.my.

USTAD ZIZAN PERLEKEH ISTANA KEDAH #savekedah


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz. 

Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan. Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat.

Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah. Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa. Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama. Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT.

Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat? Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT. Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga. 

Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 

Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka. Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum. Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa. Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri. 

Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua. Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam. Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam. Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah. 

Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula. Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya. Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia.BERUANG BIRU

ADUN TONG GAS TERCABAR DENGAN PENGERUSI BARU BN PULAU PINANG.


Adun yang glamour dengan menghina peniaga sebelum ini telah bersuara dengan dayus mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang,Teng Chang Yeow dicabar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Padang Kota pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) datang bagi membuktikannya beliau bukan boneka Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik berkata, Chang Yeow dicabar bertanding di kawasan berkenaan kerana menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995 hingga 2008 sebelum tewas pada PRU12 kepada Pengerusi DAP negeri,Chow Kon Yeow dengan majoriti 2,254 undi.

Menurutnya,Chang Yeow perlu kembali ke kawasan lama untuk berdepan dengan mereka yang pernah menyokongnya sebelum ini."Chang Yeow sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar Cina dengan mengatakan di mana dia jatuh dan di situ juga dia akan bangkit.

Nampak sangat sikap cauvanis yang ditunjukkan oleh Ng Wei Aik nie.Kenapa merasa tertekan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang baru, Teng Chang Yeow yakin akan dapat memenangi semula sokongan rakyat di negeri ini terhadap BN.

Chang Yeow berkata, walaupun tugas berkenaan dilihat sukar dan penuh cabaran namun dia akan sedaya upaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN."Saya bukan sahaja kena berhadapan degan Ketua Menteri,Lim Guan Eng malah saya juga perlu berdepan dengan parti pembangkang yang lain.

Dalam pada itu, Chang Yeow berkata,hanya beberapa perubahan kecil sahaja yang akan dilakukan didalam jawatankuasa kerja BN memandangkan jawatankuasa sedia ada yang dipimpin oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan telah mantap dan mempunyai semangat pasukan yang kukuh.


TWITTER ZAHIDA RAFIK MAKIN PANAS?


Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.AP

SOALAN MP KELANA JAYA ADA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.



Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Menterinya, DS Ahmad Shabery Cheek di Parlimen baru-baru ini diajukan soalan oleh seorang YB daripada Pakatan Pembangkang, YB Kelana Jaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KBS untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

Kita tidak pasti adakah soalan sebegitu tidak berapa penting untuk ditanya oleh seorang YB di dalam dewan yang mulia. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dipersoalkan. Tiada kepentingan yang kita nampak melainkan salah satu cara pihak pembangkang untuk mencipta keraguan. Namun, jawapan yang diberikan oleh DS Ahmad Shabery adalah sangat bernas dan sudah pastinya mampu mematikan segala keraguan yang hendak ditimbulkan.

Menurut DS Shabery, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, beliau menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.

Menerusi jawapan beliau, DS Shabery percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. Kita sedia maklum individu yang dimaksudkan oleh YB Kelana Jaya tentulah Ketua Pembangkang.
 
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum P"Gay"R ini ternyata mampu mempengaruhi ramai belia terutama mereka yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kental. Contoh paling mudah adalah seperti golongan mahasiswa yang mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini.
 
Oleh itu, belia janganlah mudah terpengaruh. Marilah kita bersama-sama menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah di Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak acara-acara menarik yang akan disediakan. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!

SUMBER: CUCU YOK SELAMPIT BLOG

ANJING MANA PULAK TERLEPAS NIE?



Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam,terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.


Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak, keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram.Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri.

Monday, April 23

AISCREAM LA PULAK DRAMA TERBARU ANWAR?


Pita rakaman video sex yang melibatkan ketua umum pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada pemimpin PKR Azmin Ali dijangka akan meletup tidak lama lagi.

Video seks, yang dikatakan untuk menunjukkan Anwar dan Shamsidar mempunyai oral seks, telah menjadi topik yang paling hangat.

Pita video telah diserahkan oleh S.Nallakaruppan - yang menghadapi saman RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Anwar hanya beberapa jam yang lalu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah yang turut dihadiri wakil media.

Katanya kepada peguamnya di kompleks mahkamah Kuala Lumpur untuk “take care of this properly” dan menyerahkan pita dalam sampul berwarna coklat.

Nalakaruppan berkata beliau akan mendedahkan kandungan video di mahkamah tetapi apabila didesak oleh pemberita apa kandungan video tersebut, beliau berkata: "Ais cream"

Hubungan sulit di antara yang Anwar dan Shamsidar telah lama dibicarakan secara terbuka oleh umum.

Azmin telah dituduh "mengorbankan" isterinya untuk mendapatkan kasih sayang Anwar dan tidak pernah menafikan hubungan antara isteri dan Anwar, kecuali dalam seri ceramah politik longkangnya.

Baik, kami boleh mengharapkan peminat Anwar untuk menolak video sebagai lain penyamaran Anwar tetapi sesungguhnya sukar mendapat lain Shamsidar rupa-sama, anda tidak akan berkata?

Well, there will be more videos coming this way soon. Watch this space! You need plenty of popcorns because the videos are piling up!MOLE

UCAPAN BERAPI KJ BUATKAN ADAM ADLI KECUT TELOQ.





Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru

Menurut Khairy, beliau percaya rakyat khususnya golongan muda tidak akan terpedaya dengan pelbagai tipu daya pakatan pembangkang termasuk janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol lebuh raya.

Jelas beliau, menerusi program transformasi yang dilaksanakan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sokongan orang muda telah kembali kepada BN dan perkara tersebut telah ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.

TIBAI BERBEZA DENGAN CIBAI?




Melampau sungguh Tok Him nie sampai macam tue depa nie tibai gambaq anwar nie,Kesian dah MKP tengok gambaq tue kena tibai.Akan tetapi kalau tibai gambaq adakah Anwar akan terasa.Ianya hanya menampakan kebodohan kita sendiri.Sudah dengaq ura-ura menyatakan pihak penyokong tegar Anwar akan menubuhkan CIBAI.Apa tue cibai (Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim)best nama tue akan tetapi beranikah geng anwar berbuat sedemikian?

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bertekad akan menentang ketua pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13.

Penerajunya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar, sebaliknya bersedia berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh sekiranya diberi peluang.

Apa kejadah yang sampai nak dapat restu PM pulak nie.kalau anak jantan masuk gelangang kita tengok respon dari pengundi."Andai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Abd Razak) menamakan saya atau arahkan saya bertanding dengan Anwar di Pematang Pauh, saya sedia turun tentang Anwar,".

Pelancaran TIBAI disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali di ibunegara malam tadi.

Turut hadir ialah senator Datuk S Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Selain itu, Muhammad Zahid berkata, TIBAI nekad akan menjatuhkan Anwar "sehingga ketitisan darah yang terakhir".

"Kita akan kumpulkan sahabat-sahabat yang pernah menyokong Anwar. Walaupun kita pipit, tetapi dengan sokongan yang ada, kita mampu menggoncangkan Anwar hingga titisan darah yang terakhir," katanya disambut tepukan hadirin.

TIBAI ditubuhkan pada 18 April lalu yang bertujuan untuk menolak Ketua Umum PKR itu daripada menjadi perdana menteri dan seterusnya daripada arus politik semasa.

Menurut Muhammad Zahid, TIBAI dijangka mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

KANCIL OH KANCIL?




Nak promosi jual kereta ke ? Dak eeeehhh ......... saja jer nak tepek gambar kereta kancil, kereta rakyat kita ... takkan tak boleh ?

Kereta kegemaran rakyat marhaen, satu ketika dulu memenuhi jalanraya negara kita. Minyak murah, senang nak parking, enjin jarang masalah dan yang paling digemari adalah harganya pun murah. Kegemaran kepada mereka yang tak mampu menjadikan kereta lebih mahal sebagai kegemaran mereka.

Orang kaya yang punya harta juta-juta, dia punya takrif kepada kereta yang tak makan minyak, senang nak parking dan enjin jarang masalah pastinya LAIN ! Paling cikai pun Mini Cooper BMW hahaha .. Makna kata, kalau nampak kereta kancil berjalan, GERENTI kita tak hingin pun nak tengok siapa yang pandu ... kan ? Pasti pemandunya orang biasa, hari-hari dah tiap kali aku tengok cermin, yang tengok balik adalah orang biasa juga. Jadi takde maknanya nak tengok sorang lagi orang biasa ...

Orang Luar Biasa tidak akan pandu Kancil. Tak kisahlah dia orang kaya ke.... orang berpangkat cip ke..... orang bergelaran Datuk ke ....... orang berstatus Menteri ke .... orang ber ......... ooooppppssss terlepas cakap pulak !

Tulaaaaah ... kau tak tahu. Disebabkang pemikirang begitulah, makanya kancil lah hok paling sesuai kalau seorang berpangkat besor/ kaya/ Menteri tidak mahu orang mengenali dirinya !

Fuyoooooh ... maksud kau .... macam cerita Khalifah Umar atau Sultan Alauddin Melaka dulu ? Menyamar jadi rakyat biasa sebab nak tahu masalah rakyat, nak bantu rakyat ..... hahahaha, kau memang mimpi disiang hari, tidur tak basuh kaki, cakap berapi .... Pemimpin macam tu TIDAK WUJUD lagi di BUMI sekarang ini !

Ikutlah nak percaya ke tak, tapi ORANG KATAlah, kejadian ni WUJUD .... berulang kali dah, tapi DULU lah .... sekitar 2009 - 2010.

Dia ni sebab tak mahu orang kenal siapa dirinya yang sebenar, maka dia pun menyamarlah pakai kereta kancil. Tak payah bersolek, pakai rambut palsu, mekap bagai ... zaman sekarang kau pakai jer kereta kancil gerenti orang tak kenal dah ! Yang kenal pun tak akan percaya.

Tujuan dia ?

Sebab nak bertemu rakyat lah ! Kalau ada yang tahu pun, mesti orang sekitar Ampang, sebab dia tak pergi kat lain dah..... Dia berahi orang Ampang jer !

ooooooh .... bertuahnya orang Ampang dapat wakil rakyat begitu..

Errr .... masalahnya dia bukan wakil kawasan Ampang.

Pulak .... Habis tuh buat apa dia gi tolong orang Ampang jer ?

Errr .... dia jumpa sorang jer rakyat kat Ampang tuh..... kalau dia tolong pun, sorang tu jer lah.DT

Susulan kepada isu Zahida, Shafei, Driver dan RM1.4juta, perkembangan ini saya dapat dari blog anotherbrickmengenai hasrat Zahida ingin menyaman Zuraidah atas tuduhan memfitnah dan mendedahkan akaun peribadi.

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012



KAUM INDIA BOLEH GOYANG KEPALA DENGAN KEHADIRAN PM?


Gembira dan seronok apabila kehadiran PM semalam menyuntik semangat kepada kaum India yang sebelum ini telah dikecewakan oleh DAP kerana sikap pemimpin mereka hanya berjanji PALSU kepada mereka.Dengan kehadiran begini menampakkan sokongan terhadap BN dari kaum India sememangnya tidak berbelah bahagi hinggakan dewan sesak dan penuh dan ada yang berdiri dikanan dan kiri dewan mendengar ucapan PM semalam berikut adalah MKP petik dari Mstar.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India dan Cina kini menunjukkan sikap terbuka untuk menjalin hubungan dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya sikap terbuka itu adalah kerana mereka mula menyokong dasar transformasi kerajaan yang memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pandangan dan sumbangan.

"Saya boleh dapat gambaran (menerusi perjumpaan dengan NGO) akan apa yang penting bagi mereka, apa yang boleh dipertimbang kerajaan berdasarkan kepada peranan yang 'impactful' ataupun yang ada kesan oleh NGO berkenaan," katanya.

Perjumpaan tertutup dengan NGO yang mewakili kaum India dan Cina anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.

Perdana Menteri berkata menerusi perjumpaan dengan NGO, mereka juga memberi pandangan tertentu untuk menambah baik dasar kerajaan.


"Menjadi hasrat saya untuk menghadiri pertemuan seumpama ini bagi mendapatkan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan," kata beliau.

Menjawab soalan mengenai tahap sokongan rakyat terhadap BN sekarang, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sokongan rakyat dan beliau menghargai semangat baru yang ditonjolkan oleh rakyat.

Najib berkata BN akan terus berkomunikasi dengan rakyat di Pulau Pinang bagi menjelaskan bahawa kejayaan negeri ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum itu.

"Infrastruktur yang telah kita bina selama ini termasuk juga jumlah pelaburan ialah kerana 'reinvestment' yang dilakukan oleh firma-firma yang telah wujud di negeri ini kerana usaha yng dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi kita akan bentangkan kepada rakyat apa yang telah kita lakukan dan rakyat boleh menilai," katanya.

Mengenai perkembangan senarai bakal calon BN untuk pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri berkata BN masih menerima senarai nama yang hendak dicadangkan oleh parti komponen masing-masing.

Katanya BN Pulau Pinang diberi masa untuk mengatur strategi baru dengan pelantikan Setiausaha Agung parti Gerakan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi B Nnegeri yang baharu.

POCONG MUNCUL DI DATARAN MENDEKA,SERAM BEB?


Terdesak dan ingin mendapatkan perhatian setelah apa yang puak harami nie rancang tidak menjadi satu polimik kepada gerakan halus bagi mendapat sokongan terhadap mahasewel.Kering idea atau terpaksa mengunakan pocong sebagai gimik seterusnya......


Gambaq nie lebih dekat kot.Apa yang depa laungkan 1malaysia kot?Siap pakai baju hujan lagi padan muka puak nie sampai Allah pun tak restu dengan menurunkan hujan bagi menyuraikan depa nie sebab mempermainkan mayat orang Islam sebagai gimik........

Anuwar tertekan dengan TIBAI ikuti penjelasan mengenai tibai:

Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.

Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.

Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman. SH

Team Barisan Artis Nasional Ditubuhkan.

Team barisan artis nasional ialah sekumpulan artis-artis yang ditugaskan untuk mempromosikan apa-apa produk pelancongan kerajaan negeri. Team barisan artis nasional neh boleh juga di anggap team yang menyokong barisan nasional ataupun mesra BN.

Kat bawah neh ialah gambar-gambar majlis pelancaran team tersebut di samping artis-artis yang terlibat dalam team tersebut. Macam strategi berkempen untuk PRU pun ada juga.




MKP Ayat Sempoi ; Dulu PAS dok gebang kata artis sokong depa saja nie apa cer der?


Sunday, April 22

STACY DAN SELUARNYA?


Wah!, jarang-jarang kita dapat tengok stacy berseluar pendek kan.. kebiasaannya Stacy akan berseluar panjang jika membuat persembahan.. Namun Stacy juga sama seperti perempuan lain yang gemar berseluar pendek apabila berada di rumah walaupun agak seksi.. mungkin lebih selesa dengan cuaca yang agak panas kat Malaysia ni kan.. Walaupun Stacy hanya pakai t-shirt dan seluar pendek dia tetap nampak cute kan…

Bab stacy tue MKP tak kisah la sangat akan tetapi nie pasal minah yang lepak kat dataran nie sampai macam tue pakaianya apa kejadah nie semua...Pemimpin Pakatan restu pulak apa yang minah nie buat..

MKP dah cakap sebelum nie minah nie bohsia lu olang talak pecaya tue dia siap merokok lagi beb,yang penting dia pakai seluaq pendek bro pasal hari nie kena ikut tajuk Seluaq Pendek.......Kalau macam nie perjuangan minah nie nampak sangat dibayar der...




1 MALAYSIA BERGEMA BUATKAN DAP RESAH?


Laungan 1Malaysia di Perkampungan Cina Jawi menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan lebih 3,000 penduduk Cina dan India berhimpun.

Kedatangan Perdana Menteri membawa erti besar kepada penduduk Perkampungan Jawi ini kerana kampung kecil dengan kira-kira 3,000 penduduk telah didiami tiga generasi yang 90 peratus daripadanya adalah kaum Cina.

Najib, yang tiba pada pukul 11 pagi, turut menikmati secawan kopi di kedai See Huang yang beroperasi kira-kira 50 tahun dan diuruskan oleh Poh Chai Boon, 57, dan Paw Wee Keat, 40, iaitu generasi ketiga.

"Saya amat gembira kerana Perdana Menteri sudi singgah di kedai kopi ini. Kehadiran beliau amat bermakna dan bertuah bagi kami kerana tak pernah ada pemimpin tertinggi datang. Ramai jiran saya kata akan membeli nombor ekor dengan alamat kedai saya yang bernombor 2189," kata Poh kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) bawah pimpinan Najib telah membawa banyak penambahbaikan dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Jawi Tan Cheng Liang, kerap turun ke kawasan itu.

"Jambatan Kedua Pulau Pinang pasti akan membawa pembangunan kepada kawasan ini," katanya.

Lee Chon Bak, 67, pula berpendapat kerajaan kini lebih efisen dan mendengar masalah rakyat.

"Saya amat gembira dan terharu kerana Perdana Menteri sanggup turun ke kawasan yang kecil ini. Saya menyokong beliau sebab itu saya datang sini awal-awal kerana mahu berjumpa dengannya. Dia pemimpin yang bertindak adil.

"Kerajaan BN memberi kita bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kami dan kepada anak-anak di sekolah. Saya berharap beliau dapat terus membela nasib rakyat dan memastikan barang-barang tidak mahal dan kami tidak susah," katanya.

H'ng Hang Kuang, 63, berkata kerajaan sekarang banyak membantu rakyat dan mendengar rintihan mereka.

"Saya tak sangka Perdana Menteri akan datang ke kampung saya. Dengan bantuan kerajaan seperti BR1M, bantuan baucar buku kepada anak-anak sekolah banyak membantu kami semasa keadaan ekonomi perlahan," katanya.

Penduduk berketurunan India, Inthrani, 40, yang tinggal di kampung itu selama 12 tahun berkata kawan-kawanya yang tinggal di Simpang Ampat sanggup naik bas ke sini semata-mata untuk melihat Perdana Menteri dengan lebih dekat.

Najib, yang melawat perkampungan itu, turut menyerahkan kunci rumah kepada ibu tunggal Teoh Yang King, 51, yang rumahnya musnah terbakar pada Januari lalu.

Teoh, yang melahirkan rasa gembira dan terharu kerana kerajaan sanggup membina rumah baru kepadanya dan siap dalam masa sebulan, menyifatkan Najib seorang yang amat prihatin.

BANTAI,TIBAI,SAKAI DAN CIBAI MANA SATU PILIHAN HATI?



BANTAI - Bangsa , Agama dan Negara Tolak Anwar Ibrahim.
TIBAI - Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim 
SAKAI - Saya Anak Kepada Anwar Ibrahim 
CIBAI - Cintai Individu Bernama Anwar Ibrahim. :)

BN PULAU PINANG SEDIA GEMPUR DAPig.


Walaupun Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dalam keadaan yang amat mencabar tapi komitmen dan semangat pemimpin serta anggota parti sangat kuat ingin berkhidmat kepada rakyat negeri ini.BN Pulau Pinang sudah bersedia untuk satu komitmen, nafas dan strategi yang baru untuk bersama-sama berjuang bagi rakyat Pulau PinangLebih 5,000 orang menghadiri majlis berkenaan bagi mendengar amanat daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.Pada majlis itu.


DS Najib mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dilantik sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang bagi mengantikan Koh Tsu Koon.

MKP Ayat Sempoi : Betulah apa yang dinyatakan dalam artikel nie klik

BIAQ BODOH TAPI JANGAN JADI BODOH SOMBONG?




Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni "

MKP Ayat Sempoi ; Jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang lain seperti binatang,setiap manusia didalam dunia ciptaan Ilahi ini ada kelebihanya,Yang penting perjuangan itu mestilah ikhlas dan jujur nescaya akan berjaya jua akhirnya.Fikirkanlah!!!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, April 21

ZAHIDA RAFIK DAH MULA BERSUARA?


Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.mstar

KUDA POLITIK TAK MENGUNTUNGKAN MAHASISWA?


Ibu bapa kepada mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam kejadian di Dataran Merdeka tempoh hari, berhak merasa cemas terhadap serangan oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali terhadap anak-anak mereka.

Simpati masyarakat terhadap ibu bapa dan mahasiswa terbabit tentunya boleh difahami.

Semua tentunya bersyukur kerana tindakan cepat polis memastikan kecederaan yang dialami ringan dan serangan itu terbatas. Selepas ini, proses undang-undang akan mengambil alih demi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Insiden subuh Khamis lalu menzahirkan kebimbangan bahawa mahasiswa yang menjaja isu Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka semakin diperkudakan oleh pembangkang.

Keghairahan pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu menyalurkan bantuan kepada kumpulan mahasiswa ini supaya mereka terus berkampung di Dataran Merdeka menunjukkan kesungguhan Pakatan Rakyat memperalatkan pelajar demi keuntungan politik.

Mahasiswa dijadikan saf utama untuk menuntut pemansuhan PTPTN.

Persetankan jika pemansuhan itu bermaksud negara akan kehilangan sumber RM43 bilion ringgit yang diberikan sebagai pinjaman kepada pelajar.

Pedulikan nasib pelajar yang sudah pun menjelaskan pinjaman mereka. Tidak apa jika rakyat terpaksa menanggung cukai yang lebih tinggi, untuk negara membiayai pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.

Oleh kerana slogan "Pendidikan Percuma Hingga Universiti" sedap didengar - Pakatan Rakyat tidak bermasalah untuk membuat janji sedemikian bagi meraih undi, walaupun ia bermaksud menghasut mahasiswa secara halus untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan.

Dalam memberikan sokongan bulat kepada golongan mahasiswa itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Anwar dan Penasihat Dap Lim Kit Siang tidak rasa terpanggil untuk menjelaskan kenapa mereka menyokong PTPTN apabila ia dilancarkan pada tahun 1997 tetapi membantahnya sekarang.

Anwar yang ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri merasmikan penubuhan tabung itu manakala Kit Siang selaku Ketua Pembangkang ketika itu, memberi sokongan penuh kepadanya di Parlimen sebagai usaha murni kerajaan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Kenapa, ketika itu Anwar dan Kit Siang tidak melihat PTPTN sebagai zalim dan menekan rakyat, sungguhpun ketika itu kadar faedah yang dikenakan di atas pinjaman empat peratus, berbanding satu peratus sekarang?

Dalam konteks sama, mahasiswa juga perlu bertanya kenapa tidak ada rekod sama sekali Anwar cuba menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti ketika beliau Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri mahu pun Pemangku Perdana Menteri?

Perlu juga difikirkan kenapa PTPTN tidak menjadi isu politik pada pilihan raya umum 2008 atau sebelumnya tetapi dibangkitkan sekarang? Mungkinkah kerana pembangkang semakin ketandusan isu panas?

Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda supaya pelajar boleh menjadi ahli parti politik dan macam-macam undang-undang lain yang dijaja sebagai anti demokrasi dimansuh atau dipinda. Sejajar dengan itu pelbagai insiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat diperkenalkan.

Semua ini tentunya menghakis dan mengecilkan simpanan isu-isu yang boleh dijaja oleh pembangkang untuk PRU ke 13 dan sekaligus ia meremehkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingganya.

Justeru, PTPTN dicanang kerana ia memberi kesan kepada generasi muda dan juga golongan ibu bapa.

Sifir politik Pakatan adalah jika ia berjanji untuk memansuhkan skim pinjaman mudah itu, sudah tentu ia akan mendapat sokongan meluas.

Namun mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka harus berfikir sejenak, apakah PTPTN boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa menjejaskan segmen lain perbelanjaan negara, contohnya peruntukan untuk pembangunan luar bandar?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini boleh dikupas secara beradab menerusi dialog dan wacana teratur di dalam dewan universiti mereka; bukan dengan mendirikan khemah dan berkampung di Dataran Merdeka dan melaung slogan anti-kerajaan.

Sebagai golongan berilmu, mahasiswa harus waspada dan tidak membiarkan diri dipergunakan oleh mana-mana pihak.

Selepas menggunakan aktivis berhaluan kiri untuk menganjurkan siri tunjuk perasaan BERSIH, Pakatan Rakyat kini nekad menggunakan mahasiswa pula sebagai satu lagi aparatus untuk berkempen demi mengejar kuasa politik yang bernama Putrajaya.

Friday, April 20

KHOO TSU KOON TAMATKAN KERJAYA POLITIKNYA?

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow bakal diumunkan sebagai pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi Pulau Pinang bagi menggantikan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon Ahad ini, demikian menurut beberapa sumber terdekat BN.

Mereka memberitahu perlantikan Teng, yang juga bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ditewaskan pada pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Padang Kota, akan diumunkan secara rasmi oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan seharinya ke Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar pengumuman itu akan dibuat ketika Perdana Menteri berjumpa dengan 3,000 jentera BN negeri di Nibong Tebal yang dijadualkan pada 9.30 pagi," kata seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan memandangkan ia merupakan pengumuman yang akan dibuat oleh pengerusi BN.

Sumber itu memberitahu pemilihan Teng dibuat memandangkan BN ingin mengemukakan pemimpin muda yang agresif dan berkaliber untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri bagi berdepan dengan pimpinan kerajaan negeri yang di bawah teraju ketua menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini perlu memandangkan Teng merupakan antara segelintir pemimpin pembangkang yang pernah berdepan dengan pemimpin Pakatan untuk berdebat. Dengan perlantikan Teng, ia akan dapat membantu menguatkan jentera BN, terutama dalam berdepan dengan sebilangan besar pengundi Cina,' tambahnya.

Sebelum ini, Teng juga disebut-sebut sebagai bakal memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, pada tahun 2008, tetapi prestasi teruk Gerakan pada pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.

Gerakan juga pernah mencadangkan Teng memegang jawatan itu selepas Dr Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sehingga hari ini.

Berusia 47-tahun, Teng yang dilahirkan di Batu Pahat, berasal dari keluarga pemimpin politik yang menduduki jawatan sama ada di pihak parti yang memerintah mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim, pemimpin DAP dan adalah speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pimpinan PKR.

Bapanya juga merupakan pemimpin akar umbi MCA di Batu Pahat, tempat kelahiran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon adalah ahli parlimen Tebrau dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perpaduan negara, budaya, seni dan warisan.

Teng dikenali selepas beliau berjaya menumbangkan Pengerusi DAP Karpal Singh di kerusi negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Penganalisis politik berpendapat perlantikan Teng sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi dorongan baru kepada seluruh jentera negeri kerana beliau dikenali sebagai pejuang dan akan dapat mengekang kekuatan kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu.

"Ia merupakan satu rahsia terbuka bahawa ia sukar bagi BN untuk mengambil kembali Pulau Pinang pada masa ini tetapi dengan mempunyai Chang Yeow (pucuk pimpinan), sekurang-kurangnya akan meningkatkan peluang berjuang BN.

"Ini terutamanya dalam menyukarkan usaha DAP dalam mempertahankan negeri itu," katanya.

Chang Yeow tidak boleh menjadi seorang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau mengenai isu-isu tertentu telah pasti menarik perhatian sama ada dalam parti, mahupun yang diluar parti.AP

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive