Monday, May 14

GUAN ENG BERDARAH HIDUNG BILA TENGOK NIE?


Sebentar tadi di NTV 7, satu wawancara eksklusif 30 minit , Tunku Abdul Aziz memaklumkan akan mengundur kan diri dari Dap malam ini juga. Ini kerana pandangan dan nasihat beliau dalam Dap tidak dihargai.

Wawancara tersebut telah dikendali kan oleh dua wartawan NTV7 iaitu rakan twitter MKP, Saudara Mohan Raj dan Norzi Pak Wan Chik. Tahniah kepada Tunku kerana mempunyai view yang cukup bijak pada usianya berbanding Nik Aziz dan Lim Kit Siang.Dengaq kata Lim Guan Eng berdarah hidunh bila tengok TV tadi.....

Kita tunggu pula apa reaksi Sakmongkol dan Aspan Alias....Satu lagi cadangan dari rakan twitter ialah supaya Pak Kadiaq yang kemaruk jawatan segera menjadi ahli Dap untuk merebut jawatan Senator yang kosong.

MAT SABOON!!! HIMPUNAN HARI PEKERJA DISALAH GUNA ANWAR IBRAHIM?




Himpunan Pekerja 2012 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertema 'Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Melawati malam tadi dilihat tidak mempunyai hala tuju serta gagal mencapai matlamat sebenar.

Sebaliknya ia hanya sebuah ceramah politik bagi membidas kerajaan persekutuan yang disampaikan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun kehadiran dianggarkan hampir 5,000 orang namun tidak sampai 10 peratus yang datang mewakili golongan pekerja manakala yang lain merupakan ahli dan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Sebahagian besar mereka adalah golongan yang sudah berusia dan ada antara mereka yang turut membawa kanak-kanak.Buat malu betul la depa nie! Benda nie dah kira salah guna kuasa mentadbir negeri demi kepentingan Politik terdesak meraih undi.

Rata-rata penceramah membidas gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak yang didakwa terlalu rendah. Menurut mereka gaji minimum yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.

Bagaimanapun pada ceramahnya malam tadi, Anwar tidak menyentuh langsung pengumuman gaji minimum RM1,100 yang dicanangkan Pakatan semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012 baru-baru ini kepada para hadirin.

Sebaliknya, beliau menggunakan pentas Himpunan Pekerja 2012 itu untuk mengecam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kerana mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan dan demonstrasi yang ganas seperti BERSIH 3.0.

Malah, beliau mendakwa bahawa majlis fatwa menggunakan agama Islam untuk mempertahankan kezaliman."Tunjuk perasaan bukan asing dalam Islam, ini merupakan perkara jijik yang pernah berlaku, tolong sampaikan kepada Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa," katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui menerima bayaran lumayan ketika mengunjungi luar negara, antaranya Dubai, Istanbul dan London."Mereka bayar tinggi bukan sedikit, saya dibayar atas nasihat yang saya berikan," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang terus mempertikaikan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran BERSIH 3.0 di ibu negara bulan lalu.Bapak segala cauvanis nie ada dendam lama dengan Tun Hanif inilah masanya nak balas dendam memperburukkan Tun Hanif?

"Kita mahu rakyat menolak Tun Hanif kerana badan itu perlu bebas," ujarnya.

Mohamad Sabu pula menghasut para hadirin yang hadir supaya menghadiri BERSIH 4.0 yang akan diadakan di tidak lama lagi.Apa kejadah punya kenyataan Mat Saboon nie,Bersih 3.0 gagal mencapai matlamat sebaliknya telah menjadi paku dulang paku keras kepada Ambiga dan Pemimpin Pakatan Harami...Nak gelak pulak dengan Mat Saboon nie,,,,Sapa nak jadi Pengerusi pulak lepas nie......?

- Posted using BlogPress from my iPad

APA GUNA BERBALAH LEBIH AFDAL KITA BERSATU.




Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika.

Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

“Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

“Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada PAS sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan PAS telah lari daripada perjuangan asal.

“Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, PAS halang orang-orang mereka untuk terlibat sama.

“Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 13

AZMIN MAK HANG PANGGIL BALIK?




Azmin Ali buat lawak sempena hari ibu hari nie,,,,Azmin mak hang panggil balik umah dah der.Nie apa cer pulak nak cabar mencabar PM pulak apa kejadahnya moral dan sikap kurang prihatin terhadap ibu sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga rakyat.Macam nie boleh kira lawak sempena hari ibu nie der.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar segerakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya beliau merasakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh dan kuat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.

Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.

"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.

"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.Boleh pecaya ke cakap orang munafik macam si Azmin nie.Woi anak derhaka mak hang panggil balik makan aiskrim.

MKP Ayat Sempoi ; Apa dah jadi nie? meroyan tahap gaban dah! pasal kena potong semua peruntukkan dari Agensi!!!!! Takkan nak cari kesalahan orang lain untuk nak cover line kot.Dulu ada jugak rasa segan tahap bulu kote tapi selepas beberapa jam nie dah hilang benda tue semua.I have nothing to lose bro,jangan sampai kena ludah pulak lepas nie..........

- Posted using BlogPress from my iPad

Segmen Uniform Yang Terdapat Pada @HariBelia2012

Segmen Uniform merupakan salah satu daripada 38 segmen yang disediakan penganjur sepanjang berlangsungnya Hari Belia Negara (HBN) 2012 pada 23 sehingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.


Segmen Uniform meliputi persembahan pancaragam, pertunjukan gerak khas, pameran kerjaya, kawad kreatif dan juga pertunjukkan udara.

Semua segmen ini akan dijayakan oleh anggota² perajurit negara yang merupakan benteng pertama pertahanan negara. Turut terdapat simulasi dan demontrasi persembahan gerak khas menyelamat tebusan dan lain².

Aktiviti wajib ialah band battle. Tengok video kat bawah ni, gempak gile.



Rugi kalo tak pergi.

Untuk mengetahui maklumat serta pelbagai lagi acara yang bakal diadakan di HBN 2012 nanti, jom LIKE & FOLLOW

Jom join Facebook Hari Belia Negara 2012


Jangan lupa follow Twitter Hari Belia Negara 2012


Maklumat lanjut, jom tengok website Hari Belia Negara 2012

SIAPA LEBIH BANYAK NIE?


Penyampai radio Linda Onn mengakui dia berasa bahagia kerana dapat membawa perubahan dan peningkatan kepada stesen radio Suria FM selepas hampir tiga tahun menyertainya.

Pemilik nama sebenar Rozlindah Onn, 34, berkata peningkatan jumlah pendengar keseluruhan secara mendadak iaitu 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu, membuktikan kerja keras mereka semakin membuahkan hasil.

“Saya bangga dan gembira dengan pencapaian yang dikecapi Suria FM. Segala usaha dan kerja keras kami untuk menarik lebih ramai pendengar semakin membuahkan hasil".

Meh tengok siapa Otai facebook Malaysia yang dah cecah 1 juta orang



Kalau korang yang belum "LIKE" facebook Najib :Klik sini

Rakan Facebook PM kini 1 juta


Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempunyai lebih satu juta pengikut, sekali gus menjadikan beliau antara pemimpin paling berpengaruh di Malaysia dan rantau ini.

Dengan jumlah pengikut yang luar biasa itu, ia jelas menunjukkan rakyat negara ini menerima dengan terbuka pendekatan Perdana Menteri dalam setiap perkara dilaksanakan untuk rakyat dan negara termasuk semasa beliau turun padang, mendekati pelbagai golongan masyarakat.

Perdana Menteri dalam status terbarunya turut berasa terharu apabila mengetahui rakan Facebooknya kini telah mencecah lebih satu juta pengikut.

''Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!'' katanya dalam status Facebooknya malam ini.Berikutan status tersebut, Perdana Menteri menerima pelbagai ucapan tahniah dan sokongan daripada pengikut-pengikut laman sosial beliau

HARI YANG DITUNGGU ESOK PM AKAN UMUM BUBAR PARLIMEN?


Angin bertiup kencang mengatakan Parlimen akan dibubar Isnin ini 15hb Mei...betul ke?

Maklumat yang aku dapat ini kira boleh pakai jugaklah dan kalau aku mengambil kira tarikh bubar diatas bertepatan dengan cuti persekolahan yang akan bermula 26hb Mei ini selama 2 minggu.

Boleh saja kita menganggapnya hanya khabar angin tetapi bila mengambil kira perkembangan terbaru yang berlaku akhir akhir ini ianya tidak boleh ditolak begitu sahaja.Kejayaan kerajaan menangani Bersih 3.0 dan kegagalan penganjur Bersih menggunakan media asing untuk memburukan imej kerajaan kali ini dianggap sebagai plus point untuk BN menghadapi PRU bila bila masa sekarang.

Pengumuman durian runtuh dan durian gugur oleh Perdana Menteri untuk warga FELDA siang tadi juga banyak membantu imej kerajaan dan akhir sekali Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan diadakan mulai 23-27 Mei ini pastinya membantu BN mendekati generasi muda jika mengambil kira kejayaan mengumpulkan sejuta belia tahun lalu ditempat yang sama.

Jom...kita pakat pakat hitung detik detik menjelang hari ISNIN 15HB MEI INI...ha ha ha.Jangan dok syok sangat apa yang dikata jom tengok video dibawah nie dulu baru cakap lepas tue.


Padan muka hampa semua baru ada akai sikit kena perli dengan artis komedi yang mantop sekarang nie...Masanya pasti akan tiba MKP tak rasa dalam masa terdekat...Ramai dah puak pembangkang dok spin cita nie.Apa kejadah punya lahanat Latifah Koyah dok main cywar kata PM akan bubar Parlimen nie  takkan dah jadi Nujum Pak Belalang kot mai kita tengok pulak video nie


MAJLIS PEGUAM PREJUDIS?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak resolusi Majlis Peguam yang mendesak beliau dan Ketua Polis Negara memohon maaf di atas apa yang didakwa sebagai keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Hishamuddin berkata Majlis Peguam jelas prejudis dalam membawa resolusi sedemikian pada mesyuarat agong luar biasa yang menurut beliau hanya menempelak kewibawaan badan pengamal undang-undang itu.

“Mereka boleh mendesak sedemikian tetapi jelas, sebelum mesyuarat itu lagi, mereka bersikap prejudis. Ini baru beberapa hari selepas BERSIH, tidak mungkin mereka tahu segala yang berlaku,” kata Hishamuddin.

Beliau berkata pihak kementerian akan memberi laporan penuh minggu depan mengenai apa yang berlaku pada 28 April yang menyaksikan penyokong Bersih cuba membolos penghadang polis dalam usaha untuk mara ke Dataran Merdeka.

Semalam, 939 peguam menyokong resolusi mahukan Hishamuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kerana dikatakan mengguna kekerasan keterlaluan terhadap peserta BERSIH.

Keadaan huru hara itu tercetus susulan tindakan sejumlah penyokong tidak mengendahkan arahan Pengerusi BERSIH S.Ambiga untuk bersurai tetapi berkeras untuk terus mara ke Dataran Merdeka


Sebuah rakaman video menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya Azmin Ali bertukar isyarat tangan sebelum penyokong BERSIH mengalihkan pengadang polis untuk penyokong lain memasuki Dataran Merdeka.

Kerajaan menubuhkan sebuah panel siasatan bebas untuk menyiasat tuduhan-tuduhan terhadap polis itu namun Majlis Peguam bertindak mengeluarkan resolusinya terlebih dahulu.

Panel itu diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan anggotanya termasuk seorang tokoh wartawan, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang ahli akademik.

AL-KISAH BAYI YANG DIDERA,PENGAKUAN WANITA RAKAM VIDEO DERA BAYI.


Mengenai video bayi didera ibu kandung yang tersebar di laman facebook dan ramai terkejut dan mengecam wanita yang mendera bayi dan juga perakam video berkenaan. Harian metro telah menemui wanita perakam video untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal tersebut.

Kes yang berlaku pada tahun lepas kini mengejutkan lagi rakyat Malaysia. ikuti penjelasan perakam video , mengapa dia merakam video berkenaan


Saturday, May 12

ZARINA ANJOULIE LAVOCAH NIE AWEK PERSINGGAHAN KE?


Sebaik sahaja pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan kontroversi melibatkan dirinya dengan penyanyi, Aliff Aziz di Twitter, penyanyi yang berasal dari Singapura itu mengaku bahawa hubungan mereka sudah pun terputus.

Malah Aliff Aziz berkata, tiada apa lagi yang boleh diulas tentang hubungannya dengan Zarina kerana ianya sudah lama berakhir.

"Selepas kejadian, saya tidak lagi berjumpa dan berhubung dengannya. Saya rasa tiada apa lagi yang boleh diulaskan.

"Cukuplah. Kerana saya anggap isu ini sudahpun berakhir dan rasanya kontroversi yang tercetus itu adalah publisiti murahan sahaja," katanya selepas pelancaran albumnya berjudul Aliff Aziz.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu berkata, apa yang telah berlaku dianggap rencah dalam hidupnya yang sudah bergelar penyanyi selama lima tahun di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd.

"Saya kini lebih matang dan berhati-hati untuk menempuh hari-hari seterusnya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

"Lagipun kontroversi sebegini tidak membantu kerjaya pun dan saya tidak akan membiarkan orang lain untuk cuba menjatuhkan karier saya," jelasnya yang baru keluar dengan single terbaru berjuduk Jangan Ganggu Pacarku.

Album ketiga Aliff Aziz sudah berada di pasaran sejak 20 Mac lalu dengan memuatkan 8 buah lagu dan dua minus one.

Sementara itu, Aliff Aziz yang sudah selesa mengembangkan kariernya di sini akui belum bersedia untuk memohon kerakyatan warganera Malaysia.

"Saya bukan tidak mahu, tetapi saya belum bersedia untuk berbuat demikian.

"Biarlah saya kukuhkan kerjaya saya di sini dan bila betul-betul yakin baru saya fikir untuk menjadi penduduk tetap Malaysia," luahnya.

Selain muncul dengan album terbaru, Aliff yang baru selesai penggambaran drama Antara Kita iaitu drama yang menggandingkannya dengan pelakon Anne Ngasri sedang menjalani penggambaran dalam telemovie Vilog bersama pelakon Wawa Zainal.

#UMNO 66 "MAHAUMNO" LEBIH MANTOP DARI #BERSIH3.0




Umno hari ini membuktikan bahawa perhimpunan di stadium lebih praktikal dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara berbanding berhimpun di jalanan.

Terminologinya adalah apabila hampir 100 ribu ahli Umno berjaya dikumpulkan pada majlis sambutan ulangtahun ke-66 parti tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden Umno di dalam ucapannya turut mempersoalkan jika Umno mampu untuk mengadakan perhimpunan di stadium, mengapa pihak lain tidak.

“Kenapa kalau Umno boleh (berhimpun) dalam stadium, pihak lain tak boleh? Kalau nak tunjuk kekuatan, tunjuk cara Umno himpun hari ini.

“Kalau cintakan undang-undang, berkumpullah seperti yang dilakukan Umno hari ini,” tegas Najib.

Kata-kata Najib itu jelas ditujukan kepada pembangkang yang baru-baru ini menolak tawaran untuk berhimpun di stadium sehingga mengakibatkan kekecohan serta menyusahkan orang ramai.

Menurut Najib, jika pembangkang benar-benar cintakan negara dan menghormati undang-undang, mereka seharusnya bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. . Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.


"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension,” katanya.

Selain itu, Najib berkata pihak pembangkang jelas sengaja menolak tawaran berhimpun di stadium kerana sengaja mahu mencetuskan provokasi supaya timbulnya kekecohan yang akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.

“Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya

ORANG MUDA CARI KERJA MELALUI BN JOB FAIR.


Ramai yang daftar untuk menjadi ahli UMNO,Penangan semalam Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66.Siap berbaris panjang tue?


Sedang mengisi borang keahlian UMNO.



Siap bawa Awek lagi ke abang kita nie...



Pendaftaran BN Youth Fair.



BN diterima orang muda nie buktinya.


Lawa awek nie siap ada tag BN kat legan dia.....



Kiose Kementerian Belia Dan Sukan.



Rasanya dia nie orang PAS mai jugak program Pemuda UMNO?



Hebat penangan Program nie sampai Dari Negara Luar pun ada.



Senyum gembira.siap bawa keluarga lagi.



ramainya.



Pameran dari Naza Motor



Profiling yang terbaik untuk pencari kerja untuk orang muda.

Karnival Sambutan Ulangtahun UMNO 66. BN Youth Job Fair di sini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan walaupun ketika ini hujan lebat di sini.

Rata-rata pengunjung yang hadir mereka berkata program ini sungguh baik untuk mereka demi mencari pekerjaan yang baru dan boleh memperbaiki masa depan mereka dengan lebih baik. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda BN yang sentiasa mendengar masalah anak muda dan rakyat Malaysia serta menyelesaikan masalah mereka.

Ayuh kepada pembaca budiman diluar sana, datanglah beramai-ramai ke BN YOUTH JOB FAIR di Bkt Jalil ini, banyak peluang pekerjaan di sini baik dari agensi Kerajaan dan juga swasta...Sudah lebih 10,000 ribu yang datang...

ALFATIHAH BUAT PEJUANG #UMNO66.MAJLIS PEGUAM ANGGAP #BERSIH3.0 BODOH?


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi tadi, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi tadi. -fotoBERNAMA

BERSIH 3.0: Majlis Peguam dilabel sebagai 'bodoh'


Beberapa ahli Majlis Peguam Malaysia melabel Majlis Peguam Malaysia sebagai ‘bodoh’ dan bersifat berat sebelah dalam meluluskan resolusi mengutuk tindakan polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Mereka mendakwa Majlis Peguam telah gagal untuk memainkan peranan berkecuali dan menilai tindakan ganas peserta demonstrasi BERSIH.

“Majlis Peguam hanya berminat untuk memberi tumpuan kepada tuduhan bahawa polis melakukan keganasan. Mereka bukan mahu melihat keganasan yang sebenarnya berlaku terhadap polis oleh orang ramai!,” kata peguam dari Selangor Ab Bakar Sidek.

Beliau mendakwa Majlis Peguam adalah lebih merupakan satu badan politik.

“Mereka datang ke sini hanya mahu membuat resolusi dan bercakap mengenai tindakan polis. Jangan salah anggap, saya juga tidak bersetuju apa sahaja bentuk keganasan polis tetapi kita perlu melihat bahawa polis juga adalah mangsa keganasan dan kebodohan penganjur Bersih.”

Ab Bakar kemudian dengan lantang menyuarakan bahawa beliau malu menjadi ahli Majlis Peguam.

“Hari ini saya sungguh malu dan saya merasakan adalah tiba masanya perlu ditubuhkan satu majlis alternatif selain dari Majlis Peguam ini. Alangkah lagi baik jika kami mempunyai badan yang benar-benar profesional dan berkecuali,” katanya dengan nada yang tinggi selepas berakhirnya mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Mengapa perlu kita membenarkan mereka para peserta BERSIH berada di jalanan seperti Ppriah?” kata Ab Bakar, sambil diherdik oleh peguam-peguam berhampiran yang melaungkan “BERSIH 4!”

“Awak lihat sendiri bagaimana mereka ini. Adakah ini satu badan professional? Majlis ini bertindak seperti satu badan politik dan ini adalah satu kumpulan yang bodoh belaka!” kata beliau sambil menambah adiknya adalah seorang anggota polis bertugas yang telah diserang oleh peserta BERSIH pada 28 April.

Seramai 1,270 ahli Majlis hadiri pada EGM, semalam dengan 939 menyokong resolusi mengutuk tindakan polis ketika BERSIH 3.0 manakala hanya 16 menentang.

Sementara itu, peguam dari Kedah Tan Keng Liang juga jelas tidak gembira dengan perjalanan EGM hari ini.

“Majlis tidak mahu melihat terdapat kumpulan lain yang terjejas dengan perhimpunan BERSIH tersebut termasuklah pemandu teksi, para peniaga, syarikat pengangkutan awam dan lain-lain.

“Kumpulan tersebut perlu dimasukkan di dalam resolusi tersebut. Namun, EGM hari ini tidak mahu memasukkan kumpulan ini. Sebenarnya keputusan resolusi hari ini bukanlah sebenarnya sebulat suara. Ada yang menentang tidak seperti di edisi EGM yang terdahulu,” kata Keng Liang.

VIDEO : BANGKANG DARI LONGKANG ,ARTIS PERLI #BERSIH3.0




Artis pun tak suka Bersih3.0,satu video telah dibuat untuk perli bersih kerana menyusahkan rakyat.Sekumpulan artis pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang.Terutama penyokong serta perusuh Bersih 3.0.Padalah dengan muka hampa.

Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:

"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.

"Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!"

Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.

Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya.

Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah.

KEDAH LINGKUP DENGAN MAKSIAT OSTAD ZIZAN TIDO LENA?


Dakwaan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS bahawa negeri itu ditadbir mengikut ajaran Islam ternyata meleset jika jumlah pusat hiburan, rumah urut dan juga perjudian diambil kira.



Pusat hiburan, termasuk disko dikatakan bercambah bukan sahaja di bandar tetapi juga boleh didapati di pinggir bandar dan pekan-pekan seluruh Kedah. Gejala ini dikatakan berleluasa sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengambil alih pada tahun 2008.

Apa yang dikesali, golongan remaja dan pelajar Melayu juga seringkali dilihat di tempat-tempat berkenaan. Tiada larangan bagi masyarakat beragama Islam untuk mengunjunginya dan tidak ada pemantauan daripada kerajaan negeri.

Tinjauan kami di sebuah pusat hiburan di Simpang Kuala di sini mendapati premis ini sentiasa menjadi tumpuan golongan belia dan remaja Melayu yang berpesta arak sehingga awal pagi. Setiap hari ada sahaja yang terhoyong-hayang akibat mabuk dan pergaulan di antara lelaki dan prempuan menjadi sesuatu yang lumrah.

Sebahagian besar penduduk yang ditemui kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri dibawah yang gagal mengawal dan memantau pusat hiburan berkenaan.

Penuntut di salah sebuah kolej swasta, Mohd Faris Hussin, 19, berkata pertambahan pusat hiburan dan judi secara berleluasa tidak elok sekali gus boleh mendatangkan gejala negatif dan mencemarkan maruah negeri Kedah.

"Pertambahan pusat hiburan tanpa kawalan secara tidak langsung boleh menjebakkan golongan muda ke arah gejala tidak bermoral... berharap kerajaan negeri serius menangani masalah sosial yang melanda di negeri ini," katanya yang berasal dari Pendang.



Bekas pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Fadhullah Kamaruzaman (kanan), 18, pula berkata kerajaan negeri perlu bertegas menangani isu ini dan melakukan pemantauan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membendung pusat hiburan dan judi daripada bercambah.

"Saya berharap pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) memantau perkara ini," katanya.



Pendapat sama turut dikongsi, anggota tentera Angkatan Tentera Darat (ATM), Yusmizal Ismail , 35, yang berkata pusat berkenaan bakal membawa gelaja negatif kepada golongan remaja di negeri ini.

"Apa yang kita tahu negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS kuat dengan prinsip Islamnya, sepatutnya pemimpin PAS perlu menangani isu ini. Saya mendesak kerajaan negeri Kedah dan pejabat agama menangani isu untuk kebaikan rakyat di negeri ini," katanya.

Bagi pekerja swasta, Rizal Hashim, 36, seelok-eloknya kerajaan negeri pimpinan PAS menutup pusat hiburan sedia ada dan tidak memberikan lesen kepada permohonan baru.

Dakwa Rizal yang enggan gambarnya dirakam, premis perjudian seperti mesin kuda dilihat terlalu banyak di daerah ini.

"Sebagai contoh, antara lokasi wujud mesin kuda di Taman Saga, Simpang Kuala, Jalan Putra dan banyak lagi kadang-kadang lebih 20 premis di sesuatu jalan atau tempat... kalau boleh kerajaan negeri dan PBT jangan meluluskan lesen premis hiburan dan judi sewenang-wenangnya tanpa menyelidik terlebih dahulu," katanya.

NAJIB CABAR PEMIMPIN PEMBANGKANG.





Pakatan pembangkang dicabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian negara dan menghormati undang-undang.
"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.

"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini,Semalam.

Najib berkata alasan yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah, merupakan satu pembohongan.

Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak dengan alasan sudah terlewat.

"Padahal ada masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya.

Perdana Menteri berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan 28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara.

"Ini kerana negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, May 11

#UMNO66 ADA YANG PECAH KEPALA?120 ribu yang hadir @tengkuadnanreal


Mana tidaknya dengan kehadiran dianggarkan lebih kurang 120,000 yang hadir pada malam ini.Gambar  telah menunjukkan segala-galanya.Ramai pulak pencacai yang dok buat fitnah mengatakan blogger menggunakan photshot untuk menunjukan ratusan ribu hadir...Apa kejadah nie semua kalau tak pecaya mai sendiri tengok la magkuk hayun.Jika masih tak pecaya TV1 ada liputan secara langsung.....UMNO tidak menipu dalam bab ini kerana apa yang dikata dikota itulah motto yang digunakan oleh PM tesayang DS Najib Razak.Sesungguhnya hanya UMNO membela nasib rakyat..

Maklumat yang MKP terima Lim Guan Eng dah berdarah hidung bila tengok TV1.......Padan muka lu...Bersih kat Penang cuma 7ribu yang hadir kali nie merah menang menentang Bersih Kuning....

Ucapan PM telah menyatakan perhimunan malam nie "Maha UMNO"ini adalah sejarah bagi UMNO semangat serta kekuatan UMNO tidak pernah pudar....UMNO buat perhimpuan secara aman dan tak ada huru-hara  macam bersih....anggota polis pun senyum sahaja.

LIVE : #UMNO66 BUKIT JALIL BERGEGAR DENGAN GELOMBANG MERAH @TENGKUADNANREAL




Meriah beb malam nie sempena hari umno ke 66 live dari stadium bukit jalil.ini baru suasana acara masih belum bermula.Gelombang merah malam nie macam perlawanan akhir bola sepak la pulak dengan aksi ahli umno terutama orang muda.....Tahniah UMNO.

KENALAN SUMPAH LAHANAT ANWAR ADA TEMAN LELAKI?




Ribuan penduduk hadir pada ceramah untuk mendengar pendedahan oleh rakan-rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan licik berselindung di sebalik imej bersih.

Majlis anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu diadakan di Pinggiran Gombak, semalam. Ia adalah antara program jelajah TIBAI 2012 yang bertujuan mendedahkan satu persatu pembohongan Anwar kepada rakyat.

Majlis dimulakan dengan sumpah keramat yang dilakukan oleh bekas Exco Pemuda PKR pada 1999, Abdul Ghani Harun dan diikuti oleh bekas setiausaha sulit Anwar sendiri, Senator Ezam Mohd Nor.

Abdul Ghani dengan berani bersumpah laknat dengan memegang Al-Quran dan berkata apa yang dibongkarkannya adalah benar.

"(Jika) saya Abdul Ghani Harun berdusta memfitnah manusia bernama Anwar Ibrahim, kau laknatilah hamba."

Abdul Ghani dalam ucapannya mendakwa bahawa Anwar pernah berhubungan dengan seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan yang dijadikan teman isimewa beliau.

Dakwanya, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menghubungi pelajar tersebut untuk meminta gambar peribadi.

"Ala awak tahu la gambar ringan-ringan,
"Gambar apa Datuk Seri?
"Gambar tidak pakai baju ke?"

Ezam pula melahirkan kebimbangan kemungkinan Anwar menjadi boneka kepada kuasa luar yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

"Untuk mempertahankan negara kita. Yang diserang hari ini bukan BN, bukan UMNO, tapi negara kita. Saya faham benar.

"Saya pernah bersama mereka, saya tahu agenda mereka faham rangkaian mereka dan kalau kita tidak bersama, bersatu, anak-anak muda perlu sedar, kalau dulu kita hilang Singapura, kini hilang segala-galanya," ujar beliau.

Turut hadir adalah bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

TIBAI dilancarkan pada 24 April 2012 dengan matlamat untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya.

- Posted using BlogPress from my iPad

PAS DIBOGELKAN OLEH DAP LAHANAT?

1. Rupa-rupanya, bukan satu tetapi dua Senator yang akan ditukar oleh Lim Guan Eng DAP!

2. Seorang daripada DAP dan seorang lagi daripada PKR.



3. Difahamkan bahawa Lim Guan Eng DAP sudah ada dua calon untuk menggantikan tempat tersebut iaitu Dr Ariffin Omar dan Syed Shahir Syed Mohamud.

4. Tetapi satu perkara penting yang perlu MiM ketengahkan iaitu pemimpin PAS Pulau Pinang sekali lagi terlepas dan gigit jari!

5. Dua senator yang sebelum ini adalah daripada DAP dan PKR tetapi kali ini, PAS Pulau Pinang tidak mendapat tempat sekali lagi dalam kerajaan DAP Pulau Pinang!

6. Dan untuk menambah perit kepada luka yang ditanggung PAS Pulau Pinang, Dr Ariffin Omar merupakan ahli DAP! Bekas pensyarah itu mendaftar sebagai ahli DAP pada tahun lepas! Perlantikan Ariffin Omar sebagai Senator menimbulkan satu soalan, apakah beliau merupakan seorang lagi calon Melayu DAP yang akan bertanding di PRU13 nanti?

7. Perit bertambah seksa kepada PAS Pulau Pinang, Syed Shahir Syed Mohamud pula merupakan Ketua cabang Kelana Jaya PKR di Selangor! Baca Sini

8. Syed Shahir PKR pula gagal mempertahankan jawatan sebagai Presiden MTUC yang disandangnya selama dua penggal. Timbalan beliau sebelum ini Mohd Khalid Atan yang mahu kongres tu bebas dari pengaruh politik menang jawatan itu.

9. Nah! Kita lihat sendiri permainan politik Lim Guan Eng DAP! Parti sendiri dan PKR dapat merasa 2 kali jawatan Senator tetapi PAS Pulau Pinang dibuang begitu sahaja!

10. Apakah tidak ada pemimpin PAS Pulau Pinang yang berkaliber dan layak untuk menggantikan salah satu daripada kerusi Senator itu?

11. Adilkah jika sebelum ini pemimpin DAP dan PKR dapat memegang jawatan Senator tetapi kali pemimpin PAS tidak dipilih? Inikah yang dinamakan Pakatan ?

12. Dan kali ini Lim Guan Eng DAP tidak boleh lepas tangan kerana beliau terlibat secara langsung dalam pemilihan Senator baru!

13. MiM jangka Lim Guan Eng DAP dan batalion para media beliau sedang menyusun ayat untuk menjawab persoalan-persoalan yang mungkin timbul dek pertukaran Senator itu.

14. Berkemungkinan besar, Guan Eng DAP akan berdongeng dan bercerita tentang 'bagi peluang orang lain', 'tak tamak kuasa', 'kongsi kuasa', 'tak macam UMNO' bla bla bla.

15. Tetapi kali ini Guan Eng DAP pasti akan terperangkap dan terkedu.

16. Isu Tunku Aziz memang agak sukar untuk dijawab oleh batalion media Guan Eng DAP kerana walau apa pun jawapan Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang DAP itu, damage has been done..

17. Begitu juga dengan menafikan PAS Pulau Pinang SEKALI LAGI?

Kesimpulannya, parti PAS di Pulau Pinang ibarat sampah yang tiada nilainya. PAS ditipu bulat-bulat tentang jawatan YDP MAIPP dan sekarang isu jawatan Senator pula.

Apakah ahli dan penyokong PAS tidak nampak lagi wayang kulit Guan Eng dan DAP? Tak sedar lagi?


sumber


MKP ayat sempoi : Apa kejadah nie PAS sampai bengong kena cucuk hidung sampai macam nie....Tak pernah dalam sejarah dimalukan oleh bangsa pendatang macam nie???//akai simpan kat lutut ke? bacul la hampa nie lebih baik teloq tue potong buang bagi kat anjing makan......

MANSOR OTHMAN PATUT DEPA DESAK LETAK JAWATAN?


Sebelum ini pernah blog ini nyatakan bagaimana bantuan pilihanraya buat PKR akan terus datang daripada Negara Turki. Setakat ini, Dr Mansor Othman (DCM Penang) sedang dalam proses negosiasi, tentang bantuan apa yang perlu dan tidak – di samping memastikan kaedah bagaimana bantuan Turki dapat dibawa masuk ke Malaysia. Macam-macam kaedah sedang dikaji.

Dr Mansor diingatkan oleh Turki bahawa pemindahan wang ke dalam akaun PKR (atau mana-mana pemimpin) boleh menjadi masalah. Jika boleh, kali ini, ianya mesti dilakukan secara ‘manual’ dan tidak menarik minat mana-mana agensi keselamatan Malaysia. Mereka sedang dalam kajian akhir mengenai perkara ini.

Selain daripada bantuan Turki, PKR (di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri) juga tidak melupakan jalan lain dalam mencari sumber kewangan yang lebih banyak. Antara yang dikenalpasti untuk menjadi ‘golden geese’ kepada PKR adalan PKNS. Setakat ini, menurut sumber HQ, beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat. Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut:-

1. Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium): RM900 juta

2. Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development): RM1.8b

3. PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project): RM2.6b. Khabarnya kebanyakan ‘kickback’ akan disalurkan kepada DAP.

4. PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels): RM3b

5. Aquavilla, Shah Alam (gated community): RM20juta

6. 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park, Cyberjaya: RM118.16 juta

7. Aura, Setia Alam (gated community): RM58 juta

8. Menara Worldwide: RM350 juta

Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS (semasa pemerintahan PKR) memerlukan ‘blessing’ Anwar/Azmin. Ini yang dikhabarkan. Tanpa ‘blessing’ atau restu kedua-dua strategis utama PKR ini, nothing will be done.
Soalan utama: apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau ‘selected tender’? 

Ataupun, berdasarkan ‘quotation’ yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara ‘sumbangan peribadi’ JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR?

DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas. Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek ‘bilion’ ringgit. Menarik. Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor. Atas nama ‘transparency’.

Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor.
Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma – mereka ‘makan besar’ dengan projek PKNS.

#HBN2012 Peguam Muda Turut Teruja Jayakan Himpunan Jutaan Belia.


11 hari menjelang Himpunan Jutaan Belia yang merupakan 10 himpunan terbesar di dunia yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini bakal melibatkan peguam-peguam muda yang turut teruja mahu menjayakan setiap acara yang disediakan.
“Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.
Dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.
Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini.”
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.
Ketahui setiap segmen dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia sepanjang berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia layari : www.hbn.gov.my 

Google Chrome Mematikan Sokongan Untuk Mac OS X 10.5


Google Chrome boleh dikatakan adalah salah satu pelayar web popular diseluruh dunia, dan kini dengan kemaskini demi kemaskini yang dikeluarkan dengan pantas oleh Google, pihak pembangunnya kini mengumumkan Mac OS X 10.5 tidak lagi akan disokong oleh mereka selepas Chrome 21.

Ia tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku. Memandangkan saya sendiri menggunakan OS X 10.5, perkara ini agak mengecewakan, dan untuk terus menerima kemaskini dan sebagainya Google meminta pengguna mengemaskini kepada OS X 10.6 ataupun OS X10.7.

Bagi para pengguna Chrome yang menggunakan OS X 10.5, mereka akan diperlihatkan dengan mesej mengatakan sistem operasi tersebut tidak lagi akan disokong pada halaman tab baru. Walaupun berita ini agak mengecewakan, namun, cara penyampaian notifikasi oleh pihak Google adalah salah satu perkara yang dipuji.

Dan semestinya, ianya sudah tiba masanya untuk memasang Ubuntu pada komputer riba Mac milik saya.amanz.my

Thursday, May 10

PEMINAT APPLE , HADIAH UNTUK ANDA?


Jika anda pengguna Apple tentu tahu apa yang perlu dibuat untuk membuka Gadget kesayangan anda.sudah tentu ramai yang akan cuba slide kat situ kerana ianya dipakai oleh gadis mantop......


Sempoi jika macam nie.....Ini adalah hasil daripada teknik perniagaan untuk melariskan barang yang yang selalu dibuat...semuanya ini bertujuan melariskan jualan produk yang penting disini adalah tahap pemikiran seseorang untuk melariskan jualan.

MANSOR OTHMAN DIDESAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT LETAK JAWATAN. @DZAINALABIDIN


DALAM keadaan sekarang, bila mana banyak petunjuk membayangkan kesukaran Pakatan Rakyat mengekalkan momentum kemenangan 2008, adalah menjadi kewajiban untuk Pakatan Rakyat memperbaiki kriteria calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita tidak mahu kesilapan meletakkan ramai calon kurang berwibawa, yang akhirnya memilih menjadi Bebas atau masuk dalam mana-mana komponen Barisan Nasional setelah menang, berulang lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Teratas sekali sudah tentulah menyingkirkan mana-mana calon yang diketahui mempunyai rekod perkhidmatan dan masalah peribadi yang boleh mencalar imej parti dan dirinya sendiri.

Dalam hal ini, penulis ingin merujuk kepada Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 11 (TKM11) Pulau Pinang dari PKR yang diketahui mempunyai ‘masalah dalaman’ tersendiri, yang mana kalau tersebar nanti mampu menggugat peluang Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi di Penanti.

Walaupun Pulau Pinang boleh dikatakan kawasan selamat untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa, tapi penulis jangka BN akan memberi cabaran sengit disemua kawasan majoriti Melayu dengan dakyah yang bersifat perkauman.

Justeru, amat penting sekali untuk Penanti dipertahankan dari jatuh ke tangan BN. Apatah lagi penulis mendengar bekas penyandangnya, Mohamad Fairus Kamarudin akan dicalonkan semula oleh BN di kawasan tersebut.READ MORE

MKP Ayat Sempoi : Haaa taktik pembangkang cuba memancing dalam keadaan kritikal...Mansor nie kesayangan Lim Guan Eng macam mana desak pun keputusan ditangan Ketua cauvanis tersohor di Pulau Pinang.Kenapa begitu sikap Guan Eng kerana Mansor dah dicucuk hidung senang nak control apa saja demi melingkopkan Melayu Pulau Pinang.......

VIDEO : PROTES DEPAN RUMAH AMBINGAI.


Komen wakil NGO dari IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah mengenai protes aman yang diadakan di hadapan rumah Ambingai

SEJAK BILA PULAK AMBIGA JUAL BURGER?



Sekumpulan peniaga kecil hari ini 'berkhemah' di luar rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dan membuka gerai burger.


Kumpulan peniaga yang mahu dikenali sebebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka ketika himpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?" kata presidennya Mohd Ridzuan Abdullah.

Menurut beliau, tindakan simbolik itu bagi menyedarkan Ambiga bahawa himpunan BERSIH 3.0 telah menyusahkan orang ramai. Burger yang digoreng itu bagaimanapun tidak dijual tetapi diberikan secara percuma.

IKHLAS memperuntukkan kira-kira 200 burger untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma. Mereka juga pernah berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive