Tuesday, May 22

KALAU DAH TERSILAP APA NAK BUAT YE USOP JEDUL.......


Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. 

Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,
Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.
Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...
P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.
Yang Menyayangimu,
Usop Jendul 
Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MUSANG BERBULU AYAM MASIH BERLERLUASA?


Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....

Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.

ALAHAI NURUL IZZAH!!! LUBANG SUDAH PECAH DER?




Apa nak jadi nie dulu bapaknya kena dedah akan tetapi kini tiba pulak giliran Nurul Izzah pulak.Kalau orang luar tue susah skit nak pecaya akan tetapi kali nie orang sendiri der.....Bab yang MKP janjikan tunggu ajelah Parlimen Bubar .Berikut dedahan dari M. Parthiban yang MKP ambil dari Agenda Daily....

TIBAI menurunkan barisan penceramah yang sama di Gombak dan Ampang cuma yang istimewa di Lembah Pantai ini adalah kemunculan yang tidak disangka-sangka, M. Parthiban yang merupakan bekas pegawai khas Nurul Izzah.

M. Parthiban (gambar) yang terima sms ugutan sejurus sebelum berucap bagaimanapun meneruskan ucapannya dan menceritakan perangai sebenar Nurul Izzah sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.

Sebelum itu, M. Partibhan yang yang menyertai PKR sejak 12 tahun lalu umum keluar dari parti itu bersama lebih 200 anggota cabang Lembah Pantai dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai itu berkata apa yang digambarkan oleh PKR mengenai Nurul Izzah kononnya bekerja di atas dasar telus dan bersih adalah pembohongan semata-mata.

"Saya tidak sanggup bekerja lagi dengan manusia yang bermuka-muka sepertinya dan telah meletakkan jawatan. Beliau tidak pernah menjalankan kewajipan sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Beliau tidak pernah bertemu masyarakat apatah lagi melawat orang uzur, sakit atau ditimpa kematian di Lembah Pantai. Perkataan yang selalu digunakannya adalah I'm rushing, I'm rushing. Anda boleh bertanyakan kepada wartawan Sinar Harian jika tidak mempercayai kata-kata saya," tegas M. Parthiban di hadapan lebih 2000 hadirin.

"Saya telah menjalankan tugas sebagai pengarah kebajikan dan kemasayarakatan di seluruh Lembah Pantai untuknya. Segala masalah penduduk telah saya unjurkan kepada beliau melalui email.

"Yang mendukacitakan, apabila beliau (Nurul Izzah) berjumpa wartawan, mula berlakon untuk mendapatkan populariti seolah-olah turun padang dan mendapatkan semua maklumat dari penduduk. Nurul Izzah hanya tahu menyelit dicelah-celah aktiviti yang diusahakan oleh saya.

"Saya boleh cabar dan bertanya kepadanya kerana beliau memang tidak tahu dimana Lorong Asrama, dimana lokasi-lokasi lain di sini," kata M. Parthiban.

"Saya dipanggil kembali dan dipujuk oleh Nurul Izzah untuk menarik kembali perletakan jawatan kononnya ada imbuhan di Selangor. Saya juga telah dipanggil beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua Kelab Penyokong Pas tanpa memberikan sebarang alasan yang konkrit," ujar M. Parthiban.


- Posted using BlogPress from my iPad

MASUK PAS NIE ADA MOTIF KE DATO'?


Heboh beb kat blog pembangkang dok pukul canang kata Dato Fauzi Masuk PAS nie,Apa yang depa nie tak faham bila orang kecewa dan tertekan dengan sesuatu depa akan masuk kedalam parti PAS.

 
  Kepada Dato Fauzi tengok nie dulu sebelum terlambat,PAS nie cuma nak ambil kesempatan dari apa yang ada pada Dato.Sikap dan perangai depa nie jelas akan berkomplot dengan sapa saja asalkan matlamat dan niat depa tercapai.macam kartun hasil dari pada rakan MKP nie telah menguraikan sikap dan matlamat depa melacurkan agama untuk kepentingan politik.......
 

Ceramah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Fauzi Shaari yang menyerahkan borang menyertai PAS malam tadi.Tak ada ape pun yang mengutuk kerajaan yang telah dibongar oleh Dato Fauzi nie cakap akan tetapi ini bukan lah yang terakhir artikel tentang Dato akan kuar....

TERKINI ANWAR DAN AZMIN DIDAKWA?




Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini bagi mendengar sebutan kes didakwa atas tuduhan mengingkari perintah larangan mahkamah memasuki Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali didakwa di Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas tuduhan mengingkari perintah larangan mahkamah memasuki Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

- Posted using BlogPress from my iPad

KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – @RajaNongChik BAGI KONTRAK PADA SENDIRI?



Bukan senang nak jadi Menteri ni kan?Banyak fitnah yang cuba ditabur oleh pihak pembangkang akan tetapi setiap tomahan serta fitnah harus dikekangang dengan cara yang betul dan berhemah.Kalau tidak nanti melarat pulak macam kes NFC dan sebagainya.Penjelasan perlu tepat dan berdasarkan bukti yang nyata.

Dah lah tanggungjawabnya maha berat, tapi yang paling tak tahan sekali ialah fitnah yang diterima, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tapi turut melibatkan ahli keluarga!Menteri yang terkini kena fitnah ialah Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Apa fitnahnya? Kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk beri kontrak Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat anaknya, Istijuara Sdn Bhd.

Sebenarnya aku bila dengar fitnah ni pun dah jadi hairan. Dato' Raja Nong Chik ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dia bukannya pegang Kementerian Belia dan Sukan, jadi macam mana dia boleh bagi kontrak kat anak dia?

Takpalah, mari kita kaji kronologi isu ni untuk buktikan bahawa ianya langsung tidak berasas.

Apa penjelasan kepada fitnah ni?

Istijuara Sdn Bhd dapat Surat Niat (letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor dari KBS pada tahun 2006. Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik takda sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya usaha mereka sendiri.

Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letakkan bawah nama anaknya. Pada masa itu, Dato’ Raja Nong Chik belum jadi Menteri lagi. Sebagai ahli perniagaan, takda salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.

Dato’ Raja Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date!

Kesimpulannya?

Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak takda kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab dia bukan pemegang saham pada masa itu.

Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd dan letakkan bawah nama anaknya sebelum dia jadi Menteri, dan selepas Istijuara dapat kontrak IKBN.

Tempoh di antara Surat Niat (Letter of Intent) dan Surat Tawaran (Letter of Award) adalah kerana menunggu kompleks siap bagi memastikan spesifikasi peralatan up to date. Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.Jadi, apa yang pembangkang nak kecoh-kecoh kononnya ada salahguna kuasa? Nampak jelas semua proses mengikut prosedur dan lunas undang-undang.

Sengaja je diorang seronok tabur fitnah!!!

p/s: Kalau nak tengok dokumen-dokumen berkaitan, boleh tengok di sini.kredit kepada apa kecoh-kecoh lu punya artikel mantop dan terbaik........

Saya Masih Setia Pada UMNO Zamhuri Pohon Maaf


1. Ramai di antara kita ahli UMNO, termasuk saya yang rasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC.

2. Ada kalanya kita tahu, kaum lain dan orang lain yang bukan UMNO, selalunya kroni pegawai dan kapten GLC mendapat apa yang mereka mahu melalui pelbagai jalan yang tidak telus, termasuk melalui rasuah.

3. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan pemimpin politik yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah ini jauh lebih kecil berbanding pegawai kerajaan dan kapten GLC yang rasuah

4. Pemimpin tertinggi parti membuat dasar di dalam mesyurat majlis tertinggi, manakala Ahli Parlimen membuat dasar dan meluluskan bajet untuk melaksanakan dasar tersebut di Parlimen. Bagaimanapun pelaksana dasar dan pengurus kewangan bagi pelaksanaan dasar adalah pegawai kerajaan dan kapten GLC.

5. Rakyat, termasuk ahli UMNO akan kecewa bila pelaksanaan dasar tidak dilaksanakan secara efisien, telus, betul dan tepat pada waktunya, sehingga impak dan limpahan dari suatu dasar yang baik tidak dapat dirasai oleh rakyat, seperti apa yang berlaku semasa tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Sepanjang pengalaman saya, terdapat sejumlah Little Napoleon di kalangan pelaksana dasar baik di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC sehingga menjejaskan nama baik institusi kerajaan dan GLC, kerajaan BN, dan maruah diri dan keluarga mereka.

6. Lebih mengecewakan lagi bila ahli UMNO diberi layanan kelas kedua dan didiskriminasikan dalam pengagihan sesuatu peluang. NGO yang saya pengerusikan misalnya, tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan, semata-mata kerana ada pegawai dalam kementerian tertentu yang mahu mengelakkan isu apabila memberikan peluang kepada NGO yang diketuai oleh ahli parti politik UMNO.

7. Kecewa? Ya saya juga kecewa.

8. Bezanya, saya faham bahawa dari segi dasar, dasar yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin parti dan Ahli Parlimen BN adalah dasar yang baik dan diberikan bajet yang mencukupi untuk pelaksanaannya. Bagaimanapun masalahnya adalah dari segi pelaksanaan yang akan di`hijack' oleh pelaksana dasar di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC, atau institusi yang diberi amanah untuk melaksanakan dasar yang telah diluluskan, dan mungkin sejumlah kecil pemimpin politik dalam kerajaan yang korup.


9. NKP UMNO Bahagian Kampar juga kecewa. Berdasarkan video di atas, saya mengandaikan bahawa pertama, dia kecewa dengan Pegawai Kerajaan, mungkin DO.Kedua, dia kecewa kerana Dasar yang diluluskan oleh Kerajaan BN tidak dilaksanakan dengan telus. Ketiga, dia kecewa dengan sikap mengutamakan kroni dan tidak amanah pegawai yang boleh memberikan peluang kepada kaum lain secara kowtim. Keempat, bila dia menyebut nama Amin, dia kecewa dengan sikap `little Napoleon' dalam pejabat kerajaan yang terlibat. Kelima, dia kecewa kerana tidak mendapat peluang walaupun dia kaum Melayu dan dia ahli UMNO.

10. Dia kecewa. Saya percaya ramai orang Melayu dan ahli UMNO dapat memahami kekecewaannya kerana mereka juga (termasuk saya) pernah menyaksikan dan mengalami perkara yang hampir serupa walaupun tidak sama.

11. Persamaan kami semua, kami kecewa, tidak gembira dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan kapten GLC tertentu sehingga rakyat, termasuk ahli UMNO menjadi mangsa amalan rasuah, kronisme dan diskriminasi. Sedikit sebanyak, rakyat juga akan merasa marah dengan pemimpin kerajaan BN yang mentadbir kementerian dan agensi serta yang mengawasi GLC terbabit kerana dilihat sebagai lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka.

12. Perbezaan kami dan dia, saya percaya ramai orang UMNO diluar sana yang tidak setuju dan mengutuk perbuatan meninggalkan perjuangan agama, bangsa dan negara kerana kecewa, lebih-lebih lagi jika kekecewaan itu bukan atas sebab dasar dan prinsip perjuangan, sebaliknya disebabkan tidak mendapat kepentingan material yang dikehendaki. Apa lagi bila dia keluar untuk bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan dasar yang bertentangan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara,

13. Bagi pemimpin di atas, dengar-dengarlah suara hati rakyat, mereka bukan buta. Mereka marah dengan penjawat awam dan kapten GLC yang korup dan menyalah gunakan kuasa. Bukan semua, tapi mereka memang wujud.TFR

Monday, May 21

i-PHONE TERBARU HANYA RM2,20?

biar betul der harga macam tue betul-betul murah der.Macam mana nak dapatkannya tapi sebelum tue tengok dan scroll sampai bawah

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-

-
-
-

Keluaran terbaru...apple ipod with Vitamin C..hahhahaha..
P/S gambar diatas sekali tue cuma sebagai hiasan der.....

Video & Gambar Hot: 18SX Sahaja - Aktres Neelofa Yang Jelita Hanya Dengan Pakaian Seksi Dan Berkemban?


Siapa tidak kenal Neelofa.. Artis yg mempunyai wajah yang cantik dan menawan...


Neelofa dikatakan berpakaian seksi dalam sebuah video klip 
MTV Tilu dengan lagu yang bertajuk "Ku Bukan Aku"

Jom tengok video ini dan bagi pendapat anda...



Tapi jangan pulak salahkan orang lain jika gambaq macam nie tersebar.Puak PKR salahkan penyebar gambaq nie akan tetapi pemimpin terkutuk mereka pulak diagungkan dan dipertahankan oleh al jumud serta penjilat tegar der?Kalau pemimpin macam nie nak jadi PM malulah Malaysia dimata dunia,Selama ini pemimpin UMNO/BN dah buat bermacam-macam untuk menaikan nama Malaysia dimata dunia.....hayati lagu dari Ella nie der.,,,,,


NAMA PELIK DIDEDAHKAN OLEH THESTAR ?


Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah.

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan. Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi. Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama. Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka.

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini.

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali. Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama. Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan. Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin. Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka. Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.
MKP Ayat Sempoi : Nama nie yang buatkan Ambiga meroyan anjurkan BERSHIT der?

18,000 MELAYU PULAU PINANG DIHALAU DAP?


Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang pernah bersama menyusun agenda ini turut menyesal.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.SRO

Siapa Sebenarnya ‘Kuasai Media’ Dan Menyekat ‘Kebebasan Bersuara’


Laungan demokrasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, ketelusan, tadbir urus yang baik (good governance) dan macam-macam lagi adalah antara slogan yang sering dilaungkan oleh parti politik.

Tidak ketinggalan pakatan 3P - DAP, Pas dan PKR. Memang menarik kata-kata itu tetapi sejauh mana keupayaan untuk melaksanakannya?

Berjanji dan bercakap sebelum berkuasa memang mudah kerana modalnya hanyalah air liur tetapi untuk mengotakannya setelah berkuasa bukanlah senang. Jika janji dikota pun mungkin melibatkan kroni atau suku sakatnya. Kata orang sekadar ada, bagi ‘menutup mulut’ pengkritik dan jika tidak mampu dilaksanakan, mereka akan menuding jari mencari silap orang lain. Akhirnya janji yang ditabur hanyalah janji palsu dan terjadi cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap.

Kebebasan Media

Adakah pakatan 3P benar-benar mengamalkan kebebasan maklumat melalui media? Selepas memerintah Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kebebasan media hanya menjadi slogan. Di Selangor, Utusan Malaysia diharamkan penjualannya di semua pejabat kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan. Baca boleh tetapi bukan untuk dijual. Malahan agensi di bawah kerajaan negeri juga khabarnya diharamkan untuk membeli iklan. Keadaan yang sama juga berlaku di Perak ketika pemerintahan 3P. Di Pulau Pinang, wartawan yang tidak ‘sehaluan’ dengan kerajaan negeri akan ‘digam’, tidak dibenarkan membuat liputan di Komtar, bangunan yang menempatkan ‘Kabinet’ kerajaan negeri DAP. 

Wartawan media cetak dan elektronik sudah mengalami pengalaman ‘dipulau’ oleh kerajaan negeri. Wartawan Utusan Malaysia bukan saja tidak dijemput meliputi sebarang majlis yang melibatkan Ketua Menteri tetapi juga dilarang membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan rakyat berhak tahu apa yang berlaku di dewan kerana di situ ada wakil rakyat yang mewakili parti politik yang menyokong kerajaan negeri dan sebaliknya. Malahan baru-baru ini juga, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di- dakwa cuba mempengaruhi sekolah Cina di negeri itu supaya tidak melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Inikah kebebasan media yang dilaungkan oleh Parti Tindakan Demokratik itu? 

Entah apa nasib media cetak yang tidak sehaluan dengan DAP jika mereka menduduki Putrajaya. Baru berkuasa di sebuah negeri, mereka sudah mengawal ‘pergerakan’ media tertentu. Secara tidak langsung, kerajaan DAP sudah ‘menguasai media’. Mereka boleh menentukan siapa yang boleh buat liputan dan siapa yang tidak. Di Pulau Pinang, Guan Eng sudah pun merealisasikan hasrat bapanya, Lim Kit Siang pada satu masa dulu untuk menjadi ‘ketua menteri yang berkuasa’.

Berbalik kepada Selangor, walaupun Utusan Malaysia diharamkan penjualan di premis kerajaan negeri, baru-baru ini terbongkar kegiatan pihak tertentu memasukkan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan PKR dan Harakah terbitan Pas ke dalam akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Siapakah yang bertanggungjawab? Apakah motif di sebalik kerja kotor ini? Walaupun tidak melibatkan keseluruhan akhbar itu tetapi sedikit sebanyak ia cuba mempengaruhi pembaca Utusan Malaysia.

Kebebasan Bersuara

Lihatlah apa yang berlaku kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hasan Ali yang ketika itu menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Ahli Dewan Negara. Mereka menjadi mangsa kerana menentang dua perhimpunan yang tidak sepatutnya diadakan. Dr. Hasan dipecat kerana beliau bersuara supaya rakyat tidak diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari 2012 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim. Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama dalam perhimpunan itu membidas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut. Akibat kenyataannya itu, Dr. Hasan dipecat tanpa dipanggil membela diri. Pemecatan serta merta itu menyebabkan beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga nasib yang menimpa Tunku Abdul Aziz. Naib Pengerusi DAP ini bersuara menyatakan pandangannya yang tulus ikhlas sebagai rakyat Malaysia. Beliau menolak demonstrasi Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka kerana DBKL tidak membenarkannya.

Pada masa yang sama, pengalamannya juga menunjukkan dalam kebanyakan kes, demonstrasi aman akan bertukar menjadi ganas. Baginya jika polis menasihatkan untuk menukar laluan dan tempat berhimpun, itu adalah apa yang patut dilakukan kerana polis adalah pihak berkuasa keselamatan. Jangan langgar undang-undang. Kesimpulannya Abdul Aziz mahu semua pihak mendukung salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang.

Tetapi pandangannya tidak selari dengan kehendak pemimpin utama DAP terutama Guan Eng dan bapanya Kit Siang yang mahu rakyat menyertai demonstrasi Bersih 3.0 itu walaupun undang-undang melarangnya.

Akhirnya sebagai pembalasan, DAP tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang akan berakhir pada 31 Mei. Begitulah laungan kebebasan bersuara dalam parti demokratik itu yang sebenarnya terpaksa mengikut ‘syarat’ yang ditetapkan. Ia amat terbatas. Anda boleh bersuara tetapi jangan menyongsang pendirian parti.

Bagi Dr. Hasan dan Abdul Aziz, mereka sepatutnya berdiam diri dan membiarkan ‘kemungkaran’ berlaku. Mereka perlu diam walaupun tahu perhimpunan seperti itu mengganggu privasi banyak pihak - orang awam tempatan, pelancong, pemandu teksi, peniaga dan sebagainya.

Nampaknya, hadis ‘katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit’ tidak boleh dipakai oleh pemimpin Pas, apatah lagi DAP walaupun corak pemerintahannya mahu mengikut seorang khalifah. Mungkin rakan-rakan Exco Melayu Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menerangkan kepada Guan Eng mengenai maksud hadis ini.

Apakah perasaan DAP jika orang lain melanggar undang-undang? Apakah undang-undang ini tidak boleh dipakai?

Nasib baik Abdul Hadi Awang adalah Presiden Pas. Jika tidak, beliau juga akan mengalami nasib seperti Hasan Ali dan Abdul Aziz kerana bercakap tidak senada atau selari dengan pendirian pakatan 3P. Mujurlah Karpal Singh (Pengerusi DAP) hanya meminta Abdul Hadi ‘diam’, bukannya meminta disingkirkan.

APA NIE BERSIH 4.0 PULAK DAH?


Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

@Nor4Danish Semuanya Berdasarkan Gambar Ini?

Adakah ini dapat dicipta tanpa persetujuan tuan punya diri.


Kami hanya menyampaikan apa yang sepatutnya buat tatapan peminat.Selain dari itu biarlah yang satu itu menentukan.Susulan penyiaran foto-foto ghairah Nora Danish melalui majalah Glam edisi Mei/Jun 2012 semasa dia mengerjakan umrah di tanah suci Mekah baru-baru ini, akhinya pelakon jelita ini membuka mulut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Memetik kenyataannya kepada Kosmo, “Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya. Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya.”READ MORE OHBULAN

Sunday, May 20

18SX : MACAM NIE PUN JADI? CIBAI


Apa nie yang bebudak dua ekoq nie buat kat atas buaiyan nie.Adakah kita mahu budaya ini berkembang tanpa pengekangan dari pihak yang sepatutnya.Ambiga telah membawa budaya ini masuk kesini dan antara sedar atau mesti ada halangan dari pihak yang berwajib....

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.



Video dibawah oleh TIBAI pulak dedahkan Anwar ada hubungan dengan pelajar lelaki yang disebuah universiti...Dua ekoq nie anwar dan ambiga perlu dinyahkan dari bumi bertuah Malaysia..


UCAPAN TUN M BUATKAN KETUA BAHAGIAN UMNO TERKEDU? @DZainalabidin @NajibRazak @DrNovandri


Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini MKP akan membuat ulasan mengenai ucapan yang telah diberikan oleh Pemimpin hebat Negara Tun Mahadir.Inti-pati ucapannya jelas menyatakan perpaduan sesama Melayu harus diperutuhkan lagi demi anak Bangsa dimasa hadapan.Oleh kerana Program "Minda Bicara" ini bersama veteran UMNO Pulau Pinang Tun Mahadir mengucapkan terima kasih kepada veteran UMNO yang telah lama bersama beliau semasa menjadi PM dahulu.

Tun M. bila datang ke Pulau Pinang sedih melihat rumah orang melayu Pulau Pinang masih lagi terpinggir walaupun ada pembangunan mewah disekeliling rumah mereka.Ini adalah kerana sikap pemimpin tertentu yang suka meletakkan habuan sebagai matlamat utama bukan perjuangan itu sendiri.Walupun teguran itu nampak pedas dan mungkin tak dapat diterima dikalangan ahli UMNO Pulau Pinang sendiri akan tetapi harus dipandang secara posiif apa yang cuba disampaikan.Fikir sejenak betul atau tidak?Dengan bahasa yang agak sinis dan tajam itulah Tun Mahadir bila menegur.....

Satu soalan yang telah dikemukakan dari Pemuda UMNO mendapat tepukan gemuruh daru hadirin yang hadir.Soalannya "UMNO sekarang ini sukar mendapat tempat dikalangan profesional muda mengapa?

Jawapan sinis dan pedas telah diberikan oleh Tun Mahadir, "Ini adalah sikap pemimpin dari Ketua Bahagian itu sendiri tak mahu terima orang yang lebih pandai dari ketua kerana ianya boleh mengugat jawatan didalam Bahagian itu sendiri, Jika tiada cantas mencantas bukan budaya UMNO.Tapi itu dulu akan tetapi sekarang telah banyak berubah apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi PM golongan Muda profesional telah diberikan tempat yang sewajarnya melalui biro serta seketeriat yang diujudkan dalam tranfomasi 1Malaysia.." katanya.  

Penuh sampai tak cukup tempat.Tun disambut dengan hati yang gembira.

Wajah ceria dari bersama Datuk Zainal abidin Osman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Nak kata apa lagi jika Tun M masih ada aura yang luar biasa.

Ketika lagu Negaraku Berkumandang.

Terima kasih kepada semua yang hadir.Ini baru Veteran belum lagi campur 4sayap Parti.

Tun Mahadir "BICARA MINDA". @DZainalAbidin




MKP sedang bersama Tun Mahadir di Program BICARA MINDA bersama Veteran UMNO Pulau Pinang,ketika ini Tun Mahadir sedang memberi ucapan.Ulasan MKP akan berikan pada artikel seterusnya sementara itu MKP berikan biodata tentang pemimpin hebat ini.


Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali.


- Posted using BlogPress from my iPad

CINTA BN GILA DARI USTAD AZHAR IDRUS?



MKP rasa makin kurang hormat dah kepada Ustaq Azhar Idrus kerana sikap yang kurang cerdik bila dipentas pada semalam ketika berada di Padang Kota Pulau Pinang.Kalau nak berbicara tentang Agama Islam memang dia pandai akan tetapi apakah hukum mengata sesebuah parti itu gila???????Jawap Ustad.
BN Gila ka? atau Ostad ka makin gila glamer sejak dua menjak ni???Dah senang-senang kata orang gila, senang je cakap melawak??

ABY ABADI SERTAI PAS?


Jika menyertai PAS itu adalah trend terkini artis kat Malaysia nie apa nak buat der?Bagi MKP artis nie ada pengikutnya tersendiri dan unik.Mungkin cara dan penampilan artis tue akan berubah bila menyertai PAS dengan pemakaian tudung labuhnya eloklah jika itu tidak menyimpang ajaran Agama Islam MKP setuju sangat bila dah berubah kearah kebaikan..

Berikut adalah ulasan dari orang lama berjuang dalam PAS.Nama kami pun lebih kurang sama jugak.Nak tau MKP = CMK?

"Terkadang CMK jd hairan.. Apakah Parti PAS itu mencari populariti dan glamor semata-mata.. Orang yang telah lama berjuang dan konsisten dalam perjuangan terlalu sukar untuk sertai parti (PAS) .. hanya kerana mereka tinggalkan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dekat dua tahun hantar borang keahlian smpai sekarang tak diproses.. Tetapi bila ARTIS.. pagi hantar borang.. petang sudah LULUS.. terkadang, belum lulus lagi sudah diusung ceramah sana sini. Apakah ini budaya yang mahu diperkenalkan kepada generasi muda.. Artis lama2 ditarik sertai PAS...
Ke mana arahnya para pejuang yang setia dengan perjuangan Islam itu sendiri agaknya. Jika sokongan orang muda digunakan ARTIS, maka apakah kita yakin mereka ikhlas menyokong perjuangan?. Maka itu, berhati-hatilah dalam membuat tindakan demi masa depan parti itu.. Terkadang kita perlu berani menegur dan menerima teguran... biar pun pahit untuk ditelan.. Inilah yg terjadi kepada CMK sebenarnya.. Jika ini fitnah... lupakan.
Tapi ini kenyataan dan realiti... Jika begitu, lepas ni ramai lagi ARTIS yg dah "merudum" akan diangkat sebagai pejuang dalam PAS.. hanya DECLARE jer... CMK amat terkilan dgn situasi ini... CMK dah 13 tahun berjuang.. 4 kali cuba utk declare dan hantar borang PAS.. smpai skrg masih tiada jawapan yg pasti.. Beginikah agaknya nasib seorang pejuang rakyat?.. Maka fikirkanlah wahai sahabatku semua", katanya.
Difahamkan, beliau kini akhirnya terpaksa bergerak sebagai aktivis bebas gara-gara permohonan untuk menyertai parti itu tergantung hampir dua tahun lamanya. Malah, paling menyedihkan beliau dikatakan gagal sertai PAS kerana Pakatan Rakyat mempunyai perjanjian bahawa mana-mana ahli yang keluar tidak dibenarkan sertai lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah ini caranya yang dituntut dalam agama Islam. Keluar parti seolah-olah seumpama keluar agama. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan hilang keyakinan kepada PAS selepas ini.
Memang ramai ahli PKR yang tinggalkan parti itu dihalang sertai PAS atas dasar prinsip kesepakatan antara komponen pembangkang. Kini, blogger Cucumatkilau berkemungkinan besar akan terus bergerak sebagai aktivis atau menyertai mana-mana parti politik lain yang bersedia menerima kehadiran beliau. PAS digesa mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan jangan jadikan peraturan itu sebagai hukum atau fatwa untuk menghalang pihak lain bersama dalam perjuangan yang mereka dokong. ~


MKP Ayat Sempoi : Adakah PAS sudah terdesak dan hilang taring untuk meraih orang muda yang kini telah beralih arah menyertai UMNO/BN dengan pelbagai Program hebat Himpunan Sejuta Belia yang menampil artis terhangat didalam serta luar negara.http://www.hbn.gov.my/

#HBN2012 PENGIKTIFARAN KERAJAAN BUAT BELIA.

Hari Belia Negara 2012 - Dapatkan peta lokasi di sini. (jika perlu, print dan bawa semasa HBN di Putrajaya dari 23 Mei – 27 Mei 2012)

Kira-kira 4,000 orang hadir memenuhi ruang Concourse, Sunway Pyramid di sini bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara yang disambut setiap 15 Mei sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada belia.

Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Muhiyiddin bin Haji Mohd.Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut mengiringi pada majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sebagai tanda sokongan.

Justeru itu, sebagai menghargai golongan belia ini, Himpunan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ” berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei di Putrajaya. Sambutan tahun ini bakal menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1,000 persembahan, 24 pentas di sepanjang enam kilometer dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai dua juta belia.

Dalam Perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, menyatakan bahawa “ Himpunan HBN 2012 adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk para belia mempamer tenaga dan kreativiti mereka. Pemimpin terdahulu, telah mendirikan Putrajaya sebagai kota kemegahan kita. Mari kita beri pengisian kepada kota ini dengan semangat dan tenaga para belia untuk masa depan kita bersama.”

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran beliau berkata, “Jumlah golongan belia yang melebihi sepertiga penduduk negara iaitu seramai 12.5 juta adalah sumber kekuatan negara paling utama. Sama ada negara kita akan menjadi maju menjelang tahun 2020 dan kekal maju selepas itu bergantung kepada sejauhmana generasi belia yang ada pada hari ini dapat menggarap segala bakat, potensi dan kebolehan diri dengan sebaik mungkin,”..

Tambah beliau , “ Kerajaan melihat organisasi belia memainkan peranan penting dalam usaha mengasah bakat kepimpinan dan pembangunan kendiri belia seperti Parlimen Belia yang bakal diwujudkan tidak lama lagi sabagai platform kepada belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan, idea dengan cara yang berhemah iaitu melalui perbincangan dan sepakatan.”

“Apa jua perancangan yang dibuat oleh kerajaan hari ini mengambil kira keperluan masa hadapan. Dalam merangka pelbagai dasar negara, termasuk dasar transformasi yang sedang dilaksanakan pada masa ini, kerajaan mendengar suara belia, menghargai hasrat belia dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan belia dengan hanya satu matlamat iaitu apa jua dasar yang dilaksanakan mestilah menjamin masa depan yang lebih baik buat golongan belia,” ujarnya lagi .

Beliau juga menyeru kepada semua belia seluruh negara untuk menjadikan Sambutan HBN pada tahun ini sebagai simbol kebersamaan belia dan kerajaan dan bersama-sama memenuhi Putrajaya dengan lautan belia dengan memaparkan semangat cintakan negara, kedamaian, keharmonian dengan berhimpun secara aman dalam suasan penuh keriangan.

Sempena Pelancaran HBN 2012 hari ini juga, pelbagai aktiviti telah dijalan dan dijayakan oleh belia yang sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan terhadap pembangunan belia di Malaysia. Antara aktiviti yang berlangsung adalah Persembahan Kebudayaan 1Malaysia, persembahan Flashmob, essemble aksi remaja kreatif dan diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Mia Sara dan pemain Skuash Kebangsaan, Azlan Iskandar turut hadir sebagai tanda sokongan HBN 2012.


Ustaz Azhar Idrus @Padang Kota Pulau Pinang.








Ramai jugak yang kena ranjau sepanjang jalan der,Kita sebagai manusia ada kelemahan dan keburukkan.tiada niat untuk menghina idola mesyarat nie akan tetapi nilaikan sendiri dengan bukti yang telah diberi....Nilai dengan pemikiran terbuka serta dakwaan MKP berdasarkan bukti video yang sah....Fikirkan... 


Saturday, May 19

Facebook Membolehkan Para Pengguna Mengawal Notifikasi Dengan Lebih Mudah.

Selain daripada IPO yang dimulakan oleh Facebook pada awal pagi semalam, ia juga kelihatan sokongan notifikasi yang baru daripada Facebook diperkenalkan secara lebih meluas, dengan membolehkan para pengguna mengawal notifikasi yang diperlihatkan untuk mereka.




Ini mungkin sekaligus memudahkan para pengguna supaya tidak terganggu dengan notifikasi yang tidak mereka inginkan. Melalui sokongan baru, ia membolehkan anda memadamkan notifikasi untuk kumpulan, aplikasi dan sebagainya dengan mudah. Walaupun ia turut didatangkan sebelum ini, namun untuk melakukannya ia agak sukar, dan perlu melalui beberapa proses, dan tidak seperti sekarang.

Pada masa yang sama, kotak notifikasi juga kini kelihatan boleh di tatal, dimana notifikasi-notifikasi lama di perlihatkan secara automatik apabila pengguna menatal semakin ke bawah, sama seperti pada halaman utama Facebook.

- Posted using BlogPress from my iPad

BREAKING NEWS : KEDIAMAN RASMI DS NAJIB RAZAK DIREMPUH?


Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.SINAR HARIAN.

P/S gambaq diatas hanya sekadar hiasan...

MUZA-KERAH NIE! APA PUNYA GILA PAS NIE?




Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi meletakkan syarat ketat untuk Umno bermuzakarah dengan PAS.

“Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam.

Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.

“Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media.

“Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah,” katanya.

MKP Ayat Sempoi ; Pas nie letak syarat macam gampang.Susah nak bersatu macam dengan melayu tp peluk cium dengan DAP.

- Posted using BlogPress from my iPad

Eksklusif : Pemuda UMNO Cabar Budak Cina Bangsat


Mamat hingusan nie dah buat kacau masa PM berucap tempoh hari.Video nie pun MKP baru jumpa der jelas dan nyata apa yang dia kata...Mungkin masa tue PM tak sesuai nak debat dengan dia akan tetapi MKP rasa teruja bila Pemuda UMNO sanggup turun ke sana untuk mencari mamat yang kurang kasih sayang nie untuk berentap........Tak kisahla apa pun keputusannya akan tetapi nescaya lepas nie ada yang ketaq lutut beb.

Pemuda UMNO hari ini mengutuk dan mencabar budak Cina biadap yang memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak tempoh hari di London untuk berdebat bagi menyelesaikan isu tersebut.Debat ini bertujuan mencari penyelasaian isu yang dilaungkan pemuda komunis ini.


So adakah tempoh 7 hari tersebut bakal diterima lelaki Cina bangsat tersebut? Atau dia sekadar berani beraksi di hadapan Pemimpin yang sudah pasti tidak akan membalas apa saja perilaku dan permintaannya.

Janji saya pada Najib, saya tak akan benarkan Presiden UMNO berkata PLEASE sekali lagi kerana ingin memohon seseorang bertenang atau diam.kredit kepada REZQEEN HILL

VIDEO SEMPOI BUAT LYNAS?

Lupakah anda kepada wajah diatas apa kisah pulak nie?.Depa kata nak sambung Ombak Rindu2 pulak lepas nie akan tetapi bukan itu yang kau nak habaq tp ada yang lebih sempoi dari Ombak Rindu.Pelakonnya mantop sekali suaranya ada macam pondan yang kurang vitamin E beb.Saksikah.

iPhone Baru Akan Didatangkan Dengan Skrin Bersaiz 4-inci?

Seperti pada tahun lepas, kini ura-ura dan laporan awal daripada beberapa sumber, termasuk oleh Wall Street Journal dan juga Reuters mengatakan dimana skrin iPhone baru kelak akan lebih besar daripada sedia ada, bersaiz sekurang-kurangnya 4-inci, berbanding apa yang digunakan sekarang, sekadar 3.5-inci.

Gambaran Konsep iPhone Baru [via]
Ia juga dikatakan yang mana skrin baru untuknya kini dalam pembangunan awal, memperlihatkan peranti terbaru daripada Apple itu kelak akan memasuki pengeluaran menjelang bulan Ogos kelak.

Selain daripada ura-ura berkaitan saiz skrin yang lebih besar ini, ia juga kedengaran akhir-akhir ini mengenai iPad dengan skrin lebih kecil, sekitar 7-inci, selain laporan mengatakan Apple bakal memperkenalkan penyambung dock yang lebih kecil pada peranti mereka, serta sokongan LTE pada iPhone baru kelak.

Namun, seperti biasa, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya. Adakah Apple akan mengekalkan saiz peranti mereka kepada skrin bersaiz 3.5-inci seperti sebelum-sebelum ini, ataupun melakukan perubahan pada saiz dengan perkembangan peranti-peranti bersaiz besar yang diterima ramai akhir-akhir ini?

Friday, May 18

ZAIRIL MELAYU "MACHAI" TUNGGANGAN GUAN ENG? @DZainalAbidin

Guan Eng ialah ‘bos’ ataupun pengerusi Penang Institute manakala Zairil ialah ‘machai’nya walaupun atas kertas, Zairil berjawatan CEO. Apa kelayakan akademik ataupun pengalaman kerja yang Zairil ada untuk dia menjadi CEO sebuah “public policy think tank of the state government of Penang”?

Sepatutnya sebuah institusi yang mengkaji dasar awam harus dianggotai oleh sarjana dan penyelidik, bukannya politikus anak emas dilantik menjadi kepala. Ini terang-terang kronisme. Ke mana perginya CAT yang selalu diuar-uarkan DAP?

Malah sebelum Februari 2011 bilamana Zairil dilantik menjadi setpol Guan Eng, besar kemungkinan dia tidak pernah pun duduk di Pulau Pinang.

Seorang Senior Fellow di Penang Institute menerima bayaran (stipend) RM50,000 setahun serta akan dihantar berjalan ke luar negeri dengan segala perbelanjaannya ditanggung.

Salah seorang anggota lembaga pengarah Penang Institute ialah Dr Lim Mah Hui, juga kaunsilor Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pada suatu ketika dulu, Dr Lim membantah projek $pice yang menelan belanjawan RM50 juta MPPP tetapi sekarang dia sudah membisu.

Tunku Aziz diganti jawatan senatornya oleh Melayu baru DAP Dr Ariffin Omar yang pernah menjadi setiausaha Aliran, sebuah NGO Pulau Pinang.

Siapa lagi pesara Aliran yang akan dilantik Guan Eng kelak menjadi Senior Fellow atau senator DAP Pulau Pinang atau jawatan sedap yang lain?
‘The tyranny of demagogy’

Hannah Yeoh juga telah men-retweet rencana Malaysiakini ‘Guan Eng declines to counter-attack Tunku Aziz‘.

Mengatakan Guan Eng tidak akan menyerang balas Tunku Aziz ialah sekadar sandiwara.

S.M. Mohd Idris, presiden CAP yang berusia 86 tahun, pun boleh juga diserang Guan Eng hanya kerana berani tanya tentang projek prasarana RM8 bilion yang melibatkan penjualan tanah milik negeri.

Khoo Kay Peng, seorang penganalisa yang bertanya tentang projek Bayan Mutiara (kelolaan syarikat pemaju hartanah milik Danny Tan, adik kepada taikun Vincent Tan), telah ditempelak juga oleh Zairil.

“I had asked these questions which the state government had chosen to stay mum and which Zairil had conveniently avoided,” katanya.

Khoo menyifatkan Zairil sebagai berlagak macam seorang ‘tauke’ kerana mahupun Zairil CEO Penang Institute, badan yang dibiayai kerajaan negeri melalui pejabat ketua menteri, namun setpol KM itu enggan menjawab soalan-soalan kritis berhubung Bayan Mutiara.

Memang ianya gaya Guan Eng menyerang ‘musuh’ habis-habisan dan kalau bukan dia sendiri yang buat, maka ‘henchmen’nya – sila baca rencana Joceline Tan untuk mengetahui siapa ‘henchman’ Guan Eng – yang akan dikerah untuk melaksanakan tugas.

“… with a monarch’s voice cry ‘Havoc,’ and let slip the dogs of war“

Attack dogs DAP begitu ramai sekali meronda di merata-rata.

Berikut adalah beberapa petikan dari wawancara Star dengan Tunku Aziz di mana beliau telah berkata:
“For them, it’s political expediency. It doesn’t matter because I don’t think they’d give two hoots about anything or anybody who stands in their way.” 
“They [DAP members] find there is so much cronyism, so many cliques. You don’t belong to the leadership clique, you’re out, You make an unfavourable comment, you’re out.”
“Chow (Kon Yeow), head of DAP Penang, sent message saying I respect your decision. He should have been Chief Minister yet they parachuted Guan Eng in. He’s CM, Sec-Gen, MP.”

Dia ketua menteri, setiausaha agung, Ahli Parlimen dan juga Dear Leader.

Antara yang kuat mempertahankan Kim Guan Eng ialah bekas presiden Aliran,P.Ramakrishan.

Rencana tajuk utama laman Aliran mendakwa:
“More than 2,000 buses brought them [Umno people] from across the country to the stadium. They did not come of their own free will, at their own expense. Everything was paid for;”
Pojokan ‘Umno, how much did you spend to bring your crowd?‘ dikarang P. Ramakrishan, mantan presiden Aliran.

Namun dia tidak berkata apa-apa tentang bas-bas berplet nombor Kedah yang membawa peserta dari luar untuk Duduk Bantah Bersih 3.0 bersama ketua menteri kesayangannya itu.


Beberapa contoh lain di bawah menunjukkan amalan dwi-standard Aliran.

Ramakrishnan selaku presiden Aliran meroyan apabila para blogger pro-Umno bercerita tentang anak lelaki Guan Eng tetapi mendiam sahaja tatkala penulis anti-Umno memfitnah anak perempuan Najib Razak.

Seterusnya Ramakrishan menghalalkan perbuatan mahasiswa anti-PTPTN mengenakan bunga malai pada gambar Najib tetapi melenting apabila Perkasa meletakkan kalung bunga pada gambar Guan Eng. Bila terkena batang hidung sendiri, barulah dia hendak menengking ‘Despicable, contemptible behaviour must be condemned‘ dalam lidah pengarang Aliran.

Adakah Aliran sebuah NGO yang menampakkan sikap neutral?

Ataupun akan Aliran mengikut jejak Penang Institute yang seolah-olah sebuah family business keluarga Kim untuk membela dan membekal ganjaran kepada orang kanan Dear Leader?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive