Wednesday, June 13

@khairyKJ BOLEHKAH MENJADI PM KELAK?


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meletakkan keyakinan penuh kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak dalam mencaturkan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak terjejas.

Zainuddin yang juga pernah memenangi anugerah Tokoh Wartawan Negara pada 2006 memberitahu melalui blognya www.zamkata.blogspot.com bahawa Khairy terdahulu pernah melakukan kesilapan pada peringkat awal namun kemudian diberikan peluang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membetulkan kesilapan lalu.

"Khairy Jamaluddin dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidaksetabilan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya.

Beliau selain itu berkata dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa semula Anwar Ibrahim ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa passport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkok di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno.

Menurutnya lagi, dalam menghadapi pilihanraya 2008, TV3 dan News Straits Time (NST) telah menjadi alat kepada memecah belahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda dan yang paling menyedihkan ialah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecilkan dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana memulihkan kekuatan Barisan Nasional di Kedah.

Berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh NST.

Malah katanya banyak kepincangan berlaku dalam menghadapi pilihanraya 2008.

"Manifesto BN hanya diumumkan, tetapi tiada dalam pengedaran. Kerja cetakan mulanya telah diberikan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad, tetapi disambar oleh NST, namun manifesto tidak kelihatan.
Kemana wang cetakan ini lenyap tidak diketahui hingga ke hari ini," katanya.

Malah jelas beliau, sorak megah Pilihan Raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoaan beberapa orang muda yang "berkuasa".

"Apabila saya membuat kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 telah menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, maka salah seorang dari tingkat 4 telah menalefon dan memarahi Utusan," katanya.

Terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, walaupun dia tidak suka sesaorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.

Kesempatan ini diberikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir.


Selain itu Zam menyifatkan Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya.

Bakat dan karisma politiknya terserlah.

Keupayaannya sebagai pemidato dan jaguh perdebatan dalam Parlimen dan di depan umum menyerlah.

Kepetahan bercakap, pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu, keupayaan intelektulannya dan lain-lain kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin ada padanya.

Khairy adalah aset kepada kepimpinan masa depan negara.

Anwar telah melakukan kesilapan politik ketika hampir di puncak kuasa, Khairy melangkah salah di tangga awal pendakiannya.

"Khairy telah diberikan kesempatan untuk membetulkan langkahnya. Dia seharusnya bijaksana supaya dapat menjadi perdana menteri di hari tua," ujarnya lagi.

PKR SELANGOR BERGOLAK DIALAM MAYA




Selepas pusingan pertama kontroversi panas PKR yang menyaksikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa tunduk dan melepaskan jawatannya sebagai ketua PKR Selangor pada tahun 2010, pertelagahan dalaman sekali lagi memuncak.

Menurut portal mesra pembangkang, Malaysiakini, kali ini, Abdul Khalid belum 'diserang' namun, setiausaha politiknya Faekah Husin dibidas pelbagai pihak.

Kempen di alam maya atas nama 'Kami Sayangkan PKR', tersebar luas dan dikatakan mendapat restu daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin, yang menggantikan Abdul Khalid sebagai Ketua PKR Selangor, minggu lalu mentweet semula posting yang menuntut supaya Faekah "dipecat". Ini menghangatkan spekulasi perang terbuka sudah tercetus di Selangor.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gombak itu mendakwa beliau secara "tidak sengaja" berbuat demikian.

Namun, Azmin tidak menafikan rasa tidak puas hati dan aduan berhubung Faekah semakin menjadi-jadi yang datang bukan sahaja dari ahli parti tetapi juga penjawat awam.

"Kami telah beritahu pengadu itu, kecuali mereka membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh MB," kata Azmin yang dipetik portal itu. Beliau juga mengulangi sokongan kepada Abdul Khalid.

Timbalan Presiden PKR itu juga memilih untuk tidak mendedahkan jenis aduan ataupun dakwaan yang dilemparkan terhadap Faekah itu tetapi berkata ada aduan yang datang dari jauh sehingga dari Sabah.

Faekah, yang telah tidak memegang sebarang jawatan parti sejak pelantikan beliau sebagai setiausaha politik kepada MB pada bulan Jun 2010, dikatakan menghadapi kemungkinan dipecat pada Mac lalu akibat tekanan dari dalam parti.

Sumber peringkat tinggi PKR mengesahkan bahawa aduan terhadap Faekah dibangkitkan pada beberapa mesyuarat biro politik, tetapi tiada tindakan yang diambil.

- Posted using BlogPress from my iPad

NIK AZIZ BERMULUT BERUS?


Sejak sekian lama, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya. Itu reputasinya sejak dulu hingga kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela.

Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya. Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan Pas memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata. 

Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai “seorang yang gatal mulut”. Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku Pas yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti. Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. 

Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai ‘ulamak nifas dan haid’ oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk Pas. Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya. Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama. 

Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian Pas. Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.

GUAN ENG MENANGIS SEBAK KERANA?



BN pulau pinang terus menempelak kerajaan dap di bawah ketua menteri lim guan eng. Sejak kebelakangan ini kerap kali berterusan menyerang BN PP dengan membuat dakwaan bn ada team a dan team b mereka cuba mengambarkan kepada rakyat pulau pinang bahawa bn pp tidak boleh berkerja, dakwaan itu tidak benar dan bohong.

DAP sebenarnya telah takut dan begitu bimbang dgn situasi politik pulau pinang sekarang. Ini lah realitinya yg harus guan eng terima

Ironinya kerajaan dap cuba menanam satu persepsi jahat kepada rakyat dan cuba mengalih perhatian diatas kelemahan mereka sendiri.

Kerajaan dap pulau pinang bersikap spt pembangkang padahal mereka adalah sebuah kerajaan negeri, dan BN adalah pembangkang.

Guan eng banyak kali berbohong dan putar belit fakta dan menyalahkan BN. Ini amatlah memalukan dan kena akui guan eng dan kerajaan dap tidak pandai mengurus negeri jangan berangan lah mahu ke putrajaya.

Rakyat pulau pinang wajib tahu selama ini BN lah yang membela rakyat selama DAP memerintah.

Guan eng buat ini semua dengan menipu rakyat untuk terus berkuasa. Inilah agenda politiknya

Didalam sidang media BN pagi tadi, Tang Cheng liang telah menjawab bahawa DAP tidak tahu membezakan perswastaaan penang port dan free port status kerana itu adalah berlainan sama sekali.

Berkenaan projek pembangunan di lereng bukit, lagi sekali guan eng menyalahkan BN yg meluluskan projek itu. Padahal projek itu diluluskan pada era pemerintahaan kerajaan dap pd tahun 2010.

Tang Cheng Liang hairan dengan sikap guan eng yang pandai menipu. Ketua menteri pulau pinang yg tidak bertanggung jawab katanya nya di akhir sidang medianya.B.P#***

Anwar Melatih Gerila Pluralisme Di Indonesia?




Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.   

Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat.   Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat.  Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.    

Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.  

Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang.  Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.  

Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya.  Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja.  Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.    

Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.  

Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas.    Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.

Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama.   Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.  

Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.  

Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo.   Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi. 

Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana.   Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.   

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.  

Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.  

Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah  mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.   

Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize.  Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT.  Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.  

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan,  kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.   

Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.  

Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya.  Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata.  Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas.   Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.  

Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini.  Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita. BB 

VIDEO : NIK AZIZ BELA PONDAN BETUL KE?


Selalu MKP dok cari benda lain benda lain terjumpa,Terkejut beruk tengok video nie betul atau tidak sesama kita buat penilaian.Tak mustahil jugak benda nie berlaku....apa pun layan pi lah sementara dok layan bola.

Tuesday, June 12

VIDEO: KENAPA ARTIS-ARTIS NIE SOKONG UMNO?



Beberapa orang artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Ibnor Riza, Razali Hussain, Darling Ngasri dan adiknya, Anne serta beberapa orang lagi artis hadir dalam mesyuarat cawangan UMNO Dataran Merdeka yang diadakan di PWTC.

Ucapan yang agak pedas diucapkan oleh artis-artis nie terutama Darling telah menyatakan Hidup Dan Matinya bersama UMNO dan ini  bakal membuatkan Anwar and the Gang menangis air mata darah beb....PAS dok berbangga kebelakangan ini menyatakan golongan artis telah sedar tentang pembohongan BN dan menyokong PAS akan tetapi artis yang masuk PAS ada niat nak jadi calon PRU.Tapi MKP rasa apa yang dinyatakan oleh artis nie adalah ikhlas dan tiada maksud tersembunyi beb..


Aaron Aziz dikecam Kerana Memuji @hishammuddinH20


Kerana memuji kepimpinan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin secara terbuka di Twitter, niat baik Aaron Aziz telah disalah ertikan oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa aktor berkenaan sengaja berbuat demikian demi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap!

Ada yang berkata bahawa populariti Aaron Aziz bisa membolehkannya untuk memotong ‘que’ barisan pemohon status penduduk tetap! Wah, bukan main nakal lagi ye mulut-mulut orang ni ye! Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.


Memetik laporan Hazrey.com, Aaron Aziz dipercayai terlibat secara langsung untuk berkempen bersama pengguna Twitter bagi membendung gejala pemerdagangan kanak-kanak melalui hashtag #NoToChildSlavery dan #SponsorAChild. Inisiatif ini turut mendapat perhatian daripada Datuk Seri Hishamuddin yang telah pun mengusulkan cadangan kepada pucuk pimpinan tertinggi.

Jadi, anda sudah jelas dengan gambaran yang sebenar, kan?

Kami memuji usaha serta niat baik Aaron Aziz yang ingin memberikan sumbangan kepada negara. Ini lah role model yang patut kita contohi!

MKP ayat sempoi : Bukan nak memuji Aaron nie akan tetapi nampak dia prihatin terhadap isu kanak-kanak.Kalau pihak pembangkang terutama nurul izzah dan sekutunya memang cemburu dekat Aaron kerana baik dengan Menteri mulalah teknik tomahan untuk nak memburukan Aaron Aziz dan... 

NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR BERHARGA 10JUTA?




Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan saman sebanyak RM10 juta bersabit kenyataan beliau di sebuah akhbar sebelum ini yang menyentuh 'Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir'.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Sementara sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.

Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.

Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

- Posted using BlogPress from my iPad

Akaun RM3 Bilion: Anwar Terpaksa Bersilat Lidah


Semalam satu laporan polis telah dibuat oleh GPMS Barat Daya mengenai Akuan 3 bilion anwar Ibrahim. Laporan Polis dibuat supaya pihak berwajib dapat menyiasat sewajarnya tentang penyelewangan yang telah berlaku.Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.

Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.

MKP teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.

Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

KAIN RENTANG PROGRAM HASSAN ALI DICONTENG?


Sapa punya kerja nie sampai macam tue sekali nak sabotaj kain rentang Program Datuk Dr Hassan Ali.MKP berharap individu yang mengsabotaj program Dr Hasan Ali Di SMK Belimbing Melaka semalam bukan dikalangan orang-orang Islam...

Masyarakat bukan Islam tidak perlu berasa tersisih dengan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, walaupun perjuangan JATI bertumpu kepada IMR — iaitu singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi raja-raja, hak bukan Islam tetap terjamin menurut Perlembagaan Malaysia.

“Bila saya kata IMR, orang bukan Islam jangan rasa tersisih. Dalam Perlembagaan kita tak seorang pun terkeluar daripada garis, ruang atau tak dapat ruang, keselesaan dan hak di dalam negara ini.

“Jangan takut dan bimbang. Islam tak menyisihkan (orang lain, Melayu tak menyisihkan (orang lain), manakala Raja-raja adalah point of solidarity, togetherness and convergence (titik perpaduan, bersatu hati dan pertemuan),” katanya.

Beliau berkata, penubuhan JATI seolah-olah ditunggu-tunggu masyarakat dan mendakwa ribuan orang sudah menyatakan berminat untuk menyertai pertubuhan itu.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, struktur organisasi JATI sedang disusun dan diketuai oleh seorang Presiden tetapi ia bukan sebuah pertubuhan politik.

“Jadi tekanan ke arah itu (kewujudan JATI) tak payah didesak. Our forte is (kekuatan kami ialah) aqidah Islam, Melayu yang reflect the authenticity of Islam (yang menggambarkan ketulenan Islam),” katanya.

Beliau berkata, walaupun JATI tidak bermotifkan politik, ahlinya tidak akan dihalang sama ada secara bergabung sesama mereka atau secara individu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Hasan berkata, pada masa ini, penubuhannya bukan bertujuan mewujudkan satu lagi parti politik berasaskan Islam

KENAPA MASHITAH BALUN USTAZ AZHAR IDRUS?


Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.

Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.

Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.”

Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?”

Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’

Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini?

Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. -SH

Monday, June 11

Terima Kasih Kerana Hancurkan Kulim Hi-Tech Park?


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah.  Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.   

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia. 

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS.   Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.  

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji  Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru.   Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.  

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah.   Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.   

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah.   Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.   

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya.  Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian.   Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.  

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS.  Ini menyebabkan ramai  orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.  

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja.    Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN.   Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.  

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti.   Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau  meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC.  Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC.  Membawa sikap biasa seorang ‘lebai PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.  

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?  

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan.  Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.  

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.   

Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun.  Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.   

Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa.   Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.  

Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?   

Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup?  Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan.    Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?  

Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil.   Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.  

Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.  

Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP?  Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?  

Apapun,  buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP. Beruang biru

PENJELASAN KENAPA SAMAN UMNO DITOLAK?


Kes saman fitnah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng DAP telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Sebaik sahaja laporan berita ini dikeluarkan, media alternatif pro-pembangkang terus mencanang-canangkan laporan tersebut mengikut intrepritasi sendiri tanpa memahami prosiding kepada pembatalan oleh Mahkamah Tinggi itu.

Penjelasan perlu supaya tidak ada yang keliru dan membuat andaian sendiri yang menampakkan kurang cerdik masing-masing. Tambahan pula, media pro-pembangkang memang terkenal dengan pembohongan dan putar belit mereka. Satu perkara yang sangat penting ialah pembatalan kes saman itu tidak ada kena mengena dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang.

Bukti-bukti belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. Perkara (4) dan (5) sangat penting untuk supaya rakyat tidak keliru dengan kemungkinan media parti pembangkang akan memutarbelitkan keputusan mahkamah tersebut dengan mendakwa 'Lim Guan Eng didapati tidak bersalah'.

Apa yang berlaku di kamar Hakim Mahkamah Tinggi hari ini ialah pembatalan kes (case dismissal) adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyai locus standi.

Definasi locus standi
In law, locus standi means the right to bring an action, to be heard in court, or to address the Court on a matter before it. Locus standi is the ability of a party to demonstrate to the court sufficient connection to and harm from the law or action challenged to support that party’s participation in the case. 
Maksudnya ialah Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang yang juga Majlis Tertinggi UMNO perlukan penyertaan penjawat jawatan dalam UMNO yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Kata mudah. Lim Guan Eng DAP dan media pro-pembangkang masih tidak boleh bertepuk tangan keriangan dengan beranggapan kes saman ini telah selesai.Nama Lim Guan Eng DAP sepatutnya masih belum bersih lagi daripada bukti-bukti yang tidak sempat dibawa ke dalam mahkamah.

Malah, Lim Guan Eng DAP sepatutnya bertambah resah, gelisah dan murung kerana office bearers UMNO itu sendiri boleh membuka fail kes saman yang baru serta meneruskan prosiding mahkamah.Kepimpinan tertinggi UMNO tidak membiarkan sahaja kes ini tanpa dibuka fail saman yang baru kerana implikasi yang sangat buruk terhadap parti UMNO itu sendiri.

Dan yang paling penting juga ialah pembatalan kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu jelas menunjukkan pembohongan kepimpinan parti pembangkang yang mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh BN.

Mahkamah Tolak Saman Umno P. Pinang Terhadap LGE


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini lapor Malaysiakini.com.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.

Kehadiran Pihak Berkuasa Di Sekolah Akan Bertambah @HishammuddinH20

Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas,susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

"Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini," katanya.

Hishammuddin turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada kementerian jika terdapat kawasan tertentu yang perlu dimasuk ke dalam senarai "hot spots" bagi kawasan jenayah supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kadar jenayah sebenarnya tidak bertambah, namun apa yang berlaku adalah terdapat kes-kes yang digembar-gembur sehingga menimbulkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat.

SULTAN JOHOR SEBAK......30,000 HADIR MEMBERI SOKONGAN.


Ketika perhimpunan taat setia Sultan Johor dirancang penganjur menetapkan hanya enam ribu, kemudian diubah jadi 10 ribu, kemudian 20 ribu, akhirnya pada petang Ahad bertempat di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru lebih 30 ribu rakyat Johor turun menyatakan ikrar taat setia.

Rakyat berbagai kaum, Melayu, Cina, India termasuk masyarakat Orang Asli hadir beramai-ramai dan ada di antara mereka sejak jam 11.00 pagi lagi walaupun perhimpunan dijadualkan bermula jam dua petang.

Situasi yang jarang-jarang dilihat ini membuatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri terharu dan sebak.


Perhimpunan taa setia ini dianjurkan oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) berikutan keceluparan pemimpin PAS Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan Sultan Johor terhadap nombor pendaftaraan kenderaan WWW 1.

Perhimpunan hari ini dimulai di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi dengan orang ramai berkumpul membawa pelbagai sepanduk dan berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.

Sultan Ibrahim ditemani ahli keluarga ketika bertitah menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

"Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.


"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.


Sementara itu, Bendahari Agung Gabung Zaini Atan berkata, mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

"Kita hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini, sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 312 NGO Melayu Johor dan 62 NGO kaum Cina serta 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan, yang turut menghadiri perhimpunan itu, berkata beliau berasa amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

"Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara," katanya.AGENDA DAILY

Tasha Manshahar Terima Kasih Memeriahkan KMS1M Melaka.


Tidak tahu dari mana datangnya gadis bernama Tasha Manshahar, tiba-tiba saja kecoh di laman sosial mengenai lagu yang berjudul “Be Mine” ini.

Menurut sumber yang dipercayai, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Video yang berdurasi sepanjang 2.12 minit menampilkan Tasha bersama 2 orang pemain gitar di Clora Studio.

Apa yang menarik ialah liriknya yang mempunyai maksud tersendiri dan juga mneggabungkan 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

MKP ucapkan terima kasih diatas kehadiran beliau semasa KMS1M Melaka pagi tadi kerana telah berjaya memeriahkan suasana.

aksi Tasha ketika latihan sebelum KMS1M dimulakan....... 


Sunday, June 10

FOTO : GELAGAT PERSERTA KMS1M MELAKA.


















KREDIT GAMBAR KEPADA OB21.NET

ANGKA INI PASTINYA MEMBUATKAN GUAN ENG TAKUT?




UMNO Pulau Pinang berjaya menarik lebih 15,000 anggota baru sejak empat tahun lepas dan percaya sokongan orang ramai terhadap parti itu semakin meningkat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebahagian daripada mereka yang mendaftar menjadi anggota baru UMNO itu adalah anggota parti dan penyokong tegar pembangkang.

"Mereka terpanggil untuk memberi sokongan kepada UMNO setelah menyedari kerajaan negeri DAP tidak memberi perhatian kepada orang Melayu.

"Sehingga kini kita ada lebih 150,000 anggota UMNO di Pulau Pinang dan saya percaya lebih ramai lagi akan menyertai kita dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Udang di sini hari ini. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my iPad

DAP KHIANAT MANDAT RAKYAT PADA MANIFESTO PRU12?


Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri mendesak kerajaan DAP menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu sebelum berhasrat menabur lebih banyak janji untuk memperolehi mandat seterusnya dari rakyat.

Ini berikutan nasib golongan rakyat miskin di Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng termasuk pembinaan rumah kos rendah.

Buktinya, tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005.

Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepimpinan DAP seharusnya mengutamakan pembinaan PPR itu sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri pada 2008.

“Kita cuma nak tahu bila mereka (kerajaan negeri) mahu membina rumah kos rendah buat rakyat miskin sedangkan tanah sudah ada namun tiada sebarang perancangan dilakukan sejak mereka memerintah,” kata Tong Keong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Negeri Ir. Shaikh Hussein Mydin mahu Guan Eng membuktikan bahawa kerajaan Guan Eng peka terhadap kebajikan rakyat miskin di Pulau Mutiara itu.

Shaikh berkata, sudah ramai rakyat miskin di negeri itu kini berhijrah ke negeri lain berikutan tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah terlalu mahal.

“Kerajaan negeri menggalakkan pembangunan memang bagus tapi jangan sampai rakyat miskin terpinggir,” katanya.

“Kalau boleh saya mahu dia (Guan Eng) bina rumah PPR yang lebih tinggi serta kurangkan sewa dari RM 100 kepada RM 50,” ujarnya.

TS Zainuddin Kena cermin Diri Sebelum Mengata Tun M?


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan ramai antara rakyat negara ini tidak menyedari dua bekas perdana menteri iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad, melakukan "kesilapan besar" semasa menjawat jawatan perdana menteri, lapor Sinar Harian.

Katanya, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'.

Bagi MKP Ayahanda Tun Mahadir adalah pemimpin yang hebat dan tiada galang-gantinya.TS Zam boleh berkata apa saja mengenai Tun Mahadir akan tetapi harus diingat tiada pemimpin selain Tun Mahadir sanggup mengeluarkan air mata mengenang nasib melayu yang terpinggir.MKP membesar dizaman ayahanda Tun menjadi PM.JIka tidak kerana adanya pemimpin hebat seperti Tun M rasanya Malaysia tidak akan maju dan hebat seperti sekarang.segala kesilapan Tun M menunjukkan bahawa beliau jua manusia yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.Sesungguhnya motto yang dibawa oleh Tun M perjuangan belum selesai akan disambung oleh generasi seterusnya....Amin.

KERANA ANWAR MASJID DITUTUP?




Umat Islam dilarang bersembahyang di Masjid Raja Muda Musa Semenyih kerana Masjid itu ditutup untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya memberi tazkirah politik.Masjid itu ditutup sebelum masuk waktu Maghrib dan umat Islam yang ingin bersembahyang di Masjid tersebut diarahkan ke Masjid lain.Ini dah dikira menghina kebebasan penduduk setempat?????

Anwar Ibrahim di dalam tazkirah merepeknya lebih kurang setengah jam mengaku semasa kecil dahulu pernah mencuri buah pala di sebuah Kebun China di Tanjung Tok Kon. Patutlah, perangai dari kecil hingga ke tua jahatnya tak pernah berhenti! Anwar Ibrahim juga berkata di dalam tazkirah, kalau beliau membuat umrah, buat haji, beliau tidak suka masuk TV, tidak suka masuk suratkhabar, tidak mahu dihebah-hebahkan. Ada juga malaun-malaun yang duduk di dalam tazkirah berkenaan percaya dengan Raja Liwat ini. Anwar Ibrahim juga bertazkirah mengatakan bahawa bencana banjir yang berlaku akibat dari perangai pemimpin. Betullah tu Anwar, sebab perangai pemimpin Pakatan Haram Selangorlah, Kajang Banjir!


Daripada makmum yang hadir, hanya sekitar 250 orang sahaja yang hadir ke Masjid, tidak sampai separuh masjid. Selepas bersembahyang Isya dan merepek di dalam tazkirah selama lebih kurang setengah jam, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Stadium Kajang untuk program "Merdeka Rakyat". Sejak bila pula Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi tauliah mengajar Agama kepada pakar motivasi China Doll ini. Kalau diberi, apa kelayakan Agama Anwar Ibrahim. Kalau tidak diberi, tindakan harus diambil ke atas AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih. Tidak hairanlah penduduk Semenyih bangun untuk menyatakan bantahan agar Masjid tidak digunakan untuk tujuan politik. Tahniah buat mereka.


Bantahan dari masyarakat Semenyih

NIZAR TAK NYENYAK TIDUR DENGAN DERHAKA YANG SILAM.


Ampun Tuanku, harap kenyataan ini tidak menganggu Tuanku. Mesej yang jelas ingin disampaikan oleh Tuanku terhadap nilai No Plat dan Nilai Kereta Tempatan. Walaupun, harga No. Plat bernilai RM520k tetapi bila ia diletakkan di kereta keluaran tempatan dengan harga tidak sampai RM100k menunjukkan Tuanku amat memandang tinggi nilai ciptaan dan rekabentuk dari air tangan anak tempatan. Berbeza dengan Tok Nizar yang begitu memenadang hina pada ciptaan tempatan dan institusi Raja Melayu. MKP masih ingat, apabila PR berjaya memerintah Perak dan Menteri Besar adalah Tok Nizar, perkara pertama yang ditukar adalah kereta Exco Negeri daripada buatan Proton kepada buatan Toyota. Alasannya, lagi menjimatkan wang untuk servis dan mencari alat ganti. Sudah-sudahlah Tok Nizar berlakon bak Hero Jawa tetapi sikap tak sedar diuntung.

*Nizar akan bertanding untuk kawasan Parlimen akan datang#

Saturday, June 9

ANWAR BOLEH BUAT MACAM NIE?

Sakit Tak Terhingga Apabila Kena Ditikam Belakang


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.

Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa – adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.

Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberi apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.

Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.

Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.

Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.

(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.

Soalnya kenapa tidak?

Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.

Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina tetapi kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.

Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.

Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya sebanyak tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.
Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?

Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.

Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh online di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.

Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?

Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?

Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.

Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?

Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
‘Track record’ Star yang pro-DAP sakan

Melihat kepada ruang lapang yang dibekalkan suratkhabar ini bagi pembangkang (berbanding dengan ruang sempit yang diperolehi BN), kecenderongan Star terang lagi bersuluh.

Jadual di bawah memaparkan senarai lengkap 56 orang Adun Selangor. Carian dibuat melalui Google dan khusus di laman Star Online.

Data daripada hasil carian membuktikan Adun-Adun Umno ketara di-blackout olehThe Star yang tak ubah macam Selangor Times.

Dalam tempoh setahun yang lepas, tiada satu rencana pun pernah disiarkan oleh akhbar itu tentang 5 orang Adun Umno berikut: Worno Dogol, Mohd Idris Abu Bakar, Amiruddin Sutero, Karim Mansor dan Marsum Paing.

Adun Umno yang diberikan liputan hanya satu rencana adalah 3 orang — Raja Ideris Raja Ahmad, Mohd Samsudin Lias dan Hasiman Sidom.

Adun Umno yang diberikan liputan kurang lima rencana adalah 5 orang — Mohamad Khir Toyo (3 rencana), Sulaiman Abdul Razak (2), Ismail Sani (4), Johan Abdul Aziz (3) dan Muhammad Bushro Mat Johor (3).
Umno mempunyai 18 orang Adun yang menang kerusi dalam PRU12.

Adun Umno (13 orang) diberikan liputan kurang daripada lima rencana oleh The Star dalam tahun lepas ini. Bermakna 72 peratus Adun-Adun Umno tidak diberi ruang yang mencukupi.

Seterusnya, yang mendapat sedikit perhatian pun hanya suku daripada Adun-adun Umno Selangor.

Dijumlahkan, 13 orang Adun Umno yang disebut nama mereka di atas diberi liputan semua sekali hanya 18 rencana (0+0+0+0+0+0+1+1+1+3+2+4+3+3).

Dalam tempoh yang sama, The Star telah menyiarkan 84 rencana!! tentang Hannah Yeoh.

Liputan 84 rencana yang diberikan akhbar itu kepada Hannah melebihi tumpuan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri — Halimah Ali (9), Yaakob Sapari (14), Ahmad Yunus Hairi (15), Rodziah Ismail (20), Xavier Jeyakumar (21), Iskandar Abdul Samad (34 rencana), Ean Yong Hian Wah (51) dan Elizabeth Wong (72).

Pola liputan Star menunjukkan akhbar itu sangat berat sebelah kepada DAP – Teresa Kok (113), Ronnie Liu (116) – dan melebih-lebih kepada Kristian Anglophile.

Liputan tentang ketua pembangkang Selangor, iaitu Adun Umno Mohd Satim Diman, hanya 13 rencana.

The Star telah membuat liputan 1,300 rencana di Subang Jaya, iaitu kawasan DUN Hannah Yeoh.

Kawasan-kawasan Umno tidak diendahkan (lihat jadual atas). Tumpuan Starlangsung tidak membantu kempen pilihanraya BN dan jelas ia bukan media yang adil dan seimbang sepertimana dituntut Ambiga dan perhimpunan Bersih.


Liputan 1,300 rencana Subang Jaya oleh Star adalah yang paling banyak sekali dan mengalahkan kawasan-kawasan popular Selangor yang lain seperti Kota Damansara (422 rencana), Bangi (359), Batu Caves (269) dan Damansara Utama (197).

(Nota: Carian Google tidak dibuat ke atas DUN Sabak dan Permatang kerana kedua-dua perkataan ini terlalu umum. Carian juga tidak dibuat ke atas DUN Jeram, Chempaka dan Teratai kerana ketiga-tiga ini berbentuk kata nama yang lazim. DUN Rawang dan Kajang turut terkecuali kerana rujukan terlampau luas.)

Dalam bulan yang lepas ini, The Star telah menyiarkan beberapa rencana (sehingga ada kalanya dua rencana sehari) tentang Hannah Yeoh.

Meskipun begitu, pemberita Star apabila menemuramah Adun DAP itu tidak pernah bertanya kepadanya tentang perkembangan siasatan polis berkaitan kes Hannah didakwa telah memfitnah MCA serta memfitnah seorang timbalan menteri MCA berulang kali melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbarnya.

Adakah suratkhabar milik MCA ini membawa agenda secara sedar untuk menolong menutup aib DAP?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive