Monday, June 18

KELAB PUTERA 1MALAYSIA AJE BERANI BUAT MACAM NIE?


Apa kes nie pulak sampai macam nie punya serius Datuk Azeez nie?Semalam MKP menerima BBM menyatakan hari ini usaha untuk membawa balik Briged Jeneral (B) Datuk Ahmad Sujak Bon yang berumur 66 tahun.Penerbangan ihsan dari Kelab Putra 1Malaysia dengan kerjasama PRIMA.




Bekas Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Brid Jen (B) Datuk Ahmad Sujak Abok selamat tiba ke tanah air Isnin selepas menerima rawatan di Indonesia akibat serangan angin ahmar. 




Ia menjadi detik paling bermakna kepada anak perempuannya, Suraya Ahmad Sujak yang kebetulan menyambut ulang tahun ke-30 hari ini, yang menganggap kepulangan ayahnya adalah hadiah hari jadi paling istimewa kepadanya.

Beliau berkata ayahnya berlepas ke Indonesia 8 Jun lepas atas urusan peribadi kemudiannya diserang angin ahmar Selasa lepas sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit Puri Cinere di Depok, Jawa Barat, Indonesia."Setelah menerima khabar itu, saya terus menghubungi pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk meminta bantuan membawa ayah saya pulang.

"Syukur kepada Tuhan sebab ayah saya selamat kembali ke tanah air hari ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KP1M yang cepat bertindak dalam urusan membawa pulang ayah saya," katanya.







GEMPAR : KERANA GUAN ENG MENIPU ULTRAMAN GOYANG KOMTAR?


Kalau dah buat sesuatu yang boleh dikira menipu dan hanya bercakap tak serupa bikin kini tiba pulak masanya UrtraMAn datang mengamuk kat KOMTAR....

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanggungjawab terhadap pembangunan di lereng bukit yang dilaporkan semakin rancak sehingga menjejaskan alam sekitar di negeri ini.

Muhyiddin berkata kerajaan pusat telah menyediakan garis panduan dan peraturan pembangunan di kawasan bukit tetapi kerajaan negeri ini dilihat sebagai tidak mematuhinya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri majlis perhimpunan warga industri bersama Timbalan Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin selain itu berkata Lim seolah-olah membenarkan projek pembangunan tinggi di lereng bukit itu secara sesuka hati dengan mengabaikan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai projek pembangunan lereng bukit yang semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang sekarang.

Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai penerimaan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional sekarang, Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil maklum balas yang diterimanya, rakyat negeri ini kini memberi sokongan luar biasa.

"Kita mendapat maklumat bahawa mereka tidak mendapat pembelaaan daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu semangat mereka untuk menyokong BN adalah tinggi," katanya.

GERAN SELANGORKU FEEKAH BODOH?




Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminggirkan Pegawai Kewangan Negeri daripada proses pengurusan Geran Selangorku yang bernilai RM300 juta hanya bertujuan memperkukuh kedudukan politik Menteri Besar itu yang semakin kehilangan pengaruh dalam Parti Keadilan Rakyat, kata Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau berkata alasan-alasan yang diberikan oleh Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin mengenai penguasaan Khalid ke atas dana lumayan itu adalah "bodoh" dan hanya menzahirkan kecetekan pegawai itu mengenai urus tadbir kerajaan negeri.

Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, jika Khalid ikhlas dan telus, beliau sepatutnya memastikan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Ariff Abdul Rahman terbabit pengurusan dana itu yang menyamai 20 peratus belanjawan Selangor.

"Peruntukkan itu perlu melalui Pegawai Kewangan. Sekarang ini nampaknya dasarnya lebih tertutup.

"Kalau dulu Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Dewan terlibat dalam perlaksanaan projek, sekarang tinggal Menteri Besar sahaja,".

Carta mekanisma Geran Selangorku menunjukkan Khalid mengetuai sebuah jawatankuasa yang berkuasa penuh memutuskan pihak yang bakal mendapat kontrak.

Ahli lain dalam jawatankuasa itu termasuk Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa' Eza Abdul Aziz dan Faekah sendiri. Bagaimanapun dua pegawai utama kerajaan negeri iaitu Datuk Ariff dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi tidak diberi sebarang kuasa dalam pengurusan dana berkenaan.

Khalid sebelum ini terpaksa menyerahkan jawatannya sebagai Pengerusi PKR negeri kepada Azmin Ali, setelah dituduh kerap membelakangkan kepentingan PKR dan wakil rakyat parti itu dalam mentadbir Selangor.

Khir menyifatkan sebagai "luar biasa" tindakan Khalid meminggirkan Khusrin dan Ariff dalam proses kewangan yang melibatkan dana sebegitu besar.

Beliau berkata alasan Faekah bahawa dana itu tidak memerlukan kelulusan dua pegawai kanan negeri itu tidak masuk akal sama sekali.

"Faekah ini tiada pengetahuan, tapi mahu berlagak berkuasa lebih daripada Menteri Besar, itu masalahnya. Sebab itu orang menyampah dengan dia. Dia tidak faham prosedur.

"Saya tidak mahu bertegang urat dengan Faekah ini. Kalau bertegang urat dengan orang macam Faekah ni, kita pun akan jadi bodoh macam dia juga," kata beliau.

Khir menempelak dakwaan Faekah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memulakan penyusunan hutang Talam Corporation kepada kerajaan negeri.

"Faekah ni lebih kuah dari sudu. Dia perlu ingat program TALAM itu dimulakan oleh BN, bukan Khalid Ibrahim. Program menstruktur semula TALAM ni bermula zaman BN pada 2007, bukan 2008.

"Pengutipan hutang TALAM bermula pada 2007 di bawah Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), bukan Pakatan Rakyat," katanya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, June 17

POLITIK KELIRUKAN RAKYAT!! HAJI ATAU UNDI?




Agak melegakan apabila beberapa mufti dan juga ulama mula mencampuri isu wajar atau tidak umat Islam Malaysia menangguhkan kerja haji mereka tahun ini dan tumpukan perhatian untuk menyertai pilihanraya umum ke-13.

Ini secara langsung membantu menjernihkan suasana dan mengurangkan keraguan mengenai apa sebenarnya yang terkandung di sebalik isu bagaimana memilih kerajaan yang adil di Malaysia yang dimulakan oleh PAS.

Lantaran terdesak di segi politik, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan supaya ahli Pas yang terbabit secara langsung dengan pilihanraya umum akan datang supaya berikhtiar tidak melaksanakan rukun haji tahun ini dan perlu beri tumpuan pada pilihanraya umum.

Maksud terbabit dengan pilihanraya, beliau menerangkannya kemudian, membabitkan ahli-ahli Pas yang dikira akan jadi calon dan pekerja parti seperti pemerhati peti undi dan sebagainya.

Isu sebenar di sebalik pandangan Tuan Ibrahim ini ialah, bolehkah ibadah lain seperti pilihanraya umum yang datang empat atau lima tahun sekali itu mengatasi kewajiban menunaikan rukun Islam kelima? Maka tercetuslah perdebatan umum berhubung perkara itu.

Yang menguja ialah, kali ini perdebatan tidak terhad pada pelaku dalam ruang agama yang biasa seperti Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis. Kali ini mufti lain seperti Datuk Tamyes Abdul Wahid dari Selangor dan beberapa ulama lain turut melontarkan pendapat mereka.

Memang demikian indahnya syariah Islam. Setiap isu diselusuri dari segenap sisi. Ini sesuai dengan pesan Rasulullah s.a.w. bahawa perbezaan pandangan adalah satu rahmat bagi umat. Namun dalam kes ini apakah rahmatnya bagi orang Melayu Islam?

Yang paling ketara, perhitungan politik kini semakin jelas menguasai dan meruncing dalam pemikiran umat Islam Malaysia. Sebaik sahaja ditegur oleh pelbagai pihak sebagai “menurunkan darjah rukun Islam kelima” itu berbanding pilihanraya, Tuan Ibrahim segera memperjelaskan bahawa maksud beliau ialah bukan semua ahli Pas yang perlu menangguhkan ibadah haji mereka; cuma yang terbabit dengan pilihanraya sahaja.

Namun Pas tidak meninggalkan Tuan Ibrahim keseorangan. Bertali arus pemimpin Pas membuat kenyataan untuk mengatakan cadangan beliau itu wajar dan tepat -- pilihanraya lebih penting kerana ia akan menentukan siapa memimpin negara ini untuk lima tahun lagi!

Pemimpin-pemimpin Pas bingkas mempertahankan Tuan Ibrahim kerana melihat kepentingan politik; khuatir ramai ahli Pas yang tidak dapat memangkah calon parti itu jika mereka berada di Tanah Suci. Walhal ada banyak sudut lain yang mereka abaikan atau sengaja tidak mahu tonjolkan.

Antaranya, dalam kuota 28 ribu jemaah haji Malaysia tahun ini, berapa ramaikah penyokong Pas tegar hingga boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihanraya? Bagaimana dengan jemaah yang menyokong Umno; tidakkah Umno juga akan rugi jika membiarkan mereka meneruskan hasrat menunaikan haji?

Yang menjadi persoalan ialah soal hukum. Mana lebih utama, haji atau pilihanraya? Persoalan ini bukan terhad kepada pekerja atau calon pilihanraya, ia soal hukum – mana lebih utama dan perlu didahulukan?

Yang tersirat ialah Pas mahu meleraikan misteri politik. Atau, lebih tepat lagi ia mahu menyergap pengerusi Brisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak supaya mengikrarkan bahawa beliau tidak akan membubarkan parlimen menjelang akhir Oktober 2012.

Dengan fatwa bersalut politik ini, Pas dan rakan Pakatan Rakyatnya akan berasa lebih lega kerana dapat membayangkan (walau tidak dapat memastikan) bila pilihanraya ke-13 akan berlaku. Ini sebenarnya. Ia bukan soal mana lebih afdhal dan mana yang lebih wajar!

Seharusnya Pas mengatur tindakan politik mengikut iman. Menang kalah, adalah hak Allah. Jika Pas di jalan yang benar, ia tidak mungkin kecundang; tidak kira sebijak mana Najib mengatur siasah. Jika lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia berada di Tanah Suci, tetapi jika Pas memang ditakdirkan menang, ia akan tetap menang.

Namun Pas perlu dapat isyarat bila pilihanraya akan berlaku. Jika Najib terus dengan program transformasi dan tidak lokek menabur panen ekonomi negara dengan adil kepada semua rakyat, maka akan lebih sempit kelak ruang untuk menang bagi Pas dan Pakatan Rakyat.

Jika Najib berpolitik “ikut buku” dan membubarkan parlimen hingga tempoh matangnya, bagaimana Pas dan sekutunya hendak terus “menghangatkan semangat rakyat” untuk terus membenci Barisan Nasional yang saban hari semakin dekat di hati rakyat.

Lelah ekonomi, tenaga dan isu pasti berlaku dan saban hari semakin banyak kelemahan dan ketidakjujuran kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat terselak. Rakyat mulai nampak -- isu haji ialah untuk beri gambaran bahawa Najib sekali lagi “zalim dan cuba mengganggu amal ibadat” orang Islam Malaysia.

Matlamatnya dua. Satu, tambah kebencian rakyat terhadap Najib. Kedua, ia mungkin boleh memaksa Najib untuk beri “bayangan” bahawa pilihanraya tidak akan diadakan semasa musim haji. Jika itu benar kemungkinannya ia akan berlaku November atau mungkin April tahun depan. Jadi lebih mudah untuk mengatur rencana politik serta menguruskan soal stamina ekonomi dan isu.

Jika tidak, tentu ini akan memaksa Najib untuk memanggil pilihanraya diadakan sebelum Ramadan. Itu yang Pas lebih harapkan. Pada bacaan Pas, sekarang sokongan pada Pas dan Pakatan makin memuncak. Peluang menang lebih besar.

Isu martabat rukun haji bukan perkiraan Pas. Itu hanya sergahan politik. Pemimpin Pas kini lebih cenderung pada politik dan kurang mesra pada persoalan melepaskan jemaah menunaikan rukun agama dengan tenteram dan tertib.


- Posted using BlogPress from my iPad

GUAN ENG KECUT TELOQ DENGAN KEHADIRAN 40RIBU PENYOKONG BN?


Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengamalkan dasar memilih kaum dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan kerajaan pimpinan BN adalah kepada semua kaum yang layak dan mereka yang memerlukan.

Katanya dakwaan dan tohmahan pembangkang kononnya BN hanya mementingkan kebajikan orang Melayu adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata kerana semua kaum di negara ini telah menikmati pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan pusat.

"Kalau BN hanya untuk orang Melayu, hanya bantu orang Melayu sudah lama orang Melayu jadi jutawan. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat orang Melayu yang memerlukan bantuan, begitu juga kaum Cina dan India.

"Kita (BN) bela semua kaum yang ada. Dasar kerajaan untuk membantu bumiputera bukan kerana dia Melayu, tetapi kerana miskin. Begitu juga kaum lain," katanya semasa berucap di majlis semarak kasih rakyat di Taman Tanjung Aman, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata semua kaum mempunyai hak yang sama dalam menikmati setiap bantuan termasuk bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

"Kita juga membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Cina...semua orang berhak mendapat pendidikan, sebagai Menteri Pelajaran, saya pastikan semua rakyat di negara ini mendapat pelajaran sewajarnya," kata beliau.

Katanya kerajaan tidak akan berhenti untuk menyalurkan bantuan kepada setiap rakyatnya walaupun sesebuah negeri itu terletak di bawah pimpinan pakatan pembangkang.

"Pembangkang hanya minat mempolitikkan isu sahaja dan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, mereka hanya auta sahaja," katanya.Pada majlis itu,

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kawasan Bagan untuk pembangunan di kawasan itu.Lebih 40,000 orang membanjiri majlis anjuran BN negeri di kawasan yang diwakili oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan ENG. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, June 16

BARANG SAPA YANG NAIK, ANWAR KE?




Pembangkang kini semakin terdesak dalam usaha meraih sokongan dan undi rakyat di sini apabila menggunakan strategi kotor menambur fitnah.

"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" anjuran PAS Johor yang dijadualkan hari ini mendapati risalah diedarkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara yang terkandung dalam risalah itu merupakan kata-kata fitnah dan tohmahan bertujuan meraih undi rakyat Johor menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Risalah yang berukuran saiz kertas A3 dan A4 berwarna ditemui di sekitar pekan Parit Sulong dipercayai diedarkan oleh ahli dan penyokong pembangkang secara terbuka kepada orang ramai.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang penduduk tempatan yang enggan namanya disiarkan malam tadi.

Antara kandungan risalah mendakwa Johor Corporation (JCORP) adalah anak syarikat milik penuh Kerajaan Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Ia mendakwa JCorp bekerjasama dengan CVC (Citigroup Venture Capital) yang dimiliki oleh Yahudi untuk menubuhkan Massive Equity Sdn Bhd (MESB) bagi mengambil alih kesemua saham KFCH dan QSR pada kos RM5.2 bilion.

Selain itu, risalah tersebut turut memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor termasuk Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Risalah itu dikeluarkan oleh badan perhubungan PAS negeri Johor dan lajnah penerangan PAS negeri Johor.

PAS sejak akhir-akhir ini dikesan telah mula memobilisasikan jentera pilihan rayanya dalam usaha untuk menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti.

Namun angin perubahan yang cuba ditiup kepada rakyat negeri itu terbatas setelah AJK PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipalitkan dengan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersabit isu nombor plat kenderaan WWW1.

- Posted using BlogPress from my iPad

SIKAP KEJI PEMIMPIN PKR MEMALUKAN PM @NajibRazak


Gambar diatas diambil dari twitter  dan sekutunya serta anak ikannya cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri.Sanggup berbuat sedemikian menghasut kaum India yang memegang Kad Pengenalan merah supaya berhimpun beramai-ramai dan memegang replika kad pengenalan PM berwarna merah.Kejadian ini berlaku Pejabat Pendaftaran Ipoh Perak.

Jika ingin berbuat sesuatu hendaklah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.Status PR MyKad Merah yang telah menetap lebih 10 tahun di Malaysia dan memohon untuk menjadi Warganegara maka ianya layak untuk dipertimbangkan ke menjadi Warganegara Malaysia.Akan tetapi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan baru boleh diluluskan.Pihak PKR hanya ingin melempiaskan nasfu dan ingin melihat Malaysia menjadi huru-hara baru depa puas hati kot.

VIDEO : BERGADUH KERANA CICAK MENGKARUNG?



Zulkifli Nordin diserang oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab di Taman Petaling Perdana. Ceramah anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan apabila salah seorang daripada mereka naik ke pentas dan menolak muka pengerusi majlis.

Penduduk itu kemudiannya berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan.

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.

Difahamkan pengisian ceramah Zulkifli malam itu kebanyakannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.

Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.

MKP Ayat Sempoi : Orang PAS panas telinga bila sebut "Cicak Mengkarung" perilaku cicak nie sama dengan Nik Aziz.....

VIDEO SEMPOI ; Jarang Jarang Ada Bulu????


Video nie kalu Nik Aziz tengok nie mesti pengsan,Siap lah pelakon yang berlakon dalam video #Bangkang dari Longkang nie mesti kena Gam Sekerap pulak dengan puak harami pembangkang...

Bini kalau tak mandi lima hari hari mesti tak boleh tunaikan tanggungjawab batin meranalah suami macam mana tak pi makan kat luaq al maklum kelantan Golok dekat saja langkah sungai.Sebab tue orang Kelantan banyak masalah dan anak muda lari pi Kuala Lumpur keja..... 

Ini dah kira masalah rakyat mana depa nak peduli,Tapi MKP heran jugak pemimpin PAS,PKR banyak pulak masalah seks.awat lima hari tak mandi pun boleh lalu jugak ka???HEEEEEE

Friday, June 15

Cara Orang Muda Untuk Orang Muda Live At #BNYV #twtupKJ @KhairyKJ








Cara Orang Muda Untuk Orang Muda Live At #BNYV #twtupKJ @KhairyKJ

Cara Orang Muda untuk Orang Muda.Bagi MKP inilah cara terbaik untuk mendekati anak muda walaupun Program ini nampak santai akan tetapi impaknya berkesan.Mungkin cara begini tidak akan  diterima oleh sesetengah pihak akan tetapi mugkin akan menjadi trend dimasa hadapan.Kini Pemuda BN tidak lagi nampak ekslusif dan hanya untuk golongan tertentu sahaja akan tetapi sesiapa saja berumur 40 tahun kebawah layak menyertainya...So sesiapa yang berdekatan boleh menyertainya dan bertemu Ketua Pemuda BN.Saudara Khairy Jamaluddin.



@izzatiaisyahadn sedang ditemuramah wartawan

makan free dulu kat NZklcc sblom acara bermula... 
siapakah gerangan pemuda ini?jika jawapan betul dapat hadiah misteri.....


GUAN ENG TIPU RAKYAT LAGI ! PROJEK RM62 JUTA DIBERIKAN SECARA RUNDINGAN TERUS “DIRECT NEGO”


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menipu rakyat Pulau Pinang disebalik slogan CAT (Cekap, Telus & Akauntabiliti) dengan projek apabila menganugerahkan projek “Cadangan Reka & Bina Sebuah kilang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat Di Plot 306, Taman Perindustrian Batu kawan Untuk Penang Development Corporation Dan Kegunaan Malaysian Automotive Lighting Sdn. Bhd” (No. kontrak: PPP/TE 14/2012) secara rundingan terus atau “direct nego”. 

Projek yang bernilai RM62,000,000.00 ini telah dianugerahkan kepada DAYA CMT SDN. BHD. pada 19 mac 2012 yang lalu dan mesyuarat permulaan atau kick-off meeting yang diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu. Melihat kepada nilai sebanyak RM62,000,000.00 sudah tentu ramai yang kurang yakin atau percaya. Oleh yang demikian bukti pertama ialah berdasarkan carian maklumat keputusan tender-tender di dalam laman web rasmi PDC (sehingga 14 jun 2012) juga didapati tiada maklumat berkenaan kontrak bernombor PPP/TE 14/2012. Tidak cukup dengan itu, bersama ini juga dilampirkan minit mesyuarat kick-off meeting dan maklumat syarikat DAYA CMT SDN. BHD. yang diambil daripada laman web CIDB. (Sila rujuk lampiran)



Kita semua sedia maklum ini bukanlah kali pertama Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang tentang penganugerahan tender secara “direct nego”. Kali ini nilainya adalah sangat besar dan rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan mengetahui kebenaran. Kita boleh agak apabila isu ini dibangkitkan kepada pengetahuan rakyat, seperti biasa Lim Guan Eng akan mengatakan bahawa tawaran yang dikemukan oleh syarikat DAYA CMT SDN. BHD adalah sangat kompetetif dan berpatutan (comparetative & reasonable price).

Maka beberapa hari kemudiannya akan terciptalah beberapa dokumen dan nama-nama syarikat yang kononnya turut serta membida tetapi harga yang ditawarkkan adalah terlalu tinggi. Mencipta dokumen, membohongi rakyat dan menunding jari kepada pihak yang cuba menegakkan kebenaran bukanlah perkara baru bagi Lim Guan Eng. Sudah beberapa kali Lim Guan Eng besandiwara sedemikian dan janganlah terkejut untuk isu kali ini pun Lim Guan Eng akan menggunakan strategi yang sama.

Apapun isu utamanya ialah sejumlah RM62,000,000.00 wang rakyat Pulau Pinang digunakan sewenang-wenangnya oleh Lim Guan Eng untuk mengenyangkan kroni-kroni beliau dan suku sakat kafir DAP melalui penganugerahan tender secara rundingan terus. Tindakan pemimpin kuku besi yang keji, rakus dan biadap ini dibuat tanpa rasa bersalah dan berdosa terhadap rakyat Pulau Pinang.

Paling mengejutkan ialah berdasarkan maklumat daripada Jurutera Perunding bebas, dianggarkan kos sebenar untuk pembinaan kilang 2 tingkat ini hanyalah sekitar RM25,000,000.00 ke RM30,000,000.00 sahaja. Ini kerana skop kerja pembinaan kilang ini hanyalah melibatkan kerja-kerja pembinaan (sivil) dan kemudahan infrastruktur asas (mekanikal & elektrikal) serta tidak melibatkan sebarang pembelian jentera atau mesin untuk operasi kilang.

Jika kos yang dianggarkan oleh Jurutera Perunding hanyalah sekitar  RM25,000,000.00 ke RM30,000,000.00 sahaja, kini timbul persoalan ke mana perginya baki sebanyak RM32,000,000.00 ke RM37,000,000.00 lagi? 
Menurut sumber dalaman Invest Penang, projek ini sebenarnya didalangi oleh Datuk Lee Kah Choon dan seorang lagi tali barut ialah Iskandar Basha Abdul Kadir iaitu Melayu munafik yang menjadi ahli seumur hidup DAP. Sudah semestinya juga yang memberikan kebenaran dan kelulusan untuk memberikan projek secara rundingan terus ini adalah Lim Guan Eng. Dalam merangka dan melaksanakan kerja-kerja jahat ini, Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar hanyalah bertindak sebagai “Pak Turut” atau “Boneka” sahaja yang tidak mampu berbuat apa-apa. Di atas kertas Dato’ Rosli Jaafar adalah Pengurus Besar tetapi hakikatnya yang lebih berkuasa di Ibupejabat PDC di Bayan Baru sekarang adalah Iskandar Basha Abdul Kadir.

Iskandar Basha Abdul Kadir.

Strategi keji dan jahat Lim Guan Eng di dalam PDC bermatlamat membunuh kerjaya semua professional Melayu yang berjawatan tinggi di dalam PDC dan menggantikan dengan bangsa Cina dan Melayu DAP. Ini jelas terbukti apabila hampir semua jawatan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO anak-anak syarikat milik PDC yang dahulunya disandang oleh orang-orang Melayu kini disandang oleh orang Cina dan Melayu DAP. Antara CEO Melayu yang menjadi mangsa pembunuhan kerjaya atau “career assassination” yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah Osman Kalahan (PDC Properties S/B), Sabarul Aswadi (PDC Setia Urus S/B), Abdul Malik (PDC Telecommunication S/B), Ar. Khairil Hafizi (PDC Consultancy S/B) dan beberapa orang lagi.  
   
Ini hanyalah sebahagian kecil pendedahan projek-projek mega yang diberikan kepada kroni-kroni. Entah berapa banyak lagi penganugerahan projek-projek mega dan tender-tender bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan secara terus hanya Lim Guan Eng sahaja yang tahu... Begitu juga dengan strategi jahat yang sangat licik dalam membunuh kerjaya professional Melayu di dalam PDC dan pelan terancang Lim Guan Eng dan kafir DAP untuk memastikan kekayaan di dalam PDC menjadi milik mutlak Lim Guan Eng, kafir DAP dan kroni-kroni mereka.

Justeru itu, rakyat Pulau Pinang harus bangkit menentang pemimpin hipokrit, diktator dan kuku besi yang bernama Lim Guan Eng dan memastikan bahawa dalam pilihanraya akan datang Lim Guan Eng dan parti kafir DAP serta penyangak-penyagak lain di kalangan Pakatan Rakyat dinyahkan dari bumi Pulau Pinang. 

MUKHRIZ TUN MAHADIR DAN POLITIK JELAPANG PADI.

 
Hari ini tak ramai rakyat Malaysia termasuk kalangan orang Melayu yang tahu perkataan lama seperti jelapang yang bermaksud kepuk, rengkiang atau juga lumbung. Maksud perkataan jelapang yang diberikan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, adalah lebih aneh daripada perkataan jelapang itu sendiri.

Zaman sudah banyak berubah. Dulu orang bercakap kiraan hasta dan cupak tapi hari ini meter dan kilogram. Dulu, kereta paling mewah yang dikenali orang Melayu ialah Mercedes. Hari ini, sudah ada beberapa orang Melayu memandu kereta jenis Bugatti Vyron.

Sebelum ini, ketika menulis kolum di akhbar Straits Times, Tun Dr Mahathir membuktikan sebab penanam padi, ketika itu disebut sebagai pesawah bukan sahaja gagal menyerlah dari segi ekonomi tetapi sebaliknya hidup secara sederhana.

Ini gara-gara komoditi penghasilan mereka dikawal orang tengah. Hari ini kos menanam padi lebih tinggi daripada pulangannya dan mengakibatkan lambakan beras import yang dijual di pasaran harga jauh lebih murah.

Namun apa pun, Kedah masih lagi Jelapang Padi iaitu menurut definisi piawaian, ‘tempat penyimpanan/penghasilan beras’ bagi negara kita. Sama ada masalah ekonomi pesawah ini
diberikan fokus secukupnya atau kian dihimpit faktor kos tempatan yang tidak terkawal, Kedah sudah pun menghasilkan dua Perdana Menteri (PM) yang bertaraf ikonik – Almarhum Tunku Abdul Rahman dan dan Mahathir.

Masalah berkaitan penanaman padi sebenarnya bukanlah seratus-peratus kesilapan kerajaan BN. Tetapi, ia cukup menyeronokkan Pas kerana permasalahan masyarakat sub-urban yang kurang pendedahan dunia luar ini adalah jelapang modal insan pengundi yang penting buatnya. Inilah mengapa Pas boleh memberikan saingan politik di Kedah pada PRU umum lalu.

Dua puluh tahun lalu, tokoh ulung pemimpin dari Kedah, Tan Sri Sanusi Junid pernah mengingatkan selagi ada bendang selagi itu ada pengaruh Pas". Kebetulan sahaja Sanusi pernah menjadi Menteri Pertanian dan mampu melihat politik ‘jelapang’ dengan visi yang menjangkau jauh dari sekadar keluasan bendang yang ‘saujana mata memandang’.

Begitu pun Pas di Kedah hampir pada masa yang sama denganUmno, iaitu kira-kira sedekad sebelum merdeka gagal melahirkan tokoh yang berjaya memberikan impak peringkat negeri dan nasional berbanding Umno yang melahirkan keluarga Shahabuddin yang menduduki kerusi MB Kedah; kalangan menteri kabinet seperti Kadir Sheikh Fadzil, Dr Afifuddin Omar dan Tun Daim Zainuddin serta tokoh bilionair Melayu seperti Syed Mokhtar al-Bukhari.

Begitulah hebat orang Kedah yang mencorakkan dunia politik dan korporat negara. Bukan sekadar ‘Jelapang Padi’ tetapi juga ‘jelapang tokoh’.

Tunku memiliki kehebatannya tersendiri. Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dr. Mahathir bersifat fenomena. Orang luar tidak melihat Mahathir sebagai pemimpin Kedah tetapi mengenalinya sebagai PM Malaysia. Tapi sekilas pandang orang tahu Mahathir orang Kedah kerana loghatnya sampai kini masih tak berubah.

Cuma kalau dari segi sumbangan ke atas negeri asalnya itu, Langkawilah satu-satu yang menampakkan hasil tangan mantan PM itu. Pekan Rabu di Alor Setar hanyalah sebuah bazar yang kurang meyakinkan berbanding Lot 10 ataupun Midvalley di ibu kota. Hari ini Langkawi menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia jauh lebih hebat dari Bali ataupun Phuket.

Mungkin disebabkan Kedah begitu sinonim dengan padi dan dari padi datangnya beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, maka mungkin juga peribahasa. ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ mempunyai akar atau asal-usul dari Kedah juga.

Mungkin, secara kebetulan,dua PM yang ikonik adalah dari Kedah dan hanya keluarga dari Kedah sahaja yang mengukir sejarah mempunyai tiga MB dari puak sama. Mungkin ini juga membuatkan ada pihak yang meramalkan Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun dan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dikatakan bakal menjadi PM Malaysia satu hari nanti.

Sementara ramalan sedemikian sedap didengar penyokong Mukhriz dan tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan, tetapi ia bukanlah sesuatu pelayaran mudah bagi Mukhriz. Ini kerana ada yang merasakan Mukhriz perlu mencapai tingkat tertinggi dalam Umno negeri sebelum boleh dipertimbangkan untuk impian lebih tinggi.

Mukhriz menghabiskan banyak masa di luar Kedah. Justeru tentulah dia kurang dikenali secara peribadi rakyat Kedah berbanding, katakan, Ketua Perhubungan Umno, Datuk Ahmad Bashah Hanipah ataupun Datuk Seri Johari Baharom.

Bagaimanapun perhatian atau spotlight terhadap Mukhriz kembali menghantui sebilangan kecil pemimpin di Kedah apabila namanya disebut sebagai calon favourite untuk jawatan MB Kedah - itu pun jika BN menang.

Perbualan mengenai siapa selepas Datuk Seri Azizan Razak kini memasuki dimensi baru dengan isunya kini diperkatakan secara terbuka. Mereka yang tak mahukan Mukhriz menambahkan rencah dengan memasukkan 'perasa' kepada personaliti ini seperti menganggap dia terlalu muda dan tidak berpengalaman. Setengah mengandaikan adalah tidak adil, calon yang bukan bergelar Ketua Bahagian turut dipertimbangkan.

Apakah hal seperti ini menyukarkan PM merangkap Presiden Umno membawa Mukhriz pulang ke Kedah? Apa pun ia dilihat sebagai masalah dalam iaitu suatu perkembangan kurang selesa dari segi kesatuan atau uniti Umno Kedah.

Pada masa sama Umno Kedah perlu menumpukan segala fokus dan usaha ke arah menurunkan kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU13. Nampaknya apabila ‘jelapang’ menyimpan terlalu banyak tokoh, ia juga akan menimbulkan kesulitan. Atau mungkin juga ia memerlukan masa sebelum ‘kuah tumpah ke nasi’.SH

MKP ayat sempoi : Sebelum ini artikel bongkar rahsia berkenaan kepimpinan Kedah telah MKP keluarkan impaknya ada yang melompat sakan akan tetapi kini bunyian kumbang riang kembali kedengaran bergema.Perlukah semboyan ditiup sekali lagi?   

DATUK AZEEZ CAKAP TAK SERUPA BIKIN,DULU KATA KES LOMBOK YANG TERAKHIR?


Jika anda seorang ayah pastinya akan faham penderitaan yang ditanggung oleh Hanafi Salleh ini.Setelah tujuh tahun menanti akhirnya sedikit harapan bersinar untuk bertemu dengan anak-anaknya bakal ditunaikan oleh Kelab Putra 1Malaysia.Jika tidak kerana keprihatinan Datuk Azeez Rahim serta kepimpinan KP1M tidak mungkin ianya menjadi kenyataan.Sebelum ini KP1M telah menyatakan tidak lagi menjalankan misi diluar negara dan menumpukan membela rakyat di Malaysia sahaja akan tetapi kes kali ini menyentuh hati serta tiada pihak lain yang sanggup dan mempunyai pengalaman serta kepakaran yang ada oleh KP1M.

Datuk Azeez sebak dan tak dapat menahan air matanya.

“Kami sayangkan ayah dan tak sabar nak jumpa ayah. Saya berharap dapat pulang ke Malaysia.” Itu antara kandungan dua surat tulisan tangan yang menambah kerinduan seorang bapa untuk bertemu dua anaknya yang dilarikan ibu mereka ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.
Hidup Hanafi Salleh, 36, nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor menjadi tidak keruan kerana terlalu merindui anak kesayangannya dan melakukan apa saja untuk membawa mereka pulang termasuk meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Muar, April lalu.
Kini, penantian Hanafi sejak 2004 itu bakal berakhir apabila Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersetuju membantunya membawa Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, kembali ke pangkuannya.
Perkara itu dinyatakan Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media berhubung kes itu, dengan satu pertemuan akan diadakan antara beliau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, David Pine.
Sijil kelahiran Muhammad Shayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9

Hanafi berkata, dia amat gembira kerana impian untuk kembali bersama dua anaknya itu bakal menjadi kenyataan selepas bertemu Abdul Azeez.

Menurutnya, dua anaknya itu kini berada di bawah jagaan Nelson Site Child, Youth and Family, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat negara itu.

“Saya terpisah dengan dua anak saya itu selepas mereka dilarikan isteri saya (Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 25) ke Christchurch, New Zealand pada 2004 ketika saya bertugas di Eropah bersama sebuah syarikat perkapalan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, menerusi perbualan telefon dengan isterinya, wanita itu memaklumkan akan membawa pulang anak mereka ke Malaysia, namun janji itu tidak dikota.

“Beberapa bulan selepas itu, saya jumpa anak-anak hanya beberapa jam di pelabuhan Nelson City kerana kapal saya berlabuh di sana. Itu kali terakhir saya berjumpa mereka kerana selepas itu, isteri mendiamkan diri dan pelbagai usaha saya menghubunginya gagal.

“Sehingga pada 2010 apabila saya didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan anak saya berada di Nelson City iaitu sebuah bandar di Pelabuhan South Island.

“Saya juga dimaklumkan anak dijaga agensi kebajikan di sana kerana isteri hilang hak penjagaan selepas terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya yang kini sudah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak.

sedih, sebak, rindu cucu

Hanafi berkata, perasaannya menjadi sayu dan sebak setiap kali mengenangkan nasib anaknya apatah lagi selepas dimaklumkan mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat kerana tempoh untuk dua beradik itu berada di rumah kebajikan bakal berakhir tidak lama lagi.

“Hati saya semakin sebak apabila menerima surat daripada dua anak saya itu berserta gambar mereka pada Oktober tahun lalu. Lebih mengharukan, seorang daripada anak saya melukis gambar kapal, mungkin merujuk kepada pekerjaan saya.

“Sebab itu saya nekad untuk berjumpa Tan Sri Muhyiddin dan mengadu mengenai masalah saya dan dia meminta saya menghubungi Datuk Azeez untuk mendapatkan bantuan.

“Saya bagai tak percaya apabila KP1M bersedia membawa pulang permata hati saya. Apabila mereka pulang ke Malaysia kelak, saya akan menghantar mereka ke sekolah agama atau pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu agama,” katanya yang ditemani ibunya, Mariam Khairi, 65.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, dalam usaha membawa pulang dua beradik itu, pada peringkat awal, KP1M akan menyediakan pasport untuk Mariam yang ikut serta ke New Zealand bagi membawa pulang cucunya.

“Kelab sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi kita di sana (New Zealand) untuk membantu proses membawa pulang mereka pertengahan minggu depan. Kita jangkakan ia tidak menghadapi masalah kerana mereka warga Malaysia. Jadi kemungkinan tiada kerenah birokrasi,” katanya.

UNISEL : KHALID GAGAP GAGAL KEMUKAKAN BUKTI?


Kerajaan negeri Selangor hari ini gagal menjelaskan butiran mengenai proses pengapungan hartanah Universiti Industri Selangor yang bernilai RM30 juta seperti yang diumumkan Menteri Besarnya bagi membiayai mahasiswanya yang gagal mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata butiran lanjut mengenai proses tersebut akan didedahkan dalam masa terdekat selepas mesyuarat antara kerajaan negeri dengan lembaga Pengarah UNISEL diadakan.

"Secara menyeluruh, apungan itu satu hal...macam mana proses hendak ambil duit itu satu hal, untuk apa pun satu hal," katanya ketika ditemui tadi.

Malah ketika ditanya bilakah perbincangan ini akan diadakan, beliau sebaliknya berkata Khalid ketika ini bersama pegawai kewangan negeri masih lagi membincangkan proses pengapungan hartanah milik UNISEL tersebut.

"Memang ada orang yang telah pun berminat untuk membincangkannya dan ada pegawai kewangan kita bersama Menteri Besar di dalam proses bagi mereaslisasikan perkara tersebut," katanya.

Semalam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan negeri supaya mendedahkan kedudukan kewangan UNISEL dengan segera.

Noh selain itu juga meminta Khalid mendedahkan aset UNISEL yang bernilai RM30 juta yang mahu dicairkan bagi tujuan untuk membantu pelajar atau sebenarnya menanggung kos kerugian UNISEL.

Bagaimanapun Halimah yang turut diminta mengulas bersabit cabaran Noh itu berkata akan menyahut dan memperincikan kedudukan kewangan UNISEL bermula 2008 selepas kerajaan negeri mentadbir Selangor.

"(Datuk Seri) Noh Omar mencabar MB agar dedahkan kerugian UNISEL. Jadi kita akan dedahkan sebelum 2008 bagaimana kewangan UNISEL, apa yang dilakukan, bagaimana BOT itu.

"Jadi kita perlu aturkan semula UNISEL dari segi prasarana, konsudif supaya berfungsi dengan baik," katanya.

VIDEO INI MEMBUATKAN NIZAR DAN PAS MALU?



Isu keceluparan Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai WWW 1 masih belum beres di hati Sultan Johor.Baginda meluahkan rasa murka dalam titah merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya Khamis.

Ketika menyentuh isu berkenaan baginda mengingatkan Timbalan Persuruhjaya PAS Perak itu agar tidak berlagak pandai pada hal yang beliau tidak tahu.

"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda.

Sultan Johor bertitah tindakan Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang,Perak itu sedar mengenai kesilapannya.

Baginda juga bertitah adalah tidak perlu menghebahkan apa yang baginda sudah buat untuk amal jariah.

Titah baginda ia selalu dibuat mengunakan saluran yang betul.

Zulkifli Noordin Jawab Isu Scorpene.


“Saya peguam yang terlibat dalam kes Altantunya, tidak timbul langsung isu ini (Scorpene)..kalau timbul dah lama kita guna, sebab masa itu, saya peguam..saya ahli parlimen PKR..YAB Perdana Menteri tak ada kena mengena langsung sama ada dengan Scorpene atau pembunuhan Altantunya itu sendiri, ” kata Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen Kuala Lumpur, 12 Jun.

Menurutnya pembangkang tidak mempunyai sebarang bukti tentang isu Scorpene, hanya bersifat tuduhan bersifat fitnah untuk mempengaruhi sentimen rakyat menyokong pembangkang.

Sementara itu dalam Dewan Rakyat semalam, Zulkifli mendedahkan ketika beliau masih dalam PKR, beliau telah diarah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam kepada kes Altantuya pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang masih terus berminat untuk melemparkan fitnah.

“Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

“Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

“Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan,” katanya semasa sesi perbahasan seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada tahun 2010, Zulkifli ketika diwawancara ChannelOne1tv mendedahkan isu ini merupakan satu rekaan yang disifatkan sebagai mencipta fitnah.

“Dia dah sampai peringkat mencipta fitnah. Mereka fitnah..ini yang jadi bahaya…contohnya cubaan membabitkan YAB Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya..daripada benda yang tidak ada, cuba diwujudkan supaya ada.

“Dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam yang saya sendiri terlibat semasa kes itu, dia (Bala) tidak cakap apa pun, macam mana sekarang tiba-tiba macam-macam dia keluar cerita,”katanya.AIDC

VIDEO : JARING GOL OLEH PIRLO MEMANG TERBAIK .



JARINGAN TERBAIK SEPANJANG EURO 2012 NIE.WALAUPUN KESUDAHAN PERLAWANAN DIANTARA ITALI DAN CROATIA SERI....NAMPAKNYA CROATIA MENDUDUKI TEMPAT PERTAMA DALAM KUMPULAN C DENGAN SATU KEMENANGAN MENENTANG IRELAND...PELUANG YANG CERAH MENANTI CROATIA TETAPI ITALI JUGAK MEMPUNYAI PELUANG.

Thursday, June 14

MAYA!!!KENAPA KAU PI STADIUM TAK AJAK MKP?





Ingat MKP aje minat Jerman pada Euro 2012 rupanya maya karin pun penyokong Jerman jugak.Apa kan daya MKP tak ada pulus nak pegi sana takkan nak suruh maya belanja pulak malu lah beb.Apa pun Maya terima kasih kerana berkongsi gambaq dengan peminat...terubat sudah rindu yang dipendam sebegitu lama.Bab gambar terakhir tue nama watak yang dilakonkan oleh Bront Palarae sebagai mail macam biasa dengaq nama tue akan tetapi dimana ek?

DIMATA DAP!!!MELAYU HANYA LAYAK DIKANDANG BABI? @DZainalabidin @NajibRazak


Penduduk kampung Titi Hitam didalam kawasan DUN Sungai Bakap, Parlimen Nibong Tebal melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan ADUN PKR YB Makhtar yang ternyata gagal membela nasib rakyat khususnya orang Melayu. Mereka kecewa kerana permasalahan ini telah di utarakan kepada YB Makhtar ADUN Sg Bakap dan juga kepada anaknya encik Munir yang merupakan pengerusi JKKN Sg Bakap Selatan. Keadaan bertambah teruk apabila segala luahan perasaan penduduk kampung tidak dipedulikan. Penduduk kampung dibiarkan bertindak mengikut keputusan masing masing.

Pada 11 Jun yang lalu, penduduk telah membuat keputusan untuk menganjurkan demo bantahan berkaitan saliran kumbahan babi yang disalirkan ke kampung mereka. Mereka menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan projek ini melalui agensi Jabatan Parit dan Saliran. Kuasa saliran di bawah kuasa negeri. YB Makhtar dikatakan takut untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Lim Guan Eng. Apatah lagi adun jawi Tan Beng Huat seolah-olah bermain wayang dan mempertahankan tindakan kerajaan negeri. 

Bagi penduduk Kg Titi Hitam, mereka melihat apa yang berlaku sebagai bukti jelas kerajaan DAP baru 4 tahun memerintah dah ingin menghalau kaum melayu dan india secara halus. Menurut beberapa orang penduduk kampung yang ditemui, mereka menyatakan "Kg Melayu dijadikan tempat membuang najis babi sahaja. Inilah kenyataan yang harus diterima .

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku, pihak JKKP Sg Bakap Selatan yang dipimpin oleh Dato Mohd Nordin Mohd Kasim bersama Pejabat Kadun Sg Bakap yang dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Foad Mat Isa telah bersama sama menyertai demo bantahan ini dan menunjukkan rasa kesal mereka terhadap tindakan rasis kerajaan negeri.

Bagi mereka sekiranya hal ini berlaku di kampung cina, mereka tetap akan membantu. Soal keselesaan rakyat bukan memilih bangsa . 

Apa yang menyedihkan, kampung ini setiap hari akan sentiasa busuk dengan najis babi dan lebih teruk sekiranya banjir berlaku, najis babi boleh masuk sampai kerumah. mereka mempersoalkan apakah YB PKR tidak sensitif dengan masalah umat islam di sini?

Penduduk bertambah marah kerana aliran kumbahan tersebut boleh ditapis dan di alir keluar ke sungai jawi. apa perlu aliran kumbahan di pintaskan laluannya memasuki kg titi hitam? inilah bukti jelas mereka ingin menghalau penduduk kampung secara amat halus.BACA SETERUSNYA

PANAS : AMBIGA SAHKAN BERSIH TERIMA DANA ASING?


Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan BERSIH.

Beliau menyatakan jawapan itu secara ringkas di laman sembang bersama 'Yahoo News Malaysia' yang bermula pada jam 3 petang tadi.

Soalan: Berapa banyak sumbangan telah diterima daripada badan asing untuk Bersih?

Jawapan: Kami telah menerima kira-kira RM90 k + untuk projek tertentu ke atas persempadanan yang telah digunakan pada tahun lepas. Kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan asing lain.

Sebelum ini wujud pelbagai dakwaan bahawa penganjur BERSIH menerima sumbangan dana asing bagi menampung kos penganjuran perhimpunan haram tersebut meliputi tambang, makan minum, sewa hotel dan elaun harian peserta.

Malah terdapat beberapa pihak telah meminta supaya dakwaan daripada media cetak, laman sosial dan blog mengenai sumbangan ini disiasat secara terperinci.

Sesi interaksi selama satu jam antara Ambiga dan pengguna laman maya itu tadi rata-ratanya berkisarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari.

Antara soalan lain yang diajukan termasuk "Adakah BERSIH mahu menjadi sebuah parti politik?, "Anda merupakan seorang peguam dan tahu mengenai undang-undang, adakah dengan penganjuran BERSIH anda telah melanggar undang-undang?", "BERSIH telah mencalarkan imej negara, adakah dengan cara itu anda dapat apa yang dikehendaki daripada kerajaan?".

Perhimpunan BERSIH 3.0 lalu telah bertukar kecoh apabila para peserta bertindak merempuh halangan polis di Dataran Merdeka memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan menangkap peserta kerana melanggar perintah mahkamah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengesahkan seramai 24 orang peserta telah cedera termasuk 12 anggota polis yang bertugas.

Manakala seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tak Perlulah Nak Saman-Menyaman.


Terkejut dengan respon Neelofa yang mengadakan sidang akhbar semalam untuk menuntut penjelasan dan bukti dari Anzalna mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah tabloid tempatan Ahad lepas, Anzalna dalam kenyataan terbarunya kepada Utusan Malaysia, menyatakan bahawa dia mahu selesaikan isu ini secara baik.

“Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. “Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Seperti yang sudah kita ketahui dalam artikel OHBULAN! semalam bertajuk “Kenyataan Anzalna 100% Fitnah” – Neelofa, Neelofa telah melantik peguam untuk menyelesaikan perkara ini. Namun menurut Rotikaya, Anzalna juga telah melantik peguamnya sendiri selepas mendapat tahu isu ini semakin berpanjangan.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya.” – Anzalna Nasir, dipetik dari Rotikaya.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah, Anzalna sebenarnya kecewa dan terkejut dengan wartawan yang menulis artikel tersebut. Menurut Anzalna, dia sebenarnya tidak mahu cerita itu disiarkan untuk menjaga hati semua pihak.

“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” – dipetik dari Rotikaya.

kita sambung bab politik skit Nizar mula nak saman Utusan dan TV3.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.


PESANAN TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) KEPADA AHLI POLITIK





AZMIN APA CER BBM3 BOLEH TOLONG JAWAB?




Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang dipetik akhbar Utusan Malaysiaberkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.

Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.

"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," soal beliau.

Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.

Utusan juga melaporkan siasatan akhbar itu mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.

Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.

Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.

Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.

Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.

Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.

KDN PERLU JAWAB ISU SCORPENE? @HishammuddinH2o


Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tampil menjelaskan kepada umum bersabit dakwaan penjualan dokumen sulit urusniaga kapal selam Scorpene yang menurut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebagai "tidak serius".

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata jawapan segera harus dikemukakan untuk mengelakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus dipalitkan dengan tuduhan salah guna kuasa ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan ketika itu.

Razali menambah sekiranya penjelasanan ditangguhkan lebih lama maka ianya akan membuka ruang kepada pakatan pembangkang untuk memanipulasi maklumat-maklumat tersebut.

"Saya rasa isu ini perlu diselesaikan. Kita tahu ada banyak perkara yang sengaja ditimbulkan ada banyak perkara yg mengelirukan ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

"Jawapan perlu diberi oleh pihak kementerian, sengaja mengaitkn Najib pada saya mudah kerana ketua kumpulan mereka juga bergelumang dengan berbagai isu dan masalah," kata beliau kepada AntaraPos.com.

Speaker Dewan Rakyat semalam menolak usul tergempar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usul yang difailkan ekoran siasatan oleh mahkamah Perancis dalam dakwaan rasuah berhubung penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS.

Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram sebelum ini mendakwa DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda.

Razali kemudian menyifatkan maklumat yang tidak lengkap akan dimanipulasi oleh pakatan pembangkang untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Justeru katanya kerajaan layak mempertahankan kedudukan selain membuktikan bahawa kepimpinan Najib bersikap telus dalam peranan mentadbir negara.

"Pada saya tiada perkara yang boleh kita selindung dalam era teknologi maklumat dan kegagalan untuk membuktikan, tidak bermakna kita baik, begitu juga kalau kita tak buat, penjelasan perlu diberi.

" Jadi saya percaya apa yang berlaku dalam kes ini perlukan penjelasan dan ia akan juga akhirnya nanti menunjukkan siapa yang benar dan tidak," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan kerajaan harus mengemukakan kemahuan politik untuk membekalkan maklumat yang sahih kepada rakyat.

Katanya dalam isu yang melibatkan reputasi pentadbiran Najib yang menjadi buah mulut antarabangsa, kerajaan sekurang-kurangnya mengambil inisiatif menjemput wakil dari Perancis datang ke negara ini untuk mengemukakan maklumat sah sekaligus menangkis sebarang tomahan luar.

"Saya menganggap bahawa isu Scorpone belum selesai dan kerajaan seharusnya amat terbuka dan menjemput pegawai-pegawai Perancis untuk datang dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan perkara ini," kata beliau.

Anifah dalam sebuah kenyataan berkata negara tidak perlu menumpukan perhatian terhadap dakwaan kes rasuah Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis.

Ini kerana menurut beliau maklumat yang diterima masih dipertikaikan kesahihannya.

Menangkis pendirian itu Kamaruddin berkata menteri harus mengambil serius perkara tersebut kerana ianya melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Tuduhan berkaitan dengan Scorpone ini adalah suatu isu yang besar, ia bukan sahaja melibatkan perbelanjaan harta dan wang negara yang angkanya tinggi sekitar RM 7 bilion tetapi ianya melibatkan isu pertahanan negara."

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive