Tuesday, July 3

NEELOFA DAH BERDAMAI BLOGGER BILA PULAK?


Neelofa atau Neelofa Mohd Nor akui telah menetapkan syarat sebelum Anzalna Nasir bersetuju memohon maaf.

Neelofa berkata dia telah menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna sebagai jaminan agar pelakon Indra Joned itu memohon maaf secara ikhlas kepadanya dan bukan dilakukan kerana terpaksa.

Namun Neelofa tidak dapat mendedahkan kesemua syarat-syarat yang ditetapkan, sebaliknya menyatakan salah satu daripada syarat yang diberikan.
"Antara syarat-syarat yang dikemukakan adalah Anzalna tidak boleh menyebut nama saya lagi di mana-mana temuramah atau di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, mahu pun di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini," 
Walau bagaimanapun, Juara Dewi Remaja 2010 itu berkata dia berasa lega kerana konflik yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Malah, permohonan maaf yang diadakan hari ini telah dapat membersihkan semula bukan sahaja namanya malah maruah keluarganya.

"Alhamdulillah, dari awal lagi keluarga saya sentiasa disisi untuk memberi nasihat dan sokongan. Mereka juga ada bertanya mengapa saya masih lagi berlembut hati untuk menerima maaf ini.

"Pada saya, saya lakukan ini dan sanggup terima permohonan maafnya kerana saya tak nak isu ini berpanjangan. Malah, dari awal lagi saya dah ada perancangan di mana jika tuntutan sebelum ini tidak berjaya djawab, saya akan beri peluang dan pilihan untuk dia(Anzalna) meminta maaf secara terbuka.

Kedua-dua bekas Dewi Remaja 2010 ini telah dipertemukan dalam satu sidang media oleh Seniman bertujuan untuk mendamaikan serta menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, selepas berakhirnya sidang media tersebut, kedua-duanya seolah-olah mengelak ketika diminta untuk bersalaman dan begambar bersama, sebaliknya terus bersurai membawa haluan masing-masing.

Neelofa yang sempat ditanya oleh media mengenai tindakkannya itu memberitahu dia hanya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Seniman.

"Apa saja prosedur yang berlaku hari ini adalah kuasa Seniman. Maksudnya mereka tidak mahu adakan sebarang sesi soal jawab dan bergambar kerana tidak mahu perkara ini lebih berpanjangan", katanya.

Dalam pada itu, Neelofa yang akui sudah menerima maaf tersebut dengan hati yang rela itu berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan Anzalna selepas ini.

"Kalau saya berpeluang bekerjasama dengan Anzalna selepas ini, saya rasa kisah peribadi kami ini akan saya letak ke tepi dan saya akan pentingkan hasil kualiti kerja dulu. Jika ada pengarah yang mahu kami berlakon bersama dan jalan ceritanya pula bagus, saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia," katanya,murai

MKP Ayat Sempoi : Baguihlah berdamai secara baik tak lelok gaduh lama-lama dunia artis nie bukanya besaq mana pun,Esok lusa jumpa juga?Blogger pun sama klu dpt buat cam nie kan baguih jugak...Dulu mengata kat orang tak main cita artis tapi lanie depa yang lebih sudu dari kuah,mulut penuh taik bila bercakap dan hidung patut mau sumbat K#T#....WTF.

DAP PERLU JAWAB ISU HUDUD OLEH PAS? @cmlimguaneng


Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar DAP menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan Hudud yang sering dinyatakan oleh pemimpin PAS.

Menurut Chua, walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkali-kali mengeluarkan kenyataan tersebut namun DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.

MCA sudah menyatakan pendapat kami di mana sekiranya Hudud dilaksanakan, kami akan keluar dari Barisan Nasional. Lagipun cadangan tersebut hanya dinyatakan oleh seorang ADUN, bukannya dari Menteri Besar, Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri. Jadi saya tidak ambil berat sangat kenyataan tersebut.

Tetapi sekiranya ia datang dari orang seperti Nik Aziz dan Hadi, ia perlu diambil serius.

"DAP perlu menyatakan pendirian mereka kerana Nik Aziz dan Hadi telah berulang-kali menyatakan untuk melaksanakan Hudud tetapi mereka masih bekerjasama rapat. Yang cakap ini bukannya setakat Ketua Pemuda, tetapi Presiden dan juga Ketua Ulama,kata Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, beliau turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan PAS baru-baru ini di mana mereka mendakwa mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri.

PAS baru-baru ini menyatakan yang mereka adalah parti yang kuat dan mempunyai strutktur yang lebih baik di dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga mendakwa mempunyai calon Perdana Menteri.

Jadi apakah pendirian DAP tentang ini kerana mereka hanya menyebut (Datuk Seri) Anwar (sebagai Perdana Menteri), tambah Chua.

TERKINI: BETTY CHEW LARI KELUAR DUN MELAKA AKIBAT SKANDAL GUAN ENG?


Marah dengan kebebasan akhbar melaporkan kejadian di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Isnin, Adun DAP Kota Laksamana Betty Chew Gek Cheng (gambar) bersama empat lagi anggota rakannya dari DAP pada Selasa bertindak keluar daripada persidangan DUN Melaka.

Betty bersama Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) bertindak demikian kerana membantah laporan dan penyiaran gambar di dalam akhbar pada Selasa berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sebelum sesi soal jawab bermula, Leong San yang memegang akhbar bangun dan bertanya kepada Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad mengapa membenarkan media membuat laporan dan mengambil gambar di dalam sidang dewan berkenaan.

Othman kemudian memaklumkan bahawa perkara tersebut dibenarkan dalam semua sidang dewan dan Parlimen.

Kesemua ADUN berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian bertindak keluar dari sidang dewan berkenaan.

Pada sesi penggulungan perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 dalam persidangan DUN Melaka pada Isnin, Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) bertanya kepada Betty sama ada beliau mengenali Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Guan Eng, namun Betty enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tindakan kesemua ADUN itu menunjukkan pembangkang tidak mengamalkan demokrasi, ketelusan dan bertanggungjawab.

Beliau berkata pihak pembangkang sepatutnya menjelaskan perkara yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat.

"Kita tengok banyak kes-kes yang tak bersih di Pulau Pinang, kita pun nak tahu juga dalam sidang dewan.

"Tetapi dia tak nak jelaskan, dia keluar dewan, itu menunjukkan siapa makan cili dia terasa pedas...kalau dia tidak bersalah kenapa dia nak lari," katanya.

Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tohmahan namun mengelak daripada menjawab isu yang timbul mengenai mereka.AD

YDP PAS PUKUL GENG PERTIGA DI TELUK BAHANG?


Siapa yang pukul siapa?Gambar diatas jelas menunjukkan YDP PAS kawasan Teluk Bahang memulakan pergaduhan dengan memegang leher ahli PERTIGA kerana geram gambar Guan Eng telah  dikoyakkan dihadapanya.Sampai begitu taksub pencacai Guan Eng?

Berbaju hijau didalam gambar adalah Abdul Samad b. Abd Manaf YDP PAS Teluk Bahang.Heran nin ajaib kerana yang memulakan sentuhan badan adalah YDP PAS itu sendiri dan Wira Perkasa telah disalahkan.

Sudahlah dicekik dileher lepas tue diheret pulak sepanjang jalan.


setelah dilepaskan baru ahli Perkasa datang untuk mententeramkan keadaan dan memujuk ahli Pertiga untuk bertenang.

Kedudukan Guan Eng lebih dari 10 meter dari aksi pergaduhan tersebut mana mungkin dakwaan Guan Eng bahawa Ahli Pertiga telah menyentuh beliau.Apakejadah punya Guan Eng macam nie pun nak menipu.

Guan Eng dalam kenyataannya telah menyalahkan pihak Polis:
Polis Harus Menimbang Semula Sikap Tidak Peduli Terhadap Perkasa Untuk Mengelak Persepsi Awam Bahawa Mereka Membenarkan Taktik Ganas Perkasa Untuk Mengugut Pemimpin PR. 
Kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi saya hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan UMNO dan BN. Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.Guan Eng

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng lidah bercabang menyalahkan Polis dan UMNO sedangkan UMNO tak terlibat langsung. Polis yang telah mententeramkan keadaan,buat apa pulak panggil skuad Polis sukarela menjaga beliau.




TERESA COCK KENA SUMBAT DENGAN K#T#?


Kesian awek DAP nie pada mulanya ingin nak ambil tahu dan membela Taresa Kok akan tetapi kena maki hamun dengan pendemo depan Parlimen nie terus lari lintang pukang macam nampak hantu.Padan muka dengan perempuan nie,Memang patut kena maki macam nie sebab dia sendiri pi serah tengkok sapa suruh.Yang Ahli Perlimen Teresa Kok tak mau jumpa dengan pengundinya kenapa?Takut dengan kebenaran atau sengaja nak main persepsi supaya mendatangkan undi simpati pada PRU13.Terlalu banyak sangat pembohongan yang relah dilakukan oleh DAP nie sampai rakyat Selangor mengamuk. 

Bekas KP JPA : MENDAKWA BELIAU DIPECAT BETULKE?


Inilah kisahnya apabila sudah tidak bersama semuanya pekung dan kisah buruk teman sebantal dilondehkan apa nak buat?dah jadi macam orang politik la pulak depan cakap lain dan dibelakang lain pulak cakapnya...Janganlah buat hal lagi semua telah didedahkan bahawa anda adalah musang berbulu ayam.....

Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Abu Bakar mendedahkan bahawa beliau tidak bercadang meletakkan jawatan tetapi sebalik dipecat oleh kerajaan.

Menurut akhbar itu, Abu Bakar dipetik memberitahu Berita Harian bahawa beliau dan keluarganya sedih dengan penamatan perkhidmatan itu.

"Keluarga saya dan diri saya amat sedih berhubung apa yang berlaku. Itu sahaja yang dapat saya katakan, saya tidak mahu berkata lebih kerana bimbang ia disalah tafsirkan," katanya yang dipetik akhbar itu.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat memaklumkan perkhidmatannya akan berakhir pada 1 Julai.

VIDEO SEMPOI : KHAIRUL FAHMI aka APEK MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN.


Satu video prody telah dihasilkan lakonan penjaga gol malaysia yang pernah menimbulkan kontroversi,bila dilayan agak lawak jugak jalan ceritanya.Tapi yang nie hanyalah part 1 dan pasti ada part2 lepas nie.Pasti ada hikmah bila apek dimalukan sebegitu rupa.....nak tahu lebih tengok ajelah video kt bawah nie.

Monday, July 2

SKANDAL GUAN ENG : BETTY CHEW MENGAMUK?


Gempar apabila Betty Chew ditanya berkenaan skandal yang telah terjadai diantara Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang dengan pembantu peribadinya didalam Dewan Rakyat melaka yang bersidang hari ini.Berita ini telah disiarkan di TV3.Nampak jawapan yang mengelirukan dari Betty Chew ini....Kantoi sudah la Betty nie.


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang.

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.klik

ABBY ABADI KELUARKAN FATWA MENGALAHKAN NIK AZIZ? abby_abadi112





Sila baca dan renung semula status tweet abby_abadi112.

Syahadah adalah dua kalimah suci yang menentukan keislaman seseorang individu.. Apabila seseorang manusia mengucap dua kalimah syahadah, bererti dia telah masuk dalam agama yang suci iaitu Agama Islam. Perbezaan orang islam dengan orang kafir adalah kalimah syahadataini.
Syahadah seseorang muslim boleh terbatal dengan beberapa sebab. Dengan terbatalnya syahadah seseorang muslim bererti ia telah terkeluar ( murtad) dari Islam, agama yang suci. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

a) Murtad Iktikad, adalah kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya)

b) Murtad Perbuatan (af'al), adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan.

c) Murtad Ucapan ( Aqwal), iaitu kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.

Ketiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali. Oleh sebab itu, kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita sehari-hari. Seandainya ada ucapan, perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan, maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah,

A) Murtad Iktikad
Murtad Iktikad adalah kemurtadan yang disebabkan oleh keyakinan dalam dirinya. Berikut adalah contoh-contoh tentang murtad Iktikad.

1. Meragukan adanya Allah
2. Meragukan kerasulan Nabi Muhammad SAW
3. Meragukan Adanya Al-Quran
4. Meragukan adanya Hari Akhirat
5. Meragukan adanya pahala
6. Meragukan adanya seksa
7. Menafikan salah satu sifat-sifat Allah
8. Menghalalkan perkara yang haram
9. Mengharamkan perkara yang halal
10. Menolak kewajipan yang diperintahkan oleh Allah
11. Mewajibkan perkara yang tidak wajib
12. Ingin kembali kepada kafir pada masa akan datang
13. Mengingkari kerasulan salah seorang rasul
14. Mengingkari salah satu huruf Al-Quran
15. Menambah huruf Al-Quran
16. Berkeyakinan masih ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad

B) Murtad Perbuatan
Murtad perbuatan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh tingkah laku atau tindakan. Berikut adalah contoh-contoh murtad Perbuatan.

1. Menyembah berhala
2. Menyembah matahari
3. Bersujud kepada makhluk

C) Murtad Ucapan
Murtad ucapan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perkataan.

1. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ' hai kafir'

2. Memanggil saudara seagama dengan panggilan 'hai nasrani, hai yahudi'

3. Menghina salah satu nama Allah

4. Merendahkan ancaman dan janji Allah


5. Mengucapkan: ( Jika Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian pasti aku tidak akan melaksanakannya)

6. Mengucapkan: ( Jika Allah memindahkan Kiblat ke arah lain, pasri aku tidak akan melakukan solat mengadap kiblat tersebut.)
7. Mengucapkan: ( Jika Allah memberikan aku syurga, maka aku tidak mahu memasukinya)

8. Mengucapkan: ( Jika Allah menyiksa aku, lantaran tidak melakukan solat kerana ketidakberdayaanku seperti sakit bererti Allah berbuat zalim kepadaku.)

9. Mengucapkan: ( Sekalipun para nabi, malaikat dan semua orang Islam menjadi saksi bagiku tentang hal ini pasti aku tidak mahu menerima persaksian mereka.
10. Mengucapkan: ( Aku bebas dari Allah dan bebas dari para nabi, malaikat dan Al-Quran.)
Baca seterusnya klik

MKP Ayat Sempoi : Jangan jadi jahil dan mempermainkan Islam demi taksub kepada parti PAS

KHALID SEMAKIN GAGAP DENGAN ISU FEKAH?


Masa adalah senjata ampuh untuk mendedahkan belang ahli politik. Masa membawa cabaran tersendiri yang menguji sama ada ahli politik terbabit akan mengotakan janji atau setakat bersifat retorik sahaja.

Masa yang dimaksudkan itu telah sampai untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim …tetapi berlalu begitu sahaja tanpa Menteri Besar Selangor itu mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat perilaku Setiausaha Politiknya Faekah Husin.

Faekah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk menulis dan mencadangkan kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) supaya melantik firma anak saudaranya sebagai panel peguam kepada syarikat kerajaan negeri itu.

Dalam surat itu, Faekah menegaskan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB bahawa "peluang HARUS diberikan" kepada syarikat guaman anak saudaranya "selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."

Tindakan Faekah melobi untuk anak saudaranya itu dicemuh oleh kalangan pemimpin PKR sendiri, lebih-lebih lagi kerana pilihanraya umum makin hampir dan isu itu boleh menjadi modal untuk menyerang PKR.

Antara yang lantang mempertikaikan tindakan Faekah itu adalah Adun Sri Muda dan Ketua Penerangan PKR Selangor Suhaimi Shafiei.

Faekah tidak menafikan menulis surat itu. Lebih mengejutkan, Khalid bertindak mempertahankan Setiausaha Politiknya. Menurut Khalid, surat Faekah itu hanya bertujuan untuk memanjangkan permohonan anak saudaranya itu kepada PNSB.

Jawatankuasa Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang ditubuhkan oleh Khalid tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat sama ada Faekah telah melakukan salah guna kuasa.

Adakah kerana Pengerusi Selcat Teng Chang Khim tidak menerima sebarang arahan?

Pucuk pimpinan PKR harus menasihati Khalid bahawa siasatan harus dijalankan. Lebih-lebih lagi kerana Khalid sendiri mengeluarkan arahan pada tahun 2010 melarang jentera kerajaan negeri mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak atau tender awam.

Tindakan beliau mempertahankan Faekah membawa implikasi bahawa bukan sahaja arahan itu dilanggar tetapi Menteri Besar sendiri menghalalkan tindakan pegawai-pegawainya menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk mendapatkan projek bagi saudara mara mereka.

Pada tahun 2010, seorang Ahli Majlis Perbandaran Kelang dipecat daripada jawatan itu dan parti DAP kerana mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat milik anaknya mendapatkan tender MPK.

Penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk mengutip derma bagi PKR juga meyebabkan seorang pegawai Khalid dibuang kerja pada tahun 2008.

Dengan latar belakang sebegitu, sudah tentu rakyat mempunyai asas kukuh untuk sekurang-kurangnya menuntut supaya tindakan Faekah itu diperinci oleh Selcat.

Khalid juga boleh mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas untuk membuat siasatan.

Apapun, pokoknya ialah siasatan harus dijalankan bagi memberi makna kepada retorik Khalid bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat telus dan tidak pilih kasih dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.

Jangan apabila tiba masa untuk mengambil tindakan wajar, Khalid, Faekah dan pucuk pimpinan PKR sendiri terpinga-pinga memberi segala bentuk alasan semata-mata kerana takut kepada natijah sebuah siasatan yang adil dan telus.

BOLEHKAH ANWAR DIDAPATI BERSALAH KALI NIE?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR hari ini didakwa dengan satu lagi tuduhan atas dakwaan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar dan dua pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas anggota majlis pimpinan tertinggi parti itu, Badrul Hisham Shaharin – merupakan antara yang terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Pada 22 Mei lalu, ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2) akta baru itu kerana terbabit dengan perhimpunan dan melanggar arahan mahkamah antara jam 2.30 petang hingga 3 petang pada 28 April.

Arahan yang ditandatangani oleh majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April, melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitar Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimun sehingga If RM10,000. Anwar dan Azmin menghadapi kemungkinan hilang kelayakan mereka sebagai wakil rakyat jika didenda melebihi RM2,000.

Mereka juga menghadapi pertuduhan lain mengikut Seksyen 188 Kanun Jenayah kerana melanggar arahan majistret.

MKP Ayat Sempoi : banyak kali dah Anwar terlepas tapi kali nie boleh ke dakwa Anwar?

FINAL EURO BARISAN UTAMA ITALI-SEPANYOL


Final antara Itali dan Sepanyol di Kiev pastinya aksi yang dinantikan oleh peminat bola sepak. Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia menewaskan Belanda dua tahun lalu dan Euro 2008 berazam untuk memenangi kejohanan ini bagi melengkapkan kejuaraan ketiga dipentas antarabangsa.

Itali pula telah menunjukkan peningkatan disetiap perlawanan Euro 2012 dan menghantar mesej kepada Sepanyol bahawa mereka bukan lawan yang boleh diambil mudah. Kita ikuti pertembungan satu persatu pemain-pemain yang perlu disaksikan pagi ini.

Andrea Pirlo dan Xavi Hernandez
Kedua-dua pemain ini merupakan ‘playmaker’ kedua-dua Negara. Pirlo, 33, merupakan pemain terbaik skuad Azzurri dalam tiga perlawanan Itali di Euro 2012. Berbekalkan teknik ‘passing’ yang tepat dan kebolehan menjaring gol ‘free kick’ merupakan kelebihan utama beliau di samping pengalaman yang luas dalam arena antarabangsa. Xavi juga tidak kurang hebatnya, kebolehan ‘penghantaran mautnya' merupakan satu sebab beliau sering dikawal oleh pasukan lawan.

Cesc Fabregas dan Chellini
Kecewa dengan kebolehan penyerang utamanya, Vicente del bousqe mengharapkan Fabregas untuk mencari gol bagi pihak Sepanyol. Fabregas merupakan pemain tengah berkebolehan mencari ruang kosong antara pertahanan lawan dan terbukti berbahaya dengan dua gol di sepanjang Euro edisi kali ini. Chellini, pemain pertahanan Itali yang lain, perlu memastikan Fabregas dikawal ketat atau gawang Buffon pasti dalam keadaan bahaya.

Mario Balotelli dan Gerard Pique
Kuat, teknik yang bagus, keyakinan yang tinggi dan pergerakan yang sukar dibaca adalah kelebihan Balotelli. Pastinya Pique mempunyai strategi menjinakkkan Balotelli pagi ini atau berhadapan dengan kemungkinan diserang bertubi-tubi oleh Balotelli. Pique juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengawal Cristiano Ronaldo ketika bertemu Portugal pada suku akhir lepas.

Andres Iniesta melawan Claudio Marchisio
Satu lagi ‘playmaker’ Sepanyol adalah si cilik Iniesta. Pandai mengelirukan pihak lawan, teknik kawalan bola yang bagus dan pergerakan yang bijak akan menyusahkan Marchisio jika beliau tidak berhati-hati. Marchisio perlu bekerja keras untuk mengawal Iniesta dan tidak membiarkan dia menggunakan ruang kosong untuk masuk ke kawasan penalti Itali.

APAHAL PULAK NORA DANISH DIDALAM GELAP NIE?


Gambar terbaru yang MKP dapat semasa berada di Terangganu,Walaupun pertemuan itu singkat akan tetapi memberi seribu makna.MKP peminat setia kepada Nora Danish nie der.Walaupun banyak dilanda kontroversi MKP lihat Nora pandai menangkis segala tomahan serta gossip yang melanda.

Tahniah MKP ucapan kepada Nora Danish nie.Gambar ini untuk tatapan MKP sahaja akan tetapi tak salah jika MKP berkongsi dengan pembaca blog MKP yang budiman dan disayangi.

Sunday, July 1

GUAN ENG PECAH KEPALA DI TELUK BAHANG?


Dalam twitter,seekor biawak mengadu dirinya lebam lebam dipukul wira perkasa,katanya lagi pihak polis membiarkan dirinya diperlakukan dengan sebegitu kejam hingga mendatangkan cedera parah.

Biawak ini mahukan hak asasi dirinya sebagai binatang liar dilindungi oleh pihak polis.Namun malang sekali pihak polis dikhabarkan telah mengesan lidah binatang ini bercabang maka tidak perlu diberi perhatian kerana diketahui memang lidahnya pembelit.


Satu lagi pembohongan Guan Eng kononnya dirinya diserang hingga cedera parah!...report polis la tunggu apa lagi!

Pagi kelmarin 30/6 di Pasar Telok Bahang,20 orang pemuda Perkasa berdemo semasa satu program Ketua Menteri regim DAP Pulau Pinang bersama lebih 200 orang penyokong PAS.


Apa yang menariknya,akibat tidak tahan dengan demo Perkasa,seorang khawarij PAS telah bertindak menyerang pemuda perkasa,mencekik dan memaut leher seorang pemuda perkasa hingga mencetuskan pergaduhan.


Menurut sumber Pisau,tindakan khawarij PAS disebabkan mereka tidak tahan dengan kritikan perkasa yang mengutuk keras tindakan ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP kerana terbukti menindas dan berlaku zalim terhadap bangsa melayu.


MKP Ayat Sempoi :Mana NGO lain yang berani macam Perkasa nie....Ramai yang dok diam lepas tue claim macam macam kata depa buat........Last sekali Perkasa dipersalahkan. 

Dakwaan Pemuda Umno bergolak hanya helah Pas


Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan Pemuda Pas Johor berhubung pergolakan yang berlaku dalam pemuda Umno negeri itu.Sebaliknya, beliau menyifatkan dakwaan tersebut adalah cubaan Pas untuk menutup kelemahan parti itu.

Khairy berkata, Pas sebenarnya tersepit dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan Pas hilang sokongan orang Melayu negeri ini sehingga mereka cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud dalam Umno.

“Mereka hanya nak tutup kelemahan kerana rakyat Johor terutama orang Melayu telah menolak Pas disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar dan berusaha untuk tutup kelemahan yang telah mereka lakukan.

“Naib Ketua Pemuda saya orang Johor, jadi kita tidak akan biarkan timbul masalah dalam kalangan Pemuda negeri ini. Kalau ada kelemahan kita akan tangani secara berhemah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang,semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Roslan Hassan.

Khairy berkata, laporan yang didakwa Pemuda Pas itu tidak tepat kerana sebarang perubahan yang dibuat dalam kepimpinan Pemuda Umno berkisar kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, perubahan yang dilakukan bukan perkara luar biasa kerana rombakan kepimpinan Pemuda yang dilakukan di beberapa buah negeri bertujuan untuk memantapkan parti.

“Saya dah merombak kepimpinan Pemuda negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah, jadi mungkin negeri lain saya akan melihat pada keadaan, kalau perlu kita akan buat rombakan.

“Johor antara satu negeri yang saya masih lagi pantau, sama ada perlu atau tidak,” katanya.

Berhubung isu undi Pas masuk syurga, Khairy berkata, dalam Umno tidak mengamalkan politik sama seperti Pas yang menjanjikan pahala dan syurga.

Menurutnya, Umno tidak mahu menjanjikan apa-apa yang bukan di dalam kuasanya kerana soal Pas janjikan pahala, dosa dan kepastian siapa yang akan masuk syurga bukan manusia yang menentukan, tetapi ALLAH SWT.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat berkata, wujud Kumpulan 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi ketua mereka, Mohd Fadil Muskon kerana beliau datang daripada kem Khairy.

Suhaizan berkata, ia juga merupakan antara faktor mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berani membubarkan Parlimen sehingga hari ini.

Dalam kenyataan tersebut juga, Suhaizan turut mendakwa, sifat ‘budak baik’ Mohd Fadil menjadikan beliau tidak disenangi oleh sebahagian Ketua Pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek kerajaan untuk kepentingan peribadi.

SOKONG SYAITAN SELEPAS MASUK PAS? @HairieOthman


MKP tergelak bila Hairi nie kata perjuangan PAS berlandaskan Sunah dan Al-Quran,Depa nie berdasarkan fakta atau pun auta.Yang jelas maklumat yang MKP dapat ada satu Agensi yang membawa artis yang sudah diketepikan dan kurang popular dalam industri tanah air supaya menyertai PAS.Tujuan utama artis nie masuk PAS adalah kerana habuan wang ringgit yang yang telah dijanjikan oleh Agensi terbabit.

Dedahan pada masyarakat umum menyatakan mereka ini masuk PAS adalah bersikap perjuangan serta Islam adalah sikap yang retorik semata-mata.Semuanya kerana wang ringgit yang telah menutup pintu hati mereka mendengar fakta yang sebenar..Apa pun yang telah dibuat oleh Hairi nie tak memberikan impak yang besar kepada UMNO kerana Janji yang tleah diberikan oleh UMNO adalah JANJI YANG DIKOTA.Tidak seperti PAS hanya pandai berjanji tetapi melaksanakan apa yang dijanji belum PASti....inagatan buat Hairi tontonlah video Pok NIk nie supaya anda sedaq apa itu perjuangan PAS yang sebenar.Islam telah dipergunakan untuk tujuan POLITIK

Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu. 
Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat. 
“Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi. 
“Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak. 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia JB. -SH
Video nie memang bantai UMNO oleh artis yang MKP maksudkan diatas akan tetapi nak tengok apa yang telah dikatakan oleh Bob Lokman tauke kopi jantan mengutuk UMNO get lose tonton sehingga keminit yang ke 12:10.Rasanya apa yang telah dibuat berbayar.

RAFIZI BAKAL DIMALUKAN,PRASANA TIDAK GENTAR TUDUHANNYA?


Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) bersedia menyerahkan dokumen berkaitan projek rel tambahan Transit Aliran Ringan (LRT) bernilai RM960 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan, kata Pengarah Kumpulan Datuk Shahril Mokhtar.

Beliau seterusnya menafikan lawatan SPRM ke pejabat Prasarana itu semalam adalah "serbuan" dan menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang perkara yang ingin disembunyikan.SPRM datang, dan kita berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Kami berikan semua dokumen yang berkaitan dengan tender LRT Ampang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini meneruskan serangan terhadap projek lanjutan LRT Ampang mendakwa SPRM telah merampas dokumen-dokumen penting berhubung pemberian kontrak kepada syarikat George Kent Bhd yang dikaitkan dengan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebelum mereka datang, kami sudah bersedia. Kami tiada perkara yang hendak disembunyikan.

"Beliau (Rafizi) boleh mengatakan apa yang beliau mahu. Ia bukan satu serbuan. Kita telus."

Rafizi telah membuat laporan polis semalam terhadap Perdana Menteri mendakwa wujudnya campurtangan dalam pemberian kontrak yang sepatutnya dianugerahkan kepada Balfour Beatty-Invensys.

MKP Ayat Sempoi : Kalau tak salah apa nak takut serahkan saja apa yang diperlukan oleh SPRM,Lepas nie yang bakal malu adalah Rafizi yang membuat tomahan dan bakal diambil tindakan?

CERAMAH UMMI HAFILDA DIGANGGU AMK?


Pencacai Anwar yang cukup tak tahan lanyakkan Umi Hafilda terhadap pemimpin agungnya Anwar Ibrahim iaitu Ketua AMK Prmtg Pauh ,Amir Ghazali . Beliau yang duduk berdiri dibelakang padang awam dengan beberapa rakannya terus menyalak sekuat hati menjerit nama Umi Hafilda sebagai perempuan fitnah .

Ekoran provokasi ini , kawalan ketat oleh penganjur terpaksa dibuat bagi menjaga keselamatan Umi Hafilda daripada disentuh oleh pencacai dihantar Anwar ini . Tetapi hasrat Amir Ghazali menyalak terus menarik perhatian orang ramai yang hadir lalu menyerbu ke arahnya supaya diberhentikan .

Mereka memberi amaran kepadanya supaya beredar dari kawasan ceramah . Akhirnya beliau terpaksa beredar ..kalau tidak dah kena tumbuk dah ..hahaha

bodyguard pihak penganjur iaitu NGO terpaksa
mengawal kawasan pentas ceramah Umi.

Amir Ghazali dihalau oleh orang ramai & pihak keselamatan
ceramah ..


Saturday, June 30

PARKING KANCIL GUAN ENG PERLU MINTA MAAF?


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong menyifatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) harus dipertanggungjawabkan atas kerugian bersabit keputusan meroboh parkir bertingkat di Bukit Bendera.

Malah Tong Keong menggesa agar Ketua Menteri Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat di negeri itu kerana telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat berjumlah RM5 juta ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Pemuda BN negeri kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak PDC dan MPPP atas pembinaan tapak parkir yang tidak mematuhi syarat akibat tiada pemantauan serius.

"Akhirnya, tapak parkir kini diroboh bernilai RM5 juta di bawah peruntukkan Kementerian Perlancongan, rugi begitu sahaja," kata beliau.

Kontroversi parkir bertingkat Bukit Bendera ditamatkan pada Disember tahun lalu setelah Exco kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merobohkan bangunan tersebut dan digantikan dengan bangunan yang baru di mana akan menelan belanja sebanyak RM8 juta.

Malah Guan Eng terdahulu turut mendakwa projek kerajaan Persekutuan itu telah diluluskan pada September 2007 dan diserahkan kepada PDC sebagai agensi pelaksana.

Tong Keong selain itu menuding jari kearah kerajaan negeri Pulau Pinang yang gagal melakukan pemantauan projek itu yang kini terpaksa menggunakan lebih banyak dana awam untuk pembinaan semula.

"Sekiranya, pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah dengan pemantauan yang sewajarnya, sudah tentu wang kos RM8 juta dapat dijimatkan untuk melaksanakan banyak rumah kos rendah," katanya lagi.

MARINA KENA SOUND DENGAN TUN M?


Sikap suka cakap lepas dan anti-establishment Datin Paduka Marina Mahathir yang makin menjadi akhir-akhir ini ditegur oleh ayahnya sendiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mahu anak sulungnya itu berhati-hati dalam tindakan terutama sokongan beliau kepada kumpulan seperti Bersih dan golongan yang menyokong komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual (LBGT).

Marina tampil dalam demonstrasi Bersih 2.0 sebelum ini dan media-media pro pembangkang galak menyiarkan krtitikan demi kritikan beliau terhadap kerajaan kini.

Sebagai anak sulung bekas PM selama 21 tahun, kata-kata Marina digunakan sebagai 'senjata' oleh pihak pembangkang untuk tibai kerajaan atau dalam kata lain Marina jadi 'perkakas' kepada agenda pembangkang.

Tindak tanduk tersebut tidak dipersetujui Dr Mahathir, kerana bagi beliau sebagai ahli keluarga, Marina perlu lebih sensitif terhadao implikasi kenyataan-kenyataan beliau.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding pilihan raya nanti,” kata Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas oleh peguam terkenal Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk laman web TV The Malaysian Observer (MobTV.my).

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata ... jika tidak saya tidak akan kemana-mana.

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak perempuannya itu, namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih, yang mana matlamatnya telah di'hijack' oleh pembangkang.

Menurutnya, golongan minoriti dalam politik di Malaysia tidak menghormati golongan majoriti, dengan menimbulkan berbagai masalah, membuat kacau seperti demontrasi jalanan dan sebagainya.

"Ini sebenarnya menafikan demokrasi," kata beliau.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap golongan LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu; lelaki kawin lelaki, perempuan kawin perempuan... Dia ambil berat berkenaan mereka ... namun perlu ada batasan antara mereka.”

PAS CUBA LAGAKAN PEMIMPIN UMNO TERANGGANU?


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.

"Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar)," katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.SINAR

Friday, June 29

Abby Abadi Malukan Moderator PAS di Pasir Putih?


Abby abadi pada malam ini telah memberi ceramah di Pasir Putih Kelantan,ceramah diadakan di Padang Majlis Daerah.Dalam ceramah itu moderator ingin menyerahkan borang keahlian kepada Abby Abadi akan tetapi telah ditolak dihadapan hadirin yang hadir.Untuk menutup kemaluan itu moderator pun tersipu malu kerana sebelum ini mereka telah menyatakan kepada hadirin yang hadir akan ada kejutan dari Abby Abadi yang mungkin menyertai PAS pada malam ini.

Tambah-tambah pulak dengar khabar, Abby berkawan baik dengan muslimat PAS di kawasan tempat tinggal dia.., lagi lah senang nak 'terpengaruh' kann...

Apapun, selamat maju jayalah buat bekas bini Norman Hakim tu.. Semoga dia dapat 'tiket syorga' dari Pok Nik..

Dah join PAS, lepas ni dapatlah lesen nak maki hamun kerajaan sesuka hati kann... Jangan bimbang.., masuk PAS semuanya jadi 'halal'... Hahahaha...


RAFIZI SAMAN PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK


Rafizi Ramli hari ini membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Rafizi berkata, laporan tersebut dibuat kerana pihaknya mendakwa Najib terlibat dalam pemberian kontrak pembinaan rel tambahan LRT aliran Ampang yang bernilai RM1.1 bilion kepada George Kent Berhad.

Malah, Rafizi mendakwa pihaknya juga memiliki bukti kukuh diatas pertuduhan terbabit.

Katanya lagi, beliau percaya terdapat campur tangan terus oleh Perdana Menteri yang didakwa melanggar proses dan prosedur perolehan kerajaan.

"Saya juga percaya campur tangan ini mempunyai risiko besar kepada negara dan rakyat dari segi jumlah rasuah yang terlibat, risiko keselamatan apabila pembida yang tiada pengalaman diberikan kontrak membina LRT dan melanggar semua peraturan kerajaan.

"Oleh kerana ini melibatkan Perdana Menteri sendiri, saya memohon supaya satu siasatan di bawah jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa dijalankan segera secara bebas dan profesional," Rafizi seperti dipetik dari salinan laporan polisnya.

TADI MKP ADA MEMBACA SATU ARTIKEL BERKENAAN ANAK DERHAKA TERANGGANU INI,PERSOALANNYA IALAH FAFIZI TAKUT BERTANDING DIKAMPUNGNYA SENDIRI?

Sejak akhir2 ni nama Rafizi Ramli saya lihat meletup-letup naik. Malah kontroversi perletakan jawatan beliau dari menjadi penasihat ekonomi Selangor tidak banyak mencalarkan imej beliau. Isu NFC banyak menolong melonjakkan nama beliau dalam politik dan nama beliau begitu mesra dibibir penyokong Pkr dan Pas.


Terbaru dikatakan Rafizi bakal menjadi calon Pkr di Parlimen Pandan bagi PRU13 .... hmmmm kerusi yang disandang oleh Ong Tee Kiat.

Saya malas nak komen apa2 hal Pandan cuma timbul satu pertanyaan remeh, dan disebabkan saya pun takde modal nak cerita maka saya nukilkan keremehan soalan itu -

Kenapa Rafizi tak nak balik kampung bertanding ? Maksud saya Rafizi kan dilahirkan di Besut dan dibesarkan di Kemaman .... Kawasan Abdullah Mat Zin dan kawasan Shabery Cheek ... Menteri Penuh tuh !

Isu lembu NFC memang glamer dikalangan orang2 kampung di Terengganu ... atau Rafizi yang tak glamer dikampungnya sendiri........ atau Rafizi yang takut balik kampung ?

Adakah DAP pembunuh Melayu Memali?


Lim Guan Eng mengungkit peristiwa berdarah Memali sebagai bukti kerajaan BN yang diterajui Melayu lah yang membunuh orang Melayu. DAP dan PAS pula tidak pernah mencedera atau membunuh orang Melayu. Sekilas kenyataan tersebut diucap LGE terfikir saya secara logik tindakkan tersebut tidak mungkin dapat dilakukan mereka (DAP & PAS) selagi mereka tidak menjadi kerajaan dan menguasai PDRM dan ATM. Jika mereka menguasai kerajaan sudah tentulah tindakkan yang sama akan dilakukan mereka demi menjaga keamanan Negara. Bagi saya ini adalah cubaan LGE melagakan kaum Melayu dengan kenyataan yang dangkal...

VIDEO HADI AWANG PENYEBAB PERISTIWA BERDARAH MEMALI?



Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Seterusnya KLIK

MAYA KARIN MENANGIS JERMAN KALAH?


Ini adalah artikel yang pertama mengenai #EURO2012 dari MKP.Frust tertungging sebab MKP adalah peminat setia Jerman.Tapi apa nak buat sudah takdir menentukan segalanya walaupun kalah MKP tidak akan menjadi lalang dan menyokong pasukan lain.Yang sudah biarlah ianya berlalu.adat permainan mesti ada kalah dan pemenangnya.So tahniah kepada Itali melangkah ke perlawanan akhir.Maya Karin sabar ye?

Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.

Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.

Kedua-dua gol Itali dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-20 dan 36. Dua jaringan ini amat mengejutkan peminat-peminat Jerman dengan beberapa penonton di Stadium Warsaw menitiskan air mata.

Sementara Jerman bekerja keras mencari gol, Mesut Ozil menjaringkan gol pasukannya menerusi penalti.

Jerman dan Itali bekerja keras untuk mengisi satu slot ke final Euro 2012 di Stadium Warsaw.

Jerman selaku pilihan kedua Euro 2012 bukan sahaja turun untuk mengulangi sejarah mara ke final empat tahun lalu, sebaliknya mahu menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.

Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

STACY PILIH AKIM?


Meskipun bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Akim Ahmad tidak pernah mengaku dirinya sedang dilamun cinta bersama penyanyi, Stacy, namun mereka tetap menjadi pilihan untuk bekerjasama.


Terbaru, menerusi album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad turut memuatkan sebuah lagu duet dengan Stacy berjudul Kembali.

Kali kedua berkolobarasi dengan Stacy, Akim Ahmad akui selesa digandingkan apatah lagi bekerjasama di dalam lagu yang begitu istimewa buatnya.

"Saya akui selesa dan mudah apabila bekerjasama dengan Stacy kerana dia memahami apa yang yang saya mahu dan suka.

"Lagipun sebelum ini kami pernah berkolaborasi. Tetapi ketika itu kami membawakan lagu rancak dan semua sedia maklum lagu rancak dah jadi identiti Stacy.

"Kini saya cuba dengan lagu balada. Apabila saya beritahu mengenai lagu ini dia terus berminat dan bersetuju untuk berduet bersama," katanya selepas pelancaran album Akim Ahmad di Restoran No Black Tie, petang semalam.

Selain Kembali, Akim turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan lagu untuk mencipta sebuah lagi lagu berjudul Menunggu.

Album Akim Ahmad mengandungi sepuluh buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru.

Manakal tiga buah lagu lagi merupakan single popularnya yang dibawakan kembali dalam bentuk akustik.

Mengulas lanjut mengenai lagu ciptaanya, Kembali, Akim akui dia langsung tidak terbayangkan Stacy.

Sebaliknya menulis mengikut kisah rumah tangga orang lain yang pernah didengar.

"Lagu ini merupakan lagu tambahan yang diminta oleh produser album saya.

"Kiranya lagu Kembali adalah lagu yang saya cipta dalam saat-saat akhir.

"Nasib baik juga, Stacy sudi berduet dalam lagu yang dimuatkan untuk album saya ini," jelasnya lagi.

Selain Stacy, Akim turut memilih Fiq Mentor untuk berduet sebuah lagu berjudul Mesti Ada Cinta.

Sementara itu, Akim yang akui dirinya masih solo berkata hidupnya masih muda untuk memikirkan sola cinta dan hanya berhasrat untuk berkahwin ketika usianya mencecah 25 tahun.

"Saya tidak terfikir soal cinta sekarang ini. Lagipun saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain untuk masa hadapan saya dan bakal isteri kelak.

"Tambahan pula, kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu,"tambahnya lagi..MURAI

Thursday, June 28

GPRS CABAR RAFIZI PULANGKAN WANG RAKYAT?


Rafizi Ramli dicabar supaya memulangkan kembali wang rakyat yang digunakan untuk membayar gajinya sepanjang bertugas sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Datuk Sohaimi Shahadan berkata Rafizi perlu rasa berdosa kerana menggunakan wang rakyat tetapi gagal berbuat sesuatu untuk meningkatkan ekonomi Selangor kerana lebih gemar berpolitik.

“Rafizi tidak perlu putar belit kenyataan. Beliau letak jawatan kerana mahu tumpu pilihan raya, bukan kerana ikhlas mahu melepaskan jawatan itu. Jika memang duit rakyat, saya cabar Rafizi pulangkan kembali elaun diterima sepanjang menjawat jawatan berkenaan,” katanya.

Sohaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi yang melepaskan jawatan ketua eksekutif kerana tidak selesa menerima gaji daripada tabung rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik.

Sohaimi berkata Rafizi dilihat gagal dalam meningkatkan ekonomi negeri Selangor sejak menyandang jawatan berkenaan pada tahun 2009.

“Beliau juga sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana kegagalannya itu,” katanya.

Justeru, katanya, Rafizi juga perlu meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebaliknya lebih banyak beretorik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) Badrul Hisham Badrudin berkata peletakan Rafizi itu juga membuktikan kepimpinan kerajaan negeri Selangor semakin bergolak dan hilang hala tuju.

Katanya, rakyat perlu membuka mata melihat sendiri pergolakan dan perebutan kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menjejaskan tumpuan dalam usaha memajukan ekonomi Selangor.

“Mereka ini tidak mempunyai keutamaan kepada rakyat, sebaliknya hanya mengejar jawatan untuk kepentingan diri dan agenda peribadi semata-mata,” katanya.

ALAHAI MELOYAKINI APA DAH JADI?


Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.


Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’. Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.IS

MKP Ayat Sempoi ; Tragedi 13may akan menjadi pengajaran kepada yang telah mengalaminya,akan tetapi anak muda yang lahir selepas tarikh itu  tidak pernah merasainya/menyelaminya?

PRU 13 SEMINGGU LAGI,HARI TELAH DITENTUKAN AHAD SAMPAI ISNIN?


Semalam MKP menerima satu mesej pesanan ringkas yang sekali lagi berkisar kepada tarikh pasti pilihan raya umum.

Hakikatnya walaupun mkp berkata yang mkp sendiri tidak pasti dan tidak tahu akan tarikh pilihan raya umum tetapi orang yang bertanya biasanya enggan mempercayainya.

“Mana mungkin blogger tidak tahu...” Itu adalah di antara kata-kata yang paling lazim yang mkp terima daripada mereka yang bertanya.

Pada persepsi atau kaca mata orang awam, blogger adalah kumpulan yang paling ‘layak’ untuk mengetahui bilakah tarikh pilihan raya umum akan diadakan kerana mereka kononnya adalah golongan yang sering bergaul dengan pemimpin politik.

Sebenarnya tidak ada makhluk di muka bumi ini yang pasti benar bilakah pilihan raya umum di negara ini akan diadakan melainkan YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tetapi untuk menjawab segala persoalan ini buat kali yang penghabisan, sukalah mkp berkata begini.

Mudah sahaja...walaupun Malaysia tidak sepertimana negara-negara lain yang siang-siang lagi telah menetapkan tarikh pilihan raya umum mereka tetapi negara kita juga turut menetapkan bahawa setiap penggal pemerintahan sesebuah kerajaan tidak boleh lebih daripada lima tahun.

Bermakna, jika perdana menteri tidak mahu mengadakan pilihan raya sekarang, beliau boleh sahaja menunggu sehingga tempoh sah kerajaan yang ada sekarang berakhir sebelum Mac tahun hadapan.

Oleh yang demikian kenapakah PAS membuat andaian yang pilihan raya umum akan dibuat tahun ini dan lebih khusus lagi pada musim haji ini - sekaligus membawa kepada tercetusnya ‘fatwa’ haji tidak perlu dilakukan tahun ini kerana khuatir pilihan raya akan diadakan pada waktu orang sedang mengerjakan ibadah haji.

Pertama sekali kenapa andaian ini dibuat? Kedua kenapa menuduh siang-siang lagi yang adalah tidak adil untuk diadakan pilihan raya umum pada musim haji sedangkan tidak ada kepastian lagi yang ia akan diadakan pada waktu haji.

Ketiga kenapa terlalu beriya-iya yang pilihan raya umum akan diadakan pada waktu haji sedangkan penggal pemerintahan kerajaan sekarang hanya akan berakhir tahun depan?

Sebenarnya siapakah yang beriya-iya sangat mahukan pilihan raya diadakan tahun ini? Sedangkan kalau pilihan raya tidak diadakan tahun ini pun tidak menjadi satu masalah kerana bukan penggal pemerintahan kerajaan sekarang sudah berakhir.

Kerajaan sekarang masih sah sehingga Mac tahun depan tetapi ramai termasuk PAS sibuk mencanang sana-sini yang pilihan raya akan diadakan pada musim haji ini.

Habis jadi celaru otak orang yang hendak mengerjakan ibadah haji kerana teragak-agak sama ada pilihan raya akan diadakan pada musim haji.

Bagi sesiapa yang hendak mengerjakan haji, pergilah dengan hati yang tenang kerana jika perdana menteri hendak memanggil pilihan raya umum sekali pun, takkanlah beliau tidak mengambil kira faktor tersebut. Salah kah jika tidak diadakan pilihan raya tahun ini?

Jika tidak diadakan pun tidak menjadi satu kesalahan. Kenapa perlu menyerahkan kuasa penentuan sedangkan tempoh sah kerajaan beliau masih panjang.

Banyak lagi yang boleh beliau lakukan sepanjang baki tempoh waktu yang ada sekarang. Jadi kenapa harus terburu-buru?

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, June 27

SIAPA YANG NEELOFA CIUM TUE?


Apaaaa? Neelofa cium seseorang..siapakah the lucky person? Dah ramai jantan kat luar sana …tak sabar.. huhu.. sabar-sabar dek oii.. Neelofa hanya mencium adik beliau Athisha sewaktu harijadi beliau.. Jangan maraahhh ekk.. hehehe..Sesungguhnya NEELOFA adalah pelakon yang MKP sayangi.. Semoga beliau pergi lebih jauh lagi..





CUIT POLITIK MKP

jangan sesape persoalkan pasal omega..understand?..nanti wa suruh lu cari baru tau...haaa


SAMPAI MACAM NIE DEPA HINA PAS?

Anak sapa pulak nie? Kalau pencacai PAS nampak dan lihat mesti depa meroyan gila ada ke patut bendera PAS nie diletakkan di pintu masuk Jamban.Tapi kalau nak diikutkan memang ini tempat sepatutnya.

Dibawah adalah gambar-gambar kemenangan Dr Mohamed Morsi, presiden baru Mesir yang TIDAK SANGGUP dipamerkan oleh mana-mana media Pas, baik Harakah mau pun para pencacai Pas.








Dibawah ini adalah contoh dari satu artikel berkaitan kemenangan Dr Morsi dari Harakah dan perhatikan gambar yang mereka pilih -


rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive