Wednesday, July 25

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA’AN.


Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
.
Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
.
Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ’mah?

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
.
Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?

JAWAPAN DARI ABU YAZID

Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah lapan Malaikat.

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?
Nama empat macam angin.

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?
Awan gemawan di dada langit.

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?
Perahu-perahu yang belayar di laut.

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?
Gunung Tursina

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?
Kuda.

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?
Bulan Ramadhan.

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ’mah?
Hari Kiamat.

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

SOALAN DARI ABU YAZID

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Anak Palestin gugur syahid,
Anak Melayu gugur janin……
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga,
Anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga……
Anak Palestin maut di tembak zionis semasa jihad,
Anak Melayu maut di tembok besi semasa rempit…..
Anak Palestin menangis kerana diragut agama, harta, keluarga, tempat tinggal.
Anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain…..

Renung-renungkanlah.. Dan Fikir-fikirkanlah Tentang Masyarakat Kita Sekarang..

Dari Pena Tinta Berbicara….

{cekodok hangit}

SENDAT & KETAT APA MAKSUDNYA?


MKP tidak pasti sama ada ayat yang mengandungi kata "sendat" dan "ketat" di bahagian atas iklan tersebut memang sedia ada atau rekayasa pengguna internet. Jika memang disertakan dalam iklan, maka sudah tentu banyak orang yang bertanya: Terdesak sangatkah pihak syarikat sehingga terpaksa menggunakan frasa yang berbaur lucah dan gatal itu?

Namun, ayat "Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut? Tidakkah penggunaan sesetengah kata itu akan memprovokasi imaginasi mereka? Paling penting, adakah orang Melayu yang dicanang memiliki sifat sopan santun terlibat dalam hal-hal sebegini?

MKP Ayat Sempoi: Cuba bayangkan anda menjaedi model iklan di atas? Malu atau bangga?

TERSEDAK SAMPAI TERSEMBUR RUPANYA?

Logo sempoi hasil kretiviti puak pencacai pembangkang,Nampak mereka tersedak dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN.

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin pada mata sesetengah pihak kelihatan seorang ahli politik biasa. Dari segi sejarahnya, beliau tidak terlibat dalam mana-mana pergolakkan yang berlaku dalam UMNO malah kekal setia pada parti dalam keadaan apa sekalipun.

Sekurang-kurangnya itu yang kelihatan di dasar.

Tapi hakikatnya Najib adalah seorang pemimpin politik yang penuh dengan strategi dan gaya kepimpinan yang tersendiri. Beliau tahu dimana dan bila untuk mencelah di antara pelbagai isu yang dilemparkan Pakatan harami terhadap kerajaan pimpinannya.

Tidak hairan kenapa Pakatan harami berusaha sehabis baik untuk memastikan Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan mencipta pelbagai siri pembohongan yang jijik dan tidak masuk akal, termasuk yang berkaitan dengan pembunuhan!!!

Kerana Pakatan harami, terutama Anwar Ibrahim tahu, Najib adalah seorang yang kurang bercakap tapi cekap dalam menjalankan kerjanya. Justeru menyusahkan lagi Pakatan harami nak meneruskan zaman kegemilangan 2008.

Seperti yang dilihat ramai rakyat hari ini. Dikala Pakatan harami meninggalkan hampir kesemua janji pilihanraya 2008 mereka untuk mencipat janji baru yang nampak popular, Najib tampil dengan pelbagai program menunjukkan kepada rakyat akan segala janji dan pencapaian yang telah ditunaikan kepada rakyat.

Sudah tentu bila yang benar-benar kejadian lawan bayang-bayang, mana mungkin bayang-bayang boleh menang.

Inilah taktik politik yang sebenarnya, Najib tahu itu dan beliau mengamalkannya dengan penuh semangat dan keberanian. Apa orang nak kata, itu lantaklah, yang penting apa beliau cakap, beliau akan pasti ia dijalankan.

Berbanding dengan Pakatan harami yang hanya pandai tabur janji tapi setakat yang kita lihat di negeri-negeri yang depa perintah, 99% daripadanya tidak dilaksanakan. Sebaliknya, segala macam keburukkan pulak yang datang seperti berlaku di Selangor.

Sampah yang tidak berkutip akhirnya menjadi ulat yang membusuk dan menganggu halwa bau rakyat sekitar.

Tidak setakat masalah bau, sampah yang dihanyutkan air hujan ini menyumbat longkag-longkang yang akhirnya menyebabkan bajir kilat luar biasa seperti yang dilihat di Kelang dan Kajang. Semua ini akibat dari kelemahan dan janji yang tidak ditunaikan pakatan haram pembangkang.

Bukan sebab taburan hujan luar biasa yang menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Sebab itu bila depa tawar janji baru yang bernilai berpuluh bilion, ramai yang mencebik. Yang tak berapa nak juta ini pun tidak mampu dilaksanakan, nak cerita apa pasal berpuluh billion lagi. Semuanya hanya umpan untuk menarik undi, bukan nak laksanakan benar pun.

Sedangkan Najib dan BN pimpinannya, terus melaksanakan janji yang nampak dan memberi kesan langsung kepada rakyat.

Ibu bapa yang anak bersekolah lega bila buat pertama kali kerajaan meluluskan bantuan persekolahan RM 100 untuk seorang anak, yang lebih dari itu, bayangkanlah betapa punya lega.

Abih tidak modal pembangkang untuk menafikan jasa Datuk Najib ialah dengan menuduh kerajaan meminjam untuk melaksanakan semua program tersebut, malah ada juga yang kata Datuk Najib mengungkit dan tidak memandang ke depan, setiap kali beliau menyebut semua kejayaan yang telah diusahakan kerajaan BN pimpinannya.

Tapi dalam masa yang sama, Pakatan harami nak kita percaya janji yang ditabur Anwar bersandarkan air liur semata-mata itu?

DS ROSMAH BETUL-BETUL PUAKA KE?


MKP hampir percaya bahawa Farid Ismeth Emir pembaca berita dunia jam 10 ini pernah berkahwin dengan Datin seri rosmah kira sangat berjayalah fitnah pembangkang dengan cerita dongeng yang di sebarkan semenjak 11 tahun lalu. MKP pun tidak pernag melihat sebarang foto perkahwinan atau apa apa yang berkaitan dengan dua individu ini.

MKP sangat berharap ada individu dari pembangkang yang boleh jelaskan hal ini sekiranya benda ini sememangnya benar, tetapi malangnya cerita di atas hanya dongeng semata mata hasil nukilan mereka yang tidak bertanggung jawab.

WIKIPEDIA

Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca skit tentang Wikipedia..

Semuanya bermula dari sini dan apa yang boleh disimpulkan ialah sesiapa sahaja boleh mengekses kepada wikipedia ini dan mengubah maklumat yang sedia ada.Bolehkah ianya menjadi rujukan yang pasti dan sahih berbanding pengakuan tuan punya badan itu sendiri?


Artikel dari penulis jemputan Cokodok Hangit...

MKP Ayat Sempoi : Kantoi lagi depa nie dengan fitnah???? 

PATUT DOK TOBAT BUANG DEPA NIE?


Inilah akibatnya jika pemimpin PKR hanya pandai menabur fitnah tanpa mendapatkan bukti yang sah.
Abdul Halim PKR Balik Pulau bukan sahaja berdepan dengan saman tetapi dicabar bersara dalam politik jika beliau gagal membuktikan dakwaan beliau terhadap penjualan tanah di Kampung Terang, Balik Pulau.

Sila baca di bawah
GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan. 
Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.
"Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini. 
"Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.“Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini. 

Turut hadir, pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.Omar yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor berkata, mereka bukanlah broker seperti yang didakwa Abdul Halim, sebaliknya beliau dan Maison Height Sdn Bhd adalah syarikat pemaju hartanah yang sudah lama berkecimpung dalam pembinaan perumahan. 
Sementara itu, Musa mencabar Abdul Halim untuk membuktikan tanah berkenaan dijual dalam tempoh empat bulan dan jika berjaya berbuat demikian beliau berjanji akan mengundurkan diri dalam arena politik.Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, sebagai Speaker Dun, Abdul Halim tidak sepatutnya menipu rakyat dengan fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin Umno. 
Beliau percaya tindakan berkenaan adalah untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri.
"Disebabkan saya orang politik,dia (Abdul Halim) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu burukkan nama Umno sahaja dan nak beritahu pada rakyat bahawa Umno jahat. 
"Mereka mahu tutup kelemahan Kerajaan Negeri yang menjual tanah di Bayan Mutiara dan tanah di Taman Manggis sehingga terpaksa berbohong.Tindakan ini menunjukkan mereka tidak ada moral langsung," katanya. 
Musa berkata, jika Abdul Halim gagal membuktikan dakwaan itu, beliau perlu meletak semua jawatan dan bersara dari politk.  
Sebeum ini,Abdul Halim mendedahkan dua pemimpin Umno berkenaan mengambil kesempatan terhadap penduduk apabila menjadi orang tengah dalam penjualan 4.04 hektar tanah di Balik Pulau kepada sebuah syarikat pemaju. 
Abdul Halim berkata,perkara itu diketahui setelah menyemak geran mukim bagi tanah di Mukim J,Kampung Terang di daerah berkenaan. - SH
Baca seterusnya klik

MKP ayat sempoi : Saman jangan tak saman puak haramjadah nie suka wat fitnah? 

TIPAH TERTIPU?


Mulanya ingat betul akan tetapi ianya hanyalah satu babak lakonan yang sedang dijalankan?Rupanya ramai yang tertipu dengan lakonan mantop Zed Zaidi nie...Semoga drama yang sedang dijalankan lancar hendaknya.Video dibawah Zed Zaidi menyatakan "Saya pun Baca Buku Anwar Ibrahim"

Tuesday, July 24

SIAPA YANG GAGAL,HAMPEH?


Mahkamah membenarkan permohonan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengetepikan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dibuat Julai 2011, bahawa ia sebuah pertubuhan haram.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Rohana Yusuf memutuskan bahawa perintah Menteri Dalam Negeri yang diputuskan awal Julai 2011 telah “tercemar.”

Dalam keputusannya, Rohana berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar perintah kerajaan yang mengisytiharkan ia sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.

Seramai 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang diketuai Pengerusinya, Datuk S. Ambiga telah memohon membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama, diikuti Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.

VIDEO : CELAKA HARAM JADAH MUSIBAT PUNYA YB?


Apa punya celaka haram jadah punya YB macam nie!!!!!Bulan posa pun nak merapu macam haram jadah pulak dah.Eloklah yang dengaq pun bingai apa nak buat nie dah memang bingai????Malas MKP nak ulas lagi takut macam-macam keluaq nanti batal pulak posa.....

Lim Kit Siang TerMakan Cili Ke?


Kenapa Lim Kit Siang cepat sangat melatah dengan pengumuman Cawangan Khas PDRM. Lagak dia seolah2 orang yg makan cili. Siapa yg makan cili , diliialah yg terasa pedasnya. Perisik di dalam Cawangan Khas bukannya buat kerja tangkap muat sahaja. Walaupun aku bukan lagi salah seorang dari mereka, tetapi aku percaya ramai dikalangan mereka berada dimana2, samada di dalam parti2 politik, NGO, dan sebagainya. Oleh itu hasil siasatan merka tidak boleh ditolak begitu sahaja, seumpama menolak fitnah2 politik yg berkeliaran macam langsuir.

Sepatutnya Lim Kit Siang berhati2 dan mendapatkan maklumat lanjut dari Cawangan Khas supaya anasir2 yg pernah merosakkan negara seperti komunis Malaya ataupun anasir2 yg boleh memudaratkan negara seperti Jemaah Islamiah ini boleh diusir keluar dari parti masing2. Barulah parti mereka boleh bebas dari anasir2 tersebut.

Atau mungkin memang mereka tahu perkara ini dan tahu siapa yg dimaksudkan oleh Cawangan Khas. Mungkinkah mereka sengaja membiarkan perkara ini. Sengaja membiarkan unsur2 komunis dan Jemaah Islamiah meresap masuk di dalam parti masing2.

Kalau betullah mereka mengetahui dan sengaja membiarkannya bermakna mereka bersetuju dengan komunis dan Jemaah Islamiah. Ataupun mereka semua berhajat hendak meneruskan cita2 MCP untuk menuntut kemerdekaan dari British? Kalau tidak kenapa mereka beria2 sangat hendak membawa balik Chin Peng ke Malaysia.

Di dalam dunia ini ada beberapa model pemerintahan. Umpamanya Demokerasi, Sosialis, Komunis, Autoktarik dan sebagainya. Di Malaysia, kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Aku percaya, mungkin DAP merasakan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yg diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan jiwa dan objektif mereka. Sudah tentu mereka mencari dan mengidamkan satu model lain yg boleh diamalkan tanpa merosakkan struktur sedia ada dan sesuai dengan objektif mereka. Aku tidak menuduh, tetapi tidak mustahil, DAP mengidamkan sebuah negara Malaysia ini mengamalkan konsep pemerintahan Comunist Democration iaitu gabungan antara konsep Demokrasi yg sedia ada dan digabungkan dengan unsur2 komunis.

Comunist Democration masih mengekalkan proses pemilihan pengundian melalui pungutan suara tetapi pada masa yg sama pemerintah menjalankan pemerintahan berkonsepkan perniagaan. Segala hasil kerajaan dimasukkan ke dalam pembendaharaan negara dan akan diagihkan sama rata dan sama rasa kepada rakyat. Tidak ada rakyat yg mendapat lebih peluang berbading rakyat yang lain.

Kepada para pengundi sekelian yg masih waras dan masih berakal, fikir2kan perkara ini. Adakah kita mahu sebuah parti ataupun parti2 yg mana pemimpinnya ingin meneruskan cita2 parti komunis Malaya (MCP) ataupun pemimpin yg ingin meneruskan cita2 untuk mewujudkan sebuah Daulah Islamiah ( JI) menerajui negara kita ini? Ingatlah pada perjuangan & pengorbanan orang dulu2 dalam menentang komunis. Jangan gadaikan masa depan negara.

NON POLITIK : JEMBALANG PUN TAK SUKA ORANG BERLETER?


Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

“Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq”.

“Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni”.

“Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam”.

“Itu saja ke haji?”

“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari.”

“Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana”.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

“Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.”

Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, “Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni”.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

“Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?”.

“Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.”

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. “Dah mati ke bini aku ni?”

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira.
Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

“Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!”

Jawab si jembalang tu, “Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah”.

Hah…moral of the story…jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!! :goof:

Sambutan Ulangtahun Kelahiran @NajibRazak


Video sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana malam tadi.

Monday, July 23

LAGU BARU KHAS SEMPENA ULANG THN BUAT PM TERSAYANG... @NajibRazak

Kerana cintakan tanah air tercinta seorang rakan FB MKP Telah mencipta kan sebuah lagu khas sempena Ulang Tahun PERDANA MENTERI MALAYSIA MKP amat terharu beliau berharap teman-teman dapat sebarkan dan memberi pendapat kerana lagu  belum lagi diterbitkan lagi dalam proses pembaikan.


MASYUUUK LA FARID ISMETH PENGAKUAN BERANI MATI?


Video : Pelanggan Proton Maki Pengurus Jualan?


Pelanggan yang marah mesti ada sebabnya,Mungkin kerana layanan yanh diterima agak teruk dan kurang memuaskan.Tapi kita nie semua manusia dan tak perlu memaki hamun orang lain sebegitu rupa kalau tak puas hati pun,Rakyat Malaysia nie rata-rata sopan santun akan tetapi kes sebegini harus diperjelaskan supaya tidak timbul salah paham kedua-dua pihak.Mungkin kita pernah mengalami situasi yang sama ketika berurusan dengan pihak yang tidak dapat membuat keputusan...So Kepada pelanggan tue stay cool bro boleh sattle lagi masalah u  tue? 

RILEK TAK PERLU MANDI DARAH KLU NAK KE PUTRAJAYA?



Ucapan ringkas dan padat dari Datuk Ahmad Maslan berkenaan ucapan Nik Abduh yang sengal sampai sanggup mandi darah nak tawan Putrajaya apa kejadah sampai macam tue?Wahyu orang yang kurang waras namanya.Malaysia mengamalkan demokrasi bila menang nanti ambillah Putrajaya,Tapi PAS nie mampu ke nak tawan Putrajaya bersendirian tanpa DAP dan PKR?

Nik Abduh Nik Abdul Aziz kini sudah menerima wahyu. Wahyu yang diterima beliau berbunyi begini.

Allah Mengarahkan Kita (PAS) Ke Putrajaya ...

Allah Mahukan Kita (PAS) Merampas Kuasa Itu Dari Musuh Allah Dan Musuh Kita ...

Semakin hebat ularmak-ularmak dalam PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik sempit, sokongan dan undi.


Merampas Putrajaya kini adalah wahyu baru yang diturunkan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Seolah-olah Allah Taala sudah berbisik ke telinga Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan telah mewahyukan melalui ilham mahupun didatangkan Malaikat Jibril kepadanya.

Putrajaya kini sudah tertulis dalam kitab 'Cicak Mengkarung Hijau' sebagai kota suci yang wajib dirampas dan dipertahankan. Putrajaya sudah diangkat setaraf dengan Baitulmuqaddis ... cukup suci.

Bukan lagi Mekah Al Mukarramah mahupun Madinah Al Munawarah yang perlu dipertahankan, Serambi Mekah di Kelantan juga telah terkeluar dari senarai yang perlu dirampas ... Tetapi Putrajaya Al Mabuk Demi Kuasa.

Apakah Nik Abduh Nik Abdul Aziz ini sudah hilang pertimbangan akal yang waras.Atau beliau turut mahu mengangkat dirinya setaraf dengan bapanya Nik Abdul Aziz yang telah diangkat bertaraf Nabi dan Wali oleh puak-puak Cicak Mengkarung Hijau ini ..

MKP Ayat Sempoi : Kena keluar fatwa ke baru nak dapat Putrajaya,Teringat janji tipu Anwar masa 16september..........

KELUARGA BERJUBAH PAS SAMUN STESEN MINYAK?


Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbirdikenali sebagai ahli pas, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

VIDEO LAWAK PADIKUTTY BULAN RAMADHAN?


Dey macha lu mau sembang apa pasal bulan ramadhan nie,Pi la mohong kat orang lain yang belum tengok lagi video anu lu Anwar?Drama tamil sudah talak laku lagi kt sini la macha?tapi lawak tahap gaban bila anwar bercakap pasal dosa dan pahala nie woiii.Dengan riak muka yang agak selamba dan menagih simpati rasa macam nak ludah pun ada haaa.


MKP Ayat sempoi : Manusia macam nie pun ada kat malaysia ek?lawak-lawak.

Sunday, July 22

Video : Abby Abadi Di Himpit oleh Mamat PAS Gatai?


Tahniahlah pada Abby Abadi dijulang dan diangkat oleh PAS setaraf Ustazah dari Serambi Mekah.
Ya Allah, kesian aku tengok si fakir yang menadah tangan dihalau oleh Jabatan Amal Pas. Inikah yang dikatakan parti berkebajikan?

Perhatikan gelamat mamat Pas yang dok mengurat Abby...terangkat-angkat kerusi nak dekat dengan Abby dan Janda tu pun sampai tak sedar tefefon terjatuh dari riba..mujur ada abang mamat Pas boleh juga kutip fon yang jatuh

Sedih bila dengar kenyataan Abby, masuk Pas takut di soal di akhirat, agaknya berapa ramai artis yang telah ditarbiah sesatkan oleh Pas.


Video nie pulak buat tatapan kita sebagai pengajaran....

Syria Bergolak Rakyat DiSeru Pulang?

Keadaan di Syria agak merucing ketika ini dengan pergolakan meruncing meletus disebabkan perbezaan pendapat diantara puak yang ada disana.Oleh kerana itu pihak Kerajaan BN mengarahkan semua rakyat Malaysia diarahkan pulang ketanah air demi keselamatan mereka.Lepas nie kita tengok sapa pulak diantara pihak pembangkang yang ada di Malaysia  nak ambil kredit mengatakan itu semua usaha mereka.


Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini. 
Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. 
Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia. 
Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Sehingga kini, kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat.
Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. 
Kementerian telah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. BERNAMA
MKP Ayat Sempoi : Rakyat diutamakan oleh BN sapa kata janji retorik???? 

Saturday, July 21

PENIAGA MELAYU DIHALAU KETEMPAT TIADA PELANGGAN?

Peniaga bazar Ramadan Jalan Penang di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.

Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali, berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga Bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka kerana tempat baru yang ditawarkan itu bukan tumpuan orang ramai.

"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak.

"Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, peniaga Bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai.

"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.

Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang.

Beliau berkata, MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka.AP

MKP ayat sempoi : DAP dan MPPP nie memang suka menyusahkan melayu klu cina boleh pulak tutup jalan.

Pantun Ramadhan Untuk Semua,Selamat beribadah..


Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
MKP ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan dari MKP untuk semua pembaca blog/FB serta twitter.Moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.

Friday, July 20

KIT SIANG KENCING DITIANG BENDERA?


Apa dah jadi belum lagi pelancaran filem "Tanda Putera" DAP serta pencacai lidah rasmi Meloyakini dah meroyan.Apa tidaknya dengan Fakta sejarah yang sebenar dan itu memang benar terjadi bahawa  pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang memang kencing di tiang bendera Selangor di rumah menteri besar ketika itu Datuk Harun Idris.Tapi didalam filem itu tiada babak berkenaan.Kenapa harus takut dengan fakta sejarah?Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus pergi ke panggung wayang untuk melihat filem hebat ini.?

SUMBER

SAPA NAK RM50 RIBU? @HuanPCM




Tawaran sehingga RM 50ribu siapa yang tak mahu.Tawaran ini untuk kebaikan sehingga tertangkapnya penjenayah yang kejam meragut hingga menyebabkan kematian....Tahniah MKP ucapkan pada Parti Cinta Malaysia kerana menawarkan ganjaran tersebut dan ini membuktikan PCM lebih prihatin dari Guan Eng DAP....Disamping itu ianya jua membantu pihak Polis....

GEORGE TOWN -- Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.

"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.

"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan."Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.

INGAT DAP INGAT KOMUNIS?


MKP terbaca apa yang telah dilaporkan oleh sinar harian nie.Semuanya berkenaan hubungan DAP dan Komunis.Pengesahan dari PDRM telah menguatkan lagi hujah yang telah diberi.MKP pecaya ini taktik DAP yang pernah didedahkan oleh blogger sebelum ini.Ternyata masih ada lagi suku sakat komunis yang subur dikalangan pemimpin DAP.Dendam mereka masih subur hingga kini kerana kalah dan dihalu keluar secara terhina hingga ke sempadan Thailand.

Guan Eng beriya-iya mahu Chin Peng pulang ke Malaysia kenapa?Mesti ada muslihat tertentu.Bekas ketua gerila komunis Malaysia, Chin Peng dilaporkan sebelum ini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.

Patutnya Chin Peng ni dari dulu dah mati. Berapa ramai Melayu dibunuhnya waktu geng-geng komunis dia mengganas di Tanah Melayu dulu.Chin Peng jugalah yang mengarahakan serang ke Balai Polis Bukit Kepong yang diketuai oleh Mat Indera.

Kefahaman sejarah yang singkat dan terdesak mendapat sokongan dari rakyat, membuatkan MatSabu mengolah sejarah dan mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.Dan hari ini, jelas kelihatan kepimpinan dan pemerintahan ala komunis yang dibawa dan cuba dihidupkan semula terdapat dalam satu parti politik .

Fahaman komunis jelas kelihatan apabila pemimpin parti tersebut sesuka hati menindas dan cuba melakukan penghapus etnik di negeri teersebut. Dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan kuasa dalam kerajaan, rakyat dihalau dari rumah mereka sendiri.

Parti ini juga yang diwariskan dari kaum keluarga mereka juga terkenal sebagai anak beranak yang kurang ajar. Mereka tidak menghormati kaum lain terutamanya kaum Melatu hingga sanggup menderhaka kepada Raja Melayu. Mereka yang asalnya pendatang kita cuba menjadi tuan di rumah orang!!!Walaupun Chin Peng mati, namun komunis tetap akan ada selagi keturunan komunis hidup di Malaysia.

Jika ditakdirkan Chin Peng mati dan hidup semula, rakyat Malaysia dan orang Melayu tidak akan lupa apa yang telah Chin Peng dan komunis lakukan.


KISAH SEDIH DUKA SEORANG LELAKI MALANG?


Dalam sebuah bencana kapal karam, seorang lelaki terdampar di pulau terpencil.Demi bertahan hidup, ia belajar memanfaatkan segala yang ada di pulau itu untuk dimakan. Bahkan dalam upaya melindungi diri, ia berhasil membangun khemah untuk berteduh.

Berbulan-bulan ia bertahan tanpa bantuan siapa pun.

Suatu hari, ketika kembali dari berburu, ia mendapati khemahnya terbakar. Dengan badan lemas ia mengeluhkan nasibnya.Namun, ternyata justeru dari situ datang pertolongan baginya: asap dari khemahnya terbakar itu memberi tanda untuk datangnya kapal bantuan.

Itulah salah satu cara unik alam dalam memelihara manusia.

MKP Ayat Sempoi : Bersabar dengan dugaan banyak hikmahnya,Perbuatan baik dibalas baik, jahat dibalas jahat fikirkan.

JAWATAN KOSONG SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN


" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[179- Surah Al'Araf ]

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive