Monday, August 27

Skandal Mansor TKM1 : Siapakah Perempuan Ini?



Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.

Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Dalam perbualan yang didedahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.

Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.

Khas Buat Anwar Sempena MERDEKA?

untuk minggu nie aje!!!minggu depan kita tukar pulak logo lain ek?Jangan bimbang banyak lagi yang akan muncul lepas nei??

Skandal Nurul Izzah Sudah Terdedah?



Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Jom Sokong Syaitan!!!Tun Mahadhir.



Penjelesan yang terang lagi jelas dari Ayahanda Tun Mahadir.Sejak akhir-akhir nie agak panas kenyataan yang telah diperkatakan oleh semua tapi kebanyakkan telah menyatakan ianya ditujukan kepada BN/UMNO.Tanpa menyelidik dan mendapat pengesahan ramai dikalangan kita telah membuat andaian sendiri...Tun M mempunyai banyak maksud tersirat didalam tindak-tanduknya ternyata ada yang telah termakan dengan cywar yang telah dimainkan oleh orang lama dalam politik ini...Video dibawah mungkin telah mengungkai setiap kata-katanya.

Sunday, August 26

Pak Harun *melayu makan babi* di Serang Sakit Jantung



Pak Harun (melayu makan babi) di kejarkan ke hospital besar pulau pinang kerana terkejut dengan pendedahan oleh pemuda barisan nasional di padang kota hari ini (26.8.12). Pak Harun yang merasakan dirinya di tipu oleh barisan DAP terkejut dan di serang sakit jantung di atas pendedahan demi pendedahan yang di buat oleh pemuda barisan nasional hari ini.Kemungkinan besar Pak harun akan menyertai kembali umno dalam masa terdekat...akan tetapi perkara ini tidak mungkin akan berlaku kerana...hahaha dan mengaku makan babi nak berkawan dengan umno?? nie Pak harun....JALANNNNNDAAAAAAAAA.....

PONDAN BETUL KE NIE?

Tengok betul-betul apa yang telah tercatat pada kain rentang ini...?

HUDUD HANYA MAINAN PAS BILA PILIHANRAYA.

HUDUD bergema lagi,sama jugaklah apabila kita semua menyambut hari raya semestinya ada lemang dan ketupat serta rendang.Isu hudud ini muncul bila kita berada diambang pilihanraya.Apa yang cuba dimainkan oleh PAS ini bakal memenangkan mereka lagi di Kelantan dan Negeri Utara tanahair.Taktik PAS supaya menampakkan mereka mampu melaksanakan undang-undang ISLAM. Padahal semuanya hanya hangat taik ayam. Apabila selesai PRU 13 ianya akan berakhir dan sunyi tanpa penyelesaian.

Tujuannya adalah supaya menampakan PAS dan DAP bergaduh dimata ahli PAS diakar-umbi demi meraih undi simpati.Ianya dihangatkan dengan jawapan dari Karpal Singh. Ayat paling sempoi kita dengar ialah "Langkah mayatnya dahulu".Pemimpin PAS berjaya menipu ahlinya.Apa nak buat Ahli PAS akar-umbi semuanya bodoh dan jumut..Biarlah Mat Sabu terjun dengan labunya...... 

Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Saturday, August 25

PKR Curang Pada DAP?


Jika Lee Kuan Yew terjebak dalam kancah politik yang dihadapi Lim Guan Eng sekarang, sudah pasti beliau telahpun membuat catatan mental bahawa Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman tidak boleh dipercayai.

Pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu memang gemar menyenaraikan musuhnya di dalam fikiran seperti yang diluahkan dalam biografinya.

Bagaimanapun Lim Guan Eng bukan Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura itu. Justeru itu, Dr Mansor bolehlah menganggap dirinya selamat buat masa ini dan berharap Guan Eng tidaklah menyimpan kesumat seperti Kuan Yew.

Namun gelagat Dr Mansor pada sidang media untuk membuat penafian bahawa beliau pernah mengutuk Guan Eng di belakangnya jelas menunjukkan betapa gemuruhnya beliau.

Dengan agak cemas tetapi jelas beliau mengisytiharkan tidak pernah mengata Guan Eng angkuh. Sebaliknya beliau memuji Setiausaha Agung DAP itu sebagai “Dewa Suci” yang amat disayangi oleh rakyat Pulau Pinang.

Mansor TKM1 Ketaq Lutut Bila Terima Wahyu Dari Tokong LGE?

Kelmarin Mansor menerima arahan agar menafikan mengenai laporan sulit mesyuarat tersebut walaupun baru 2 hari lepas Mansor sendiri mengakui memang apa yang dilaporkan adalah benar.

Semasa sidang akhbar semalam,Mansor dikatakan agak gugup dan juga tidak mampu untuk menjawap soalan bertubi tubi daripada wartawan. Akibat dari jawapan beliau yang tidak konsisten.Lim Guan Eng menghentikan sidang akhbar tersebut buat seketika dan mereka berbincang didalam bilik .


Kereta PREVE MENANTI ANDA. @TwtUpMerdeka #Merdeka55



Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55


Friday, August 24

Mimpi Basah PKR Mana Mungkin Lawan DAP?


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berpendapat tindakan DAP mengemukakan cadangan penggubalan undang-undang ‘anti lompat parti’ boleh dilihat sebagai usaha mereka untuk menghalang Parti Keadilan Rakyat daripada menjadi parti yang paling dominan di dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, DAP sedar sekiranya terdapat pemimpin dari Barisan Nasional memilih untuk menyertai Pakatan, mereka akan lebih tertarik untuk menyertai PKR memandangkan jawatan ketua pembangkang disandang oleh pemimpin parti itu.

“Mereka (DAP) faham wakil rakyat dari parti lain, kalau mereka nak keluar parti dan menyertai Pakatan, mereka hanya boleh pilih PKR sebab ketua Pakatan adalah dari PKR, bukan DAP.

“Kalau ramai nak keluar parti dan masuk PKR, maka PKR jadi kuat. Siapa nak masuk DAP? Mereka tengok ‘Lim dynasty’ (merujuk kepada veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng) mereka takut,” katanya.

GEMPAR: Balasubramaniam Punca Altantuya Terbunuh




Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Mansor Sanjung Guan Eng Macam TOKONG? Syirik...Tue..


Pelik tapi benar!!!!! itulah falsampah puak harami PKR Pulau Pinang...Semalam dedahan didalam Blog    GelagatAnwar. Mansor Menyelar Guan Eng dengan sikap sombong,angkuh dan TOKONG.Tapi hari nie dah jadi macam Chipmore sudah tukar dengan menyanjung Guan Eng macam tokong...Maksud yang jelas MKP paham ialah ianya sudah lebih kepada perbuatan syirik dengan menyekutu ALLAH...Tokong adalah tempat yang mulia dikalangan penganut agama budha jika sudah semabah dan sanjung dan sembah serta mengiyakan saja perbuatan TOKONG LGE boleh disifatkan sebagai Syirik......Apa punya bangang pemimpin PKR Pulau Pinang nie....

BERSIH Jadi Pengemis Minta Sedekah? #Bersih3 Itu Kotor

Gambar diatas adalah kekejaman terhadap anggota Polis yang bertugas semasa Bersih 3.0 28april lalu.MKP imbas kembali kekejaman penyokong BERSIH kerana hari ini dalam kenyataan yang telah dikeluarkan didalam Meloyakini menyatakan NGO haprak BERSIH melancarkan kutipan derma umpama pengemis jalanan yang meminta sedekah dari rakyat Malaysia untuk tujuan keganasaan terhadap pihak berkuasa yang selama ini menjaga keamanan negara.Sebelum itu kita lihat dulu video keganasan penyokong BERSIH ini.


Raba Nenen la Pulak,Apa KES?


Apa Pulak nie macam-macam cerita dok dengaq malam nie,Betul tak betul hampa baca sampai habis cerita nie.........

Menurut kalender Bulan Cina, mulai dari 31 Julai, kita telah memasuki bulan Hantu, atau disebut juga Bulan Hantu Lapar..

Bulan ini bukanlah sebuah bulan yang baik menurut mereka, kerana pada bulan ini mereka meyakini arwah-arwah orang yang sudah mati akan bebas bergentayangan di Bumi.

Namun mereka meyakini ada satu cara agar para wanita tidak diganggu oleh arwah-arwah ini, iaitu meminta para lelaki menyentuh payudara mereka.

Thursday, August 23

Kenapa SAMM Meroyan? @CheguBard @razlanrafii


Ekoran dari laporan Polis yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Seputeh pihak SAMM meroyan sekali lagi dengan menyiarkan gambar yang telah diubahsuai kononnya milik Ketua Pemuda Umno Seputeh Saudara Razlan didalam BBM(blackberry messenger).berikut adalah screen shot yang MKP ambil dari twitter.Chegu Bard sudah menafikan bahawa pelekat ABU yang dilekatkan pada banner UMNO Seputeh itu bukan dari pihak SAMM.Bila dah berak tepi jalan sapa nak mengaku der....Sama jugaklah taktik yang telah dibuat oleh anwar berkenaan video skandalnya dengan chinadoll , walaupun video itu telah disahihkan 99% namun masih lagi membuat penafian......taktik lu orang dah basi der!!!! main game penafian yang serupa selalu macam nie.

Mansor TKM1 Sudah Kantoi,Guan Eng Mahukan Penjelasan?



Apa nie maklumat dah bocor,DAP Pulau Pinang mahukan penjelasan dari Datuk Mansor Othman.Mansor didakwa membuat komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.Abang Besar atau "Tokong bercakap" dah bersuara PKR nampak dah kecut teloq dengan dedahan ini...Mansor sudah pasti tidoq malam tak lena...ketua PKR negeri Mansor yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".Berikut adalah dedahan dari blog GelagatAnwar........

Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…

Anwar Tidak DiPedulikan Di Permatang Pauh?

Apa dah jadi sampai macam nie kesian!!!!!!!.

Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog.

beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Jangan Menfitnah!!!Kuda Tua Blogger APA.


Jika ini yang pinta MKP dah beri serta menjawab segala tomahan yang berbaur fitnah terhadap Datuk Ahmad Maslan.Sengaja untuk tidak menyiarkan gambar ini terlalu awal kerana menunggu blogger kuda tua meroyan dulu...Dah jawab ke atau mahu lagi gambar?Kalau nak buat fitnah lain kali agak-agaklah....MKP sengaja simpan benda nie sebab bulan puasa malas nak melayan blogger nafsu buas menghentam Pemimpin UMNO.Seronok korang ek menghentam dan dispin oleh blogger belah sana? 

SIAPA PALING SEMPOI DI PENANG,ANWAR ATAU DAP?



Pemimpin DAP kini bersuara lagi pasal anti lompat parti malah kerajaan DAP Pulau Pinang merancang usul anti lompat parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri akan datang.

“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.

“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada November,”katanya..

Selain Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh juga pernah bising pasal lompat parti malah beliau menegaskan sentiasa menentang tindakan melompat parti.

PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG?


Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Hanya Berlaku Di Kelantan?


Ada sesiapa boleh bagi penjelasan berkenaan gambar diatas?

Wednesday, August 22

Anak Kelantan Sedar Atau Tidak?


Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu.Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

ABU Terdesak Serang Banner UMNO Seputih?


Terdesak sangat ke sampai Banner sambutan hari raya UMNO Bahagian Seputih telah dilekatkan sticker ABU...Taktik sampah pihak pembangkang terutamanya Chegu Bard serta konco-konconya melekatkan pelekat nie.Setahu MKP semua bahagian UMNO diseluruh negara telah diarahkan supaya membentangkan banner ini disetiap Bahagian masing-masing...Mungkin dengan sokongan rakyat Malaysia telah beralih kepada UMNO menyebabkan tindakan bacul dari pihak ABU...



Guan Eng Hapuskan Melayu Supaya Bangla Dapat Berniaga?


Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan DAP untuk mengatasi masaalah ini?Setakat ini tiada tindakan yang diambil dan hanya membisu? Sebaliknya Peniaga melayu dirobohkan gerai atau kedai yang dibina.......ikuti petikan dari Kosmo ni :



Guan Eng Dapat Peluru Hentam Pemuda UMNO?


Guan Eng tetiba mendapat peluru menghentam Pemuda UMNO hanya kerana Posting Facebook yang kecoh beberapa hari sebelum ini.Bagi MKP ini perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci siapa yang mengendalikan FB Pemuda UMNO tersebut.Pendapat MKP sebagai Ahli Pemuda menafikan tanpa bukti dan hanya bersandarkan pada laporan Polis tidak memadai.

Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. 
Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut.""Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul," kata beliau.

Tuesday, August 21

Pengodam Blog Anwar Telah dikenal Pasti?

Pengodam blog tempohhari telah dikenal pasti oleh pihak PKR.Namun maklumat tentang pengendali blog setakat ini hanya dimaklumkan oleh sumber dalaman hanyalah seorang lelaki dan beliau jugak adalah seorang blogger terkenal PKR.

Terbukti kenyataan dari blog Anwar tempoh hari ianya original dan bukan palsu.Namun sikap suka menyalahkan pihak Cybertrooper UMNO amat dikesali kerana siapa yang nak mengaku sekiranya berak tengah jalan.Taktik yang sama jugaklah apabila Ketua Umum kena sebarang tuduhan apa saja mesti salahkan UMNO dan BN?

Di Manakah Keadilan Buat Nasha?


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan beliau akan keluar daripada PAS. Penafian itu dibuatnya setelah beliau menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada PAS atas kesalahan dilihat dalam gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Makkah. Najib berada di Tanah Suci kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) manakala Nasharudin pula kerana diminta mengatur pertemuan Najib dan ulama Arab Saudi. Difahamkan, Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan. Mendesak Nasharudin keluar PAS hanya kerana beliau dilihat bersama Perdana Menteri menggambarkan sikap kebudak-budakan pemimpin PAS. Berbuat demikian seolah-olah menunjukkan sikap orang PAS tidak boleh bertemu atau bergaul, apa tah lagi berbincang dengan orang UMNO. Di kampung, taman perumahan, masjid, surau, pejabat, kedai kopi dan sebagainya, orang Melayu bercampur gaul tanpa timbul persoalan orang UMNO atau PAS. Jika mahu melihat orang Melayu dan Islam cepat berpecah-belah, gunakanlah strategi PAS yang melarang mereka bersua mesra.


Monday, August 20

Pemuda UMNO Lapor Polis Isu Fake FB?


Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee di sini, jam 4 petang tadi.

“(Sedang) membuat laporan polis bagi pihak (Ketua Pemuda Umno dan BN) YB Khairy Jamaluddin berkenaan laman FB yang berbaur hasutan,” katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian Online, Ibdillah menolak keras akaun itu dikendalikan oleh Pemuda Umno Pusat.

"Akaun Facebook itu menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia dan ia seolah-olah mewakili Pemuda Umno. Jadi YB Khairy mengarahkan saya untuk membuat laporan polis berhubung hal ini," katanya.

Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan tersebut.

"Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy pada hari yang sama dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Mengulas lanjut, Ibdillah berkata, perkara itu akan dibawa kepada pucuk pimpinan oleh Khairy bagi menunjukkan bahawa Pemuda Umno memandang serius perkembangan tersebut.

Pagi tadi, Sinar Harian Online melaporkan Pemuda Umno menafikan laman itu dikendalikan oleh pihaknya.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Khairy menerusi mesej Twitter menjawab pertanyaan susulan pengikutnya, malam tadi.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.SH

GEMPAR : PAS Teluk Intan Kutip Wang Fitrah?

Terdesak sampai wang fitrah pun PAS Teluk Intan nak sapu ke?Apa punya kejadah harami memalukan umat Islam SeMelaysia aje nie?Pada mulanya MKP ingat benda nie hanya sekadar gurauan  akan tetapi apabila meneliti dengan dengan lebih mendalam dan terperinci sah bahawa PAS Teluk Intan memenang dok saku duit orang ramai untuk kegunaan Parti PAS.
Terkejut saya di pagi hari didalam sebuah masjid di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan apabila saya membayar fitrah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya kepada Pusat Zakat Dan Fitrah, Jabatan Agama Islam, Perak. Kenapa harus jadi begini dan apakah hak untuk Parti Pas mengutip Fitrah kepada Rakyat. Ini sudah menjadi satu kesalahan bagi undang2 Kerajaan Malaysia.... Apakah Parti Pas sudah tiada duit untuk digunakan bagi PRU nanti dan cara itu sahaja digunakan untuk mendapatkan duit..... Tiadakah cara lain untuk menipu rakyat lagi dan ini jelas menunjukkan Parti Pas sudah mula menipu rakyat. Semuga Allah memberikan pembalasan kepada Ahli2 Parti Pas termasuk para Pemimpin Pas yang bersubahat didalam perancangan aktiviti kotor ini...PenditaAlam 

Laporan Polis Dibawah telah mengesahkan apa yang telah berlaku.


PKR Selangor, Bas Mewah Untuk Anwar?


Apa dah jadi dengan pemimpin PKR Selangor nie,Sanggup berhabis wang ringgit demi menjilat Anwar the great hanya untuk tujuaan berkempen...Rakyat Selangor menderita dengan masaalah Air dan hingga kini masih belum selesai..Jika dakwaan khalid yang menyatakan tidak mengunakan wang kerajaan negeri mungkin menimbulkan tanda tanya? Kenapa menghabiskan wang demi parti sedangkan kempen mereka demi rakyat.Namun rakyat Selangor ditinggalkan dengan masalah?


MKP setuju jika loji-loji air ditambah di Selangor untuk merawat air mentah yang dikatakan MB dan exconya amat mencukupi. tapi yang lucunya dana RM200 juta hanya akan diberi untuk bina loji jika Pengerusi dan CEO Syabas letak jawatan.

Setahu MKP membina loji adalah tugas kerajaan negeri. Syabas hanyalah sebuah syarikat yang membeli air dari loji-loji yang diurus oleh syarikat konsesi rawatan air untuk diagih kepada pengguna air. Jika nak jaga kebajikan rakyat, laksanakanlah kerja-kerja tersebut tak perlulah bersyarat pula.

Sunday, August 19

Ucapan Aidilfitri @NajibRazak.


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam diseluruh Malaysia dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Malaysia

Ramai gadis Malaysia beraya di Lombok..


Masih terdapat ramai gadis negara ini berada di Lombok, Indonesia berdasarkan siasatan yang dijalankan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimana pun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar gadis Malaysia yang berada di sana kerana dalam proses mengumpulkan maklumat.

Menurutnya, kesemua mereka jatuh cinta dengan lelaki Lombok sewaktu bekerja di negara ini dan mengikut mereka pulang.

“Perkara ini amat menyedihkan kerana gadis yang mengikut lelaki Lombok itu, berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran.

“KP1M akan memulakan kempen kesedaran terhadap wanita tempatan dalam semua sektor pekerjaan terutama pertanian dan perladangan, agar tidak terpedaya dengan pujukan lelaki asing yang bekerja di negara ini dan mengikut mereka ke negara asal mereka,” katanya.

Abdul Azeez berkata, setakat ini KP1M telah berjaya membawa pulang seramai 50 gadis rakyat negara ini atas permintaan keluarga.

Saturday, August 18

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengunjungi blog ini.Dikesempatan ini MKP menyusun 10 jari meminta maaf jika ada salah dan silap untuk tahun ini...Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...Kepada rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter yang mengenali MKP halalkan jika terkata,terhack terambil benda yang tidak sepatutnya minta dihalalkan dunia dan akhirat..Gambar diatas MKP ambil dari Sinar Harian wajah disebaliknya mungkin ada yang mengenalinya...Terimakasih Kepada JuruGambar tersebut tahun depan ambil lagi....Salam Lembaran......

Kenapa Anwar Padamkan Posting Blog?


Mustahil untuk mengodam blog Anwar Ibrahim?Semua blogger tahu dan faham untuk mengodam blog  bukanya sesuatu yang mudah dan senang apa tah lagi blog Ketua Pembangkang.Sudah semestinya Anwar dan pengendali blog beliau mengunakan aplikasi keselamatan yang terhebat untuk  meningkatkan tahap keselamatan.Jika senang dan mudah digodam sudah semestinya semua blog terhebat sudah kena benda yang serupa????

Dari penilaian MKP ada yang tak kena dengan pengendali blog tersebut mungkin Anwar terlepas pandang kepada pengendali blog tersebut.Almaklum dah dekat nak raya nie Anwar tak bagi duit raya kot????Tue yang ada sabotaj blog tersebut....Kemungkinan berlaku pekara ini amatlah tinggi kerana hanya 28minit sahaja posting tersebut ada didalam blog Anwar.Jika digodam sudah semestinya mengambil masa yang amat lama untuk dipulihkan sekurangnya sampai pagi esok....Licik sungguh perbuatan pengendali blog Anwar nie salahkan blogger Pro BN/UMNO untuk selamatkan diri...Sama jugaklah taktik yang digunakan oleh anwar ketika berhadapan dengan skandal video chinadoll tempoh hari,salahkan UMNO dan blogger.....Dah lama sangat menipu hari mungkin balasan Allah kepadanya...Buat baik balasanya baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan kebenaran jua.....



Anwar Minta Maaf Pada @NajibRazak Kerana Menfitnahnya?


MKP Terkejut beruk dengan dengan perutusan hari raya dari Anwar Ibrahim meminta maaf kepada keluarga PM DS Najib Razak kerana menfitnahnya...Mungkin Anwar dah buang tabiat dan tahu akan kalah pada PRU 13....Ayat berikut membuatkan MKP sendiri terkedu;;;
Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Friday, August 17

Apahal Pulak Neelofa Nie?


Tersipu malu pulak dah artis popular nie?Kenapa ek mungkin kesilapan dalam ucapan hari rayanya khas buat peminatnya,MKP tertarik dengan caranya membuat ucapan dan nampak ikhlas walupun sedikit gedik tapi itu memang ditunggu oleh peminatnya terutama lelaki yang kurang kasih sayang...


walauapapun Neelofa u tetap terbaik.....

Betul Atau Kesilapan Fakta BN Bakal Merampas Pulau Pinang?


Faktor Cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.

Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.

Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.

Harami Punya PAS Takut Dengan DAP Rupanya?


Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.


Mengulas mengenai perkara itu pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.

Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.

Nurul Izzah Buta Perut Salahkan UMNO,Ucapan Hari Rayanya?


Benda yang penulis tahu, kebiasaannya Perdana Menteri sahaja yang akan beri perutusan sempena mana-mana perayaan. Itu sudah menjadi amalan biasa. Ini mungkin kali pertama Ahli Parlimen pembangkang membuat perutusan raya. Lawak sebenarnya video klip Nurul Izzah ni. Mula tu tengok Izzah senyum ingatkan iklan Colgate ke apa…

Lepas tu ingatkan dia nak bagi ucapan selamat menyambut hari raya dengan serba sedikit kata-kata perangsang untuk rakyat.

Rupanya tidak…nama aje ucapan Aidilfitri, tapi daripada 9 minit 26 saat klip tu…9 minit cakap politik.

Dari 30 saat pertama dah mula bercakap politik. PDRM, SPAD, PPRT, LRT dan semua macam T disebut…kecuali aidilfitri aje yang tidak banyak disebut. Kesian kat suami dia…nampak rimas dan blur semacam.


Seksi : Kenapa Nak Melenting?


Masih ingat lagi dengan pelakon wanita bernama Ainul Aishah atau lebih dikenali sebagai Aishah?

Dahulunya, dia banyak berlakon dalam filem-filem terbitan syarikat Metrowealth milik David Teo.

Namun, kerana memikirkan kerjaya sebagai pelakon tidak stabil, Aishah telah pun menarik diri dari dunia seni dan membina empayar perniagaannya sendiri.

Aishah telah pun membuka perniagaan Tutti Frutti dan ternyata, usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.

Kalau di awal kemunculannya, banyak juga kontroversi yang ditimbulkan oleh gadis ini.

Semua kontroversi tertumpu kepada isu dia berpakaian seksi.

Dan sejak dia sepi dari dunia lakonan, timbul lagi isu yang boleh dikatakan tidak sedap didengar.

Terbaru, Aishah seperti melenting dengan teguran yang diterima dari peminat-peminatnya mengenai satu gambar dirinya yang dimuat naik ke dalam profil Instagram.

Thursday, August 16

Kalaulah Bapak Assmin Masih Hidup?


Gara-gara anaknya yang hanya tahu menghabiskan masanya bermain dengan kawan-kawan diluar dan malas membaca buku seorang bapa bertindak gila dengan membogelkan dan mengaraknya keliling kota dengan basikal sebagai pengajaran dan hukuman kepada anak lelakinya. Mungkin dengan hukuman cara ini sibapa mahukan sianak akan berubah total dan menumpukan lebih masanya pada pelajaran dan taubat dari mengingkari kata-kata beliau.


Itu kat China beb tapi kat Malaysia kita dengan adabnya lebih sopan-santun bila menegur anaknya tapi ini MKP buatkan khas buat Assmin Ali untuk tatapannya bila syawal bakal menjelang..



Kalau Assmin ali masih tak sedar beb tak tahulah apa nak buat lagi der....Pakatan Harami nie semua jenis menderhaka kepada ibubapak ke?

Selamat Berlakon Anwar?


PKR cuma ada Selangor sahaja untuk dipamerkan sebagai dalil ia mampu memerintah. Sebab itu, tidak kira sama ada baik atau buruk rekod PKR di Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, ia terpaksa ditelan sahaja agar tidak melimpah menjadi kudis di ambang pilihan raya umum ke-13.

Sebab itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor terpaksa berlakon kononnya tidak banyak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran Khalid di Selangor. Walhal, masalah yang dihadapi bertali arus.

Jika tidak, mengapa Selangor perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi? Sudah tentu ini untuk mengizinkannya memberikan input parti dalam urusan Selangor. Ini juga adalah bagi mengendurkan rungutan dan kempen bisik berbisik anti-Khalid yang menular sejak tahun pertama pemerintahannya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive