Man rajalawak bakal sertai PAS betulke? Berita terkini yang MKP dapat dari cerita sembang kedai kopi menyatakan ianya bakal terjadi dalam masa terdekat...Puncanya kerana Abby Abadi menjadi buah mulut orang apabila figura ini dikatakan lantang memberikan komen pedas mengenai hal-hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan kerajaan. Dari komen tersebut tercetusnya peperangan melibatkan Abby dan Dato' AC Mizal.
Angin yang bertiup kencang ini diperkuatkan lagi apabila Man bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.
Walaupun program yang bakal dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, Sumber memberitahu pemilihan Man menjadi pengacara program ini disebabkan dia sudah sah akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?






































