Saturday, September 8

AHLI UMNO SERANG BAS ANWAR?

BAS Jelajah AnWar diserang lagi oleh rakyat Melaka.Kes terbaru ini berlaku di Kg Kelubi Jasin Melaka.Nak kata Orang UMNO MKP tak nampak pun sesiapa yang pakai baju UMNO semasa serangan berlaku.Tapi ini jelas menunjukkan bahawa Rakyat Melaka nie tak suka peliwat Depan belakang nie mai Melaka.Kumpulan ini mungkin penduduk kampung yang benci kepada Anwar serta rombongan datang kekampung mereka untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat.


Khinzirisme Menciptakan Khawarijisme


Ketika hujjah tersebut dijawab dengan disiplin ilmu Islam serta dikemukakan segunung dalil naqal, mereka tetap tidak mahu berfikir menggunakan akal. Sebaliknya mereka membantah kembali dengan segenap emosi. Bagi mereka; yang benar adalah jalan fikir mereka sahaja. Selain mereka adalah sesat dan menyesatkan.

Mereka juga akan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh lawan mereka walaupun perkara itu bermanafaat untuk masyarakat. Seperti seorang hamba tawanan yang selalu membantah dan memandang curiga terhadap segala tindakan penjajah. Seperti pemikiran Dzul Khuwaisirah yang membantah Rasulullah saw dan memandang dirinya adil sementara Rasulullah saw bersikap curang. Tetapi sebenarnya Dzul Khuwaisirah ini kepingin emas yang diagihkan oleh Nabi pada hakikatnya.

Justeru khinzirisme menciptakan watak sampingan iaitu Khawarijisme; manusia yang suka membantah pemerintah dan meminta-minta. Manusia yang suka meminta-minta untuk keperluan hidupnya adalah manusia kerdil yang jiwanya terpenjara.

Lantaran itu bahana daripada empat wajah ini adalah masyarakat bergolak, berkelahi dan tidak bersatu. Sementara ilmu tidak berkembang dan kejahilan mewabak pada setiap anggota masyarakat. Rakyat lebih suka berdemontrasi dari memberi jalan solusi. Natijahnya negara runtuh sama ada kerana pembantaian dari kuasa luar atau kekacauan dari dalam. Inilah yang akan terjadi tatkala kita hanya merdeka pada raga tetapi jiwa masih menjadi hamba.

PRU13: Wan Azizah Nak Cipta Rekod Dinasti ‘House of Anwar’



Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditempat beliau membuang undi, sudah pasti mengejutkan, sekurang2nya untuk sekutunya PAS. Sebabnya mudah, rekod terakhir menunjukkan bahawa Presiden PKR itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang. Ini adalah semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir yg terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh pada 25 Ogos 2009. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man, dan memang Permatang Pasir secara tradisinya sejak turun temurun kerusi PAS.

Dari zaman arwah Haji Zabidi Ali sehingga ke allahyarham Hamdan Abdul Rahman, PAS di Pulau Pinang wajib bertanding di kerusi Permatang Pasir. Kalau hendak buat jangkaan mudah, mungkin akan ada pertukaran kerusi. Ada cakap2 dari Pulau Mutiara mungkin Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman yg merupakan ADUN Penanti akan bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan datang. Mansor dijangka bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru yg kini disandang oleh Datuk Seri Zahrain Hashim yang sudah keluar PKR manakala kerusinya di Penanti diserahkan kepada PAS.

TAMRIN HANYA MENCARI TONGKAT SAKTI MASUK PAS?


Tamrin Ghafar merupakan antara individu yang terdesak dan sedang mengharapkan tongkat sakti untuk kembali berada di puncak kuasa atau kekayaan. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba itu, merupakan seorang oportunis dan sewaktu berada dalam UMNO, 

Terlalu banyak onar yang dilakukannya, termasuklah perselingkuhannya dengan beberapa orang artis wanita jelita.Salah seorang artis wanita jelita itu telah dihadiahkan apartment bernilai RM5 juta selain ditaburi wang ringgit.

Namun selepas dia tidak mampu lagi menjadikan UMNO sebagai jambatan atau kad untuk mendapatkan kemewahan, Tamrin mula berjinak-jinak dengan PAS terutama apabila dia cuba menggunakan pengaruh bapanya dalam perolehan tender pembalakan di Kelantan. PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa yang melihat peluang terbuka luas, telah menjadi orang yang paling kuat menyokong kemasukan Tamrin ke dalam PAS, sekaligus memperkenalkan Tamrin sebagai tukang cakap baru untuk parti berkenaan.

Alahai Neelofa!!!!!


Neelofa bergambar macam nie biar betul beb...Gambar diambil dari instagram mengunakkan teknik  Pro-X.Nak tahu ulasan lebih lanjut pakat la KLIK

Friday, September 7

Awas!!! Loket Bertenaga Skalar Ini Merbahaya


Loket ini merbahaya jika dipakai beb.MKP lihat ramai anak muda dah pun pakai benda nie termasuk rakan MKP sendiri.loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya. 


Pakatan Rakyat Juara Menjual Harta


Belum pernah berlaku dalam sejarah negeri-negeri di seluruh Malaysia penjualan aset-aset milik negeri dilakukan secara besar-besaran berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Dari tanah, bangunan sehinggalah hutang syarikat lain yang dimiliknegerikan, Selangor di bawah pentadbiran PKR jadi juara sebagai penjual. 

Sehinggakan asrama anak-anak yatim di Sepang pun dijual kepada kroni, tanah untuk pembangunan pendidikan diserahkan kepada syarikat kroni, tanah yang telah diusahakan oleh penduduk dan berstatus TOL dirampas bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan pasir, bangunan-bangunan serta aset Yayasan Selangor, PKNS serta beberapa entiti negeri pula dijadikan seperti harta pusaka peninggalan Tok moyang Khalid Ibrahim dan Teresa Kok dengan sesuka hati mereka dilupuskan.

POLIS PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA? @PDRMsia

Demo yang telah diajurkan oleh pihak SUARAM di Bukit Aman.Memorandum tentang pembunuhan Dinesh telah diserahkan oleh pihak SUARAM kepada Wakil pihak PDRM.Dakwaan Suaram kononnya anggota Polis telah membunuh Danish?adakah ini benar?biarlah pihak yang terlibat menyiasat?


Yang menarik perhatian MKP ialah berkenaan Suaram ini telah dibiayai oleh Dana Asing.Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

LORI BERGERAK BN DISIMBAH CAT MERAH

Kenderaan Barisan Nasional Pulau Pinang telah disimbah dengan cat merah,Kejadian berlaku dihadapan Taman Manggis.Kejadian ini disedari oleh pemandu lori tersebut pada pagi ini.Kebetulan  pagi ini Pemuda BN menjemput Lim Guan Eng untuk berdebat dihadapan Taman Manggis mengenai tanah yang yang telah dijual oleh kerajaan negeri.Akan tetapi Ketua Menteri tidak muncul sehingga waktu yang ditetapkan.

tin sisa cat merah yang ditinggalkan.

Parking tiket yang banyak telah diselitkan oleh petugas MPPP.

Harimau Yang Sedang Tidur Jangan Dikejutkan ...


Ada gerakan cuba cipta tahap kedua kemerdekaan. Itulah penelitian dari Bekas KPN, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yg mendakwa terdapat banyak petanda politik yg seolah-olah menunjukkan ada gerakan yg cuba mencipta tahap kedua kemerdekaan negara. Abdul Rahim berkata, gerakan halus tersebut yg bermula beberapa tahun lalu berkemungkinan didalangi pihak yg tidak sehaluan dengan kerajaan.

Golongan itu mahukan lonjakan baru kerana pada mereka kemerdekaan yg dicapai pada 31 Ogos 1957 hanyalah tahap kemerdekaan pertama iaitu kejayaan menghalau penjajah. Dalam erti kata lain, jika mereka mencapai kuasa, mereka akan mencipta kemerdekaan selanjutnya dengan menghapuskan Perlembagaan negara dan mewujudkan Perlembagaan baru seolah2 sistem republik. Malah ada pemimpin tertentu selain menghasut rakyat di negara ini turut ke luar negara yg biasa dengan revolusi berdarah dan menyebarkan kononnya revolusi telah bermula di Malaysia.


VIDEO RAHSIA TAKLIMAT OLEH PKR


Taklimat strategi rahsia PKR untuk kucar kacirkan negara semasa Kongres Nasional PKR 2011 di Johor. Taklimat disampaikan oleh YB. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerjak.

Melihat kepada kehadiran mendadak kaum Cina pada perhimpunan haram sebelum ini berbanding dengan Bersih 2.0, bolehlah dikatakan DAP dan penyokong-penyokong Cina telah berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu dari PKR dan PAS untuk menjayakan agenda licik mereka.

Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.

Thursday, September 6

Video Lawak : OPPA Gangnam Anwar Style?



Video menarik yang telah dihasilkan oleh sahabat PRO BN,Jika dahulu video macam nie mainan oleh pihak pembangkang untuk pemimpin BN.Tapi sekarang dunia Cywar sudah berubah dan apa yang telah dilontarkan oleh pihak pembangkang dulu kena kepada depa balik.MKP nak ucapkan tahniah kepada LENSA KINI kerana ada idea kreatif untuk mengahasilkan video lawak nie...

PM Sedia Maafkan Ayah "Pelaku Tonggeng". @NajibRazak




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan untuk menerima permohonan maaf daripada A. Rahman Abdullah, ayah kepada bekas pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman yang terbabit dalam insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas.

Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa.

Kebanyakkan media melaporkan permohonan maaf ayah kepada remaja itu yang menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam itu.

Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.

Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.

MKP Ayat Sempoi : Kesian mamat nie tak dibela langsung oleh Pakatan sebaliknya Amoi yg ditahan dibawa oleh Peguam DAP ke Balai Polis.


- Posted using BlogPress from my iPad

Breaking News : Dalang Pencabulan Bendera Serah Diri.

Terkini dalang pencabul tukar bendera kini menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi sebentar tadi.Sudah tentu bila nak serah diri diiringi oleh semua MP serta peguam PKR.MKP ambil gambar ini dari tweet Nurul Izzah.

Beberapa Kumpulan Anak Muda Pro Hishamuddin Rais dengan rasa 'bangga' mengibar bendera yang direkabentuk Gabungan Parti Haluan Kiri (yang turut disertai Parti Komunis Malaya) satu ketika dahulu sebelum era pasca merdeka. Satu suasana yang tidak terfikir akan dibangkitkan semula setelah 55 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan.

MAZLAN ALIMAN DIBOGELKAN KEMALUANYA OLEH PENEROKA.


Kira-kira 616 peneroka FELDA Lurah Bilut, dekat sini menafikan tanah milik mereka akan hilang seperti didakwa pembangkang susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah dan antara usaha menggagalkan rancangan kerajaan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di situ dalam jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaruddin Mat Doaa, berkata isu pindah milik tanah itu sengaja dimainkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.


CUCI KERETA DAPAT SEKS FREE?


Apa dah jadi dengan Kerajaan PKR Selangor nak galakkan kegiatan maksiat dan cara halus untuk memesongkan akidah rakyat selangor ke?Kalau macam tue Khalid Gagap patut tukar Selangor Darul Ehsan kepada Darul Maksiat lepas nie.Terbukti dan kini sudah lebih dari batasan jika tidak dibendung takut lebih parah lepas nie.


Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada ‘Program Kesetiaan Pelanggan”. 
Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa… 
Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!
Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan. 

BAPA PELAKU AKSI TONGGENG MINTA MAAF


Bapa mana tidak sayu dengan perbuatan anaknya hingga mencemar nama baik keluarga,Bagi sorang bapa yang bertanggunggjawab mungkin telah menyalahkan dirinya sendiri kerana kurang memberi tunjuk ajar kepada anaknya.Bagi mkp tindakkan bapanya ada kewarasannya.

Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu. 
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi. 

Wednesday, September 5

Man RAJALAWAK Sertai PAS?


Man rajalawak bakal sertai PAS betulke? Berita terkini yang MKP dapat dari cerita sembang kedai kopi menyatakan ianya bakal terjadi dalam masa terdekat...Puncanya kerana Abby Abadi menjadi buah mulut orang apabila figura ini dikatakan lantang memberikan komen pedas mengenai hal-hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan kerajaan. Dari komen tersebut tercetusnya peperangan melibatkan Abby dan Dato' AC Mizal.

Angin yang bertiup kencang ini diperkuatkan lagi apabila Man bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.

Walaupun program yang bakal dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, Sumber memberitahu pemilihan Man menjadi pengacara program ini disebabkan dia sudah sah akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?

13MAY BAKAL BERULANG?




Pada perayaan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun, pembangkang benar-benar menampakkan belang mereka sebenar.

Bermula dengan tindakan menolak tema ‘Janji Ditepati’ dan menukarnya kepada ‘Sejiwa Sebangsa Senegara’ dan seterusnya menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan secara berasingan dengan menggunakan tema rekaan sendiri, Pakatan Rakyat telah mendedahkan perancangan licik mereka sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.

Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 dan 2.0, himpunan Janji Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar batas undang-undang.


Malik Itik Kena Maki Dengan Peniaga?

Malik Kassim telah dimaki oleh peniaga padang kota lama kerana sikapnya tidak mengambil tahu masaalah yang dialami mereka.Bagi MKP memang patut pun kena maki.Sikapnya bersahaja bukan membela akan tetapi hanya menunggu arahan dari tok0ng Guan Eng memberi arahan kepadanya baru bertindak.Masalah kebersihan dan pengurusan sebelum ini telah banyak kali telah dibangkitkan namun hanya sekadar rungutan namun sehingga kini tiada tindakan telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.DAP mana nak jaga melayu beb.Kalau berkaitan peniaga cina sampai tutup jalan pun depa sanggup buat.



Bila Cina Tunjuk Anti Melayu


Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang. Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis. Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.

Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya.

Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan ‘keuntungan’, kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam. Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.

Siapa Dalang Tukar Bendera?


Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula2 sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu. Hishamuddin pernah menguar2kan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua2nya bukan garapan anak negeri.

Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yg lumrah. Tetapi yg penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing2. Secara harfiahnya, yg mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Cuba kita lihat bendera Australia, juga ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

JIKA ADA RM 1JUTA PUN TIADA GUNANYA?


Itu adalah ungkapan yang MKP rasa apabila pengalaman menaiki pesawat C-130 bersama  rakan-rakan media apabila menyertai Program Lawatan Media Kanan Media Anjuran TUDM. Matlamat utama program ini ialah menjelaskan fungsi serta tanggungjawab TUDM untuk mempertahankan negara. Pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Ini kali pertama TUDM mempamerkan beberapa aset strategiknya kepada orang awam bagi menunjukkan sebahagian kemampuan mereka menjaga pertahanan udara Malaysia.

Rombongan kami, di bawa ke Pengkalan Udara Kuantan menggunakan pesawat Charlie-130 yang memuatkan lebih 100 orang, selain anggota rombongan ada juga pegawai kementerian, selain kakitangan TUDM sendiri.

Tiba-tiba di tengah-tengah ruang udara, keadaan dalam pesawat yang sedia bising, bertambah bising selepas terdengar deruan dua jet pejuang MiG-29 yang buat misi memintas pesawat kami.


NAK MEREMPIT PUN AGAK-AGAKLAH




video nie menunjukkan cara bagaimana mat rempit kampung di utara tanah air merempit disekitar sawah padi.Tapi bagi MKP apa yang dilakukan oleh mamat remoit nie tak slah dari segi undang-udang kerana mereka merempit bukanlah dikawasan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.Mereka hanyalah memenuhi hobi mereka dikelapangan waktu yang ada.Cuma MKP kuatirkan hanyalah tahap keselamatan mereka harudlah dipertingkatkan takut nanti berlaku kecelakaan yang datang tanpa disedari.


Kalau nak dibandingkan dengan anak muda yang menyokong PKR serta PAS pekara ini tidak sekejam mereka kerana telah menunjukkan Bontot dihadapan gambar PM tempohhari dan kini telah ditangkap.MKP nak tengok jugak lepas nie Peguam mana yang nak membela mamat sengal yang telah ditahan tue......

Tuesday, September 4

Siapa Kata UMNO DiTolak Orang Muda?


Ayat dari pencacai Pakatan menyatakan UMNO sudah tidak relevan serta ditolak oleh golongan muda nampaknya kini ibarat meludah kelangit.Tambahan pulak Abby Abadi yang telah menyertai PAS membuat mereka lebih riak dan menunjuk-nunjuk.Akan tetapi Abby abadi kini telah menjadi liabiliti kepada PAS kerana sikapnya mengutuk alim ulamak yang tidak menyokong PAS.Baru sehari bertudung dah cakap pandai..... 

Terbaru pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.


VIDEO GangNam Pulak Hina PM @NajibRazak @PDRMsia Tolong Siasat


Satu video klip menghina pemimpin-pemimpin negara dalam bentuk animasi telah dimuat naik di laman sesawang youtube.com pada malam ambang merdeka yang lalu.

Video klip sepanjang 2:18 minit berjudul ‘Open Condom Style’ itu telah dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan nama ‘tricave2011’ dan sehingga sebentar tadi telah mencatatkan tontonan sebanyak 173,584 tontonan.

Video klip tersebut menggambarkan animasi yang mirip dengan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sedang melakukan tarian gangnam atau lenggok kuda dari Korea yang cukup popular di kalangan warga pengguna internet.


Tahniah @PDRMsia,Pelaku Punggung Telah Ditahan.


Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menghina gambar pemimpin negara pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Pelajar terbabit yang berusia 19 tahun ditahan di kolejnya sejurus tiba dari kampungnya di Batu Pahat, Johor dengan diiringi ibu bapanya.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Md Hassan.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.


Nurul Ain : Kerana Mulut Badan Merana?


Nurul Syuhada Nurul Ain telah memohon maaf melalui laman sosial Facebook beliau bagi menjelaskan 'ketelanjuran' berhubung kenyataan yang dibuat tentang Bintulu, semasa siaran secara langsung Hari Kemerdekaan ke-55 negara, Jumaat lalu.

Kenyataan maaf beliau yang dibuat semalam yang berbunyi:
"To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of 'daif' needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u."


Alahai PAS dulu Sokong Syaitan Kini Kafir Pulak?


Omongan kosong oleh pemimpin PAS menyatakan PAS memperjuangan Islam boleh diibaratkan menanam tebu dibibir mulut,Manisnya bila berbicara akan tetapi relaitinya hampir pahit seperti hempedu boleh membuatkan termuntah hijau dibuatnya.MKP tidak menafikan ramai dikalangan Orang PAS adalah yang bijak pandai didalam pengajian mereka terhadap Islam akan tetapi apalah gunanya jika hanya dipergunakan serta diperkotak-katikkan oleh DAP sanggup bersengkongkol demi menjatuhkan sesama Islam.

Pelik dan tapi benar itulah kenyataan bahawa PAS hanyalah parti Politik yang mementingkan perjuanganya demi segelintir pemimpinnya yang gilakan kuasa untuk menakluk Putrajaya...Bukanya untuk menegakkan Islam seperti yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu.Bertolak titik dari itu ramai dikalangan cerdik pandai didalam PAS telah meninggalkan parti kerana telah lari dari perjuangan asal mereka.

PAS jelas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat.

Tidak Patriotik Dan Membazir @ZambryAbdKadir


Kerajaan Perak di bawah DS Dr Zambry dituduh membazirkan wang rakyat kerana membeli kereta baru dari jenis Teana , ada yang menyatakan Nisan Fuga.

Tuduhan Pas berbeza-beza, ada kata Fuga yang berharga RM 350 ribu sebuah dan ada yang kata Nissan Teana berharga RM170 ribu sebuah. [ yang mana satu nak pakai]

Bagaimanapun Pas melalui laman web Perakite telah mengedarkan risalah memburuk-burukkan Dr Zambry kerana membeli kereta baru.

Untuk maklumat Perakite, zaman Nizar menjadi MB dahulu, kereta Proton Perdana masih dalam pasaran, dan kini pengeluaran Perdana dihentikan sementera dan akan digantikan dengan kereta Nissan Fuga. Jadi kalau MB beli Nissan Fuga atau Teana ia akan menjadi mudah dalam penyelenggaraannya kerana ia akan sama dengan model Perdana.

Benarkah Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?


Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;

Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !

Benarkah itu maksud gangnam style?

Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?


Sunday, September 2

Anwar Diserang DiDalam Masjid?

MKP baru saja dimaklumkan oleh rakan seperjuangan dari kedah menyatakan Anwar Ibrahim telah diserang didalam masjid oleh AJK Masjid.Road tour anwar dari kelantan tiba di Kedah pada petang tadi dan acara secara besaran berlangsung di stadium Darul Aman.

Anwar dan rombongan mengadakan takzirah di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong, Alor setar lokasi ini berdekatan dengan Stadium Darul Aman dan tak jauh jualah dari Madrasah Salihah yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Sudah pastinya Anwar dan pakatan harami ini bakal menyalahkan UMNO dalam setiap malapetaka yang menimpa mereka.Itu adalah SOP anwar sampai kes bersuka ria dengan chinadoll pun UMNO dipersalahkan yang sedap depa pulun tapi yang buruk itu UMNO.

Padahal mungkin yang datang membuat kacau didalam Masjid itu mungkin adalah orang PAS atau PKR sendiri yang tidak suka kepada kepimpinannya yang menyokong Israel serta Hukum Hudud...

Apa Hal Nie Pulak Erra Fazira?


Erra Fazira tampak begitu tenang dalam menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi mengenai hal peribadi, Erra Fazira langsung tidak melatah malahan merasakan ia adalah asam garam kehidupan yang harus digadaikan setelah menjadi artis.

“Memanglah, semua pun ada sifat marah tersendiri, tapi pengalaman saya sebagai artis banyak mengajar agar lebih pandai mengawal kemarahan . Tidak boleh jika kita berada di dalam keadaan marah dan terus beritahu dan menceritakan segalanya di lama sosial seperti Facebook dan Twitter.”

“Ini kerana kadang-kadang disebabkan kelalaian kita di situ, perkara yang kecil menjadi besar dan apa yang orang tidak tahu akan cepat mereka membuat andaian.”

Skandal Tanah Kenapa Guan Eng Menafikan?


Baru saja cadangan supaya ditubuhkan Guan Eng dah bersilat lidah menafikan.Umno Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau sebaliknya.
Sudah sampai masanya kerajaan negeri tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan bentangkan kepada umum bagi rakyat nilai sendiri sama ada apa yang mereka buat itu (jual tanah) adalah telus.

PRU-13 Mungkin Pada November


Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan.
Adakah ini benar?jika benar hanya tinggal dua bulan lagi untuk PRU 13.Pilihanraya paling getir dlam sejarah Malaysia.MKP tak sabar menunggu hingga tarikh sebenar diumumkan secara rasmi oleh PM.Pendapat MKP serta naluri hati menyatakan ianya tidak akan terjadi?Betul atau tidak sesama kita nantikan....

Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun. 
Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.
"Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22.
 
Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November untuk mengadakan pilihan raya.

Bingai Rupanya Hishamudin nie,Merdeka Dan Penubuhan Malaysia Tak Tau?



Hippis pro demonstrasi pelajar yang lari dari negara ini kerana takut dikenakan tindakan tahun 70-an dulu, Hishamudin Rais cuba menunjukkan kebodohan apabila menyamakan Jalur Gemilang sebagai Jalur Temberang.

Tidak cukup dengan itu nak dikelirukan pulak generasi muda hari ini antara tarikh kemerdekaan dengan tarikh penubuhan Malaysia. Kata Hishamuddin tarikh merdeka sepatutnya 16 September, bukan 31 Ogos kerana ketika itu Sabah dan Sarawak belum masuk Malaysia.

Ini yang kita kata orang tua ini bodoh. Apa maksud merdeka dan apa maksud penubuhan Malaysia? Merdeka bermaksud bebas dari penjajah, kalau nak diraikan kemerdekaan pada 16 September, siapa yang bebas dari penjajah pada tarikh tersebut? Tidak ada, jadi merdekakah 16 September itu?

Duduk lama di London nampaknya tidak mengajar Hishamudin apa-apa melainkan menjadikannya lebih bodoh dari orang lain.

OPPa GangJahanam Style?



Baling cat terhadap bas di KB itu sama dgn baling batu terhadap Nabi SAW di Thaif > Nik Aziz

Jika mengikut cara Pakatan Rakyat, bolehlah kita sebut ini semua reverse game Pakatan Rakyat yang sengaja menyerang bas mereka sendiri bagi memburukkan UMNO.

Tapi siapa yang dapat menghalang jika ia dilakukan oleh orang pro-JATI? Kerana Anwarlah Hasan Ali ditendang dari PAS. Hakikatnya, kemenyampahan masyarakat terhadap AnwaIbrahim semakin membuak-buak bermula dengan terlepasnya dia dari pertuduhan liwat bukan atas dasar dia tidak melakukannya, sehinggalah kepada kes terbaru, isu menjadi Sultan Selangor di malam merdeka.

Malah kemewahan bas itu sendiri yang dilihat entah dari mana datangnya sumber, membuatkan rakyat Kelantan sedar bahawa Bapa Korupsi Negara sedang merencanakan tour putar belit melalui agen-agennya yang menjengkelkan dengan menunjuk-nunjukkan kemewahannya.

Yang menentang mereka bukan hanya UMNO. JATI juga mempunyai sokongan yang besar di Kelantan. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, baik PKR sendiri , UMNO mahupun JATI, padan mukalah kesimpulannya.

Namun Anwar tetap berpuas hati bila Nik Aziz samakan kes baling cat terhadap bas di KB itu dgn baling batu terhadap Nabi SAW di Thaif ...

Alahai ... dah melampau tu pok nick ... dah jadi makin tak keruan bila pok nick sanggup terima pertolongan setan ...

Saturday, September 1

PERKASA Mengamuk Kerana Sayangkan Sultan?


PERKASA Selangor hari ini membuat satu laporan polis ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Persoalan timbul apabila Sultan yang secara tradisinya dijemput menyertai majlis tersebut sebelum ini tidak dijemput, sebaliknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan sebagai tetamu khas pada malam sambutan itu.Adakah Anwar sudah diiktiraf PKR sebagai sultan Selangor.

Abby Abadi Senyum Girang Bila DiKepung Jantan?




Abby tersimpul malu apabila dikerumuni oleh lelaki muda semasa perhimpunan JanjiDemokrasi.Nampak gayanya ini bakal menjadi trend PAS.Apa nak buat jika PAS sudah kehilangan aura untuk meraih sokongan anak muda menyertai mereka.Jika Abby kerap berada di pentas PKR MKP tak kisah kerana PKR adalah parti yang menyokong sumbang depan dan belakang.Tengoklah Ketua Umumnya pun ada skandal dengan ChinaDoll dan jantan.



Gambar tue MKP dapat dari blog gossip rakyat. Menerusi komen kat blog tersebut dorang akan dedahkan gambar budak neh. Gambar yang lebih jelas. Info yang aku dapat kat sana juga ada mengatakan bahawa ;

1. Nama budak neh ammar

2. Student di college cybernectics

3. Asal johor

4. Nama facebook dia alice sakai

MKP tak pastiah betul ke tidak. Tapi kalau betul MKP cadangkan pada mamat nie alice sakai baik cepat-cepat lari + set privacy facebook ko.. apa pun ko kena terima. Bila gambar2 seperti neh tersebar akan ada member2 facebook or member2 realiti ko mengecam ko.. dan tak seme dari mereka ialah penyokong2 bersih.

Sudah semestinya MKP tak bersetuju dengan perbuatan di atas. Bukan kerana aku nak tunjuk baik tetapi mana moral kita nak memberak depan orang ramai? Kalau tak buka seluar ada juga maafnya. Neh siap buka seluar lagi..lebih baik kau buka seluar kepada Anwar mungkin ada spark kot?Silap haribulan kena balun belakang.

Posted using BlogPress from my iPad

BAS ANWAR DISABOTAJ SALAHKAN UMNO LAGI.




Semuanya nak salahkan UMNO,Ada bukti mengatakan ini semua kerja jahat UMNO?Berkenaan isu ini semua dah dijangka supaya isu ini mendapat perhatian rakyat.Kalau kejadian ini berlaku diluar Kelantan mungkin boleh diterima akal yang waras.MKP pelik kerana Kelantan adalah kubu kuat PAS.PAS adalah rakan sekutu yang mudah ditarik hidung oleh Anwar.

Puncanya mudah, kemungkinan Bas mewah yang membawa rombongan Anwar Ibrahim tidak mendapat restu RAKYAT kerana melihat ianya satu kesalahan paling teruk kerana dalam masa sama masih ramai rakyat perlukan pembelaan.

Ironinya, serangan terhadap Bas mewah Anwar dan konco-konco di Kelantan awal pagi tadi memungkinkan ini perbuatan penyokong Pas yang mungkin marah terhadap usaha PKR memburukkan nama pakatan dengan pembelian BAS MEWAH terbabit.Bukan semua penyokong PAS setuju dengan sik Anwar yang menyokong Israel.

Seperti biasa Anwar dan pengikutnya menuding jari kepada UMNO/BN terhadap siri serangan Bas terbabit. Sedangkan dipercayai ini perbuatan dirancang awal bagi merai simpati rakyat dan menutup kesalahan kerajaan Anwar membeli Bas mewah ini.

Rasa-rasanya orang tedesak akan buat perancangan untuk larikan diri….PKR sedang buat dan ini adalah hasilnya.

- Posted using BlogPress from my iPad

Peristiwa Kemerdekaan Harus Diterjemahkan Demi Keamanan.


Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara.. Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

Gambar Paling Sempoi #Merdeka55






Berikut adalah yang Gambar paling popular didalam timeline tweet semasa sambutan #Merdeka55. Sejarah dalam media sosial hari ini terlakar dengan memperlihatkan lebih dari 3 juta tweet yang menggunakan hashtag merdeka55.

Ini sudah pasti akan menjadi kegilaan kepada pemimpin pembangkang yang melihat bahawa rakyat Malaysia sudah kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perkara ini adalah amat baik dan ianya adalah satu perkara yang diluar jangkaan pemimpin pembangkang yang mengagak bahawa kepimpinan YAB Perdana Menteri tidak mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia.

Ini juga dapat dibuktikan dengan kehadiran dari lebih 150 ribu penyokong keamanan dan kemerdekaan tanah air di stadium nasional Bukit Jalil pada semalam.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive