Thursday, January 10

NIK AZIZ SAMBUT HARI JADI ALA MAT SALLEH.......?



selamat hari lahir Pok Nik tapi MKP pun pelik jugak dengan sikap pemimpin PAS nie kalau nak buat sambutan hari jadi pun buatlah cara islam macam doa selamat ke atau apa tapi dah terbalik kot pulak siap bagi bunga .

semoga umur yang mencecah 82 tahun berbanyak-banyak melakukan amal ibadat. Kadang-kadangkala bila kita merasa diri kita serba serbi betul hingga terlupa bahawa manusia itu sifatnya bukanlah sesempurna mana.

Lebih afdal dengan peningkatan umur sebegini tidak memikirkan lagi hal-hal ‘lagha’ yang boleh menyebabkan mudahnya terpaling.

Kalaulah usia boleh bercakap… !

KAD MEDIA DARI PDRM UNTUK #KL112 @PDRMsia


Ini adalah kad media yang telah dikeluarkan oleh pihak PDRM untuk #KL112 sabtu ini.Pihak PDRM dah buat sehabis baik untuk mengelak pekara yang tidak diingini berulang.So klu korang nak bertegas jugak mempertikaikan kad media nie memang sengaja nak langgar undang-undang yang telah ditetapkan....

Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan BERSIH yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.
  
"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.
   
Beliau berkata PDRM diyakini dapat menjamin keselamatan dan ketenteraman mereka, dengan syarat semua pihak termasuk pihak penganjur realistik dan permintaan mereka munasabah.

"Kali terakhir (BERSIH) ia diadakan di jalan raya, bukannya polis yang pergi ke jalan raya. Apabila jaminan diberikan ia akan merupakan perhimpunan aman, ia tidak berlaku," katanya.




PENYIMPAN HARTA ANWAR DILUAR NEGARA BERADA DI PERMATANG PAUH...?#KL112


Jutawan ciptaan air tangan Anwar ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1996 dulu,Dr Rahim Ghouse sudah dilihat berkeliaran di sekitar Permatang Pauh.

Kepulangan beliau sudah pasti berkait rapat dengan KL#112 dan PRU13 dengan membawa bersama bergundi-gundi wang.

Menyambung kembali apa yang MKP berbicara sebelum ini. Rahim Ghouse telah memulakan dengan memberi dana kepada Anwar Ibrahim dalam bentuk matawang Pound Sterling(UK).Perjumpaan dengan mahasiswa dirumahnya beberapa hari lepas telah mendedahkan segalanya.

Dana ini akan digunakan pada kempen #KL112.Banyak jugak yang akan dilaburkan dalam kempen ini bermulanya dari provokasi Adam Adli untuk mencari pengikut serta sokongan mahasiswa/mahasiswi. Sudah tentu dana akan diberi untuk memudahkan pelancaran dan provokasi yang akan dicetuskan pada #KL112.

Dari apa yang diceritakan kepada MKP Dana terbaru ini akan mencetuskan demo jalanan terbesar gerakan mahasiswa/mahasiswi berpaksikan kepada SAMM.Ini adalah kekuatan beliau dalam karier politiknya dan mengunakan apa saja diperlukan untuk mendapatkan simpati dan perhatian rakyat dan penyokongnya.

Setelah Rahim Ghouse berjaya mempengaruhi kebanyakkan NGO di Australia untuk kepentingan Anwar kini telah beralih arah ke United Kingdom pulak untuk mengumpul dana melalui Abrar Group. 80 juta bakal digunakan semasa demo #KL112.

Jika berlaku sesuatu kepada Anwar semua telah tersedia untuk membawa beliau keluar dari malaysia melalui kedutaan India dengan pertemuan anak kepada Mathma Ghandi.Maklumat berkenaan telah disebarkan meluas melalui media siber pada kini.Semuanya rancang!!!!!


NAK MENIPU PUN AGAK_AGAK LAH SAM KETOT...........


MKP bila tengok gambar nie tersenyum sendirian dan terpacul difikiran kenapa bodoh sangat Sam Ketot nie sampai gambar ala-ala menipu nak di sebarkan...Takkan dah tersedak bulu kat tengkok kot macam Pengerusi Himpunan Shamsidar Mat Sabu.

Nampak sangat hanya beberapa kerat yang hadir paling banyak pun tak lebih seratus yang didalam gambar nie lah..MKP rasa tempat nie saja ada orang kot.Kalau dari sudut nie yang malap dan gelap gambar ini diambil ramai pulak makcik dan pakcik yang lanjut umur...

Pakatan Harami nie hebat didalam menipu macam Anwar jugak.Kebanyakkan ceramah mereka orang yang hadir adalah pengikut setia atau pun macai yang telah diberi upah untuk mengikut setiap program yang telah dirancang.

Kalau tak pecaya korang boleh check sendiri ditempat berkenaan sudah pastinya ni pendaftaran kenderaan datangnya dari luar.Kebanyakkanya adalah dari Kelantan maklumlah pencacai PAS dari kelantan nie kurang cerdik pasal tue ramai anak muda kelantan lari keluar dari sana untuk mencari rezeki.



TIMBALAN MENTERI BAGI LAMPU HIJAU MAHASISWA TURUN DEMO #KL112


Apa cer dengan timbalan Menteri KPT nie sampai bagi Green Light pada mahasiswa untuk berdemo pada sabtu nie.Politik alaf baru apa macam nie.Setahu MKP sekarang mahasiswa menjalani peperiksaan dan agak sibuk dengan tugasan mereka.Takkan sebagai menteri tak tahu sebaliknya membenarkan pulak...

Tokoh-tokoh pendidikan melahirkan kebimbangan trend pelajar lelaki Melayu yang lebih mengutamakan politik daripada menimba ilmu akan memburukkan lagi tahap pencapaian pelajar kaum itu berbanding pelajar bukan bumiputera.

Malah, mereka mengakui bahawa keutamaan sebahagian pelajar lelaki Melayu kini khususnya di institusi pengajian tinggi kepada politik berada pada tahap serius yang memerlukan perhatian segera oleh parti-parti politik yang mewakili orang Melayu.

Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Awang Had Salleh mengakui bahawa sindrom politik kepartian yang begitu menonjol di kampus sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi penyebab kepada kelemahan pelajar Melayu dalam bidang akademik.

Pembabitan pelajar dalam politik kepartian menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran sedangkan menimba ilmu sepatutnya menjadi tanggungjawab utama mereka di universiti.

Kebanyakan pelajar yang aktif politik kepartian tidak menunjukkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, sebaliknya mereka menjadikan aktiviti politik itu sebagai alasan kenapa mereka tidak mencapai keputusan cemerlang.

Dengan kata lain, pelajar yang tidak cemerlang ini seolah-olah menjadikan masalah aktif dalam politik kepartian sebagai alasan dan escapism untuk tidak berjaya.

Tidak salah bagi pelajar aktif sebagai pemerhati politik kepada senario di luar kampus, tetapi jangan jadikan suasana kampus sebagai mini gelanggang politik kepartian.MKP bimbang dengan fenomena yang melanda kampus di negara ini sekarang.

Para pelajar, kata beliau, sepatutnya menjadikan peluang memimpin persatuan pelajar sebagai pentas mengasah bakat kepimpinan mereka melalui kerja-kerja kebajikan di kampus dan bukannya menonjolkan diri sebagai pemimpin mewakili parti politik.

Pihak pentadbir universiti khususnya naib-naib canselor perlu melihat perkara itu secara serius dan berusaha melakukan sesuatu secara berkesan bagi mengubah atau membetulkan senario tersebut.

Antara yang boleh dilakukan ialah meletakkan syarat supaya mereka yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus mesti mencapai tahap keputusan minimum yang ditetapkan sebelum layak bertanding.

Pelajar bukan bumiputera khususnya pelajar Cina mengamalkan beberapa sikap positif yang membantu mereka mencapai keputusan yang lebih baik.

Antara yang diterapkan oleh para pelajar Cina adalah melakukan sesuatu mengikut keutamaan dalam konteks belajar, belajar secara berkumpulan serta menitikberatkan perbincangan.

Satu kisah semasa berlaku demonstrasi pelajar di Universiti Malaya pada 1970-an, semua pelajar Melayu yang berdemonstrasi lari apabila diserang gas pemedih mata.

Seorang pelajar Cina yang sebelum itu membaca buku dan kemudian menyertai kumpulan demonstrasi menyambung pembacaan di bawah meja apabila berjaya melarikan diri daripada gas pemedih mata.

Pelajar Melayu hanya menyambung kuliah seminggu selepas peristiwa itu bagi menunjukkan betapa pelajar Cina tahu tanggungjawab mereka dan harapan besar ibu bapa terhadap mereka.


KERANA DUIT BADAN MERANA DER.............


Serangan utama Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional adalah isu rasuah. Isu itu digunakan untuk membuat rakyat benci kepada BN dan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang. 
 
Pakatan mendakwa ia memegang kunci yang akan menghapuskan rasuah dengan syarat ia diberikan mandat menawan Putrajaya.
 
“Jika hanya menang di peringkat negeri, tidak ada banyak yang kami boleh buat.” Itulah yang diujar oleh pemimpin-pemimpin mereka. 
 
Masalahnya ialah ketiga-tiga parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka kalis rasuah atau negeri pimpinan mereka bebas daripada gejala itu. 

Berita seorang pembantu kanan Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman ditangkap ketika cuba menyuap RM30,000 kepada si suami untuk memujuk isterinya menggugurkan tuduhan penderaan seks (sexual harassment) terhadap seorang pegawai daerah memang mengejutkan. 
 
Belum pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiapkan siasatan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan rombakan pertukaran pegawai-pegawai daerah di Pulau Pinang. 
 
Prinsip keadilan semulajadi untuk pegawai daerah terbabit dinafikan semata-mata kerana DAP mahu menunjukkan ia begitu pro-aktif dalam isu berkenaan. 
 
Pakatan begitu berhati-hati untuk memastikan imejnya tidak tercalar atau ia silap langkah dan pada masa sama ia terus menyerang BN di atas isu rasuah. 
 
Apapun pandangan umum mengenai rasuah dalam kerajaan, yang nyata ialah rasuah adalah realiti dalam mana-mana kerajaan, demokratik atau komunis. 
 
Janji-janji bulan bintang dan cakerawala untuk membanteras gejala itu di Malaysia harus dinilai dengan penuh waspada, khususnya apabila pihak yang membuat janji itu sendiri menghadapi masalah itu dalam pakatan yang diwakilinya. 
 
Terlalu banyak salah laku dalam PR 
 
Isu suapan RM30,000 bukan satu-satunya tuduhan rasuah yang menghimpit kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. 
 
Tuduhan-tuduhan penyelewengan kuasa, pemberian tanah, balak, kroni dibayar gaji lumayan berlaku di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.   
 
Anehnya dalam kes-kes membabitkan pembangkang, pemimpin-pemimpin Pakatan bingkas bersedia  bekerjasama dengan SPRM. 
 
SPRM yang selama ini dituduh sebagai berat sebelah, pilih kasih dan tidak adil, nampaknya boleh diharapkan untuk menjalankan siasatan berwibawa! 
 
Jika SPRM boleh dipercayai oleh pembangkang untuk menyiasat ahli-ahli mereka, maka dengan sendirinya ia bermakna tuduhan bahawa kerajaan tutup sebelah mata kepada politik wang, nyata tidak berasas. 
 
Namun jika difikirkan sejenak, selain rasuah, tidak ada isu konkrit lain yang mampu dibawa oleh pembangkang.  
 
Ini kerana terlalu banyak perselisihan sesama mereka, khususnya DAP dan PAS yang semakin memburuk dan membawa kecurigaan terhadap perpaduan yang cuba digambarkan mereka.    
 
Isu siapa patut jadi Perdana Menteri, penggunaan kalimah Allah, pelaksanaa hukum hudud, tuntutan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi…semuanya menjurus kepada perpecahan dalaman (implosion) Pakatan Rakyat. 
 
Jika perpecahan dalaman itu berlaku dengan Pakatan Rakyat masih pembangkang, maka kesannya tentu minimum. 
 
Namun jika ia berlaku dalam keadaan Pakatan duduk di Putrajaya, natijahnya jauh lebih besar kepada rakyat dan kesejahteraan negara.   

KESIAN ARTIS NIE KENA SEMBUR DENGAN PEMINAT..........?


Kesian Shila Amzah, asalnya nak berkongsi gambar dengan peminat. Tapi lain pula yang jadinya..

Semuanya gara-gara gambar yang dimuat naik di Facebook miliknya dengan caption ‘Seblm naik flight smpt lg makan McD Prosperity burger..huhu:)’. Gambar Shila Amzah itu telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang sesetengah pengguna laman sosial tersebut. Malah ada juga yang bertindak memaki hamun Shila Amzah kerana ‘tidak memboikot’ produk makanan tersebut.

Rasanya lebih elok jika menegur dengan cara baik, daripada memaki hamun sedemikan rupa kan?

Gambar Ustaz Azhar Idrus makan di McDonalds bersama isteri dan anak yang tersebar di laman sosial Facebook menimbulkan tanda tanya terutamanya peminat-peminat Ustaz Azhar Idrus. 
Sebelum ini gambar Ustaz Azhar Idrus di McD ini diabaikan oleh rakyat Malaysia, namun ‘Musim Boikot McD’ kembali apabila serangan Israel terhadap Palestin. 
Gambar di atas jelas menunjukkan anak Ustaz Azhar Idrus tengah memakan aiskrim McDonald’s dan di atas meja terdapat dulang makanan bersama ‘Cheezy Wedges KFC’. 

Wednesday, January 9

#KL112 STADIUM DAH DAPAT TAPI CUKUP KE SEJUTA LEMBU NAK MASUK.....?


Mat Sabu mungkin bakal dilanggar kali kedua pada bulan depan ekoran Mat Sabu dinobatkan sebagai “Pengarah Himpunan Huru-Hara Pakatan Haram” yang bakal berlangsung pada 12 januari 2013..

Program Himpunan 1 Juta Rakyat yang dikatakan akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Katanya, sekretariat yag diketuainya itu “berniat baik” dan “mendengar kata” Perdana Menteri yang sebelum ini menyarankan agar mana-mana pihak untuk menggunakan stadium sebagai lokasi berhimpun menyatakan apa-apa tuntutan kepada kerajaan.

“Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi,” – Mat Sabu, Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, 20 Dis 2012.

“Sayangi”? Mat Sabu sayang pada Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah “sayang” Mat Sabu itu ikhlas atau dia sengaja hendak menyakitkan hati? Rasanya dia tidak ikhlas sebab boleh dikatakan tiap-tiap hari dia hentam Perdana Menteri, bukan?

Tak mengapalah. Memang dasar sebuah parti “Islam” untuk bersifat tidak ikhlas, mungkin. Mungkin PAS sudah mengasuh peribadi Timbalan Presidennya untuk mengamalkan sifat mazmumah itu. PAS memang terkenal dengan sifat itu…

Keduanya, mengapa Pakatan Haram dan NGO-NGO yang merelakan pertubuhan mereka “dikeldaikan” itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi mereka berhimpun?


Desakkan Mat sabu Telah dipenuhi untuk berhimpun secara aman..Sebagaimana maklum, setelah diubahsuai pada tahun 2007, Stadium Merdeka hanya mampu memuatkan seramai 20,000 hingga 30,000 orang sahaja pada satu masa.

Jadi, cuba kita bayangkan bagaimana Pakatan Haram akan memuatkan seramai 1 juta orang di stadium berkenaan dalam satu tarikh pada 12 Januari 2013 ini?

Apakah dia tidak tahu mengira atau mengkaji secara logik matematik untuk memuatkan jumlah yang sangat besar di dalam satu stadium yang langsung tidak mampu mencapai kapasiti penyertaan yang dihajati?

Dalam erti kata lain, Mat Sabu memerlukan 50 buah Stadium Merdeka untuk memuatkan seramai 1 juta “lembu-lembu”nya pada tarikh yang dia umumkan itu!

Jelaslah bahawa pemilihan Stadium Merdeka itu tidak tepat sama sekali bagi himpunan yang dirancang oleh Pakatan Haram. Jadi, mengapa mereka memilih stadium itu juga? Mungkinkah Pakatan Haram mahu meruntuhkan stadium yang menjadi saksi sejarah kemerdekaan negara itu?


LAPORAN POLIS TERHADAP UGUTAN NGAH KEPADA BLOGGER PISAU.NET


Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Saudara  Amir Izwan Abdul Razak dan Saudara Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini  pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi 

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat   yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net

Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.

BACA JUGAK SINI KLIK KLIK


DAP BALUN 30JUTA....?KORANG OFFER 1RIBU UNTUK DEDAHKAN INDENTITI.......? @ngakorming


DAP nie punya mangkok hanyun sampai nak offer untuk mencari indentiti blogger hanya Seribu....Korang boleh gie mampus dengan duit korang...Takkan hanya seribu maruah blogger...biar putih tulang jangan putih mata der.....


Wang ringgit tak dapat ditukar maruah diri...Walaupun sebanyak mana habuan yang dijanjikan MKP rasa sampai kesudah DAP tidak dapat mencari indentiti blogger tersebut...
Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong. 
Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.

MELOYAKINI MEMANG NAK CARI PASAL DENGAN POLIS.....


Maloyakini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memohon untuk mendapatkan pas wartawan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu. 

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman. 

Ini jelas menunjukkan bahawa Maloyakini ingkar dengan arahan polis yang mana meminta para wartawan atau penulis laman sosial menggunakan pas sementara tersebut supaya lebih dikenali. 

Dalam himpunan BERSIH yang lepas, Malaysiakini melaporkan bahawa seorang dari wartawan mereka telah dipukul dan kad memori kamera dirampas. 

Nampaknya ketua pengarang Maloyakini lebih mementingkan berita dari wartawan, tujuan polis memberikan pas sementara tersebut adalah untuk membezakan diantara wakil media dan peserta himpunan, kerana terdapat sesetengah wartawan tidak memakai pas wartawan semasa membuat liputan. 

Tapi sekurang kurangnya pihak polis sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik, jika ada yang ingkar itu bermakna sengaja mencari penyakit sendiri, dan jangan salahkan mana mana pihak pulak lepas tu. 

Tuesday, January 8

MAT SABUN NIE KETURUNAN APA EK?


Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010. 

Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu. 

 "Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar.

 Ketua Gereja Katholik di Melaka dan Johor itu berkata, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia merasakan pendirian Pas terhadap penggunaan kalimah Allah adalah satu langkah penting kepada mencari penyelesaian terhadap kontroversi yang timbul. 

 "Pada saya, komunikasi di dalam Pas mungkin tidak sampai dan Ketua Penerangannya telah terkeliru," katanya.

Kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali;

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman sebelum ini yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.

KLIP VIDEO CHINADOLL BERSAMA MANSOR PULAK DAH.....


MKP ingat dulu anwar saja juara didalam bab nie....Rupanya ada lagi pulak hero Malaya baru... Memanglah Pakatan Harami Rakyat nie memang tak boleh dipisahkan dengan skandal seks...Sebab tue lah yang dok menyebarkan video tue pulak Blogger UMNO...

Peduli lah lepas nie Anak Sungai Celaka nak kata apa kat MKP....Kalau pemimpin hampa tak ada skandal takkan Blogger UMNO nak sebarkan..Lepas tue lebel macam-macam...Pasal apa hampa tak pi persoalkan pelaku yang membuat onar sampai video tue boleh kuar...Umpama Mansor yang sedap mengentot orang lain kena getahnya...

Memanglah tugas Blogger pencacai nie membela Boss walaupun dah kantoi dan ada bukti yang nyata...Siap boleh bagitau besi tak boleh jadi saksi...Woiii Celaka pi sembang dengan dinding lagi baguih la cemuaih dah MKP dengaq....depa nie klu tak bela angkat najis pemimpin PKR macam mana nak cekau riban-riban bebulan...

Mansor Othman tiba-tiba dapat title ini apabila banyak isu yang berkait dengan dirinya. Cocky, Arrogant tu dah basi. Benda lama. Di kalangan orang DAP dan PKR Pulau Pinang, heboh dengan klip video 28 saat Mansor dalam keadaan mengghairahkan dengan seorang gadis Cina. 

Gadis Cina itu pula katanya penyokong kuat DAP. Handal juga Mansor Othman ini. Khabarnya, beberapa orang peniaga telefon bimbit di PP pun dah ada video 28 saat itu. Tinggal tunggu disebarkan sahaja.

Khabarnya, Anwar sendiri sudah melihat klip 28 saat tersebut. Anwar dikatakan sudah menerima hakikat bahawa MANSOR juga sudah berpenyakit – sama seperti dirinya. Tapi, Mansor bukan Anwar. Mansor tak boleh carry title MAKSUM. Anwar seorang sahaja yang boleh carry title tersebut. Orang lain tak boleh.

Klip 28 saat inilah yang menjadikan Mansor sebagai MVP di dalam PKR Pulau Pinang. Nyata, Mansor sendiri sudah tak mampu nak mengelak. Rupa-rupanya, KUASA ini membuatkan ramai orang alpa. Mansor pun begitu.

DAP sudah memberikan kata putus, MANSOR is OUT for the next election. Kalau PKR nak letak sekalipun, DAP akan MUFARAKAH daripada membantu Mansor. Sudah jelas. Cocky, arrogant yang dinyatakan Mansor membuatkan DAP terluka. Makan dalam.

Mansor sudah perlu mencipta jalan politik baru. Tidak ada jalan untuknya di dalam Pakatan Rakyat. Jalan mati.

Video klip 28 saat Mansor Othman sudah menyebabkan dia bersara awal daripada politik. Niat nak menguburkan politik BN di PP sudah semakin kabur. PKR tidak bersatu hati. Mansor sudah jadi liabiliti.

Yang paling takut dengan video 28 saat ini adalah Guan Eng. Kalau terkeluar dalam masa terdekat ini – END OF THE ROAD. Dengan Cocky Guan Eng sekali ranap.


UMNO BALING CAT PADA MPV KUMPULAN ROYALTI........?


MKP ingat depa nie hebat dan ada pengaruh yang sangat besar didalam menuntut royalti.Tapi Hampeh dengan teknik dan propaganda murahan.Kalau nak salahkan orang lain bab nie depa memang pandai dan boleh kata perbuatan ini hanya syok sendiri dan menarik perhatian..Maklumlah dah dekat dua minggu tak dapat sambutan...

Tapi sebelum tue kita layan apa yang puak royalti nie mencari publisiti murahan semasa perhimpunan Agong UMNO tahun lepas...Kebetulan masa kejadian MKP ada kat situ...Boleh nampak bila kami sampai muka puak Royalti nie dah jadi macam assam kedut dah...


Mulanya Puak Haprak Royalti nie sangka Pemuda akan Balun/pukul  depa tapi sangkaan mereka merosot sebaliknya secara halus dan pedih dihalau macam budak tadika hingga keluar dari PWTC.Siap bagi laluan VIP lagi....Kesian...

Nasib baik video nie tak tunjuk muka MKP masa serbu mula kalau tak kena cam dengan Puak Harami Royalti nie...HUHUHU...

Sikap tolenransi Arman Azha siap peluk lagi mamat tue..KOrang puak Harami boleh buat macam nie..

Oh maaf ... ada puak percaya dengan simbah simbah cat merah pada kenderaan sendiri boleh dapat puak bengong percaya.

Kereta WQQ 7537 itu adalah kepunyaan Nazri Deraman yang merupakan Presiden Royalti Minyak. Difatar bawah nama Noble Residence Sdn Bhd dan merupakan kenderaan syarikat yang beralamat di Suite 12A 03-05 Level 12A Plaza Permata,Jln Tun Razak 55400 Kuala Lumpur.

MKP Ayat Sempoi : Kantoi tahap lantoi dah korang nie.....MKP tunggu korang kat satdium merdeka nanti ek?


DEY MACHA!!! APA LAGI MAU TIPU SAMA RAKYAT.........?


Perghhhh... Hebatkan!!! gaya ala Sivaji The Boss,Tapi ada jugak yang terpedaya dengan rupa dan gaya...Drama politik anwar nie memang hebat dan pandai menipu dengan kata-kata yang nista...Ramai yang telah terpedaya dengan Drama Anwar nie...Bukan gaya gampang ala filem tamil yang MKP nak ceritakan tapi kisah penipuan terbaru menafikan penglibatan Blog SuaraPakatanRakyat yang terang-terang sah milik Pakatan Harami tapi bila dah kantoi tak mengaku pulak....Video nie menceritakan segala-galanya..


Video ini pulak pembohongan Anwar yang sah dan nyata penipu...


Dan artikel dibawah nie ulasan panjang lebar mengenai pembohongan Anwar...

Salah satu aspek ego peribadi yang suka dipamerkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ialah sifat menunjukkan-nunjuknya mengenai ekonomi.

Kononnya selama lapan tahun memegang jawatan Menteri Kewangan, ekonomi dan kedudukan kewangan negara telah melonjak maju di bawah kelolaan beliau.

Namun ramai penyokong PKR telah tertipu dengan retorik kosong Anwar dan putar belitnya untuk meletakkan dirinya sebagai penyelamat ekonomi negara.

Hasil kekuatan dan kemajuan ekonomi yanbg dicapai semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan bukan disebabkan oleh beliau tetapi asas kukuh yang telah dibina oleh penjawat sebelumnya iaiitu Tun Daim Zainuddin dan sudah tentunya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir yang menjadi arkitek kepada kecemerlangan pencapaian ekonomi negara di bawah pentadbirannya.

Malah Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak pandai mengurus ekonomi negara dan tidak pula faham asas-asas ekonomi dan kewangan kerana beliau hanya berlatarbelakangkan pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Tetapi satu hal yang menyerlah semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ialah kelicikan beliau menjalin hubungan akrab dengan tokoh-tokoh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Hasil 'public relations exercise' atau pengurusan penjenamaan imej yang mahal, Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia tidak lama sebelum beliau dipecat daripada Kabinet.

Melihat bagaimana beliau menangani krisis serangan matawang negara pada 1998 sudah cukup menyakinkan rakyat bahawa Anwar hanya jurucakap atau tukang sorak IMF.

Ini kerana Anwar melaksanakan inisiatif pakej penyelamat IMF yang bukan sahaja menjahanamkan ekonomi tetapi telah mengsengsarakan rakyat dengan begitu teruk sekali.

Kini Anwar dengan segala 'kepandaian'nya sebagai bekas Menteri Kewangan menasihat kerajaan pula mengenai masalah turun naik harga pasaran dunia komoditi getah dan minyak sawit.

Fenomena turun naik harga mana-mana komoditi dunia adalah perkara biasa; sekiranya harga terus naik maka akan wujud keadaan belon yang akan meletup bila sampai ketahap maksima dan jika harga terus menurun maka industri peladangan yang bergantung kepada komoditi seperti getah dan kelapa sawit sudah lama berkubur.

Anwar mencadangkan agar Tabung Kebajikan Komoditi Negara ditubuhkan dengan suntikan asas dari kerajaan sebanyak RM100 juta setahun.

Kononnya tabung ini bagi membantu keluarga-keluarga peneroka ladang kelapa sawit dan pengusaha ladang getah sekiranya harga kedua-dua komoditi tersebut jatuh di pasaran global.

Bukan setakat RM100 juta malah kerajaan selama ini telah menyuntik berbilion ringgit untuk memastikan sektor peladangan getah dan kelapa sawit sentiasa berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kerajaan telah mewujudkan pelbagai agensi untuk menyelenggara kedua-dua sektor peladangan itu terutamanya agensi penyelidikan seperti PORIM bagi industri kelapa sawit dan RRI bagi industri getah.

Disebabkan visi dan pandangan jauh kerajaan yang meletakkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan sebagai antara agenda terpenting, maka industri kelapa sawit telah mendominasi pasaran global berdekad-dekad lamanya sebagai pemain utama dunia.

Hanya sekarang Indonesia muncul sebagai pengeluar utama dunia, tidak bermakna kualiti minyak sawit mentah yang dihasilkan adalah terbaik juga.

Ketika Indonesia jauh ketinggalan ke belakang dalam industri kelapa sawit, Malaysia telah membina 'palm oil refinery' atau kilang penapisan minyak sawit mentah kepada produk minyak masak dan pelbagai produk sampingan lain.

Indonesia hanya mula membina 'palm oil refinery' sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini sahaja kerana berpuluh-puluh tahun negara itu hanya mampu mengeluarkan minyak sawit mentah (CPO) sahaja dan tidak mempunyai teknologi yang tinggi untuk menghasilkan produk minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi seperti Malaysia.

Olerh kerana Indonesia mempunyai keluasan tanah dan wilayah yang puluhan kali lebih besar daripada Malaysia, sudah tentu kawasan ladang kelapa sawitnya juga mampu mengatasi negara ini tetapi dari segi mutu tinggi pengeluarann yang menjadi buruan pasaran pengguna global.

Disebabkan Indonesia sebagai pengeluar terbesar maka negara itu boleh menjadi faktor penting dalam penentuan harga dan perkara ini adalah salah satu bentuk persaingan.

Apa yang penting, Malaysia dan Indonesia telah mewujudkan mekanisma kerjasama bagi menstabilkan harga komoditi itu atas prinsip menang-menang.

Mungkin Anwar tidak membaca laporan agensi berita Reuters yang menyatakan kedua-dua negara akan menubuhkan badan bersama bagi melaksana langkah-langkah menstabilkan harga melalui kaedah pengurangan stok dan kawalan bekalan supaya tidak ada lambakan dalam pasaran dunia.

Agak geli hati bekas Menteri Kewangan ini apabila portal berita Malaysiakini melaporkan Anwar mengatakan Malaysia adalah anggota OPEC walhal hakikatnya negara sememangnya negara pengeluar tetapi bukan menjadi anggota OPEC seperti mana Indonesia.

Bagaimana hendak urus ekonomi negara apabila tidak tahu fakta bahawa Malaysia tidak pernah menjadi ahli kumpulan pengeluar minyak dunia OPEC?

Cadangan Anwar mengangkat sahabat baiknya, Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menerajui konglomerat peladangan Guthrie Berhad untuk merangka langkah-langkah penyelesaian kepada masalah penurunan harga minyak sawit mentah adalah lawak jenaka yang lebih hebat.

Rakyat sudah pasti tahu bahawa semasa Khalid menjadi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie beliau telah menyebabkan kumpulan peladangan itu kerugian lebih satu bilion ringgit dalam urusan pembelian lebih 300,000 ekar tanah di Sumatera, Indonesia untuk tujuan penanaman pokok kelapa sawit.

Kononnya pakar rujukan ekonomi Anwar ini sungguh bijak dalam merancang pulangan tinggi kepada Guthrie dengan membuka ladang di Indonesia tetapi akhirnya ditipu dalam urusan pembelian tanah tersebut.

Tanah yang dipajak rupa-rupanya tidak sesuai sekali untuk tanaman pokok kelapa sawit kerana tahap asid yang tinggi dan akhirnya pelaburan ratusan juta Guthrie hangus begitu sahaja.

Bagaimana hendak menyelesaikan isu turun naik harga minyak sawit dunia apabila pasal tanah pun boleh kena tipu?

Inilah 'tokoh ekonomi hebat' yang disanjung tinggi oleh Anwar sehingga Khalid sendiri menjadi lebih hebat daripada Anwar apabila melantik bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji RM1 sahaja.

Apabila bergaji RM1 maka kualiti pemikiran dan buah fikiran untuk memajukan ekonomi Selangor juga bertahap 3 keping goreng pisang!

@ustazfathulbari MOHON PENCERAHAN TENTANG RASUL DAHRI


MKP baru layari website Ulama Muda UMNO dan mendapati nama Ust. Rasul Dahri  telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syura.Dari pengamatan MKP Ustaz Rasul Dahri pernah dilabel sesat oleh JAKIM dan buku-bukunya telah diharamkan oleh pihak JAKIM pada tahun 2003. 



MKP tidak berniat mahu memperlekehkan atau mahu mengaibkan sesiapa tapi sekadar inginkan penjelasan dari Ustaz Fathul sendiri.

Adakah Individu yang sama telah dilantik menjadi ahli syura ILMU? Mungkin MKP silap dan ada pelanduk dua serupa?

ILMU adalah satu nama yang menjadi rujukan MKP berkenaan Agama dan isu berkenaan Islam...



Telefon Pintar Anda Bakal Mempunyai Kebolehan Mengenali Bau Dan Rasa


Sebelum ini, pihak IBM telah membuat ramalan yang mana dalam tempoh lima tahun kita akan mempunyai peranti yang akan mempunyai pelbagai deria, dan kini, salah satu syarikat, Adamant Technologies kelihatan membawakan sebuah cip khas untuknya.

Daripada apa yang dikongsikan pembangunnya, mereka bakal hadir dengan sebuah cip khas dalam setahun dua lagi, yang akan membolehkan peranti pintar untuk mengenal pelbagai rasa dan bau, serta menyimpan ia dalam bentuk digital. Menurut pembangunnya, melaluinya ia akan membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara, termasuk memperluaskannya untuk menguji tahap gula dalam darah, serta mengetahui tahap alkohol dan sebagainya.

Selain daripada cip khas untuk telefon pintar, Adamant Technologies juga dikatakan akan hadir dengan sebuah peranti tambahan untuk iPhone, yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

MKP Ayat Sempoi : Benda yang terbaik selalunya harganya pun sempoilah,Paling kurang pun 2-3ribu der....

PECAH KEPALA KENA BANTAI............SALAH SIAPA....?


Pecah kepala kena botol kaca beb...Kalau benda macam nie terjadi pada saudara/ayah atau sesiapa sahaja terdekat dengan korang.. Apakah tindakkan yang korang ambil? Mesti nak balas dendam.....!!! Tapi itulah hakikat yang telah terjadi pada tahun lepas...Pastinya benda macam nie akan berulang.....

Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.

Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.

Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan. Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata. Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja.

Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.

Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini. Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.

Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.

Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.

Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan. Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri. Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.

Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi. Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil selama ini.

Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri. Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya. DAP juga tidak telus, korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja. PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya, sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri. Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui ‘kebangkitan’ seperti ini, di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru. Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin merasai sengsara?


Monday, January 7

BLOGGER MELETOP PENANG KENA SAMAN.....


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

ROKOK JENAMA DS ROSMAH PULAK DIJAJA.......


Sampai tahap macam nie punya sok ada!!!!Apa punya haprak macai-macai pembangkang kering idea nak burukkan nama DS Rosmah...Takkan tahap budak tadika punya cywar korang nak main der...Nama pun blogger dan Cyber macai ini kesian ek!!!! Apahal korang dah tak boleh lawan dengan fakta atau benda lain. Selain mengharapkan Rafizi lembu aje yang nak jadi hero, Tapi akhirnya kena jugak bola tanggung yang telah diberi oleh Deepak....

BODOHNYA @CheguBard TAK BOLEH DIAJAR.....?


Sikap bodoh aka bangang tak cukup akal memang macam nie rupanya.Nak back-up atau nak jadi tukang angkat najib DAP pun agak-agaklah takkan sampai perasaan amarah dah jadi sewel tak tentu pasal...

Wahai Chegu Bard MKP kesian pada anak murid yang telah diajar...Kalau guru dah kureng cerdik anak murid lagilah kurang ajar jadinya...Kesian dekat SAMM selama ini menjadi budak kurang akal pasal dok ikut Chegu Bard..

OSTAD MC DONALD TAK FAHAM JIHAD.....?


MKP tak mahu ulas bebanyak tapi korang nikmati penjelasan dari video dibawah ini....




ORANG PANTAI TIMUR TOLONG BACA AMARAN NIE....


Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

Sunday, January 6

TOKONG LGE HINA KAUM INDIA PULAU PINANG....


Kenapa dua perayaan utama masyarakat India di Malaysia sambutan Ponggal dan Thaipusam tidak dimasukkan dalam kalendar peristiwa penting kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP?

Itu tanda tanya yang dibangkitkan oleh Pemuda MIC negeri itu selepas menyedari tiada dua sambutan penting itu dalam kalender 'visit Penang'.

HADI AWANG MAI SINI SAT NAK HABAQ....


Mutakhir ini, rakyat sedang disajikan dengan pelbagai sandiwara politik pembangkang yang ternyata memualkan. Atas cita-cita besar mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, maka tidak hairanlah kenapa pembangkang khususnya PAS, DAP dan PKR serta puak-puak yang bersimpati dengannya terus menaburkan dakyah dan fatwa songsang. 


GEMPAR : HIMPUNAN KEBANGKTAN MONYET #KL112


Tahun baru 2013 ni ada lah bintang ular menurut kepercayaan bangsa tionghua tetapi AWAS berok berok ni akan berkinja semula di bandar utama di malaysia , mereka akan di beri mandat untuk merosak kan harta benda awam, jilat dan berguling guling di jln raya mcm batu geleng , tak lupa kalau boleh mereka akan menyalak juga dari itu amat lah penting bagi semua rakyat malaysia hindari berok berok ni sebab kelakuan mereka amat lah ganas ber beza dari berok yg berada dlm hutan wooooooooot datang pakai helmet

Monyet-monyet BERSHIT ini masih belum ditangkap dan mungkin membaling kepala anda dengan batu..

Saturday, January 5

DAP DAH BERPECAH TEAM KARPAL DAN TEAM LGE...


DAPig sudah ada dua kem....Satu yang menyokong Tokong Crocky LGE dan lagi satu menyokong Karpal Singh...

Guan Eng mahu zairil didalam CEC tapi Karpal mahu pengarah pemilihan Pooi Weng Keong untuk menarik balik peletakan jawatannya.  

GEMPAR : GUAN ENG PENING KERANA VIDEO NIE......


DAP ingat deme aje boleh buat video.Ptuuii! Weh! Kita olang pun boleh ma! Kita olang tatak pakai parti punya duit ma! Sendili-sendili bikin woo! Lu olang pakai parti punya duit kasi hantam olang Melayu. Kita olang pakai sendili-sendili punya duit hantam sama lu. Apa macam! Ada macam gangnam style loo! Kasi jahanam DAP style, kasi hantam lu punya kapala..cisss..


VIDEO : RAFIZI SAHKAN ANWAR JUMPA DEEPAK?


Makin lama makin berbelit isu nie,Adakah kreditbiliti Rafizi masih relevan.Rafizi makin lama makin banyak tomahan yang kau dedahkan...Sesekali macam bau longkang pun ada...

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.


HEBAT MAT SABU HANCURKAN PAS.....?


PAS Hancur..! di satu pihak masih ada yang mempertahankan kesucian agama Islam...di sebelah pihak yang lain yang memang hanya berkopiah dan berjubah PAS semata tetap akan merelakan kesucian tergadai..kalau agama boleh digadai jangan tanya la bab maruah, keluarga, anak bini, menantu jauh sekali bangsa dan negara.

Friday, January 4

KAMBING HITAM DISEMBELIH DEMI UNDI MELAYU.....


Kambing hitam belaan DAP telah disembelih demi menyelamatkan Tokong Crocky Erogan Lim Guan Eng.Tokong Erogan  hari ini memberitahu Pooi Weng Keong telah meletakkan jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti berikutan kesilapan dalam pengiraan undi pada dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
 
Malah, Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.
 

ADAM ADLI KUDA TUNGGANGAN MAT SABU PULAK....


Adam Adli dan Safwan Anang pulak menjadi kuda tunggangan Mat Sabu...Selepas Ambiga menarik diri dan tak mahu bersengkongkol dengan BERSIH sebelum ini...MKP agak pelik semalam didalam ucapan Safwan Anang bahawa tak mahu parti politik masuk campur tapi hari nie dah kona baring pulak..

DAP NAK JAGA PARTI PUN TAK MAMPU....SALAHKAN UMNO LAGI KE?


Adalah memalukan apabila telah berlaku kesilapan dalam pengumuman keputusan pemilihan CEC yang lalu.

Pengumuman terbaru DAP, Zairil Khir Johari telah diisytiharkan menang jawatan CEC bila undinya dipinda kepada 803 berbanding 305 seperti yang diumumkan.

VIDEO : KORANG TENGOK KESIAN RAKYAT SELANGOR MENDERITA....?

  


Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur memasuki tahun 2013 dengan berdepan masalah bekalan air, dilaporkan akibat kerosakan stesen pam.

Krisis ini masih baru tercetus, dan mungkin boleh sahaja selesai tanpa berlaku sebarang implikasi politik.

Tetapi masa krisis ini terjadi menjadikannya menarik untuk diperhatikan, lebih-lebih lagi isu ini sentiasa tidak terlepas daripada kaitan politik.

Pemuda Ada Bukti Penyelewengen Penjualan Tanah Taman Manggis Oleh DAP


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin kini sedang mengumpul beberapa lagi bukti tentang berlakunya penyelewengan dalam proses penjualan tanah di Pulau Pinang yang didakwanya berlaku ketika pemerintahan DAP hari ini, untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.

Tegas beliau, setelah cukup maklumat yang diperolehinya berhubung berlakunya penyalahgunaan kuasa yang dipercayainya berlaku dalam proses penjualan tanah di negeri tersebut,  maka beliau akan mendedahkan kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang.

Thursday, January 3

AZAHAR IDRUS "LOYAR BURUK" "LAWA BODO" MEMANG SINONIM......


Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. 

Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

DATARAN MERDEKA KECOH KERANA KHEMAH ATAS LORI.....


Adam Adli sekali lagi lagi cuba buat hal dengan menimbulkan kekecohan diDaratan Merdeka...Cuba korang tengok gimik gampang yang cuba dibuat oleh mamat sengal ala jambu anwar nie..

DEEPAK SENDIRI LONDEH RAFIZI......?


Pada mulanya blogger macai pakatan anak haram belaan Anwar macam bom baru untuk hentam DS Rosmah dengan skandal cincin terbaru 13 juta...wow hebat sangat dengan dedahan ini depa pun taboq peluru kapoq merata tempat...

MENARI MACAM NIE PUN BOLEH BERDARAH HIDUNG DER....


Industri muzik K-POP menjadi gilaan remaja masa kini.Patutlah industri K-POP mencanak naik semuanya kerana sebab dan musabab yang tidak boleh dipertikaikan...mereka pandai memanipulasikan cara serta penampilan yang agak memberahikan...

Wednesday, January 2

ESOK BOLEH PI BELI BLACKBERRY PORSCHE @DrRaisYatim @NajibRazak


Mesti ada yang berdarah hidung bila tengok MKP pakai benda nie...Terutama Blogger Macai yang sebelum ini mengkritik hebat rebat yang telah diberikan pada golongan Belia...

Dengan pelbagai kritikan ramai disebabkan oleh had harga telefon pintar ke RM500 untuk layak mendapat rebat kerajaan sebanyak RM200, kini nampaknya berlaku sedikit perubahan.


JANGAN TENGOK VIDEO NIE LUCAH TERLAMPAU....18KALI 18SX


Korang MKP dah cakap jangan tengok video kat bawah nie nanti boleh berdarah hidung dibuatnya...Klu korang dah nekad nak tengok jugak ape nak wat memang itu pilihan korang...
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
///
/
//
//
//
//
/


VIDEO : MAZLAN ALIMAN DIBOGELKAN OLEH PENEROKA FELDA.. Makan Duit Peneroka RM11 Juta


Mazlan Aliman janji nak bagi 30ribu pada peneroka Felda Kemahang di Kelantan...Apa dah jadi dengan Mazlan Aliman dan Puak Harami PKR/PAS nie sampai peneroka Felda pun nak menipu...Memang dasar ANAK HARAM musibat sekor nie...

KESIAN AWEK MELAYU NIE JADI MACAI RUPANYA....


Cina yang kafir tu nak mogok lapar kat dataran tu lantak lah dah dia tu kapir! yang awak orang islam ni dok ikut sama macam kafir mogok lapar tu ngapa? tak tau ke Haram bagi orang islam menzalimi diri sendiri dengan mogok lapar ni? nak jadi apa macai-macai DAP ni akhirnya?

IMPAK BR1M TAKUTKAN TOKONG CROCKY EROGAN LGE....?


Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.

Lim Guan Eng dah risau dan meracau didalam ceramahnya pada Konsert #UbahRocketStyle semalam dan mempertikaikan bantuan itu sebagai gula-gula pilihanraya BN pada PRU-13...

APA???? GOYANG ITIK ATAU GOYANG KATIL NIE?


Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi dangdut, Inul yang amat terkenal dengan tarian Goyang Gerudi kini ada pulak satu tarian lain muncul.

Tapi yang kelakarnya ia digelar Goyang Itik!

Tuesday, January 1

LIVE : KONSERT UBAH MALAYSIA DAP...DS ROSMAH DIPERLEKEHKAN......?



rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive