Tuesday, January 15

SIAPA TAK MARAH KALAU BINI KENA RABA..... #KL112


Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya. 

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

#listen #UUM MPP UUM BERSUARA.....


Video Forum Seiringkah Mahasiswa dan Politik yang menjadi kontroversi baru-baru ini mula mendapat respon daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

Dalam kenyataan rasmi mereka,MPP UUM berpendirian mendukung prinsip kebebasan tanpa menafikan hak mana-mana individu

Dalam pada itu juga mereka turut berpendapat bahawa hak kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.

Pihak mereka juga meminta agar isu ini diselesaikan antara dua pihak yang bertelagah serta diselesaikan secara berhemah dan harmoni.

Mereka juga percaya kedua-dua belah pihak mempunyai sebab tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.

MPP UUM juga turut menjelaskan bahawa kehadiran YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama - Kenyataan penuh

DAP BERJAYA BODOHKAN MELAYU DIDALAM PAS.


Apa yang ketara sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan dan berjaya memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, pengaruh DAP dalam pakatan itu adalah jauh lebih besar daripada bilangan kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 12.

Di Pulau Pinang, kuasa DAP adalah total dan anggapan bahawa Lim Guan Eng adalah 'tokong' di negeri itu merupakan satu ungkapan yang sungguh tepat.

Di Selangor, Exco dari DAP berpengaruh begitu kuat sehingga Menteri Besar dari PKR kelihatan seperti toothless (tak bergigi) dalam isu-isu tertentu, termasuk yang melibatkan hal ehwal Melayu dan Islam.

Malahan ia memaksa Pas mengorbankan pegawai kanan parti yang memegang jawatan Exco Kanan, atas desakan DAP.

Apa yang jelas selama hampir lima tahun DAP berdamping dengan PKR dan Pas, parti itu telah dapat mengenali kelemahan-kelemahan mereka.

Mereka tahu Pas khasnya sanggup berkompromi mengenai perjuangan untuk mewujudkan negara Islam asalkan Pakatan Rakyat berkuasa.

Mereka juga tahu Pas sedia berkompromi dalam hal-hal lain seperti pelaksanaan hukum hudud, dan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

DAP juga menggalak dan menyokong sepenuhnya PKR memeluk dan menyebarkan ideologi sekular, liberal dan pluralisme, walaupun kebelakangan ini ia sendiri menunjukkan kecenderungan mendokong agama Kristian.

Lebih dari segalanya kedua-dua DAP tahu PKR dan Pas kini terbelenggu dengan keghairahan untuk menakluk Putrajaya, tidak kira siapa yang menjadi 'pasangan tidur sebantal'.

Antara dua parti PR itu, Pas mengalami pergolakan yang lebih besar. Golongan sekular dalam parti itu yang mendapat inspirasi dari luar parti, kini mendominasi parti, sementara golongan ulamanya kini semacam terpinggir.

Pas juga dilanda krisis kepimpinan kerana ia telah begitu lama berpegang kepada ketaksuban kepada pemimpin tertentu dan tidak lagi mengamalkan mesyuwarah dan muzakarah seperti di zaman kegemilangannya.

Bahkan boleh dikatakan Pas telah mencapai satu peringkat spiritual dictatorship yang mengetepikan keagungan ilmu dan pandangan orang ramai.

Lebih menyedih dan membahayakan, strategi DAP mengeksploitasi kelemahan-kelemahan PKR dan Pas, telah menimbulkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.

DAP tentu merasa begitu berpuas hati mendengar fatwa kepimpinan Pas yang berulang kali menghalalkan parti itu sebagai sahabat Islam sementara UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam dalam BN.

DAP tentu juga tersenyum lebar dengan tindakan Pas 'mendoakan' kejatuhan UMNO dan BN yang merupakan tikaman runcing bambu yang sungguh memilukan ke atas perpaduan Melayu dan Islam.

Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam menyedari musibah besar yang berlaku ke atas perpaduan mereka angkara tindak-tanduk dan permainan politik DAP dan kuda-kuda tunggangan mereka, PKR dan Pas.

HANYA MELAYU AJE TERKINJA_KINJA SERTAI #KL112


Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.   Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.   

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%.   Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.   Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina.  

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini.   Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau.  Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR.  

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India.  

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan.   Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.   

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh.  

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH.  

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham.  Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar.   Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.   

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR.  Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja.   Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia.  

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih.   Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan?    

Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor.  

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.    

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya.  

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang.  

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO,  maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka. 

Monday, January 14

MACAI PEMBANGKANG FRUST TERTUNGGING KERENA AWEK NIE.......?


Nama Shasha Mendoza tiba-tiba popular di Twitter dan laman sosial Facebook kerana kenyataannya menghina Himpunan Kebangkitan Rakyat tempoh hari.

 Pandangannya itu kemudianya menerima kritikan apabila dia 'diserang' penyokong pembangkang di laman sosial berkenaan. Shasha Mendoza berumur 19 tahun dan merupakan seorang model sambilan di Kuala Lumpur. 


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi. 

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.


Shasha Mendoza menjadi sensasi serta menjadi bintang Twitter selepas HKR #KL112 . Dia sensasi kerana dikritik penyokong PR setelah membuat Tweet menyokong kerajaan.
Tweet-nya berbunyi:

 “Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan. 
“Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.“
MKP Ayat Sempoi : Puak Cai-Cai pembangkang panas punggoq kerana #KL112 depa kena balun teruk huhuhuhu....

ADUN DAP PENANG BUANG LOGO DAP PADA PUSAT KHIDMAT.


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.
"Saya menghormati keputusan parti tetapi akan merayu terhadap penggantungan ini.
"Saya harap semua penyokong saya bertenang," katanya kepada sidang akhbar di sini Isnin.
Pada persidangan DUN yang lalu, Koay terlepas untuk turut sama dalam undi belah bahagi untuk meluluskan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012 khusu berkaitan rang undang-undang antilompat parti.
Tindakan beliau hampir menyebabkan Pakatan Rakyat hilang undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan negeri.

VIDEO PANAS : CHEGU BARD ANGKAT MARTABAT 4WD MENJADI YANG TERAMAT MULIA SERI PADUKA BAGINDA....?


Sungguh kurang ajar Chegu Bard dan anak buahnya menyamakan sebuah kenderaan sama taraf dengan Yang Teramat Mulia Seri Paduka Baginda..Bagi MKP ini dah tahap menghina YDP Agong iaitu Ketua Negara.Apa punya kurang sopan...Pihak berwajib tolong siasat?MKP minta tolong harap ada tindakkan yang sepatutnya....

Prinsip Penetapan Panggilan Hormat

Penetapan panggilan hormat ini berasaskan kepada kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang dipanggil atau dihormati, sebagai contoh :
 
Yang Amat Mulia / Yang Mulia:
 
Anak-Anak Raja memerintah dan kerabat Raja yang dianggap oleh masyarakat melayu sebagai golongan yang dimuliakan.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. 

Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. 

Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. 

Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. 

Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. 

Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


MKP Ayat Sempoi : Raja Melayu pun mereka tak hormat,sungguh biadap.......
   


VIDEO GEMPAR : @chegubard KALAU INI AJE KEKUATAN KAU GIE MAMPUS LA.......?


Video pertama dari MKP kisah sedih buat Chegu Bard dan solidariti Pelingkop anak muda malaysia aka SAMM. MKP mengikuti kumpulan anak muda ini dari tempat permulaan perarakkan. Bermula dari  Kelab Sultan Ismail hingga ke Stadium..

Pergh pada mulanya ucapan Khalid Ismet berlagak garang der..Oh lupa siapa yang terlupa MKP nak ingatkan kembali siapa Khalid Ismeth nie...Ala mamat sengal yang kantoi berpeluk dengan aweknya semasa berkhemah didataran tempoh hari.Orang lain tengah sembahyang mamat nie peluk baik punya awek dia..MKP tak kisahlah itu bakal lu punya bini atau apa tapi jika belum berkahwain bermakna haram...Opppp macam ostad la pulak.....

Berbalik pada ucapan Khalid Ismet nie MKP nak bagitau dia telah mencabar Polis (SB yang berpakaian Preman) dengan mengata "kumpulan ini akan berarak secara aman jika sekiranya ada sesiapa yang membuat provokasi mereka adalah bukan dari kumpulan kita,Kita tangkap mereka dan kita ikat dipokok yang ada semut"...Amboi punyalah garang tapi si Khalid Ismet nie tak sedar yang ada lebih kurang 12 orang Polis SB berpakaian Preman ada di hadapannya.Anggota Polis berkenaan siap pegang walkie talkie lagi...MKP boleh kenal kerana hanya polis aje pakai walkie Talkie ada antenna panjang....

Sepanjang perjalanan kumpulan ini dikawal oleh anak buah Chegu Bard tapi kordinasi mereka agak kucar-kacir dan banyak kali berhenti kerana tak berjaya mengawal peserta yang mengikuti mereka.Sembang macam gah tapi hampeh nak kawal 500 orang pun tak mampu...


Dari Video diatas korang boleh nilai berapa banyak peserta yang mengikuti rombongan ini dan video ini hanya 1:39 saat aje berapa banyak sangat yang ikut tak 2 ribu kot mustahil der..Pada minit 1:28 korang boleh tengok mamat pencacai Chegu Bard membawa anaknya mengikuti rombongan Chegu Bard..ini kira boleh kena dakwa beb...


Yang lain korang buatlah penilaian sendiri beb..MKP malas nak ulas bebanyak letih beb dah 2 hari tak tido semuanya kerana #KL112 nie....Arios Chow......

MKP Ayat Sempoi : Nantikan Video Chegu Bard Hina Ketua Negara pulak pastinya panas....


@PDRMsia TANGKAP AJE MAKBAPAK BODOH NIE.....


Polis pada Ahad membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka, di Kuala Lumpur,Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.

Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya.

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.

Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam.

Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.

Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.

Sunday, January 13

AKSI 18SX AWEK TERLAMPAU SEMASA #KL112 JANGAN TENGOK KLU TAK CUKUP 18.



























Mesti berdarah hidung korang kalu tak tengok benda macam nie bukan ade kt blog orang lain cuma kt Blog MKP aje ade..Macam nie lah Pakatan Harami nie dok ada sembang aje lebih alim tapi perangai macam harami....

@amenoworld MAI SINI KEJAP NAK HABAQ AJE......


MKP bukan apa kesian dah tengok kelibat Blogger pakatan rakyat yang kureng nie.Nak kata pandai dan sengal pun ada...Hello bro nak habaq kat lu la ini adalah medan perang tetapi dialam maya.Kalau macam nie pun lu dah meroyan dan tersentap teloq masuk kedalam kerana solat pencacai harami yang memang sengal.

Sape yang ajar pemimpin korang jugak yang patut menegur.Blogger Pro BN cuma mencari bahan aje nak bantai korang dan benda yang sebaliknya jika penyokong BN buat salah?Fair Game bro...Macam lu tak pernah nak bantai kita orang.....

Tapi kesian apa yang lu hujah tue tak boleh blah langsung der..Macam gampang nak salahkan orang lain kerana perbuatan ahli mangkok hanyun.Macam video Anwar jugak yang sedap membalun ChinaDoll tue Anwar tapi salahkan orang lain konsprasi konun huhuhu..


Kalau gambaq tue mungkin boleh ade perbalahan mungkin video ini menambah sentapan masuk kedalam lu...

Ulasan Mantop jugak dari DIN TURTLE coz dia pandai skit bab nie... 


MKP Ayat Sempoi : Stadium tue bukan besar pun takkan nak sembahyang tak diberitahu oleh pihak penganjur mana arah kiblatnya..

WALAUPUN ADA CHINADOLL 3.0 TETAP SOKONGAN DARI CINA HANYA 8%. #KL112


Pergh mantop der macam nie punya dok ada untuk promo #KL112 kali nie.Apa yang MKP nak pertikaikan dengan ChinaDoll nie kenapa masih memakai baju Bersih 3.0 sedangkan itu tahun lepas punya.Kalau ChinaDoll nie memang orang Malaysia sudah tentu bertukaq..Yang best ChinaDoll nie ikut pulak Hussam punya Royalti.....Opp terlebih sudah nanti kena pulak...Skandal lama luka kembali huhuhu...

Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka. 

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja. Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. 

Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata. Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya. 

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin. 

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja. 

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan. 

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul. 

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini. 

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama. 

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

NAK AMBIL SAMPAI i-PHONE 5 PUN BOLEH TEBUS RM 200.


Seperti semua sedia maklum, pihak SKMM telah mengemaskini syarat tawaran untuk peranti dibawah Pakej Komunikasi Belia, dan kini lebih banyak peranti ditawarkan dibawahnya, termasuk iPhone 5 daripada Apple, dan Galaxy S3 daripada Samsung.

Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari.

Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia.

Ia tidak diketahui apakah lagi peranti-peranti lain yang akan ditawarkan melaluinya. Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, tiada peranti Nokia Lumia dan juga BlackBerry yang tersenarai padanya. Memandangkan tawaran model telefon pintar ini akan ditambah dari hari ke hari, maka pihak SKMM menasihatkan para belia agar tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar untuknya.

Selepas mendaftar, para pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik.

Namun, salah satu masalah yang masih belum diatasi pihak SKMM buat masa ini boleh dikatakan adalah struktur penghargaan untuk peranti, dimana daripada harga RRP yang ditawarkan untuk sesetengah peranti, ia adalah lebih mahal daripada harga semasa, sekaligus menjadikan rebat yang diberikan seperti tidak membantu, disamping sesetengah syarikat telekomunikasi yang mengenakan harga langganan bulanan yang tinggi untuk pelan data mereka.

Saturday, January 12

ANWAR TERTELAN KEMALUAN SENDIRI #KL112 GAGAL.....


Jika hendak dibandingkan dengan Sambutan Hari UMNO66 jumlah peserta 120 ribu. Jumlah yang hadir pada #KL112 adalah 45 ribu..Jika hendak dibandingkan dengan jumlah pengundi yang berdaftar  di Setiap parlimen adalah lebih kurang 40-60ribu.Macam mana Anwar berucap mahu menawan Putrajaya.Ternyata apa yang dihajati oleh Anwar bakal menjadi mimpi ngeri bagi Pakatan Rakyat...

Jumlah ini yang hadir pada hari ini MKP rasa lebih kurang aje yang hadir pada Perhimpunan mereka di Stadium Darul Aman tempoh hari....KLIK  

Setelah dipalitkan dengan pelbagai dakwaan salah laku moral dan kronisme, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menagih simpati rakyat agar memberi peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Beliau yang kerap kali berkata 'suara rakyat, suara keramat' seolah-olah menghantar mesej kepada rakyat agar berbuat sesuatu bagi memastikan gagasan itu berjaya mencapai cita-citanya untuk berkuasa di Putrajaya. 

"Beri peluang supaya suara rakyat menjadi suara pentadbiran di negara ini. Suara rakyat, suara keramat," kata Anwar.
 
Beliau kemudiannya mengulangi janji Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
 
"Hari pertama kita memerintah, harga minyak akan diturunkan. InsyaAllah, PTPTN kita akan hapuskan, tol dan AES kita akan tumbangkan.
 
"Jadi berilah peluang pada Pakatan Rakyat sebab kita peka, bukannya pekak macam Barisan Nasional," ujar Anwar kepada lebih kurang 45,000 peserta himpunan yang hadir.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilihat cuba mempengaruhi rakyat melalui cadangan penubuhan 'Malaysia Baru' pakatan pembangkang dengan alasan untuk perkara tersebut diimpikan rakyat.
 
"Ini bukan lagi satu impian, anda semua yang ada di sini Malaysia Baru di tangan kita," katanya.
 
Beliau turut memperlekehkan komitmen kerajaan membantu rakyat melalui program-program yang disalurkan.
 
Beliau mendakwa kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat apabila berkeras untuk melaksanakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun mendapat tentangan banyak pihak.
 
Katanya bantuan kewangan RM500 yang diberikan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperoleh semula oleh kerajaan dengan mengenakan saman terhadap rakyat.
 
"Tapi jangan suka terlalu awal, tangan kanan bagi duit, tangan kiri ambil balik. Kita nak haramkan dan hapuskan AES 1Malaysia," kata beliau ketika berucap.
 
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya dilihat tersasar daripada matlamat asal himpunan pembangkang.
 
Hadi tidak ubah hanya mengulangi 'mentera' lamanya dengan menghentam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) berbanding menekankan mengenai sepuluh tuntutan himpunan ini.
 
"Walaupun menerima konsep Islam agama rasmi persekutuan, hak bumiputera Melayu, hak bahasa ibunda, raja mengikut perlembagaan, Umno gagal memperkasakan Islam. Gagal memperkasakan Melayu Bumiputera. 
 
"Malah pemimpin Umno tidak tunjuk wajah Islam sebenar, hanya wajah rasuah, wajah penyelewengan, penipu," kata beliau dalam ucapan.
 
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Marang itu berkata pakatan pembangkang akan menangani Umno dengan menawarkan pelbagai keperluan rakyat dengan bersih dan adil.
 
"(Kita) akan hapuskan tol di Malaysia kalau kita ke Putrajaya, bebaskan cukai.
 
Pengerusi sekretariat himpunan Mohamad Sabu sebelum itu menafikan dakwaan bahawa peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut dibayar sejumlah wang.
 
"Yang tak suka (himpunan), kata kita bayar RM150...kamu semua yang datang hari ini yang bayar, yang keluarkan duit untuk Pakatan," ujar beliau.

MAK BAPAK PALING MANGKOK DIDALAM DUNIA.....?




Korang cuba tengok sikap haramjadah makbapak yang taksub dengan politik menjadi macai pada pemimpin pakatan sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.Budak nie apa yang dia tahu hanya mengikut aje makbapak yang buta perut akai letak kat lutut. 


MKP sayu melihat anak kecil ini menangis mahu pulang kerana didalam Stadium Merdeka mula sesak.MKP sendiri pun tak tahan apa lagi anak kecil ini.

Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (#HKR112, #KL112) dilihat melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana membawa kanak-kanak dan remaja menyertai perhimpunan itu. 
Tinjauan Bernama di Masjid Negara di sini mendapati sekumpulan peserta yang berhimpun di kawasan masjid itu membawa bersama-sama kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 15 tahun sebelum bergerak ke Stadium Merdeka. 
Kebanyakan peserta yang memakai kemeja-t hijau dan kuning dilihat turut berkumpul di KLCC, Kelab Sultan Sulaiman, Central Market, Brickfields, Jalan Sultan dan Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Stadium Merdeka. 
Mereka juga mula berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, sejak 9 pagi. 
Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, para peserta yang membawa kanak-kanak juga berhimpun di hadapan kompleks beli-belah Sogo sejak 8 pagi dan telah diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak melibatkan kanak-kanak kerana ia melanggar undang-undang. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini menasihatkan penganjur dan peserta himpunan itu supaya mematuhi APA. 
Beliau berkata seseorang itu melakukan kesalahan jika bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan.
Mereka juga melanggar APA jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan. 
Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

DUIT KRONI BUAT DS ROSMAH.....1MALAYSIA...


Semasa berjalan tadi mengikuti rombongan SAMM ada puak harami yang menunjukkan duit kopi sebanyak 1,000 ini berlogokan 1Malaysia.Yang memberi duit kopi ini pulak adalah puak pencacai DAP memakai baju hijau Lynas.

Adakah ini sudah terdesak oleh pihak DAP yang kekeringan idea menfitnah pemimpin UMNO. Datin Seri Rosmah Mansor sering ditohmah dengan fitnah-fitnah jahat dan jijik oleh juak-juak yang tidak mengenal erti dosa itu. Meskipun dibuktikan tohmahan mereka itu tidak benar.

Salah satu fitnah yang pernah dilemparkan oleh juak-juak Pakatan Haram itu ialah apabila Datin Seri Rosmah dikatakan pernah bernikah dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth.

Sebagaimana maklum, ketika itu memang kecoh mengenai dakwaan puak-puak "thoghut" itu mengenai isteri Perdana Menteri itu yang kononnya "dibeli" dari Farid Ismeth yang harga yang tinggi untuk dinikahi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita tidak berada di dalam keluarga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Jika kita sebahagian dari keluarga pasangan itu, sudah tentu huru-hara jadinya rumahtangga apabila fitnah yang begitu jahat dilemparkan sebegitu rupa.

Fitnah itu berlegar di kalangan juak-juak Pakatan Haram, khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sehingga ramai rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan fitnah tersebut.

Mungkin kerana Allah SWT itu Maha Adil, dakwaan itu telah berjaya dibuktikan sebagai FITNAH apabila Farid Ismeth sendiri telah mengaku dengan tegas bahawa Datin Seri Rosmah tidak pernah menjadi isterinya!

Persoalannya, pernahkah juak-juak Pakatan Haram itu meminta maaf atau mengakui dosa yang mereka lakukan kepada isteri Perdana Menteri itu?

MKP Ayat Sempoi : Banyak lagi cerita lawak beruk #KL112 nie nantikan video selepas ini...



TERKINI #KL112 CHEGU BARD DAN MAHASISWA UUM MULA BERARAK DI KELAB SULTAN SULAIMAN.

Perarakan Himpunan Shamsidar dah mula berarak menuju ke Stadium Merdeka. MKP hairan jugak macam mana pelajar dari UUM pun ade der.....Universiti paing jauh dari utara pun sampai...

Korang nie tak ingat ke musim peperiksaan nak berdemo jugak bukan nak belajar..Nanti korang dah gagal salahkan orang lain... Apa kejadah tue semua..

Ucapan berani dari chegu bard nak tangkap Polis yng cuba but provokasi.Eh korang nie ingat undang-undang tue ditangan korang ke?



AGENDA DAP HANCURKAN UMAT ISLAM TERCAPAI KERANA PERTOLONGAN PAS DAN PKR......?


Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.  Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.  

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.   

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO. 

Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama.  Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang.    Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu.  

Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.    

Hakikatnya,  kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia.  Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai,  ataupun sebagai satu simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.   

Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian.   Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.  

Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka.   Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina ‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka.   Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.  

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya.   Kumpulan ‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja.  Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.    

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap.   Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’ atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.   

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:

1.       ‘Derma’ berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.  

2.       ‘Derma’ ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’ ini.  Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.  

3.      ‘Derma’ untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.   

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.    

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya.   Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.  

Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.  

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.   Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.  

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai. 

Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya.    Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.   

Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya

TERKINI SEKITAR #KL112


Takkan nak tukar bendera lagi kot puak macai nie...Apa dah jadi?

Berdekatan dengan Dataran Merdeka..

Banyak nie aje ke Geng Muslimah yang ada,Klu macam nie sampai bila nak cukup sejuta nie Aduh...


Didalam Masjid Negara der...


Pintu masuk Stadium Merdeka nampak lengang..




BERAPA UMNO BAYAR UNTUK PERKASA MENANGIS......?


Wahai Ibrahim Ali berapa UMNO Kedah bayaq kat hang suruh menangis kat Pedu tue.Nampak macam tak berapa ikhlas aje menangis atas nama Islam..Betul atau air mata diletakkan Eye-mo..huhuhu

Perkasa semalam telah membawa lebih 12ribu ahli yang telah dikutip diseluruh negeri dikawasan utara untuk hadir berdemo di Pedu, Kedah Darul Aman..

Rasanya Ahli Perkasa dikawasan utara tak sampai kot banyak tue?agak aje lah mana tahu kot-kot silap...? Tapi yang hadir tue sudah tentu telah diberi serba sedikit duit poket dan habuan untuk kesana.Kalau tak bagi mustahil dapat kumpul seramai ini...

Pak Berahim nie berlakon aje der nie semuanya kerana bajet pilihanraya!!!! Nak tunjuk kekuatan lepas nie boleh la claim banyak pasal dah cipta rekod perhimpunan terbesar di Kedah...

12 ribu kalau seorang rm 100 kali 12 ribu fuhh banyak tue 0000000000 telah hangus untuk program tak sampai beberapa jam aje...Dahsyat Perkasa nie belanja duit.....Sape yang kasi ek? Video KLIK

Perkasa Lu Sailang Wa Pailang bro.........


Tapi yang kat atas tue tak ade bukti pun diberi wang untuk berhimpun tapi untuk Himpunan Shamsidar yang bakal berlangsung tak sampai beberapa jam dari sekarang dah ada bukti yang pemberian wang dari pemimpin der..Tak pecaya tengok lah baju t-shirt tue tulis apa.Itu adalah T-Shirt terbaru beb sempena Himpunan Shamsidar kali nie....

MKP Ayat Sempoi : Balun aje kalau dah tak betul tak kira belah mana pun...Sudah tukar jadi jahat...


TERKINI #KL112 DARI KAMPUNG BARU KL....

Peniaga sekitar kampung baru yang menjual baju Himpunan Shamsidar nampaknya lengang dan tak berapa ramai.Suasana kawasan sekitar jugak tak semeriah pada Bersih 3.0 yang lalu.Apa dah jadi dengan Himpunan Shamsidar nie nampak gayanya Stadium Merdeka pun tak penuh esok..













Gambar MKP rakam diluar kawasan Stadium Merdeka kelihatan hanya beberapa mamat motor ini aje berkeliaran... 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive