Saturday, January 19

Polis Sahkan Hanya Suara DVD Adegan Seks Speaker Dun Perak......?


 Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12  Perak, 21
Disember lalu
 Apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan. SH
gambar kt atas cuma hiasan aje.....Skandal seks dan pembangkang tak dapat dipisahkan....sama gak macam Anwar al juburi

UMNO BERI 5 JUTA PADA UMMI HAFILDA UNTUK BERKAHWIN.....?


Maklumat menyebutkan bahawa perkahwinan Umi Hafilda di PWTC itu (bangunan UMNO), dibiayai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, benarkah?

Yang terakhir ini paling menarik – pakej bulan madu ke Hawaii, Amerika Syarikat bernilai lebih RM 1 juta juga!!  Wah, untungnya badan.  

Dahlah lambat kahwin, dapat pakej bulan madu ke Hawai.  Khabarnya guna pesawat Korean Airlines, transit dari Incheon ke Honolulu sebab tidak ada penerbangan terus dari Malaysia untuk ke Hawai.

Apa yang telah diputarbelitkan pihak media tukang angkat najis serta mencuci dosa anwar serta sekutunya nampaknya kantoi kali ini.Pekara ini telah pun dijangka dan akan menjadi tomahan pihak pembangkang hanya kerana kehadiran PM serta Isterinya...

Kita tentu tidak percaya dengan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Ummi. Tambahan pula, suami beliau adalah seorang pakar dermatologist dan sebagai seorang doktor, MKP boleh agak pendapatan bulanan suami Ummi yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Maka, tidak ada masaalahnya untuk pasangan tersebut mengadakan upacara perkahwinan yang grand. 

Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.


Berikut adalah kronologi yang berlaku pada majlis tersebut..........

Tetamu ‘tercuit’ apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah ‘menyuntik’ hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.

Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.

Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.

Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.

Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.

Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.

Satu lagi pembohongan media pro-pembangkang yang amat memalukan!

KES HISTERIA MEREBAK KE UITM SERI ISKANDAR? #UiTM #SeriIskandar


Di kala kekecohan melibatkan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka belum pun reda, kini sudah mula timbul pula kekecohan baru di Twitter bahawa insiden rasuk dan histeria melarat ke UiTM Seri Iskandar, Perak pula.

Antara hashtag yang popular bagi membincangkan topik dan keadaan di UiTM Perak adalah #UiTM dan #SeriIskandar.

Jika melihat kepada beberapa tweet yang ada, keadaan di Seri Iskandar bermula sejak malam tadi.


Namun, rasanya ia tidak sekecoh atau sehangat UiTM Lendu di mana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka terpaksa mengadakan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama.

VIDEO : APABILA IMAM MEMBERIKAN UCAPAN DI DALAM GEREJA KETIKA KRISMAS...


Kalau buat ini di Malaysia dah ramai orang mengkafirkan Imam ini. Syukurlah di Mesir mereka lebih toleran. Video ini mungkin akan membutakan anda.

Kearah Malaysia yang lebih toleran dan saling memhormati agama orang lain dan tidak asyik mahu bertempik "kristian jahat mahu mengkapirkan kita"

GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.  
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.  
Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini. BeritaHarian..

DAP sebelum ini telah  membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.


Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

MKP nak tanya pada Zairil apa pulak komen dan tomahan yang perlu dibuat oleh pihak DAP dengan dedahan yang terbaru ini...Ternyata apa yang telah laporkan polis sebelum ini hanyalah palsu untuk menutup perbuatan khianat DAP terhadap umat Islam kat Pulau Pinang...

MKP Ayat Sempoi :  Kumpulan terbabit terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang pompuan telah dikesan menaiki sebuah kereta bernombor PGJ 9002..


VIDEO : ANWAR KENA LONDEH OLEH RAKANNYA SENDIRI


Gempar beb makin lama makin banyak pulak dedahan penyelewengan Anwar didedahkan oleh rakan-rakannya yang pernah bersamanya didalam ABIM.Nak cita tanpa bukti mugkin tak best der.Tapi inilah manusia yang hanya pandai berkata-kata demi mencapai tujuannya menjadi perdana menteri.


Komen dari rakan ABIM Anwar suatu masa dulu. Anwar Ibrahim, dulu cakap lain... Sekarang cakap lain.
Itulah kenyataan
Y.BHG. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba 
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



AZMIN JAGA ISTERI DULU SEBELUM KENCING MUKA PAS......?


MKP rasa ramai tahu skandal yang telah dilakukan oleh Shamsidar dan Anwar.Tapi demi mengejar wang dan kuasa serta pangkat didalam kerjaya politik Azmin nampaknya menghalalkan cara serta perbuatan songsang.Layakkah azmin bercakap mengenai PAS..... 

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.  

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.  Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.   

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri.  Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.  

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.  

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:    

1.       Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2.       Sah bahawa PKR membawa fahaman plural 

3.       Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4.       Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.  

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.  Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?  

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.  Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.  Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.  

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.  

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir.  

Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.   Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.  

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar?  Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?    

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.   Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.   Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya.  Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.  

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.  

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.  Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan.   Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.  

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri.  Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara.   Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.  

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan.  Amin. 

PRODUSER 6JUTA PUN MARAHKAN PATRICK TEOH......


Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai 'orang lama' dan dikenali dalam industri seni tempatan, Patrick sebagai seorang selebriti yang dikenali tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama.

"Tidak kiralah agama apa sekalipun, sebagai masyarakat yang hidup berbilang kaum, kita harus tahu batas-batas percakapan yang kadang kala mampu mengundang sensitiviti kepada lain.

"Kenyataan yang dikeluarkan Patrick dalam Facebook miliknya harus diberi pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata yang ingin diluahkan.

Ekoran daripada kenyataan itu, Patrick mendapat cemuhan pelbagai pihak sehinggalah beliau memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesilapannya itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman Twitter miliknya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap Patrick.

MKP Menuntut Patrick Teoh mohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam secara terbuka....Kepada rakan-rakan jom join dan LIKE Fan Page ini tanda anda menyokong 

VIDEO : #MahaRajaLawakFinal #Jozan Sapu Habis......


Lawak sempoi semua bahasa ade beb..Inilah yang dinamakan Lawak 1Malaysia..Rakyatnya harmoni dan aman.Semuanya kerana jasa Pemimpin yang menjaga keharmonian Negara tercinta ini.

5 finalis yang meneruskan perjuangan mereka memburu gelaran Juara Maharaja Lawak Mega 2012 di Johor Bahru, akhirnya terjawab!! JB Peace yooo!

Kumpulan JOZAN dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Malam ni gua layan… Maharaja Lawak bro… rileks dari cerita politik…

Kemeriahan penyokong kumpulan pelawak masing-masing membuatkan pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega penuh gemilang! 

Inilah budaya sihat yang perlu disematkan kedalam jiwa anak muda… Jangan ikuti contoh tak baik seperti mengikuti demontrasi haram, buat huruhara dijalanan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai! Peace yoooooooo!

Naib Juara : JAMBU menerima hadiah wang tunai 250K
Tempat ketiga : SHIRO menerima hadiah wang tunai 150K
Tempat keempat : BOBOI menerima hadiah wang tunai 50K
Tempat kelima : SAYWHO menerima hadiah wang tunai 15K


Aksi Manja Baby Shima Di Bilik Tidur Tersebar?


Artis nie kalau nak glamour pun agak-agak la takkan sampai nak guna nama baby!Adakah nama itu menampakan kematangan atau taktik melariskan jualan....

Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis berusia 21 tahun ini, di mana untuk makluman Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima merupakan penyanyi baru dibawah naungan pihak pengurusan KRU Music Sdn Bhd. 

Baby Shima atau lebih mesra dipanggil sebagai Shima baru sahaja melancarkan video klip untuk single terbarunya berjudul ‘Tak Sabar’. 

Lagu ini secara umumnya berkonsepkan ‘happy dan catchy’ bersesuaian dengan karakter Shima yang manja. 

“Shima tahu KRU adalah sebuah nama besar, oleh itu Shima rasa bangga apabila dapat tawaran daripada KRU sendiri. 

“Menerusi hasil perbincangan pihak pengurusan, akhirnya mereka bersetuju untuk imej ceria yang dibawakan oleh Shima dan Shima pun memang minat dengan konsep ala-ala ‘dolly’ ini,” katanya.

Tambahnya, dari segi pakaian agak susah juga hendak mencari pakaian dengan konsep yang dibawakannya. 

Tetapi dia banyak mempelajari dari orang sekeliling. 

“Shima ingin tonjolkan kelainan, sebab itu Shima bawakan imej seperti ini. Lagipun orang sekarang memang ramai yang meminati K-Pop. 

“Walaupun Shima ada juga bawakan konsep menari, akan tetapi kalau boleh Shima tak nak selincah Stacy sebab tak nak tiru dia,” katanya. 

Jom layan video klip Baby Shima yang comel selepas ini. Apa kata anda?


Friday, January 18

AHLI TOTOK PAS!!!! TOLONG BUANG SERBAN PAS KORANG KE LAUT.........?


Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama. 

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?


USTAD FATHUL BARI ALASAN TAK BOLEH PAKAI.......


Ramai yang mempersoalkan mengapakah Ulama Muda UMNO ini berkahwin di Selatan Thailand tidak di Malaysia?

Selain itu ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau menyorokkan perkahwinannya itu, adakah beliau kahwin lari, adakah beliau takut bini?, 

Adakah beliau takut kepada Pak Mertuanya di Perlis? kenapa daftar di Terengganu? Kenapa tak buat majlis besar-besaran di PWTC? Dan berbagai-bagai persoalan lagi......

Walaupun ramai yang back-up dan menjelaskan mengapa dan kenapa tapi penjelasan itu masih kurang menyakinkan dan masih lagi ada keraguan yang tidak boleh diterima...Walaupun blogger no 1 Malaysia  MPP pun menyatakan ustad Fathul Bari nie idolanya.MKP tetap bangkang walaupun lepas nie ramai yang akan mengomel.....

Kalau nak tolong kawan sekali pun takkan sampai nak kena kahwin dengan adiknya?Ramai lagi yang boleh direkomen pada adik kawan UFB nie.Kenapa mesti UFB yang kena kahwin...?


MKP Ayat Sempoi : Orang berbudi kita berbahasa,termakan budi tergadai Body.......



MELAYU PULAU PINANG DILEMBUKAN ANWAR........

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membelakangkan nasib Melayu Pulau Pinang walaupun bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sebagai seorang anak jati Pulau Pinang, Anwar dilihat membisu walaupun Melayu di Pulau Pinang berterusan ditindas oleh DAP yang mentadbir negeri itu sejak 2008.

“Saya kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sepatutnya datang lihat Melayu Pulau Pinang. Apa yang berlaku hari ini kepada orang Melayu di Pulau Pinang. 

“Melayu Pulau Pinang telah ditindas, mana dia suara Anwar Ibrahim ? Nak jadi Perdana Menteri Malaysia (tapi) nak jaga rakyat Melayu Pulau Pinang pun tak boleh. 

“Dia tak peduli apa jadi kepada rakyat di Pulau Pinang. Sepatutnya dia tolong, dia bantu rakyat Pualu Pinang. Dia asal daripada Pulau Pinang,” kata Musa ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya takut untuk menegur pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mahu menjaga hati rakan kompenan Pakatan Rakyatnya yang paling dominan itu.

“(Sewaktu Anwar) Duduk dalam Umno, kekuatan Umno itu ada, dan kekuatan BN itu boleh bantu orang Melayu..hari ini (Anwar) duduk dalam Pakatan, (dia) takut kepada Guan Eng. 

“Anwar hari ini takut kepada Guan Eng, takut kepada DAP dan nak gunakan mereka ini untuk dia jadi Perdana Menteri. Itu sahaja..Bukan soal BN itu rasuah, atau pemimpin Umno itu kotor, bukan. Sebenarnya dia ini gila mahu menjadi Perdana Menteri. 

Itu sahaja..Dia tidak ada alasan (lain) lagi. Dia tidak akan berani bersuara selagi ada Guan Eng, selagi ada DAP dia takut. Dia nak kepentingan dia, nak jadi Perdana Menteri. Itu sahaja kerja Anwar Ibrahim sekarang ini,” ujar beliau.

Musa kemudiannya menyifatkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang terlampau banyak bermain politik dan tidak fokus kepada kerja-kerja pentadbiran negeri.
Sama seperti di Selangor, pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu tegas Musa tidak sudah-sudah menyalahkan BN di atas kelemahan mereka sendiri.

“Guan Eng ini dia cakap sahaja..cakap, lepas itu main politik. Sebenarnya dia tak payah cakap banyak (sebaliknya) buat kerja sahaja sebab dia (DAP) kerajaan negeri Pulau Pinang, dia yang memerintah.

“Hari ini, apa yang dia buat ialah salahkan BN. Jangan cakap soal BN (kerana) kita pembangkang. Sepatutnya dia buat (kerja) tapi tidak. Apa yang dia buat ialah beri ceramah, maki Umno. Saya nak cabar Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina..letak di kawasan Cina kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.

Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk menjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.

Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun kira-kira tiga minggu kemudiannya DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal semasa pengiraan undi perwakilan dan menyaksikan kedudukan Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik kepada Guan Eng diangkat ke tangga 20 daripada 39 sebelum ini.

Keputusan itu membolehkan Zairil diiktiraf sebagai wakil Melayu DAP tunggal yang menang dalam pemilihan itu.

DS ROSMAH BERANI BERSUMPAH ISU CINCIN 24JUTA


“Saya berani sumpah… Saya berani sumpah waallah saya tidak ada cincin itu di tangan saya langsung”

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.

Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

AHLI PKR RUPANYA MAMAT NIE.......PATUTLAH DEPA SAKAN MEMBELA.....?


Patutlah pembangkang beria-ia membela Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung tugas susulan pembentangannya berhubung PRU 13 dengan menjangkakan ‘BN kalah’.

Rupa-rupanya beliau adalah ahli PKR.

Ini diakui sendiri Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali.

Cuma yang hairannya ahli parlimen Gombak itu mendakwa tak tahu bila Azrul Azwar jadi ahli PKR dan cabang mana.

Betul ke Azmin? Mustahil tidak tahu kerana Azrul tu bukan orang biasa malah kelayakkannya boleh tahan.

Apapun, dipercayai beliau ahli PKR di Putrajaya dan dikatakan rapat dengan pemimpin atasan parti itu.

Sumber memberitahu Agendadaily, Azrul Azwar pernah berada dalam team Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ismail ketika bertugas sebagai Ketua Eksekutif kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tugasnya antara lain memberikan idea dan imput berhubung ekonomi negeri kerajaan PKR itu.

Malah menurut sumber, Azrul Anwar pernah berada di pentas ketika Konvensyen PKR di Johor pada 2011 membentangkan kertas dasar ekonomi parti pembangkang.

Sebab itulah kisah penggantungan tugas beliau mendapat tumpuan portal pro pembangkang sejak beberapa hari lalu.

Beliau dilaporkan tidak mengetahui maksud dakwaan majikannya dalam surat penggantungan petang kelmarin atas dakwaan “melakukan salah laku yang serius ’.

Bank Islam dikuasai 51 peratus oleh BIMB Holdings Bhd. dan 18.5 peratus lagi milik Lembaga Tabung Haji.

Ekoran itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat yang mengulas pembentangan Azrul menyifatkan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Ketua Ekonomis itu dan bukan pendirian bank berkenaan.

PARLIMEN AKAN BUBAR PADA 17 FEB 2013..........?


Biar betul beb dah nak bubar, Takkan sebegitu cepat nak piliharaya dah.......? Hanya tinggal sebulan aje lagi jika dikira pada tarikhnya.Adakah PM dah yakin mendapatkan 2/3 kerusi Parlimen.Lagi cepat lagi bagus PRU-13 nie letih dah menunggu dan adakah semua 222 bahagian telah bersedia?

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi.  
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai.  
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan.  
"Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi. BH

Thursday, January 17

DAP DAN YB TONG SAMPAH............APA CER.....?


DAP memang sinonim dengan Tong Sampah sebab ini adalah kali pertama MKP tengok nama YB tertera.Nak dapat publisiti membantu rakyat konun sampai tong sampah pun letak nama dia..Tapi Jangan lupa apa yang telah dibuat oleh YB nie terhadap peniaga melayu dua tahun lepas..


PKR dan DAP dapat menghidu dan memahami kekuatan Pas bukan sahaja menarik undi orang Melayu tetapi juga boleh 'diperkudakan' untuk mengerahkan penyokong-penyokong parti itu memenuhi majlis-majlis dan ceramah pakatan pembangkang.

Itulah yang kita saksikan dalam apa jua perhimpunan sudah pasti yang terangguk-angguk, berbondong-bondong datang adalah penyokong Pas.

Tetapi persoalannya, apakah pengorbanan mereka dihargai? Sudah tentu tidak, sebab itulah PKR dan DAP tetap tidak membenarkan Pas dominan dalam pakatan pembangkang.

Apa yang lebih menyedihkan kepada penyokong Pas, hasrat mereka untuk melihat Presiden mereka, Haji Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, jika pakatan memerintah ditolak bulat-bulat oleh PKR dan DAP. Malah mereka lebih percayakan Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral.

Ini menunjukkan PKR dan DAP memandang Pas hanya tong sampah bagi mereka kerana setelah mereka pergunakan mereka akan dicampak begitu sahaja tanpa nilai.

@AmenoWorld BETULKE WANITA TERLEBIH MAKE-UP NIE LU.....




Ada jugak yang dah dapat mencari blogger macai yang pernah counter blog MKP...Adakah ini orangnya kalau benar MKP nak kenalan boleh?.Muka bolehlah tahan macam kajol tapi make-up terlebih sudah...huhuhu..

  AMENO WORLD yang kononnya diuruskan oleh seorang wanita bernama Siti Norashikin.



Dan ini pula identiti sebenar AMENO WORLD.


Jantan rupanya.

Kalau tak percaya, anda boleh cari fail MS Excel tersebut di Google.



*Kenapa ramai blogger pembangkang ada masalah identiti? Mungkin sebab itu mereka menyokong Anwar Ibrahim. 

BOB LOKMAN SOKONG PATRICK TEOH HINA ISLAM...


Ayat tak boleh belah dari Bob Lokman,Apa yang cuba disampaikan oleh Bob Lokman nampaknya meredhakan perbuatan menghina Islam.berikut adalah kenyataan beliau;
”Tidak boleh salahkan Patrick Teoh.” Demikian reaksi pelawak yang kini aktif di pentas ceramah politik, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh yang menyinggung umat Islam.  
Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman berkata “mereka (orang bukan Islam) tak faham akan kehendak agama kita. Jadi, mereka tak akan nampak keadilan.”  
Pemerintah yang perlu melakukan sesuatu bagi membendung perkara sama berulang, yang mungkin membawa kepada perpecahan pada masa akan datang. 
Takkan semuanya nak salahkan pemerintah kot.Yang tak betul semuanya korang letak kat pemerintah tapi yang baik PAS ambil kredit gitu nampak korang nie tak ikhlas berjuang diatas nama Islam.


Sewajarnya dalam sebuah negara yang telah matang dan sedang menuju Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju, tiada perkara sensitif yang perlu di timbulkan.

Semua pihak harus menerima apa jua keadaan demi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dapat dipertahankan pada bila-bila masa.

Amat pelik apabila terdapat pihak yang sesuka hati cuba menganggu- gugat keamanan yang telah dinikmati.


Acap kali perkara sensitif ditimbulkan dan sering mengundang kemarahan umat Islam. Apakah makna tersirat di sebalik tindakan-tindakan ini?

Bukankah kita sudah memahami kedudukan dan hak kaum masing-masing. Mengapa dipersoalkan perkara-perkara yang sudah termaktub dan dipersetujui bersama?

Ada baiknya satu perbincangan terperinci dibuat untuk mengelakkan salah faham dan mencetuskan perselisihan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. MKP percaya, majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini selesa dan gembira dengan suasana yang sedia ada.

Mereka juga menolak golongan yang terlalu taksub dengan sesuatu perkara. MKP berharap kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita bersatu menjayakan agenda memajukan negara dan mengelakkan isu-isu yang tidak sepatutnya terutama yang melibatkan keagamaan.

Semua pihak harus bersyukur dengan kejayaan negara hari ini. Sesungguhnya tiada kejayaan yang akan dapat dicapai tanpa pengorbanan seluruh rakyat.




DAP PENANG DAH BERPECAH KEPADA 3 GENG....?


Jika tiada angin sudah tentu pokok tidak akan bergoyang.DAP kini hampir tenat sejak pemilihan CEC tempoh hari dengan kesilapan microsoft excel yang tidak dapat diterima akal.Tapi macam biasalah Tokong Crocky nie pandai bermadah helah menipu sana dan sini.

Kumpulan DAP telah berpecah pada tiga kumpulan pertama adalah Lim Dynasty...Kedua yang menyokong Pengerusi DAP Pulau Pinang termasuk kes terbaru Adun Pulau Tikus membuang logo DAP pada pusat khidmatnya.Semuanya kerana tindakkan displin yang telah dikenakan terhadap beliau..


Yang ketiga nie cabaran buat Tokong Crocky Guan Eng...Kumpulan Ramasamy TKM1...Semalam demontrasi bantahan secara aman diadakan oleh masyaratkat India di Batu Kawan terhadap parti DAP di perkarangan padang awam Taman Supreme , Prai.


Lebih 50 orang yang yang hadir mengadakan demonstrasi aman bagi membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.

Wakil kumpulan tersebut, M. Mathigalagan berkata, kekalahan calon bukan kaum Cina pada pemilihan tersebut jelas menunjukkan parti itu mengamalkan kuasa mutlak pemimpin tertinggi dan mengutamakan kroni mereka.

Kumpulan ini mendakwa keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini tidak adil kepada calon daripada kaum India dan Melayu . Oleh itu , pemilihan semula CEC dituntut bagi mengembalikan keadilan dan ketelusan kepada semua calon bertanding .

Kumpulan ini marah dan geram tindakan Tokong Crocky gaya diktator Tokong Crocky..



#listen #respect PARODY SEMPOI FORUM SUARA MAHASISWA....? @Matluthfi90


Video dari Mat Lufti memang sempoi untuk tatapan semua.Rilek der buat apa nak kecoh-kecoh isu bawani nie.Jangan termakan dengan Cywar pihak pembangkang.Isu Bawani nie adalah untuk menutup kegagalan #KL112.Jika dulu kejayaan bersih3.0 diulang-ulang sampai seminggu tapi #KL112 dah pun tutup buku pada isnin...Takkan benda mudah macam nie pun nak habaq...

Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. 

Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya. 

Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. 


Dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani.

Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. 

Namun, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.

Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. 

Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. 

Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain. Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. 

Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalah 9:1.

Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi. 

Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.

Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran. 

Jadi, Bawani, MKP mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. 

Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.


Wednesday, January 16

SENIMAN AKAN BUAT KEJUTAN PADA PATRICK TEOH @rozaidijamil


Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah mengumumkan di laman Twitter-nya bahawa pihak Seniman akan memberi ‘kejutan’ pada Patrick Teoh. 

Dalam tulisannya, Zed Zaidi berkata, “Esok 17 Januari 2013 jam 1.30 tengah hari SENIMAN akan buat Kejutan kepada PATRICK TEO! kerana MENGHINA ISLAM Tunggu!”.

Apakah kejutan yang bakal diumumkan oleh Zed Zaidi.Kita nanti sesama? Bro Zed Zaidi, MKP bersedia membantu apa saja yang diperlukan.Demi Islam yang telah dicemari dan dicaci...

Selain AC Mizal, antara artis-artis lain yang turut mengecam kenyataan Patrick Teoh termasuklah Tomok dan juga Danny X-Factor.

Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita. Dia tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.



MKP Ayat Sempoi : Nanti MKP buat kunjungan hormat pada Presiden Seniman.Terima kasih kerana ucapkan tahniah pada malam penghargaan Media tempohari.Kali pertama bersua muka dengan Zed Zaidi.. 

PATRICK TEOH LU MEMANG LANCAU.....KIMAK PUNYA ANJING DAP......?


Ini lumah lu tinggal!!!!! kalau dah nak menghina agama orang lain dan senang aje nak minta maaf.Menang dasar penyokong DAPig nie tak boleh pakai..

Puak pencacai serta tukang angkat najis Tokong Crocky Erogan pulak siap back-up kata itu hanya gurauan...Eh gie mampus dengan gurauan bodoh lagi gampang la...Kalau mak atau adik korang kena tutuh lepas tue situkang balun tue minta maaf dan blah macam tue korang boleh maafkan aje macam tue...

Mangkok hanyun la korang nie..Benda Islam dan Al-quran boleh ke main-main...

Walaupun masih nampak tak berapa ikhlas tapi nampak jelas yang dia memang risau dengan kesan yang mungkin dia terpaksa terima kalau dia tak minta maaf.



Patrick Teoh Hina Islam!! @DatoACMizal Mula Belasah...


Beliau seorang pelakon. Beliau juga seorang pelawak. Beliau seorang aktivis yang terkenal menyebelahi Pakatan Pembangkang. Beliau adalah Patrick Teoh. Kenyataan beliau di laman Facebook semalam mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Umat Islam apabila beliau secara terang-terangan menghina Agama Islam dan Al Quran.

Ini gara-gara ketidakpuasan hati beliau terhadap Kerajaan PAS Kedah yang "flip flop" dalam isu mengeluarkan garispanduan 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013. Beliau boleh mengkritik kepimpinan PAS dalam isu ini tetapi beliau tidak ada hak untuk menghina Islam dan Al Quran. Tindakan beliau amat kurang ajar!!!

ANAK SUNGAI DERHAKA KINI MENJADI BURUAN.......... @AnakSgDerhaka


Anak sengal negara @ Anak sungai DERHAKA kini dicari. Desas desus blogger-blogger disini begitu kecoh bila dikatakan ASD nie jugak yang merupakan diantara disyaki pemberi maklumat tawaran REWARD MENCARI BLOGGER PISAU.NET sebanyak RM 1000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat Kepada orang kuat DAP. beberapa nama disebut-sebut juga diantara yang disyaki menjadi talibarut serta cai angguk suruhan DAP 

Sebagaimana yang siarkan di Buletin atau berita TV3 sebentar tadi dicari atas sebab banyak menyebarkan Fitnah terhadap Kerajaan, UMNO, BN malah Perdana Menteri juga tidak terlepas, dengan memaparkan pelbagai cerita rekaan dalam siri pembohongan dalam laman Blog ASD dan beberapa bloggers upahan memaparkan pelbagai Fitnah demi mahu undi rakyat denga menipu kenyataan serta Fitnah

Buru  hadapkan ke Makamah. Tindakan mencari Bloggers yang tegar dengan fitnah ini    bila begitu banyak Fitnah yang disebarkan untuk kelirukan dakyat yang kononnya pelibatan rasuah serta memberi pembaca mengesyaki pelbagai keburukan, rasuah, korupsi malah melebelkan sebagai Pembunuh untuk menjadikan rakyat Percaya dengan rekaan fitnah seterusnya keliru serta  menge  syaki serta melebelkan PM sebagai pembunuh atau terlibat dalam pembunuhan altantuya  

Mengadakan kekeliruan kepada rakyat dengan fitnah ASD terhadap Rosmah dengan mengaitkan Deepak yang kononnya banyak bukti dalam mereka cita kaitan Deepak, Rosmah malah DS Najib sendiri terlibat dalam penyelewengan serta rasuah.   

Tindakan begini  juga amat diharap oleh kebanyakan bloggers kerana disyaki juga dia Dalah pembocor maklumat kepada tawaran RM 1000 untuk sesiapa yang dapat menjadi pencacai DAP membocor identiti blogger Pisau yang sekali gus menjadikan Pisau serta keluarganya terancam

Kali nie dia pulak akan merasa bagaimana dalam buruan seprti Pisau bila bakal ada pembongkaran balik kepada dia sendiri, macam biasa ler bila dema ngutuk cukup handal tapi bila kena tang dema baruler kita tau dia pulak yang menghilang dengan sama telurnya pun turut hilang... amacam baru tau langot tinggi rendah!!!

VIDEO : Muhammad Puaad Ariffin meninggal dunia ketika ceramah PAS pengkalan Pegoh







Muhammad Puaad Ariffin meninggal dunia ketika ceramah PAS pengkalan Pegoh sebentar tadi
Tumbang dari bangku ketika menunggu air yang dpesan diwarung yg jauhnya 50m dari cermah ketika itu ketua pemuda PAS Malaysia sedang berucap!

Agak-agak ler, pakat berhentiler sbgai hormat kat kejadian hampir 1 jam dari tumbang pengsan dan meninggal dunia. (blh dengar ceramah maki umno & BN)

Pakat bagitau ler srh berenti ceramah, bantulah dgn duit collection atau paling tidak umum kutipan segera serta uruskan arwah dgn keluarganya, bukan seminit dua kejadian tadi sejam lebih tu

Tak kan bagi alasan tak perasan? tak kan tak nampak ambulan datang, polis datang, orang kerumun mayat... paling tidak dalam nie pun kita blh tengok petugas ada, blh maklum berenti dan umumkan tentang kejadian. tak kan tu susah sangat

Dari pkl 11 sampai 12 ceramah tetap on, kalu anak & menantu dia tau ler bila sampai ditempat kejadian tentu ler angin...

Nak pecah telinga teman dan nak muntah bila dengor ' tak pa dia ni mati JIHAD sebab datang ke ceramah PAS' toya komer ler, tak jadi kat keluarga komer boleh ler cakap...
 — di CERAMAH PAS PENGKALAN PEGOH.




VIDEO TUNJUK PUNGKOQ GANGNAM STYLE VERSI AFRICA #KL112



Video ini MKP tujukkan buat Ostad Azizan kerana berjaya mentadbir Kedah dengan menjadi boneka pada DAP..MKP buatkan pantun Khas buat Ostad Zizan.

Inilah Melayu Hulu Kapak,
Mata terbeliak tapi tak nampak,
Telinga berkepak sayangnya Pekak,
Nampak Bijak tapi Haprak,

Bangsa diketuk PAS bertepuk,
Martabat dilanyak PAS riang bersorak,
Hatta punggoqnya sendiri disepak,
PAS tertawa terbahak-bahak,

Perasan hebat walaupun diperalat,
Mendabit dada pembela umat,
Hakikat sebenar PAS pengkhianat,

Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu ‘cara hidup’ iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya.  Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama.  Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa.  Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis.

Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka.

Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali.  Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah.

Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini.  Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP.  Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak.  Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja.

Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam.  Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one).  Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan.

Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta ‘pentingkan diri sendiri’.

Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.  Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar.

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS.  Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru.  Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid.   Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan ‘orang-orang lama’ Kedah, terutama di bandar Alor Setar.

Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala.  Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah.

Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.  

Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan.  Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri.

Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.  

Hakikatnya, sehingga kini, masyarakat Cina masih keliru mengenai siapa dan apakah PAS sebenarnya dan kekeliruan itu membuatkan mereka semakin ragu-ragu untuk memberi undi kepada DAP.  Apakah benar PAS sudah terbuka?  Atau PAS hanya menyembunyikan ektremismenya untuk sementara?  Apakah DAP mampu mengekang pemikiran jumud dan ekstrem PAS mengenai agama?  Sampai bila DAP mampu mengawal PAS?   Dan apakah jaminan yang PAS tidak akan bangkit dengan lebih bersemangat sehingga mengatasi kelicikan DAP jika PR menang PRU kali ini?

Soalan yang sama juga mungkin perlu ditanya oleh Azizan kepada dirinya sendiri dan juga kepada kepimpinan PAS.  Ketahuilah oleh PAS bahawa rakyat keseluruhan juga turut menantikan jawapannya.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive